The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menjelaskan secara terperinci sistem zakat yang digunakan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d082738, 2022-01-28 03:30:37

PERAKAUNAN ZAKAT

Menjelaskan secara terperinci sistem zakat yang digunakan di Malaysia

P ZAKAT
E

R PAF3073

A Teori Dan

K


A
Perakaunan

U


A


N

KANDUNGAN

1.0

Pendahuluan

2.0

Makna Zakat

3.0

Perbezaan Zakat & Sedekah

4.0

Syarat-syarat Wajib Zakat

5.0

Asnaf / Masarif Zakat

6.0

Keperluan Asas Manusia

7.0

Jenis - Jenis Zakat

8.0

Nisbah, Kadar & Haul

9.0

Asas Pengiraan Zakat

1.0

Kesimpulan

Ahli Kumpulan

MOHD HAZWIE EFDHAM BIN SHAMSUDIN D20181082736
MOHAMAD FIKRI BIN MASAHA D20181082723
AMIRUL FIRDAUS BIN AZIM 220181082739

MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL RAZAK D20181082738
NUR HARIZA BINTI ABDUL LATIF D20181082724
MUSTAFA BIN MOHD RAFII D20181082760

1.0 PENDAHULUAN

Menjaga harta merupakan salah satu daripada
kategori maqasid syariah. Aktiviti ekonomi yang

halal dalam Islam terdiri daripada cara
mendapatkan harta, cara membelanjakan harta dan

kemudian perlu juga diinfaqkan. Harta yang
diperoleh oleh mana-mana individu Muslim
perlulah dikongsi bersama individu yang lain. Tidak
semua harta benda yang dimiliki adalah kepunyaan
individu tersebut seratus peratus. Di dalamnya juga

terdapat hak Muslim yang lain yang perlu
ditunaikan. Termasuk dalam pensyariatan bagi

menunaikan hak tersebut adalah menerusi
kewajipan berzakat.

2.0 MAKNA ZAKAT

2.1 Bahasa

Dr Yusof al-Qardawi (2010) dalam kitab beliau Fiqh Zakat
memperincikan makna zakat sebagaimana berikut:



Perkataan zakat berasal daripada kata dasarnya zakaa yang
bermaksud berkat, tumbuh, bersih, baik. Kita boleh katakan

jika seseorang itu zakaa bermaksud dia baik. Jika
sesuatu itu bersifat zakaa bermaksud ia tumbuh dan
berkembang. Dalam kamus Lisan al- ‘Arab zakat juga
membawa makna yang sama iaitu suci, tumbuh, berkat dan
terpuji. Semuanya digunakan dalam al-Quran dan hadith.




1

2.2 Istilah

Istilah di sini merujuk kepada perbahasan fiqh. Zakat ialah

satu kewajipan untuk mengeluarkan sejumlah harta

tertentu dan diberikan kepada golongan-golongan

tertentu dengan kadar yang tertentu (Dr Yusof al-

Qardawi, 2010).

Makna zakaa di atas memberikan kesan ke atas harta dan hati si
pemberi. Harta akan menjadi suci daripada kebinasaan manakala
hati pula menjadi suci dan bersih daripada sifat kedekut,
sombong dan sayangkan harta. Firman Allah SWT dalam surah al-
Taubah ayat 103 yang bermaksud:

“Ambillah zakat daripada kekayaan
mereka, engkau bersihkan dan sucikan

mereka
dengannya.”

3.0 PERBEZAAN ANTARA ZAKAT & SEDEKAH

Dalam al-Quran Al-Mawardi menyatakan bahawa sedekah itu
zakat juga adalah zakat dan zakat itu adalah sedekah;
berbeza nama tetapi ertinya sama. Menurut Qadhi
diwakili dengan Abu Bakar bin Arabi, perkataan sedekah ( ‫) صدق ة‬
perkataan berasal daripada perkataan sidq (‫ ) صدق‬yang
bermaksud benar iaitu benar dalam sebutan dan
sedekah. Justeru sehala dengan tindakan, ucapan dan keyakinan.
zakat dan sedekah Sedekah bermaksud bukti kebenaran iman dan
membenarkan adanya hari kiamat. Apabila
adalah sama. seseorang itu mengeluarkan zakat, maka dia
Apakah signifikan sebenarnya yakin dan percaya dengan janji Allah
SWT. Sekiranya dia tidak yakin dan tidak
persamaan membenarkan adanya hari kiamat maka akan
tersebut? engganlah dia daripada mengeluarkan zakat
kerana wujud sifat kedekut, sombong dan
cintakan harta dalam hati (Yusof al-Qardawi,
2010). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sedekah itu adalah bukti.” (Riwayat Muslim).

2

Kata zakat dalam bentuk makrifah disebut 30
kali dalam al-Quran; antaranya 27 kali bersekali
dengan perintah solat, 1 kali dalam ayat yang
berasingan dengan solat tetapi sesudah ayat
solat (Surah al-Mukminun ayat 2 dan 4). Semua
ayat berkaitan zakat bersifat Madaniyyah
kecuali 8 ayat sahaja yang fiturunkan di Mekah.
Manakala perkataan sedekah disebut sebanyak
12 kali dan semua ayat berkaitan dengan
sedekah diturunkan di Madinah.

