MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI (1)
2021M/1443H
SECARA ATAS TALIAN / ONLINE
ANJURAN
PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL QURAN MALAYSIA
(PERMATA AL QURAN)
Kerjasama
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL QURAN N.
SELANGOR (PITAS) ,MAJLIS BELIA TAHFIZ MALAYSIA
& PERSATUAN TAHFIZ NEGERI
TAKLIMAT GARIS PANDUAN AM
PESERTA
MUSABAQOH HAFAZAN AL-QURAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
(PERMATA) 2021M/1443H
SYARAT DAN
PERATURAN
1. Peserta yang mewakili negeri hendaklah berumur
antara 7-19 tahun sahaja yang mewakili
maahad/alumni maahad dan individu.
2. Peserta yang mewakili negeri hendaklah mendapat
markah 90% ke atas.
3. Peserta hanya dibenarkan bertanding bagi satu
kategori sahaja.
4. Peserta juga hendaklah menutup mata (tanpa
menggunakan kain/ mask/ serban) dan
menampakkan muka dan separuh badan serta tidak
menundukkan kepala (tegak arah hadapan sahaja).
5. Peserta akan ditamatkan penyertaan sekiranya
didapati melihat mushaf / meniru/ berbincang atau
mempunyai unsur-unsur penipuan ketika
musabaqah dijalankan.
6. Peserta akan diberikan jadual masa untuk
menyertai Google Meet secara berkumpulan.
7. Penganjur akan memberikan link kepada
peserta selewat-lewatnya 1 jam sebelum
musabaqoh.
8. Peserta dikehendaki hadir secara atas talian
selewat- lewatnya 15 minit sebelum masa
pertandingan dijalankan.
9. Peserta hendaklah menghadirkan diri apabila
tiba gilirannya dipanggil oleh Pengerusi
Majlis. Peserta yang gagal menghadirkan diri
setelah 3 kali panggilan dilakukan tanpa
sebab yang munasabah dianggap telah
menarik diri atau diganjakkan atas
pertimbangan penganjur.
10. Peserta dikehendaki berpakaian sopan,
berkelakuan baik dan menghormati kemurnian
majlis dengan bertanding secara rasional.
11. Perserta hendaklah memastikan keadaan bilik
dalam keadaan kemas dan dan sunyi gangguan.
12. Peserta hendaklah mengguna dan mencari data
internet atau wifi yang mencukupi dan isyarat
yang memuaskan.
13. Peserta hendaklah dengan mematuhi semua syarat dan
peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Pengerusi
atas nasihat pegawai teknikal hafazan berhak untuk
membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang
gagal berbuat demikian.
14. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan akan
diumumkan pada waktu yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Majlis Hafazan Kebangsaan.
PAKAIAN
PESERTA
1. Peserta lelaki hendaklah memakai jubah
berkopiah / baju melayu bersongkok.
2. Peserta perempuan hendaklah memakai jubah/
berbaju kurung dan bertudung yang sempurna
(pakaian sekolah).
PENGUNDIAN
1. Undian bagi menentukan giliran membaca
peserta akan diadakan sekurang-kurangnya
sehari sebelum pertandingan dijalankan.
2. Pengundian hanya akan dijalankan sekali
sahaja dan pertukaran nombor undian tidak
dibenarkan.
3. Soalan peserta akan disusun mengikut undian
giliran membaca sahaja.(tiada undian soalan)
4. Pengundian akan dijalankan oleh Jawatankuasa
Pendaftaran dan Pengundian Pertandingan.
5. Cabutan undi bagi pihak peserta akan dilakukan
secara online oleh urusetia di hadapan semua peserta
menggunakan kaedah ditetapkan.
6. Peserta/wakil wajib hadir ketika pengundian
dijalankan.
7. Jawatankuasa Pendaftaran dan pengundian berhak
untuk mengundi bagi pihak peserta sekiranya keadaan
memerlukan.
SOALAN
1. Peserta akan diberikan 3 soalan bagi kategori juzuk
amma dan 1-5 juzuk. Manakala kategori 1- 15 juzuk 4
soalan dan 1 -30 juzuk akan diberikan 5 soalan serta
satu soalan bonus
2. Peserta hendaklah menjawab dengan mengikut arahan
hakim fatih seperti sila ulang atau sila sambung dan lain-
lain arahan.
3. Peserta yang gagal meneruskan bacaan setelah 3 kali
dibantu atau ditegur oleh hakim munabbih, maka ujian
hafazan bagi soalan tersebut akan ditamatkan.
4. Peserta hanya boleh meminta hakim fatih mengulang soalan
sekali sahaja untuk setiap soalan.
5. Sekiranya peserta masih gagal mengesan soalan dikemukakan
maka hakim munabbih akan membantu memberitahu ayat
tersebut.
6. Perbezaan soalan bonus adalah peserta wajib memberikan
nama surah dan juzuk sebelum membaca ayat yang diberikan.
