The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FarCryIzo, 2021-12-31 03:02:50

LAPORAN KEMATIAN AKIBAT VAKSIN

LAPORAN KEMATIAN AKIBAT VAKSIN

LAPORAN KEMATIAN AKIBAT VAKSIN

(TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)

Data saintifik menunjukkan bagaimana berjuta orang telah mati
disebabkan oleh suntikan vaksin covid, dan beratus juta yang lain
mengalami kesan sampingan yang serius dan yang mana selalunya
menyebabkan kecederaan kekal.

DAVID JOHN SORENSEN
DR. VLADIMIR ZELENKO

STOPWORLDCONTROL.COM

Pemberitahuan:
1. Dokumen asal adalah dalam Bahasa English dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu agar lebih
difahami.
2. Tidak ada sebarang perubahan atau penambahan fakta daripada dokumen asal.
3. Dokumen asal membenarkan cetakan sebanyak mungkin untuk diedarkan agar maklumat dapat
disampaikan dengan sebaik mungkin.
4. Tidak semua dapat diterjemahkan. Hanya maklumat yang penterjemah merasa penting untuk
disampaikan, akan diterjemahkan.
5. Semua data yang terkandung di dalam laporan ini adalah benar. Semua penama yang dinamakan di
dalam laporan ini wujud dan boleh di cari di internet.
6. Versi Bahasa English kekal dan akan diedarkan sekali dengan versi terjemahan.
7. Capaian atau pautan laman sesawang yang dilampirkan adalah sah dan mengandungi fakta yang
disampaikan. (ada juga yang telah ‘dihilangkan’)
8. Ada setengah perkataan English tidak dapat diterjemahkan secara langsung ke Bahasa melayu. Maka
perkataan asal dikekalkan.
9. Adalah lebih baik laporan ini dicetak untuk kesenangan ketika membaca.
10. Bacalah dengan hati terbuka dan perlahan agar faham dan tidak menjadi benak seperti kambing yang
tiada arah.

STOPWORLDCONTROL.COM

LAPORAN KEMATIAN AKIBAT VAKSIN

Bukti akan berjuta kematian dan kesan sampingan yang serious disebabkan
suntikan vaksin eksperimental COVID-19

DILAPORKAN OLEH DAVID JOHN SORENSEN & DR. VLADIMIR ZELENKO MD
VERSION 1.0 SEPTEMBER 2021

TUJUAN
Tujuan laporan ini adalah untuk mendokumentasikan bagaimana berjuta kematian dan beratus juta
kesan sampingan yang serius yang telah berlaku selepas suntikan vaksin eksperimental (mRNA gene
therapy). Kami juga mendedahkan risiko sebenar akan pembunuhan/pemusnahan umat manusia
dengan niat yang tidak diketahui sebelum ini.

FAKTA
Laporan ini berlandaskan fakta kukuh dan jauh daripada sebab yang tidak berasas. Data yang
disampaikan adalah jelas dan boleh dibuktikan. Informasi yang dihuraikan dilengkapkan dengan
rujukan yang menjadi titik permulaan untuk penyiasatan selanjutnya.

PENGLIBATAN DALAM KESALAHAN
Data menunjukkan yang kita kini menyaksikan pembunuhan besar-besaran yang dirancang dengan
baik yang pernah terjadi dalam sejarah dunia kita. Keadaan yang teruk ini memaksa kita untuk
bertanya soalan kritikal seperti: adakah kita akan bangun untuk menyelamatkan berbillion manusia
yang tak bersalah? Atau adakah kita akan membenarkan keuntungan peribadi melebihi keadilan dan
turut sama terlibat. Rangkaian peguam di seluruh dunia telah bersedia untuk mengambil tindakan
(Lawsuit Class Action) bertujuan mendakwa mereka yang menjalankan agenda jenayah ini. Untuk
mereka yang terlibat, suka kami nyatakan bahawa masih ada masa untuk berpatah balik dan berada
di pihak yang benar. Buatlah pilihan yang terbaik.

DUNIA SECARA KESELURUHAN
Walaupun laporan ini berdasarkan situasi di US, namun yang demikian ia terpakai juga untuk seluruh
dunia yang mana suntikan vaksin eksperimental dijalankan dengan jumlah kematian yang hampir
sama serta sistem korupsi yang cuba menyorokkan angka angka ini terguna pakai untuk seluruh dunia.
Maka kami mencadangkan agar laporan ini dikongsi secara meluas. Semoga menjadi satu ‘wake-up’
call buat semua.

STOPWORLDCONTROL.COM

JUMLAH KEMATIAN LIMA KALI GANDA

LAPORAN KEMATIAN – KURANG DILAPORKAN

Data VAERS (Sistem laporan kesan sampingan) daripada CDC (Centre for Disease Control and
Prevention, US) sehingga 26th Aug 2021 menunjukkan hampir 500,000 orang menderita disebabkan
kesan sampingan yang teruk termasuk stroke, masalah jantung, darah bergumpal (blood clots),
masalah otak, pergerakan luar kawal (convulsions), sawan, radang otak dan tulang belakang, alergi
yang teruk, masalah imunisasi, arthritis, keguguran, ketidaksuburan/kemandulan, lemah otot, pekak,
buta, masalah tidur (narcolepsy) and ketidakstabilan emosi (cataplexy). CDC turut melaporkan 16,000
kematian disebabkan suntikan vaksin eksperimental. Namun, menurut pemberi maklumat CDC
(whistleblower) yang telah bersumpah (Jane Doe – Health Care Fraud Detection Expert), jumlah
kematian sebenar adalah lima (5) kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Data CDC juga turut kurang melaporkan akan kesan sampingan yang lain seperti kesan alergi yang
teruk (anaphylaxis). Website ICAN (Informed Consent Action Network) melaporkan tentang suatu
kajian yang menunjukkan angka sebenar kes anaphylaxis ialah 50 hingga 120 kali ganda daripada apa
yang dilaporkan oleh CDC. Selain dari itu, laporan daripada pengkaji bebas yang menilai data VAERS
secara kes-spesifik mendapati ada banyak kes kematian yang telah dipadamkan atau dihilangkan dan
ada juga di mana kes kematian diubah menjadi kes kesan sampingan yang lebih ringan. Dia juga turut
berkata bahawa hampir 150,000 data kes yang dilaporkan turut hilang. Persoalannya adakah kes yang
hilang ini turut melibatkan kematian?

Kejahatan CDC ini juga didedahkan apabila pengkaji cuba mencari hubung kait antara vaksin dan
autism dan mereka menjumpai wujudnya hubungan secara langsung antara vaksin dan kes autism.
Apa yang dilakukan oleh CDC ialah mereka memusnahkan dokumen yang menjadi bukti bahawa vaksin
menyebabkan terjadinya autism. Kemudian mereka mengeluarkan artikel menyatakan vaksinasi tidak
menyebabkan autism. Namun yang demikian, seorang saintis di dalam CDC Bernama William
Thompson telah menbongkarkan kesalahan ini dengan mengaku bahawa beliau terlibat dalam menipu
berjuta orang dengan mewujudkan kepercayaan palsu tentang kesan sampingan vaksin. Dia telah
mengaku keterangan ini di khalayak ramai.

Satu lagi kemungkinan contoh kejahatan CDC ialah bilamana mereka mengatakan bahawa seseorang
itu dianggap telah divaksin hanya selepas dua (2) minggu disuntik. Andai kata kematian berlaku dalam
masa dua (2) minggu atau kurang dari dua minggu selepas suntikan vaksin, maka kematian itu tidak
ada kaitan dengan vaksin. Ini merosakkan data kematian akibat vaksin.

1: https://renzlaw.godaddysites.com/45k-whistleblower-suit
2: https://www.icandecide.org/wp-content/uploads/2021/03/Letter-to-Dr.-Walensky-re-anaphylaxis.pdf
3: https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2777417
4: https://centipedenation.com/first-column/150k-records-deleted-from-vaers-covid-database/
5: https://www.forbes.com/sites/emilywillingham/2015/08/06/a-congressman-a-cdc-whisteblower-and-an-
autismtempest-in-a-trashcan/?sh=47819f145396
6:https://rumble.com/vm1yrt-wow-vaccine-caused-deaths-reported-as-un-vaxxed-covid-deaths.html
7:https://dissident.one/2021/08/29/18311/

STOPWORLDCONTROL.COM

MODERNA: 300,000 KES KESAN SAMPINGAN

BERATUS RIBU KES DALAM MASA TIGA BULAN SAHAJA

Seorang pemberi maklumat daripada Moderna telah membuat screenshot berhubung notis dalaman
syarikat yang berlabel ‘SULIT – Untuk edaran dalaman sahaja’ yang mana notis ini menunjukkan ada
300,000 kesan sampingan dalam masa tiga bulan. Notis ini bertujuan agar pasukan yang terlibat dapat
menangani dengan efektif 300,000 kes kesan sampingan ketika vaksin covid dilancarkan diseluruh
dunia.

https://alexberenson.substack.com/p/some-actual-news

KURANG DARIPADA 1% KES DILAPORKAN

KAJIAN MENUNJUKKAN ANGKA SEBENAR ADALAH 100 KALI LEBIH TINGGI

Semua maklumat ini telah menunjukkan bahawa angka sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada apa
yang telah dilaporkan kepada orang awam. Situasi ini sebenarnya adalah jauh lebih buruk daripada
yang kita sangkakan. Laporan Lazarus daripada Harvard Pilgrim Health Care Inc pada tahun 2009
mendedahkan hanya 1% kesan sampingan vaksin yang dilaporkan.

‘Kesan sampingan daripada ubat dan vaksin adalah sesuatu yang biasa tetapi kurang dilaporkan.
Walaupun 25% pesakit yang terkait dengan kesan sampingan ubatan, hanya 0.3% kesan sampingan
yang dilaporkan dan 1% hingga 13% kesan sampingan serius dilaporkan kepada Food & Drug
Administration (US FDA). Kesan sampingan vaksin hanyalah 1% yang dilaporkan.

https://digital.ahrq.gov/sites/default/files/docs/publication/r18hs017045-lazarus-final-report-2011.pdf

ANTARA SEBAB KES KURANG DILAPORKAN

MASYARAKAT TIDAK SEDAR DAN DIBERIKAN MAKLUMAT YANG BETUL

Sebab mengapakah hanya 1% kesan sampingan yang dilaporkan adalah kerana masyarakat secara
majoriti tidak sedar akan kewujudan sistem laporan rasmi untuk melaporkan kes kesan sampingan
vaksin. Yang keduanya ialah industry farmaseutikal menggunakan media untuk memerangi pakar
perubatan yang bercakap benar dan yang cuba menyebarkan bahaya akan kesan vaksin. Media berita
akan cuba memalukan dan menuduh pakar perubatan, saintis dan jururawat dengan menggelar
mereka sebagai ‘anti-vaxxer’.

STOPWORLDCONTROL.COM

Disebabkan kempen jenayah media berita ini yang bersifat agresif untuk menenggelamkan kesan
sampingan buruk, maka majoriti masyarakat tidak tahu bahawa vaksin mempunyai impak dan
kesan yang buruk.

Pesanan yang selalunya kita dengar ialah ‘Vaksin adalah selamat dan cara yang terbaik untuk
melindungi diri daripada penyakit’. Beribu penulisan dan buku yang dihasilkan untuk menyatakan
bahaya dan kesan buruk vaksin ditenggelamkan dengan apa jua cara sekalipun. Fakta yang tidak boleh
disangkal ialah kanak-kanak adalah jauh lebih sakit hari ini dibandingkan dengan dahulu walhal
merekalah yang paling banyak menerima vaksin dan kenyataan ini disangkal bulat bulat.

Propaganda syarikat vaksin yang menggunakan agensi kerajaan berabad lamanya sentiasa
mengatakan bahawa kesan sampingan adalah jarang berlaku. Maka dengan pernyataan ini, andai kata
berlaku kesan sampingan kepada mangsa selepas suntikan, mereka akan melepas tangan dan tidak
melaporkan perkara ini.

Situasi semasa sekarang, serangan ke atas pakar perubatan yang menyuarakan akan bahaya vaksin
adalah jauh lebih teruk. Pakar perubatan yang lantang di media sosial, ‘mereka’ akan hilangkan
platform media sosial ini. Website mereka akan dijatuhkan ‘ranking’ oleh Google dan Youtube akan
padam video kenyataan mereka. Ramai antara pakar perubatan ini yang hilang pekerjaan dan ada
yang ditangkap. Ini adalah percubaan ‘mereka’ untuk menenggelamkan cerita bahayanya vaksin.

Akibat dari ini, ramai golongan pakar perubatan menjadi takut untuk melaporkan kesan sampingan
seterusnya membuatkan kurangnya kesan sampingan yang direkodkan. Tambahan pula jumlah
informasi yang saintifik tentang bahayanya agen biologi ini dan dan pendedahan dari pakar perubatan
kepada masyarakat secara amnya adalah sangat menggalakkan walaupun berlakunya tekanan ke atas
mereka. Ini membuatkan golongan pakar ini hampir mustahil untuk tidak mengetahui risiko yang
diambil mereka dengan menjalankan suntikan vaksin pengubah DNA yang tidak diuji ini lantas
menyuntik tanpa memberitahu penerima apakah bahan yang terkandung di dalam vaksin ini.

‘Jika mereka melihat pesakit mengalami kesan sampingan atau berlaku kematian, mereka berasa
takut untuk dipertanggungjawabkan lantas tidak merekodkan data kematian dan kesan
sampingan yang teruk ini.’

Akhir sekali, kebanyakkan golongan pakar perubatan mendapat insentif kewangan untuk
mempromosikan vaksin. Di United Kingdom, jururawat yang menyuntik vaksin mendapat 10£ untuk
setiap satu suntikan untuk setiap kanak-kanak. Ini antara satu sebab mereka tidak melaporkan kesan
sampingan.