Zakat merupakan satu kewajipan ke atas semua
Muslim. Ia mula diperintahkan pada tahun 2
hijrah berdasarkan hadith yang bermaksud:

(Riwayat Bukhari dan
Muslim)


“Rasulullah SAW
memfardukan zakat
fitrah satu gantang
tamar, atau satu
gantang gandum
pada bulan Ramadan
ke atas setiap orang
Islam samada
merdeka atau
hamba, lelaki atau
perempuan.”




3

4.0 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT

Terdapat LIMA syarat am yang mewajibkan seseorang itu
menunaikan zakat:

i. Islam – tidak wajib zakat atas orang kafir dan pemberian daripada mereka
tidak dikira sebagai zakat.

ii. Merdeka – zakat tidak diwajibkan atas golongan hamba walaupun kekayaan
mereka melebihi harta tuan. Zakat ke atas hamba wajib dikeluarkan
oleh tuan kerana hamba berada di bawah tanggungan tuannya.

iii. Sempurna milik – fizikal dan manfaat harta sepenuhnya berada di bawah
pemilikan tuannya dan tiada halangan ke atasnya untuk
menggunakan harta tersebut.

iv. Cukup nisab – nisab ialah paras minimum yang menentukan samada harta
itu dikenakan zakat atau tidak. Nisab zakat adalah bersamaan

dengan nilai sebanyak 85 gram emas kecuali beberapa jenis zakat
yang terkecuali menggunakan nisab 85 gram emas.

v. Cukup haul – genap setahun mengikut tahun hijrah (354 hari) atau tahun masihi
(365 hari) kecuali bagi zakat pertanian dan galian.

4

5.0 ASNAF / MASARIF ZAKAT

Asnaf zakat terdiri daripada 8 golongan iaitu fakir, miskin, ‘amil,
muallaf, hamba mukatab, orang yang berhutang, orang yang
berperang pada jalan Allah dan ibnu sabil. Lapan golongan ini telah
dinyatakan oleh Allah SWT di dalam surah al-Taubah ayat 60:

5.1 FAKIR

Orang yang tidak mempunyai harta dan juga pekerjaan. Atau mempunyai
pekerjaan tetapi tidak mencukupi untuk perbelanjaan bagi melengkapkan
keperluan (bagi yang sangat-sangat diperlukan sahaja).

Seseorang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi untuk perbelanjaan
sepanjang hidupnya mengikut umur kebiasaan seperti contoh; setiap bulan dia
memerlukan RM1000 untuk menampung keperluan asas diri dan
tanggungannya. Namun pendapatan yang diperolehinya adalah RM450
sebulan kurang daripada separuh keperluannya iaitu RM500. Maka dia
dianggap fakir walaupun dia memiliki nisab atau lebih. Oleh yang demikian
dia wajib mengeluarkan zakat kerana memiliki nisab dan dia juga berhak
menerima zakat kerana dianggap fakir.

5

5.2 MISKIN

Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan
halal yang hanya boleh menampung 50% atau sedikit lebih untuk
keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah.
Jadi kedudukan miskin lebih baik berbanding fakir. Sebagai contoh,
seseorang yang memerlukan RM1000 sebulan dan pendapatan yang
diperolehinya adalah RM500 atau RM600 atau RM700 (lebih
daripada separuh). Tetapi tidak sampai kepada jumlah RM1000 bagi
menampung keperluan diri dan tanggungannya.

Sementara itu, jika dirujuk pada zaman awal Islam sendiri pun sudah wujud
kedua-dua jenis kemiskinan ini. Misalnya pada zaman Mekah, majoriti yang
memeluk Islam ialah golongan fakir dan miskin. Contohnya Abdullah bin
Mas’ud dan juga keluarga Ammar bin Yasser RA. Manakala selepas era hijrah
ke Madinah, wujud golongan ahlus suffah yang mendiami masjid nabi, dan
golongan ini adalah golongan fakir.

Dalam konteks hari ini, kita boleh mendefinisikan orang fakir itu sebagai
miskin tegar atau miskin mutlak. Manakala kepada golongan miskin yang
masih mampu hidup walau serba kesempitan hanya dianggap miskin sahaja.

6

5.3 MUALLAF

Muallaf terbahagi kepada beberapa golongan daripada Muslim dan
bukan Muslim (Dr Yusof al-Qardawi, 2010):

Golongan yang diharapkan keislamannya atau keislaman kaum
atau keluarganya. Contohnya Safwan bin Umayyah yang
diberikan keistimewaan oleh Rasulullah SAW Beliau juga
menyertai Perang Hunain bersama tentera Islam walaupun ketika
itu beliau belum menjadi Muslim.Selepas daripada itu Safwan bin
Umayyah memeluk Islam dan menjadi Muslim yang baik.

