i
i
ii
iii ASET-ASET KOPERASI 1. PEJABAT KOPERASI DAN AR-RAHNU X’CHANGE KAMUNTING Lokasi : No. 91-93, Jalan Taman Kamunting Maju, Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak
iv 2. BANGUNAN AFFIN HWANG Lokasi : No. 21, Jalan Stesyen, 34000 Taiping, Perak 3. HIDDEN BLUE DAN MIMO BABY Lokasi : No. 5, Lorong Kenanga, Medan Kamunting Jaya II, 34600 Kamunting, Perak
v 4. UNITED TYRE SDN BHD Lokasi : No. 275, Jalan Simpang, Taman Sri Kota, 34000 Taiping, Perak 5. TANAH KOSONG 3 EKAR Lokasi : PM 2771 Lot 2105 Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang & Selama, Perak
vi 6. SUB-LESSEE LADANG SAWIT – TDM PLANTATION SDN BHD
vii KANDUNGAN Perkara / Tajuk Muka Surat 1. Gambar Anggota Lembaga Koperasi 1 2. Gambar Jawatankuasa Audit Dalam 2 3. Gambar Kakitangan Koperasi 3 4. Struktur Organisasi Koperasi 4 5. Senarai Tugas Jawatankuasa Biro Tahun 2023 5 – 6 6. Notis, Agenda dan Peraturan Mesyuarat Agung 7 – 9 7. Aturcara 10 8. Peringatan 11–12 9. Etika Mesyuarat Agung 13 – 20 10. Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-94 21 – 34 11. Laporan Anggota Lembaga Bagi Tahun 2023 35 – 44 12. Laporan Jawatankuasa Audit Dalam Bagi Tahun 2023 45 – 47 13. Laporan Bayaran Dermasiswa Bagi Tahun 2023 (Lampiran A) 48 14. Bayaran Wang Khairat Kematian Anggota Tahun 2023 (Lampiran B) 49 – 50 15. Anggaran Penerimaan dan Perbelanjaan Bagi Tahun 2022 – 2024 (KPKTB & Ar-Rahnu) 51-54 16. Usul-usul Lembaga (Lampiran C) 55 17. Gambar Aktiviti Koperasi / Program Pelancongan Tahun 2023 56 – 64
viii 18. Calon-calon dan Biodata Anggota Lembaga (Lampiran D dan E) 65 19. Borang-borang :- (a) Program Pendidikan / Lawatan Anggota (b) Pengeluaran Yuran (Pendidikan) – (c) Penama (d) Maklumat Peribadi (e) Dermasiswa (f) Bantuan Bencana Alam Program Pelancongan Koperasi 2024 Iklan Catatan
1
2 \ JAWATAN KUASA AUDIT DALAMAN KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD EN. BAHAROM SHAH BIN YEOP, PJK (KETUA) PN. NIK RAFIDAH BINTI ABD SHUKOR (SETIAUSAHA) EN. ANG ENG SENG PN. MAZNIDA BINTI MOHD ZAIN PN. ROHANI BINTI AHMAD
3 KAKITANGAN KOPERASI KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD PN. SUHAILA BINTI MOHD YUSOB (PENGURUS) SEHINGGA 30 SEPT 2023 PN. NUR ATIKAH BINTI ABDUL HADI (EKSEKUTIF AKAUN) EN. MOHAMAD SAHIEDAN BIN MAT AZMI (PEN. PEGAWAI IT) EN. ISMAIL BIN SHAARI (PEMBANTU TADBIR) CIK NOR AZILAH HANIM BINTI ZABIDIN (PEMBANTU TADBIR) EN. MUHAMMAD FAIZ BIN WAZIR (PEMBANTU TADBIR) PN. MARLIANA BINTI MOHD ALIAS (PEMBANTU TADBIR) PN. BAIZURAH BINTI MATLI (PEMBANTU TADBIR) EN. MUHD RIDHUAN BIN JAMALUDIN (PEMBANTU TADBIR) CIK NOR JULINA AMIRA BINTI AHMAD JUNAIDI (PENYELIA) EN. MOHAMAD FAZLI BIN MOHAMAD ZIKIR (PEMBANTU TADBIR)
4 STRUKTUR ORGANISASI KOPERASI 2023 ANGGOTA LEMBAGA PENGERUSI Encik Mohd. Noor bin Mohd. Yusof mulai 26 Jun 2023 Naib Pengerusi Encik Ismail bin Ibrahim sehingga 25 Jun 2023 Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin mulai 26 Jun 2023 Setiausaha Kehormat Puan Zarina binti Zainal sehingga 25 Jun 2023 Puan Maslizah binti Mokhtar mulai 26 Jun 2023 Bendahari Kehormat Puan Norshidah binti Maaroff sehingga 25 Jun 2023 Puan Ena binti Aznan mulai 26 Jun 2023 Anggota Lembaga Puan Zarina binti Zainal Puan Norshidah binti Maaroff Encik Ismail bin Ibrahim Encik Awang Keri bin Awang Zain Encik Mohd. Nazri bin Mohd. Said Encik Mohd. Haizad bin Yusof Encik Ulul Azmi bin Abdullah, PPT Encik Abd Aziz bin Omar mulai 26 Jun 2022 Jawatankuasa Audit Dalam Encik Baharom Shah bin Yeop, PJK (Ketua) Puan Nik Rafidah binti Abd Shukor (Setiausaha) Encik Ang Eng Seng Puan Maznida binti Mat Zain Puan Rohani binti Ahmad JURUAUDIT LUAR BANK AUDIT SKM NEGERI PERAK Bank Muamalat, Taiping Tingkat 1,Blok C Maybank, Kamunting Bangunan Gunasama Persekutuan Affin Bank,Taiping (Greentown),Jalan Dato’ Seri Ahmad Said Public Bank Berhad, Kamunting 30450,Ipoh,Perak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Taiping Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bagan Serai Bank Islam, Taiping PEJABAT Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad No. 93, Jalan Taman Kamunting Maju Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak Darul Ridzuan Tel. 05-8050201 / 8050202 Faxs: 05-8052203 Email :[email protected] Web : www.koptaiping.com.my PEJABAT AR-RAHNU X-CHANGE (Milik Koperasi) No. 91, Jalan Taman Kamunting Maju Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak Darul Ridzuan Tel. 05-8060205 Faxs: 05-8052203
5 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA BIRO TAHUN 2023 1. Jawatankuasa Sumber Manusia Pengerusi Jawatankuasa Kecil : Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof Encik Ismail bin Ibrahim Puan Zarina binti Zainal Puan Norshidah binti Maaroff SKOP TUGAS : 1) Bertanggungjawab dalam segala urusan berkaitan kakitangan koperasi seperti pengambilan, pengesahan jawatan dan disiplin. 2) Menguruskan mesyuarat bersama kakitangan. 3) Mengawal selia kerja-kerja di bahagian pentadbiran. 4) Berperanan menyemak fail-fail kakitangan dan buku perkhidmatan kakitangan. 2. Jawatankuasa Pendidikan / Pelancongan dan ICT Pengerusi Jawatankuasa Kecil : Encik Awang Keri bin Awang Zain Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin Puan Maslizah binti Mokhtar Encik Abdul Aziz bin Omar Encik Ulul Azmi bin Abdullah, PPT SKOP TUGAS : 1) Menganjurkan kursus pendidikan anggota dengan memberi ceramah atau mendapatkan penceramah berkaitan dengan tajuk kursus yang diadakan. 2) Mendapat maklum balas tentang keberkesanan kursus daripada peserta yang hadir (edarkan borang soal selidik). 3) Berperanan mengadakan aktiviti-aktiviti pelancongan kepada anggota dan bukan anggota koperasi. 3. Jawatankuasa Penelitian dan Keselamatan Pengerusi Jawatankuasa Kecil : Puan Ena binti Aznan Encik Abdul Aziz bin Omar Encik Awang Keri bin Awang Zain Puan Norshidah binti Maaroff SKOP TUGAS : 1) Membuat kerja-kerja semakan keatas pinjaman anggota seperti nama, alamat dan jumlah potongan didapati betul dan mengikut prosedur. Turunkan tandatangan ringkas supaya fail-fail dapat disimpan semula dengan segera dan sempurna. 2) Menyemak borang-borang Bantuan Bencana Alam, Saguhati Persaraan, Pengeluaran Yuran/Simpanan Khas, Khairat Kematian dan Dermasiswa.