PROJECT VERITAS WHISTLEBLOWER

DOCTOR & JURURAWAT BERSUARA: ‘MEREKA TIDAK MELAPORKAN!’

Project Veritas ialah satu pertubuhan journalism yang membongkarkan jenayah serta korupsi di dunia
ini betahun lamanya. Projek ini sentiasa menerima maklumat melalui kiriman video tentang apa yang
berlaku di sebalik tabir. Mereka dihubungi oleh doctor dan jururawat yang tidak lagi dapat
mendiamkan diri.

STOPWORLDCONTROL.COM

Para ahli perubatan ini, melihat pelbagai kes kesan sampingan yang teruk seperti masalah jantung dan
mereka menyaksikan pihak berkuasa hospital tidak malaporkan kecederaan akibat vaksin ini. Dr Maria
Gonzales (ER Doctor - US Department of Health & Human Services) meluahkan kemarahannya tentang
masalah ini ketika di Phoenix Indian Medical Centre.
Sisipan video tentang hal ini boleh dilayar melalui pautan di bawah.

https://www.projectveritas.com/news/federal-govt-whistleblower-goes-public-with-secret-recordings-government/

Beribu doctor dan jururawat yang ingin menyuarakan rasa marah mereka tentang keburukkan vaksin
ini tetapi terlalu takut untuk berbuat demikian. Sekiranya anda salah seorang dari mereka yang ingin
bersuara, email kami di [email protected] atau [email protected]. Anda
tidak keseorangan tetapi anda akan tahu terdapat ramai pejuang hak asasi dan kebebasan seluruh
dunia. Kami memerlukan pejuang kemanusian seperti anda.

PENDEDAHAN YANG AMAT BANYAK

FACEBOOK MENDEDAHKAN GELOMBANG BESAR KESAN SERIUS SELEPAS VAKSIN

Pusat berita tempatan ABC News meletakkan sisipan Facebook meminta masyarakat melaporkan
kematian ahli keluarga yang tidak divaksin dan mati akibat Covid19. Apa yang terjadi amat
mengejutkan. Dalam masa lima (5) hari, 250,000 komen diterima. Tetapi yang diterima ialah kematian,
lumpuh kekal akibat dan sejurus menerima vaksin. 250,000 komen ini mendedahkan jumlah kematian
yang mengejutkan yang berlaku ke atas populasi manusia disebabkan suntikan membunuh ini.

STOPWORLDCONTROL.COM

STOPWORLDCONTROL.COM

STOPWORLDCONTROL.COM

Di dalam komen terakhir seperti di atas, mereka melaporkan bahawa setiap orang di hospital takut
untuk melaporkan kesan buruk vaksin dan seorang lagi berkata doktor tidak mampu membuat
laporan. Kebanyakkan pakar perubatan takut untuk melaporkan kesan serius dan kecederaan akibat
vaksin eksperimental yang mana menyebabkan kesan bahaya vaksin terus tersorok daripada
pengetahuan dunia. Komen sebanyak 250,000 itu membuktikan bahawa sekiranya kita menjumpai
tempat yang selamat untuk membuat laporan, maka kita akan menyaksikan satu gelombang laporan
yang amat dahsyat.
Ini hanyalah di Facebook dan langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak media. Apakah akan
terjadi seandainya cerita ini dilaporkan di berita media arus perdana dan semua orang dibenarkan
melaporkan kesan serius ini? Apa yang anda rasa akan terjadi?

https://www.facebook.com/80221381134/posts/10158207967261135/?d=n

STOPWORLDCONTROL.COM

KEMATIAN AKIBAT VAKSIN

APA YANG TERJADI ADALAH SANGAT BURUK DARIPADA YANG KITA FIKIRKAN

 VAERS merekodkan 16,000+ kematian dan 450,000 kesan sampingan sehingga 28th Aug 2021
 Pakar analisis salah laku CDC menyatakan kematian melebihi lima kali ganda daripada yang

dilaporkan
 150,000 rekod kes dihilangkan atau dipadamkan daripada sistem VAERS
 Kesan Anaphylaxis adalah 50 hingga 120 kali lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan oleh

CDC.
 Kematian dalam masa dua minggu selepas vaksin tidak dikategorikan kematian akibat vaksin
 Moderna menerima 300,000 laporan kesan sampingan dalam masa tiga bulan sahaja
 Lazarus Report menunjukkan hanya 1% kesan sampingan dilaporkan oleh masyarakat awam
 Majoriti populasi tidak menyedari kewujudan tempat atau sistem untuk melaporkan kesan

sampingan
 Tindakan memadam laporan berita benar dengan cara yang agresif serta propaganda

mengatakan kesan sampingan adalah jarang berlaku menyebabkan orang awam tidak dapat
memahami masalah kesihatan yang dialami berpunca daripada suntikan vaksin
 Memalukan mereka dan menuduh golongan pakar perubatan yang menentang vaksin
menyebabkan golongan ini sukar atau kurang membuat laporan akan bahaya vaksin
 Ketakutan akan dipertanggunjawabkan disebabkan menjadi punca pesakit mendapat kesan
sampingan buruk membuatkan mereka tidak melaporkan secara jujur
 Menerima insentif kewangan untuk mempromosi dan menjalankan vaksinisasi juga
menyebabkan golongan perubatan ini untuk tidak melaporkan
 Pembekal vaksin yang berlandaskan keuntungan tentunya tidak akan melaporkan
keburukkan produk mereka yang ditidak pernah diuji dan bersifat eksperimental
 Doctor dan jururawat mengesahkan bahawa pesakit mereka mengalami kesan sampingan
yang teruk akibat suntikan vaksin

STOPWORLDCONTROL.COM

SATU GELOMBANG PEMUSNAHAN

Data atau laporan ini mengarahkan kita ke suatu konklusi yang tidak lagi boleh dielakkan yang mana
kesan serius akibat vaksin adalah berkali ganda lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan. Andaikata
hanya 1% yang dilaporkan ke pihak CDC tetapi sebenarnya sudah menjangkau ke 450,000 kes maka
boleh dikatakan jumlah ini sebenarnya sudah berjuta kes hanya di US sahaja. Dengan data ini
diaplikasikan ke seluruh dunia, maka satu malapetaka yang amat hebat memusnahkan umat manusia
yang tidak pernah dipertontonkan sebelum ini. Dan juga semua negara sedang sibuk melakukan
imunisasi. Apa yang lebih merisaukan, ini hanyalah kesan jangka pendek akibat vaksin. Bill Gates yang
mana adalah pembekal vaksin dunia berkata dalam satu temuramah dengan BBC bahawa kesan buruk
sebenar vaksin hanya akan berlaku dalam masa dua tahun. Ini bermakna, kesan sampingan kematian
dan hilang kemampuan akan menjadi amat besar pada masa yang mendatang. Tambahan pula berlaku
kenyataan untuk sentiasa memberi suntikan booster kepada populasi dan seriring dengan vaksin
passport yang akan dilaksanakan seluruh dunia.

AMARAN OLEH PAKAR DUNIA

SUARA AHLI SAINTIFIK MEMBERIKAN AMARAN YANG SANGAT KERAS

Data yang merisaukan ini membuatkan pakar dunia seperti Dr. Luc Montagnier (penerima anugerah
nobel perubatan) mengeluarkan amaran sekeras-kerasnya bahawa kita sedang menghadapai risiko
yang amat besar iaitu pembunuhan beramai-ramai seluruh dunia. Turut juga memberi amaran ialah
pencipta teknologi mRNA itu sendiri Dr, Robert Malone. Situasi ini sangat teruk sehinggakan bekas
Vice Presiden dan ketua saintis Pfizer, Dr Mike Yeadon tampil menjelaskan akan betapa bahaya akan
suntikan ini. Satu video beliau bertajuk ‘A Final Warning’ menceritakan tentang bahaya ini. Seorang
lagi saintis yang amat dikenali, Geert Vanden Bossche yang mana beliau bekas Head of Vaccine
Development Office di German dan juga Chief Scientist Univac, turut mendedahkan dirinya dengan
berani menentang pemberian suntikan vaksin covid. Pembuat vaksin memberitahu bahawa suntikan
vaksin itu mampu merosakkan imuniti badan dan menjadikan mereka terdedah kepada setiap varian
baru. Mereka yang terselamat daripada pembunuhan beramai ramai ketika perang dunia turut
menulis kepada European Medicine Agency meminta agar suntikan vaksin dihentikan kerana
berpendapat ini adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai.

KEMATIAN AKIBAT VAKSIN SELURUH DUNIA

TURUT BERLAKU DI NEGARA LAIN SELURUH DUNIA

Situasi yang diceritakan sehingga ini masih berkisarkan apa yang berlaku di US yang mana berlaku
kemusnahan akibat suntikan vaksin, betapa korupnya agensi kesihatan serta berita yang disorokkan
oleh pembuat dan pembekal eksperimental vaksin ini. Namun demikian, laporan ini akan cuba
menyentuh negara luar juga agar situasi ini tidaklah unik hanya di US.

STOPWORLDCONTROL.COM

EUROPEAN UNION (EU)

Di negara Eropah Bersatu (EU) (27 buah negara daripada 50 negara Eropah), sehingga 18th Aug 2021
laporan rasmi dari EudraVigilance mengakui jumlah kematian sebanyak 22,000 orang dan dua (2) juta
yang lain mengalami kesan sampingan yang mana 50% daripadanya adalah kesan sampingan yang
serius.

Kesan sampingan yang teruk bermaksud keadaan medikal yang menyebabkan kematian, menggugat
nyawa, dimasukkan ke wad, menyebabkan masalah medikal yang lain, berterusan dirawat di dalam
hospital/wad, hilang keupayaan dan kemampuan serta masalah/kerosakan ketika kelahiran.

Di Netherland yang mana merupakan negara terkecil di bawah EU, jawtankuasa pengkaji bebas telah
membuat satu platform untuk melaporkan masalah kesan sampingan vaksin. Ini bukanlah satu inisiatif
kerajaan, maka platform in langsung tidak mendapat perhatian pihak media. Maka yang demikian,
rakyat Netherland tidak menyedari akan kewujudan platform ini. Namun, angka yang dilaporkan ialah
1,600 kematian dan 1,200 masalah kesihatan yang mana memberi impak seperti ketidakupayaan
kekal. Bayangkan andainya mereka mengetahui akan kewujudan platform ini dan melaporkan segala
masalah terkait vaksin? Dan bayangkan andai platform ini juga diketahui oleh negara EU lain yang
ternyata lebih besar daripada Netherland?

UNITED KINGDOM

Sebelum bermulanya kempen vaksinasi, MHRA (Medicine and Healthcare Product Regulatory Agency)
membuat satu permintaan seperti berikut:

‘MHRA memohon agar ada satu sistem perisian AI (Artificial Intelligence) yang mana untuk
memproses kesan sampingan yang dijangka amat tinggi dan banyak dan untuk memastikan tidak
ada sebarang kesan sampingan yang tidak direkodkan’.

Kerajaan British telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan siri kesan sampingan antara lain
termasuk buta, lumpuh, keguguran, masalah jantung, paralisis, penyakit auto imun dan banyak lagi.
Tidak lama selepas program vaksin, 100,000 kesan sampingan dilaporkan termasuk 1,260 kes hilang
penglihatan termasuk buta kekal. Namun bahagian awal tetap memuji keberkesan vaksin dalam
melindungi diri daripada jangkitan Covid19. Kemudian laporan itu berterusan menerima laporan
kesan vaksin yang teruk. Inilah hipokrasi yang tidak mampu difikirkan.

Di UK juga, kes keguguran meningkat sebanyak 366% dalam masa 6 minggu sahaja dan ini berlaku
kepada ibu yang telah divaksin. Jabatan Statistik British (British Office for National Statistic) secara
tidak sengaja melaporkan 30,305 orang telah mati hanya dalam 21 hari selepas menerima suntikan
vaksin dalam masa 6 bulan pertama 2021. Seorang saintis British menjalankan analisis terhadap British
Yellow Card Reporting System dan mendapati sistem itu tidak boleh dipercayai. (nota: Yellow Card
ialah sistem pendaftaran kesan sampingan).

1:https://ted.europa.eu/udl?uri=TED:NOTICE:506291-2020:TEXT:EN:HTML&src=0
2: https://www.gov.uk/government/publications/coronavirus-covid-19-vaccine-adverse-reactions/coronavirusvaccine-
summary-of-yellow-card-reporting
3:https://dailyexpose.co.uk/2021/02/08/official-data-on-adverse-reactions-to-vaccines
4: https://www.gov.uk/government/publications/coronavirus-covid-19-vaccine-adverse-reactions/coronavirusvaccine-
summary-of-yellow-card-reporting#annex-1-vaccine-analysis-print
5:https://theexpose.uk/2021/09/15/30k-people-died-within-21-days-of-having-a-covid-19-vaccine-in-england/
6:https://dailysceptic.org/is-the-mhras-yellow-card-reporting-system-safeguarding-the-uk-public

STOPWORLDCONTROL.COM

ISRAEL
Israel People Committee (IPC) yang terdiri daripada doktor, pendakwaraya, criminologist,
epidemiologist dan pengkaji akademik bernekad untuk menjalan siasatan dan pendedahan untuk
rakyat mereka. Walaupun mereka ini tidak dikenali, mereka menerima 3,754 laporan kesan sampingan
yang mana 480+ melibatkan kematian; sehingga 5th Aug 2021. IPC menyatakan bahawa angka ini
hanyalah 1-3% sahaja benar dan angka sebenar menghampiri 48,000 kematian dan 375,400 kesan
sampingan. Melalui statistik yang dikeluarkan oleh worldometers.info, kematian mendadak
dicatatkan ketika mulanya program vaksin. Sebelum program vaksin, kematian dilaporkan terlalu
sedikit atau hampir tiada kematian harian. Selepas program vaksin, kematian sekitar 75-100 setiap
hari direkodkan.

