The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO
-HAYANA SYAHIRA
-SITI RAHIMAH
-FIFIE SURIANI
-NUR SHAZLIYANA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hayanasyahira, 2021-05-24 04:49:01

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN ALLAH

E-FOLIO
-HAYANA SYAHIRA
-SITI RAHIMAH
-FIFIE SURIANI
-NUR SHAZLIYANA

MPU 23052 – SAINS , TEKNOLOGI DALAM KEJURUTERAAN
SESI : DECEMBER 2020 (DFO 2A)

TAJUK

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGGAN CIPTAAN
ALLAH SWT

NAMA PENSYARAH
FARHA BINTI MUHAMAD

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NOMBOR PENDAFTARAN
HAYANA SYAHIRA BINTI CHE 33DFO20F1007

HUSSEIN 33DFO20F1025
SITI RAHIMAH BINTI YUSOF 33DFO20F10019
33DFO20F1015
FIFIE SURIANI
NUR SHAZLIYANA BINTI DURIS

ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN
1 PENDAHULUAN
2 FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGGAN ALLAH
SWT
FENOMENA PROSES PEMBENTUKAN AWAN DAN TERJADINYA
HUJAN
FENOMENA PEREDARAN PLANET BUMI DALAM ORBITNYA
MENGELILINGI MATAHARI.
FENOMENA PENCIPTAAN LANGIT
FENOMENA GERHANA MATAHARI
FENOMENA TSUNAMI
KEJADIAN SIANG DAN MALAM
FENOMENA AIR LAUT TIDAK BERSATU

3 KESIMPULAN

PENDAHULUAN

Allah Maha Besar lagi Maha Perkasa. Bagi manusia yang ingkar dan tidak
menggunakan akal fikiran yang telah di kurniakan sebagai satu kelebihan
mengatasi makhluk Allah yang lain, sesungguhnya mereka termasuk golongan
yang rugi.
Begitu banyak tanda-tanda kebesaran Allah secara langsung atau tidak. Ini
semua agar manusia sentiasa beringat dan agar manusia tidak leka mengejar
dunia sahaja.
Pada era globalisasi kini, banyak fenomena yg berlaku di sekeliling kita. Namun
di sebalik fenomena itu Manusia kadang-kadang gagal menggunakan akal
fikiran mereka sepenuhnya untuk mempercayai kekusaan Allah SWT. Ini
disebabkan oleh mereka kurang kepercayaan kepada Allah SWT dan kurang
didikan agama sejak kecil lagi. Antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT
seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, fenomena-fenomena alam. Ini adalah tanda-
tanda kebesaran Allah yang perlu difikirkan oleh manusia.
Allah SWT memberikan kelebihan kepada manusia iaitu akal dan fikiran agar
manusia mampu untuk berfikir tentang rahsia-rahsia yang terdapat di langit dan
di bumi untuk membawa mereka menuju kearah pemikiran yang benar. Dalam
ayat Al-Quran juga banyak terdapat perbincangan-perbincangan mengenai
aspek-aspek alam dan segala hal yang berkaitan dengannya sebagai bukti
tentang kekuasaan Allah SWT dan tanda-tanda kebesaranNya. Namun begitu,
fungsi akal untuk memahami hakikat kebesaran dan kekuasan Allah SWT
sangat terhad kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu menafsirkan apa
yang dilihat dalam pengertian yang sempit sehingga manusia tidak tahu
bagaimanakah cara-caranya untuk mengakui tentang kekuasaan Allah SWT
tersebut.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menyingkap pengertian sebenar mengenai
tanda-tanda kebesaran Allah dan menghayati dengan sedalam-dalamnya hikmah
seluruh penciptaanNya.

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGGAN
ALLAH SWT

1. FENOMENA PROSES PEMBENTUKAN AWAN DAN
TERJADINYA HUJAN

Pembentukan awan merupakan salah satu proses pemeluwapan(proses
pertukaran daripada wap kepada cecair). Proses ini penting dalam proses
pembentukan awan yang akan menghasilkan hujan. Melalui proses semulajadi,
air yang tersejat kembali ke muka bumi. Awan akan terbentuk di atmosfera
apabila udara yang mengandungi wap air bergerak ke permukaan atas atmosfera
seterusnya membeku dan sejuk.

