Perpaduan mATLAMAT YANG DIIMPIKAN NOORWATI BINTI MOHD dawam PENSYARAH MUHAMMAD SHAFI BIN SHAMSUL ANUAR 17DTK23F1009 WAN AHMAD ARIFF DANIEL BIN WAN MESWAR 17DTK23F1109 CHONG CHUN WAI 17DTK23F1015 MUHAMMAD IRFAN BIN MOHD FAIZAL 17DTK23F1001 AMIR HAQIM BIN M MIZI 17DTK23F007 AHLI KUMPULAN
abstrak Perpaduan merupakan penyatuan yang utuh dalam membentuk sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Perpaduan juga merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan sesebuah negara Konsep ini penting dalam membina Malaysia Baharu yang sering diperkatakan pada hari ini. Dalam konteks Malaysia Baharu pelbagai kaum ingin memperjuangkan hak masing-masing, namun perlu diingatkan bahawa perpaduan antara kaum yang telah dijaga selama ini tidak pernah sama sekali tercalar akibat kehendak masingmasing. Justeru itu, perpaduan antara kaum perlu dipelihara dan diamalkan supaya Malaysia baharu yang dibentuk sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur.
content 1.kesihatan 2.Pekerjaan 3.sosial 4.Bahasa melayu 5.sukan 6.Rukun negara 7.Sambutan perayaan 8.Pendidikan 9.Makanan 10.perkahwinan
Perpaduan dalam kesihatan juga melibatkan penekanan kepada pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk semua golongan, pengukuhan infrastruktur kesihatan di kawasan-kawasan yang memerlukan, dan penyelarasan dasar kesihatan yang mempertimbangkan keperluan semua komuniti. Dengan memastikan kesamarataan akses dan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, kita dapat mencapai perpaduan yang sejati dalam meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan masyarakat secara keseluruhan. kesihatan contoh: -perkhidmatan hospital dan klinik di malaysia. -pemberian vaksin 1 malaysia. -kempen derma darah. -kempen hari sukan semalaysia. DITULIS OLEH: MUHAMMAD irfan bin mohd faizal
kempen pendermaan darah adalah contoh yang terbaik bagi perpaduan kaum dalam malaysia dari segi kesihatan. Kempen derma darah menerapkan elemen semangat dan perpaduan rakyat Malaysia untuk membantu satu sama lain, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya. Dengan tema #ididitforhumanity, kempen derma darah KitaSama dianjurkan sempena sambutan hari pemberian vaksin 1 malaysia kebangsaan. juga adalah contoh yang terbaik untuk memantapkan perpaduan di malaysia. gambar disebelah menunjukkan bahawa Petugas dan sukarelawan terdiri daripada pelbagai kaum; tidak kira Melayu, Cina, India atau kaum apa sekalipun, semuanya ceria dan berkhidmat dengan ramah mesra, walaupun keletihan melayan beratusratus malah ribuan penerima vaksin. Sehingga kini, sejumlah 17.2 juta penduduk Malaysia sudah mendaftar untuk vaksin. DITULIS OLEH: MUHAMMAD irfan bin mohd faizal sebagai pengajaran, perpaduan dalam matlamat kesihatan membawa impak yang positif kepada masyarakat secara keseluruhan. Melalui usaha bersama untuk memastikan akses yang saksama dan perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang kesihatan, kita dapat membina masyarakat yang lebih seimbang dan sejahtera. Adalah penting bagi semua pihak untuk terus berusaha menuju kepada sistem kesihatan yang inklusif dan adil, di mana setiap individu memperoleh perhatian kesihatan yang mereka perlukan tanpa mengira latar belakang. Dengan meneruskan usaha ini, kita dapat membina sebuah masyarakat yang lebih bersatu dan bermakna bagi generasi akan datang.
Matlamat perpaduan yang diimpikan dari segi rukun negara ialah terwujudnya sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu, tanpa mengira perbezaan etnik, agama, atau latar belakang budaya. Ini melibatkan pengiktirafan dan penghormatan terhadap kepelbagaian serta kesepaduan sebagai asas utama pembangunan negara. Melalui pemahaman yang mendalam terhadap nilainilai kebangsaan seperti kebebasan, keadilan, dan kesetaraan, masyarakat dapat bersama-sama menjunjung semangat rukun negara serta memperjuangkan kepentingan bersama demi kemajuan dan kesejahteraan negara. rukun negara DITULIS OLEH: MUHAMMAD irfan bin mohd faizal fakta tambahan: bunga raya atau dikenali sebagai bunga kebangsaan malaysia, ia mempunyai 5 kelopak yang melambangkan prinsip rukun negara.