6 4. Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Ekonomi Pengerusi Jawatankuasa Kecil : Encik Ismail bin Ibrahim Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof Encik Mohd Nazri bin Mohd Said Encik Mohd Haizad bin Yusof SKOP TUGAS : 1) Berusaha mendapatkan tanah dan projek-projek untuk koperasi. 2) Berperanan menarik lebih ramai kakitangan awam untuk menjadi anggota koperasi. 3) Mengawal selia bangunan-bangunan koperasi, supaya dalam keadaan baik dan membuat semakan bayaran sewa. 4) Mengawal selia projek usahasama supaya berjalan dengan lancar mengikut aturan usahasama. 5. Jawatankuasa Perolehan dan Pungutan Hutang Pengerusi Jawatankuasa Kecil : Puan Ena binti Aznan Puan Zarina binti Zainal Puan Maslizah binti Mokhtar Encik Awang Keri bin Awang Zain SKOP TUGAS : 1) Bertanggungjawab mendapatkan sebutharga aset dan sebutharga membaiki bangunan koperasi (jika ada). 2) Memeriksa bangunan milik koperasi dan mendapat bayaran seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian 3) Bertanggungjawab menuntut tunggakan pembiayaan dari anggota-anggota koperasi yang gagal menjelaskan hutang di koperasi ini.
7 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD NOTIS Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad Kali Ke-95 akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :- Tarikh : 23 Jun 2024(Ahad) bersamaan 16 Zulhijjah 1445H Tempat : (a) MENGUNDI Mulai jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (b) MESYUARAT Mulai jam 2.00 petang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping AGENDA 1. MEMILIH : Empat (4) orang Anggota Lembaga untuk mengambil tempat yang dikosongkan oleh :- i. Encik Ismail bin Ibrahim ii. Encik Abdul Aziz bin Omar iii. Puan Norshidah binti Maaroff iv. Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin Seramai lapan (8) orang anggota Koperasi menawarkan diri untuk bertanding seperti nama-nama yang disenaraikan di Lampiran D. NOTA : Pemilihan Anggota Lembaga akan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat tepat jam 1.00 petang dengan cara undi sulit. Proses pengundian akan diuruskan oleh sebuah Panel Penelitian Bebas dan keputusan pengundian akan diumumkan sebelum Mesyuarat Agung ditamatkan.
8 2. PERATURAN MENGUNDI UNTUK MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA (a) Tempat mengundi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (b) Borang mengundi dikeluarkan jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari pada 23 Jun 2024 (Ahad). (c) Anda diminta membawa Kad Pengenalan atau lain-lain pengenalan diri pada masa datang mengundi. Bilik mengundi akan disediakan. Anggota-anggota yang tidak membawa Kad Pengenalan atau lain-lain pengenalan diri tidak akan dibenarkan mengundi. (d) Pegawai Pengurus tempat mengundi akan meminta anda menandatangani Senarai Pengundi dan memberi satu helai kertas undi iaitu untuk mengundi Anggota Lembaga. Anda hendaklah melengkapkannya dan memasukkan ke dalam peti undi. Anda juga akan diberi kupon untuk menuntut bayaran makan. (e) Anggota yang telah berhenti sebelum tarikh Mesyuarat Agung ini tidak layak mengundi. (f) Anggota baru tetapi belum membayar yuran masuk, yuran bulanan dan modal syer anggota tidak layak mengundi. (g) Sebarang kesulitan untuk mengisi kertas undi anda bolehlah meminta bantuan dari pegawai yang bertugas di tempat mengundi. (h) Anda dibenarkan mengundi tidak lebih daripada empat (4) orang calon sahaja. (i) Bagi mengelakkan daripada sebarang kesesakan, anda adalah dinasihatkan datang mengundi awal dibilik-bilik yang telah disediakan, pada masa yang ditetapkan. 3. PERATURAN MENGHADIRI MESYUARAT (a) Mesyuarat akan dimulakan jam 2.00 petang di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. (b) Anda diminta menandatangani dalam daftar kehadiran sebelum masuk ke dalam Dewan Mesyuarat. (c) Anggota-anggota adalah diminta mematuhi Etika Mesyuarat Agung Tahunan bagi menjamin kelicinan dan ketenteraman perjalanan mesyuarat. 4. MESYUARAT DI DEWAN PERBANDARAN TAIPING JAM 2.00 PETANG (a) Memilih 10 orang anggota untuk menganggotai Jawatankuasa Penelitian Minit Mesyuarat Agung untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Ke-95. Mereka hendaklah terdiri daripada empat orang Anggota Lembaga (termasuk Pengerusi) dan enam orang Anggota Koperasi. (b) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-94 yang telah diadakan pada 25 Jun 2023. (c) Mencadangkan Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi (jika ada). (d) Membentang Laporan Lembaga Bagi Tahun 2023, Laporan Jawatankuasa Audit Dalam dan Pandangan Suruhanjaya.
9 5. Membentang dan Meluluskan:- (a) Akaun yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31.12.2023 (b) Syor Lembaga terhadap pengagihan keuntungan 6. Menimbang dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan 2023 – 2025. 7. Usul Lembaga. 8. Melantik Juruaudit Luar (terdapat 5 firma Juruaudit Luar) (a) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (b) Tetuan Ahmad & Associates (c) Tetuan Norhashimah & Partners (d) Mnzwaj Associates (e) Sahir & Co. 9. Menimbang dan meluluskan Skop Had Pelaburan sebanyak RM15 Juta dan Had Pembiayaan sebanyak RM22 Juta. 10. Membincang perkara-perkara lain yang mana kenyataan bertulis disampaikan kepada Setiausaha, sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan. Dengan perintah Lembaga, MASLIZAH BINTI MOKHTAR Setiausaha Kehormat KPKTB Wisma Koperasi, No. 91 & 93, Jalan Taman Kamunting Maju, Medan Saujana, 34600 Kamunting,Perak Darul Ridzuan (No.Tel: 05-8050102/8050202)
10 ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD KALI YANG KE-95 AKAN DIADAKAN PADA TARIKH, TEMPAT DAN MASA YANG DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT: TARIKH : 23 JUN 2024 (AHAD) (a) MENGUNDI Di Dewan Perbandaran Taiping 8.00 pagi : Proses pengundian bermula (Agenda 1) 1.00 petang : Proses pengundian tamat (b) MESYUARAT Di Dewan Perbandaran Taiping 2.00 petang : Agenda Mesyuarat Agung bermula : Doa : Ucapan Alu-Aluan Pengerusi : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Ke-95 : Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan sehingga tamat
11 PERINGATAN 1. Anggota-anggota yang berkehendakkan sebarang maklumat atau penjelasan atas ‘Akaun Koperasi’ atau ‘Laporan’ ini hendaklah memberi kenyataan bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung. 2. Mengikut Peraturan 61(a)(v). Undang-Undang Kecil Koperasi seseorang Anggota yang ingin bertanding untuk menganggotai Lembaga, hendaklah mengisi dan menandatangani ‘Borang Penamaan Calon’ dan borang tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat dalam bulan Januari, selewat-lewatnya 31 Januari 2024 pukul 5.00 petang. 3. Pengundian akan dimulakan jam 8.00 pagi dan tamat jam 1.00 petang (sila lihat aturcara). 4. Pemilihan Anggota Lembaga dikendalikan oleh sebuah Panel Penelitian Bebas yang dilantik oleh Lembaga seperti mana yang dibekalkan di bawah Peraturan UndangUndang Kecil Koperasi. 5. Cara mengundi : 5.1 Pemilihan Anggota Lembaga dijalankan dengan cara ‘Undi Sulit’. 5.2 Anggota-anggota dibahagikan kepada 10 saluran mengundi, berdasarkan nombor anggota (sila rujuk kulit buku). 5.3 Anggota-anggota hendaklah mengundi di tempat mengundi yang di tetapkan 6. Kertas undi : 6.1 Tiap-tiap seorang anggota yang menghadiri Mesyuarat Agung akan dibekalkan satu kertas undi untuk mengundi Anggota Lembaga. 6.2 Seramai lapan (8) orang calon bertanding untuk mengisi empat (4) kekosongan. 6.3 Nama-nama calon yang bertanding akan dipamerkan di papan-papan kenyataan di luar tempat mengundi. 6.4 Nama-nama calon akan dicetak di atas Kertas Undi. 6.5 Untuk memilih Anggota Lembaga, tanda ‘X’ kepada empat (4) orang calon sahaja. 6.6 Peti undi akan disediakan di ruang khas mengundi. 6.7 Masukkan kertas undi ke dalam peti undi yang telah disediakan. Anggota-anggota tidak dibenarkan membawa kertas undi keluar daripada tempat mengundi.
