SSDM V2.0
SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul
Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan
sistem APDM sekolah.
SSDM membawa maksud “Sistem Sahsiah Diri Murid” dan
sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem ini adalah
berasaskan web yang bertujuan untuk merekod maklumat
salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan cara mudah
dan berkesan.
Bukan itu sahaja, SSDM juga dapat membantu dalam
menyediakan maklumat dengan efektif dan terkini. Maka dengan
cara sebegini, pengurusan di semua peringkat akan dapat
membuat perancangan awal bagi mengatasi dan mengawal
masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.
Sistem SSDM Online v2.0 ini merupakan penambahbaikan
sistem SSDM Online yang sedia ada. Sistem
ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha
menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa
hadapan.
Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem
ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu
ke arah kecemerlangan budi pekerti.
SSDM Online Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid
Tangkap Layar SSDM Online Login ke Sistem Sahsiah Diri Murid
SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna iaitu:
1.Sekolah
2.Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
3.Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
4.Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
Modul ini turut dapat melaksanakan beberapa tugas
seperti:
•Merekod kes-kes salahlaku murid
•Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
•Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
•Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
Tujuan Sistem Sahsiah Diri Murid SSDM Online
Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia KPM pastinya mempunyai tujuan tersendiri. Begitu juga
dengan SSM Online. Antara tujuan sistem ini adalah untuk:
1.Menambahbaik SSDM sedia ada.
2.Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman
supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-
peraturan sedia ada.
3.Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan
disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat
dan komunikasi.
4.Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin
dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
5.Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua
Guru Disiplin/ GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan
Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
6.Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan
pelbagai bentuk laporan.
•Perekodan Kes Salah Laku
1.Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
2.Ketua Guru Disiplin/GPK HEM menjalankan siasatan dan jika
sah, akan mencadangkan hukuman.
3.Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan
mengesahkan hukuman.
4.Ketua Guru Disiplin/GPK HEM mengambil tindakan terhadap
hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
5.Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
6.Guru bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut.
Carta alir ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kes yang
dilaporkan seperti:
•Kes Hukuman Amaran Lisan
•Kes Tiada Asas
•Kes Hukuman Amaran Bertulis
•Kes Hukuman Gantung Sekolah
•Kes Hukuman Buang Sekolah
•Kes Hukuman Denda
•Kes Hukuman Kelasn Tahanan
•Kes Hukuman Rotan
•Melapor Amalan Baik
•Perekodan Amalan Baik
1.Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
2.Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan
status sahsiah murid.
Ciri-ciri SSDM Online V2.0
1. Pangkalan Data Disiplin
SSDM Online akan menjadi pangkalan data tunggal
pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga
peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan
rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan
pendidikan.
2. Sistem Pemantauan Dan Pengawalan
Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam
memantau tahap disiplin dan sahsiah murid. Seterusnya semua
pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-
murid terutama yang bermasalah disiplin ke arah
kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.
Ciri-ciri SSDM Online V2.0
3. Mengutamakan Amalan Baik
Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses
pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan
melakukan amalan baik untuk mengingkatkan status
sahsiah diri. Dengan pemupukan amalan baik ini, diharap
dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan
kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.
4. Pengukuran Sahsiah
Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata
(markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini
boleh digunakan dalam membantu murid-murid meningkatkan
status sahsiah ke arah yang lebih baik. Manakala murid-murid
yang baik akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah amat
baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah tersebut ialah:
1.Terpuji
2.Amat Baik
3.Baik
4.Perlukan Perhatian
5.Perlukan Perhatian Serius
5. Kawalan Sistem
Sistem ini akan mengawal tindakan/hukuman supaya selaras
dengan surat pekeliling ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi
mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem
juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman
tindakan dalam bentuk yang seragam dan standard, dan
dicetak secara automasi.
6. Kes Khas
Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat yang
merujuk kepada kes khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk
dilaporkan dan bukan untuk diambil tindakan/hukuman oleh
pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil
kira Surat Pekeliling ikhtisas serta keperluan data-data
kementerian untuk dilaporkan kepada parlimen.
7. Mesra Pengguna
Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’.
Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang ‘mesra
pengguna’ ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk
menggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus
menghidangkan data-data nasional yang lebih tepat.
8. Mudah Diakses
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak terutama guru di
sekolah, PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain
penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang
penggunaannya hingga capaian android dan telefon pintar.
9. Melibatkan Semua Pihak yang Berkepentingan
Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan
semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada
murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan
KPM.
Peringkat Akses
Berikut merupakan peringkat akses yang boleh dilakukan oleh
pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Antaranya
ialah:
1. KPM
•Pelaporan peringkat nasional
•Pelaporan JPN
•Pelaporan PPD
•Pelaporan sekolah
•Pelaporan individu murid
2. JPN
•Pelaporan JPN
•Pelaporan PPD
•Pelaporan sekolah
•Pelaporan individu murid
3. PPD
•Pelaporan PPD
•Pelaporan sekolah
•Pelaporan individu murid
4. Sekolah
5. Guru-Guru
•Melaporkan kes salah laku
•Melaporkan amalan baik
6. Ketua Guru Disiplin/GPK HEM
•Siasatan dan cadang hukuman
•Pelaporan sekolah
•Pelaporan individu murid
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling
•Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling
•Pelaporan sesi kaunseling
•Pelaporan sekolah
•Pelaporan individu murid
8. Pengetua
•Pengesahan hukuman
•Pelaporan sekolah
•Pelaporan individu murid
Kesimpulannya, SSDM Online Login untuk Sekolah KPM atau
dikenali sebagai Modul Pengurusan Murid ini adalah sangat baik
kerana ia amat sistematik untuk mengetahui tahap sahsiah pelajar-
pelajar.
