SEDERAP MELANGKAH
MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN SMK PALOH 2021
bersama
JAKOA, PIBG, dan PIBK
MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN
PROGRAM HOMEROOM
SERTA
MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN
Dewan Komuniti Masyarakat Asli Pos Lebir
20 Oktober 2021
8.30 pagi - 12.30 tengah hari
YB TN HJ AMRAN BIN ARIFFIN EN SUHAIMI BIN AWANG EN MAT HALLIM BIN MAT NASIR YBrs EN AZURI BIN HAMZAH
Pengetua SMKP YDP PIBG SMKP KPPD GUA MUSANG
ADUN Paloh
PENGENALAN
Sederap Melangkah dirangka untuk dijadikan projek intervensi di SMK Paloh Gua
Musang Kelantan bagi menangani isu perlaksanaan PdPr dalam suasana pandemik
Covid-19. Projek ini akan dilaksanakan bagi memantap dan meningkatkan kemahiran
guru-guru melaksanakan PdPr.
Guru-guru akan diberi bimbingan melalui dua sesi perbengkelan secara atas talian.
Pertama, penggunaan aplikasi Google Workspace iaitu Google Drive, Google
Classroom dan Google Meet serta aplikasi lain seperti Jamboard, Quizizz, Metimeter
serta Wordwall. Kedua, membangunkan kompetensi guru-guru Bahasa Inggeris
sekolah ini melalui bengkel perkongsian amalan terbaik dengan dibimbing oleh Guru
Pakar Bahasa Inggeris.
Impak dari program Sederap Melangkah dapat menyelesaikan isu guru kurang
mendorong penglibatan murid dalam aktiviti PdPr dan amalan PdPc guru yang
berpusatkan kepada guru. Dibuktikan dengan dapatan data dari SKPMg2 Standard 4
(4.6.1 Guru kurang melibatkan murid melibatkan murid dan 4.4.1 guru tidak dapat
menimbulkan minat murid). Manakala dapatan data perlaksanaan PdPr pula
menunjukkan hanya 13% guru melaksanakan PdPr secara atas talian, 15% melaksakan
PdPr secara gabungan dan 72% melaksankan PdPr dengan menggunakan modul.
Projek Sederap Melangkah juga akan mengupayakan kehadiran murid asli dalam kelas
PdPr. Faktor ini secara signifikan akan mempengaruhi tahap pencapaian akademik
murid berkenaan. SMK Paloh Gua Musang mempunyai 47 orang murid orang Asli dari
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 pada tahun 2021. Berdasarkan data Peperiksaan SPM
2020, 100% (14 orang) calon murid asli gagal mendapatkan mendapat sijil lulus SPM.
MATLAMAT
1. Meningkatkan Kualiti PdPr Guru melalui penggunaan pelbagai aplikasi Google
Workspace (Google Drive, Google Classroom,Google Meet) dan Jamboard, Quizizz,
Metimeter serta Wordwall dalam aktiviti pentaksiran.
2. Meningkatkan kualiti Guru Bahasa Inggeris melalui perkongsian amalan terbaik
bagi meningkat pencapaian GPMP dan tahap penguasaan MTM mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
3.Mengupayakan murid serta ibubapa memberi penekanan terhadap pencapaian
pendidikan dan kehadiran ke sekolah, khususnya dikalangan murid asli
4.Wujudkan jalinan dan jaringan antara sekolah dengan pemegang taruh serta
pemimpin masyarakat bersama memperkasakan pendidikan di SMK Paloh
OBJEKTIF
1. Meningkatkan bilangan guru melaksanakan PdPr secara atas talian secara
bermakna
2. Mengupayakan guru sekurang-kurangnya 2 aktiviti dalam PdPr yang melibatkan
murid secara interaktif.
3. Meningkatkan kolaboratif antara guru Bahasa Inggeris dalam perkongsian amalan
terbaik bagi meningkatkan minat murid.
4. Mewujudkan rasa kebersamaan dan tanggungjawab antara sekolah dengan
pemegang taruh dalam menangan isu kehadiran dan pencapaian murid asli.
5. Meningkatkan kesedaran kepentingan membina jalinan dan jaringan yang erat
antara sekolah dan komuniti untuk menghasilkan sekolah berkualit berfokus kepada
kemenjadian murid.