12 7. Apabila tiba waktu mengundi ditutup (tepat jam 1.00 petang), Pengerusi Panel Penelitian Bebas akan mengumpulkan semua kertas undi untuk dikira. Pengerusi Panel akan menyampaikan keputusan kiraan undi kepada Pengerusi Mesyuarat Agung, untuk diumumkan. (Anggota-anggota yang datang selepas 1.00 petang, tidak layak mengundi). 8. Sekiranya Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-95 ini meluluskan syor Lembaga terhadap Pengagihan Keuntungan bagi tahun 2023, dividen akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing dalam tempoh 2 minggu. Bagi anggota yang tidak menuntut dividen tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, wang tersebut akan dikreditkan ke Akaun Simpanan Khas. 9. Mustahak Untuk mengelakkan kesulitan berlaku dan memudahkan pihak penelitian menjalankan tugas, setiap anggota yang menghadiri Mesyuarat Agung ini dikehendaki membawa kad pengenalan atau lain-lain pengenalan diri masingmasing supaya keanggotaannya dapat disahkan. Tanpa kad pengenalan, pihak panel penelitian tidak akan mengeluarkan kertas undi dan kupon makan. “KERJASAMA SETIAP ANGGOTA MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG KE-95 SANGAT DIHARGAI. TERIMA KASIH”
13 ETIKA MESYUARAT AGUNG 1. Perhimpunan Anggota-anggota hendaklah berhimpun di suatu tempat pada masa dan tarikh yang ditetapkan dalam Notis Mesyuarat. 2. Bahasa Rasmi Bahasa Rasmi bagi acara mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia 3. Pengerusi Mesyuarat Yang DiPertua atau Naib Yang DiPertua hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung. Jika tidak hadir atau sebab-sebab keuzuran seorang Anggota Koperasi bolehlah mempengerusikan mesyuarat dengan persetujuan anggota-anggota yang hadir. 4. Perkara-Perkara Mesyuarat Agenda mesyuarat hendaklah sebagaimana dinyatakan dalam Notis Mesyuarat. Semua perkara yang tercatat dalam Agenda Mesyuarat hendaklah diutamakan lebih daripada perkara-perkara lain. 5. Korum Korum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi. 6. Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu Minit Mesyuarat Agung yang lalu akan diedarkan dan dibaca untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat dan ditandatangani oleh Pengerusi, ahli-ahli boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan. 7. Setiausaha Mesyuarat Anggota Lembaga boleh melantik seorang Setiausaha dari kalangan anggota Koperasi untuk mencatat perjalanan mesyuarat dan hendaklah menyerahkan Minit Mesyuarat itu kepada Setiausaha Koperasi ini dalam tempoh dua minggu dari tarikh Mesyuarat Agung di adakan.
14 8. Hak-hak Anggota Anggota-anggota yang sah dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas suatu perkara yang dibincangkan dalam Agenda Mesyuarat. 9. Laporan Tahunan 9.1 Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan akan dibentangkan setelah Minit Mesyuarat Agung yang lalu disahkan penerimaannya hendaklah di bawah syor “Telah diterima dan diluluskan”. 9.2 Laporan Tahunan hendaklah diberi keutamaan dari lain-lain perkara. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap mana-mana bilangan dalam laporan tersebut dengan persetujuan Pengerusi. Syor seperti itu hendaklah mengenai perkaraperkara yang tidak boleh diterima atau sebarang ketinggalan yang mendukacitakan. 10. Tertib Bercakap 10.1 Anggota-anggota yang lain bercakap hendaklah bangun dan apabila dipanggil oleh Pengerusi hendaklah ia berdiri dan mengarahkan ucapan kepada Pengerusi. Apabila lebih dari seorang bangun untuk bercakap, anggota terdahulu bangun diberi keutamaan. Walau bagaimanapun, keputusan terletak pada Pengerusi. 10.2 Anggota-anggota tidak boleh bercakap lebih dari sekali di atas usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Tetapi sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, seorang anggota sungguhpun telah bercakap sekali, boleh bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu.
15 10.3 Seseorang anggota tidak mengganggu anggota yang sedang bercakap kecuali:- (a) Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkan untuk pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi untuk memutuskannya, atau (b) Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh anggota yang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat anggota yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan anggota yang mengganggu itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi. 10.4 Jika seseorang anggota mengganggu anggota lain yang sedang bercakap semasa mesyuarat berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadap dan engkar mematuhi arahan Pengerusi apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi. 10.5 Jika Pengerusi memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan lain-lain anggota tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi memberi kebenaran untuk melanjutkan perbincangan. 11. Had Masa Bercakap Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga minit kecuali dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua minit. 12. Isi-isi Ucapan 12.1 Anggota hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu. 12.2 Perkara-perkara yang dalam timbangan mahkamah tidak boleh disebut.
16 12.3 Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh ditimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. 12.4 Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa biadap dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap anggota lain. 12.5 Nama, kelakuan dan sifat ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung atau nama DYMM Raja-Raja Melayu atau Tuan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Mesyuarat. 12.6 Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan:- (a) perkataan-perkataan derhaka pada negeri; (b) perkataan-perkataan yang membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan, dan (c) perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan di antara kaum di Malaysia 12.7 Jika pada timbangan Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan itu atau memberhentikan perbahasan itu atau memerintahkan supaya usul atau pindaan itu tidak dibahaskan lagi. 13. Menutup Ucapan/Perbahasan Setelah sesuatu masalah dikemukakan kepada mesyuarat, seseorang anggota boleh mencadangkan usul itu diputuskan. Jika pada fikiran Pengerusi usul itu tidak akan membawa kepada salah dari segi mana-mana peraturan, maka masalah itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta merta. Ia hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincangkan (bahas) walaupun pembawa usul asal pindaan tidak berpeluang menjawab. 14. Usul 14.1 Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai “Usul Asal” dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai ”pindaan”.
17 14.2 Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis. Pembawa usul tersebut mestilah hadir mengemukakannya dan disokong oleh anggota yang hadir sebelum ianya boleh dibincangkan. 14.3 Tiap-tiap usul yang hendak dibincangkan dalam Mesyuarat Agung hendaklah secara bertulis kepada Setiausaha Koperasi sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan. Jika didapati sesuai oleh Lembaga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung. 14.4 Seorang anggota yang ingin menarik balik atau mengubah atau meminda isiisi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada Setiausaha sebelum Mesyuarat Agung. Tetapi disyaratkan pindaan itu pada timbangan Pengerusi tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul asas itu. 14.5 Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya telah dimasukkan dalam agenda, pengerusi, apabila sampai masanya, mengisytiharkan dalam Mesyuarat Agung bahawa usul tersebut telah ditarik balik dan tidak boleh dibahaskan. 15. Cadangan Dan Sokongan 15.1 Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya. 15.2 Seseorang anggota tidak boleh mencadang atau menyokong lebih dari sekali pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadang) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut. 16. Pindaan Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal.
18 17. Hak Menjawab 17.1 Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat ia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti anggota-anggota yang hadir. 17.2 Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan kepada pembawa usul pindaan. 18. Usul Tergempar Sebarang usul yang tidak dimasukkan ke dalam Agenda tidak boleh dikemukakan dalam mesyuarat. Tiap-tiap anggota yang berhajat untuk membawa perkara-perkara yang tidak bertulis dalam agenda hendaklah mempunyai hak untuk mengemukakannya sebagai “Perkara-perkara Mustahak”, usul demikian hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pembawa untuk diserahkan kepada Pengerusi dan dibaca kepada majlis mesyuarat Pengerusi akan menangguhkan mesyuarat dalam masa tidak lebih dari lima minit. Apabila mesyuarat disambung semula, Pengerusi hendaklah membacakan usul tersebut dan meletakkan perkara itu kepada mesyuarat bagi memutuskan samada atau tidak ia boleh diterima untuk dibahaskan. Pencadang usul hanya boleh bercakap setelah mesyuarat bersetuju menerima dengan kelebihan undi (2/3) dua pertiga. 19. Pengundian 19.1 Semua perkara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecil kecuali perkaraperkara berkaitan dengan Pindaan Undang-undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi muktamad. 19.2 Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya sendiri. 19.3 Cara mengundi hendaklah ditentukan dengan cara undi sulit atau cara mengangkat tangan.
19 20. Adab Anggota Bercakap Masa Mesyuarat sedang berjalan:- 20.1 Anggota hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa dirinya dalam dewan dengan tertib. 20.2 Seseorang anggota tidak boleh melintas ruang tengah dewan tanpa apa-apa urusan; 20.3 20.4 Anggota-anggota tidak boleh membaca surat khabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lain kecuali literature yang ada kena mengena dengan perkara yang dibahaskan; Semasa seseorang sedang bercakap, anggota lain hendaklah diam dan tidak mengganggu. 21. Kuasa Pengerusi Mesyuarat dan Tertib Dalam Mesyuarat 21.1 Bila anggota-anggota ditegur oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana anggota yang sedang bercakap atau hendak bercakap, hendaklah duduk dan Mesyuarat hendaklah duduk dan Mesyuarat hendaklah diam supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu. 21.2 Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya Etika Mesyuarat ini dipatuhi dan keputusannya mengenai apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula. 21.3 Pengerusi setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang degil dengan menyebutkan perkara-perkara yang tidak kena mengena dengan perkara mesyuarat boleh, memerintahkan ia berhenti bercakap. 21.4 Anggota yang diperintahkan keluar menurut 20.4 dengan serta merta hendaklah keluar dari dewan dan tidak dibenarkan masuk sehingga habis mesyuarat.