Golongan yang ditakuti kerana perlakuan jahat mereka. Zakat diberi
bagi mencegah kejahatan tersebut

Golongan yang baru memeluk Islam walaupun kaya. Mereka perlu disantuni
dengan baik agar bertambah keyakinan terhadap Islam.

Pemimpin dan tokoh masyarakat yang telah memeluk Islam yang
mempunyai sahabat-sahabat yang kafir. Dengan memberikan mereka zakat
diharapkan dapat menarik simpati mereka untuk turut memeluk Islam.

7

5.3 MUALLAF

Pemimpin dan tokoh pemimpin kaum Muslimin yang masih lemah imannya
tetapi mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan masyarakatnya

Kaum Muslimin yang menetap di kawasan bersempadan dengan musuh.
Mereka diberi zakat dengan harapan dapat mempertahankan diri dan
membela kaum Muslimin yang lain yang berada jauh dari sempadan dari
serbuan musuh.

Kaum Muslimin yang menetap di kawasan bersempadan dengan musuh.
Mereka diberi zakat dengan harapan dapat mempertahankan diri dan
membela kaum Muslimin yang lain yang berada jauh dari sempadan dari
serbuan musuh.

7

5.4 HAMBA MUKATAB

Sistem perhambaan sudah lama wujud dalam sejarah kehidupan sosial
manusia. Perhambaan menjadikan segolongan manusia terikat di
bawah kekuasaan manusia yang lain secara mutlak. Namun apabila
Islam datang, sistem perhambaan ini mula dihapuskan. Nabi SAW dan
isteri baginda pernah memiliki hamba iaitu Zaid bin Thabit RA. Bahkan
baginda merupakan antara yang terawal membebaskan hamba menjadi
manusia yang merdeka.

Asnaf riqab merujuk kepada golongan hamba yang diberi peluang oleh
tuannya untuk menebus diri mereka dengan harga tertentu. Oleh kerana itu
mereka berhak diberikan zakat supaya dapat memerdekakan diri daripada
perhambaan tersebut. Walau bagaimanapun pada zaman sekarang golongan
hamba hampir sudah tiada. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah
menamatkan institusi hamba seluruh dunia melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia
pada 10 Disember 1948.

Justeru istilah hamba ini telah diubah kepada pentafsiran yang lebih semasa.
Sebagai contoh di Selangor asnaf riqab diperluaskan kepada perhambaan yang
bersifat mental dan jiwa tidak terhad kepada fizikal semata-mata. Misalnya
penagih dadah, remaja atau wanita yang terjebak ke lembah pelacuran dan salah
laku ataupun yang terlibat dengan ajaran sesat. Mereka ini terbelenggu dan
diperhambakan oleh masalah jiwa dan mental. Ada juga ulamak yang
berpendapat tentera Muslim yang ditawan oleh tentera kafir dalam mana-mana
peperangan juga layak digelar hamba

8

5.6 ORANG YANG BERHUTANG

SEBAB SEBAB
BERHUTANG MENANGGUNG
BAGI GOLONGAN KEPERLUAN DIRI
GHARIMIN DAN KELUARGA

BERHUTANG
UNTUK

MASLAHAH
ORANG LAIN

Berhutang Untuk Maslahah Diri Sendiri Dan Tanggungan

Berhutang bagi tujuan memenuhi keperluan asasi sahaja, bukannya atas
kepentingan tertentu. Atau selepas berlaku bencana ke atas diri dan keluarga
disebabkan bencana alam, kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
Selagimana mampu menampung sendiri hutang tersebut maka tidak boleh
dibantu.

Berhutang Untuk Maslahah Orang Lain Atau Kepentingan
Ummah

Sebagaimana berlaku pada zaman Rasulullah SAW apabila seorang sahabat

bernama Qabishah bin al-Mukharik menggunakan kekayaannya bagi

mendamaikan dua pihak yang bersengketa sehingga beliau dibebani dengan

hutang. Mengambil iktibar daripada kisah ini maka orang Islam yang

memerlukan bantuan kewangan bagi kemaslahatan masyarakat Islam yang

lain layak menerima bantuan zakat. Contohnya, pihak yang mengendalikan

rumah kebajikan anak-anak yatim, rumah perlindungan wanita teraniaya,

rumah bagi pesakit AIDS, sekolah-sekolah tahfiz dan sebagainya. 9

5.7 FI SABILILLAH

Satu pendapat mengatakan Pendapat yang kedua pula memberikan
bahawa golongan ini merujuk makna yang lebih umum kepada apa
kepada mereka yang melalui sahaja kerja yang dilakukan bagi tujuan
jalan jihad seperti peperangan mengembangkan agama Allah SWT.
bagi mempertahankan agama Sebagai contoh menyampaikan dakwah,
Allah SWT. berusaha menerangkan mengenai Islam,
menolak fitnah, mengajak manusia ke
arah kebaikan dan sebagainya.

