The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sha_raz84, 2022-04-19 09:57:26

Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1 2022/23

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KALI 1 2022-2023

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA PANJANG, MUAR, JOHOR.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI KE-1 SESI 2022/2023

Tarikh : 16 Mac 2022

Masa : 9.00 pagi

Tempat : War Room

Pengerusi : En Mohd Jazmi bin Abd Jalil (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 14/16

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah. Mengucapkan terima kasih kepada
semua guru kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali.
Berharap agar semua guru sentiasa dilindungi daripada wabak Covid-19.
Mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru diatas komitmen dan
kesungguhan yang telah diberikan untuk menjayakan pelbagai agenda pendidikan
sepanjang tahun 2021.
Kejayaan yang telah dicapai adalah hasil kesepakatan, komitmen dan keikhlasan semua
warga sekolah disamping sokongan padu daripada para pentadbir. Berharap semua guru
bermotivasi dan bersemangat untuk mendidik anak-anak SKPP.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1. Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah (Guru Besar)
4.1.1 Pembukaan Pengoperasian Sekolah
- 21 Mac 2022 ialah pembukaan sekolah secara bersemuka. Masih
menggunakan SOP yang lama, masih menggunakan pengimbas suhu cuma
tidak dicatat bacaan suhu murid.
- Penggunaan buku kawalan kelas : guru yang masuk ke dalam kelas wajib
mengisi buku kawalan kelas.
- Buku Pengurusan Sekolah belum dapat diedarkan kerana belum selesai
cetak. Walaubagaimanapun, akan dikongsi softcopy Buku Pengurusan
didalam telegram rasmi sekolah.
- Berkemungkinan bagi sesi baru, sekolah dibenarkan untuk mengadakan
majlis yang besar.
- JIka ada majlis besar, perlu wujudkan jawatankuasa teks ucapan dan
berbincang Bersama Guru Besar berkaitan teks ucapan. Guru Bahasa
Melayu bertanggungjawab menulis teks ucapan untuk Guru Besar.

4.1.2 Fail Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Terima kasih kepada semua guru kerana telah menyelesaikan penghantaran
fail RPH dan boring tindakan guru akhir tahun.
- Fail RPH bagi sesi 2022/23 telah diterima dan akan diserahkan kepada
semua guru.
- PLC ringkas untuk penulisan RPH TS25 akan diadakan terutamanya
penulisan Kriteria Kejayaan dalam RPH. Memastikan bahagian Impak juga
ditulis.

4.1.3 Pengurusan Panitia dan PdPC
- Berharap semua ketua panitia mengadakan mesyuarat kali pertama.
- Antara perbincangan yang perlu dimasukkan semasa mesyuarat panitia ialah
perancangan strategic dan Catch Up Plan 3 (4 minggu).
- Memanggil salah seorang pentadbir dalam mesyuarat panitia untuk tujuan
perancangan kewangan.
- Merancang dan berbincang sesame ahli panitia pembelian barang sepanjang
sesi 2022/23.
- Segala pembelian hendaklah dipersetujui dalam mesyuarat panitia.
- Penggunaan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSR
Semakan 2017 untuk semua mata pelajaran.
- Menggerak panitia ke arah yang baru.
- Dapatan / Teguran : - Guru perlu berdiri semasa mengajar, duduk hanya pada
masa-masa tertentu sahaja.
- Guru perlu tegas dan bijak untuk mengawal kelas agar
kelas tidak bising dan menganggu proses pengajaran
dalam bilik darjah.

4.1.4 Pemakaian
- Pemakaian yang biasa :
Ahad : Baju Korporat
Isnin : Tiada
Selasa : T-Shirt KrMJ
Rabu : Uniform Ko-Kurikulum
Khamis : Tiada
- Cadangan Guru Besar :
Ahad : Baju Korporat
Isnin : T-Shirt Sekolah
Selasa : T-Shirt KrMJ
Rabu : Uniform Ko-Kurikulum
Khamis : Batik Sekolah

4.1.5 Bayaran PIBG, Yuran Tamabahan Sekolah dan Penggunaan A4
- Sumbangan RM15 bagi setiap murid telah dipersetujui semasa msyuarat
agung PIBG dan telah diminitkan.
- Semua guru sepakat untuk mengekalkan bayaran tambahan. Ibu bapa boleh
membuat pembayaran sebanyak 3 kali.
- Dapatan Guru Besar terdapat penggunaan berlebihan untuk kertas A4. Dan
perlu ada kawalan dalam penggunaan kertas A4. Guru Besar akan memantau
penggunaan kertas A4.
- Murid telah dibekalkan dengan Buku Latihan Aktiviti (BLA) dan Buku Teks,
jadi perlu gunakan semaksima yang mungkin.

