The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syuhada Ibrahim, 2021-09-30 03:29:10

Kisah Petugas Haji _Che Latifah

Kisah Petugas Haji _Che Latifah

SIRI Al-Kisah
1

Petugas Haji

Menyantuni DuyufurRahman
Menggapai Kemabruran

Che Latifah Ismail

PEKTA/ PIHTAS TH

SIRI
1

Al-Kisah
Petugas Haji

Menyantuni DuyufurRahman
Menggapai Kemabruran

Che Latifah Ismail

2021

www.kakpahbookstore.com

Al-Kisah
Petugas Haji

Menyantuni DuyufurRahman
Menggapai Kemabruran

Che Latifah Ismail

PEKTA/ PIHTAS TH

•“Bestnya ustazah, setiap tahun dapat ke

Makkah. Macamana nak jadi petugas macam
ustazah?”

•“Ustazah, macamana tugas kat sana tu? Kena layan
semua jemaah ke?”

BESTLAH
USTAZAH

dapat memberi
sejuta inspirasi!

Ini merupakan soalan yang sering dikemukakan
kepada saya.

Persoalan ini telah memberi inspirasi untuk saya
berkongsi pengalaman sebagai petugas haji dan
bagaimana cara atau syarat-syarat untuk menjadi
Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS)

Dua tahun tiada musafir haji dan umrah kerana
pandemik Covid19 membuatkan saya mengumpul
semula memori bertugas di Tanah Suci sambil
bermuhasabah diri.

iii

Biodata

penulis

Che Latifah Ismail dilahirkan pada 27 Mei 1961 di
Kampung Pokok Asam, Pendang, Kedah. Pendidikan
awal di kampung, seterusnya ke Kolej Islam Kelang,
Selangor (KISAS). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Pengajian Islam) Universiti Malaya dan Sarjana
Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia. Beliau juga
berkelulusan Sijil Pembimbing Ibadah Haji (SPIH) –
USIM/Tabung Haji, pemegang Kad Tauliah Mengajar
Haji Dan Umrah Tabung Haji dan Tauliah Mengajar
Agama Islam Negeri Perlis. Berpengalaman bertugas di
Tanah Suci sebanyak 5 kali bagi musim haji tahun
2009, 2011, 2017, 2018 dan 2019. Beliau telah
bersara wajib sebagai pensyarah (Profesor Madya) di
UiTM Perlis pada 1 Jun 2021. Jawatan terakhirnya
ialah Ketua Pusat Pengajian, Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS).

iv

Prakata

Segala puji bagi Allah SWT,
selawat dan salam kepada
junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW, keluarga
serta sahabat baginda.

Saya mewakili Yayasan Amal Mabrur Malaysia
(YAMM) tumpang gembira di atas penerbitan buku

elektronik (e-buku) yang bertajuk ‘Al Kisah: Petugas Haji'

hasil tulisan sulung Ustazah Che Latifah Ismail.

Umum perlu tahu betapa proses mempersiapkan jemaah
mencapai haji mabrur sudahpun bermula melalui kursus-
kursus haji di Tanah Air, di bawah bimbingan Pembimbing
Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA) dan berterusan
sehinggalah ke Tanah Suci di bawah bimbingan
Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS).

Namun tibanya saat Pandemik Covid19, semua kursus
haji telah dijalankan secara online, bukan lagi bersemuka
di masjid-masjid sebagaimana biasa.

v

Sepanjang tempoh 'bercuti' daripada ibadah haji dan
umrah, para pembimbing menjadikan masa tersebut
sebagai ruang untuk bermuhasabah diri, mengulangkaji
ilmu berkaitan ibadah haji dan mengumpul memori
sepanjang bertugas di Tanah Suci. Segala pengalaman itu
penting untuk diabadikan di dalam gaya baru penulisan
seiring perkembangan teknologi digital.

Tahniah kepada penulis kerana telah berkongsi
pengalaman berharga itu melalui penulisan e-buku yang
dimuat naik ke platform Evenchise MSGA di bawah
bimbingan CEO, Master Shiro dan teamnya.

Saya juga mengambil peluang mengajak para asatizah dan
alumni haji dan umrah untuk menulis, berkongsi ilmu dan
pengalaman masing-masing sebagai amal jariah di
belakang hari.

