PENULISAN
SENI BAHASA
DAN
SENI SASTERA
NYANYIAN / LAKONAN / PUISI
PAKK1172
MUHAMMAD AKMAL BIN ADAM
TAN WEI NA
WONG SEN YONG
PENGENALAN
Seni bahasa merupakan sesuatu aspek yang penting
dalam kemahiran berbahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, seni membawa maksud halus (kecil, elok), tipis dan
halus, enak didengar. Manakala, maksud bahasa menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu
dengan individu yang lain). Oleh itu, di dalam Kurikulum
Standard Bahasa Malaysia terselit aspek seni bahasa yang
menekankan keindahan seni bahasa secara didik hibur
(Supiah Monil, 2014). Oleh yang demikian, keindahan bahasa
yang dipelajari oleh kanak-kanak melalui teknik penyampaian
yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi,
bercerita, berlakon dan berpuisi akan ditekankan dalam aspek
seni bahasa. Justeru, kemahiran-kemahiran bahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dibentuk
dalam diri kanak-kanak melalui aspek seni bahasa.
PENGENALAN
Selain itu, seni bahasa juga berkait rapat dengan seni
sastera yang tidak dapat dipisahkan. Perkataan ‘sastera’
berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa
maksud kitab suci (Nurwan Zamri, 2015). Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua, sastera ditakrifkan sebagai hasil seni
yang diwujudkan dalam bentuk karangan bebas atau dalam
bentuk puisi. Sastera adalah satu bidang seni kreatif di mana
medium pengantarnya adalah bahasa. Oleh yang demikian
seni sastera dan seni bahasa memerlukan antara satu sama
lain untuk menyampaikan sesuatu cerita atau maklumat.
Setiap karya sastera yang dihasilkan mengandungi
pengajaran dan juga nilai kemanusiaan yang disampaikan
secara tersurat dan tersirat. Justeru, penulisan ini akan
membincangkan tentang elemen nyanyian, lakonan dan puisi
yang terangkum dalam seni bahasa dan sastera.
Elemen yang perdana ialah elemen nyanyian. Nyanyian
bermaksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara
daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Nyanyian mempunyai
seni bahasa yang sangat tinggi kerana membina sebuah lagu
tidak bermaksud menyalin atau menulis semula semua
perkara yang ingin disampaikan tetapi sebuah lagu akan
digubal dengan sehabis ringkas. Menurut Zakaria Khalid dan
Ariff Fadillah Khalil (2011), beliau berpendapat belajar sambil
bermain atau didik hibur dapat meningkat minat membaca
kanak-kanak seterusnya mewujudkan suasana yang
menyeronokkan. Contoh didik hibur dan belajar sambil
bermain adalah seperti nyanyian, bercerita dan main peranan.
Komponen-komponen ini sangat sesuai dengan tahap umur
kanak-kanak dan sesuai digunakan oleh guru untuk kanak-
kanak di prasekolah selari dengan kajian Mahzan Arshad
(2012) di mana penggunaan teknik ini membantu guru untuk
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Elemen nyanyian sangat penting dalam Pendidikan
Awal Kanak-kanak kerana kanak-kanak menyukai bunyi dan
muzik. Oleh yang demikian, muzik dan nyanyian dapat dilihat
memberi kesan positif serta menarik perhatian kanak-kanak
di dalam bilik darjah (Harriet et al, 2014). Bunyi dan muzik
bukan sahaja membuatkan kanak-kanak lebih terhibur malah
menarik perhatian kanak-kanak. Selain itu, nyanyian dapat
membantu kanak-kanak menambah perbendaharaan kata
melalui lirik yang mempunyai perkataan-perkataan yang baru.
Kanak-kanak lebih mudah mempelajari dan mengingati
perkataan-perkataan yang baharu jika ditambah dengan
aspek pic, tempo, corak irama, dan melodi. Seterusnya,
nyanyian dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meluaskan perkembangan bahasa mereka. Sebagai contoh,
guru boleh menjalankan aktiviti seperti menyanyi secara
muzikal, cara menyanyi dan mari menyanyi. Malahan,
nyanyian ini juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif
kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak lebih berupaya untuk
menghafal huruf ABC dengan menyanyikan lagu.
Elemen yang seterusnya iaitu elemen lakonan. Lakonan
dapat ditakrifkan sebagai cara berlakon atau cara
melakonkan sesuatu peranan dalam drama (Kamus Pelajar
Edisi Kedua). Oleh itu, dalam lakonan terselitnya aspek-
aspek seni bahasa. Menurut Pei Sing Ang (2019), kanak-
kanak dapat mempelajari seni bahasa daripada aktiviti
lakonan kerana ini membolehkan kanak-kanak bertutur
dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul.
Sebagai tamsilnya, kanak-kanak dapat membezakan intonasi
bertanya dan menjawab soalan serta dapat membezakan
nada yang gembira, sedih dan marah. Hal ini demikian
kerana, setiap watak yang akan dilakonkan oleh kanak-kanak
mempunyai personaliti dan emosi yang berbeza seperti
marah, sedih dan gembira. Justeru itu, mereka dapat belajar
cara membawa watak tersebut dengan penuh intonasi, nada
dan gaya bahasa yang betul mengikut babak dalam sesuatu
cerita. Tambahan pula, gaya, suara, intonasi, nada dan
sebutan yang betul tergolong dalam aspek seni bahasa.