7. Satu soalan bonus sahaja akan diberikan kepada peserta tahap
3&4.
8. Soalan bonus akan diberikan pada soalan akhir bagi tahap 3&4.
JUMLAH DAN JENIS SOALAN MENGIKUT TAHAP
Tahap katogeri Soalan Soalan Jumlah
biasa bonus soalan
Tahap 1 Juzuk 30 3 soalan Tiada 3 soalan
Tahap 2 Juzuk 1-5 3 soalan Tiada 3 soalan
Tahap 3 Juzuk 1-15 3 soalan 1 soalan 4 soalan
Tahap 4 Juzuk 1-30 4 soalan 1 soalan 5 soalan
Katogeri senang Katogeri susah
Awal mukasurat Ayat mutasyabihat
Awal maqra’ Ayat panjang
Awal Juzu’ Ayat pendek-pendek
Awal Surah Akhir surah
Ayat/Surah Amalan/Doa Akhir mukasurat
Jenis arahan Jenis arahan
Soalan biasa Soalan bonus
Sila Ulang Sila nyatakan nama
Sila Sambung surah dan juzuk bagi
Sila baca dari awal
surah ayat ini dan sila
Sila baca dari awal sambung.
juzu’
BENTUK DAN
TAHAP BACAAN
1. Peserta hendaklah menghafaz mengikut bacaan Riwayat
Hafs An Ashim Dari Toriq As-syatibi.
2. Peserta dikehendaki mempersembahkan hafazan secara
TADWIR sahaja.
3. Tahap bacaan TADWIR adalah 8-12 baris dalam tempoh
2 minit.
4. Bacaan secara TAHQIQ atau HADAR akan dipotong 2
markah pada bahagian suara sahaja walaupun tiada
kesalahan dalam bacaan.
PEMARKAHAN
1.Bahagian penilaian dan pembahagian
markah :
• Hafaz lancar (kelancaran) - 55 markah
• Tajwid ( kesalahan khofi ) - 20 markah
• Fashohah ( kesalahan jali @ waqaf ) - 15
markah
• Suara ( persembahan ) - 10 markah
• JUMLAH MARKAH - 100 MARKAH
JENIS KESALAHAN
BAHAGIAN HAFAZ DAN LANCAR – 55 MARKAH
• Bacaan berulang-ulang - potong 1 markah.
• Bacaan terhenti-henti - potong 1 markah.
• Bacaan teragak-agak - potong 1 markah.
• Tinggal/tambah huruf/baris - potong 2 markah.
• Tinggal/tambah ayat/kalimah - potong 2 markah.
• Salah sambung ayat - potong 2 markah
• Gagal beri surah/juzuk - potong 2 markah
1. Peserta yang gagal menjawab atau tidak
mencapai bacaan hafazannya pada jumlah
minima yang ditetap dalam MASA 2 MINIT SETIAP
SOALAN atau 8 BARIS AL-QURAN RESAM UTSMANI
kerana tidak lancar dan banyak kesalahan (tidak
termasuk bacaan tahqiq yang tiada kesalahan)
maka potongan akan dibuat berdasarkan jumlah
baris yang dapat dibaca seperti contoh berikut :
Jumlah Markah penuh Potongan Potongan Potongan Potongan
soalan setiap soalan Gagal ¼ Gagal ½ Gagal ¾ Gagal semua
mengikut (minima 8 (jawab 6/8 (jawab 4/8 (jawab 2/8 (gagal
tahap baris) baris) baris) baris) menjawab
soalan)
3 soalan 33/100 8 16 24 33
4 soalan 25/100 6 12 18 25
5 soalan 18/100 5 10 15 20
BAHAGIAN TAJWID - 20 MARKAH.
• Hukum nun mati/tanwin - potong 1 markah.
• Hukum mim mati - potong 1 markah.
• Hukum mad - potong 1 markah.
• Tebal / nipis huruf - potong 2 markah.
• Idgham / dengung - potong 1 markah.
BAHAGIAN FASOHAH – 15 MARKAH
• Makhraj huruf - potong 2 markah.
• Sifat huruf - potong 1 markah.
• Kesalahan waqaf - potong 1 markah.
• Kesalahan ibtida’ - potong 1 markah.
• kesalahan baris - potong 2 markah.
BAHAGIAN SUARA - 10 MARKAH.
• Suara tidak menarik - potong 2 markah.
• Suara terhimpit - potong 2 markah.
• Suara serak - potong 2 markah.
• Tiada lahjah arab - potong 2 markah.
• Tiada alunan lagu murattal - potong 2 markah.
• Tidak menepati tadwir - potong 2 markah.
• Tidak mengikuti arahan(berulang)-potong 1 markah.
• Gagal memulakan bacaan dalam tempoh 10 saat (berulang)
- potong 1 markah.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh :
Ketua lajnah kehakiman.
Ustaz Sazali bin Yaacob.