Matahari akan memanaskan udara disekitar permukaan bumi. Hal ini
menyebabkan udara tersebut menjadi lebih ringan dan naik ke kawasan yang
lebih sejuk. Apabila suhu semakin rendah , proses kondensasi lebih banyak
berlaku. Seterusnya pembentukan awan di atsmofera semakin meningkat.hujan
terjadi dalam tiga tahap, iaitu melalui pembentukan angina, pembentukan awan
dan hujan.

TAHAP PERTAMA(PEMBENTUKAN ANGIN)
1. Sejumlah besar gelembung udara terbentuk disebabkan oleh buih-buih di
lautan secara terus-menerus pecah dan menyebabkan molekul air dihamburkan
ke atsmofera.
2. molekul ini akan naik ke atmosfera
3. Aerosol berfungsi untuk memerangkap air dan membentuk titik awan
dengan mengumpulkan wap-wap air di sekitarnya
4. seterusnya naik dari lautan sebagai titisan-titisan kecil

TAHAP KEDUA(PEMBENTUKAN AWAN)

1. Terbentuk dari wap-wap air yang mengembun di sekitar Kristal garam atau
molekul debu di udara.

2. hal ini kerana titisan air di awan sangat kecil, awan menyelubungi atmosfera
hingga seluruh atmosfera tertutup oleh awan

TAHAP KETIGA(TURUNNYA HUJAN)
1. Molekul air yang mengandungi Kristal garam dan molekul debu akan
bertambah tebal dan menjadi semakin berat
2. Seterusnya hujan turun

3. Titik-titik air dari awan itu terus jatuh ke bumi sebagai hujan kipada kerana
titik-titik air itu menjadi lebih berat daripada udara.
a) Firman Allah dalam surah al-nur

maksudnya:

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengerakkan awan, kemudian
mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih maka
kamu akan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga
menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-
gunung.

2. FENOMENA PEREDARAN PLANET BUMI DALAM ORBITNYA
MENGELILINGI MATAHARI.

Allah SWT menyebut dalam al-Quran mengenai kejadian langit dan
bumi agar menjadi iktibar dan teladan kepada manusia dan mengambil
pengajaran atas keagungan ilahi.Kalimah langit disebut dalam al-quran
sebanyak 310 kali. Ini menunjukkan bahawa alam ini dan seluruh isinya
bergerak dalam paksinya .sebenarnya gunung-ganang juga bergerak .

Menurut fakta sains:

1. bumi berpusing atas paksinya iaitu satu pusingan adalah dalam
masa 24 jam

2. masa yang sama bumi bergerak mengelilingi matahari.
3. setiap pusingan orbitnya bumi mengambil masa selama 365 hari

dan 6 jam
4. bumi bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5

batu sesaat atau 66600 batu sejam.
5. situasi ini merupakan 30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan peluru

Bilangan laut dan darat yang diciptakan Allah SWT sangat menarik kerana
nisbah keluasaan laut terhadap keluasaan bumi keseluruhanya sekitar 71% dan

nilai ini menyerupai bilangan yang telah disebutkan dalam al-quran iaitu ,
Banyak ayat alquran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya

ialah:

a) Firman Allah SWT dalamsurah al-nami
b) Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya
c) Firman Allah SWT dalam surah Yassin
d) Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 5:

3. FENOMENA PENCIPTAAN LANGIT.

Allah SWT telah menciptakan langit dan
meninggikannya dan juga telah menyempurnakan
penciptaannya darpada unsur-unsur dukhan(asap).
Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jisim dukhan telah menjadikannya kuat
dan kukuh dan kemudiannya menjadi berlapis-lapis.kemudian unsur
dukhan itu terbentuknya gugusan bintan-bintang dan planet.

a) Firman Allah dalam surah Fussilat
maksudnya:

Kemudian ia menunjukan kehendakNya kearah ( bahan-bahan) langit
sedang langit masih berupa asap lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada
bumi: “Turuntlah kamu berdua akan perintah ku sama ada dengan
sukarela atau dengan paksa! “keduanya menjawab :”kami berdua sedia
menurut patuh dengan sukarela.”