Akhir kata, saya mengucapkan "Baarokallahu fikum"

kepada penyusun atas karya ini. Semoga Allah Azza wa
Jalla membalas dengan ganjaran kebaikan di dunia dan
akhirat.

Mohammad Hasnil Abu Bakar
Pengerusi
Yayasan Amal Mabrur Malaysia
Penulis E-buku Terbaik KPMM 2021

"Apa Khabar Waris & Pesakit?"
vi

Pengesahan

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam
kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,
keluarga serta sahabat Baginda.

Saya mengucapkan tahniah dan bersyukur di atas
penerbitan buku elektronik (e-buku) oleh Ustazah
Che Latifah Ismail yang bertajuk "Al-Kisah Petugas
Haji".

Semoga buku ini dapat memberikan sumbangan
ilmu dan motivasi kepada pembaca ke arah
kebaikan dan mendapat ganjaran di sisi Allah,
dunia dan akhirat, aamiin.

Hasrul Taufek Bin Roslan (Master Shiro)
CEO MSGA Sdn. Bhd.
Presiden Kelab Penulis Muda Malaysia (KPMM)
Presiden Kelab Usahawan Ebook Malaysia (KUEM)

vii

Penafian

Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian
penulisan ini dalam apa-apa jua bentuk
sama ada secara elektronik, salin foto,
mekanik, rakaman dan sebagainya
tanpa terlebih dahulu mendapat
keizinan daripada penulis.

Catatan dan gambar yang terkandung
dalam penulisan ini adalah hak milik
peribadi penulis sendiri. Penulis hanya
mencatatkan pengalaman peribadi dan
tidak boleh dianggap sebagai memberi
khidmat kepakaran. Sekiranya perlukan
penjelasan lanjut pembaca bolehlah
merujuk kepada pihak terlibat.

E-Buku Pertama: September 2021

Che Latifah Ismail CA MSGA
Kangar, Perlis.

viii

Penghargaan

Buat mak bonda yang berada di sisi, almarhum
ayahanda yang telah lama meninggalkan kami,
pasangan hidupku, anak-anak menantu dan cucu-
cucuku serta adik-adik yang dikasihi.

Juga buat majikan dan rakan sejawatan yang banyak
membantu memudahkan urusanku sewaktu bertugas
di Tanah Suci.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung khasnya para
alumni haji yang menyokong dalam penerbitan buku
ini.

Terima kasih juga kepada semua pembaca.
Semoga Allah merahmati kita semua, menerima kita
dengan redha, mengumpulkan kita bersama di syurga,
aamiin.

ix

penghargaan

"Ya Allah kurniakan kami ilmu, hikmah
dan kebijaksanaan saat memimpin diri,
keluarga dan jemaah untuk menggapai

haji yang mabrur - aamiin"

DOA MUNAJ
TA

Isi Kandungan

AL-KISAH PETUGAS HAJI

1 Pendahuluan

8 Pengurusan Jemaah
Haji Malaysia

15 Siapakah PEKTA?

22 Siapakah PIHTAS?

30 Terpilih Sebagai PIHTAS
37 Aktiviti PIHTAS

1

Pendahuluan

1

Pendahuluan

Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan izinnya
saya dapat menghasilkan penulisan “AL-KISAH
PETUGAS HAJI Siri 1".

Catatan santai ini merupakan coretan pengalaman
saya sebagai petugas di Tanah Suci, tepatnya
dikenali sebagai PIHTAS (Pembimbing Ibadah Haji
Tanah Suci). Penulisan ini adalah berdasarkan
pengalaman saya yang telah dipilih oleh pihak
Tabung Haji untuk bertugas di Tanah Suci sebanyak
lima kali pada musim haji tahun 2009, 2011, 2017,
2018 dan 2019.

Dalam Siri 1 ini saya mencatatkan bagaimana
bermulanya pemilihan saya sebagai petugas, syarat-
syarat pemilihan dan tugasan sepanjang berkhidmat
di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Perkongsian ini diharap dapat memberikan panduan
dan inspirasi kepada pihak yang berminat khasnya
para asatizah dalam memberikan khidmat kepada
bakal jemaah haji dan umrah.