4.1.6 Amanat PPD
4.1.6.1 Pengoperasian Sekolah
- Pengoperasian Sekolah Kalendar Akademik 2022/23 akan bermula
pada 21.3.2022.
- Bagi Sekolah Rendah enrolmen murid kurang 600, sesi persekolahn

secara bersemuka dan tiada penggiliran.
- Pelaksanaan Catch Up Plan 3 (CUP 3) dibawah KPM PerkasaKU akan

dijalankan selama 4 minggu bermula 21.3.2022 dan berakhir 14 April
2022.
- Objektif CUP 3 : Melaksanakan program berfokus kepada murid TP1
hingga TP3 pada sesi persekolahan 2021/22 agar murid bersedia
untuk mengikuti kurikululum sesi 2022/23.
- Matapelajaran terlibat untuk CUP3 ialah BM, BI, Matematik dan Sains.
Strategi pembelajaran yang boleh digunakan ialah Pendekatan
Terbeza menggunakan kurikulum semasa.
- Membuat analisis TP murid selepas CUP3.
- Takwim persekolah adalah seperti dalam pekeliling yang telah
diedarkan.
- Pelaksanaan sepenuhnya Kurkulum KSSR Semakan 2017.
- Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 2.0 akan dijalankan selama 4
minggu.

2 minggu pertama : Fasa Penyesuaian
2 minggu kedua : Fasa Kesediaan

4.1.6.2 Isu Beg Berat Murid
- Penyediaan lokar untuk murid Tahap 1 bagi Sekolah Rendah secara
berfasa.
- Menyusun semula jadual waktu iaitu 3 hingga 4 matapelajaran dalam
sehari.
- Penggunaan buku latihan tidak melebihi 2 buah.
- Menggunakan Buku Aktiviti KPM sahaja. Penggunaan Buku Kerja
hanya sebagai ulangkaji di rumah.
- Penggunaan Buku Teks Digital

Tindakan : Semua guru

4.2 PENGURUSAN KURIKULUM (GPK 1, Pn Siti Jamiah binti Abd Halim)
4.2.1 E-Operasi
- Guru perlu kemaskini maklumat peribadi dan lain-lain di e-operasi, jika
terdapat pertukaran maklumat, maklum segera kepada GPK 1 untuk
tindakan.
- Bulan verifikasi e-operasi ialah pada Jan, April, Julai dan Oktober.

4.2.2 Minggu persekolahan bagi sesi akademik 2022/23 adalah sebanyak 43
minggu.

4.2.3 Organisasi Kurikulum
- Pelantikan baharu Setiausaha Kurikulum dan S/U Peperiksaan : Pn Fauziah
- Guru Perpustakaan dan Media baharu ialah Pn Noo Aziana bt Ahmad.

4.2.4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
- Penetapan Pasukan Pentaksiran Standard (PPS) : Jan - Feb (pentadbir)
- Penilalian kendiri : Januari hingga Mac
- Kemasukan skor : Mac oleh guru data.
- Proses pengulangan pada Julai hingga Oktober
- Tindakan Untuk Mencapai Standard (TUMS) / Eviden :
1) Mac : Perancangan
2) Julai : Pelaksanaan
3) Oktober : Analisa Pelaksanaan
- Standard 4 : Kemasukan skor ; 1) Mac : Pencerapan kendiri
2) Julai & Oktober : Pencerapan Pentadbir

4.2.5 Pengurusan Panitia
- Perancangan mesyuarat kali pertama 2022/23.
- Keperluan untuk pentadbir hadir. Penyusunan agenda mesyuarat iaitu :
1) Pengurusan kewangan panitia (wang SUWA)
2) Penjajaran Dokumen Standard 2.0 : perancangan panitia,
3) Pemerkasaan PBD mata pelajaran.
4) Pengurusan fail panitia.
5) Pelan Taktikal dan Strategik.