Penghayatan Nilai-Nilai Bersama: Nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara seperti kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undangundang, dan kesopanan dan kesusilaan, memberikan landasan yang sama kepada semua rakyat. Ini membentuk asas yang kukuh untuk kesepaduan. Pembangunan Kesedaran Kebangsaan: Rukun Negara membantu dalam pembangunan kesedaran kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia. Melalui penekanan terhadap nilai-nilai kebangsaan, rakyat diajar untuk menghormati dan menghargai satu sama lain, memupuk semangat gotongroyong, dan bekerjasama untuk kepentingan bersama. Pembangunan Identiti Kebangsaan: Rukun Negara membantu dalam membentuk identiti kebangsaan yang kuat di kalangan rakyat Malaysia. Ini membawa kepada perasaan bangga terhadap negara dan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan bersama. DITULIS OLEH: MUHAMMAD irfan bin mohd faizal Pengiktirafan Terhadap Kepelbagaian: Rukun Negara menekankan pengiktirafan terhadap kepelbagaian etnik, agama, dan budaya sebagai satu kekayaan yang perlu dihargai dan dijaga. Ini membantu masyarakat Malaysia merasa diiktiraf dan diterima, tidak kira latar belakang mereka. Penolakan Terhadap Diskriminasi: Salah satu aspek penting dalam Rukun Negara ialah penolakan terhadap sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan etnik, agama, atau budaya. Ini memastikan bahawa setiap individu merasa diterima dan dihormati dalam masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka. peranan penting rukun negara dalam perpaduan
Tempat kerja kebiasaan bahawa di tempat kerja terdapat pelbagai kaum dan agama yang berbeza. dengan ini, majikan tidak boleh bertindak diskriminasi terhadap sesebuah kaum mahupun agama seperti contoh, majikan yang non-muslim perlu membErikan yang muslim mengerjakan ibadah mereka DITULIS OLEH: MUHAMMAD SHAFI BIN SHAMSUL ANUAR
Hubungan Masyarakat. Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama mempunyai risiko untuk berkonflik, malah di kalangan bangsa yang sama, banyak masalah yang timbul. Bagi menjaga keharmonian negara, masyarakat Malaysia perlu sentiasa menjaga perhubungan kaum agar dapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama Sosial DITULIS OLEH :wan Ahmad Ariff Daniel Bin Wan Meswar Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 menjadi petunjuk hubungan kaum di Malaysia
penganjuran aktiviti kemasyarakatan adalah contoh yang terbaik dari segi sosial. Ia dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Menerusi aktiviti kemayarakatan seperti aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama, bak kata pepatah “bagai aur dengan tebing.” Aktiviti sebegini mampu membuka ruang serta komunikasi yang lebih baik antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, salah satu aktiviti lain yang dijalankan iaitu rumah terbuka yang merupakan aktiviti kemasyarakatan yang penting untuk dijalankan. Rumah terbuka merupakan kaedah memupuk perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dan huhungan erat dapat diwujudkan seperti pepatah ada menyebut “bagai isi dengan kuku” dapat dijalinkan. Dengan perkataan lain, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.
