The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS PENGACARA MAJLIS_HARI HEM DAN KOKO_BM_BI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulrusyda94, 2024-03-27 00:50:42

TEKS PENGACARA MAJLIS_HARI HEM DAN KOKO_BM_BI

TEKS PENGACARA MAJLIS_HARI HEM DAN KOKO_BM_BI

1 TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS APRESIASI HEM DAN KOKURIKULUM 2023 Agenda Teks Sebelum majlis Sebelum majlis bermula, izinkan saya menyampaikan sedikit pesanan bagi melicinkan lagi perjalanan majlis kita pada pagi ini; 1. Murid diminta berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu jemputan. 2. Murid diminta menghormati majlis dengan tidak berbual dan membuat bising sepanjang majlis berlangsung. 3. Di akhir majlis, murid diminta tunggu sehinggalah TETAMU JEMPUTAN keluar dari dewan. Sila tunggu arahan dari juruacara. DINA Ketibaan para pentadbir Mengumumkan ketibaan TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA DAN TUAN PENGETUA BERSAMA BARISAN PENTADBIR MASUK KE DALAM DEWAN. ARISSA Alunan asmaul husna, dan nyanyian lagu (English) Please rise to honour the ASMAUL HUSNA, NATIONAL ANTHEM and PERAK STATE ANTHEM All audience may be seated. ARISSA Ucapan aluan pengerusi majlis Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak dara, Hadir tuan meriah suasana, Kami menyambut penuh gembira. DINA Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH PENGETUA CEMERLANG SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, ARISSA


2 YANG DIHORMATI TUAN HAJI MOHAMAAD RADZI BIN ISMAIL PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PUAN SUHAIZA BINTI SHUIB PEMANGKU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN HAJAH RUSHITA BINTI OMAR PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TUAN HAJI AHMAD SYUKRI BIN MD NOOR PENOLONG KANAN STAM Guru-guru kanan, guru-guru, barisan penerima anugerah serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat datang diucapkan ke MAJLIS APRESIASI HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT TAHUN 2023. Majlis Apresiasi HEM dan Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah bersama-sama membantu pihak sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin murid dalam organisasi HEM, kelab persatuan, unit beruniform mahupun sukan permainan. DINA Bacaan doa (ENGLISH) Before we move on, let us begin with the recitation of du’a that will be led by USTAZ AHMAD SYAHIR BIN HASBULLAH. Please welcome. (bacaan doa) Amin, amin ya Rabbal’alamin. Thank you, Ustaz Ahmad Syahir, for the recitation of du’a just now. DINA Bacaan alquran Dari Kedah ke Kuala Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan pembukaan memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. Seterusnya, majlis menjemput SAUDARI NUR SAIDATUL AMIRAH BINTI MD AZMI dari KELAS 4 KHADIJAH untuk mengalunkan bacaan al-quran.Dengan segala hormatnya, dipersilakan. (persembahan) Terima kasih diucapkan. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Saudari Nur Saidatul Amirah binti Md Azmi telah mewaliki sekolah dalam pertandingan Qiraat Bittaranum peringkat Daerah Larut Matang Selama dan mendapat Naib Johan. ARISSA


3 Ucapan pengetua (ENGLISH) Beloved teachers and friends, Next, we would like to invite TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH, the principal of SABK Maahad Al Khair Lil Banat to deliver his speech. Please welcome. (ucapan) Thank you, Tuan Haji Muhamad bin Abdullah, for the memorable speech just now. DINA Ucapan Perasmian TUAN HAJI MUHAMAD BIN YAHYA Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang Jerami, Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. Hadirin sekalian, Kini tibalah masa untuk kita mendengar ucapan perasmian, Majlis Apresiasi HEM dan Kokurikulum SABK Maahad Al-Khair Lil Banat tahun 2023. Dengan itu, majlis menjemput TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM Untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi HEM dan Kokurikulum SABK Maahad Al-Khair Lil Banat tahun 2023. Dengan takzimnya, dipersilakan. (ucapan) Bunga selasih di dalam taman, Harum Melati penyeri intan, Terima kasih ucapan tuan, Kekal bersemi dalam ingatan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA kerana sudi menyampaikan ucapan yang amat bermakna dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. DINA Persembahan gimik (ENGLISH) TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA is asked to remain on the stage to complete the opening gimmick. (gimik perasmian) Thank you to TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA for completing the opening gimmick just now. ARISSA