2

Ibadah Haji merupakan salah satu
rukun Islam.
Ibadat Haji merupakan ziarah
seseorang muslim ke Baitullah di
Makkah pada bulan-bulan haji,
bermula 1 Syawal hingga 10
Zulhijjah, dengan melaksanakan
semua rukun dan wajib haji dengan
syarat-syaratnya kerana Allah Azza
Wa Jalla.

3

4

Dalil Pensyariatan

MAKSUDNYA:

"DAN ALLAH MEWAJIBKAN MANUSIA

MENGERJAKAN IBADAT HAJI DENGAN

MENGUNJUNGI BAITULLAH IAITU SESIAPA

YANG MAMPU SAMPAI KEPADANYA. DAN

SESIAPA YANG KUFUR (INGKARKAN

KEWAJIPAN IBADAT HAJI ITU), MAKA

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KAYA

(TIDAK BERHAJATKAN SESUATU PUN) DARI

SEKALIAN MAKHLUK."

(SURAH ALI-IMRAN : 97)

Dalil Pensyariatan

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda
Nabi SAW yang bermaksud:

“Islam diasaskan atas lima perkara, iaitu: Bersaksi
bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
dan Muhammad ialah Rasulullah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan
dan mengerjakan haji ke Baitullah bagi mereka yang
mampu mengunjunginya.”

[ Riwayat al-Bukhari dan Muslim (122) ]

Kesimpulannya: Ibadah haji wajib ditunaikan sekurang-
kurangnya sekali seumur hidup seorang muslim yang

memenuhi syarat-syaratnya. Ibadah haji akan terus
dibantu pelaksanaannya sehingga sempurna rukun,
wajib serta menghampiri rapat dengan Sunnah Nabi
dalam mengerjakan haji.

Pembimbing Ibadah Haji diperlukan untuk membantu
memberikan bimbingan kepada bakal jemaah haji di
Tanah Air (PEKTA) dan dan menjadi rujukan untuk
menyelesaikan kemusykilan ibadah haji di Tanah Suci
(PIHTAS).

Semuanya
bermula dengan
sebuah impian

AGAR DAPAT MELAKSANAKAN SEMUA
RUKUN ISLAM DENGAN SEMPURNA
DAN DAPAT MEMBANTU JEMAAH HAJI
MENDAPATKAN HAJI YANG MABRUR.

SURAH AL HAJJ

SANGAT MEMBERIKAN INSPIRASI,
SEMANGAT JUANG NABI IBRAHIM AS
SERTA SELURUH KELUARGANYA.

DAN SUDAH TENTU SIRAH JUNJUNGAN

BESAR NABI MUHAMMAD SAW SERTA

PERJUANGAN PARA SAHABAT

RIDHWANULLAH ALAIHIM.

2

PMJeHneagmluaaaruajyisshaian

8

KEWAJIBAN HAJI SEKALI

SEUMUR HIDUP TABUNG HAJI

HambaMu datang menyahut Agensi Kerajaan
seruanMu, Ya Allah santuni para Hujjaj



Bermula dengan menabung

dan mendaftarkan di

Tabung Haji

Follow us
https://www.tabunghaji.gov.my/

9

Perkhidmatan yang
disediakan oleh Tabung Haji
mendapat pengiktirafan
kerajaan Arab Saudi sehingga
diiktiraf sebagai terbaik di
dunia.

pengurusan
jemaah haji

#1 Tabung Haji (TH) merupakan
pihak yang bertanggungjawab

#2 Pengurusan Jemaah haji
merupakan proses berterusan
yang dilakukan sepanjang tahun
bagi memastikan perjalanan
operasi haji lancar dan efisyen.

