The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syuhada Ibrahim, 2020-12-29 21:11:19

NOTA SEMINAR ASAS FARAIDH

NOTA SEMINAR ASAS FARAIDH

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU
TERENGGANU

"Ilmu al-Faraidh : Ilmu yang makin dilupai"

Tarikh : 21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435 (Khamis)
Jam : 9.30 – 11.30 pagi

Bertempat : Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu

Bersama:
Ustaz Haji Mohd Shukri bin Haji Ali

[email protected]
013 9222670

Page 0 of 12

ASAS ILMU FARAIDH DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA
Oleh : Haji Mohd Shukri bin Haji Ali

1. MUKADDIMAH

Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat oleh Islam
dan dipandang sangat tinggi nilainya. Sabda Rasulullah s.a.w;

‫َذَعلِْنَكعَْبفَ ُِدهَواَّلهفَلِ بْْض ِنلٌ آَعيَْمةٌِروُْمبَْكِنَماةٌلَْأعَاْو ِصُسنهأَةٌهنقَاَئرَُِسمةٌوَألَْواَّفلهَلِِري ََصضلهةٌىَعااَِّدلهللَُةٌ َعلَْيِه َو َسله َم قَا َل الْعِْل ُم ثََلثَةٌ َوَما ِسَوى‬

Maksudnya : "Ilmu itu ada tiga dan selain daripada itu hanyalah lebihan sahaja, iaitu ayat-
ayat Muhkamah (ayat hukum yang tidak dimansuhkan), Sunnah yang sahih diriwayatkan

daripada Rasulullah s.a.w. dan ilmu untuk membahagikan pusaka yang adil"
(Sunan Abu Daud : Bab Ma Ja a fi Taalim Al Faraidh : Juz 8 : hal. 86)

Oleh itu Islam disamping menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam
dengan betul, dan memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan
atau meninggalkan sistem Ilahi ini dengan menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya.
Dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan Darul Qutni:

ُ ‫َِّ ْف‬ ُ‫فََِّهه‬ ،ََ ِ‫الََْرائ‬ ‫َ َعله ُموا‬ ،‫أَيبَُْان َزُهعَُريِْمَرةَْن‬ ‫ل"يََماا‬:ُ‫ّههُقَاأََهول‬،َِ‫له ََموإ‬،‫اََّولهإَِلُّههَُعيلَُْيْنِهَسَوىَس‬ ،‫الْعَِصْللهِمى‬ ‫النهِهب‬ ‫أَ ّن‬ ،‫ُهَريَْرَة‬ ‫أَِب‬ ‫َع ْن‬
"‫أُهمِت‬
Maksudnya : "Daripada Abi Hurairah r.a. berkata, Sabda Rasulullah saw : Pelajarilah ilmu
Faraid, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu,
ia adalah ilmu yang akan dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan
dicabut daripada umatku."

(Sunan Ibn Majah : Bab Al Hassu 'Ala Taalim Al Faraidh : Juz 8 : hal. 691)

Akibat pengabaian ilmu ini akan membawa kesan yang besar sehingga mengundang
berbagai masalah dalam masyarakat kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda

Ba،g‫ُم‬iَn‫عِْل‬dْ‫ال‬a‫ُها;َلمَنوهاا‬،ُ‫داَفََِعنِلهِأَُّمَّوحااْمداالًُْرعٌِيَْلَََْممْقِفَبُووَُعللِّبَُمٌْيٌنَو‬،َ«‫ََِِج‬:َ‫ال‬-‫تَلهلُِمصلوَا اىالْثُْاقنَلْالرآهِنَنعِلَويفهَعفلَِِّرُيوموسَُضلٍةاملنه‬-‫تلهِلََيَْع‬،َّّ‫قَاَََعلله اُمبْوَاسُنيُاْنلْتََمََقَْرسائِعُُصوٍدَََوقَََاوظََْعلَهلُِّرُِملاولََُِْراَلَُسنهُتاوُلََحَاه‬

Maksudnya : "Berkata Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku : Pelajarilah
ilmu dan ajarkanlah ia kepada manusia dan pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah ia kepada

manusia. Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan

Page 1 of 12

sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah,
sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta

pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-dua mereka."
(Sunan Ad Darami : Bab al-Iqtidak Bil Ulama : Juz 1 : hal. 250)