Dalam satu website Israel yang lain iaitu seethetruth.club/covid-19-vaccine-victims, testimoni mereka
yang terkesan selepas vaksin amatlah banyak. Di US, website yang hampir sama iaitu
1000covidstories.com menunjukkan data video yang bertambah setiap hari yang menunjukkan kesan
sampingan dan kematian akibat vaksin. Dalam website yang lain iaitu thecovidworld.com, kisah
kematian dilaporkan melibatkan angka yang sangat tinggi. Kita harus faham bahawa perkara seperti
ini tidak pernah terjadi dalam sejarah yang mana ramai telah tampil untuk melaporkan masalah akibat
vaksin. Antara sebab yang membuatkan masyarakat tampil dan melaporkan kesan yang teruk ini
adalah disebabkan mereka merasa tertipu kerana agensi perubatan kerajaan hanya menyatakan
kesan sampingan vaksin hanyalah seperti sakit kepala, pening dan selsema ringan. Walhal, kesan yang
terjadi adalah amat dan sangat teruk membuatkan rakyat seluruh dunia tampil untuk memberi
amaran.

STOPWORLDCONTROL.COM

BRAZIL

Di Brazil, laporan rasmi menyatakan kematian akibat vaksin mencapai 32,000 untuk lima (5) bulan
pertama. Laporan ini muatnaik di website uol.com namun, laporan itu turut menyebut ‘vaksin adalah
cara terbaik dalam mengawal wabak’.

PEMBUNUHAN SEJAGAT SELURUH DUNIA

Peringatan untuk kita yang mana secara amnya hanya 1% kesan sampingan yang teruk akibat vaksin
dilaporkan walhal yang sebenarnya berlaku hampir 500% di US dan ini disorokkan oleh pegawai
tertentu. Maka kelihatan amat jelas bahawa pembunuhan umat manusia besar besaran sedang
berlaku dan perkara nyata dan jelas. Data yang boleh disahkan ini secara berterusan dinafikan secara
agresif oleh kononnya fact checkers, media sosial, berita arus perdana, pegawai kerajaan dan agensi
perubatan. Ini menunjukkan betapa serius akan operasi jenayah yang tidak pernah diketahui sebelum
ini.

SAINS MEMBUKTIKAN BAHAYA VAKSIN

LUMPUH SEPARA BADAN, SERANGAN JANTUNG, RADANG JANTUNG, KANSER, …

Kajian daripada University of San Francisco atau Salk Institute menunjukkan bahawa vaksin
menjadikan tubuh sebagai kilang penghasilan spike protein yang bejuta banyaknya lalu menyebabkan
darah beku/gumpal lantas menyebabkan lumpuh separa badan dan juga serangan jantung. Dalam
kajian yang lain turut mengesahkan hal yang sama. Laporan The New England Journal of Medicine juga
mengatakan bahawa suntikan menyebabkan radang jantung dan laporan jurnal yang sama
melaporkan peningkatan masalah keguguran kandungan. Turut juga disahkan vaksin menyebabkan
ketidaksuburan dan pengurangan bilangan sperma. Yang terakhir, kajian menunjukkan suntikan
vaksin menyebabkan kanser dan yang disebutkan ini hanyalah sebahagian daripada masalah yang
lebih besar.

1: https://www.salk.edu/news-release/the-novel-coronavirus-spike-protein-plays-additional-key-role-in-illness/
2: https://www.ahajournals.org/doi/10.1161/CIRCRESAHA.121.318902
3: https://www.nature.com/articles/s41586-021-03744-4
4: https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMc2109975
5: https://deeprootsathome.com/a-foreshadowing-buried-82-miscarriage-data-in-new-nejm-study/
6: https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3897733
7: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32908214/
8: https://citizenfreepress.com/breaking/whoa-fauci-finally-mentions-vaccine-risk-for-ade/
9: https://canadianmale.wordpress.com/2021/04/19/thousands-of-reports-of-menstrual-irregularities-
reproductivedysfunction-following-covid-vaccines/
10:https://www.lifesitenews.com/wp-content/uploads/2021/06/Pfizer-bio-distribution-confidential-documenttranslated-
to-english.pdf
11:https://www.nature.com/articles/s41586-018-0465-8

STOPWORLDCONTROL.COM

PENGECUALIAN DARIPADA TANGGUNGJAWAB

PEMBUAT VAKSIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB

Sejak berdekad yang lalu beberapa persetujuan/perjanjian antara kerajaan dan pembekal vaksin
seluruh dunia memberi 100% perlepasan kepada pembuat vaksin daripada sebarang apa jua bentuk
tanggungan atau tanggungjawab ke atas produk mereka. Tidak kira betapa teruk kemusnahan yang
disebabkan oleh vaksin, tidak ada yang dapat membantu.
Kerajaan yang ada di seluruh dunia sekarang memastikan tidak ada mana mana syarikat
pembuat/pembekal vaksin dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan kepada umat
manusia seluruh dunia.
Kemungkinan syarikat insurans jugak tidak akan menanggung kos perubatan akibat kesan sampingan
vaksin. Anda akan bersendirian kiranya terjadi kesan sampingan. Tidak akan ada bantuan diberikan
kepada anda. Namun, kerajaan tidak mahu membantu anda andai terlibat dengan kesan sampingan
vaksin dan kerajaan inilah yang juga cuba mewajibkan vaksin ke atas anda. Yang tidak divaksin akan
disekat dari mengunjungi pusat membeli-belah, melancong, berkumpul termasuk perkhidmatan
perbankan.

BERKESANKAH SUNTIKAN INI?

PAKAR PERUBATAN SELURUH DUNIA MENGATAKAN VAKSIN TIDAK EFEKTIF

Saintis pembuat vaksin terkemuka dunia Geert Vanden Bossche MVD, PhD (Virologist & Vax Expert)
memberi amaran bahawa suntikan ini akan merosakkan sistem imun badan dan menjadikan mereka
yang telah divaksin terdedah kepada setiap varian baru. Dia turut berkata;
‘Program vaskinasi besar besaran ketika pandemik varian yang amat mudah berjangkit, gagal untuk
mengawal keberkesan jangkitan. Daripada menyumbang kepada pembentukan imuniti kelompok, ia
sebenarnya melambatkan proses pembentukkan natural imuniti kelompok. Inilah sebabnya mengapa
kempen vaksinasi sekarang sebenarnya merosakkan kesihatan masyarakat sejagat’.
Pemenang Nobel dalam bidang perubatan, Dr Luc Montagnier (French Virologist) juga memberi
amaran bahawa vaksin ini akan menyebabkan varian baru yang lebih berbahaya. Dan di Israel, statistik
menunjukkan peningkatan drastik kes selepas bermulanya kempen vaksin.
Perdana Menteri Israel turut juga mengatakan bahawa mereka yang terdedah dan berada dalam
bahaya ialah mereka yang telah menerima dua dos vaksin.
Malah di Seychelles tidak pernah ada kematian disebabkan covid tetapi kematian mula meningkat
selepas program vaksin bermula.

STOPWORLDCONTROL.COM

Di Australia, satu pasangan ini dinafikan hak untuk melihat bayi mereka yang baru lahir walaupun
kedua dua mereka telah divaksin. Ketua Pegawai Kesihatan, Dr Jeannette Young memberi penjelasan
yang tidak berperikemanusian seperti berikut:

‘Hanya kerana kamu telah divaksin, ini tidak bermakna anda tidak mungkin dijangkiti. Itulah
sebabnya kami tidak membenarkan keluarga anda untuk melawat bayi anda sendiri.’

Anthony Fauci turut menyatakan dengan jelas bahawa: ‘CDC mempertimbangkan utk mewajibkan
memakai pelitup muka untuk yang sudah menerima vaksin kerana mereka jugak turut disahkan
positive jadi mereka perlu memakai mask. Mereka yang sudah divaksin tidak sepatutnya pergi ke
restoran untuk makan dan mereka juga membawa Delta varian sama seperti orang yang tidak
divaksin.’ Jadi, menurut beliau vaksin sebenarnya tidak berfungsi. Namun dia menekankan agar orang
perlu divaksin untuk melancong. Perkara yang sama turut dinyatakan seacara terbuka oleh Perdana
Menteri UK, Boris Johnson.

‘Walaupun kawan atau keluarga anda sudah divaksin, vaksin tidak memberi 100% perlindungan
maka perlu untuk kita berhati hati’.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Dr. J. Bar Classen MD bertajuk:

US Covid-19 Vaksin terbukti memberi kesan buruk lebih dari kesan baik berdasarkan analisis data,
Semuanya menyebabkan morbiditi yang teruk.

CDC turut mengaku bahawa suntikan vaksin tidak memberi perlindungan terhadap varian Delta maka
SOP harus diteruskan. Namun mereka tetap meneruskan untuk memaksa orang ramai divaksin. Ketua
Pegawai Perubatan New South Wales berkata bahawa kite perlu bersedia untuk hidup dengan
mengambil suntikan booster untuk kitaran tetap yang berterusan. Ketua Pegawai Perubatan Moderna
pula berkata bahawa vaksin tidak akan mengembalikan hidup normal. Ini juga turut disahkan oleh
ketua WHO Tedros Adhanom seperti berikut;

‘Vaksin sahaja tidak cukup untuk mengakhiri pandemik. Pemantauan harus berterusan, manusia perlu
terus diuji, diasingkan dan dijaga’.

STOPWORLDCONTROL.COM

Kajian daripada the Lancet menunjukkan varian Delta bebas untuk menjangkiti kalangan orang yang
telah divaksin. Dalam kajian yang lain di Barnstable County, Massachusetts, 346 orang iaitu 74%
daripada yang dijangkiti adalah mereka yang telah divaksin.

SALAH DAN MEMESONGKAN

Menurut kenyataan kesihatan seluruh dunia, vaksin tidak melindungi sesiapa daripada dijangkiti, juga
tidak menghentikan jangkitan, manusia masih perlu menggunakan pelitup muka, kekal jarak,
mengasingkan diri, di kuarantin, 74% yang telah dijangkiti adalah yang telah divaksin seperti yang
berlaku di Massachusetts. Selepas bermulanya kempen vaksinasi, jumlah kematian meningkat dengan
dramatik. Maka secara kesimpulan: tidak ada apa-apa yang berubah. Namun mereka masih mahukan
kita disuntik dengan suntikan booster dan menjadi sebahagian dari rutin hidup. Maka yang demikian,
kenyataan yang menyatakan vaksin adalah selamat, jelas salah dan memesongkan!!

1: https://thehighwire.com/videos/a-coming-covid-catastrophe
1B: https://nulluslocussinegenio.com/2021/09/13/why-mass-vaccinations-prolong-and-make-epidemics-deadlierreal-
vaccine-expert-calls-out-flawed-government-pandemic-strategy/
2: https://rumble.com/vldilx-nobel-prize-winner-professor-luc-montagnier-says-vaccine-is-creating-varian.html
3: https://rumble.com/vlme81-the-most-vulnerable-population-are-the-ones-who-received-two-vaccine-doses.html
4: https://www.bitchute.com/video/3dX3gawfhaEJ/
5: https://rumble.com/vkb885-fauci-says-cdc-considering-mask-mandates-for-vaccinated-americans.html
6: https://rumble.com/vkciqv-fauci-vaccinated-wear-a-mask-will-he-ever-be-canceled.html
7: https://rumble.com/vflkib-more-fauci-b.s.-vaccinated-americans-still-cant-eat-indoors.html
8: https://rumble.com/vlt9b1-dr.-anthony-fauci-fully-vaccinated-people-carry-as-much-virus-as-unvaccinat.html
9: https://rumble.com/vmgq6o-fauci-demands-vaccine-mandate-for-air-travel-and-public-schools.html
10: https://www.bitchute.com/video/OQBS0IAIrXEa/
11: https://www.stopworldcontrol.com/downloads/en/vaccines/vaccines-harm.pdf
12: https://www.nbcnews.com/science/science-news/cdc-warns-internal-document-war-has-changed-
coronavirusn1275478
13:https://rumble.com/vmh1er-we-need-to-prepare-to-live-with-covid-boosters-australia.html
14:https://nypost.com/2020/11/24/moderna-boss-says-covid-shot-not-proven-to-stop-virus-spread/
15:https://rumble.com/vjs9ef-australias-new-world-order-began-july-10-2021.html
16:https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3897733
17:https://www.cdc.gov/mmwr/volumes/70/wr/mm7031e2.htm?s_cid=mm7031e2_

PERUBAHAN KEKAL DNA

GENOME MANUSIA SEDANG DIUBAH

Dr. Carrie Manej merupakan pengkaji vaksin dan ‘transhumanism’ hampir dua dekad. Dia telah
mengeluarkan amaran kepada manusia sejagat dalam dokumentarinya iaitu ‘The Battle for Humanity’
yang diterbitkan oleh Stop World Control. Dia memberi amaran bahawa suntikan vaksin ini
menyebabkan perubahan kekal pada DNA yang bepotensi menyebabkan masalah yang amat dasyat.
‘Fact Checkers’ seluruh dunia yang mana biasanya dibayar oleh pemain industri vaksin terus
melabelkan kenyataan Dr. Carrie ini sebagai berita palsu. Facebook turut terlibat untuk
menapis/menghilangkan semua sisipan yang mengatakan vaksin akan merubah DNA. Sehinggalah
suatu hari di mana petugas Facebook dapat merakam kenyataan CEO Facebook, Mark Zuckerberg
yang memberitahu petugasnya bahawa suntikan vaksin menyebabkan DNA manusia akan berubah.