Para ulamak telah menyimpulkan bahawa
golongan fisabilillah ini meliputi:

Mereka yang membiayai ketenteraan yang bertujuan
mengembangkan Islam dan menangkis serangan yang dilancarkan
terhadap negara-negara Islam.
Membantu pelbagai kegiatan individu mahupun organisasi yang
ingin mengembalikan pelaksanaan hukum Islam.
Membiayai pusat-pusat dakwah Islam atau masjid di negara-negara
bukan Islam di bawah kelolaan tokoh Islam yang jujur dan amanah.
Membiayai pusat-pusat pengajian ilmu, mendirikan perpustakaan,
kelas, dewan kuliah dan sebagainya.
Membiayai para penuntut ilmu supaya mereka dapat menumpukan
perhatian terhadap pengajian seterusnya dapat menyumbang
semula kepada masyarakat.

10

5.8 IBNU SABIL

Pada asalnya makna ibnu sabil ini merujuk kepada orang Islam yang
kehabisan belanja dalam sesuatu perjalanan dan mereka dibantu
dengan zakat supaya dapat meneruskan perjalanan.
Masa kini, takrifan ibnu sabil diluaskan lagi kepada mana-mana orang
Islam yang hendak memulakan perjalanan sedangkan dia tidak
mempunyai belanja atau orang Islam yang sudah tiba ke sesuatu
tempat namun kehabisan belanja untuk kembali ke negara asal. Dia
layak dibantu dengan wang zakat walaupun di negara asalnya
tergolong dalam golongan yang kaya.
Tujuan perjalanan mestilah bukan atas tujuan melakukan maksiat. Niat
dan tujuan mestilah baik walaupun untuk melancong atau
mengembara semata-mata.
Apatah lagi para penuntut ilmu yang menyambung pengajian samada
di dalam atau luar negara. Mereka lebih-lebih lagi boleh dibantu
dengan wang zakat ini.

11

Contoh-Contoh Senarai Jenis Bantuan Zakat
Yang Disalurkan Oleh Institusi-Institusi Zakat

Negeri (Hamizul Abdul Hamid, 2012):

FAKIR/MISKIN AMIL

Saguhati Hari Raya. ‘Amil zakat institusi.
Pengurusan rumah orang tua. ‘Amil zakat fitrah.
Bantuan perubatan. Pengurusan institusi ‘amil
Pengurusan jenazah fakir.
Bantuan kecemasan/runcit. FISABILILLAH
Bantuan kewangan bulanan.
Bantuan makanan bulanan. Saran tenaga kerja sokongan.
Bantuan keperluan Elaun guru agama.
pendidikan/biasiswa. Elaun guru KAFA.
Agihan raya anak yatim. Elaun bulanan pegawai
Dan lain- lain masjid.
Bantuan keperluan sekolah.
MUALLAF Bantuan pengajian tinggi

Saguhati Hari Raya. IBN SABIL
Percetakan dan penerbitan.
Dermasiswa muallaf. Bantuan musafir.
Bantuan pengurusan Unit Bantuan tiket pergi atau balik.
Dakwah. Bantuan pelajar ke luar negara.
Bantuan perkahwinan. Dan lain-lain.
Dan lain- lain
GHARIMIN
RIQAB
Hutang kerana keperluan
Bantuan pemulihan akidah. hidup.
Bantuan pemulihan akhlak. Hutang badan atau persatuan
Dan lain-lain. kerana maslahah umat.
Hutang perubatan
Dan lain-lain

12

6.0 KEPERLUAN ASAS MANUSIA

Manusia memerlukan enam jenis keperluan dalam hidup mereka.
Sekiranya tidak ada maka boleh membawa kepada kemudaratan.
Sesebuah institusi zakat mengambil kira enam aspek keperluan hidup
manusia ini bagi mendefinisikan golongan fakir dan miskin seterusnya
dapat menyalurkan bantuan zakat mengikut kadar yang ditetapkan.
Keperluan-keperluan itu ialah tempat tinggal, makanan, pakaian,
pendidikan, rawatan dan pengangkutan. Seandainya pendapatan isi
rumah yang diperolehi setiap bulan tidak mampu memenuhi kecukupan
minima bagi keperluan-keperluan ini, seseorang itu layak dianggap sama
ada miskin ataupun fakir.

13

Makanan Pakaian Perlindungan





Segala bahan Segala bentuk Perbelanjaan
makanan dan pakaian yang menyediakan
minuman yang digunakan oleh perlindungan
dimakan oleh
ahli rumah untuk seisi
ahli rumah seperti pakaian rumah termasuk
termasuk di sekolah, kerja sewa rumah, bil
luar rumah.
dan lain-lain air, bil elektrik
Pendidikan yang berkaitan. dan lain-lain

yang berkaitan.
ENAM
Segala kos KEPERLUAN Perubatan
pendidikan ahli

rumah seperti ASAS
MANUSIA Merujuk kepada
yuran segala bentuk
pengajian, buku Pengangkutan perubatan yang

diambil oleh
dan lain-lain ahli rumah
yang berkaitan. Segala kos seperti hospital
berbayar ahli awam, farmasi
rumah seperti dan lain-lain
kos tambang yang berkaitan.
dan lain-lain
yang berkaitan. 14

7.0 JENIS - JENIS ZAKAT

7.1 ZAKAT FITRAH

Merupakan kadar tertentu daripada harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap
mukallaf bagi dirinya dan orang yang di bawah tanggungannya setelah
matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadan dengan syarat-syarat
tertentu. Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan (Abdul Razak, 2015).

