The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap ini mengisahkan tentang Tun Hussein bin Dato’Onn(Perdana Menteri ketiga)merupakan seorang tokoh pemimpin dari Johor yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara.Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.
Meninjau dari skop yang lebih luas,Tun Hussein bin Dato’Onn juga merupakan seorang negarawan yang cinta akan negara.Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur .Dalam sejarah,beliau akan sentiasa dikenang sebagai “Penyambung Warisan Yang Terbilang.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Tun Hussein Onn memang merupakan tokoh pemimpin yang boleh kita dibanggakan .

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeoyuxin922, 2021-04-24 23:23:28

Tun Hussein bin Dato'Onn

Buku skrap ini mengisahkan tentang Tun Hussein bin Dato’Onn(Perdana Menteri ketiga)merupakan seorang tokoh pemimpin dari Johor yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara.Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya.
Meninjau dari skop yang lebih luas,Tun Hussein bin Dato’Onn juga merupakan seorang negarawan yang cinta akan negara.Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur .Dalam sejarah,beliau akan sentiasa dikenang sebagai “Penyambung Warisan Yang Terbilang.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa Tun Hussein Onn memang merupakan tokoh pemimpin yang boleh kita dibanggakan .

Keywords: Tun Hussein bin Dato'Onn

Maklumat murid
Nama: Yeo Yu Xin
Kelas: 6M
Sekolah: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Seg Hwa
Alamat E-Mail: [email protected]
Alamat Sekolah: 1-3,Jalan Mentol,85000 Segamat,Johor

Pendahuluan

Johor Darul Ta’zim, juga dikenali sebagai Johor atau kesultanan Johor Moden ialah negeri
Malaysia di selatan Semenanjung Malaysia .Johor merupakan sebuah negara yang maju dan
terus berkembang dengan pelbagai kemajuan yang telah dikecapi dari semua aspek. Segala
kemajuan telahpun diusahakan oleh tokoh-tokoh dan pejuang anak Johor kita seperti Tun
Dato’ bin Hussein Onn. Pemimpin Johor ataupun dikenali sebgai tokoh Johor merupakan satu
lambang kebesaran Johor yang perlu ketahui.

Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri Besar ketiga yang berkhidmat dari tahun
1976 hingga tahun 1981.Sedar atau tidak walaupun jasanya menjadi Perdana Menteri
sepanjang lima tahun,namun dalam tempoh yang poendej itu,terdapat banhyak usha yang
telah dilakukan bagi membangkitkan negara Johor ataupun Malaysia.Antara usahanya ialah
beliau telah memajukan Kementerian Pelajaran dan juga menekankan konsep Rukun
Tetangga. Beliau telah berjaya mempermodenkan dan memperbesarkan Angkatan bersenjata
Malaysia.Atas merupakan beberapa usaha dari beliau.Usaha Tun Hussein Onn pasti
mendatangkan banyak faedah untuknya.

Biodata Tokoh
Nama: Tun Hussein bin Dato’ Onn
Tarikh lahir: 12 Februari 1922
Tempat dilahirkan: Johor Bahru
Tarikh Kematian: 29 Mei 1990
Tempat Persemadian: Makan Pahlawan,Masjid Negara

Tun Hussein bin Dato’Onn
Tun Hussein bin Dato' Onn yang berlahir pada 12 Februari 1922 dan meninggal dunia pada
29 Mei 1990. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein bin Dato’ Onn dilihat sebagai seorang yang amat
ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai kemasyhuran
untuk berperan beraksi keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan
perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

a) Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak sulung kepada
Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya bernama Datin Halimah
Hussein.

Dato’Onn Jaafar

b) Pendidikan

Tun Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab
Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan
Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab
Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen
Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.

Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan
dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

c) Latar belakang

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin,
Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di
Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya
dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah
Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein
merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia)
pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya
bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang
cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun
berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai
Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai
daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

d) Kerjaya Politik
Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun
Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai
bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama
pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul
Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran
Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada
tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha
Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping
menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan
bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh
orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai
bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun
1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik,
beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun
1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada
masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah
dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali menyertai
UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu memegang jawatan
sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama
menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah mencalonkannya sebagai calon
Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana
beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.

e) Kebangkitan untuk berkuasa
Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun
Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Beliau bertanding dan
menang dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau mewarisi Tun Dr. Ismail yang
meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976,
beliau dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun
Abdul Razak.

-Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
(Perdana Menteri Kedua)

f) Peranan dan sumbangan

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau,
Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam
Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga
orang Naib Presiden yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos
1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun
Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah
mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah
disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada
tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi
Perdana Menteri, beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh
Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai seorang
pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga memberi penekanan
kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan apatah
lagi pada ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis.
Semasa pentadbirannya pada temboh darurat, usaha membenteras pengganas komunis di
hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan berjaya.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program
yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada
ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk
mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau
pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981. Beliau juga telah
berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981. Beliau juga telah
mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim
Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang
membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang
diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan
tiang keamanan yang kukuh.

Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri daripada kepimpinan
negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada
15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri Dr. Mahathir
bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981. Selepas beliau meletakkan jawatannya
sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti
Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya.
Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun
yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

g) Selepas persaraan
Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan sumbangannya kepada
pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau memainkan peranan utama dalam pertubuhan
Hospital Mata Tun Hussein Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.
Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan
Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan
Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang
kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68
tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

h) Keistimewaan

Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal
ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman
dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan
mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan
majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan
meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan
dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau
akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam
memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks
masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh
ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya
dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta
UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika itu.

j) Garis masa

1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
1942: Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin
Dan Iraq
1945: Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor
Bahru
1946: Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn Bin Jaafar
menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO.
1950:Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai
ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan
Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951:Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya
Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
1958: Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964: Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang Di Pertua
UMNO

1969: Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO)
pada Jun.

1970: Menjadi Menteri Pelajaran pada September.

1972: Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO

1973: Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi
UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

1976: Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.

1978: Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.

1981: Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO
sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr
Mahathir Mohamad.

1990: Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana
serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Tun Hussein bin Dato’Onn
(Perddana Menteri ketiga)

k) Nilai-nilai boleh kita contohi
-sikap berhati-hati dan teliti
-sebagai seorang kepimpinan yang bersikap tanggungjawab
-kebolehan yang istimewa dalam mengenalpasti tokoh-tokoh yang berwibawa sebagai pelapis
untuk menerajui parti dan kerajaan denri untuk memastikan kelansungan perjuangan
meningkatkan marta

l)Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam usaha mencapai objektif
program,pelbagai aktiviti telah diadakan di mana beliau
melibatkan penyertaan daripada semua warga kolej dalam
usaha untuk mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang
erat di bawah kendalian Ketua Pengarah. Selain itu, semua
AJK yang terlibat dalam program tersebut dapat mempelajari
tentang kerjasama berpasukan dalam memberi dan berkongsi pendapat mereka. Hal ini
membantu pelajar dapat belajar secara kreativiti mereka serta inovatif bagi memastikan
program tersebut dijalankan dengan lancar.

Sumber Rujukan

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn
 http://historycomiteesmkcs.blogspot.com/2012/03/anak-anak-johor-tersohor.html
 http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-hussein-onn.html

Lampiran Peristiwa

Sekian terima kasih !


Click to View FlipBook Version