1
2
1. PENGENALAN M/SURAT
2. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU
3. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT CINA 4-5
4. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT INDIA 6
5. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT SIKH/ PUNJABI 7
6. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT BABA NYONYA 8
7. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT EURASIA/ PORTUGIS 9
8. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT IBAN 10
9. PAKAIAN TRADISI MASYARAKAT KADAZAN DUSUN 11
10. KESIMPULAN 12-13
14
15-16
3
4
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna,
dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket di Raja yang antik.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu
dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh
orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain
seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini.
Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih
digunakan dengan meluas malahan etnik-etnik yang terdapat di Malaysia turut mempunyai
pakaian mereka sendiri. Ikuti kupasan selanjutnya mengenai jenis pakaian yang terdapat di
Malaysia.
Bermula dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai
pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke hari ini.Antara pakaian yang masih di gunakan
hingga ke hari ini oleh masyarakat melayu di Malaysia ialah baju melayu bagi kaum lelaki, baju
kebaya dan baju kurung pula bagi kaum perempuan.
5
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang
Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Pakaian orang
Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian
orang dahulukala melalui proses ubah ansur.
Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat
ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada
pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-
unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan
menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik.
Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju
Melayu. Pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju
Kurung, Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung
Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang
dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang,
Baju Menora dan Baju Minangkabau.
6
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan
sulaman benang emas dan s u t e r a k i n i m a s i h b o l e h
dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran
m a s a d a n kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu dan
Cheongsam kekal dipakai di dalam majlisdan upacara contohnya
di Majlis Perkahwinan dan Sambutan Tahun Baru.
Samfoo membawa maksud ;baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis.
Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai bersama dengan seluar longgar
seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada
kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali
dipakai oleh lelaki berketurunan cina di Malaysia.
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita
dengan corak bangsa Tiong hwa. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian
panjang”. Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang
melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya.
Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera
yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk
cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya.
7
Pakaian tradisional India berbeza dari satu bahagian negara ke negara
yang lain berdasarkan geografi, iklim, etnik, dan budaya. Dalam era
westernisasi dan globalisasi, India telah berjaya memelihara
kebudayaannya melalui pakaian yang dipakai.
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Dhoti diperbuat daripada
lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya
kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau
kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan. Sari terdiri daripada
lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum
memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan
lilitan supaya tidak terurai.
8
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi. Ia
merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya
diperbuat daripada kain kapas atau line.
Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban yang di
panggil Turban/ Dastar. Serban ini berbentuk lebih tebal, lonjong dan
seragam bentuknya. Kain serban dipakai sepanjang 5 meter. Serban
dalam kalangan penganut Sikh amat berkait rapat dengan kepercayaan
dan wajib dipakai.
Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama
agar rambut yang panjang mudah diurus, tetapi kaum perempuan tidak
perlu memakai serban.
Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar
kameez atau baju Punjabi. Terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala
yang sesuai warnanya.
9
Pakaian Nyonya Melaka adalah berbaju kebaya dan berkain sarung
batik. Pakaian Nyonya mirip dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri
daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan 3 kerongsang.
Pakaian golongan Baba pula ialah Samfoo. Samfoo dibuat daripada fabrik
satin Cina. Cara pembuatan adalah melalui tenunan. Pada kebiasaanya
tenunan yang dibuat bermotifkan kesejahteraan .
Wanita Baba Nyonya memilih baju kebaya yang terdapat banyak sulaman
dan jahitan kerawang yang bermotifkan bunga untuk dipadankan bersama
kain sarung bersama perhiasan barang kemas yang disematkan ketika
memakainya. Kebiasaannya, Nyonya lebih gemar memakai tiga pucuk
cucuk sanggul pada sanggul mereka. Manakala bagi Nyonya yang
bertindik pula, mereka memakai subang atau anting-anting seperti
kebudayaan melayu (Koh Kim Bok, 2013).
Disamping itu pakaian yang mirip yang disebut Kebaya Nyonya telah
dihasilkan pertama kali oleh orang orang Peranakan cina daripada
Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik
bermanik-manik yang dikenali sebagai kasut manik. Kasut manik
merupakan salah satu aksesori unik masyarakat Nyonya. Kini, Kebaya
Nyonya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam
kalangan wanita bukan asia.
10
Pakaian penduduk Portugis -
Eurasia Melaka – keturunan bangsa
Portugis yang menetap disini mencerminkan
warisan mereka.
Kaum lelaki memakai jaket serta seluar
panjang yang berwarna hitam dan merah,
manakala wanita memakai skirt lebar yang
berlapis-lapis.
11
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi
kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum
Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain
ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan, mempamerkan bahagian
yang berhias.
Dandong pula merupakan kain selendang yang
dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar
daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap
kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan
dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain
yang ditenun dengan cara ikat.
12
Pakaian tradisonal wanita Iban pula,
terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang,
Kalambi dan Bedong.
Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang
sempit dan panjangnya cuma separas lutut.
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula
ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan.
Wanita Iban juga memakai kain selendang
yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh
reka corak tenunan yang sangat halus.
13
Pakaian lelaki Kaum Kadazan Dusun terdiri daripada 'Gaung' (baju
lengan panjang), souva ( seluar panjang hitam dengan ikat
pinggang berwarna biru indigo, kaking atau toogot (bengkung
pinggang hitam), siga (penetup kepala), dan tupi' sinikat.
Pakaian perempuan Kadazan Dusun pula terdiri daripada:
1). 'Sinuangga' - baju blaus pendek dan leher berbentuk U dipakai
oleh wanita muda.
2). 'Sinompukung' - blaus dengan lengan 3/4 dan tidak mempunyai
sulaman dipakai oleh wanita pertengahan umur.
3). 'Kihongon' - blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita
tua dan spesialis ritual.
14
15
Secara keseluruhannya, pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita walau di
mana sekali pun kita berada. Seperti di Malaysia, pakaian tradisional melambangkan kebudayaan
sesebuah kaum itu sendiri. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum termasuk yang berada di Sabah
dan Sarawak.
Jika diteliti, terdapat pelbagai jenis pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu sendiri. Sebagai
contoh, dalam masyarakat Melayu pakaian tradisional yang paling popular adalah baju kurung bagi
perempuan dan baju melayu bagi lelaki . Bagi masyarakat Cina pula adalah cheongsam bagi
perempuan dan samfu bagi lelaki. Manakala, dalam masyarakat India , sari dipakai oleh perempuan
dan dhoti serta kurta bagi lelaki.
Berbanding dengan penduduk di Semenanjung Malaysia, masyarakat di Sabah dan Sarawak juga
tidak ketinggalan daripada segi pakaian tradisional kerana setiap pakaian tradisional kaum-kaum
tertentu mempunyai keistimewaan tersendiri yang boleh dibanggakan .
Kini, masyarakat Malaysia telah menunjukkan perpaduan hati dan budaya kerana pakaian tradisional
tidak lagi terhad kepada kaum tertentu sahaja, malah masyarakat dari kaum-kaum lain juga boleh
mengenakan pakaian yang sama.
SEKIAN
16