#3 Sejak bakal jemaah haji
menyimpan wang mereka,
mendaftarkan diri untuk
menunaikan haji, mengikuti
aktiviti-aktiviti dan kursus
berkaitaan haji dan segala
perkhidmatan kepada bakal
jemaah haji sejak mereka di
Tanah Air hingga ke Tanah Suci
dan kembali semula ke Tanah Air.

pengurusan
jemaah haji

#4 Perkhidmatan yang disediakan
oleh Tabung Haji mendapat
pengiktirafan kerajaan Arab Saudi
sehingga diiktiraf sebagai terbaik
di dunia.
Salah satu aktivitinya ialah

#5 Bimbingan Ibadah Haji. TH
sentiasa berusaha memberi tunjuk
ajar dan ilmu berkaitan ibadat
haji kepada bakal-bakal haji
melalui kursus-kursus haji yang
diadakan di seluruh negara, di
samping penerbitan buku-buku
panduan berkaitan ibadat haji.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah

#6 Suci (PIHTAS) di tempatkan di
semua bangunan penginapan
sebagai rujukan para jemaah bagi
memastikan ibadat yang dilakukan
adalah betul dan sempurna.





3

PSEiaKpaT?A

15

PEKTA adalah ringkasan kepada Pengkursus Ibadah
Haji Tanah Air.

Salah satu aktiviti TH ialah Bimbingan Ibadah Haji. TH
sentiasa berusaha memberi panduan dan ilmu
berkaitan ibadat haji kepada bakal haji melalui
kursus-kursus haji yang diadakan di seluruh negara,
di samping penerbitan buku-buku panduan berkaitan
ibadat haji.

Bagi menyempurnakan proses bimbingan haji, TH
turut melantik PEKTA untuk membantu
menyampaikan ilmu berkaitan ibadah haji kepada
bakal haji melalui kursus-kursus yang dianjurkan di
Tanah Air. PEKTA juga akan ditempatkan di stesen-
stesen berlepas/lapangan terbang, sebagai rujukan
bakal haji sekiranya mereka mempunyai sebarang
persoalan ibadat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

16

TABUNG HAJI

Syarat dan kelayakan
sebagai PEKTA

1.

Telah menunaikan ibadah haji

2.

Berumur di bawah 55 tahun

3.

Memiliki Tauliah Mengajar Agama
Islam dari Jabatan Agama Islam
negeri masing-masing

4.

Berkelulusan dalam bidang
Pengajian Islam – sekurang-kurang
peringkat Diploma / STAM

5.

Mempunyai karektor yang baik dan tidak
merokok

(Syarat-syarat ini mungkin akan
berubah selepas Pasca Covid19)

LANJUT BOLEH KE LAMAN WEB TABUNG HAJI

Norma Baru

KULIAH
SECARA
ONLINE




PEKTA

Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air

TUGASAN SEBAGAI PEKTA

Aktiviti Di Tanah Air - Bersama Tabung Haji
Negeri Perlis.

Menyampaikan kuliah:
-Kursus Asas Haji (KAH)
-Kursus Intensif Haji (KIH)
-Kursus Perdana Haji (KPH)

TMAUALJILAISHAMPGEAERMNLAGISAISJLAARM

Kad Tauliah
Mengajar Haji &

Umrah

LATIHAN KELAYAKAN WAJIB
KURSUS
BENGKEL

SEMINAR

PRICES
PRICES
PRICES

HSIKYUMRAAH

PENYELARASAN HUKUM
& TUGASAN MENYANTUNI

JEMAAH HAJI

Bersama barisan Pakar Rujuk AJPIH Wanita - menghadiri
Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan – ini antara syarat
kepada seorang PEKTA. Saya telah menghadiri Muzakarah
ini setiap tahun sejak 2007 hingga 2019 dan Muzakarah

pada tahun 2020 berlangsung secara online.

4

PISHiapTaA? S

22

TANAH SUCI

MAKKAH
AL MUKARRAMAH

RUKUN HAJI : ADA 6

Niat, Wukuf, Tawaf, Saie, Bercukur
Bergunting, Tertib pada kebanyakan rukun.

Siapakah PIHTAS

PIHTAS adalah singkatan kepada Pembimbing Ibadat
Haji Tanah Suci. Dahulunya dikenali sebagai Guru
Agama Tabung Haji.

PIHTAS merupakan petugas yang dipilih oleh pihak
Tabung Haji untuk menyertai Rombongan Petugas Haji
Malaysia yang bertugas pada musim haji di Tanah
Suci.