(Surah Fussilat ayat 11)

b) Firman Allah dalam surah Qaf
maksudnya:

“Maka apakah mereka tidak menlihat akan langit yang ada diatas
mereka ,bagaimana kami meninggikanya dan menghiasianya dan langit
itu tidak mempunyai retak retak sedikit pun.

(Surah Qaf ayat 6)

c) Firman Allah dalam surah al-Dhariya
Maksudnya:

“Dan langit Kami bina dengan kekuasaan (kami) dan kami benar-benar
menluaskanya“

(Surah Al-Dhariyat ayat 47)

d) Firman Allah dalam surah al-Ma’arif
Maksudnya:

“Pada hari ketika langit seperti luluhan perak.”
(Surah al-Ma’arij ayat 8)

4. FENOMENA GERHANA MATAHARI

Terdapat empat jenis gerhana matahari:
Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan
mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat
terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak
lebih lembut dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling
baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-
betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz
Matahari, ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah

sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi
cakera Bulan yang lebih gelap

Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah
antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana
penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di
tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana
hibrid agak jarang berlaku.

Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak
tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan
separa. Fenomena ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian
besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus
ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana
hanya dapat dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra
melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi
permukaan Bumi.

Gerhana matahari penuh adalah fenomena semula jadi. Walau
bagaimanapun, pada zaman dahulu, dan dalam sesetengah budaya hari
ini, gerhana matahari telah dikaitkan dengan kuasa ghaib menyebabkan
atau dianggap sebagai petanda tidak baik. Gerhana matahari penuh boleh
menakutkan orang yang tidak mengetahui penjelasan astronomi di
sebaliknya, dengan matahari seolah-olah hilang di tengahari dan langit
menjadi gelap dalam masa beberapa minit.

5. FENOMENA TSUNAMI

Istilah tsunami berasal dari bahasa Jepun. Tsu berarti "pelabuhan", dan
nami bererti "gelombang", sehingga tsunami dapat diertikan sebagai
"gelombang pelabuhan".
Jadi, Tsunami adalah gelombang air yang sangat besar yang dibangkitkan
oleh pelbagai gangguan di dasar laut.
Gangguan ini dapat berupa gempa bumi, pergeseran lempeng, atau
gunung meletus. Tsunami tidak kelihatan saat masih berada jauh di
tengah lautan, namun begitu mencapai wilayah dangkal, gelombangnya
yang bergerak pantas ini akan semakin membesar.
Antara ayat al-Quran yang membangkitan hal tetang tsunami:

" Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; "
(QS. Surah At-Takwiir, ayat:6)

" Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; "
(QS. Surah Al-Infitaar, ayat:3)
Kedua ayat tersebut menjadi rujukan, jika tsunami memang ada di dalam
Al Qur’an.

" Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang
ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang
belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada
runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah
Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
"
(QS. Surah Al-Hajj, ayat:65)

" Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; "
( QS. Surah Al-Takwiir, ayat:6)

6. FENOMENA KEJADIAN SIANG DAN MALAM

Siang dan malam terjadi kerana bumi berputar di atas paksinya
mengelilingi matahari. Putaran bumi tersebut menyebabkan sebahagian
daripada bumi terdedah kepada cahaya matahari. Ini menyebabkan
berlaku siang.

Perbezaan siang dan malam di sesuatu kawasan kecuali di kawasan
Garisan Khatulistiwa disebabkan oleh kecondongan bumi iaitu 66 1/2 °
dari satah orbit hemisfera selatan mengalami waktu siang lebih panjang
daripada waktu malam pada 22 hb Disember. Matahari berada tegak di
Garisan Jadi Sementara semua kawasan hemisfera utara mengalami
waktu siang lebih pendek berbanding dengan waktu malam.

21 Mac dan 23 September apabila matahari berada tegak di Garisan
Khatulistiwa, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam
yang sama panjang. Manakala, apabila matahari berada tegak di Garisan
Sartan pada 21 Jun semua kawasan di hemisfera utara mengalami siang
lebih panjang daripada malam. Waktu siang lebih pendek berbanding
malam di hemisfera selatan.