20 21.5 Sesuatu perkara yang berbangkit mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. Adalah memadai dengan keputusan Pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive), maka keputusan hendaklah dibuat cara pengundian. 21.6 Jika Mesyuarat Agung membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan Pengerusi, maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seseorang lain sehingga keputusan telah dibuat. Dalam hal ini prinsip ‘natural justice’ hendaklah dipakai. 21.7 Jika berlaku kekacauan besar dan luar jangkaan dalam mesyuarat, Pengerusi boleh, jika pandangannya wajar, menangguhkan mesyuarat tanpa perlu meminta keputusan mesyuarat selama yang ditetapkan olehnya. 22. Penggantungan Mana-mana Peruntukan Etika Mesyuarat Agung Mana-mana peruntukan Etika Mesyuarat Agung ini boleh diketepikan atas cadangan mana-mana anggota berhubung dengan mana-mana perkara khas mengenai kelicinan mesyuarat. Dengan syarat cadangan itu hendaklah disokong oleh dua pertiga anggota-anggota yang hadir. 23. Kuasa Pembatalan Lembaga dari masa kesemasa boleh mengemukakan cadangan kepada Mesyuarat Agung bagi membatalkan atau meminda mana-mana peruntukan Etika Mesyuarat Agung ini. (Pindaan dibuat berdasarkan dari Pekeliling Kemajuan Pentadbiran / Pengurusan Koperasi Bahagian 1 Tahun 1993)
21 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 94 PADA : 25 JUN 2023 (AHAD) BERTEMPAT DI : DEWAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING
22 JAWATANKUASA PENELITIAN PENENTUSAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-94 SENARAI KEHADIRAN 1. Encik Mohd. Noor bin Mohd. Yusof HADIR 2. Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin HADIR 3. Puan Maslizah binti Mokhtar HADIR 4. Puan Ena binti Aznan HADIR 5. Tuan Haji Mohd Noor Rashid bin Mohd Yusof HADIR 6. Puan Zaharan binti Baharom HADIR 7. Puan Hajjah Zainab binti Mohd Nor HADIR 8. Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf HADIR 9. Puan Saodah binti Mat Lazim HADIR 10. Encik Abd Rahman bin Shaik Dawood HADIR
23 UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI ENCIK MOHD NOOR BIN MOHD YUSOF Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof, selaku Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad (KPPKTB) mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada Encik Shahnizam bin Bakhtiar, selaku Penolong Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Taiping, Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalam (JKAD), Pengurus dan Kakitangan dan seterusnya anggota-anggota Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad yang dapat menghadirikan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-94 dan seterusnya menyambut ulangtahun ke 100 penubuhan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad yang telah didaftarkan pada 2 November 1923. Para hadirin sekalian, seperti kita sedia maklum keadaan ekonomi semasa agak tidak menentu, kerjasama dan sokongan amat penting pada masa ini bagi memastikan aktiviti dan urusniaga koperasi yang sedia ada mahupun pada masa-masa akan datang dapat terus digerakkan dengan lebih maju lagi. Ribuan terima kasih atas sokongan anggota yang terus setia bersama walaupun koperasi kita menghadapi sedikit penurunan dari segi keuntungan, seperti yang dinyatakan dalam buku Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan yang telah diaudit oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2022. Namun begitu, barisan Anggota Lembaga Koperasi, mempunyai keyakinan bahawa pada masa-masa akan datang kami akan mempelbagaikan rantaian aktiviti baru dalam perniagaan seiring dengan era digital dan era ekonomi semasa. Demi menjayakan usaha yang dirancang, besarlah harapan agar seluruh anggota memberi kerjasama dan sokongan dalam meluluskan pindaan beberapa perkara pada petang ini sebelum kita mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan kerajaan dalam melaksanakan perancangan aktiviti baharu yang memberi manfaat kepada anggota dan koperasi. Aktiviti-aktiviti baharu tidak dapat dilaksanakan jika pindaan tidak mendapat kelulusan di dalam mesyuarat agung. Hari ini, satu syarikat talian telefon iaitu XOX telah dijemput untuk kita membuat penilaian sambutan anggota tentang produk telco. Aktiviti sebegini, dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota pada masa akan datang dan juga pendapatan kepada koperasi. Rantaian kerjasama dapat dimeterai sekiranya sambutan sangat memberangsangkan. Insya Allah, dengan berkat dan sokongan anggota koperasi semua, koperasi akan terus maju seperti yang kita rancang. Akhir kata saya mewakili seluruh Anggota Lembaga Koperasi ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dalam proses pengagihan buku dan juga penyata kerana beberapa sebab iaitu maklumat penyata kewangan lewat diterima untuk dicetak dan edaran hanya dapat dibuat minggu yang lepas. Ucapan tahniah kepada anggota yang keahlian menjangkau 40 tahun, 50 tahun dan 60 tahun kerana masih setia bersama koperasi. Amat mengharukan dengan kehadiran penerima Anugerah Anggota Setia. Ribuan terima kasih atas sokongan yang diberi selama ini terhadap beberapa jabatan dan badan-badan berkanun yang secara tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat agung kali ke-94. Dengan ini saya akhiri dengan ribuan kemaafan jika ada terkasar bahasa. Sekian, terima kasih.
24 UCAPAN PERASMIAN ENCIK SHAHNIZAM BIN BAKHTIAR PENOLONG PENGARAH, SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA, WILAYAH TAIPING Encik Shahnizam bin Bakhtiar selaku wakil Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Perak mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada Yang Berusaha, Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof, Pengerusi Koperasi, Puan Zarina binti Zainal, Setiausaha Koperasi, Barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalam (JKAD), pihak pengurusan koperasi yang diketuai oleh Puan Suhaila binti Mohd Yusob selaku Pengurus Koperasi yang telah banyak membantu dalam menguruskan koperasi dan seterusnya semua anggota Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama pada petang ini dan ucapan terima kasih kepada Anggota Lembaga Koperasi kerana sudi menjemput bagi merasmikan mesyuarat agung kali ke-94 ini. Syabas dan tahniah kepada pihak koperasi kerana berjaya melakukan mesyuarat agung pada tahun ini dengan pelbagai ujian dan juga cabaran. Walau bagaimanapun koperasi berjaya mengadakan mesyuarat agung mengikut norma masa yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Lembaga koperasi baru-baru ini telah menerangkan mengenai kedudukan dan juga aktiviti perniagaan yang telah dijalankan sepanjang hampir 100 tahun penubuhan koperasi yang mana dalam Undang-Undang Kecil Koperasi, koperasi dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pinjaman dan juga kemudahan kredit. Insya Allah pada petang ini, pinda berkaitan penambahan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh koperasi akan dibincang dan diluluskan. Jadi dengan adanya ruang dan peluang penambahan aktiviti, koperasi diharap dapat merencanakan aktiviti baru bagi menambahkan pendapatan koperasi pada masa akan datang dan ianya juga perlu sokongan daripada anggota-anggota semua. Pencapaian yang diraih oleh koperasi sehingga hari ini boleh dibanggakan dengan pencapaian 50 koperasi terbaik peringkat kebangsaan. Oleh itu, koperasi diharapkan akan bergerak ke arah pendigitalan. Sebagai contoh, cadangan mendigitalkan buku laporan tahunan. Mungkin selepas ini buku laporan tahunan dapat diedarkan secara digital. Pada peringkat awal, mungkin dapat dilaksanakan secara berperingkat dengan mengurangkan jumlah cetakan. Langkah ini juga perlu disokong oleh anggota-anggota. Jika melihat koperasi seperti di Wilayah Persekutuan, Selangor koperasi-koperasi besar, telah mendigitalkan buku laporan tahunan. Untuk makluman, pendapatan koperasi tahun ni agak sedikit menurun. Namun begitu, koperasi masih dapat memberi dividen kepada anggota walaupun 5%. Insya Allah, ianya tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Semoga ianya dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang dengan meningkatkan semula aktiviti yang dijalankan oleh koperasi selepas ini. Koperasi juga dilihat tidak lupa menunaikan tanggungjawab sosial kepada anggota dari sudut bantuan dermasiswa khairat kematian dan lain-lain lagi. Tahniah kepada koperasi kerana mampu menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik. Walaupun koperasi merupakan koperasi yang boleh dibanggakan, pihak koperasi sepatutnya tidak berasa selesa dengan pencapaian yang telah dicapai sehingga hari ini. Koperasi perlu bekerja lebih keras dan perlu mencabar kemampuan untuk meneroka lebih banyak peluang perniagaan. Banyak peluang perniagaan yang tersedia, sebagai contoh koperasi boleh menjalinkan hubungan dengan pertubuhan sukarela ataupun mana-mana NGO untuk menyumbang kepada peningkatan semangat kesukarelawan di antara anggota, yang
25 mana dalam hubungan ini koperasi bukan sahaja sebuah koperasi tetapi ia memainkan peranan sebagai Social Enterprise. Pembangunan perniagaan koperasi yang lestari tidak akan dapat dicapai tanpa sistem tadbir urus yang baik. Pihak pengurusan koperasi perlu memantapkan lagi kerangka tadbir urus koperasi pada tahun yang akan datang dan anggota-anggota juga diharap dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan sistem tadbir urus koperasi yang mana kita tahu dari sudut pengurusan koperasi kita mempunyai IKMA (Institut Koperasi Malaysia) dan ANGKASA yang mempunyai kepakaran dari sudut pengurusan perniagaan. Pihak anggota koperasi dan Ahli Lembaga Koperasi harus meningkatkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan koperasi. Mengakhiri ucapan pada petang ini, besar harapan agar dapat melihat koperasi pada masa akan datang menjadi landasan yang terbaik untuk menyatukan idea dan tenaga penjawat awam muda diluar kerangka kelaziman kita sebelum ini. Melihat kepada potensi yang ada, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersedia untuk menghulurkan tangan untuk berjalan bersama-sama dengan koperasi mengikut kemampuan yang dimiliki. Semoga dengan usahasama ini, dapat membantu memperkukuhkan lagi koperasi pada masa akan datang. Saya memohon maaf sekiranya terdapat keterlanjuran kata atau kesilapan sepanjang tempoh ucapan. Dengan ini lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad Kali ke-94.
