The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lezamuklas, 2020-03-04 02:14:57

Buku Program Mesy PIBG 2020

Buku Program Mesy PIBG 2020

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :
PN. NOR HIDAYAH BINTI ZAMBERI
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Unit Pendidikan Swasta
Sektor Pengurusan Sekolah

PPD Bangsar/Pudu

EN. AHMAD NAZRI BIN ZAINAL ABIDIN

YDP PIBG SK SERI INDAH

EN. MOHD ALI BIN KASMUN

GURU BESAR SK SERI INDAH

SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG KALI

KE-20
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKSI

WARGA SK SERI INDAH
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN
SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK

SERI INDAH KALI KE-20







CATATAN

http://www.facebook.com/sksi.kualalumpur/

Sabtu 07/03/2020

Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2020

1. Ucapan alu-aluan Penasihat
2. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

Agung ke-19
4. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2019
5. Pembentangan dan Pengesahan Penyata

Kewangan Berakhir 31 Disember 2019
6. Pembubaran AJK 2019/2020
7. Pelantikan Pengerusi Sementara
8. Pelantikan AJK 2020/2021
9. Pembentangan Usul
10. Hal-hal lain
11. Ucapan Penangguhan

Kerja kamu
sangat kemas..
Tahniah!!

Sabtu 07/03/2020

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK SERI INDAH 2019/2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yang saya hormati,
Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG.Pertama sekali, saya bersyukur ke
hadrat Allah SWT dengan limpah dan rahmatNya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-aluan
untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-20, PIBG SK Seri Indah. Syukur Alhamdulillah.

Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, para Guru, staf sokongan, AJK PIBG dan semua ibu
bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG SK Seri Indah sesi 2019/2020.
Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak
akan berjaya.
Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita dapat
melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita khususnya
kejayaan dalam UPSR yang lepas.Tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Indah kerana telah
memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang.Selain bidang akademik, wakil sekolah dalam sukan dan
permainan peringkat Negeri.

Dari segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membangunkan insfastruktur sekolah yang kian hari
kian usang yang mana hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pihak sekolah.
Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu bapa turut
bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama menyumbangkan khidmat
bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan
kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.

Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 ingin memohon maaf sekiranya ada
kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG sesi 2019/2020.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan sebaliknya datang dari kelemahan
saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(EN. AHMAD NAZRI BIN ZAINAL ABIDIN)

Yang Dipertua PIBG,

Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

Kerja kamu
sangat kemas..
Tahniah!!



Sabtu AJK 07/03/2020
PROGRAM

Buku Program/Bahan Edaran Siaraya
Pn. Idayu Suraya binti Salleh En. Saravanan a/l Subramaniam
En. Mohamad Arif Bin Md Nor
Pn. Norhaleza Bt Muklas

Tayangan (Aktiviti 2018) Persiapan dan Mengemas Dewan
En. Muhammad Ariff Idzzuddin Bin Mohd En. Saravanan a/l Subramaniam
En. Ahmad Azhan bin Mohamed @ Adam
Zuki En. Muhammad Ariff Idzzuddin Bin Mohd Zuki
En. Ahmad Azhan bin Mohamed @ Adam

Pengira undi Program Wakaf
Pn. Lussi binti Kinsun Pn. Noraini Bt Abd Wahab
Pn. Wan Saripah Bt Wan Jusoh Pn. Anis Naquiah Bt Sabri

Dokumentasi Pencatat Minit Mesyuarat
Pn. Ayu Suriani binti Mahamod Pn. Fatin Muliana Bt. Mohamed Yusoff

Cik Tan Hui Zhong Pn. Norazrina binti Samsudin

Jamuan Jurugambar
Pn. Supiah binti Yaakob Pn.Siti Halijah binti Abdul Karim
Pn. Nurul Fatihah Bt Ab Hamid
Pn.Eswaree a/p Karunakaran Pn. Fatimah binti Muhamed
Pn. Nur Syakirah binti Omar Norani

Sabtu 07/03/2020

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK SERI INDAH 2019/2020

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-20 ini dalam suasana yang harmoni.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.Untuk makluman hadirin
semua, tahun 2019 merupakan tahun memperkasakan akademik dan sahsiah yang telah diadun khas
untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku
transformasi dalam sistem pendidikan negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua pendidik
dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-tolak
daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan generasi yang bukan
sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan
jasmani Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar
impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi
kenyataan suatu hari nanti.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-sama
berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam NKRA dan
merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2019/2020 dan warga
pendidik SKSI pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan
tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya tuan/puan telah
berusaha serta berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan
majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,


(EN. MOHD ALI BIN KASMUN)

Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

Kerja kamu
sangat kemas..
Tahniah!!




Click to View FlipBook Version