STOPWORLDCONTROL.COM

https://rumble.com/vmh8gx-covid-injections-indeed-change-the-human-dna.html

TRANSHUMAN YANG DIPATEN

BUKAN LAGI MANUSIA YANG PUNYAI HAK KEMANUSIAN

NOTA: Transhumanism bermaksud kelas falsafah hidup yang mencari kesinambungan dan pecutan
evolusi kehidupan pintar di luar bentuk kini manusia dan batasan manusia melalui sains dan teknologi,
dipandu oleh kehidupan mempromosikan prinsip-prinsip dan nilai-nilai.

Dr. Chinda Brandolino seorang ahli fizik Latin Amerika telah menyatakan bahawa sekiranya gen
(genome) manusia diubah, manusia itu tidak lagi boleh dianggap sebagai manusia dan dia telah
menjadi transhuman seterusnya hilang hak hak sebagai seorang manusia. Dia juga mengatakan
bahawa perubahan DNA dan RNA boleh dipatenkan menjadikan manusia yang menjadi transhuman
itu dipunyai oleh pemilik paten DNA/RNA tersebut. Kesan dan akibat disebabkan ini adalah sangat
mengejutkan.

https://rumble.com/vmk9yn-alarm-humans-with-modified-dna-have-no-rights-and-are-patented.html

TOKSIN BERBAHAYA

GRAPHENE OXIDE MENGUBAH GELOMBANG ELEKTROMAGNET

Ahli biofizik yang terkenal iaitu Andreas Klacker menghasilkan rawatan efektif untuk pesakit covid yang
mana ianya digunakan oleh 5,000 orang ahli perubatan di 23 buah negara. Rawatannya mengandungi
chlorine oxide (gred terapi) telah mengurangkan kematian di Bolivia daripada 100 kepada hampir tiada
sehari. Rawatan ini digunakan oleh pihak polis, tentera and ahli politik di negara Amerika Latin yang
lain. Beliau juga yang menjumpai graphine oxide (sehingga 95%) di dalam kandungan vaksin. Dia
memberi amaran bahawa graphene oxide yang masuk ke dalam tubuh akan mengubah gelombang
elektromagnet manusia.
‘Apa yang merisaukan di sini ialah kesan sampingan vaksin. Hal ini tidak dibincangkan di dalam bidang
perubatan tetapi di dalam bidang biofizik. Badan kita memerlukan kebolehan elektromolekul untuk
berfungsi secara normal. Jantung kita berdegup kerana wujudnya medan mangnetik dan juga elektrik
untuk mengepam darah dan sebagainya. Graphene pula mengubah medan elektromagnet badan,
sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kita melihat ada yang mengalami kekejangan selepas
vaksin dan ini sebenarnya berlaku kerana medan elektromagnetik manusia terganggu.
Kewujudan graphene oxide dan juga bahan lain di dalam vaksin seperti aluminum, LNP capsids, PEG
dan parasit telah disahkan oleh Dr. Robert Young. Scientist’s Club juga telah mengeluarkan laporan
dengan data gambar yang sangat banyak akan kewujudan partikel nano ini.

STOPWORLDCONTROL.COM

‘Pendedahan besar akan apa yang terkandung di dalam vaksin dengan penggunaan electron, pHase,
dark field, bright field dan juga jenis lain dalam teknologi microskop daripada laporan asli Dr. Robert
Young jelas mengesahkan apa yang turut dijumpai oleh pengkaji dari La Quinta Columna. Mereka
mengesahkan kewujudan bahan toksik iaitu toxic nanometallic, magneticotoxic, cytotoxic dan kesan
genotoxic serta parasit yang amat bahaya.

1: https://www.bitchute.com/video/hy0MxQK4uQlR/
2: drrobertyoung.com/post/science-team-reveals-graphene-aluminum-lnp-capsids-peg-parasites-in-4-cov-vaccines
3: drrobertyoung.com/post/transmission-electron-microscopy-reveals-graphene-oxide-in-cov-19-vaccines
4: https://www.stopworldcontrol.com/downloads/en/vaccines/nanotech-vaccines.pdf

PERUBAHAN DARAH YANG DRAMATIK

KAJIAN MIKROSKOP BUKTIKAN PERUBAHAN DARAH PADA MEREKA YANG DIVAKSIN

Dr. Robert Young juga menemui bagaimana darah orang yang telah divaksin berubah dengan dramatik
setelah disuntik dengan vaksin mRNA. Gambar di bawah menunjukkan darah dalam keadaan normal
dan sihat. Perhatikan bentuk, warna dan size yang sama.

Manakala gambar kedua di bawah pula di ambil menggunakan Phase Contrast Microscope selepas 24
jam suntikan vaksin mRNA. Darah kini mempunyai lapisan kristal yang dipanggil Heinz, transformasi
biologi sel darah merah dan sel darah putih, rangkaian sel kristal graphene oxide dan kristal asid Orotic
seperti yang terlihat di bucu atas sebelah kanan gambar.

STOPWORLDCONTROL.COM

Ada banyak lagi gambar mikroskopik yang boleh diperolehi di website Dr. Young yang mana bukti
kewujudan graphene oxide di dalam vaksin itu sendiri.

https://www.drrobertyoung.com/post/transmission-electron-microscopy-reveals-grapheneoxide-in-cov-19-vaccines

Pengkaji dari German pula menemui sesuatu yang sangat menakutkan: bila mana sample vaksin
diletakkan di bawah lampu untuk menaikkan suhu vaksin sehingga 30 darjah Celsius, mereka merakam
video susunan kristal yang amat kompleks.

https://www.youtube.com/watch?v=s8e06KfDWMM

Ada banyak lagi penemuan yang mengejutkan dengan suntikan ini. Sekiranya anda membuat carian di
laman Bitchute atau Rumble, ada pelbagai lagi video gambaran darah yang telah divaksin. Apa yang
terlihat ialah sel atau organisma hidup, sel darah marah bergumpal sesama sendiri, pelbagai macam
toksin berbahaya, pembentukan kristal, nanorobot yang merebak ke otak dan organ badan yang lain,

STOPWORLDCONTROL.COM

partikel nano yang mampu berkumpul untuk membentuk struktur tertentu dan pelbagai perkara lagi.
Semua ini tidak diberitahu kepada umum oleh pembuat vaksin disebabkan semua jenis vaksin
mempunyai kandungan yang amat bahaya. Ternyata mereka telah bekerjasama atas agenda tersorok
yang bersifat jenayah.

Pfizer Vaksin; Graphene Oxide yang membentuk struktur dengan sendirinya:

https://everydayconcerned.net/2021/08/15/self-assembling-graphene-oxide-nanotech-nowfound-also-in-pfizer-vaccine-
german-video-reveals-self-assembling-specks-and-crystallinenetworks-forming/

(sehingga laporan ini diterjemahkan, pautan ini kelihatan telah diturunkan atau dipadam)

TOKSIN YANG MEMBUNUH

Kajian daripada saintis terkemuka menemukan kehadiran bahan toksik yang amat berbahaya di dalam
vaksin yang mana ianya mengubah medan elektromagnetik badan dan menganggu fungsi normal
badan manusia. Suntikan vaksin ini juga mengubah struktur darah manusia secara dramatik lantas
menaikkan risiko masalah kesihatan. Ada juga sesetengah vaksin yang mempunyai nanobot dan
sesetengah vaksin mempunyai struktur kristal yang terbentuk. Selain itu, gen (genome) manusia turut
berubah secara kekal mengubah manusia yang telah divaksin kepada transhuman. Manusia ini kini
menjadi hak milik kepada pihak yang telah membuat paten untuk modifikasi DNA tersebut.

JENAYAH PENIPUAN TENTANG KEMATIAN COVID

SELURUH DUNIA TERLIBAT DENGAN PENIPUAN ANGKA KEMATIAN AKIBAT COVID
Alasan untuk membunuh umat manusia melalui suntikan vaksin seluruh dunia ialah melalui kenyataan
bahawa vaksin melindungi kita daripada mati akibat jangkitan covid. Namun realitinya ialah semua
angka kematian disebabkan jangkitan covid adalah penipuan yang maha dahsyat. Hampir di seluruh
dunia telah dibuktikan sehingga 95% kematian yang disebabkan jangkitan covid adalah disebabkan
kematian lain. Petikan daripada ahli politik Itali ketika berucap di dewan Chamber of Deputies, Vittorio
Sgarbi seperti di bawah:

‘Adalah perlu untuk bersatu melawan kediktatoran dan bersatu dalam mendapatkan kebenaran.
Jangan buatkan dewan ini penuh dengan penipuan. Jangan tipu! Jangan menipu mengatakan ada
25,000 kematian. Ini tidak benar sama sekali. Jangan libatkan kematian dengan penceritaan
eksploitasi dan terorisma. Angka daripada Higher Institute of Health mengatakan 96.3% kematian
adalah disebabkan masalah lain.’
Bila berlakunya lonjakan angka kematian disebabkan covid, statistik menunjukkan sesetengah negara
tiba-tiba tidak mempunyai kematian akibat selsema (flu). Di US sahaja, selalunya ada 40 juta kes flu
(selsema) setiap tahun namun semenjak covid, kes ini menjadi kurang daripada 2,000 kes. Di manakah
berjuta juta kes flu (selsema) yang lain? Semuanya didaftarkan sebagai kes covid.

STOPWORLDCONTROL.COM

Seorang penyiasat forensik German, Prof. Dr Klaus Puschel telah menyiasat lebih 140 kes Corona di
Hamburg ketika bermulanya pandemik ini. Di saluran TV German dia berkata histeria tentang
coronavirus telah sengaja dibesar-besarkan dengan melampau. Semua pesakit yang mati dan punyai
sejarah kesihatan tertentu memang akan mati juga akhirnya sama ada tanpa virus ataupun dengan
virus. Tidak ada istilah ‘virus membunuh’ seperti yang digambarkan. 80% pesakit yang punyai masalah
kardiovaskular mempunyai purata umur 80an. Orang yang sihat tidak perlu berasa bimbang. Dia juga
menjangkakan bahawa coronavirus tidak akan menyebabkan kenaikkan kadar kematian tahunan,
suatu jangkaan yang sebenarnya tepat.

Satu suratkhabar terkenal di Belgium, De Tijd, membincangkan bagaimana kerajaan mengumumkan
bahawa 3,000 warga emas mati akibat covid19. Disebabkan hal ini, seluruh negara dipaksa ‘lockdown’.
Dan ini amat membinasakan keseluruhan negara. Namun, kajian seterusnya menunjukkan hanya 3%
yang mati sahaja pernah diuji. Ini bermakna bukanlah 3,000 tetapi 90 orang sahaja berkemungkinan
dijangkiti covid.

Pakar kesihatan seluruh dunia telah menyatakan bahawa mereke ditekan oleh orang atasan agar
melaporkan setiap pesakit sebagai pesakit covid dan mendaftarkan setiap kematian akibat covid19
tanpa mempedulikan sebab kematian. Maka dunia internet dipenuhi dengan testimoni oleh mereka
yang amat marah kerana mereka yang cuba mendapatkan rawatan atas sakit yang lain namun
didaftarkan sebagai pesakit covid19.

Dr. Elke de Klerk, penubuh Doctors of Truth di Netherland, mengaku bahawa dia menerima pesanan
rahsia di fail pesakit yang kronik agar sekiranya berlaku kematian, pesakit ini mesti didaftarkan
sebagai kematian akibat covid19.

Project Veritas telah memanggil beberapa ketua pengurusan mayat di bandar New York dan mereka
mengaku bahawa setiap mayat didaftarkan atas kematian covid19 walhal semua orang tahu itu
bukanlah yang sebenar.

STOPWORLDCONTROL.COM

Senator Minnesota, Scot Jensen yang juga seorang ahli perubatan telah mendedahkan di Fox News
bahawa hospital di US menerima ganjaran kewangan yang besar sekiranya mendaftarkan pesakit
sebagai pesakit covid. Untuk setiap pesakit covid yang didaftarkan, hospital itu menerima 39,000USD
untuk seorang yang didaftarkan. Kenyataan ini turut diakui oleh pakar perubatan seluruh dunia.

Ketua Teknikal CNN, Charlie Chester telah dirakamkan secara rahsia oleh agen wartawan Project
Veritas di mana dia mengaku bahawa jumlah kematian sengaja dibesarkan untuk menimbulkan
ketakutan.

Dalam satu Zoom Meeting dengan pegawai atasan Afrika, telah didedahkan yang mereka
berbincang untuk menaikkan angka covid supaya ‘lockdown’ boleh diteruskan.

National File telah menerima satu rekod video Zoom antara ahli perubatan dengan pegawai
pemasaran di Novant Health New Hanover Regional Medical Centre di mana sekumpulan 20 hospital,
klinik dan pejabat yang merawat pesakit di Carolina Utara dan Carolina Selatan. Di dalam video itu,
seorang doctor Mary Rudyk, MD telah memberitahu kepada kepada ketua pemasaran Carolyn Fisher
dan juga kepada staff hospital yang lain bahawa dia mahukan hospital dijadikan sebagai ‘suatu
tempat yang amat menakutkan’ dengan cara menaikkan angka jangkitan covid. Dan juga
menggunakan pesanan seperti ‘andainya anda tidak mengambil vaksin, anda akan mati’.

