Film Review
TALENTIME
Genre : Komedi / Drama / Romantik
Sebuah filem arahan
Yasmin Ahmad
Sebuah filem arahan Yasmin Ahmad dan ia merupakan
filem terakhir oleh beliau sebelum hayatnya. Filem
ini berdurasi selama 2 jam dan ia ditayangankan
pada tahun 2009 selama sebulan mulai 26 Mac. Karya
ini memaparkan kisah cinta yang tidak mengira
kaum, agama mahupun latar kebudayaan seseorang dan
ia juga diselitkan tema pertandingan bakat di
sekolah menengah.
Barisan Pelakon (Watak Utama)
Pamelo M a h e s h J u g a l MMoohhaammmmaadd SSyyaaffiiee Jacyln
Chong Victor
Kishor NNaasswwiipp
Melur Mahesh Hafiz Bhavani
Filem Talentime merupakan salah satu karya yang Film Review
terbaik dan ia dihasilkan oleh arwah Yasmin Ahmad.
Konteks dalam filem ini dikaitkan dengan isu perpaduan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
etnik. Filem ini berkisahkan tentang program pencarian
bakat atau dalam erti kata lain program realiti. Pada
pendapat saya, filem ini sesuai dikaitkan dengan
kesepaduan sosial kerana terdapat babak-babak dialog
yang berbaur sinis dengan tujuan mengkritik persoalan
sosial rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik.
Kita dapat lihat dalam filem ini ia menggambarkan
suasana kepelbagaian kaum dengan adanya barisan
pelakon yang meliputi semua kaum di Malaysia. Selain
itu, filem ini turut memaparkan perkahwinan campur
antara kaum yang turut berlaku di Malaysia. Akhir sekali,
kita juga dapat lihat situasi di mana rakyat Malaysia
yang pelbagai kaum dapat hidup bermasyarakat di
bawah satu bumbung.
nilai-nilai murni
yang boleh diikuti
Hubungan persahabatan antara kaum
Pengorbanan seorang anak kepada ibunya
yang tercinta
Hubungan sesama kaum yang menunjukkan
semangat patriotisme: perkahwinan
campur sesama kaum
Semangat kerjasama antara kaum yang
pelbagai
pengajaran yang
dapat kita pelajari
Penggunaan bahasa yang kurang sopan
iaitu mencarut
Berlakunya perbalahan dua agama antara
Muslim dan Hindu
Persepsi masyakarat bukan melayu
terhadap masa depan kaum melayu dimana
kaum melayu ini sering dilabelkan
sebagai bangsa subsidi dan sering
dimanjakan
sinopsis
Filem Talentime berkisahkan tentang sebuah pertandingan pencarian bakat yang
mempertemukan dua hati iaitu watak Melur yang merupakan seorang gadis Melayu yang
berkacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India iaitu Mahesh. Melur mempunyai
sura yang merdu dan beliau mempunyai bakat menyanyi sambil bermain piano. Beliau
merupakan salah seorang finalis pertandingan Talentime di sekolahnya yang dikendalikan
oleh Cikgu Adibah. Kisah cinta dua hati ini bermula ketika Mahesh, merupakan pelajar yang
ditugaskan bagi menjemput finalis-finalis ke sekolah untuk menjalani latihan mereka. Pada
awal perkenalan mereka, berlakunya sesuatu musibah yang menimpa keluarga Mahesh iaitu
bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga mereka sejak ketiadaan ayah telah mati
ditikam di hari perkahwinannya. Setelah itu, Melur berasa kesal kerana sikap Mahesh yang tidak
pedulikannya dan diam membisu selepas berlakunya kejadian itu. Namun, Melur telah berubah
fikiran setelah diceritakan tentang keadaan sebenar yang terjadi pada Mahesh. Mahesh
menyedari bahawa hubungan mereka berdua akan ditentang oleh itu beliau menyembunyikan
hal tersebut daripada ibunya kerana ibunya yang masih berduka dengan pemergian bapa
saudara Mahesh. Adakah ibu Mahesh bersetuju akan hubungannya dengan Murni......