SASARAN
Projek Bengkel Penggunaan Aplikasi dalam PdPr
-Semua Guru SMK Paloh seramai 56 orang
Projek Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik Bahasa
Inggeris
-Guru-guru Bahasa Inggeris SMK Paloh
-Guru-guru Bahasa Inggeris SMK Chiku
-Guru-guru Bahasa Inggeris SMK Bandar Chiku
Projek Motivasi Ibubapa dan Murid Asli
-Ibubapa dan murid Asli SMK Paloh seramai 47 orang
https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2020/11/03/samuel-isaiah-role-model-teacher
AJK
BENGKEL PERTAMA
BENGKEL KEDUA
BENGKEL KETIGA
Dekati Orang Asli Batek
Dekati Orang Asli Batek
“Batek” atau nama gelaran lain seperti Batik, Ngok dan Batek Herb (Orang Hutan), adalah suku
bangsa Orang Asli. Majoriti kaum mereka kebanyakannya di Kelantan. Manakala sebahagian
lagi di Pahang dan Terengganu yang telah bercampur dengan Orang Asli dari suku bangsa
Semoq Beri.
Mereka ini berasal dari suku Negrito yang boleh dilihat dari ciri-ciri fizikal seperti berambut
kerinting halus, berkulit hitam manis, serta bentuk wajah yang bulat dan lebar. Penghijrahan
mereka ke Malaysia bermula sejak beribu-ribu tahun yang lampau iaitu dari Indo-China
dengan berjalan kaki merentasi gunung-ganang. Mereka juga dipercayai mengakses jalan
masuk ke kawasan pedalaman di Malaysia melalui Thailand.
Gaya Hidup Kaum Batek
Cara hidup suku kaum Orang Asli Batek ini agak ketinggalan berbanding dengan suku kaum
Orang Asli Melayu Proto di mana mereka masih mengamalkan tradisi dan adat resam kaum
mereka. Rumah pondok mereka masih menggunakan daun-daun hutan, buluh, dan berupa
seperti bangsal. Terdapat lebih kurang 15 – 20 rumah pondok yang terdapat di dalam
perkampungan mereka di Kampung Dedari, Pahang.
Kelangsungan hidup mereka bergantung kepada aktiviti memburu dan mengumpul hasil
hutan. Keperluan ini membentuk pilihan mereka untuk hidup dekat dengan hutan yang
bagaikan sebuah pasaraya buat mereka.
Amalan turun-temurun Orang Asli Batek ini adalah hidup secara nomad iaitu berpindah-
randah. Walaupun begitu, mereka kini telah mula menetap di lokasi yang tertentu dengan
membina rumah sendiri. Pada waktu-waktu tertentu, mereka tetap juga mempunyai rutin
bergerak masuk ke dalam hutan atau di gigi-gigi sungai dan membina penempatan sementara
untuk tujuan mengumpul hasil hutan. Segala hasil hutan ini akan menjadi sumber pendapatan
mereka yang dijual di pasaran luar dan juga untuk kegunaan kehidupan harian mereka.
Amalan Agama Dalam Hidup
Suatu masa dahulu, Orang Asli Batek memiliki kepercayaan terhadap alam sekeliling atau
semangat, roh dari hutan atau dikenali sebagai kepercayaan animisme. Kini, mereka telah
mendapat pendedahan tentang kehidupan beragama dan semakin ramai yang memeluk
agama Islam, Buddha dan sebagainya.
https://tamannegara2u.com/orang-asli-batek-3/
PENUTUP
DAN
PENGHARGAAN
Program SEDERAP MELANGKAH, merupakan program yang mempunyai impak yang
dapat meningkatkan perlaksanaan PdPr dikalangan guru-guru SMK Paloh seterusnya
memberi suasana pembelajaran yang bermakna demi mencapai kemenjadian murid
sekolah ini. Selain itu melalui program ini, dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris
menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid
dalam mata pelajaran ini. Melalui program ini juga, kesedaran kepentingan pendidikan
dapat didedahkan secara terus kepada golongan sasar iaitu Ibubapa murid Asli yang
bersekolah di sekolah ini.
Pengerusi dan ahli jawatankuasa Program SEDERAP MELANGKAH memperkasakan
Pendidikan SMK Paloh 2021, merakamkan setinggi-tinggi penghargaaan dan ucapan
jutaan terima kasih, di atas Kerjasama serta sokongan dan sumbangan yang telah
diberikan bagi menjayakan program ini:
YB ADUN PALOH -Tn. Hj. En. Amran Bin Ariffin
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang -YBrs En. Azuri bin Hamzah
Pengetua SMK Paloh –En. Suhaimi bin Awang
Pegawai JAKOA Daerah Gua Musang
Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang
YDP PIBG SMK Paloh - En Mat Halim Bin Mat Nasir
Pemimpin Masyarakat Orang Asli Pos Lebir dan Aring
Barisan Penceramah
Barisan Penderma yang memberi sumbangan kewangan dan barangan Ibubapa dan
murid orang asli Pos Lebir serta semua pihak yang telah memberi kerjasama dan
sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
TENTATIF MAJLIS