New York merupakan permulaan tempat bermulanya pandemik covid19. Di tengah-tengah bandar
New York ada satu hospital yang terkenal iaitu Elmhurst Hopsital yang mana sepatutnya ramai yang
akan mati di situ kerana covid berbanding bandar lain. Disebabkan faktor ini, seorang jururawat
berpengalaman berhasrat untuk memberikan bantuan sokongan di hospital itu namun apa yang
ditemuinya amat mengejutkan. Dia terpaksa menggunakan kamera tersorok untuk merakamkan apa
yang berlaku.

Pesakit yang berkali-kali disahkan negatif ketika ujian tetap didaftarkan sebagai positif covid19 dan
dirawat seperti pesakit covid. Mereka dipasangkan alat bantuan pernafasan di dalam wad covid,
yang mana kemudiannya membuatkan mereka mati.

Dalam satu dokumentari yang lain oleh Journeyman Pictures, seorang jururawat bercakap tentang
jenayah ini yang sentiasa berlaku di Elmhurst Hospital. Dia turut menunjukkan telefon mudah alihnya
akan rakaman yang mana pesakit yang disahkan negatif namun tetap didaftarkan sebagai positif covid.
Dia menjelaskan bagaimana dan apa yang berlaku di hospital ini sebagai: tipu muslihat dan
pembunuhan yang mana menyebabkan angka kematian yang tinggi dan ini akan dibesar-besarkan
oleh pihak media.

1: https://www.bitchute.com/video/UBFi2Xt4d2oR/
2: https://www.bitchute.com/video/iP2eQxEwQl5h
3: https://www.tijd.be/politiek-economie/belgie/federaal/nieuw-gemor-over-belgische-
rapporteringcoronadoden/10220849.html
4:https://www.stopworldcontrol.com/full
5:https://www.stopworldcontrol.com/nl/elke-de-klerk/
6:https://www.youtube.com/watch?v=g5f_6ltv7oI&t=8s
7:https://www.globalresearch.ca/hospitals-getting-paid-more-label-cause-death-coronavirus/5709720/amp
8:https://www.stopworldcontrol.com/media/
9:https://www.stopworldcontrol.com/media/
10:https://nationalfile.com/doctor-wants-to-be-scary-to-the-public-and-inflate-covid-numbers-if-you-dont-getvaccinated-
you-know-youre-going-to-die/
11:https://www.youtube.com/watch?v=UIDsKdeFOmQ

STOPWORLDCONTROL.COM

PENGARAH PENGKEBUMIAN BERSUARA

TUKANG PENGKEBUMIAN MENYAKSIKAN JENAYAH KERAJAAN YANG AMAT BESAR

Satu cerita yang mendedahkan datang daripada ketua pengarah pengkebumian dari UK iaitu John
O’Looney. Hampir 10 tahun dia terlibat dengan syarikat yang menguruskan mayat dan jenazah di UK.
Dia bekerjasama dengan BBC dan pegawai rasmi kerajaan yang dilantik menguruskan pandemik. Dia
juga mempunyai hubungan dengan 45 pengarah pengkebumian yang lain, maka dia mempunyai
pandangan yang luas dan jelas tentang apa yang berlaku dan ternyata ianya mengejutkan.

Yang pertama dia mengesahkan bahawa dia dan ketua pengkebumian yang lain tidak pernah melihat
kenaikan angka kematian ketika pandemik. Yang mengejutkan, dia melihat di TV mengatakan
kematian amat banyak dan ramai, tetapi realitinya dia tidak menerima mayat yang banyak. Pada
March 2020, dia sering dihubungi oleh rumah jagaan orang tua, hampir setiap malam selama tiga
minggu. Semua yang mati di rumah jagaan orang tua semunya dilabel sebagai pesakit covid. Dia tidak
melihat kehadiran doktor di situ serta dia juga tidak melihat sebarang ujian covid dilakukan di situ.
Dalam masa yang sama, tiba-tiba pembelian ubat bius Midozalam melonjak sehingga 1000%. Seorang
jurujaga di situ memberitahunya secara rahsia bahawa mereka disuruh untuk memasukkan ubat
membunuh ini (Midozolam) ke orang tua jagaan mereka agar semuanya dibunuh. Disebabkan ini,
angka kematian meningkat maka angka ini digunakan untuk mempromosikan satu naratif iaitu
‘pandemik covid’.

Dia juga turut didatangi oleh pegawai pandemik yang mewakili kerajaan yang mana memberitahu
beliau yang semua kematian ini harus dilabel sebagai kematian covid. Mereka yang mati
kemalangan, masalah jantung, kanser; tidak kisah apa yang menyebabkan mereka mati namun
harus dilabelkan sebagai covid. Itu adalah arahan kerajaan!

Apabila kerajaan mula program vaksin besar-besaran untuk populasi British, John mengatakan
kematian terus meningkat tinggi. ‘Saya tidak pernah melihat perkara sebegini selama 15 tahun
menjadi ketua pengarah pengkebumian. Ini semua bermula ketika mereka mula menyuntik vaksin.
Saya tidak pernah melihat kadar kematian sebegini rupa. Ini sangat menyedihkan. Itu angka kematian
pandemik cuma ianya berlaku selepas program vaksinasi, tidak pernah berlaku sebelum program
vaksinasi. Dia juga menyatakan selagi boleh mereka ini akan dilabelkan sebagai kematian covid.
Gelombang pertama vaksinasi dan menyebabkan kematian berlangsung selama 12 minggu. Kemudian
reda, dan kemudian gelombang baru kematian disebabkan program vaksin.

‘Setiap pengarah pengkebumian yang bertimbang rasa akan memberitahu bahawa yang mati
disekeliling kita semuanya penerima vaksin. Tidak ada pandemik dan sayalah satu-satunya bukti
kebenaran ini’.

‘Semua ini direka agar kita semua mengambil vaksin. Dalam hubungan saya dengan pengarah
pengkebumian lain, tidak ada satupun kanak-kanak yang mati akibat covid. Maka tidak ada sebab
langsung untuk memasukkan vaksin pengubah gen ini ke dalam badan kanak-kanak. Di sini kita
melihat agenda mengurangkan penduduk bumi. Vaksin yang membunuh dan saya berada di
kedudukan yang betul melihat semua ini sebagai ketua pengarah pengkebumian.’

STOPWORLDCONTROL.COM

PENIPUAN SELURUH DUNIA

Di seluruh dunia, hospital dan kakitangannya dibayar dengan banyak untuk merancang jenayah dalam
mendaftarkan pesakit sebagai pesakit covid. Berjuta-juta pesakit selsema (flu) semuanya didaftarkan
sebagai pesakit covid. Doktor ditekan oleh kerajaan agar semua pesakit didaftarkan sebagai pesakit
covid, dan mereka juga secara rahsia disuruh mendaftarkan pesakit yang nazak sebagai kematian
covid. Ketua pengarah pengkebumian mengaku melihat pendaftaran palsu ini sepanjang masa dan
pengarah teknikal CNN, Chester mengaku menaikkan angka covid. Rangkaian 20 hospital didapati
menipu menaikkan angka covid bertujuan menimbulkan ketakutan dan juga pegawai Afrika ketika
mesyuarat melalui Zoom turut dilihat berpakat menaikkan angka covid. Seorang jururawat turut
mengaku dan mengesahkan betapa ramai pesakit ‘dimatikan’ untuk menaikkan angka kematian dan
betapa ramainya umat manusia sedang marah kerana mereka yang tidak ada penyakit covid turut
didaftarkan sebagai pesakit covid. Ahli politik Itali, Vittorio juga marah kerana berlaku penipuan di
dewan perbincangan sedangkan sedikit sahaja yang mati akibat covid. Pengarah pengkebumian
menyaksikan pembunuhan beramai ramai di rumah jagaan orang tua dan dipaksa oleh kerajaan British
untuk memalsukan perihal kematian sebagai kematian covid. Setelah program vaksinasi berlaku,
jumlah kematian terus meningkat dan belum pernah terjadi selama ini.

HANYA YANG DIVAKSIN MATI

SEMASA 1918 SPANISH FLU, HANYA YANG DIVAKSIN SAHAJA YANG MATI

Pada 1918, 50 hingga 100 juta dianggarkan mati dengan kejadian yang dikenali sebagai ‘Spanish Flu’.
Saksi utama yang pakar tentang ini ialah saintis medikal iaitu Eleanor McBean, PhD, N.D yang menulis
buku tentang apa yang sebenarnya terjadi. Dia menjelaskan bahawa sebenarnya tiada penyakit
selsema (flu), tetapi vaksinasi secara besar besaran yang dilakukan terhadap populasi menyebabkan
simptom seperti flu, menjadi hos kepada pelbagai penyakit serta kematian yang besar.

Dia tahu bahawa tiada seorang pun yang mati kerana tidak mengambil vaksin manakala yang mati
semuanya yang menerima vaksin.

‘Saya terlibat dalam memerhatikan pandemik infulenza 1918. Semua doktor and orang yang hidup
pada zaman itu mengatakan bahawa itulah penyakit yang paling teruk pernah berlaku. Penyakit ini
mempunyai ciri-ciri seperti ‘black death’ termasuk demam tipoid, dfiteria, pneumonia, cacar kecil,
kelumpuhan dan semua jenis penyakit yang terjadi selepas program vaksin berikutan perang dunia
pertama. Secara praktikal, semua populasi telah disuntik vaksin yang mempunyai sedozen penyakit
atau racun bersamanya. Bilamana penyakit buatan doktor ini merebak sekaligus, akibatnya amatlah
dahsyat. Pandemik ini berlarutan selama dua tahun dan terus merebak disebabkan lebih banyak
ubatan beracun diberikan oleh doktor yang cuba untuk merawat pesakit ini’.

‘Apa yang saya tahu, flu ini hanya menyerang orang yang telah divaksin. Sesiapa yang tidak
menerima vaksin ini berjaya mengelakkan daripada dijangkiti flu. Saya dan keluarga tidak menerima
vaksin ini maka kami semua terselamat. Kami percaya melalui ajaran Graham, Trail, Tilden dan yang
lain bahawa badan yang tercemar dengan racun tentunya akan menyebabkan penyakit’.

‘Ketika flu itu sedang melanda dengan teruk, semua kedai, sekolah, perniagaan dan termasuk hospital
ditutup. Doktor dan jururawat yang telah divaksin turut juga dijangkiti wabak flu ini. Tiada seorang
pun di atas jalan. Sepertinya bandar hantu. Kami sekeluarga yang tidak mengambil vaksin tidak

STOPWORLDCONTROL.COM

langsung dijangkiti, maka ibu bapa saya pergi membantu mereka yang sakit dan dijangkiti. Walaupun
kerap berjumpa dan membantu mereka yang sakit, namun ibu bapa dan kami sekeluarga langsung
tidak dijangkiti. Hidung berair atau selsema pun sama sekali tidak dan keadaan ketika itu musim sejuk
dan salji sangat tebal di atas tanah’.

Di katakan epidemic 1918 itu membunuh hampir 20,000,000 orang seluruh dunia. Tetapi apa yang
berlaku sebenarnya ialah pembunuhan oleh doktor yang memberikan suntikan maut. Ini mungkin
satu tuduhan yang berat namun ianya benar.

Hospital yang berlandaskan ‘non-medical’ (tidak menggunakan ubat) ketika itu seperti Battle Creek,
Kellogg dan Macfadden’s Health-Restorium telah mendapatkan 100% penyembuhan melalui ‘water
cure’, ‘baths’, ‘enemas’ dan sebagainya termasuk berpuasa dan cara mudah lain untuk penyembuhan
diikuti dengan pemilihan diet makanan yang natural. Seorang doktor tidak pernah kematian
pesakitnya selama 8 tahun. Andainya semua doktor ketika itu tidak berlandaskan ubatan, mungkin
tidak akan mungkin berlakunya kematian sehingga 20 juta orang.

Ketika itu ada tujuh kali ganda penyakit di kalangan tentera yang telah divaksin berbanding dengan
orang awam yang tidak divaksin. Penyakit yang dialami mereka ialah penyakit yang sepatutnya
dilindungi oleh vaksin yang mereka terima.

Seorang tentera yang baru pulang dari luar negara pada 1912 memberitahu bahawa hospital tentera
dipenuhi dengan kes penyakit polio (infantile paralysis) dan dia hairan mengapa lelaki dewasa masih
menerima penyakit kanak-kanak. Sekarang kita ketahui bahawa polio adalah disebabkan kesan
daripada vaksin. Semua yang berada di rumah ketika itu tidak pernah mendapat polio sehinggalah
seluruh dunia mengambil vaksin melalui kempen pada 1918.

7 orang tentera mati di bilik doktor selepas divaksin. Surat dihantar kepada ahli keluarga mereka
mengatakan mereka mati ketika terlibat dengan aktiviti ketenteraan.

- Eleanor Mc Bean, PhD, N.D

Kenyataan medikal beliau telah disahkan melalui proses bedah siasat yang mana ia menunjukkan
sebenarnya bukanlah flu tetapi penderitaan mereka ialah akibat eksperimental bakteria meningitis
vaksin yang mana sehingga hari ini kelihatan seperti simptom flu. Pertambahan suntikan vaksin ke atas
imun sistem tentera dan orang awam telah mencipta sebuah lapangan pembunuhan. Mereka yang
tidak divaksin terselamat.

