PENULISAN
PAKK 1094
kurikulum
TASKA & PRASEKOLAH
MUHAMMAD AKMAL BIN ADAM
PENSYARAH:
EN. ROZMAN BIN ROSELY
PENGENALAN
Seni bahasa merupakan sesuatu aspek yang penting
dalam kemahiran berbahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, seni membawa maksud halus (kecil, elok), tipis dan
halus, enak didengar. Manakala, maksud bahasa menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu
dengan individu yang lain). Oleh itu, di dalam Kurikulum
Standard Bahasa Malaysia terselit aspek seni bahasa yang
menekankan keindahan seni bahasa secara didik hibur
(Supiah Monil, 2014). Oleh yang demikian, keindahan bahasa
yang dipelajari oleh kanak-kanak melalui teknik penyampaian
yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi,
bercerita, berlakon dan berpuisi akan ditekankan dalam aspek
seni bahasa. Justeru, kemahiran-kemahiran bahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dibentuk
dalam diri kanak-kanak melalui aspek seni bahasa.
MATLAMAT KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH
Secara umumnya, matlamat bagi Kurikulum PERMATA
Negara yang digunakan di Taska dan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digunakan di
Prasekolah adalah untuk menyediakan persediaan awal
kepada kanak-kanak sebelum ke pendidikan secara formal.
Bagi matlamat Kurikulum PERMATA Negara secara terperinci
adalah untuk menyediakan program asuhan serta didikan
awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0
hingga 4 tahun. Oleh itu, kurikulum yang digunakan di Taska
menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat
pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti supaya dapat
melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah
mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang
tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan
mengamalkan gaya hidup sihat.
MATLAMAT KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH
Seterusnya, matlamat yang ditetapkan dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ialah bertujuan
memperkembangkan potensi murid berumur 4 hingga 6 tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam setiap aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Oleh yang
demikian, kanak-kanak perlu melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan agar mereka dapat
memperkembangkan potensi sebenar mereka. Justeru,
kurikulum ini dapat meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak supaya mereka lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya
kerana selepas ini mereka akan berada di tahun 1 di sekolah
rendah.
OBJEKTIF KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH
Seterusnya, terdapat beberapa objektif Kurikulum
PERMATA Negara dilaksanakan di Taska. Salah satu objektif
kurikulum ini dilaksanakan ialah mendidik kanak-kanak
mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan dan keselamatan
diri, dan gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana sepanjang
kanak-kanak di taska, ia merupakan tempoh kritikal bagi
kanak-kanak. Oleh itu, kesihatan dan keselamatan kanak-
kanak perlu diutamakan agar perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak berjalan dengan baik. Sebagai
contoh, guru di taska memberi kanak-kanak makan makanan
yang seimbang iaitu mengikut piramid makanan. Secara tidak
langsung, kanak-kanak mendapat nutrien yang secukupnya
dari semua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, lemak
dan sayur-sayuran yang bagus untuk tumbesaran mereka
serta membekalkan tenaga kepada mereka. Tambahan lagi,
susu juga amat penting bagi kanak-kanak untuk menguatkan
tulang-tulang mereka. Justeru, kesihatan fizikal dan mental
serta keselamatan kanak-kanak dijaga dengan baik di Taska
kerana menggunakan Kurikulum PERMATA Negara.
OBJEKTIF KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH
Di samping itu, Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) yang digunakan di Prasekolah juga
menyenaraikan beberapa objektif yang sesuai dengan kanak-
kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Antara objektif
kurikulum di Prasekolah ialah kanak-kanak dapat
menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
Oleh itu, kanak-kanak dapat belajar cara berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris bersama
rakan-rakan, ibu bapa ataupun orang di sekeliling. Hal ini
demikian kerana, banyak kemahiran dalam berkomunikasi
seperti tatabahasa, intonasi dan kesantunan berbahasa yang
perlu dipelajari oleh kanak-kanak sejak kecil lagi. Tambahan
pula, pada masa akan datang, kanak-kanak ini akan
menerima banyak arahan daripada guru dan perlu
berkomunikasi dengan orang di sekeliling atas faktor
pendidikan. Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat
melakukan persediaan awal apabila mereka memasuki
Prasekolah yang berkonsepkan KSPK.