Kebiasaannya seorang ustaz dan seorang ustazah
ditempatkan di maktab-maktab atau bangunan
penginapan jemaah haji Malaysia. Jumlahnya mungkin
bertambah sekiranya jumlah jemaah haji lebih ramai
dan hotel penginapan lebih besar.

Mereka memainkan peranan untuk membimbing,
memberi kefahaman dan tunjuk ajar kepada jemaah
haji mengenai hukum hakam berkaitan ibadah haji dan
cara perlaksanaannya di Tanah Suci.

Mereka juga ditempatkan di Makkah dan Madinah
juga di Hospital Tabung Haji sebagai tempat rujukan
para jemaah untuk memastikan ibadat yang dilakukan
adalah betul dan sempurna menurut syariat.

24

TABUNG HAJI

Syarat dan
kelayakan sebagai
PIHTAS

1.

Calon mestilah seorang PEKTA
dan memiliki Kad Tauliah
Mengajar Haji Dan Umrah
(KATAM) dari pihak Tabung Haji

2.

Berkelulusan Sijil Pembimbing
Ibadah Haji (SPIH) USIM/TH

3.

Berpengalaman bertugas
menyampaikan kuliah dalam kursus
haji di peringkat daerah atau negeri
sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai
PEKTA

4.

Mempunyai karektor yang baik, tidak
merokok, sihat dan berumur 60 tahun
ke bawah.

(Syarat-syarat ini mungkin akan berubah
selepas Covid-19. Untuk penjelasan
lanjut, sila layari laman web Tabung Haji.

HTTPS://WWW.TABUNGHAJI.GOV.MY/EN/HAJJ/SERVICES/PEKTA-PIHTAS

PEKTA dan PIHTAS yang dipilih oleh Tabung
Haji adalah mereka yang bertauliah dan
mahir dalam ilmu berkaitan ibadat haji.

26

Pakar Rujuk TH

Selain PIHTAS, pihak Tabung Haji juga
menyediakan pakar rujuk di Tanah Suci bagi
membantu jemaah haji Malaysia, memberikan
panduan hukum mengenai ibadah haji serta
menyelesaikan kemusykilan yang timbul berkaitan
ibadah haji di Tanah Suci.
Pihak Tabung Haji juga menyediakan talian hot-
line – Talian Ibadah (TAIB) yang membolehkan
jemaah bertanya soalan pada bila-bila masa yang
diperlukan apabila dihubungi.

27

PERANAN

Bertugas menyantuni
jemaah Haji agar
dapat menggapai
kemabruran lestari

Surah al-Hajj

Surah ke-22 dari al-Quran dan terdiri dari 78
ayat. Sebahagian ayat dari surah ini diturunkan
di Makkah dan sebahagian lagi di Madinah, oleh
sebab demikian, para ahli tafsir berselisih
pendapat mengenai golongan surah ini sama
ada (Makkiyah atau Madaniyah).

Surah ini dinamai surah  Al Hajj, kerana surah
ini mengemukakan hal-hal yang berhubungan
dengan ibadah haji, seperti ihram, tawaf, saie,
wuquf di Arafah, mencukur rambut, syiar-
syiar  Allah, faedah-faedah dan hikmah-hikmah
disyariatkannya haji. Ditegaskan pula bahawa
ibadat haji itu telah disyariatkan pada masa
Nabi Ibrahim AS dan Ka'bah didirikan oleh Nabi
Ibrahim AS bersama puteranya Nabi Ismail AS.

28

MABRUR
HEBAT!



JOM DOA
& USAHA

SYURGAHAJI MABRUR GANJARANNYA

5

PSITHeebrpaTigliAahiS

30

KISAH SAYA.. 2009

..TERPILIH SEBAGAI
PIHTAS

2009 SAYA TERPILIH SEBAGAI PIHTAS SETELAH dan
DICALONKAN OLEH TH NEGERI PERLIS.



Terlebih dahulu saya diminta mengisi borang

mendapatkan kelulusan dari pihak majikan bagi

menghadiri temuduga dan ujian di Kompleks Haji Kelana

Jaya.

Seterusnya bakal PIHTAS yang berjaya dalam ujian
dikehendaki hadir Kursus Teras selama seminggu di
Kompleks Haji Kelana Jaya.