1: https://educate-yourself.org/cn/flu1918andnow07feb04.shtml
2: https://salmartingano.com/2020/05/the-1918-spanish-flu-only-the-vaccinated-died/

PENYELESAIAN SEBENAR: RAWATAN AWAL

MENGAPA RAWATAN YANG EFEKTIF UNTUK COVID DISOROKKAN

Andainya suntikan vaksin tidak boleh menyelesaikan masalah covid, bagaimanakah kita boleh
membantu masyarakat sejagat. Jawapan sebenarnya mudah: ketika berlakunya masalah ini, sudah
ramai saintis dan doktor yang mengesahkan mereka berjaya merawat menggunakan ubatan yang
sedia ada yang ternyata efektif. Sebagai contoh, French Professor Didier Raoult yang mengetuai
kumpulan terbesar pengkaji penyakit berjangkit dan mikrobiologi. Dia seorang yang hebat di Eropah
mengikut standard ISI dan telah melatih 457 orang saintis luar sejak 1998 dan telah menulis lebih 1950

STOPWORLDCONTROL.COM

artikel yang menjadi rujukan di ISI atau Pubmed. Dia merawat menggunakan ubat yang telah lama
wujud dan ternyata selamat dan efektif iaitu hydroxychloroquine (HCQ).

Professor Raoult telah merawat hampir 4000 pesakit dengan menggunakan hydroxychloroquine dan
azitromycine dan semuanya sembuh kecuali beberapa warga tua yang sudah punyai penyakit
sebelumnya.

Kejayaan ini memberi inspirasi kepada doktor perubatan yang lain seluruh dunia untuk menggunakan
ubat yang sama. Di Netherland, Dr Rob Elens merawat semua pesakitnya menggunakan
hydroxychloroquine dan zinc; semuanya pulih dengan 100% hanya dalam masa 4 hari. Tiada siapa
yang dimasukkan ke hospital. Dia telah menghantar surat kepada kerajaan agar memasukkan HCQ
sebagai protokol standard serta mewujudkan sebuah website cara menangani covid melalui kaedah
HCQ + Zinc.

Di New York, Dr Vladimir Zalenko merawat hampir 500 pesakit menggunakan HCQ + Zinc +
azitromycine. Dia juga berjaya sembuhkan 100% tanpa kesan sampingan teruk dan tidak perlu
dimasukkan ke hospital. Sehingga Aug 2021, Dr Zelenko dan kumpulannya telah berjaya merawat
6,000 orang pesakit. Dia telah membentuk satu protokol untuk merawat covid dan menjadi terkenal
selepas itu. Protokol Zelenko menjadi rujukan di internet melalui laman
https://www.speakwithanmd.com dan dirujuk oleh hampir 800,000 Americas Frontline Doctors.

Beratus kajian menunjukkan keberkesanan HCQ dalam merawat pesakit covid dan mengelakkan
dari dimasukkan ke hospital dan kematian.

Saintis Dr. Pierre Kory dan Dr. Peter McCullough adalah antara yang terkenal dalam bidang mereka.
Ahli perubatan ini berjaya merawat puluhan ribu pesakit menggunakan Ivermectin. Dr Kory dan pakar
yang lain mengkaji hampir 9 bulan dan menemukan Ivermectin adalah ubat yang berkesan dalam
menghalang dan menyembuhkan covid19.

63 kajian yang lain turut membuktikan keberkesanan Ivermectin.

Seorang ahli Biofizik Andreas Kalcker menggunakan chlorine dioxide untuk mengurangkan kadar
kematian dari 100 kepada 0 dan ini berlaku di Bolivia. Dia mempunyai rangkaian yang menghubungkan
beribu ahli perubatan, akademik, saintis dan peguam melalui COMUSAV.com.

1: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1477893920302179?via%3Dihub
2: https://artsencollectief.nl / https://zelfzorgcovid19.nl/
3: https://techstartups.com/2020/04/05/new-updates-dr-vladimir-zelenko-cocktail-hydroxychloroquine-zinc-
sulfateazithromycin-showing-phenomenon-results-900-coronavirus-patients-treated-must-watch-video
4:ttps://thezelenkoprotocol.com/
5:https://americasfrontlinedoctors.org/treatments/hydroxychloroquine/science-of-hcq
6:https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0924857920304258/
7:https://c19hcq.com/
8:https://ivmmeta.com
9:https://covid.us.org/2021/01/28/ivermectin-safe-effective-covid-19/
10:https://brandnewtube.com/watch/dr-mccullough-shares-is-hcq-truly-safe-for-covid-19_FoRTpkTvv6EKrlz.html
11:https://www.stopworldcontrol.com/cds
12:https://comusav.com
13:https://andreaskalcker.com

STOPWORLDCONTROL.COM

RAWATAN YANG DIHALANG

AHLI PERUBATAN DUNIA DI BERI LAYANAN BURUK

Dengan pelbagai alternatif untuk merawat covid, mengapakah ada keperluan untuk vaksin? Dan
mengapakah populasi secara majoriti tidak menyedari? Jawapan ini agak mengejutkan dan
menceritakan apakah yang sebenarnya terjadi di dunia kita.

Semua ahli perubatan yang berjaya merawat pesakit covid berhadapan dengan sesuatu yang tak
pernah terfikir oleh mereka yang mana mereka telah dihalang oleh kerajaan dan diugut.

Americas Frontline Doctors memberitahu dunia tentang rawatan covid ketika perjumpaan pertama
White Coat Summit pada 2020. Ini disiarkan secara meluas dan ditonton hampir 20 juta kali dalam
beberapa jam sahaja namun siaran itu dipadamkan oleh Facebook, Youtube, Twitter dan website
mereka juga telah ditutup oleh Squarespace. Dr David Brownstein dari Michigan berjaya merawat
hampir 120 pesakit namun seluruh blog/website perubatannya ditutup dan dihilangkan. Dr Rob Elen
di Netherlands telah diugut oleh kerajaan bahawa dia akan hilang lesen perubatannya andai dia
meneruskan rawatannya. Dr Joseph Mercola sangat terkenal dengan cara hidup yang sihat telah
menyarankan cara untuk merawat covid namun dia dipaksa untuk memadamkan tulisannya itu
setelah dihalang oleh Google. Dr Zelenko juga teruk menerima kritikan. Ahli Biofizik Andreas Kalcker
telah hilang semua platfom medianya dan buku tulisannya turut dipadamkan daripada Amazon dan
akaun saintifik beliau di ResearchGate turut dipadamkan.

Semua ini hanyalah sedikit contoh akan apa yang telah berlaku di mana mereka akan ditentang
habis habisan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia bilamana rawatan yang berkesan disrorokkan daripada
pengetahuan dunia melalui usaha antarabangsa yang berkesan. Ini ternyata jelas bahawa manusia
tidak sepatutnya pulih dari covid agar semuanya menjadi takut lantas menerima vaksid covid yang
membunuh ini.

Semua bukti tentang dunia menyorokkan penemuan rawatan oleh ahli perubatan boleh dijumpai di
stopworldcontrol.com/full.

KAWALAN MINDA YANG MELAMPAU

PRESIDEN CHILE DEDAHKAN RANCANGAN UNTUK MENGAWAL FIKIRAN MANUSIA

Seperti yang kita tahu bahawa agenda penjenayah ialah untuk menaikkan kuasa dan kekayaan
mereka. Tidak pernah puas untuk dapatkan kuasa dan wang. Dan tentunya mereka ingin menjadi
tuhan seluruh dunia di mana semuanya menjadi hamba mereka. Cara untuk menaikkan kuasa mereka
ialah dengan mnejadikan manusia menurut perintah secara membuta tuli. Mereka yang lalai dan
patuh tanpa tujuan akan mengikut rancangan mereka. Sebab itulah kuasa ini membeli seluruh media
arus perdana, sistem pembelajran, kesihatan dan agensi kerajaan. Maka semua ini digunakan untuk
menyebarkan propaganda dan ‘brainwashing’ setiap minda seluruh dunia.

STOPWORLDCONTROL.COM

Namun mereka tidak berhenti di situ kerana mereka sedar bukan semuanya akan percaya apa yang
mereka lihat di televisyen. Maka rancangan mereka untuk peroleh 100% kuasa terus ditambahbaik.
Baru baru ini agenda mereka telah disuarakan dengan lantang oleh Presiden Chile iaitu Sabastian
Pinera. Dia mengatakan seperti berikut:

‘Mari kita dengar apa yang dikatakan oleh ketua ketua dunia ingin lancarkan dalam komuniti ini.
Kemungkinan adanya mesin/alatan yang boleh membaca fikiran kita serta memasukkan perasaan
serta buah fikiran ke dalam minda kita.’

5G ialah satu loncatan teknologi yang hebat yang mana teknologi ini akan memberi injakan impak
dalam kehidupan kita berbanding teknologi yang ada sebelum ini.

Teknologi ini berkemungkinan untuk membaca fikiran kita serta boleh memasukkan fikiran dan
perasaan dalam otak kita.

Ini bukan saja merubah kehidupan kita malah merubah secara total. Teknologi 5G dalam masyarakat
kita lantas memodenkan keadaan kita yang mana akan merangkumi sehingga setiap rumah di dalam
negara.

Setelah mencuri suara rakyat melalui pemadaman yang agresif di media sosial, mencuri undi
pilihanraya secara penipuan, mencuri duit rakyat melalui cukai dan kini mereka akan cuba mencuri
fikiran dan perasaan kita melalui 5G. Inilah pemerintah kejam kerajaan yang mana masyarakat akan
hilang hak naratif mereka. Dalam satu video, Klaus Schwab berkata:

‘Anda tidak akan punyai apa apa, tidak ada privasi namun anda bahagia’.

Boleh jadikah apa yang dimaksudkan itu sebenarnya bahagia yang palsu yang diaruhkan secara
artifisial? Perasaan kecewa kerana tiada harta dan privasi dihilangkan dari minda dan semua bagaikan
dipukau dan senyum sepanjang hari.

Maka apakah kaitan ini dengan laporan kertas kerja vaksin ini? Untuk ini menjadai kenyataan satu
elemen diperlukan iaitu partikel nano dalam otak manusia yang mampu menerima dan menghantar
signal 5G.

Rupa rupanya, bahan yang paling efisyen untuk komunikasi dengan 5G ini ialah Grahene Oxide yang
mana ianya dijumpai dengan banyak dalam vaksin covid.

Tiada bahan lain yang berkomunikasi dgn baik dengan 5G kecuali graphene oxide. Dan juga ada bahan
yang lebih baik dalam kewujudan yang lebih baik untuk menembusi otak manusia serta memanupulasi
fikiran dan perassan selain graphene oxide. Satu syarikat yang menggunakan graphene oxide untuk
memanupulasi fikiran otak manusia untuk tujuan perubatan ialah INBRAIN Neuroelectronics. Website
mereka menyatakan:

‘Kami menggunakan GRAPHENE, bahan yang paling halus yang diketahui untuk membina generasi
baru yang punyai ‘neuro-interface’ untuk pemulihan otak dan membantu pesakit seluruh dunia’.

Mereka mengatakan bahawa teknolgi mereka mampu membaca fikiran dari otak manusia, mengesan
sebarang bentuk nuerologi kemudiannya mengawal neurologi seseorang itu bagi membolehkan fungsi
otak mereka diubah.

Ini menunjukkkan bahawa INBRAIN mampu membantu manusia yang punyai msalah otak tetapi
laporan ini sekadar ingin memberitahu bahawa graphene oxide adalah bahan terbaik untuk mengubah
minda manusia. Dan juga ianya sesuai dengan pengguna 5G berbanding bahan lain. Fakta yang mana

STOPWORLDCONTROL.COM

graphene ini terkandung di dalam vaksin adalah amat dan sangat membimbangkan jika kita faham
agenda pemimpin dunia ini.

Satu perkara yang harus disentuh dalam laporan ini ialah agenda globalis ini yang mana mereka cuba
untuk menamatkan kemanusian dan menjadikan kita ‘cyborg’. Ini dijelaskan dalam buku tulisan Klaus
Schwab iaitu The Fourth Industrial Revolution. Dia percaya bahawa manusia seharusnya sama atau
menjadi satu mesin atau kata lain bergabung, yang mana semuanya terhubung dengan satu sistem
‘cloud’ dan dikawalselia dan dipantau oleh sistem pintaran-buatan.

‘Ini bermakna semua otak manusia akan dimanupulasi. Setiap jiwa manusia di bumi akan menyerah
kepada satu naratif yang sama yang ditentukan oleh pemimpin dunia. Dia berkata, ‘kemanusiaan
akan punyai kesedaran kolektif’.

Google, Facebook dan Twitter tidak lagi akan melakukan pemadaman (‘ban’) suara dan pendapat
sesiapa kerana melalui Fourth Industrial Revolution ini, kemanusiaan akan diangkat menjadi
‘kesamaan minda’. Inilah tujuan utama mereka yang melakukan jenayah ini. Secara literal, manusia
akan menjadi seperti robot yang tidak lagi mampu berfikir tapi dipaksa berkongsi satu pemikiran yang
sama.

Agenda ini adalah sangat jelas. Manusia perlu didigitalkan untuk berhububung dengan kepintaran-
buatan. Kuncinya ialah dengan memasukkan teknologi nano ke dalam manusia dan menukar manusia
menjadi antena yang begerak yang boleh terima dan menghantar isyarat. Adakah ini sebabnya mereka
memaksa kita mengambil suntikan? Kewujudan graphene oxide dalam suntikan memnungkin kita
bertukar menjadi ‘cyborg’ dan ‘transhuman’.

MONOPOLI: PENJENAYAH ELIT

BAGAIMANA DUNIA DITIPU DENGAN PENJENAYAH YANG AMAT KAYA

Siapa yang mampu mengelolakan operasi di seluruh dunia dan mengapa mereka mahukan jenayah
seperti ini terhadap manusia sejagat? Kita temui jawapan untuk persoalan ini dalam satu dokumentari
bertajuk MONOPOLY oleh Tim Gielen, dihasilkan oleh Stop World Control. Dokumentari hebat ini
secara mendalam menunjukkan bagaimana seluruh media arus perdana serta industri kesihatan
dipunyai oleh segelintir keluarga yang teramat kaya. Mereka yang memiliki syarikat pembuat vaksin
turut memiliki rangkaian hospital dan mereka berkolobrasi dengan pegawai kesihatan atasan kerajaan
dan menjadikan kerja yang amat mudah bagi mereka untuk mendaftarkan setiap pesakit sebagai
pesakit covid lalu mewujudkan pandemik dengan angka meningkat yang dimanupulasi.