2. PENGERTIAN ILMU AL FARAIDH ) ‫) الفرائض‬

Perkataan faraidh (‫ ) فرائض‬diambil daripada kalimah bahasa arab. Ia merupakan jama’
daripada perkataan faridhah(‫ ) فريضة‬. Manakala faridhah diambil daripada kata dasarnya
iaitu fardh (‫) فرض‬. Makna fardh dapat dibahagikan kepada 2 iaitu makna dari segi bahasa

dan makna dari segi istilah Syara’:

i. Dari segi bahasa ialah takdir, bahagian, wajib atau halal, seperti maksud Firman
Allah Ta’ala dalam Al Quran:

‫َوقَ ۡد َف َر ۡض ُت ۡم لَ ُه َّن فَرِي َض ٗة فَنِ ۡص ُف َما فَ َر ۡض ُت ۡم‬

“…maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu…”
(Surah al-Baqarah : 237)

ii. Manakala segi istilah ialah bahagian yang ditentukan oleh Syara’ kepada ahli waris atau
ilmu tentang pembahagian harta pusaka kepada setiap ahli waris yang berhak dengan
kaedah-kaedah pengiraan yang tertentu.

Manakala Haji Ismail Ab Kadir dalam bukunya Sistem Pusaka Islam mendefinasikan ilmu ini
sebagai 'suatu ilmu yang dengan dialah dapat kita ketahui orang yang menerima pusaka,
orang yang tidak dapat menerima pusaka, kadar yang diterima oleh tiap-tiap waris dan cara
membahaginya'.

3. SEJARAH SISTEM PUSAKA
Sistem Pusaka sebelum Islam (Zaman Jahiliyyah) sebab-sebab mewarisi pusaka pada ketika
itu, berdasarkan kepada faktor-faktor;

a. Sebab keturunan lelaki yang mampu berperang pertahankan kabilah & dapatkan
harta rampasan perang - maka lelaki yang lemah dan sakit, wanita serta kanak-kanak
adalah tidak layak mewarisi pusaka.

b. Perjanjian sumpah setia antara dua orang atau lebih. Lafaz perjanjian itu yang
masyhur adalah seperti “darahku darahmu, kuburku kuburmu, aku dapat
mewarisimu dan kamu dapat mewarisiku’ dan sebagainya.

c. Pengangkatan, iaitu anak angkat yang dibinkan kepadanya.

Page 2 of 12

Kedatangan Islam telah memperbaiki sebab-sebab pewarisan ketika jahiliyyah ini;
a. Syarat mereka yang mampu mengangkat senjata sahaja dibatalkan dan ditambah
kaum wanita dan kanak-kanak dalam kelayakan mewarisi pusaka- An Nisa’ : 7.
b. Sebab perjanjian sumpah setia dibatalkan dan digantikan sengan sistem
persaudaraaan Islam iaitu di antara Muhajirin dan Ansar - Surah Al Anfal : 72.
Mereka berhak mewarisi hingga hukum itu dinasakh - Al-Ahzab : ayat 6.
c. Sebab pengangkatan juga dibatalkan bersama pembatalan sistem anak angkat
ber’bin’kan bapa angkat - An-Anfal : 75 & Al Ahzab : 4-5.
d. Kemudian sistem pewarisan, asas-asas serta sebab-sebabnya telah diperincikan di
dalam Surah An-Nisa’ : ayat 11, 12 dan 176 dengan dibantu oleh ayat lain seperti an-
Nisa :8, Al-Baqarah : 180, Hadith Rasulullah s.a.w serta .Ijtihad pada sahabat dan
ulama.
(Prof Dr Ismail Abu Hassan, Nota Kuliah Undang-Undang DAIJ, UIA 2000)