4.2.6 Dokumen Standard Penjajaran
- Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (KSSR) Semakan 2017 dan CUP3
akan dijalankakn serentak Cuma bagi murid TP1 hingga TP3 akan mengikut CUP3
dengan menggunakan Pembelajaran Terbeza.
- CUP 3 akan diajalankan selama 4 minggu bermula 21.3.2022 hingga 14.4.2022.

4.2.7 Program Transisi Tahun 1 bagi tahun 2022 (PTTS 2.0)
- Menggunakan Kit Program PTT1 2.0
- Mewujudkan Jawankuasa Transisi

4.2.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Penetapan Tahap Penguasaan (TP) adalah pada pertengahan tahun dan akhir
tahun.
- Murid pada TP1 & TP2 akan diberikan intervensi.
- Pentaksiran perlulah diadalah pada setiap penghujung PdP.
- Pentaksiran : Showcase / Eviden adalah seperti ;
1) Menguasai atau belum menguasai
2) Melalui pemerhatian, lisan
3) Ujian Formatif / Sumatif
4) Lembaran Kerja dan Buku Aktiviti
5) Google Form, Gamifikasi, Kahoot dan lain-lain.
6) Projek mudah

4.2.9 Pusat Sumber Sekolah (PSS) - NILAM
- Sasaran pembacaan dan perekodan : mempromosi dan memberi galakan
membaca
- Keperluan untuk meletakkan bintang bagi perekodan PAJSK.
- Panitia BM dan BI berperanan dimana masa NILAM adala di dalam jadual PdPc.

4.2.10 e-RPH dan Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
- e-RPH diisi di dalam 'One Stop Data Centre' PPD Muar.
- Kemaskini dan sempurnakan fail PdP untuk pengesahan Guru Besar sebelum
atau pada 4 April 2022.

4.2.11 Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)
- Jumlah mata kredit minimum yang perlu dicapai setahun adalah sebanyak 42
mata kredit.
- Iaitu bersamaan dengan latihan sekurang-kurang 7 hari setahun (Dasar Latihan
Sumber ManusiaSektor Awam Bil 6 / 2005)
- Jika melaksanakan PLC juga boleh diisi didalam SPLKPM.
- Kejujuran dan lebih proaktif dalam pengisian SPLKPM.

4.2.12 PBPPP
- Penetapan PPI guru-guru.
- Borang keberhasilan perlu diisi pada bulan Mac untuk penetapan sasaran mula
dan pada Oktober untuk sasaran akhir.
- PPI akan memberi bimbingan berterusan sepanjang tahun berdasarkan instrumen
generik.

4.2.13 Pelaksanaan Jadual Waktu
- Jadual waktu telah dijana oleh Ustaz Zulfadzli dan digunakan bermula 21 Mac
2022.

4.2.14 Hal-hal lain
- Ketua Penjaminan Kualiti : Cik Norsuria’adha binti Amom
- Setiausaha TS25 : Pn Siti Aishah binti Abdul Razip
- Ketua Admin FB Sekolah : En Zamri bin Jabar
- Setiausaha Kurikulum & Peperiksaan : Pn Fauziah binti Mohd Diah
- Guru Perpustakaan dan Media (GPM) : Pn Noor Aziana binti Ahmad