BAHASA MELAYU DITULIS OLEH: MUHAMMAD SHAFI BIN SHAMSUL ANUAR BAhasa melayu sebagai bahasa rasmi menjadi antara unsur pengerak jentera pentadbiran negara.bahasa melayu juga merupakan alat komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan di kementerian dan jabatan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan
SUKaN Sukan menyatukan rakyat Malaysia melalui semangat persaudaraan dan kebersamaan, menunjukkan kesepaduan di antara pelbagai kaum tanpa mengira perbezaan etnik. DITULIS OLEH: chong chun waI Penggemar dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira keturunan atau kaum, bergabung dalam semangat yang sama di stadium untuk menyokong pasukan kebangsaan dalam perlawanan bola sepak
sambutan perayaan melayu [ RAya aidilfitri ] CINA [ Tahun baru cina ] INDIA [ deepavali ] DITULIS OLEH: chong chun waI
Sambutan Aidilfitri merupakan masa yang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran di mana masyarakat berkumpul bersama keluarga dan sahabat, melaksanakan ibadah, serta saling memaafkan. Tradisi seperti melawat sanak saudara, menghidangkan juadah khas seperti rendang dan ketupat, serta memberi dan menerima maaf adalah sebahagian daripada sambutan yang memupuk hubungan kekeluargaan dan kebersamaan. MELAYU [ raya aidilfitri ]DITULIS OLEH: chong chun waI
Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia dirayakan dengan keceriaan dan semangat kebersamaan. Masyarakat menghias rumah dengan lentera merah, menyediakan hidangan tradisional, dan berkumpul untuk menikmati pertunjukan kebudayaan seperti tarian naga dan leon. Perayaan ini memupuk hubungan kekeluargaan dan kesatuan dalam komuniti Cina serta merayakan warisan budaya yang kaya. CINA [ Tahun baru cina ]DITULIS OLEH: chong chun waI
Sambutan Deepavali di Malaysia diisi dengan keceriaan dan semangat kebersamaan. Rumah-rumah didekorasi dengan lampu pelita, keluarga berkumpul untuk bersembahyang dan memperingati kemenangan cahaya ke atas kegelapan, serta berkongsi juadah tradisional seperti murukku dan gulab jamun. Selain itu, kunjungan saudaramara dan pertukaran hadiah memperkukuhkan ikatan sosial dan kekeluargaan dalam komuniti Hindu. INDIA [ deepavali ] DITULIS OLEH: chong chun waI
makanan makanan bukan sahaja diambil untuk tenaga dan kelangsungan hidup. Aspek makanan ini boleh menjalinkan perpaduan kaum dalam kehidupan seharian oleh penduduk di tanah air ini. contohnya, apabila ada kaum Cina yang memasak Nasi Lemak, kaum Melayu yang memasak Thosai dan kaum India memasak kuih bulan. Dengan tolerasi dan keterbukaan seperti ini membolehkan pilihan makanan diperluaskan melangkaui budaya kaum itu sendiri. pelbagai lagi makanan tradisional yang boleh dicuba antara kaum contohnya seperti lemang , mi wantan , pani puri dan lain-lain DITULIS OLEH: AMIR HAQIM BIN M MIZI
pendidikan DITULIS OLEH: AMIR HAQIM BIN M MIZI pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari . JADI PENDIDIKAN INI PERLU DIPERHATIKAN OLEH KERAJAAN BAGI MEMAJUKAN HAL TERSEBUT UNTUK MASA DEPAN NEGARA contohnya ,Dalam usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar, sukatan pelajaran boleh diperkenalkan dengan topik-topik bertemakan perpaduan yang menyentuh berkenaan hubungan etnik dan agama dalam konteks masyarakat majmuk . dengan memberi penekanan bertopik “mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid”. Topik-topik perpaduan boleh diserapkan dalam mata pelajaran sedia ada seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.
Perkahwinan Perkahwinan adalah peranan yang penting dalam mengukuhkan perpaduan antara kaum. Salah satunye adalah perkahwinan campur. perkahwinan campur ialah pasangan itu berpeluanguntuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkanseluruh keluarga yang terlibat DITULIS OLEH :wan Ahmad Ariff Daniel Bin Wan Meswar
kebaikan perkahwinan campur adalah dapat meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatan dalam diri dan anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain. Dalam kepercayaan orang yang menganuti agama Islam, perkahwinan campur amat digalakkan kerana anak-anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai budaya yang berlainan dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budaya antara ibu dan bapa. Dengan cara ini, perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk dapat diperkukuhkan
DITULIS OLEH: MUHAMMAD irfan bin mohd faizal rujukan bagi isi kesihatan dan rukun negara https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasarpelan/inisiatiff/komuniti-krt-vaksin-untuk-semua https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kempenderma-darah-kitasama-tonjol-semangat-perpaduanrakyat-malaysia-114426 "Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship" oleh Abdul Rahman Embong https://www.academia.edu/download/36 476007/Shamsul_UIM_19jan2013.pdf
KESIMPULANNYA, PERPADUAN MEMAIKAN PERANAN YANG PENTING DALAM KEHIDUPAN ASAS SEBAGAI MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA