BUKU PANDUAN
PERATURAN SEKOLAH
SK BANDAR SERI ALAM
1
FALSAFAH SEKOLAH
Sekolah adalah institusi yang berkemampuan dan bertanggungjawab ke atas
perkembangan intelek dan proses pendidikan secara terancang dan bermatlamat demi
melahirkan pelajar yang seimbang. Pendidik- pendidik sekolah ini bertanggungjawab
dan berkemampuan untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi
memajukan pndidikan. Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi
menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengaajar serta bersedia untuk memikul
tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan dan
manfaat yang positif kepada Negara, Bangsa dan Agama.
MATLAMAT SEKOLAH
UNTUK MELAHIRKAN MURID-MURID
BERILMU
BERPENDIDIKAN
BERDISIPLIN
BERDEDIKASI
DAN DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG POSITIF KEPADA MASYARAKAT,
AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
OBJEKTIF SEKOLAH
• Memupuk minat belajar yang tinggi
• Menghapuskan sikap cepat mengalah
• Mewujudkan golongan murid yang sentiasa peka terhadap perubahan
• Menyenaraikan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
• Memupuk minat murid dalam bidang kebudayaan
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepdau untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
berketerampilan , bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
WAWASAN PENDIDIKAN
PERPADUAN
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
PERKHIDMATAN PENYAYANG
EMPOWERMENT
BUDAYA ILMU
SEKOLAH PENYAYANG
BUDAYA CEMERLANG
WAWASAN SEKOLAH
SEKOLAH PENYAYANG
PERKHIDMATAN PENYAYANG
BUDAYA ILMU
BUDAYA CEMERLANG
EMPOWERMENT
PERMUAFAKATAN
PERPADUAN
PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
3
IKRAR
Maka ... Kami... Rakyat Malaysia... berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita trsebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
4
PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM
KEHADIRAN DAN WAKTU SEKOLAH:
• PRASEKOLAH SESI PAGI : 7.30 PAGI -11.30 PAGI
• TAHUN 4,5 & 6 : 7.10 PAGI -1.00 PTG
• PRASEKOLAH SESI PTG :12.30 TGHRI- 4.30 PTG
• TAHUN 1,2 & 3 : 1.30 PTG – 6.20 PTG
1. Murid sesi pagi dan petang mestilah berada di dalam sekolah 5 MINIT sebelum
pembelajaran bermula.
2. Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah hendaklah mengemukakan surat
samada surat doktor atau surat kenyataan daripada ibu/bapa
PERHIMPUNAN:
1. Perhimpunan mingguan SESI PAGI akan diadakan selama 30 minit iaitu pada
hari isnin bermula 7.10 pagi hingga 7.40 pagi.
2. Perhimunan mingguna SESI PETANG akan diadakan selama 30 minit iaitu pada
hari ahad bermula 5.30 petang – 6.00 petang.
3. Murid hendaklah beratur mengikut susunan kelas dengan ssenyap dan teratur.
4. Murid hendaklah mengikuti setiap acara dalam keadaan berdisiplin. Jangan
sekali-kali becakap sesama sendiri.
5. Tidak seorang murid pun dikecualikan dari mengikuti perhimpunan mingguan
kecuali sebab-sebab tertentu.
6. Berdiri tegak apabila menyanyikan Lagu Sekolah, Lagu Kebangsaan dan Lagu
Bangsa Johor.
7. Perhimpunan selepas waktu rehat akan dijalankan setiap hari 5 MINIT sebelum
naik ke kelas masing-masing.
5
PAKAIAN SEKOLAH
1. Pada setiap hari persekolahan murid-murid hanya dibenarkan memakai
pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan. Pakaian yang dipakai mestilah
bersih dan kemas
2. MURID LELAKI : Tali leher, lencana dan tanda nama perlu ada ketika memakai
kemeja putih lengan pendek, seluar panjang biru tua, berkasut hitam/putih,
stokin putih/hitam dan bertali pinggang. Murid lelaki WAJIB memasukkan baju
ke dalam seluar.