7.1.1 Waktu dikeluarkan zakat fitrah:

i. Wajib keluarkan setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan – kerana
dimestikan mendapat sebahagian daripada Ramadan dan sebahagian Syawal.
ii. Harus dikeluarkan dari awal Ramadan lagi.
iii. Sunat dikeluarkan sebelum solat hari raya.
iv. Makruh dilewatkan hingga akhir hari raya.
v. Haram dilambatkan selepas hari raya tanpa sebarang keuzuran

7.1.2 Kadar zakat fitrah

Kadar zakat fitrah ialah satu satu sha’ iaitu satu gantang Baghdad.
Berdasarkan hadith daripada Ibn Umar RA yang jelas menyebut sha’:

“Rasullullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah, iaitu satu gantang tamar
atau satu gantang gandum pada bulan Ramadan ke atas setiap orang Islam,
sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan.”
(Riwayat Bukhari)

15

Di negara kita, sha’ ini dikenali dengan nama gantang. Satu sha’
menyamai ukuran hari ini kira-kira 2751 gram (2.751 kg) menurut
Dr. Wahbah al-Zuhaili. Itu mengikut timbangan gandum.
Sekiranya mengikut timbangan beras, satu gantang Baghdad
menyamai 2600 gram atau 2.6 kg mengikut Majlis Fatwa
Kebangsaan.

Gambar 3.1 Ukuran Sha’ dan Mud Dalam Kiraan Zakat Fitrah

Zakat fitrah terdiri daripada makanan yang biasa dimakan oleh masyarakat
sesebuah negara, mengenyangkan, suci daripada tanah dan hampa dan tidak
ada aib seperti serbuk, basah, yang lama, berubah rasa, bau atau warna.
Terdapat sembilan jenis bahan makanan pokok yang wajib dikeluarkan zakat
mengikut kategori makanan asasi sesebuah negeri (Syeikh Abdul Rahman al-
Jazairi, 2011):

16

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun
2003 telah membincangkan Penentuan Harga Zakat Fitrah Seluruh Malaysia.

i. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah
berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super
Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60
kilogram.
ii. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah
berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing
bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi
negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan
2.70 kilogram.

7.1.3 Keharusan mengeluarkan zakat fitrah dengan wang

Terdapat khilaf ulama':
i. Mengikut mazhab Syafi’ie, Maliki dan Hambali; zakat fitrah wajib
dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Tidak harus dikeluarkan
dalam bentuk wang sekalipun yang seharga dengan makanan yang wajib
dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.
ii. Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang
yang senilai dengan harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih
memberi manfaat kepada fakir miskin. Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih
oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Zakat beliau.

17

7.2 ZAKAT HARTA

Zakat harta merangkumi zakat emas dan perak, zakat perniagaan,
zakat binatang ternakan, zakat pertanian, zakat wang, zakat ma’adin
(segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat
atau di laut), kunuz (harta yang tersimpan di dalam bumi atau harta karun) dan
rikaz (harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda tanda
yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam atau jumhur ulama
berpendapat semua jenis simpanan jahiliah), zakat saham serta zakat
pendapatan.
Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Manakala kadar zakat harta
ialah 2.5% dari jumlah harta.Oleh itu, zakat perlu ditunaikan apabila cukup
syarat-syaratnya kerana 2.5% dari harta tersebut sebenarnya merupakan hak
lapan asnaf yang layak menerima zakat.

7.2.1 Jenis-Jenis Zakat Harta

Zakat Pendapatan
Zakat Pertanian
Zakat Simpanan
Zakat Perniagaan
Zakat Pertanian
Zakat Emas & Perak
Zakat Ternakan

18

8.0 NISBAH, KADAR & HAUL

Nisab sesuatu harta adalah berbeza-beza berdasarkan jenis-jenis harta zakat.
Nilai jumlah minimum nisab zakat telah ditetapkan dengan hadith.

Penentuan nisab dan kadar ditentukan melalui hadith Rasulullah SAW:
“Kamu tidak diwajibkan membayar zakat emas kecuali apabila telah cukup 20 misqal.
Sekiranya telah cukup 20 misqal maka kamu perlu membayar zakatnya sebanyak
setengah misqal.”

(Riwayat Abu Dawud dan Baihaqi)

Haul ialah tempoh harta perlu disimpan sebelum ditunaikan zakat ke
atasnya. Secara umum haul bagi zakat harta ialah selama 12 bulan
mengikut kalendar Hijrah.Namun pada hari ini, kalendar yang digunakan
diseluruh dunia, termasuk umat Islam secara umumnya adalah kalendar
masihi. Oleh itu jika seseorang mengira zakatnya berdasarkan kepada
kalendar masihi, maka kadar zakat ialah 2.577% setelah mengambil kira
perbezaan hari diantara kalendar masihi dan kalendar hijri.

