011 KERTAS MODEL bahasa melayu ñô£Œ ªñ£N 4 MENJAMIN PENCAPAIAN CEMERLANG! SJKT Mematuhi Format Terkini UASA Item Soalan Setara Dengan UASA Jawapan Lengkap Mengikut Skema Pemarkahan ݇´ Tahun 5SET KERTAS MODEL (UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK) UMA PUBLICATIONS
© Uma Publications UASA - Bahasa Melayu - Tahun 4 Bahagian A (10 markah) Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Anak kembar itu demam. __________ dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. A Dia C Baginda B Mereka D Beliau Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Cikgu Arvin selalu memakai __________ ke sekolah. A tali pinggang B tali keledar C tali pinggang keledar D tali leher Soalan 3 3. Pilih ayat yang betul. A Wahai, anak-anak dengarlah nasihat orang tua! B Wahai anak-anak, dengarlah nasihat orang tua! C Wahai! anak-anak dengarlah nasihat orang tua. D Wahai, anak-anak dengarlah nasihat orang tua. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Seremban, 7 Julai – Naren murid Tahun 6 SJK(T) Taman Gembira telah berjaya menyelamatkan jirannya yang terjatuh ke dalam sungai berdekatan rumah mereka. Kejadian itu berlaku petang semalam. Mangsa kejadian itu ialah Alex, berusia tujuh tahun. Kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang bermain bola bersama kawannya di tepi sungai itu. Alex terjatuh ketika cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke sungai. Jeritan Alex telah didengari oleh Naren yang sedang belajar bersama-sama rakan sekelasnya, Sharan. Naren terjun ke dalam sungai dan berjaya menarik Alex ke tepi sungai dengan bantuan Sharan. Ibu bapa Alex mengucapkan terima kasih kepada Naren dan Sharan kerana menyelamatkan anak mereka. UMA S1 - 2 PUBLICATIONS
© Uma Publications UASA - Bahasa Melayu - Tahun 4 Bahan 2 Pameran Buku Peringkat Kebangsaan 2023 Tarikh : 16 Oktober – 16 November 2023 Tempat : Dewan Serbaguna Bandar Baharu Setia Masa : 9.00 pagi – 9.00 malam (setiap hari) Senarai pertandingan yang dianjurkan untuk murid sekolah rendah dan menengah: Pertandingan mewarna poster Pertandingan bercerita Pertandingan menulis karangan Orang ramai diundang hadir 7. Bagaimanakah ibu bapa dapat memupuk minat membaca terhadap anak yang belum tahu membaca? A mendengar cerita melalui radio B menonton cerita dalam televisyen C membacakan buku cerita D menyuruh anak membaca sendiri 8. Apakah maksud simpulan bahasa ulat buku dalam bahan 1? A orang yang sedih membaca buku B orang yang suka membaca buku C orang yang malas membaca buku D orang yang benci membaca buku 9. Berapa lamakah pameran buku diadakan pada setiap hari? A 6 jam B 8 jam C 11 jam D 12 jam 10.Pilih pernyataan yang salah tentang bahan 1 dan bahan 2 di atas. A Kanak-kanak digalakkan membaca berbagai-bagai bahan bacaan. B Perpustakaan mini perlu disediakan di rumah. C Pameran buku diadakan di Dewan Serbaguna Bandar Baharu Setia. D Pertandingan melukis poster dianjurkan dalam pameran itu. UMA S2 - 4 PUBLICATIONS
© Uma Publications UASA - Bahasa Melayu - Tahun 4 Bahagian C (10 markah) Gambar di bawah menunjukkan amalan gaya hidup sihat Dinesh. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. UMA S4 - 7 PUBLICATIONS
© Uma Publications UASA - Bahasa Melayu - Tahun 4 Bahagian D (20 markah) Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ UMA S5 - 8 PUBLICATIONS
© Uma Publications 1 UASA - Bahasa Melayu - Tahun 4 JAWAPAN SET 1 Bahagian A 1. B 2. D 3. A 4. D 5. A 6. D 7. C 8. C 9. C 10. C Bahagian B Soalan 1 a. Hari Deepavali dikenali sebagai Pesta Cahaya. b. Anak sujud kaki ibu dan ayah untuk mendapatkan restu daripada ibu dan bapa. c. Abang sulung saya mengecat dinding ruang tamu manakala kakak saya menggantung langsir. d. Untuk mengeratkan semangat bermasyarakat kami mengadakan majlis rumah terbuka. Soalan 2 Sebagai insan yang berfikiran rasional, saya akan membawa jiran ke klinik. Kesihatan jiran adalah amat penting daripada menghadiri latihan badminton. Saya akan menghubungi jurulatih dan menerangkan keadaan sebenar kepada beliau. Bahagian C Terdapat pelbagai cara untuk memperkukuh hubungan sesama anggota keluarga. Hubungan keluarga menjadi erat apabila mereka saling menyayangi dan mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga. Seterusnya, setiap anggota keluarga harus menghormati antara satu sama lain. Selain itu, ahli keluarga wajar berganding bahu untuk meraikan hari istimewa keluarga dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bahagian D Karangan berformat - Syarahan Pendahuluan - Kata alu-aluan kepada hadirin mengikut kedudukan. Ucapan selamat pagi/petang - Memperkenalkan tajuk syarahan ‘Keselamatan Jalan raya’. - Setiap individu perlu menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah kita harus patuhi peraturan dan undang – undang jalan raya. Isi-isi penting 1. Melintas jalan raya menggunakan jejantas. Dengan ini pejalan kaki dapat mengelakkan kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa. 2. Pihak sekolah perlu melantik seorang pengawal lalu lintas di kawasan sekolah. Murid sekolah harus mematuhi arahan pengawal lalu lintas ketika melintas jalan raya. Keadaan ini membolehkan murid-murid dapat melintas jalan raya dengan selamatnya. 3. Penunggang motosikal dan pembonceng wajib memakai topi keledar demi keselamatan mereka. Pemakaian topi keledar akan mengurangkan risiko nahas jalan raya. 4. Pemandu kereta wajar memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Contohnya brek, tayar, pengelap cermin dan sebagainya patut berfungsi dengan baik kerana malang tidak berbau. UMA PUBLICATIONS