The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUVANESWARAN A/ L LETCHIMANAN Moe, 2020-06-05 10:00:39

JA SHOW YOUR GRATITUDE

JA SHOW YOUR GRATITUDE

JA SHOW
YOUR

GRATITUDE

N SCIKGU OOR AMSIAH

Cikgu Noor Samsiah Mohaidin, nama yang terpahat di jiwa raga saya sepanjang masa.
Beliaulah yang mencungkil bakat terpendam saya apabila saya merasakan diri saya tidak
sesuai untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan di atas pentas disebabkan bentuk
fizikal yang kecil. Beliaulah yang menaruh kepercayaan terhadap saya untuk mengambil
bahagian di dalam pertandingan Teater Solo. Pertandingan ini merupakan titik permulaan
penglibatan saya di atas pentas. Beliau membimbing saya untuk menjadi Johan Peringkat
Zon dan seterusnya mendapat tempat ketiga di Peringkat Daerah pada tahun 2017.
Kejayaan itu membuka mata pihak sekolah untuk memilih saya mengambil bahagian dalam
pertandingan Mendeklamasi Sajak dan Public Speaking pada tahun berikutnya yang
melayakkan saya ke Peringkat Negeri. Usaha Cikgu Noor Samsiah tidak terhenti walaupun
wabak Covid-19 melanda negara kita. Beliau membimbing saya untuk mengambil bahagian di
dalam pertandingan Video Resensi Buku Peringkat Daerah di mana saya menjadi Naib Johan.
Beliau juga membantu saya untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan Video Pendek
Cerita Rakyat anjuran JPN Perak, di mana saya masih menunggu keputusan juri selepas saya
layak ke tapisan akhir Facebook likes. Melalui Cikgu Noor Samsiah, saya belajar bahawa
kejayaan seseorang bukan diukur melalui bentuk fizikal semata-mata. Cikgu Noor Samsiah
membuktikan kepada saya bahawa usaha dan latihan berterusan yang akan menentukan
kejayaan seseorang. Saya berada di tahun akhir sekolah rendah dan seribu satu kenangan
bersama Cikgu Noor Samsiah akan sentiasa dikenang sepanjang hayat saya.

SEMOGA TUHAN MERESTUI USAHA MURNI CIKGU.



TERIMA KASIH
CIKGU

NOOR SAMSIAH



TERIMA KASIH CIKGU NOOR SAMSIAH


Click to View FlipBook Version