4 Montaj (English) Ladies and gentlemen, Next, let us watch the montage for the school activities this year that has been prepared. Have a pleasant view. (montaj) Thank you. ARISSA Penyampaian hadiah dan Sijil HEM. Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Hadiri sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan HEM. Dengan itu, majlis menjemput PUAN SUHAIZA BINTI SHUIB, PEMANGKU PENOLONG KANAN HEL EHWAL MURID Diiringi PUAN HAJAH RUSHITA BINTI OMAR, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM Untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. (penyampaian hadiah) Terima kasih diucapkan kepada PUAN SUHAIZA BINTI SHUIB, dan PUAN HAJAH RUSHITA BINTI OMAR kerana sudi menyampaikan hadiah. DINA Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan Kokurikulum (English) Next, we continue with the prize and certificate of appreciation giving ceremony for the cocurricular. Hence, we would like to invite TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH, THE PRINCIPAL Accompanied by, TUAN HAJI MUHAMAAD RADZI BIN ISMAIL, THE SENIOR ASSISTANT OF ADMINISTRATIVE To give away the prizes and certificates of appreciation. Please welcome. (penyampaian hadiah) ARISSA


5 Thank you, TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH AND TUAN HAJI MUHAMAAD RADZI BIN ISMAIL, for giving away the prizes and the certificates. Persembahan Nasyid Sehabis merah daun yang sihat, Dahan melebar bercerita sakan, Majlis anugerah mohon berehat, Persembahan pelajar kita saksikan. Hadirin sekalian, Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan Nasyid dari Kumpulan KHAULAH HADANI yang diketuai oleh SAUDARI NUR AQILAH MUNIRAH BINTI AHMAD LUTPI. Dengan takzimnya, majlis mempersilakan. (persembahan) Terima kasih diucapkan kepada KUMPULAN NASYID KHAULAH HADANI atas persembahan yang mantap itu tadi. Untuk pengetahuan semua, Kumpulan Khaulah Hadani telah mewakili sekolah dalam pertandingan Nasyid Peringkat Larut Matang Selama dan telah mendapat tempat keempat. DINA Penyampaian Anugerah Khas (English) Ladies and gentlemen, Now, we’ve come to the final agenda which is the special awards giving ceremony. Hence, we would like to invite, our special guest, TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA, THE SENIOR CHIEF ASSISTANT DIRECTOR, ISLAMIC EDUCATION SECTOR, Accompanied by, TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH, THE PRINCIPAL To give away the awards. Please welcome. (penyampaihan hadiah_ Thank you to TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA and TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH for giving away the awards. ARISSA


6 Penyampaian Hadiah Perasmi (English) Now, we would like to invite TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH to give away a gift of appreciation to our special guest, TUAN HAJI MUHAMMAD BIN YAHYA. Thank you. DINA Penutup Hadirin yang dimuliakan, Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Majlis Apresiasi HEM dan Kokurikulum bagi tahun 2023. Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. DINA Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Lain masa bersua lagi. Majlis Apresiasi HEM dan Kokurikulum telah sampai ke penghujunganya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sekian sahaja daripada kami, andai ada terkasar kata, andai kata tersalah Bahasa harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan sebarang kekurangan datangnya dari kekhilafan diri kami sendiri. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis menjemput tetamu jemputan dan barisan pentadbir untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. ARISSA


Click to View FlipBook Version