Kursus ini bertujuan mendedahkan peserta dengan

pelbagai ilmu dan kemahiran seperti latihan CPR, latihan

kebakaran dan latihan kecergasan. Peserta juga

didedahkan dengan amalan ISO di Tabung Haji. Di akhir

kursus, peserta perlu menduduki ujian kemaskini

pengetahuan serta kemahiran bertindak penuh hikmah

dengan kawalan yang minima saat bersama dalam

Operasi Haji. BULAN HAJI

1 SYAWAL - 10 ZULHIJJAH

3 ...KURSUS LAGI
hari

SATHIP IAGABES HILIPRETSetelah lulus ujian ini, sekali lagi peserta dipanggil
untuk menghadiri Kursus Pengukuhan
Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci selama 3 hari.
Kursus ini memberi penekanan kepada
kefahaman ilmu dan hukum hakam berkaitan
ibadah haji dan tanggung jawab serta tugas
PIHTAS semasa berada di Tanah Suci.

Peserta juga dibahagikan mengikut kumpulan
berdasarkan lokasi di mana mereka akan
ditugaskan nanti. Saya terpilih dalam kumpulan
petugas yang bakal bertugas di Mekah.

Selain itu terdapat kumpulan yang akan bertugas
di Madinah, kumpulan Talian Ibadat atau TAIB
(PIHTAS yang bakal bertugas menjawab persoalan
jemaah melalui panggilan telefon/hotline),
Kumpulan Hospital (PIHTAS yang bakal menjaga
dan membimbing jemaah yang sakit beribadat di
hospital) dan kumpulan pakej (iaitu PIHTAS dari
syarikat yang diiktiraf seperti Tabung Haji Travel
and Tours (THTS) dan syarikat swasta lain yang
telah mendapat lesen dari Tabung Haji.

Alhamdulillah ....

32

ADAKAH TERPILIH DARIPADA SEKIAN RAMAI
USTAZ DAN USTAZAH UNTUK BERTUGAS
MENYANTUNI JEMAAH HAJI MALAYSIA?

DEBARAN MABRUR

KURSUS UNTUK BAKAL PETUGAS INI BERTUJUAN
MENDEDAHKAN PESERTA DENGAN PELBAGAI ILMU
DAN KEMAHIRAN SEPERTI LATIHAN CPR, LATIHAN
KECERGASAN DAN AKTIVITI BERKUMPULAN.
PESERTA JUGA DIDEDAHKAN DENGAN AMALAN
ISO TABUNG HAJI DAN SOP YANG PERLU DIPATUHI
SEWAKTU DI TANAH SUCI.
DI AKHIR KURSUS, PESERTA PERLU MENDUDUKI
UJIAN PENGUKUHAN LAGI.

Disamping itu peserta juga diminta mengukur saiz
baju/jaket uniform, t-shirt dan kain tudung bagi
peserta perempuan, kopiah bagi peserta lelaki yang
bakal digunakan semasa bertugas nanti.

Walaupun begitu debaran terus terasa kerana kami sering
diingatkan bahawa keputusan muktamad pemilihan
hanyalah akan diketahui bila hampir tiba saat
keberangkatan. Debaran terus terasa sehinggalah mendapat
keputusan muktamad.

33

TERPILIH SEBAGAI
PEKTA & PIHTAS

"Alhamdulillah,
syukur kepada Allah"

PEKTA - Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air -
mulai 2007.

PIHTAS - Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci -
mulai 2009. PIHTAS -TELAH BERPELUANG
BTPEAARNDKAAHHMISUDUSMCIAIMTSHDEAIBJAIN2Y0A0K95,
KALI
2011,

2017, 2018 & 2019

HAJI

KAD PET2UG0A1S
9

BERSAMA SAHABAT PIHTAS &
PAKAR RUJUK - DR SHAMSIAH

MMKEETHENNAAMDGENMMOAARABSKNIEHMAAUNISSNAIHSKAUYSAAMNCAAMLIAIARYMBYTHAAAAIATN-LNNNAGGYLAU

6

PIAHktiTviAti S

37


Click to View FlipBook Version