26 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-94 KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TAIPING BERHAD TARIKH / HARI : 25 JUN 2023 / AHAD MASA : 8.00 PAGI i) MENGUNDI : MULAI JAM 8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG ii) MESYUARAT : MULAI JAM 2.30 PETANG DI DEWAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING PERASMI : ENCIK SHAHNIZAM BIN BAKHTIAR PENOLONG PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA WILAYAH TAIPING KEHADIRAN : 3,503/5,103 Orang KEHADIRAN: 1. Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof - Pengerusi 2. Encik Ismail bin Ibrahim - Naib Pengerusi 3. Puan Zarina binti Zainal - Setiausaha 4. Puan Norshidah binti Maaroff - Bendahari 5. Encik Awang Keri bin Awang Zain - Anggota Lembaga 6. Encik Ulul Azmi bin Abdullah, PPT. - Anggota Lembaga 7. Encik Mohd Nazri bin Mohd Said - Anggota Lembaga 8. Encik Mohd Haizad bin Yusof - Anggota Lembaga 9. Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin - Anggota Lembaga 10. Puan Ena binti Aznan - Anggota Lembaga 11. Puan Maslizah binti Mohktar - Anggota Lembaga 12. Encik Abdul Aziz bin Omar - Anggota Lembaga TURUT HADIR: Encik Shahnizam bin Bakhtiar Penolong Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Taiping
27 UCAPAN PENGERUSI Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof, selaku Pengerusi KPKTB mengucapkan salam dan ucapan selamat petang serta mengalu-alukan kehadiran Encik Shahnizam bin Bakhtiar, selaku Penolong Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Taiping dan anggota-anggota koperasi ke Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Beliau seterusnya mengisytiharkan proses pengundian bermula bagi memberi laluan kepada anggota koperasi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anggota koperasi. 1.1. MEMILIH: 1.1.1. Empat (4) orang Anggota Lembaga. Seramai enam (6) orang anggota koperasi menawarkan diri untuk bertanding melalui proses pengundian. 1.2. KEPUTUSAN PEMILIHAN: 1.2.1. Seramai enam (6) orang calon telah bertanding bagi merebut kerusi Anggota Lembaga, hanya empat (4) orang calon yang terpilih mengikut undian tertinggi adalah seperti berikut:- Bil. Nama Undian Yang Diperolehi 1. Mohd Nazri bin Mohd Said 2682 2. Maslizah binti Mokhtar 2639 3. Ena binti Aznan 2603 4. Awang Keri bin Awang Zain 2406 Manakala calon-calon yang tidak berjaya adalah seperti berikut:- 9. Romy Amiha Halmi binti Abdul Halim 1730 10. Raja Badly bin Raja Abd Rahman 469 Jumlah yang mengundi - 3503 Jumlah undi rosak - 72
28 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE-94 DIMULAKAN PADA JAM 2.30 PETANG MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT AGUNG: Mengikut Undang-undang Kecil Koperasi Bahagian 5 Bilangan 34 (1) menyatakan, Tuan Yang Dipertua atau Naib Yang Dipertua yang dilantik menurut Undang-undang Kecil Koperasi boleh mempengerusikan Mesyuarat Agung dan sekiranya kedua-dua mereka tidak hadir, maka, seorang Anggota Koperasi yang dipilih hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Agung. Memandangkan Tuan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua tidak hadir, maka, seorang Anggota Koperasi yang dipilih hendaklah mempengerusikan mesyuarat Agung. Calon : No. Anggota 14193 – Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof Cadangan : No. Anggota 8291 – Puan Zarina binti Zainal Sokongan : No. Anggota 7120 – Puan Hajah Zainab binti Mat Nor Keputusan : Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan ke- 94 Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan salam sejahtera. Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KPKTB kali yang ke-94. Beliau berharap, anggota-anggota koperasi dapat memberikan kerjasama dan mematuhi Etika Mesyuarat Agung yang telah ditetapkan. AGENDA 1: MEMILIH 10 ORANG ANGGOTA UNTUK MENGANGGOTAI JAWATANKUASA PENELITIAN MINIT MESYUARAT AGUNG UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG KE-94 YANG TERDIRI DARI 4 ORANG ANGGOTA LEMBAGA TERMASUK PENGERUSI DAN 6 ORANG ANGGOTA KOPERASI 1.1. Mesyuarat Agung ke-94 telah memberi mandat kepada Anggota Lembaga untuk membuat pemilihan bagi empat (4) orang mewakili Anggota Lembaga dan Pengerusi memaklumkan Anggota Lembaga yang dipilih ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Enam (6) orang Anggota Koperasi yang terpilih adalah seperti berikut:- BIL. CALON PENCADANG PENYOKONG 1. Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. (No. Anggota: 4376) Encik Abd Rahman bin Shaik Dawood (No. Anggota: 8148) Encik Rahim bin Abdul Aziz (No. Anggota: 9157) 2. Puan Saudah binti Mat Lazim (No. Anggota: 11336) Encik Abd Rahman bin Shaik Dawood (No. Anggota: 8148) Encik Rahim bin Abdul Aziz (No. Anggota: 9157) 3. Tuan Haji Mohd Noor Rashid bin Mohd Yusof (No. Anggota: 5905) Encik Hasnan bin Ariffin (No. Anggota: 13786) Encik Mohd Nadzri bin Jaafar (No. Anggota: 11172) 4. Encik Abd Rahman bin Shaik Dawood (No. Anggota: 8148) Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. (No. Anggota: 4376) Encik Jahari bin Md Jais (No. Anggota: 9404) 5. Puan Hajah Zainab binti Mat Nor (No. Anggota: 7120) Puan Zaharan binti Baharom (No. Anggota: 6242) Puan Sharifah Zabidah binti Syed Yusoff (No. Anggota: 4634) 6. Puan Zaharan binti Baharom (No. Anggota: 6242) Puan Hajah Zainab binti Mat Nor (No. Anggota: 7120) Puan Siti Rohana binti Kasim (No. Anggota: 9955)
29 Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju memilih enam (6) orang anggota koperasi bagi menganggotai Jawatankuasa Penelitian Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke-94. AGENDA 2: MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-93 YANG TELAH DIADAKAN PADA 26 JUN 2022 2.1. Pengerusi telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-93 dari muka surat 23 hingga muka surat 38 untuk diterima dan disahkan. 2.1.1. No. Anggota 4376 – Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. 2.1.1.1.Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli lembaga, kerana cadangan beliau supaya menambah kategori Anugerah Anggota Setia 60 tahun dengan kadar saguhati RM600.00, hari ini telahpun dilaksanakan. Pada tahun ini, dapat dilihat, hanya seorang sahaja yang layak menerima Anugerah Anggota Setia 60 tahun. Ini adalah satu penghargaan kepada anggota supaya terus setia bersama dengan koperasi. Walau bagaimanapun, beliau berharap bagi kategori Anugerah Anggota Setia 40 tahun akan ditambahbaik saguhati iaitu dari RM300.00 kepada RM400.00. Kekangan kewangan bukan isu jika pihak koperasi dapat mengutip semula hutanghutang yang ada. Anggota turut diseru untuk terus setia dengan koperasi agar dapat terus menikmati kemudahan dari koperasi dan turut memajukan koperasi. Ulasan Pengerusi: Pengerusi berterima kasih atas cadangan yang diberikan. Anugerah Anggota Setia 60 tahun dapat dilaksanakan mulai tahun ini setelah mengambil kira implikasi kewangan yang ada. Begitu juga dengan cadangan menaikkan bayaran bagi kategori Anugerah Anggota Setia 40 tahun. Pengerusi memaklumkan cadangan ini akan dibincangkan bersama anggota lembaga dan berharap akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Cadangan No. Anggota 9157 – Encik Rahim bin Abdul Aziz Sokongan No. Anggota 6242 – Puan Zaharan binti Baharom Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju mengesahkan dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-93 yang telah diadakan pada 26 Jun 2022.