4. KEPENTINGAN BELAJAR ILMU AL FARAIDH
a. Menjamin kelangsungan ilmu ini, menyelesaikan Fardhu Kifayah di dalam
masyarakat.
b. Membersihkan masyarakat dari fahaman-fahaman yang bertentangan hukum syara’
seperti ‘tidak baik segerakan pembahagian pusaka kerana tanah kubur masih merah’
dan sebagainya.
c. Menghindarkan kita dari melanggar hukum secara tidak disedari dan terjebak dengan
dosa yang berterusan.
d. Menghindarkan kita dari memakan atau menguasai harta secara batil (haram).
e. Menghindarkan kita dari termakan harta anak yatim.
f. Menghindarkan kita dari termakan hak-hak simati yang tidak ditunaikan sebelum
pembahagian.
g. Menghindarkan diri dari salah faham dan pertingkahan di kalangan waris-waris yang
boleh membawa putusnya silaturrahim dan merosakkan institusi keluarga.
h. Menyedarkan waris-waris agar menyelesaikan pembahagian pusaka dengan segera,
sekaligus mengelakkan penangguhan pembahagian ini sehingga bertahun-tahun
malahan puluhan tahun.

Hasil dari mempelajari ilmu ini;
a. Mempastikan sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak.
b. Mengetahui siapakah yang berhak menerima pusaka.
c. Mengetahui bahagian masing-masing.
d. Mengetahui tatacara pembahagian dan kaedah pengiraan.

Page 3 of 12

5. KOMBINASI ILMU AL FARAIDH
Ilmu Al Faraidh ini terdiri dari tiga kombinasi ilmu iaitu :
a. Ilmu Nasab iaitu ilmu yang berkaitan dengan nasab dan keturunan.
b. Ilmu Syariat yang berkaitan dengan hukum hakam, penentuan pembahagian waris-

waris berhak, bahagian waris-waris dan sebagainya.
c. Ilmu Hisab iaitu yang berkaitan dengan kaedah pengiraan bagi penentuan bahagian

waris-waris.
(Wan Abd Halim Wan Harun, Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka : DBP 2008 : hal. 6)

6. RUKUN PUSAKA

Rukun pusaka ada 3 (tiga) perkara, iaitu;
a. Pewaris (si mati)
b. Waris yang berhak
c. Harta peninggalan

(Wan Abd Halim Wan Harun, Ibid :hal. 28)

A. RUKUN PERTAMA : Pewaris (Simati)

Syaratnya telah berlaku kematian Pewaris (Si mati). Mati terbahagi kepada 2 keadaan:

a. Mati Hakiki (benar-benar mati) - dapat dibuktikan dengan Surat Akuan Mati atau
Permit Pengkebumian.

b. Mati Hukmi (seperti orang hilang dan tidak diketahui hidup atau mati). Ia hendaklah
dibuktikan dengan’Anggapan Kematian’ yang dikeluarkan oleh Mahkamah mengikut
seksyen 108 Akta Keterangan 1950 selepas 7 tahun dari tarikh kehilangannya.

B. RUKUN KEDUA PUSAKA : Waris yang berhak

i. Syarat waris yang berhak;

a. Hidup waris dengan yakin setelah kematian pewaris walaupun hanya sekejap.

b. Tidak terdinding atau terhijab oleh waris yang lain.
Sila rujuk Jadual Hijab dalam Rajah 1.

c. Tidak ada hijab pewarisan seperti;
i. Berlainan agama pewaris dan waris.
ii. Pembunuhan iaitu waris yang membunuh pewarisnya adalah tidak berhak
mendapat pusaka.

iii. Perhambaan di mana hamba tidak boleh menjadi waris dan pewaris.

d. Mempunyai sebab untuk mewarisi seperti;
i. Hubungan Kekeluarga/keturunan
ii. Ikatan Perkahwinan

iii. Wala’ – Memerdeka Hamba
iv. Islam (Baitulmal)

Page 4 of 12

ii. Senarai Waris-Waris Yang Berhak

Waris-Waris Lelaki Waris Perempuan

1. Anak lelaki (AL) 1. Anak perempuan (AP)
2. Cucu lelaki dari anak lelaki (CL) dan kebawah. 2. Cucu P (CP) dari Anak L & ke
3. Bapa.
4. Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke bawah.
3. Ibu.
atas. 4. Nenek sebelah ibu dan ke atas.
5. Saudara seibu sebapa (SIBL) 5. Nenek sebelah bapa dan ke atas.
6. Saudara sebapa (SBL) 6. Saudara seibu sebapa (SIBP)
7. Saudara seibu (SIL) 7. Saudara sebapa (SBP).
8. Anak saudara seibu sebapa (ASIBL) dan ke 8. Saudara seibu (SIP)
9. Isteri.
bawah 10. Tuan yang membebaskan hamba
9. Anak saudara sebapa (ASBL) dan ke bawah.
10. Bapa saudara seibu sebapa (BSIBL)
11. Bapa saudara sebapa (BSBL)
12. Anak bapa saudaa seibu sebapa sepupu SIBL)