Konsep Siang Dan Malam Dalam Al-Qur’an

Al-qur’an adalah mukjizat yang sangat sempurna, hanya dengan 114
Surat dan 6239 ayat al-Qur’an mampu membahas seluruh aspek
kehidupan, dan menjadi pedoman hidup yang sangat ideal. Allah melalui
al-Qur’an memerintahkan manusia untuk selalu memerhatikan
sekelilingnya, karena dimanapun mata memandang di situ terdapat tanda-
tanda kebesaran Allah swt.

Malam dan siang merupakan salah satu dari sekian banyak tanda-tanda
yang membuktikan bahwa alam ini pasti diatur oleh suatu zat yang amat
luar bisa (Allah). Di dalam al-Qur’an malam dan siang sering disebut
dan diulang-ulang di beberapa ayat-ayat-Nya. Dan beberapa diantaranya
yaitu di surat Al-Furqan ayat 47

a. Surat Al-Furqan ayat 47

‫َوهُ َو ا َّل ِذي َج َع َل َل ُك ُم ال ّلَ ْي َل ِل َباسا َوالنَّ ْو َم ُس َباتا َو َج َع َل ال ّنَ َها َر نُ ُشورا‬

ertinya:” Dan Dialah yang menjadikan untuk kamu malam sebagai
pakaian da tidur sebagai pemutus dan Dia menjadikan siang untuk
bertebaran”.(Al-Furqan:47)

Dalil Kejadian Siang Dan Malam
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam
waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam
waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup
dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang
mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Surah Al-'Imran 3:27
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang
sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya),
dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia
menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – tiap-tiap
satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.
Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Secara ilmiahnya, ilmu sains berkaitan falsafah kejadian siang dan malam
adalah selari dengan penyataan dari Al-Quran. Dengan kurniaan
akal,manusia perlu menghargai & bersyukur tentang perihal kelahiran
serta fitrah asal usul kejadian. Sebagai pelajar, kita haruslah buka mata,
hati dan minda berkaitan perkongsian mengenai ilmu fitrah kejadian
siang dan malam.

7. FENOMENA AIR LAUT TIDAK BERSATU

Selat Gibraltar, adalah lautan yang memiliki dua warna, Didalam Al-
Qur’an lautan ini, dijelaskan dalam Q.S Ar-Rahman (55) ayat : 19-22,
serta Q.S Al-Furqan (25) ayat 53″ Dan membiarkan dua lautan mengalir
yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak
dilampaui oleh masing-masing, maka nikmat Allah manakah yang kamu
dustakan.

Menurut para ilmuan moden, penghalang antara air laut masin dan air laut
tawar membuatan kedua jebis air laut mempuyai salinitas, kerapatan dan
suhu berbeza. Meskipun begitu, air laut tawar yang memasuki air laut
masin akann kehilangan ciri khasnya dan menjadi homogen, begitu pula
sebaliknya.

Menurut para pakar, yang membezakan antara air tawar dan air masin
dipanggil zona pynocline. Zona tersebut memiliki kepadatan yang
memisahkan dua lapisan seperti yang disebut di dalam ayat yang berikut:

" Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan,
yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi
pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan
sekatan yang menyekat percampuran keduanya. "

KESIMPULAN

Setiap perkara yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai objektif
tersendiri.Penciptaan setiap perkara di langit dan bumi telah dijelaskan
secara terperinci melalui wahy yg diturunkan dalam alquran dan
hadis.Hal ini merangkumi seluruh aspek termasuk ilmu berkaitan sains
dan teknologi dan kejuruteraan. Sebagai seorang muslim seharusnya
cakna dengan setiap fakta yang terkandung di dalam alquran dan hadis.
Setiap kajian yang dilakukan haruslah selari dengan garis paduan yang
terdapat di dalam alquran dan hadis.Gabungan bersepadu antara ilmu
sains, teknologi dan kejuruteraan berteraskan alquran dan hadis dapat
dilestarikan dengan mantap dan berkesan serta memperolehi keredaan
Allah SWT.

Sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version