30 AGENDA 3: MENCADANGKAN PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI (JIKA ADA) 3.1. Pengerusi memaklumkan, dengan kehadiran lebih 500 orang, maka mesyuarat boleh membincangkan untuk membuat pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi seperti yang dikemukakan di dalam muka surat 65. Pindaan dan pembetulan ini juga adalah atas nasihat dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menambah kelulusan aktiviti bagi menjalankan urusniaga yang bersesuaian dengan ekonomi semasa dan memberi faedah kepada koperasi dan anggota. Berkenaan dengan aktiviti Ar-Rahnu, koperasi ada memohon kelulusan dalam mesyuarat agung yang lalu yang mana ianya telah disokong dan diluluskan. Walau bagaimanapun, atas beberapa kekangan dan perkara yang perlu dipertimbangkan maka perkara berkenaan Ar-Rahnu ini diangkat semula untuk disokong dan diluluskan pada tahun ini. Kelulusan aktiviti tambahan adalah aktiviti Ar-Rahnu, sektor pelancongan, haji dan umrah, penjagaan diri dan kesihatan, peruncitan dan pemborongan, perkhidmatan dan pembekalan telco, aktiviti lain perniagaan yang disyorkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau dari pihak kerajaan negeri atau persekutuan dari semasa ke semasa yang berpotensi memberi faedah kepada anggota. Tambahan aktiviti lain adalah pertanian, perladangan, stesyen minyak dan servis kenderaan. Semua pindaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang dan kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan keupayaan modal koperasi. 3.1.1. No. Anggota 4376 – Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. 3.1.1.1.Beliau berpendapat, apa yang dibentangkan oleh pengerusi sangat jelas. Ini kerana pindaan ini sangat rasional dan koperasi tidak lagi terikat dengan aktiviti kredit sahaja kerana aktiviti berkenaan telah disaingi dengan bertambah pemberi pinjaman kewangan berlesen. Beliau berharap setelah diluluskan, pelaksanaan aktiviti perlu dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan yang ada dan aktiviti tambahan ini jika terlaksana, akan dapat meningkatkan pulangan kepada anggota dalam bentuk dividen. Ulasan Pengerusi: Pengerusi berterima kasih atas kepercayaan yang diberi. Walau bagaimanapun, pengerusi berharap agar semua aktiviti koperasi akan mendapat sokongan dari anggota koperasi sendiri agar semua aktiviti yang dilaksanakan nanti akan berjaya. Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi yang dipohon ini bukanlah untuk lembaga membuat keputusan sewenangwenangnya, tetapi keputusan yang diambil akan dikaji terlebih dahulu. Sebagai contoh, koperasi telah terlepas peluang dalam aktiviti pertanian di mana pihak kerajaan telah menawarkan lebih kurang 50 ekar tanah untuk setiap koperasi. Malangnya, pihak koperasi tidak dapat membuat permohonan kerana aktiviti yang melibatkan bidang pertanian tiada dalam Undang-Undang Kecil Koperasi. Pindaan perlu dibuat terlebih dahulu. Koperasi masih tertakluk kepada kawalan Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang akan memantau kertas kerja sesuatu projek. Jika sesuatu projek itu
31 memerlukan modal yang tinggi dan melibatkan risiko yang tinggi, perkara ini akan dibentangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat agung dan tidak dilaksanakan dengan tergopoh gapah. Cadangan: No. Anggota 4376 – Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. Sokongan: No. Anggota 9404 – Encik Jahari bin Md Jais Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi yang telah dibentangkan. AGENDA 4: MEMBENTANGKAN LAPORAN LEMBAGA BAGI TAHUN 2022 SERTA LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM DAN PANDANGAN SURUHANJAYA 4.1. Pengerusi telah membentangkan Laporan Lembaga dari muka surat 39 hingga muka surat 47, Laporan Jawatankuasa Audit Dalam dari muka surat 48 hingga muka surat 50 dan pandangan Suruhanjaya dari muka surat 54 hingga muka surat 59. 4.1.1. No. Anggota 4376 – Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. 4.1.1.1.Beliau membangkitkan semula berkenaan dengan laporan 10 tahun yang pernah disuarakan, iaitu berkenaan dengan data bilangan ahli, jumlah pinjaman, jumlah hutang dalam masa satu tahun dan perbandingan agihan dividen mengikut tahun dimasukkan dalam buku tahunan. Ulasan Pengerusi: Pengerusi memaklumkan berkenaan dengan kadar dividen, ada dimasukkan dalam laporan beberapa tahun dahulu. Walau bagaimanapun, dalam tempoh selepas Covid, kita berdepan dengan masalah kelewatan menerima laporan dan penyata serta kekangan dari pihak percetakan. 4.1.1.2.Beliau ingin mengetahui berkenaan dengan elaun kehadiran mesyuarat sama ada dibayar mengikut kehadiran atau kadar rata. Ulasan Pengerusi: Pengerusi memaklumkan elaun kehadiran mesyuarat dibayar mengikut kehadiran. Pengerusi juga menjelaskan berkenaan ketidakhadiran ahli lembaga ke mesyuarat lembaga. Ketidakhadiran adalah kerana ramai dikalangan ahli lembaga yang dijangkiti Covid dan juga keterlibatan pengerusi sendiri dalam pilihanraya umum ke 15. Pengerusi mengingatkan semua anggota perlu memberi teguran kepada semua ahli lembaga jika ada melakukan kesilapan. Pengerusi bimbang jika tiada teguran, kesannya akan memberi implikasi kepada semua. Cadangan: No. Anggota: 4634 – Puan Sharifah Zabidah binti Syed Yusoff Sokongan: No. Anggota 15400 – Encik Nor Hafizuddin bin Abdul Razak Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima dan meluluskan Laporan Lembaga bagi tahun 2022, Laporan Jawatankuasa Audit Dalam dan Pandangan Suruhanjaya
32 AGENDA 5: MENIMBANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN TERAUDIT BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 TERMASUK PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN BERSAMA DENGAN LAPORAN JURUAUDIT 5.1. Pengerusi membentang akaun yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada tahun 31 Disember 2022 serta syor Lembaga terhadap pengagihan keuntungan di muka surat 8 sehingga muka surat 44 (Buku Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan). Ulasan Bendahari: Membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi Januari 2022 berakhir Disember 2022 seperti di dalam buku Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan, muka surat 8 hingga 44 untuk sokongan dan diluluskan. 5.1.1. No. Anggota 4376 – Tuan Haji Zainal Azmi bin Mohd Yusuf, PPT., PJK. 5.1.1.1. Beliau sangat berharap terdapat wakil audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada petang ini kerana beliau mempunyai pertanyaan untuk diajukan kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Beliau ingin tahu, mengapa audit pada tahun 2022 dilakukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan mengambil masa yang lama sehingga cetakan laporan tahunan dan penyata kewangan diagihkan pada hari mesyuarat. Berbeza dengan tahun sebelum yang mana laporan tahunan dan penyata kewangan dimasukkan dalam buku tahunan. Beliau ingin tahu, adakah audit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini tidak dapat dielakkan. Ulasan Pengerusi: Pengerusi menjelaskan, KPKTB telah terpilih untuk diaudit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Mesyuarat yang lalu juga telah sebulat suara melantik empat (4) juruaudit luar untuk menjalankan pengauditan. Walau bagaimanapun, KPKTB akur dengan hasrat Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang mana dari hasil pengauditan, KPKTB mendapat teguran dan cadangan untuk penambahbaikan bagi manfaat kepada semua. Pengerusi berharap, dengan teguran yang diberikan, KPKTB akan menjadi antara 100 koperasi terbaik di Malaysia. Cadangan: No. Anggota 13009 – Puan Norsida binti Sidik Sokongan: No. Anggota: 14923 – Encik Romy Amiha Halmi bin Abdul Halim Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan meluluskan Akaun Yang Telah Diaudit bagi tahun berakhir 31.12.2022 dan Syor Lembaga Terhadap Pengagihan Keuntungan. AGENDA 6: MENIMBANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN 2022-2024 6.1. Pengerusi telah membentangkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2022 hingga tahun 2024 seperti tercatat dari muka surat 60 hingga muka surat 63. Pengerusi juga memaklumkan, terdapat ralat berkenaan angka sebenar di muka surat 60, nombor 10 (Perbelanjaan), lajer Sebenar Tahun 2022 ialah 41,753.60. Bukannya 441,753.60.