dan ke bawah.
13. Anak bapa saudara sebapa (sepupu SBL) dan

ke bawah.
14. Suami.
15. Tuan yang membebaskan hamba

iii. Siapakah Waris Yang Paling Kuat

Jika dihimpun ke semua waris-waris yang berhak menerima pusaka di atas, waris yang
paling hampir dengan si mati (waris utama) ialah :

1. Anak lelaki.
2. Anak perempuan.
3. Ibu.
4. Bapa.
5. Suami atau Isteri.

Mereka ini tidak terdinding (terhijab) oleh sesiapa pun, bahkan merekalah yang
mendindingkan waris-waris yang lain. Waris yang paling kuat di kalangan waris-waris ini
ialah anak lelaki dan bapa.

Ibu Bapa

SI MATI Suami/Isteri

Anak L Anak P

Page 5 of 12

iv. Cara Menerima Pusaka

Waris-waris menerima pusaka dengan dua cara, iaitu :
1. Secara Fardhu. ( ‫) فرض‬
2. Secara Asabah. ( ‫) عصبة‬

1. Secara Fardhu
FARDHU bermakna ‘kadar bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak kepada seseorang
waris’. Bahagian secara fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran
ialah sebanyak 6 bahagian yang dinyatakan di dalam pecahan iaitu : 1/2., 1/3, 2/3, ¼, 1/6,
1/8. satu lagi ialah ‘1/3 baki’ berdasarkan ijtihad Saidina Omar r.a. iaitu.

1. Satu Perdua (1/2) SYARATNYA
BIL. WARIS Tidak ada keturunan ke bawah (anak, cucu, cicit… ke
bawah)
1 Suami Tidak ada anak lelaki.
Tidak ada anak lelaki/perempuan dan cucu lelaki
2. 1 Anak Perempuan Tidak ada Bapa, Datuk, keturunan ke bawah dan
3. 1 Cucu Perempuan saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)
4 1 Saudara Seibu
Tidak ada Bapa, Datuk, Keturunan ke bawah, sSaudara
Sebapa Perempuan Seibu Sebapa lelaki/perempuan (SIBP/L) dan saudara
(SIBP) sebapa lelaki (SBL)
5 1 Saudara Sebapa
Perempuan (SBP)

2. Satu Pertiga (1/3) SYARATNYA
BIL. WARIS
Tidak ada keturunan ke bawah dan 2 atau lebih
1 Ibu saudata samada SIB/SB/SI lelaki/perempuan.

2. Dua atau lebih saudara Tidak ada keturunan ke bawah dan keturunan lelaki
seibu (SI) L/P ke atas.

3. Satu Pertiga (1/3) baki SYARATNYA
BIL. WARIS Si mati hanya meninggalkan :
Ibu, bapa dan suami atau ibu, bapa dan isteri
1 Ibu

4. Satu Perempat (1/4) SYARATNYA
BIL. WARIS Ada keturunan ke bawah
1 Suami Tidak ada keturunan ke bawah
2 Isteri

6

5. Satu Perenam (1/6) SYARATNYA
BIL. WARIS
Tidak ada keturunan ke bawah
1 Bapa
2 Ibu Tidak ada keturunan ke bawah dan 2 atau lebih
saudara samada SIB, SB, SI lelaki/perempuan.
3 Datuk
4 Nenek Tidak ada keturunan ke bawah dan bapa

5 Cucu Perempuan Sebelah Ibu – tidak ada ibu
Sebelah bapa – tidak ada bapa dan ibu
6 Saudara sebapa
perempuan Ada bersama 1 anak perempuan
Tidak ada anak/cucu lelaki
7. 1 saudara seibu (SI)
lelaki/perempuan Ada bersama 1 SIBP, Tidak ada keturunan ke bawah,
Tidak ada bapa/datuk dan tidak ada SIB dan SB lelaki

Tidak ada keturunan ke bawah dan keturunan lelaki
ke atas.