ISI KANDUNGAN KURIKULUM TASKA DAN
PRASEKOLAH
Isi kandungan kurikulum yang digunakan di Taska dan
Prasekolah mempunyai perbezaan. Jika Kurikulum PERMATA
Negara yang digunakan di Taska, ianya mempunyai 6 bidang
pembelajaran iaitu perkembangan sahsiah, sosioemosi dan
kerohanian; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi
awal; perkembangan awal matematik dan pemikiran logik;
perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran;
perkembangan fizikal; dan perkembangan kreativiti dan
estetika. Oleh yang demikian, semua bidang ini akan
diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak ketika mereka
berada di Taska. Sebagai contoh, bidang perkembangan
sahsiah, sosioemosi dan kerohanian akan mendidik kanak-
kanak mengawal emosi serta menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka. Oleh itu, kanak-kanak akan timbul
perasaan kesian kepada rakannya yang dalam kesusahan
dan akan memberikan bantuan pertolongan. Dari segi emosi
pula, kanak-kanak sudah pandai menunjukkan sesuatu
perasaan seperti perasaan gembira apabila seseorang
memberikan mainan. Pada masa yang sama, kurikulum di
taska mengajar mereka untuk memelihara kesihatan mental
dengan memastikan emosi yang stabil.
ISI KANDUNGAN KURIKULUM TASKA DAN
PRASEKOLAH
Seterusnya, bagi isi kandungan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di Prasekolah, terdapat 6
tunjang utama iaitu tunjang komunikasi; tunjang kerohanian,
sikap dan nilai; tunjang keterampilan diri; tunjang
perkembangan fizikal dan estetika; tunjang sains dan
teknologi; dan tunjang kemanusiaan. Oleh itu, keenam-enam
tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara
satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran yang kritis,
kreatif dan inovatif. Oleh yang demikian, kesepaduan ini
adalah untuk membangunkan modal insan iaitu kanak-kanak
ini agar menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan
kreatif serta inovatif. Justeru, kanak-kanak dalam lingkungan
4 hingga 6 tahun telah dididik setiap setiap kemahiran dan
aspek termasuklah aspek keagamaan. Contohnya, kanak-
kanak yang beragama Islam sudah dididik mengenai solat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kurikulum PERMATA Negara yang
digunakan di Taska dan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) yang digunakan di Prasekolah banyak
memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak. Hal ini
demikian kerana, kurikulum yang digunakan bersesuaian
dengan kumpulan umur kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak
dapat berkembang dan membesar dengan persekitaran yang
sihat dan selesa. Tambahan lagi, kurikulum ini lebih kepada
memberi persediaan serta memperkenalkan kepada mereka
tentang pendidikan dan kehidupan yang mereka akan alami
pada masa hadapan. Justeru, ibu bapa digalakkan
menghantar anak-anak mereka ke taska ataupun prasekolah
ketika mereka berusia 0 hingga 6 tahun sebagai persediaan
sebelum memasuki darjah 1. Oleh yang demikian, anak-anak
tidak akan berasa terkejut apabila masuk ke darjah 1 kerana
mempunyai pengalaman dan persediaan yang rapi.
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Modul Pendidik / Pengasuh. (2013). Kursus Asuhan & Didikan
Awal Kanak-Kanak Permata.
Universiti Putra Malaysia.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). (2017).
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adlin Farahin. (2015). Definisi Pendidikan. Scribd.
https://www.scribd.com/doc/273950507/definisi-pendidikan
Aida. (2021). 6 Bidang Kurikulum PERMATA. Scribd.
https://www.scribd.com/document/491695154/6-bidang-
Kurikulum-PERMATA
Wee. (2020). 6 Tunjang Dalam KSPK. Scribd.
https://www.scribd.com/document/453877184/6-TUNJANG-
DALAM-KSPK
RUJUKAN
Azzimawati, R. (2014, May 25). Bagaimana Kanak-kanak
Mempelajari Bahasa. PORTAL
MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/bagaimana-kanak-
kanak-mempelajari-bahasa/
Kajian Pengesanan: Perkembangan Kanak-kanak PERMATA
Negara | FAKULTI EKOLOGI
MANUSIA. (n.d.). Eco1.Upm.edu.my. Retrieved May 12, 2022,
from
https://eco1.upm.edu.my/artikel/kajian_pengesanan_perkemb
angan_kanak_kanak_permata_negara-47389