MONOPLY mendedahkan bagaimana rangkaian penjenayah ‘multi-billionaire’ ini secara strategik
membeli dunia dengan harapan untuk memenuhi agenda untuk menguasai dunia.

Teknologi dan internet telah membuka sesuatu yang tidak pernah dijangka sebelum ini di mana
mereka boleh menguasai dunia hanya dihujung jari. Google, Twitter dan Facebook dimiliki oleh orang
yang sama. Mereka juga menguasai bank dan andainya mereka berkata ‘tutup akaun mereka yang
tidak divaksin, ianya boleh dilakukan tanpa banyak soal’. Industri penerbangan juga dimiliki oleh
mereka. Tidak pernah selama ini dalam sejarah tamadun manusia kita menghadapi ancaman sebegini
daripada penjenyah elit ini.

Hasilnya ialah 100% tiada undang-undang, tidak mengikut perlembagaan, penguasaan yang dahsyat
oleh golongan penjenayah yang kaya yang mana tidak pernah dilantik melalui pilihanraya namun

STOPWORLDCONTROL.COM

menidakkan semua demokrasi, tidak mempedulikan langsung sebarang undang-undang dan
menjalankan apa yang dihajati dengan hanya mempamerkan kekayaan berbillion kepada seluruh
dunia.
Populasi manusia selama ini beranggapan bahawa demokrasi memperuntukkan mereka memilih
calon yang akan memperjuangkan hak mereka dari segi hak dan kebebasan namun yang sebenarnya
pilihan raya telah diatur dan diplot berabad lamanya dengan meletakkan penjenayah dalam setiap
kerajaan. Mereka juaga turut meletakkan boneka meraka dalam sistem kehakiman. US Supreme Court
dan mahkamah antarabangsa lain penuh dengan boneka mereka ini.
Dunia yang diambilalih sekarang oleh golongan elit ini telah lama dirancang puluhan dan ratusan
tahun kerana hajat untuk mentakluk dunia ini sudah lama diidamkan oleh keluarga penjenayah ini.
Soalannya ialah mengapakah mereka yang sangat kaya ini mahu sehingga membunuh sebahagian
besar umat manusia? Kerana sebenarnya mereka ingin menggantikan separuh umat manusia
kemudian keseluruhannya dengan pekerjaan yang mampu dilakukan dengan kepintaran-buatan.
Klaus Schwab berkata secara terbuka ketika World Economic Forum bahawa dalam beberapa tahun
sahaja, 40% kerja akan dilakukan oleh kepintaran-buatan. Maka, manusia sebenarnya terlalu ramai di
muka bumi ini.
Satu monumen yang terkenal dikenali sebagai Georgia Guidestone dipasang di Georgia dengan secara
terbuka dan tiada malu menegaskan: Populasi dunia harus dikurangkan kepada 500 juta orang
sahaja. Ini ialah konsep ‘eugenic’ yang bukan baharu buat mereka dan menjadi strategi golongan
mereka ini. Untuk memastikan mereka terus kekal dengan kuasa dan kawalan, umat manusia harus
dikurangkan. Mereka bukan sahaja mahu membunuh umat manusia namun ingin memiliki setiap roh
manusia dengan mengimplementasikan New World Order.

STOPWORLDCONTROL.COM

NEW WORLD ORDER / ORDER DUNIA BARU

AUSTRALIA TIDAK LAGI MENYEMBUNYIKAN APA YANG TERJADI

Berdekad lamanya sistem kezaliman dunia yang menekan dan kejam ini iaitu New World Order
dianggap teori konspirasi. Namun yang dikatakan teori ini bukanlah lagi teori malah kenyataan buat
masa kini. Di Australia, pegawai rasmi kesihatan terang-terangan menggunakan perkataan New World
Order untuk menggambarkan pemerintahan mereka. Dalam satu kenyataan awam, Ketua Pegawai
Kesihatan mereka Kerry Gai Chant berkata:

‘Kami akan melihat bagaimana sistem jejak-hubung (contact-tracing) dalam New World Order’.

Menteri Kesihatan Australia, Brad Hazard berkata:

‘Inilah caranya. Kita kena terima bahawa inilah New World Order’.

Seorang pemberita Australia menyatakan:

‘Sistem New World Order akan dikuatkuasakan pada jam 12 tengah malam, pelbagai perniagaan
akan dihadkan’.

Dalam berita yang lain, pemberita berkata:

‘New World Order, tentera kita sedang memasuki bersama dengan polis, untuk menguatkuasakan
undang-undang kuarantin yang tegas’.

Pembaca berita melaporkan:

‘Hari ini ialah hari pertama New World Order. Semua aktiviti berkumpul diluar dihadkan kepada dua
orang sahaja. Beriadah dibenarkan namun hanya 10km radius sahaja. Tidak dibenarkan bejalan di
dalam kedai. Hanya seorang sahaja yang boleh keluar untuk membeli barang penting. Dan mulai
esok, pengkebumian hanya boleh dihadiri 10 orang sahaja’.

Apakah kezaliman yang terjadi ini? Dianggarkan hanya 14 orang mati sepanjang 2021. Namun ketika
2017, lebih 4000 orang mati di Australia disebabkan influenza dan pneumonia.

1: https://rumble.com/vmb1vd-new-world-order-announced-by-aussie-health-overlords-then-fact-checkers-spr.html
2: https://rumble.com/vmaand-australian-health-official-talks-about-new-world-order.html
3: https://rumble.com/vlbb0g-australian-news-says-new-world-order-will-come-into-force-at-midnight.html
4: https://rumble.com/vlbay8-australian-news-broadcast-declares-new-world-order-in-effect.html
5: https://rumble.com/vjstsv-australia-new-world-order.html
6:https://www.abs.gov.au/ausstats/[email protected]/Lookup/by%20Subject/3303.0~2017~Main%20Features~Deaths%20du
e%20to%20influenza~5

NEW WORLD ORDER

Sepanjang zaman lamanya pegawai kerajaan dan globalis bercakap tentang New World Order. Bila ada
pengkaji menulis secara terbuka tentang kedatangan era New World Order ini, mereka dikecam
sebagai pendokong teori konspirasi. Di internet, Wikipedia, Fact Checkers, Google News, News Media
dan sebagainya mengatakan bahawa New World Order hanyalah teori konspirasi walaupun Perdana
Menteri British Tony Blair dan Presiden Amerika Syarikat George Bush sentiasa bercakap tentang ini.
Sekarang kezaliman yang berlaku di Australia, kerajaan mereka tanpa berselindung mengatakan inilah
New World Order. Apalagi yang kita tidak nampak untuk sedar dan melindungi diri kita?

STOPWORLDCONTROL.COM

SIAPAKAH MEREKA INI?

PERKENALKAN KELUARGA ‘TERHORMAT’ YANG MENGUASAI DUNIA

Laporan ini menunjukkan kepada kita betapa tidak dapat dibayangkan berlaku operasi besar-besaran
di dunia bahawa virus yang tidak dapat disembuhkan, hanya dengan vaksin eksperimental yang dibuat
tergesa-gesa dan tidak matang sahaja mampu menyelamatkan umat manusia. Setiap kematian secara
nomal juga dilabelkan sebagai kematian covid, berjuta kematian disebabkan oleh flu tahunan juga
dilabel sebagai covid, pembunuhan beramai ramai warga tua juga dilabelkan sebagai covid, angka
yang tinggi dan dianggap sebagai kes lalu diputarbelitkan oleh media arus perdana serta agensi
kerajaan menyebabkan berlaku ketakutan yang maha dahsyat. Manakala apa sahaja rawatan lain yang
boleh menyembuhkan covid akan ditekan habis habisan lalu membunuh manusia tak bersalah yang
mana mereka boleh sahaja diselamatkan melalui kaedah yang terbukti berkesan. Beribu pemilik
perniagaan membunuh diri disebabkan hutang dan tekanan hidup, dan pelbagai penderitaan lagi yang
dicampakkan ke atas kemanusian.

Segala undang undang perlembagaan dilanggar oleh kerajaan sendiri, hak paling asas dan
kebebebasan juga dibuang dan mewajibkan peneriman vaksin lantas menyebabkan gelombang
kemusnahan dan kematian buat populasi umat manusia. Inilah peringkat jenayah yang kita lihat
sekarang.

Sangat jelas dan nyata yang dunia ini sedang diserang oleh mereka yang sangat berkuasa dan
jenayah yang tersusun dan tidak ada yang dapat menghentikan mereka ini. Persoalannya ialah
siapakah mereka ini dan bagaimana mereka menjadi terlalu berkuasa agar dapat kita
mempertahankan diri kita.

Sebelum kita jelaskan siapakah mereka ini, kita harus tahu satu fakta penting: kebanyakkan orang
masih menganggap kumpulan penjenayah yang mahu memusnahkan dunia ini ialah satu teori
konspirasi. Namun jika kita melihat sejarah betapa tamaknya mereka ini dan kemahuan yang tinggi
untuk memerintah dunia, kita akan dapat faham. Fikirkan tentang China, Perzian, Greek, Roman,
Spanish, British dan bangsa lain. Mereka ini pernah tamakkan dunia. Inilah realiti asasnya. Namun bila
kita bercakap tentang bangsa yang tamak dan teori konspirasi ni, ramai yang akan mengejek kita. Ini
menunjukkan bahawa kita sebenarnya telah lama disesatkan sehinggakan tidak dapat memahami
realiti asas ini. 80 tahun kebelakangan ini, kita ada seorang yang gila kuasa untuk meguasai dunia
melalui dua perang dunia. Adakah ini teori konspirasi juga?

Perkara kedua tentang realiti yang asas ialah terdapat golongan tertentu yang sebenarnya
memperhambakan diri mereka ke alam syaitan (evil). Sejarah amat jelas memberitahu kita kumpulan
dan golongan terdahulu yang yang melakukan ritual seperti korban bayi, bakar orang hidup hidup,
membelah dada orang yang masih hidup dan mengambil jantung dan pelbagai lagi. Ini ialah satu
peradaban tamadun dunia yang mana mereka menyembah entiti syaitan (demonic) yang mana
mereka menganggap tuhan mereka. India, Africa, Asia, Eropah dan Amerika semuanya membuat
praktis ini.

Pada masa kini, sekiranya kita cuba menceritakan tentang kuasa jahat dan hitam ini, kita akan sering
dilabel penyokong teori konspirasi. Ketidakbolehan untuk memahami perkara asas tentang
kewujudan manusia ini sebenarnya merisaukan. Kita perlu sedar bahawa mereka yang jahat dan
menyembah syaitan inilah yang sedang menyerang kemanusiaan kita dan mereka ini ada sehingga
sekarang.

STOPWORLDCONTROL.COM

Inilah jenis orang yang kini sedang menjalankan rangkaian jenayah di sebalik New World Order.

Informasi selepas ini datangnya dari satu website Ellaster.nl yang ditulis oleh pengkaji yang dirahsiakan
yang telah mengkaji rangkaian jenayah ini atau lebih dikenali sebagai ‘Deep State’ atau ‘Cabal’. Kajian
beliau ini turut disahkan oleh penulis dan jurnalis lain seluruh dunia.

Rangkaian ini sebenarnya bukanlah sekadar orang perseorangan atau sekumpulan namun yang
berada ditengah tengah rangkaian ini ialah keluarga tertentu yang dipanggil ‘bloodlines’. Di Italy
contohnya, mereka digelar ‘Black Nobility’ yang mengandungi 13 keluarga ‘bloodlines’. Mereka ini
diketahui sejak zaman dahulu kala menyembah pada alam lain atau kuasa kegelapan. Mereka
menganggap bahawa mereka lebih tinggi darjatnya dari manusia yang lain. Mereka menganggap
manusia lain sebagai ‘kumbang’, ‘kambing’ dan ‘anjing’. Mereka merasakan bahawa manusia tidak
punyai nilai maka tidak bermasalah bagi mereka untuk mencetuskan perang, pandemik, pencemaran
air dan tanah atau menyebabkan manusia lain sengsara.

Mereka juga percaya bahawa mereka ditadkirkan untuk memerintah dunia dan kita akan jadi
hamba mereka. Semua ini jelas ditulis di dalam ‘kitab panduan’ mereka.

Keluarga mereka ini tersusun melalui hirarki piramid yang mana semuanya bertuankan ‘master’yang
di atas. Kunci kekuasaan mereka ialah melalui kerahsiaan maka tidak akan ada yang boleh menyentuh
mereka. Maka sebab itu, ketua mereka sentiasa dalam bayangan. Populasi dunia hanya akan nampak
boneka mereka seperti ahli politik, selebriti Hollywood, ketua industri, personaliti media yang korup,
dan sebagainya. Antara boneka mereka yang jahat dan dikenali ialah Klaus Schwab, Bill Gates, George
Soros, Clintons, Bush dan ramai lagi. Walaupun mereka ini kaya and berkuasa, mereka juga
menyembah yang berada di atas namun mereka menyorokkan ketua mereka. Kekuatan mereka ialah
melalui ‘kerahsiaan’ini.

Tujuan keluarga ‘terhormat’ ini ialah sentiasa untuk memperhambakan semua manusia dan
memerintah mereka sebagai ‘tuhan’ yang kejam.