6. Satu Perlapan (1/8) SYARATNYA
BIL. WARIS Ada keturunan ke bawah
1. Isteri

7. Dua Pertiga (2/3)

BIL. WARIS SYARATNYA
Tidak ada Anak lelaki (AL)
1. 2 atau lebih anak
perempuan (AP) Tidak ada Anak lelaki/Perempuan dan Cucu lelaki

2. 2 atau lebih cucu Tidak ada Bapa, Datuk, keturunan ke bawah, saudara
perempuan (AP) seibu sebapa lelaki (SIBL)
Tidak ada Bapa, Datuk, keturunan ke bawah, saudara
2 atau lebih saudara seibu sebapa (SIBL) L/P dan saudara sebapa lelaki (SBL)
3 seibu sebapa perempuan
(SIBP)

4 2 atau lebih saudara
sebapa perempuan (SBP)

2. Menerima Pusaka Secara Asabah

ASABAH ( ‫ ) عصبة‬bermakna ‘kadar bahagian yang tidak ditetapkan secara tepat oleh syara’.

Asabah terbahagi kepada 3 jenis :

(a) Asabah Binafsih ‫ عصبة بنفسه‬: Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua

harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta
orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki
anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki
kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa,
anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

7

(b) Asabah Bil Ghoir ‫ عصبة بالغير‬: Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua
harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang
lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau
lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir ‫ عصبة مع الغير‬: Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua
harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang
perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung
dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

v. Hijab dalam mewarisi pusaka

Hijab ( ‫ ) حــجاب‬ini juga disebut sebagai penghadang, penghalang atau pendinding, iaitu hijab

ke atas seorang dari mendapat harta perwarisan sepenuhnya atau dari mendapat bahagian
yang lebih banyak.

Hijab ini ada dua jenis iaitu;

1. Hijab an-Nuqsan ‫( حجاب النقصان‬Hijab sebahagian)

Terhijab dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-
Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang
bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada
anak atau cucu.

2. Hijab al-Hirman ‫(حجاب الحرمان‬Hijab penuh)

Terhijab dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat
ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk
menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhijab kerana adanya saudara
lelaki kandung dan datuk terhijab sebab adanya bapa.

Siapakah yang terlibat dengan Hijab Nuqsan (Hijab sebahagian)?
Hijab sebahagian berlaku kepada lima orang ahli waris (semuanya terdiri dari ashabil-
furudh), iaitu;

Bil Waris hijab kepada Syarat
1 Ibu bahagian
dihijab dari (1/6) 1. Wujud cabang waris si mati (yakni
bahagian anak atau cucu)
(1/3) kepada 2. Wujud saudara-saudara lelaki dan
bahagian perempuan yang ramai (yakni dua atau
2 a) Ibu dihijab dari (1/4) lebih) sama ada saudara seibu-sebapa
b) Suami bahagian atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
(1/2)
Wujud cabang waris isterinya sama ada
hasil perkongsian hidup dengannya atau
dengan lelaki lain

8

Bil Waris hijab kepada Syarat
3 Isteri dihijab dari bahagian Wujud cabang waris suaminya sama ada
bahagian (1/4) (1/8) hasil perkongsian hidup dengannya atau
dengan wanita lain.
4 Cucu dihijab dari kepada
perempuan bahagian (1/2) bahagian Wujud seorang anak perempuan si mati
(1/6) atau seorang cucu perempuan si mati
yang lebih tinggi (yakni lebih hampir
5 Saudara dihijab dari kepada dengan si mati darinya)
perempuan bahagian (1/2) bahagian Wujud seorang saudara perempuan
sebapa (1/6) seibu-sebapa.