Melalui sistem ini juga, pelbagai pihak dalam bidang pendidikan
secara langsung dan tidak langsung akan dapat memainkan
peranan dalam mengekang masalah salahlaku pelajar dan
seterusnya dapat memupuk mereka agar menjadi pelajar yang baik
dari segi budi pekertinya.
PANDUAN PENGGUNAAN
1. GURU-GURU Langkah-langkah (Ringkasan)
2. i. Log in system
3. ii. Taip sama ada No KP Murid, atau Nama murid, dan klik [Cari Rekod
Murid]
4. iii. Klik [PAPAR] pada maklumat murid yang berkenaan
5. iv. Pilih / Klik urusan
a. [Tambah Kes] – untuk menambah maklumat
b. [Papar Kes] – untuk melihat senarai
c. [Tambah Amalan Baik] – untuk menambah rekod amalan baik
d. [Papar Amalan Baik] – untuk melihat rekod amalan baik
e. [Laporan Prestasi Sahsiah] – untuk melihat rumusan rekod kes, amalan
baik dan prestasi sahsiah
f. [Laporan Disiplin Murid] – untuk melihat laporan lengkap disiplin
murid
Log In sistem 1. Taip URL https://ssdm.moe.gov.my
Paparan berikut akan muncul 2. Taip ruang LOG MASUK
ID Pengguna: KOD SEKOLAH Katalaluan: JBA1103
DISP+KODSEKOLAH = DISPJBA1103
Dan klik [Masuk]
3. Klik [Masuk] Paparan berikut akan muncul
Fungsi Menu [Borang] adalah untuk membuat carian
maklumat murid [Log Keluar] adalah untuk keluar
daripada sistem
4. Carian Maklumat Murid
1. Taipkan No KP murid, atau
2. Taipkan nama murid Dan klik [Carian Rekod Murid
Paparan berikut akan muncul
5. Klik [PAPAR] pada nama murid yang dikehendaki
Paparan berikut akan muncul
[Kembali] saedbaelaluhmunnytuak kembali ke paparan
[Tambah Kes]
[Papar Kes] addaalalmahsuinstteumk menambah rekod kesalahan ke
abderaklaehnauanntuk melihat kes-kes murid
Fungsi menu [Tambah Amalan Baik] mAduarliadhinuintuk menambah rekod Amalan Baik
[Papar Amalan Baik] iAndialah untuk melihat rekod amalan baik murid
[SLaahpsoiarha]n Prestasi Adalah untuk melihat prestasi sahsiah murid ini
[Laporan Disiplin Adalah untuk melihat laporan lengkap murid ini
Murid]
6. Merekod kesalahan murid 1. Klik menu [Tambah Kes]
1.Pilih Kategori Kes
2.Pilih Perincian Kes
3.Pilih Masa
4.Pilih Tempat Kejadian
5.Pilih Punca Salah Laku
6.Taip Keterangan Kes : Masukkan butiran kes yang lengkap seperti bahan
bukti dan saksi
7.Pilih Nama Guru Pelapor Kes
8.Klik [Simpan] untuk menyimpan rekod
Fungsi menu [Simpan] untuk menyimpan rekod kes
[Kembali] Untuk kembali ke paparan seterusnya
7. Merekod Amalan Baik
Borang merekod Amalan Baik akan muncul
2. Pilih Amalan Baik
3. Pilih Tarikh
4. Pilih Masa
5. Pilih Tempat
6. Taipkan keterangan Amalan
Baik yang mengandungi
maklumat ringkas berkaitan
7. KPreilkliikohd[GSiumrupaPne]laupnotruk menyimpan
8.
Fungsi menu [Simpan] Untuk menyimpan rekod
[Kembali] Untuk kembali ke paparan sebelum
Guru-guru yang berperanan sebagai Guru Kelas perlu merekodkan
ketidakhadiran (ponteng sekolah) ke dalam sistem dan mencetak
surat-surat Amaran Ponteng Sekolah daripada sistem
8.Merekod Ponteng Sekolah
1.Klik menu [ Tambah Kes]
Paparan borang laporan kes
2. Pada Kategori Kes: pilih ‘Ponteng’
3. Pada Perincian Kes: pilih ‘Ponteng Sekolah’
4. Pada Jenis Status Ponteng: Pilih sama ada ‘BERTURUT’ atau
‘TIDAK BERTURUT’
5. Penuhkan maklumat seterusnya. Pastikan semua maklumat diisi
dengan betul
6. Klik [Simpan]
Cetak surat Amaran
SELESAI