Bukanlah strategi mereka untuk melakukan peperangan terbuka. Namun mereka mengatur
peperangan bertujuan untuk membahagikan, melemahkan serta memusnahkan manusia dan dalam
masa yang sama mereka mengumpulkan kekayaan. Strategi mereka untuk mendapatkan pemerintah
global adalah sangat kompleks; mereka menembusi setiap aspek pada masyarakat kita maka mereka
boleh memanupulasi dunia dari dalam. Cita cita utama ialah dengan memperolehi emas, perak,
minyak, tenaga yang ada di dunia. Dengan sumber yang tiada limit, mereka membeli hampir
keseluruhan industri dunia, media, teknologi, perubatan dan sebagainya. Seluruh masyarakat kitaa
boleh dimanupulasi mereka. Anda tidak perlu bijak untuk memahami ini.

Seperti yang dikatakan, semua dokumen ini dijelaskan dengan mendalam dalam dokumen
MONOPOLY yang boleh dicapai di website stopworldcontrol.com. Sila tonton video ini untuk
melihat segala macam bukti yang anda baca dalam laporan ini.

Antara strategi yang lain ialah dengan membentuk organisasi dunia untuk semua yang menjadi
platform untuk menggerakkan agenda mereka. Salah satu yang menonjol ketika pandemik ini ialah
World Health Organization (WHO) yang mana sebahagian besarnya ditaja kewangannya oleh Bill
Gates, satu boneka yang terkenal dalam rangkaian jenayah ini. WHO secara literal membuat
keputusan bagi semua manusia, cuba fikirkan tentang ini; apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.
Tiada siapa pun yang melantik WHO and kita tidak pun perlukan WHO, namun merekalah yang
membuli doktor, ahli perubatan dan pengamal perubatan menjadi buta dan menurut perintah.

STOPWORLDCONTROL.COM

WHO memaksa tanpa kita boleh menyoalnya untuk mengikut semua garis panduan yang zalim yang
mana tidak berasaskan saintifik berbanding sains yang betul.

Sebagai contoh, WHO memberitahu dunia bahawa ujian PCR perlu untuk mengetahui kes covid walhal
ujian PCR tidak mampu membezakan jenis pathogen maka menghasilkan hampir 93% kes positif yang
palsu. Kepalsuan bacan ujian inilah membuatkan angka yang tinggi lalu memberitahu dunia bahawa
inilah pandemik. Namun, protokol yang tidak bersifat saintifik inilah yang dipaksa untuk digunapakai
seluruh dunia untuk membuat ilusi berlakunya pandemik global yang berdasarkan kes positif palsu.
Beratus juta kes covid sebenarnya tiada disebabkan oleh bacaan positif yang palsu disebabkan kit ujian
yang ‘merapu’. Virus sebenar Sars-Cov-2 sebenarnya tidak pernah di ‘isolasi’ kan dan di ‘tulen’kan
(isolated and purified) maka tidak ada cara untuk ujian terhadap virus ini. Inilah scam yang sangat
besar.

Itulah contoh bagaimana ‘world organization’ digunakan untuk menjalankan agenda mereka agar
manusia menyerahkan diri ke pemerintahan yang zalim atas nama ‘melindungi diri’.

Satu lagi organisasi ialah ‘United Nation’ (U.N) yang mana menonjolkan diri sebagai ‘pemelihara
keamanan’ untuk dunia. Namun yang sebenarnya agenda mereka ialah menghilangkan hak
kedaulatan sesebuah negara dan menyerahkan kemanusiaan kepada ‘one world government’. United
Nation ini turut bekerjasama dengan European Union dan NATO yang mana fungsinya sama sebagai
penggerak untuk mewujudkan ‘one world government’.

Satu lagi organisasi boneka ialah World Economic Forum yang mana ditubuhkan oleh Klaus Schwab.
Forum ini seolah menjadi tempat untuk berfikir bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian kepada
masalah dunia lalu memberi kekayaan kepada golongan yang telah kaya dan berkuasa. Perkataan
magis mereka ialah ‘sustainable development’ yang mana akan memberi masa hadapan yang baik.
Bersama dengan U.N, mereka mewujudkan ‘Agenda 21’ yang mana dikatakan untuk memberi
penyelesaian kepada pembangunan lestari dunia.

Dalam realitinya, mereka sebenarnya akan merampas semua hak, kebebasan dan hak harta
daripada populasi manusia di dunia dan memberikan semua itu kepada golongan mereka yang kaya.

Kemudiannya ada pula kuasa mutlak bank yang mana cuba mengawal semua matawang dunia.
Mereka sedang berusaha ke arah masyarakat digital tanpa tunai yang mana terhubung dengan sistem
pemantauan dan perhambaan dan mereka ini akan kekal mendapat laluan ke sektor kewangan.
Kerajaan Nigeria mendapat insentif kewangan daripada mereka kerana hanya membenarkan
golongan yang divaksin sahaja boleh berurusan dengan sektor perbankan. Kemungkinan akan diikuti
oleh negara lain.

Ada banyak lagi nama keluarga yang boleh dinamakan di sini. Antara lain ialah dinasti Rothschild yang
memiliki bank pusat di 165 negara dan kemudiannya mengawal pegerakan wang dunia. Daripada
berabad lamanya dinasti ini diketahui mengabdikan diri kepada ‘kuasa paling jahat’ (dark forces). Satu
lagi yang dikenali ialah keluarga Rockefellers yang mempunyai asas yang sama seperti Rothschild
namun mereka lebih fokus kepada memiliki industri farmaseutikal serta pembelajaran dan media
massa. Mereka menerbitkan ‘Scenario of the Future’ pada tahun 2010 dan secara terperinci
menerangkan pandemik yang sedang berlaku sekarang yang mana hasilnya ialah untuk mewujudkan
satu dunia baharu yang boleh didominasi dan dikawal

Entiti seperti Institute Rockefeller menenjolkan diri mereka sebagai penyelamat umat walhal
disebalik topeng kemanusiaan ini ada muka jahat yang sangat tamakkan kuasa.

STOPWORLDCONTROL.COM

Keluarga ini menyorokkan diri mereka melalui ‘secret societies’ (persatuan rahsia) agar pengaruh
mereka tidak dapat dikesan di seluruh dunia. Selain daripada persatuan yang rahsia ini, ada juga yang
yang tidak menyorokkan langsung seperti ‘freemasonry’. Mereka ini lebih kepada persatuan spiritual
yang akan cuba mempengaruhi pihak berkuasa tempatan hampir di kesemua bandar seluruh dunia.
Mereka sentiasa cuba mengatakan mereka pertubuhan yang baik dalam membantu kemanusiaan.
Hanya bila ahli mereka dinaikkan pangkat freemason tinggi, barulah mereka tahu apakah yang mereka
sembah iaitu pemujaan syaitan.

Persatuan rahsia ini banyak bekerja dengan ‘secret service’ (perkhidmatan rahsia kerajaan) contohnya
dengan CIA dan FBI US. Mereka sepertinya membenteras jenayah namun sebenarnya mereka
membuat dan menyorokkan jenayah terancang. Seorang jurnalis German iaitu Udo Ulfkotte telah
dibunuh disebabkan kenyataannya bahawa kebanyakkan jurnalis dibayar oleh ‘secret societies’,
‘secret service’, agensi kerajaan, jutawan dan sebagainya dalam menyebarkan berita yang palsu serta
jangan pernah memberitahu perkara benar kepada awam. Testimoninya direkodkan dalam satu
dokumentari bertajuk BUSTED dan boleh dilayari di stopworldcontrol.com. Pengakuan berani ini telah
membuatkan rakyat German sedar lalu bangkit dan menentang New World Order.

Pusat pentadbiran mereka berada di Vatican City, Washington D.C dan bandar sekitar London namun
mereka logistik mereka lebih berada di negara Asia kerana mereka akan menggunakan China untuk
mengalahkan negara lain. China menekan rakyat, bersifat komunis dan sentiasa meletakkan rakyatnya
dalam pemantauan, perhambaan dan kawalan adalah sesuatu yang mereka telah berjaya lakukan di
China dan mereka mahukan ini turut dilakukan di negara lain.

Musuh kita bukanlah China kerana mereka juga telah menjadi boneka. Arahan yang datang
sebenarnya daripada Vatican City.

Mungkin semua fakta ini mengejutkan sekiranya anda tidak pernah terdedah dengan semua fakta ini
namun anda harus sedar bahawa semua yang dibongkarkan pada dunia sekarang semuanya pelik.
Siapa sangka tiba-tiba satu dunia berpakat cuba untuk mewajibkan racun berbahaya yang membunuh
serta mengubah gen anda agar disuntik ke dalam semua manusia. Maka kita seharusnya keluar dari
keselesaan dan cuba memahami yang kita sebenarnya sedang berlawan dengan satu kuasa jahat yang
tidak pernah sama sekali berfikir seperti kita.

Kejayaan rangkaian jenayah ini sebenarnya bergantung kepada betapa lalainya masyarakat awam.
Selagi mereka yang berkuasa tersorok maka selagi itulah kuasa mereka bertambah. Itulah sebabnya
apabila rahsia mereka terbongkar mereka akan melabelkan sebagai teori konsiprasi.

Namun ketika pandemik ini berlaku, akhirnya berjuta antara kita yang mampu berfikir mula
memahami dan penyiasat yang berani yang telah mengkaji berdekad lamanya menampak hasil
kerjanya. Ini bukan lagi teori konspirasi. Kita melihat apa yang dilabelkan sebagai teori kini menjadi
kenyataan. Sekarang masanya untuk kita bangun dan melihat ancaman ini dan harus menjadi
pahlawan dalam melindungi dunia kita. ‘its now or never!’

Terlalu banyak kajian dibuat tentang hal ini dalam mendedahkan mereka. Sekurang kurangnya anda
dapat pengetahuan asas bahawa kita sedang berurusan dengan siapa pada masa sekarang. Jikalau
anda ingin lebih lanjut, tonton siri ‘The Fall of the cabal’ di website stopworldcontrol.com.

STOPWORLDCONTROL.COM

SEDARLAH WAHAI MANUSIA

JIKALAU ANDA TIDAK BERCAKAP SEKARANG, ANDA AKAN KEKAL MENDIAMKAN DIRI
Selama ini ramai antara kita yang hanya mendiamkan diri kerana takut kehilangan pekerjaan,
kewangan, kedudukan, kehormatan serta persahabatan. Namun sekiranya kita terus mendiamkan
diri, kita tetap juga akan kehilangan semuanya.
Kita akan hilang hak kemanusiaan dan menjadi hamba yang telah diprogram tanpa ada kebolehan
untuk berfikir dan berasa bebas.
Apakah yang kita dapat lakukan? Paling penting ialah dengan memberitahu manusia lain walaupun
mereka akan menolak kita mentah mentah. Apa yang penting ialah untuk menyedarkan mereka yang
sedang tidur. Ini semua terjadi disebabkan kita semua jahil dan bodoh. Namun sekarang berlaku
kesedaran umat yang tidak pernah terjangka sebelum ini dan kita harus meniupkan semangat
kebangkitan ini.
Kami memohon agar anda memanjangkan laporan ini kepada semua. Edarkan sebanyak mungkin dan
buat sebanyak cetakkan yang mungkin. Janganlah duduk sahaja tanpa berbuat apa apa, bangun dan
lakukan sesuatu. Laporan ini dibuat dengan usaha yang sangat banyak agar menjadi satu alat untuk
kebangkitan.
Informasi lebih banyak di StopWorldControl.com.

STOPWORLDCONTROL.COM

PENUTUP

Data yang ada menunjukkan telah ramai yang mati disebabkan suntikan eksperimental vaksin dan
berjuta lagi umat mengalami kesan sampingan yang serius. Ini hanyalah pembinasaan jangka pendek.
Realiti kebinasaan sebenar akan berlaku dalam masa beberapa tahun lagi.
Graphene Oxide di dalam vaksin adalah konduktor yang berkesan untuk rangkaian 5G dan juga
merupakan bahan terbaik dalam manipulasi otak dan minda. Seperti yang dikatakan oleh Presiden
Chile dan Klaus Schwab, akhirnya akan berlaku kawalan minda secara total.
Semua jenayah ini berlaku di seluruh dunia di mana kes covid dibesarkan, melabel semua kematian
sebagai covid, ujian PCR yang menghasilkan positif palsu, media yang sentiasa memberi gambaran
menakutkan serta propaganda kerajaan. Rangkaian jenayah adalah tangan ghaib dibelakang semua
ini yang telah membeli seluruh industri kesihatan, mereka mengarahkan WHO, mereka punyai semua
media arus perdana dan menguasai hampir semua kerajaan. Mereka menyorokkan semua rawatan
covid agar dunia hanya berfikir tentang vaksin sahaja yang mampu menyelamatkan mereka.
Kuasa ini terlindung dan mereka beroperasi di sebalik bayangan maka awam tidak tahu akan
kewujudan mereka. Penyelesaiannya ialah dengan mendedahkan mereka. Bilamana rakyat dunia tahu
terutamanya penggubal undang undang, pakar perubatan, tenaga pengajar sekolah, pihak berkuasa
tempatan maka mereka akan berhenti daripada membantu jenayah ini dan mula memberi sokongan
untuk mendapatkan kebebasan dan masa depan kemanusiaan.
Walaupun sistem perundangan korup, peguam harus menjadi berani untuk membuktikan jenayah ini
dan mula untuk mendakwa mereka yang telibat melakukan jenayah ini. Masih ada pendakwa yang
mulia untuk melakukan ini.
Ini mampu menjadi kebangkitan paling hebat jika kita semua bangun dan menyebarkan kebenaran
serta bersatu sebagai satu kemanusiaan dalam melawan jenayah ini.

TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU – OCTOBER 2021 – VERSI 1.0

STOPWORLDCONTROL.COM


Click to View FlipBook Version