19

9.0 ASAS PENGIRAAN ZAKAT

9.1 ZAKAT PENDAPATAN

Sebahagian ulamak berpendapat zakat pendapatan ini telahpun
wujud sejak zaman para sahabat. Pada zaman Sayyidina Uthman bin
‘Affan RA beliau telah memerintahkan tenteranya mengisytiharkan
harta pada setiap akhir tahun. Setiap lebihan harta perlu dizakatkan
setelah ditolak keperluan diri dan tanggungan.
Para fuqaha’ bersetuju bahawa zakat pendapatan perlu ditunaikan
kerana daripada pendapatan hasil pekerjaan mampu membuatkan
seseorang itu kaya. Dr. Yusof al-Qaradhawi menggunakan hujah
daripada al-Quran bagi menyatakan rasional kewajipan zakat
pendapatan ini.

20

9.0 ASAS PENGIRAAN ZAKAT

9.1 ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat empat jenis pendapatan yang boleh dikeluarkan zakat:
i. Melalui jalan pekerjaan yang tetap seperti gaji yang diperoleh
setiap bulan.
ii. Melalui hasil bebas. Contohnya bayaran royalti, komisen,
honorarium dan upah tidak berkala.
iii. Melalui sumber sewaan seperti sewa rumah, sewa kereta,
pajakan tanah dan lain-lain (harta mustaghallat).
iv. Melalui sumber bukan pekerjaan. Contohnya wang pencen,
saguhati, hadiah, pampasan, pusaka dan lain-lain.

21

9.1.1 Nisab, Kadar & Haul

Nisab zakat pendapatan bersamaan nilai semasa 85 gram emas.
Kadar sebanyak 2.5% atau 1/40 bahagian jumlah pendapatan kasar
atau pendapatan bersih.

Namun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulamak bagi penentuan
haul. Pendapat pertama mewajibkan zakat pendapatan ditunaikan setelah
cukup haul setahun. Pendapat kedua pula perlu ditunaikan sejurus
memperoleh pendapatan, diqiyaskan kepada zakat pertanian. Maka
terpulang kepada pembayar zakat untuk memilih cara pertama atau kedua.
Di Malaysia kebanyakan pusat zakat memilih pendapat yang kedua.

9.1.2 Kaedah Pembayaran Zakat Pendapatan

Terdapat tiga kaedah pembayaran zakat pendapatan:

1.Tanpa Tolakan

Mengambil keseluruhan pendapatan dan ditolak sebanyak 2.5%. Hasil tolakan
tersebut dikenakan bayaran zakat. Kaedah pertama ini akan menyebabkan
jumlah tolakan zakat menjadi agak banyak justeru mungkin membebankan
sehingga menjejaskan tanggungan yang lain.

Formula
Jumlah pendapatan kasar tahunan x 2.5% = jumlah zakat
Sebagai contoh, pendapatan tahunan Ahmad sebanyak RM60000. Ditolak 2.5%
[RM60000 x 2.5% = RM1500]. Maka zakat pendapatan Ahmad pada tahun
tersebut adalah sebanyak RM1500.

22

2.Tolakan Asas

Tolakan asas diadaptasi daripada kaedah Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) dalam penolakan cukai dan ditambah beberapa item lain
mengikut pusat zakat. Penolakan asas ini boleh jadi berubah-ubah
mengikut keadaan dan keperluan semasa. Justeru had kifayah diperkenalkan
Formula
Jumlah pendapatan tahunan - keperluan asas x 2.5% = jumlah zakat

23

9.2 ZAKAT SIMPANAN
Zakat wang simpanan dikenakan ke atas simpanan wang di bank
ataupun di rumah. Ia dikira sebagai harta yang subur terutamanya
yang disimpan di bank kerana kebiasaannya akan dilaburkan dan
memberi pulangan dalam bentuk dividen kepada pendeposit.

Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam
surah al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari
dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar
dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil
dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri
kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu [Surah
Al-Taubah (9): 34-35]

24

3.Tolakan Sebenar Perbelanjaan Wajib

Perbelanjaan wajib merangkumi enam keperluan asasi manusia iaitu
makanan, pakaian, kediaman, pendidikan, perubatan dan pengangkutan.
Bagi kaedah ini berkemungkinan seseorang itu terlepas daripada kewajipan
berzakat terutama jika dia tidak bijak berbelanja sehingga tidak mustahil
termasuk pula ke dalam golongan asnaf miskin
Formula
Jumlah pendapatan tahunan - perbelanjaan sebenar x 2.5% = jumlah zakat
Contoh kes:
Hafiz bekerja di Syarikat A. Pendapatan bulanan beliau adalah sebanyak
RM5200. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang masih
bersekolah. Beliau memberi belanja sebanyak RM300 sebulan kepada kedua ibu
bapanya. Potongan caruman KWSP beliau adalah sebanyak 11% daripada
pendapatan. Setiap bulan beliau mencarum sebanyak RM300 ke dalam akaun
Tabung Haji.