33 Cadangan: No. Anggota 9101 – Encik Suhaimi@Shaami bin Othman Sokongan: No. Anggota 10941 – Encik Mohd Khalid bin Fatharudin Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2022 hingga tahun 2024, tertakluk kepada pindaan. AGENDA 7: USUL-USUL LEMBAGA 7.1. Pengerusi membentangkan usul-usul Anggota Lembaga dalam Lampiran C di muka surat 64 seperti berikut:- 7.1.1. Pengerusi membentangkan usul Anggota Lembaga untuk memohon dana untuk menjalankan aktiviti selain daripada kredit seperti urusniaga Ar-rahnu, sektor pelancongan, peruncitan, pembekalan, pemborongan, pertanian, perladangan dan penjagaan diri/kesihatan sebanyak RM10 juta. Cadangan: No. Anggota 15052 – Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin Sokongan: No. Anggota 11196 – Encik Ismail bin Ibrahim Ulasan Pengerusi: Pengerusi menjelaskan permohonan ini adalah bagi memperluaskan aktiviti perniagaan koperasi untuk meneroka perniagaan baru berbanding perniagaan sekarang iaitu perniagaan utamanya hanya kredit semata-mata. Diharap dengan peluasan aktiviti ini, akan memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan dividen pada masa akan datang. 7.1.2. Pengerusi membentangkan usul Anggota Lembaga untuk menaik taraf sistem pengurusan dan kewangan Koperasi secara lebih optimum dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta. Cadangan: No. Anggota 16129 – Puan Ena binti Aznan Sokongan: No. Anggota 13336 – Puan Maslizah binti Mokhtar Ulasan Pengerusi: Pengerusi menjelaskan permohonan ini adalah untuk penambahbaikan bagi menggantikan sistem sedia ada yang telah berusia 15 tahun. Ini bagi mendapatkan capaian pada pengauditan dan ketepatan pada perakaunan semasa. Sistem yang baharu ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang akan memberi manfaat kepada anggota koperasi dengan kos yang lebih rendah berbanding sistem yang sedia ada. Cadangan: No. Anggota 8849 – Encik Mokhtar bin Khalid Sokongan: No. Anggota 9101 – Encik Suhaimi@Shaami bin Othman Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan meluluskan usul-usul Anggota Lembaga AGENDA 8: MELANTIK JURUAUDIT LUAR 8.1. Pengerusi memohon agar Lembaga diberi kuasa untuk menentukan berkenaan pengauditan. Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan pengerusi.
34 AGENDA 9: MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP HAD PELABURAN Cadangan had pelaburan sebanyak RM15 juta 9.1. Pengerusi menjelaskan, had pelaburan perlu diperbaharui kelulusannya setiap tahun. Cadangan: No. Anggota 10941 – Encik Mohd Khalid bin Fatharudin Sokongan: No. Anggota 4634 – Puan Sharifah Zabidah binti Syed Yusoff AGENDA 10: MENIMBANG DAN MELULUSKAN HAD KEKERHUTANGAN SEBANYAK RM22 JUTA Cadangan had keberhutangan sebanyak RM 22 juta 10.1. Pengerusi menjelaskan, had keberhutangan perlu diperbaharui kelulusannya setiap tahun. Cadangan: No. Anggota 10941 – Encik Mohd Khalid bin Fatharudin Sokongan: No. Anggota 4634 – Puan Sharifah Zabidah binti Syed Yusoff Keputusan: Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan pengerusi. AGENDA 11: MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA LAIN YANG MANA KENYATAAN BERTULIS YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA SETIAUSAHA SEKURANG-KURANGNYA TUJUH (7) HARI SEBELUM TARIKH MESYUARAT AGUNG DIADAKAN 11.1. Pengerusi memaklumkan tiada usul bertulis diterima oleh Setiausaha sehingga tarikh 25 Jun 2023 untuk dibahaskan. AGENDA 12: HAL-HAL LAIN 12.1. Pengerusi mengumumkan saguhati petang ini minima sebanyak RM30.00 setelah mengambilkira kehadiran anggota. Saguhati akan diakaunkan ke dalam akaun anggota. PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesetiaan anggota-anggota koperasi yang menunggu sehingga selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke-94. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Minit dicatat oleh: (SHAHRILL BIN IBRAHIM)
35 LAPORAN ANGGOTA LEMBAGA BAGI TAHUN 2023 1. Kehadiran Mesyuarat Anggota Lembaga / Jawatankuasa Audit Dalam Dalam tahun 2023 Anggota Lembaga (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalam (JKAD) telah mengadakan mesyuaratnya dan kehadiran adalah seperti berikut :- Anggota Lembaga (ALK) Bil Nama Jawatan Hadir Tidak Hadir Jumlah 1. Encik Mohd. Noor bin Mohd. Yusof Pengerusi 24 - 24 2. Encik Muhammad Nurhafiz bin Baharin Naib Pengerusi 22 2 24 3. Puan Maslizah binti Mokhtar Setiausaha 24 - 24 4. Puan Ena binti Aznan Bendahari 24 - 24 5. Encik Awang Keri bin Awang Zain Anggota Lembaga 17 7 24 6. Encik Mohd. Nazri bin Mohd. Said Anggota Lembaga 23 1 24 7. Encik Mohd. Haizad bin Yusof Anggota Lembaga 22 2 24 8. Encik Ulul Azmi bin Abdullah, PPT Anggota Lembaga 21 3 24 9. Puan Zarina binti Zainal Anggota Lembaga 24 - 24 10. Puan Norshidah binti Maarof Anggota Lembaga 23 1 24 11. Encik Ismail Ibrahim Anggota Lembaga 22 2 24 12. Encik Abdul Aziz bin Omar (mulai 26 Jun 2022) Anggota Lembaga 21 3 24 Jumlah Mesyuarat Anggota Lembaga keseluruhan adalah 24 kali.
36 Jawatankuasa Audit Dalam (JKAD) Bil Nama Jawatan Hadir Tidak Hadir Jumlah 1. Encik Baharom Shah bin Yeop, PJK Ketua 12 - 12 2. Puan Nik Rafidah binti Abd Shukor Setiausaha 12 - 12 3. Encik Ang Eng Seng JKAD 12 - 12 4. Puan Maznida binti Mohd Zain JKAD 12 - 12 5. Puan Rohani binti Ahmad JKAD 12 - 12 2. Keanggotaan Koperasi Bilangan keanggotaan Koperasi yang dicatatkan sehinga 31.12.2023 ditunjukkan seperti berikut :- 2023 2022 Bilangan anggota pada 1 Januari 5,103 5,182 Tambah : Anggota Baru 125 87 Jumlah 5,228 5,269 Tolak : Anggota Berhenti dan Meninggal Dunia (111) (166) Jumlah Pada Akhir Tahun 5,117 5,103 3. Deposit Tetap Kumpulan Wang Rizab Statutori 2023 2022 Co-opbank Pertama (M) Berhad (SKMADK) – Cawangan Taiping - - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 1,132,311.39 1,532,311.39 Bank Muamalat Malaysia Berhad - 424,568.05 Maybank Islamic Berhad 335,328.91 733,496.68 Co-opbank Pertama (M) Berhad 113,880.48 113,880.48 Jumlah Pada Akhir Tahun 1,581,520.78 2,804,256.60
37 4. Pembiayaan diluluskan Sepanjang tahun 2023 pembiayaan yang telah diluluskan kepada anggota-anggota adalah seperti berikut :- 2023 2022 Pembiayaan Peribadi I 22,409,200 16,866,112 Pembiayaan Peribadi II 372,000 483,550 Pembiayaan Pengguna 61,000 698,523 Pembiayaan Kecemasan 83,500 163,500 Pembiayaan Kakitangan 854,500 903,000 Jumlah Pada Akhir Tahun 23,780,200 19,114,685 5. Dermasiswa – Lampiran A Pada tahun 2023 bayaran Dermasiswa telah diluluskan kepada anggota-anggota adalah seperti berikut :- 2023 2022 Sarjana / Ijazah 19,200 (96) 18,200 (91) Diploma 8,100 (54) 9,900 (66) Matrikulasi / Asasi 7,350 (49) 3,150 (21) Tingkatan Enam 2,400 (16) 2,100 (14) Jumlah Pada Akhir Tahun 37,050 (215) 33,350 (192) 6. Saguhati Anggota Bersara Pada tahun 2023 bayaran Saguhati Anggota Bersara telah dibayar kepada anggota-anggota adalah seperti berikut :- 2023 2022 Saguhati Anggota Bersara 120,430.00 (98) 239,454.90 (169) NOTA : Permohonan Saguhati Persaraan bagi anggota yang telah bersara dan meneruskan keanggotaanya di Koperasi tertakluk kepada tarikh penerimaan borang permohonan dan dibayar secara berperingkat. Walau bagaimanapun pihak Koperasi akan membuat bayaran tertakluk kepada peruntukan.