Tindakan: Semua Guru

4.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM, Tn Hj Azman bin Ngah)
- Mengharapkan sokongan dan kerjasama semua guru dapat diteruskan pada tahun
ini.
- Bermula 17 Mac 2022 APDM untuk Tahun 1 akan dibuka.
- Murid Tahun 1 dan murid baharu perlu diisi dalam buku daftar sekolah.
- e-kehadiran penting. Guru pertama yang masuk ke dalam kelas perlu peka dan
prihatin untuk memasukkan kehadiran murid dalam WhatsApp HEM.
- Guru kelas perlu isi kehadiran dalam APDM sebelum jam 9.00 pagi.
- Guru pembantu perlu membantu mengisi data kehadiran jika guru kelas tidak hadir.
- Jika ada kesalahan salah laku atau masalah disiplin, boleh laporkan kepada Pn
Fadhilah (guru displin) untuk pelaporan.
- Semua guru adalah guru disiplin, jadi jika murid ada melakukan kesalahan, guru
boleh tegur murid.
- Bilangan murid RMT bagi sesi 2022/23 mengikut perkapita RM310 ialah sebanyak
22 orang. Berkemungkinan ada pertambahan bilangan murid RMT.
- Penyelaras 3K diharap lebih proaktif untuk memantau keceriaan, kebersihan dan
keselamatan sekolah.

Tindakan: Semua Guru

.

4.4 PENGURUSAN KO-KURIKULUM (GPK Koku, Pn Fatimah binti Jamil)

- Penerangan Jawatankuasa Sesi 2022/23 : Rujuk Buku Pengurusan Sekolah

- Perhimpunan bulanan unit beruniform akan dijalankan sebanyak 7 kali sepanjang

tahun.

- Semua acara sukan akan dilaksanakan selepas raya aidilfitri.

- Aktiviti KoKurikulum masih menggunakan pekeliling lama (secara dalam talian)

dan masih menunggu pekeliling lama.

- Program dirancang :

▪ 10.5.22 : Merentas Desa peringkat sekolah

▪ 19 – 21.7.22 : Bola Baling (SK Pt Jawa)

▪ 25 – 27.7.22 : Memanah (SMK Bkt Naning)

▪ 4 – 6.7.22 : Bola Tampar (SJK Pei Yang)

▪ 24 – 28.7.2022 : Olahraga (SK Pt Zain)

▪ 31.5.2022 : Sepak Takraw (SMK Sultan Alauddin Riayat Syah)

▪ 16.5.2022 : Sambutan Hari Guru, Hari Raya & Hari Lahir

▪ Tarikh belum ditetapkan (cadangan selepas Raya) :

Hari Keusahawanan
▪ Bulan Jun : Latihan Sukan
▪ 28.6.2022 : Sukantara Sekolah
▪ 3.7.2022 : Sukan Tahunan (Ahad)

▪ Bulan Julai : Pelancaran Bulan Kecergasan

▪ Bulan Ogos : Pelancaran Bulan Kebangsaan
▪ Perkhemahan di luar Kawasan sekolah.
▪ Program lawatan sekolah
▪ Penyertaan pertandingan Ko-Akademik

- Buku Kawalan Kelas :
• memohon kerjasama semua guru kelas agar meletak semula buku
kawalan kelas di bilik guru.
• Buku Kawalan Kelas 2022 akan disemak oleh GPK KoKurikulum

- Kawalan bilik darjah adalah penting untuk menarik fokus murid untuk
belajar.

Tindakan: Semua Guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar memaklumkan dalam Buku Pengurusan Sekolah pada helaian akhir
ada bahagian One Page Coaching (OPC). Jika ada perbincangan dengan GB,
GPK, PPD dan lain-lain yang ada proses coaching, guru boleh isi.
5.2 Pn Norasima meminta penjelasan berkaitan pemakaian yang dicadangkan.
Setelah dibincang, sebulat suara sokong pemakaian T-Shirt Sekolah pada hari
Isnin dan Batik Sekolah pada hari Khamis hanyalah pada Minggu 1 pada setiap
bulan.
5.3 Pn Siti Aishah memaklumkan perubahan lokasi pembayaran Yuran Tambahan
Persekolahan iaitu di Bilik KH.
5.4 En Zulfadzli memaklumkan bahawa cadangan tarikh Mesyuarat Agung PIBG ialah
pada 17 April 2022.

6. PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh En Mohd Jazmi bin Abd Jalil :
- Buku Pengurusan Sekolah 2022/23 boleh digunakan sepanjang tahun 2022/23
- Mesyuarat Panitia boleh mula dibuat .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tgh hari.

Disediakan oleh,
PN SITI AISHAH BINTI ABDUL RAZIP
Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali Ke-1 Sesi 2022/2023

Tarikh : 27 Mac 2022

.


Click to View FlipBook Version