25

9.2.1 Nisab, Kadar & Haul Zakat Simpanan

Nisab zakat simpanan bersamaan nilai semasa 85 gram emas.
Kadarnya sebanyak 2.5% atau 1/40 bahagian. Sekiranya disimpan di rumah
maka kiraan zakat adalah dengan melihat kepada baki akhir setiap haul juga
dengan kadar yang sama.
9.2.2 Kaedah Pengiraan Zakat Simpanan
Pengiraan zakat wang simpanan dikira berdasarkan baki terendah dalam akaun
setelah cukup tempoh haul (Contoh A). Sekiranya terdapat lebih daripada satu
akaun di bank, maka baki terendah dalam semua akaun itu perlu dijumlahkan
(Contoh B). Sekiranya melebihi nisab maka wajib dizakatkan.

CONTOH A

Baki terakhir bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah
RM91000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tempoh haul dalam
contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.
Justeru, zakat wang simpanan yang perlu dikeluarkan:
= Baki terakhir (setahun) x 2.5%
= RM 91,000 x 2.5%
= RM 2,275.

26

CONTOH B

Haul: 01/01/20xx hingga 31/12/20xx

Justeru, Zakat Wang Simpanan:
= Baki Terakhir x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500.00
Nota:
i. Tidak semua negeri di Malaysia yang menetapkan baki terakhir sebagai
jumlah yang perlu diambil untuk dizakatkan. Antaranya Kedah, Selangor
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menggunakan baki terakhir.
Manakala Perak, Pulau Pinang, Johor, Johor dan Kelantan mengambil kira
baki terendah dalam akaun seseorang yang perlu dizakatkan.

ii. Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank
atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki
terakhir bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah
kesemua baki terakhir tersebut menyamai atau melebihi nisab.

iii. Sekiranya wang disimpan dalam akaun konvensional maka wang
simpanan yang wajib dizakatkan hanya ke atas wang pokok. Segala
keuntungan yang diperolehi hasil simpanan seperti dividen dan bonus tidak
boleh dimasukkan ke dalam pengiraan zakat. Hal ini kerana dividen dan
bonus daripada bank konvensional termasuk dalam kategori harta yang
tidak halal.

27

9.3 ZAKAT PERTANIAN

Zakat pertanian dikenakan ke atas tanaman dan buah-buahan yang
menjadi makanan asasi manusia dalam keadaan biasa, boleh disimpan
lama dan tidak rosak. Antaranya seperti kurma, anggur, gandum, barli, padi,
kacang putih, jagung dan sebagainya. Di Malaysia, makanan asasi kita adalah
nasi. Nasi terhasil daripada padi. Maka zakat pertanian yang dikenakan adalah
ke atas tanaman padi.

Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan
jelas dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang
menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar
(kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya;
dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan
tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan
keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya [Surah
Al-Anam (6): 141]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:
Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada
tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka
zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan
tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%)? (HR Bukhari)

28

9.3.1 Nisab, Kadar & Haul Zakat Pertanian
Penetapan nisab dalam zakat pertanian tidak sama bagi setiap negeri
kerana ia ditentukan oleh enakmen dalam undang-undang atau fatwa
negeri masing-masing. Contohnya:

29

9.3.2 Penetapan kadar pula dibahagikan kepada tiga kategori:

30

9.3.3 Kaedah pengiraan
Pak Ali menanam padi menggunakan sistem perparitan.
Setelah menuai hasil padinya, didapati berat keseluruhan
padi itu ialah 1.5 tan. Berapakah jumlah zakat yang
perlu dikeluarkan oleh Pak Ali?

Oleh kerana jumlah tuaian Pak Ali
melebihi nisab maka Pak Ali wajib
mengeluarkan zakat sebanyak 5%.
Formula zakat padi:
berat padi x harga semasa padi x 5%
1.5 tan x RM750 x 5% = RM56.25

31

9.4 ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ini dikenakan ke atas ternakanyang termasuk
dalam golongan seperti kambing, lembu , kerbau ,biri-biri, kibas dan
unta.
9.4.1 KADAR / NISAB / HAUL
Kadar nisbah semasa kini ialah RM 20,769.10. kadar ini mengikut kepada
nilai 85 gram emas. Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak
bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Pengiraan minimun nisab bagi
binatang ternakan bagi unta ialah 5 ekor, lembu atau kerbau ialah 30 ekor dan
biri-biri atau kambing ialah 40 ekor . haul pula dikira genap satu tahun
pemeliharaan.

32

9.4 ZAKAT TERNAKAN

33

9.5 ZAKAT EMAS DAN PERAK

Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang
berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna
sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan
berbentuk syiling yang diberi nama dinar dan juga dibentuk menjadi barang
perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan
menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas. Zakat
emas dan perak wajib dibayar kerana boleh digunakan sebagai
muamalah.Perak boleh dikira sebagai kuasa beli.

9.5.1 NISAB, KADAR DAN HAUL

Pengiraan zakat dibahagikan kepada dua iaitu zakat emas bukan perhiasan
dan zakat emas perhiasan.