3. MURID PEREMPUAN: Baju kurung putih, kain biru tua, dan bertudung putih
(muslim), lencana sekolah dan tanda nama. Berkasut dan stokin putih/hitam.
4. PEMAKAIAN BLOUSE HANYA DIBERNARKAN KEPADA MURID BUKAN ISLAM
SAHAJA.
5. Semua murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama
6. Pakaian PENDIDIKAN JASMANI : Baju ‘maroon’, baju KRMJ dan Baju Rumah
Sukan yang mempunyai lambang sekolah. Memakai seluar berwarna gelap .
7. Bagi pemakaian engawas, Pustakawan, PRS, Pengawas Surau dan Ketua Kelas
akan ditetapkan oleh unit masing-masing.
PERHIASAN DAN KEKEMASAN
1. MURID LELAKI : hendaklah berambut PENDEK dan disikat KEMAS.
• Rambut hendaklah sentiasa pendek, dan tidak menutup bulu kening
dan mata. Serta tidak mencecah telinga dan bahagian belakang tidak
mencecah kolar baju
• Tidak dibenarkan rambut berfesyen.
• Tidak dibenarkan untuk MEWARNAKAN rambut.
• Tidak dibenarkan untuk BOTAK , kecuali dengan sebab yang tertentu.
2. MURID PEREMPUAN : Rambut yang panjang perlulah diikat dengan kemas.
Samada pakai tudung atau tidak pakai tudung (bukan islam)
3. Kuku perlu dipotong apabila sudah panjang dan dilarang mewarnakannya
4. Gigi, anggota badan sentiasa bersih dan pakaian hendaklah sentiasa kemas
5. MURID PEREMPUAN tidak dibenarkan memakai:
• Alat perhiasan dan alat solek
• Barang kemas
• Skarf rambut dan cekak rambut yang berwarna-warni KECUALI WARNA
PUTIH DAN HITAM SAHAJA.
6. MURID LELAKI tidak dibenarkan memakai
• Sebarang bentuk perhiasan
• Mengubah suai pakaian sekolah
• Menconteng pakaian sekolah
6
KELUAR MASUK SEKOLAH WAKTU PERSEKOLAHAN
1. Murid-murid dikehendaki berada di dalam kelas pada waktu pembelajaran
dijalankan.
2. Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas pada waktu belajar hendaklah
mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar dan memakai kad
kebenaran meninggalkan kelas yang telah diberikan kepada kelas masing-
masing.
3. Hanya 2 orang sahaja dibernarkan keluar ke tandas pada satu-satu masa.
4. Murid-murid dibenarkan keluar kelas dengan sebab-sebab yang tertentu.
5. Pengawas yag bertugas boleh keeuar 5 minit lebih awal untuk bbrtugas ketika
waktu rehat dan sebelum balik.
6. Murid yang ingin ke klinik perlulah mendapatkan surat kebenaran dari guru
kelas atau kerani di pejabat
7. Murid-murid yang ingin keluar ke kilinik perlu mebawa surat atau pas
kebenaran.
8. Murid-murid perlu beratur dengan baik semasa melakukan aktiviti luar kelas
seperti aktiviti Pendidikan Jasmani, ke Makmal Sains dan sebagainya.
9. Murid-murid hendaklah beratur terlebih dahulu sewaktu hendak masuk ke
kelas atau sebelum pulang.
10. Setiap murid yang ingin mengikuti Ibu/Bapa atau Penjaga mereka keluar dari
kawasan sekolah atau ingin pulang, Ibu/Bapa atau penjaga mereka hendaklah
terlebih dahulu mengisi butiran diri di buku keluar/masuk sekolah dan
barulah dibenarkan keluar dengan keizinan Guru Besar atau GPK Hal Ehwal
Murid atau mana-mana Guru Penolong Kanan.
PERATURAN KANTIN SEKOLAH
1. Murid hanya dibenarkan membeli makanan di kantin sekolah sahaja dan tidak
dibenarkan di waktu pembelajaran.