Siapakah yang terlibat dalam Hijab al-Hirman (Hijab penuh)?
Ahli-ahli waris dilihat dari sudut hijaban penuh ini terbahagi kepada dua kategori;

a. Ahli-ahli waris yang tidak terdedah kepada hijab penuh selama-lamanya. Mereka
terdiri dari enam orang ahli waris (waris utama) iaitu;

1. Suami
2. Isteri
3. Bapa
4. Ibu
5. Anak perempuan
6. Anak lelaki

Enam ahli waris di atas akan tetap mewarisi harta dari si mati di mana tidak ada sesiapapun
dapat menghijab mereka.

b. Ahli-ahli waris yang terdedah kepada hijab penuh (yakni ada kemungkinan akan
dihijab oleh orang lain dari mendapat harta pusaka)

Mereka ini di kalangan ashabil-furudh ada tujuh orang, iaitu;
1. Cucu perempuan
2. Saudara perempuan seibu-sebapa
3. Saudara perempuan sebapa
4. Saudara perempuan seibu
5. Saudara lelaki seibu
6. Datuk
7. Nenek

Adapun ahli-ahli waris dalam kelompok ‘ashabah, semua mereka berkemungkinan
menghadapi hijab penuh kecuali seorang sahaja iaitu anak lelaki.

Sila rujuk Jadual Hijab dalam Rajah 1.

9

C. RUKUN KETIGA : HARTA PENINGGALAN SI MATI (TARIKAH ‫) تركة‬.

Iaitu apa yang dimiliki oleh seseorang semasa hidupnya dan berkekalan miliknya itu
sehingga kematiannya.

Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Harta Alih - pakaian, barang kemas, kenderaan, peralatan rumah, wang tunai, simpanan,
saham dan lain-lain.

2. Harta Tak Alih - tanah termasuk apa yang ada di atas tanah, permukaan tanah dan dalam
tanah serta bangunan yang didirikan di atasnya.

Dikira harta Pusaka;
1. Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati, yang diperolehi semasa hayatnya secara
halal melalui jualbeli, pusaka, hibah, wasiat, hadiah atau sedekah dsb.
2. Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
3. Hutang kepada si mati yanf dijelaskan selepas kematiannya.
4. Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati.
5. KWSP / KWSG.
6. Pencen yang belum sempat ditunaikan oleh si mati semasa hayatnya.
7. Barang yang terbit selepas mati seorang dari usaha si mati semasa hayatnya
8. Harta penama.

Tidak dikira Harta Pusaka:
1. Harta yang telah diberikan oleh si mati kepada seorang semasa hayatnya.
2. Harta yang telah dijual oleh si mati.
3. Harta yang telah diwakafkan.
4. Harta yang dipegang amanah
5. Khairat kematian.
6. Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
7. Faedah Kematian / Amaun Tambahan KWSP.
8. Imbuhan, pampasan dan saguhati.
9. Pencen terbitan
10. Ganjaran terbitan.
11. Bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO).
12. Harta yang dipinjam.
13. Harta yang dipinjam nama.

Hak berhubung Harta Pusaka
Bukan semua harta yang ditinggal oleh si mati itu dikira harta pusaka yang terus boleh
dibahagikan tetapi para waris hendaklah menyelesaikan 4 perkara terlebih dahulu sebelum
peninggalan harta itu dilaksanakan,iaitu;

1. Belanja menguruskan pengkebumian (perbelanjaan wajib)
2. Menjelaskan hutang si mati. Hutang si mati ada dua :

a. Hutang kepada Allah – Haji, Fidyah, Zakat, Kifarah dan Nazar.
b. Hutang kepada manusia.
3. Wasiat (jika ada) dengan syarat wasiat itu sah mengikut syariat :
a. Tidak bercanggah dengan syariat.

10

b. Tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati.
c. Tidak diwasiatkan kepada mana-mana waris yang berhak menerima pusaka.
4. Harta sepencarian. Cara untuk menuntut harta sepencarian ini ada dua cara.
a. Secara pakat dengan waris yang lain.
b. Tuntutan di Mahkamah Syariah

Ia dapat diringkaskan begini:

1 Belanja Urusan Pengkebumian (Belanja yang wajib sahaja) Ditolak terlebih dahulu
Hutang Si Mati

2  Hutang dengan Allah (Haji, Zakat, Fidyah, Nazar, Kifarat)
 Hutang dengan manusia.

3 Wasiat yang sah (jika ada)
4 Harta sepencarian

5 Baki harta pusaka yang boleh dibahagikan kepada waris-
waris yang berhak mengikut perkiraan faraid.

Haji Mohd Shukri Bin Haji Ali
Istana Badariah, Kuala Terengganu

Email : [email protected]
FB : Ahli Nujum Negeri
Tel : 013 9222670

11


Click to View FlipBook Version