Zakat bagi emas perhiasan ialah zakat yang dikenakan ke atas emas yang
digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada
digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat
apabila jumlah beratnya melebihi uruf. Uruf bagi setiap negeri adalah berbeza.

Manakala zakat emas bukan perhiasan pula ialah zakat yang dikenakan ke
atas emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk
matawang, jongkong, tempa dan seumpamanya. Zakat yang dikenakan ialah
sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu
sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas
perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
Bagi logam perak pulak, sama ada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun
tidak pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi
perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.

34

9.5 ZAKAT EMAS DAN PERAK

KAEDAH PENGIRAAN

Formula zakat emas
Emas perhiasan:
Jika berat mas perhiasan ialah 900 maka, manakala harga emas semasa

ialah RM 144.38 segram dengan kadar 25% potongan. jadi zakat yang perlu

dibayar ialah
(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 (contoh)= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Emas bukan perhiasan:
Jika berat mas ialah 100 maka, manakala harga emas semasa ialah RM

144.38 segram dengan kadar 25% potongan. jadi zakat yang perlu dibayar

ialah
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

Formula zakat perak 35
600 gram perak x RM2.25(segram pada 30 nov2021) x 2.5% = RM33.75

9.6 ZAKAT PERNIAGAAN

Maksud perniagaan ialah penukaran harta dengan barangan
tertentu bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Ia tidak
dikhususkan kepada barangan tertentu sahaja. Barang-barang perniagaan
ialah barangan yang ditukarkan antara tangan denganniat mendapatkan
keuntungan.

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta
perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Hasil
perniagaan daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan,
perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan
atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan,sama ada dalam bentuk
perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau bukan
Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan
sebagainya. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib
ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.

9.6.1 Kadar /Haul / Hisab

Kadar bayaran zakat perniagaan ialah 2.5% daripada keuntungan yang
dicapai. Haul bagi zakat perniagaan ialah selama setahun perniagaan.

36

9.6.2 Syarat Wajib Zakat Perniagaan.
Syarat zakat perniagaan ialah:
1.Peniaga mestilah sorang muslim. Jika perniagaan kongsi
dengan
orang bukan muslim, maka bahagian muslim sahaja perlu
membayar zakat.
2.Barang perniagaan dan perkhidmatan yang Halal. Perniagaan
yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk
perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak
dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak
diwajibkan membayar zakat.
3.Niat berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan
keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat
adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah
menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud
bersama secara berterusan.

37

9.6.3 Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan
Terdapat tiga kaedah pengiraan zakat perniagaan iaitu kaedah modal
kerja, modal berkembang dan untung rugi.

I.Kaedah modal kerja :

Kaedah modal kerja
(Aset Semasa – Liability Semasa ) × % pemilikan saham ×2.5%

Kaedah ini digunakan bagi bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn.
Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading yang melibatkan muslim dan bukan
muslim.

II.Kaedah modal berkembang
Kaedah modal berkembang
(Ekuiti pemilik +Liability jangka masa Panjang – aset tetap – aset separa tetap
) × % pemilikan saham ×2.5%

Sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan
Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

III.Kaedah untung rugi
Kaedah untung rugi
(Hasil/ Jualan/Perolehan – Belanja / Kos yang ditanggung ) × 2.5%

Sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata
kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam,
restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain
perniagaan yang berkaitan.

38

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

Pengiraan zakat perniagaan Syarikat PPE Sdn. Bhd. dengan menggunakan Kaedah

Model Berkembang dan Kedah Modal Kerja:

39

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

Oleh itu, amaun yang dikenakan zakat ialah A - B + C = RM1,6000,000.00 x 2.5% =
RM40,000.00

9.6.4 Kaedah pembayaran
Kini terdapat pelbagai cara untuk melakukan pembayaran zakat
perniagaan. Salah satu kaedah ialah menghadirkan diri ke pusat zakat yang
berdekatan dan meminta pekerja yang bertugas di sana membuat taksiran
harta perniagaan yang wajib dikeluarkan. Namun kini semua dihujung jari.
Pembayaran dan pengiraan zakat boleh dilakukan secara atas talian sahaja
dengan melayari lawan web zakat negeri masing-masing.










40

7.0

KESIMPULAN




Zakat bertujuan membersihkan harta yang dimiliki.
Menunaikan zakat ialah satu kewajipan bagi muslim kerana
zakat merupakan salah satu rukun islam yang wajib
ditunaikan semua umat islam. Melalui zakat yang diberikan
sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dengan
kaedah berkongsi harta yang dimiliki walupun nilainya
hanyalah 2.5% sahaja. Dalam diri setiap individu perlunya ada
kesedaran mengeluarkan zakat. Dalam masa yang sama,
masyarat perlulah berusaha memajukan diri untuk
melahirkan diri sebagai pengeluar zakat yang ramai dan
bukannya golongan penerima yang ramai. Seiklas kataf,
zakat akan membawa transformasi kepada negara disamping
memberi pelbagai manfaat kepada ummah.








41


Click to View FlipBook Version