2. Murid tidak dibenarkann untuk berada di dalam kelas pada waktu rehat.
3. Murid- murid hanya dibenarkan makan dan minum hanya di kantin dan
sekitarnya sahaja.
4. Murid yang selesai makan dan minum hendaklah berkumpul di dewan, beratur
dan naik kelas secara teratu.
5. Pinggan dan gelas yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang
disediakan. Bungkusan makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
6. Murid dilarang sama sekali merosakkan harta benda kantin dan bersama-sama
menjaga semua alatan dan perkakas yang terdapat di kantin.
7. Murid-murid hendaklah berkelakuan tertib semasa berada di kantin.
8. Murid-murid tidak dibenarkan menjual makanan tanpa kebenaran.
7
TANDAS SEKOLAH
1. Murid hanya dibenarkan menggunakan tandas yang dikhaskan untuk murid
sahaja. Murid tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas guru.
2. Murid dibenarkan untuk ke tandas selepasa mendapat kebenaran guru sahaja,
jika guru ada di dalam kelas.
3. Setiap kelas hanya dibenarkan 2 orang murid sahaja untuk keluar ke tandas
bagi satu-satu masa.
4. Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan tandas.
KEBERSIHAN SEKOLAH
1. Murid-murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan kelas dan persekitaran
sekolah.
• Kelas mestilah menjaga kebersihan kelas masing samada, sebelum,
semasa dan selepas menggunakan kelas tersebut.
• Setiap murid diberikan jadual tugas dalam kelas masing-masing
• Murid dikehendaki membuang sampah ke dalam tong atau plastik
sampah yang disediakan.
2. Persekitaran dan kawasan sekolah hendaklah perlu dijaga bersama.
KAWASAN LARANGAN MURID
1. Kawasan Pejabat (dibenarkan jika ada hal sahaja)
2. Kawasan bilik guru
3. Tangga laluan ke pejabat
4. Tempat letak kereta dan motosikal
5. Di dalam kelas ketika waktu rehat kecuali pengawas yang bertugas
6. Tandas, jika tiada pas atau kebenaran daripada guru.
7. Pintu pagar sekolah (waktu pagi dan waktu balik)
8. Tangki air sekolah
9. Surau (jika tiada urusan di situ)
10. Padang, Makmal Sains, Perpustakaan jika tiada kebenaran daripada guru.
8
KENDERAAN MURID KE SEKOLAH
1. Ibu Bapa atau penjaga murid-murid yang menaiki kereta ke sekolah tidak
dibenarkan membawa knderaan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali
waktu hujan.
2. Murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah dikehendaki menolak basikal
semasa masuk ke kawasan sekolah dan menyusun basikal mengikut susunan
yang ditetapkan.
3. Basikal yang dibawa itu perlu berada dalam keadaan baik dan pastikan kunci
basikal tersebut bagi mengelakkan kes kecurian.
ARAHAN SEKOLAH
1. Murid-murid dikehendaki mematuhi arahan dari masa ke semasa dari pihak
sekolah
2. Segala surat-menyurat dari sekolah kepada Ibu/Bapa atau penjaga hendaklah
disampaikan kepada Ibu/Bapa atau Penjaga.
TINDAKAN DISILIN
1. KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH
• Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab yang
dimaklumkan kepada pihak sekolah akan diberikan surat amaran yang
pertama kepada Ibu/Bapa atau Penjaga untuk maklum balas kepada pihak
sekolah.
• Jika murid tidak hadir ke sekolah kali ke-2 selama 3 hari berturut-turut tanpa
sebab dan alasan maka surat amaran yang kedua akan dikeluarkan untuk
maklum balas daripada Ibu/Bapa atau Penjaga.
• Jika didapati murid yang ama tidak hadir kali ke-3 selama 3 hari berturut-turut
tanpa sebab dan alasan maka surat amaran ketiga dikeluarkan untuk maklum
balas dari pihak Ibu/Bapa atau Penjaga.