38 7. Kumpulan Wang Khairat Kematian – Lampiran B Pihak Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Taiping Berhad mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua keluarga Alllahyarham/ mendiang anggota berkenaan. Pada tahun 2022 bayaran Wang Khairat Kematian telah dibayar kepada waris seperti berikut :- 2023 2022 Wang Khairat Kematian 50,000 (25) 50,000 (25) 8. Wang Pampasan Insurans Berkelompok Sepanjang tahun 2023 pihak insurans telah membuat pembayaran seperti berikut :- 2023 2022 Wang Pampasan Insurans 266,012.00(79) 180,698.54 (99) 9. Wang Yang Tidak Dituntut Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa terdapat anggota yang telah bersara, meninggal dunia, berhenti kerja dari perkhidmatan kerajaan dan berhenti menjadi Anggota Koperasi ini yang masih belum menuntut wang mereka. Koperasi tidak boleh menyimpan wang bekas anggota dan terpaksa memindahkan wang tersebut ke Akaun Wang Yang Tidak Dituntut untuk disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara mengikut Seksyen 13(1) Akta Wang Tidak Dituntut. Pihak Koperasi berharap agar Anggota dapat membantu untuk mengenalpasti nama-nama yang disenaraikan supaya berhubung terus dengan Pejabat Koperasi. Jika sekiranya nama yang disenaraikan telah mengambil/menerima wang tersebut, sila anggap maklumat ini terbatal dengan sendirinya. Untuk membuat tuntutan, sila kemukakan secara bertulis berserta salinan kad pengenalan yang disahkan. Bayaran akan dibuat kepada penuntut setelah semua maklumat didapati benar. 10. Seminar / Persidangan / Kursus / Mesyuarat / Kejohanan Sukan 10.1 PROGRAM MENGHARGAI PELANGGAN anjuran ANGKASA telah diadakan pada 7 dan 8 Januari 2023 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Peserta Kakitangan : Puan Baizurah Binti Matli Puan Marliana Binti Mohd Alias
39 10.2 PROGRAM SESI WALKABOUT YB TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI BERSAMA GERAKAN KOPERASI NEGERI PERAK DAN JUALAN HARGA PATUT KOPERASI PERINGKAT PARLIMEN TAPAH,PERAK anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak telah diadakan pada 21 Januari 2023 bertempat di Dewan Arena TN50 Tapah,Perak Peserta Anggota Lembaga : Encik Mohd Nazri Bin Mohd Said Encik Mohd Haizad Bin Yusof Puan Maslizah Binti Mokhtar Puan Ena Binti Aznan Puan Norshidah Binti Maaroff 10.3 PROGRAM KESEDARAN PEMILIKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA anjuran ANGKASA dengan kerjasama MITI dan SKM tahun 2023 telah diadakan pada 31 Januari 2023 bertempat di Wisma Auditorium ANGKASA Peserta Anggota Lembaga : Puan Zarina binti Zainal Encik Ismail bin Ibrahim Encik Awang Keri bin Awang Zain Puan Norshidah binti Maaroff Peserta Kakitangan : Puan Suhaila binti Mohd Yusob 10.4 PROGRAM TURUN PADANG MASKOP 2023 anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah diadakan pada 2 Februari 2023 bertempat di Marina Island Pangkor Resort & Hotel Peserta Anggota Lembaga : Puan Zarina binti Zainal Encik Ismail bin Ibrahim Puan Norshidah binti Maaroff Encik Awang Keri bin Awang Zain Encik Ulul Azmi bin Abdullah Peserta Kakitangan : Puan Suhaila binti Mohd Yusof 10.5 SEMINAR PEMERKASAAN AR-RAHNU KOPERASI anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) telah diadakan pada 2 Mac 2023 bertempat di Subang Jaya,Selangor Peserta Anggota Lembaga : Puan Norshidah binti Maarof Peserta Kakitangan : Cik Nor Julina Amira binti Ahmad Junaidi 10.6 PROGRAM PENGHASILAN VIDEO PEMASARAN VIRAL anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah diadakan pada 6 hingga 8 Mac 2023 bertempat di IKMA,Petaling Jaya Peserta Anggota Lembaga : Encik Ulul Azmi bin Abdullah Encik Abdul Aziz bin Omar Peserta Kakitangan : Encik Mohamad Sahiedan bin Mat Azmi
40 10.7 KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL YANG EFEKTIF anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah diadakan pada 6 hingga 8 Mac 2023 bertempat di IKMA,Petaling Jaya Peserta Anggota Lembaga : Encik Mohamad Haizad bin Yusof Peserta Kakitangan : Encik Mohamad Ridzuan bin Jamaluddin 10.8 BICARA ILMU “BELIA MADANI”:BERIKAN 10 ORANG PEMUDA PASTI KU GONCANG DUNIA” anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah diadakan pada 16 Mac 2023 bertempat di Hotel Mardhiyyah Shah Alam,Selangor Peserta Anggota Lembaga : Encik Muhamad Nurhafiz bin Baharin 10.9 MAJLIS APRESIASI GERAKAN KOPERASI NEGERI PERAK TAHUN 2023 dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah diadakan pada 9 Mei 2023 bertempat di Hotel Casuarina Meru,Ipoh Peserta Anggota Lembaga : Encik Mohd Noor bin Mohd Yusof Encik Ismail bin Ibrahim Puan Zarina binti Zainal Encik Ulul Azmi bin Abdullah Peserta Kakitangan : Puan Suhaila binti Mohd Yusof 10.10 PROGRAM BICARA NIAGA KOPERASI DALAM SEKTOR HARTANAH TAHUN 2023 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) telah diadakan pada 3 Ogos 2023 bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur Peserta Anggota Lembaga : Encik Ismail bin Ibrahim Puan Norshidah binti Maaroff 10.11 KURSUS MEMAHAMI UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI bertempat di IKMA,Petaling Jaya pada 8 dan 9 Ogos 2023 Peserta Anggota Lembaga : Puan Zarina binti Zainal Encik Awang Keri bin Awang Zain Encik Ulul Azmi bin Abdullah Puan Norshidah binti Maarof Peserta Kakitangan : Puan Suhaila binti Mohd Yusof 10.12 BENGKEL PENGURUSAN ALIRAN TUNAI,KREDIT DAN KEWANGAN RUNCIT anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah diadakan pada 14 hingga 15 Ogos 2023 bertempat di IKMA,Petaling Jaya Peserta Kakitangan : Puan Suhaila binti Mohd Yusob
41 10.13 KURSUS ANALISIS PENYATA KEWANGAN UNTUK PEMBUATAN KEPUTUSAN anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah diadakan pada 15 hingga 16 Ogos 2023 bertempat di Ixora Hotel,Prai,Pulau Pinang Peserta Anggota Lembaga : Puan Norshidah binti Maaroff 10.14 SEMINAR PERCUKAIAN KOPERASI DAN MAJLIS TANDATANGAN MOU telah diadakan di Auditorium ANGKASA,Wisma Ungku Aziz pada 29 September 2023 Peserta Anggota Lembaga : Puan Maslizah binti Mokhtar Puan Ena binti Aznan Puan Zarina binti Zainal Encik Mohd Nazri bin Mohd Said Puan Norshidah binti Maaroff Peserta Kakitangan : Puan Suhaila binti Mohd Yusob 10.15 KURSUS PEMANTAPAN KOPERASI telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2023 bertempat di Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya Peserta Anggota Lembaga : Encik Mohamad Haizad bin Yusof Peserta Kakitangan : Puan Baizurah binti Matli Puan Marliana binti Alias 10.16 MAJLIS PELUNCURAN DASAR KOPERASI MALAYSIA 2030 (DAKOM 2030) DAN PELUNCURAN PROFIL 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2023 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2023 bertempat di Hotel Tenera , Bandar Baru Bangi , Selangor Peserta Anggota Lembaga : Encik Ulul Azmi bin Abdullah Puan Maslizah binti Mokhtar 10.17 PROGRAM TAKLIMAT GP23 di Bukit Merah pada 17 Oktober 2023 Peserta Kakitangan : Encik Mohamad Sahiedan bin Mat Azmi Puan Nur Atikah binti Abdul Hadi 10.18 PROGRAM PENDIGITALAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB KOPERASI PERAK telah diadakan pada 19 November 2023 bertempat di Tower Regency Hotel, Ipoh Peserta Kakitangan : Encik Mohamad Sahiedan bin Mat Azmi 10.19 KURSUS ANALITIK DATA RAYA anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMA) telah diadakan pada 4 dan 5 Disember 2023 bertempat di IKMA, Petaling Jaya Peserta Anggota Lembaga :Encik Mohamad Haizad bin Yusof