Bukan itu sahaja, lakonan juga mempunyai aspek seni
sastera di mana susunan ayat dalam lakonan yang teratur
dan indah. Justeru itu, dalam pendidikan awal kanak-kanak
juga ada mengajar penggunaan bahasa yang indah melalui
aktiviti yang menyeronokkan seperti kanak-kanak
melakonkan sesuatu kisah teladan. Oleh itu, kanak-kanak
akan bijak menggunakan bahasa yang indah dan sopan
apabila berkomunikasi. Selain itu, setiap seni sastera ada
menyelitkan pengajaran dan moral disebalik penceritaan
(Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu). Oleh
yang demikian, kanak-kanak dapat mengambil iktibar dan
pengajaran daripada lakonan rakan-rakannya daripada
sesuatu cerita seperti Kisah Pak Pandir, Arnab dan Kura-kura
dan Si Tanggang.
Elemen terakhir ialah elemen puisi. Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi Keempat, puisi bermaksud karangan
yang berbentuk sajak (syair, pantun dan lain-lain). Puisi
kanak-kanak pula adalah satu genre yang memiliki kerangka
dan ciri-ciri. Haviland (1972) berpendapat bahawa puisi
kanak-kanak harus berciri: pertama cerita yang
menghiburkan, kedua berasal daripada ruang dan
pengalaman seharian mereka, dan ketiga mempunyai
fantasi dan imaginatif. Beliau mengambil contoh puisi
Twinkle Twinkle Little Stars dan Five Little Monkeys sebagai
karya ukuran. Melalui contoh kedua-dua puisi ini, ketiga-tiga
sifat ini merupakan format atau kerangka yang seolah-olah
dipersetujui dan diguna oleh pelbagai sarjana sastera kanak-
kanak. Justeru, puisi kanak-kanak harus bersifat nyanyian
dan lakonan untuk mencetuskan minat kanak-kanak
menikmati seni bahasa terutama puisi sejak kecil.
Datuk Harimau
Datuk Harimau pukul berapa, pukul satu
Datuk Harimau pukul berapa, pukul dua
Datuk Harimau pukul berapa, pukul tiga
Datuk Harimau pukul berapa, pukul empat
Datuk Harimau pukul berapa, pukul lima
Datuk Harimau pukul berapa, pukul enam
Datuk Harimau pukul berapa, pukul tujuh
Datuk Harimau pukul berapa, pukul lapan
Datuk Harimau pukul berapa, pukul sembilan
Datuk Harimau pukul berapa, pukul sepuluh.
Puisi ini boleh dilagukan dan dilakonkan. Kanak-kanak
yang memberi peranan sebagai datuk harimau dapat
memperoleh idea-idea tentang kehidupan harimau. Pendidik
awal kanak-kanak boleh meminta kanak-kanak bercerita
tentang harimau, warna bulunya, makanan kegemaran,
bagaimana bunyinya dan bagaimana habitat harimau
mengikut pandangan mereka. Di samping itu, kanak-kanak
dapat belajar konsep masa dan nombor melalui lakonan puisi
ini.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, aspek seni bahasa menekankan
kepada keindahan bahasa secara didik hibur dan bertujuan
untuk membentuk murid yang memiliki kesimbangan dan
kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, mendengar,
bertutur melalui pelbagai kaedah pengajaran. Penghayatan
nilai dan seni dalam bahasa dapat ditingkatkan melalui aktiviti-
aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa seperti
nyanyian, lakonan dan puisi. Idea secara kreatif melalui
bahasa yang indah dan halus serta menghargai dalam
sesuatu nilai sastera atau seni berkemampuan untuk
dilahirkan oleh kanak-kanak.
Pembacaan sastera pula dapat memberi kanak-kanak
gambaran persekitaran dan meluaskan pengalaman mereka
terhadap kehidupan manusia. Sastera kanak-kanak juga
merupakan asas pembentukan dan minda kanak-kanak. Hal
ini kerana pembentukan minda kanak-kanak terutama dari
aspek perkembangan bahasa dalam kanak-kanak dapat
dikembang dengan lebih berkesan. Pembacaan sastera juga
dapat memberi teladan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak
dapat mempelajari cara penyelesaian masalah dan nilai-nilai
murni.
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008). Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Haviland, V. (1972). Children and literature:View and Review.
London: Bodley Head
Scribd. 2022. Pengajaran SENI BAHASA (Nyanyian) | PDF.
[online] Available at:
<https://www.scribd.com/doc/152244337/Pengajaran-SENI-
BAHASA-Nyanyian> [Accessed 5 April 2022].
Supiah Monil. (2014, September 16). Kemahiran Seni Bahasa
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/239929428/Kemahiran-Seni-
Bahasa-Dalam-Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Bahasa-
Melayu
RUJUKAN
Nurwan Zamri. (2015, November 5). Apa Yang Dimaksudkan
Dengan Sastera. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/288574944/Apa-Yang-
Dimaksudkan-Dengan-Sastera
Pei Sing Ang. (2019, Mei 16). BAB 1 Pengenalan Aspek Seni
Bahasa Dan Unsur Sastera Melayu. Scribd.
https://www.scribd.com/document/410296904/BAB-1-
Pengenalan-Aspek-Seni-Bahasa-dan-Unsur-Sastera-Melayu-
docx
Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin,
Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan, & Dr.
Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.