• Jika ketiga-tiga surat tidak mendapat maklum balas daripada Ibu/Bapa atau
Penjaga maka pihak sekolah boleh mengeluarkan surat pemberhentian
sekolah kepada murid atas nasihat Guru Besar.
2. MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH
• Murid yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan
• Mencatat kesalahan dalam SSDM (sistem sahsiah disiplin murid)
• Memaklumkan kepada Ibu/Bapa mengenai tingkahlu murid
• Memanggil Ibu/Bapa atau penjaga datang ke sekolah.
9
KESALAHAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU MURID
1. Hadir lewat ke sekolah dengan sengaja.
2. Tidak memakai pakain sekolah yang lengkap
3. Ttdak menjaga kebersihan diri
4. Memeras ugut rakan sebaya.
5. Mengingkari perintah guru.
6. Merosakkan harta benda sekolah dengan sengaja
7. Membawa alatan yang bahaya
8. Mencabul kehormatan murid perempuan
9. Mengeluarkan, menunjukkan atau menulis perkara-perkara lucah
10. Ponteng kelas
11. Ponteng sekolah
12. Berjudi
13. Bergaduh
14. Kurang ajar dengan guru
15. Mencuri
16. Merokok / ‘vaping’
17. Menghisap dadah.
18. (serta perkara-perkara yang dikatakan salah dilakukan disekolah)
10
DISIPLIN NORMA
BAHARU
(PANDEMIK COVID-19)
11
1. KEHADIRAN SEPERTI BIASA
2. PENGAMBILAN SUHU DIPAGAR SEBELUM MASUK KE KAWASAN SEKOLAH
3. JIKA TERDAPAT GEJALA SEPERTI DEMAM DAN SELSEMA, TIDAK
DIGALAKKAN UNTUK HADIR KE SEKOLAH
4. PEMAKAIAN ‘FACE MASK’ DIWAJIBKAN
5. CUCI TANGAN DENGAN MENGGUNAKAN ‘HAND SANITIZER’ ATAU
SABUN YANG TELAH DISEDIAKAN ATAU YANG DIBAWA DARIPADA
RUMAH
6. PENJARAKAN SOSIAL 1 METER, DISEMUA TEMPAT KAWASAN SEKOLAH
TERUTAMANYA DI DALAM KELAS
7. TIDAK DIBENARKAN BERSENTUHAN
8. TIDAK ADA PERGERAKAN KE KANTIN UNTUK MEMBELI MAKANAN DAN
MINUMAN PADA WAKTU REHAT
9. PEMESANAN MAKANAN AKAN DIAMBIL OLEH SEORANG WAKIL
DARIPADA AHLI KELAS DAN AMBIL MAKANAN TERSEBUT DI KANTIN DAN
MAKAN DI DALAM KELAS MASING-MASING
10.DIGALAKKAN UNTUK MEMBAWA SET SUDU DAN GARFU SENDIRI.
SUPAYA TIDAK BANYAK PERGERAKAN KE TANDAS UNTUK MENCUCI
TANGAN
11.DIGALAKKAN JUGA UNTUK MEMBAWA TISU BASAH
12.DIGALAKKAN JUGA UNTUK MEMBAWA BEKAL MAKANAN DARIPADA
RUMAH.
13.TIDAK ADA PERHIMPUNAN ATAU AKTIVITI BERKUMPUL SEPANJANG
TEMPOH PANDEMIK
14.KELUAR KELAS UNTUK APA-APA URUSAN HANYA DIBENARKAN OLEH
GURU SAHAJA.
15.SANITASI KELAS TERLEBIH DAHULU SEBELUM PULANG KE RUMAH,
SUPAYA LEBIH SELAMAT UNTUK SESI SETERUSNYA MENGGUNAKAN
KELAS TERSEBUT.
16.JAGA PENJARAKAN 1 METER KETIKA WAKTU PULANG.
12
LAMPIRAN
13
14
Sumber : google (SMK BUKIT RANGIN, KUANTAN)
15
16
SEKIAN
17