SKRIP PENGERUSI MAJLIS PROGRAM PELANCARAN IHYA’ RAMADAN 1444 H / 2023 TENTATIF Ucapan pengerusi majlis Semua murid diminta duduk dan tidak membuat bising. BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM W.B.T. SALAM AWAL RAMAHAN DAN SALAM MALAYSIA MADANI. Kuntum melati tumbuh melata, Burung merbah di pohon cemara, Assalamualaikum pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. YANG BERUSAHA USTAZ MUHAMAD BIN ABDULLAH PENGETUA CEMERLANG SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, YANG MULIA, RAJA MOHAMAD NUR ISLAHUL KHAIR BIN RAJA ASPAN, GURU AGAMA DAN DAKWAH TAIPING, PENCERAMAH JEMPUTAN YANG DIHORMATI, TUAN HAJI MOHAMAAD RADZI BIN ISMAIL PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PUAN HAJJAH SAIDAH BINTI SAFIAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN HAJJAH RUSHITA BINTI OMAR PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TUAN HAJI AHMAD SYUKRI BIN MD NOOR PENOLONG KANAN STAM
Guru-guru kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Alhamdulillah, mari kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dapat kita dipertemukan dalam Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan 1444 H dan Ceramah Ambang Ramadan pada hari ini. Ramadan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Dalam bulan ini juga, doa hamba-hamba-Nya diterima, taubat diberi dan penuh dengan keredhaan Allah. Kalau siang ada matahari, Kalau malam ada bulan, Mari kita mensucikan hati, Untuk menyambut bulan ramadan. Bacaan doa Hadirin sekalian, Sebelum kita ke agenda seterusnya, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa. Oleh itu, dijemput NUR SYAHIRA BINTI JAMHARI dari kelas 5 KHADIJAH untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin, amin ya Rabbal’alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Ucapan perasmian pengetua Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Seterusnya majlis menjemput Ustaz Muhamad bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SABK Maahad Al-Khair Lil Banat untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Program Ihya’ Ramadan SABK Maahad Al Khair Lil Banat tahun 2023. Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Gimik perasmian Tuan Pengetua diminta untuk terus berada di pentas untuk menyempurnakan persembahan gimik perasmian. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian merasmikan program Ihya’ Ramadan dan menyempurnakan persembahan gimik perasmian sebentar tadi. Ceramah ambang ramadan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Majlis akan diteruskan lagi dengan Ceramah Ambang Ramadan. Penceramah kita pada hari ini dijemput khas dari Pejabat Agama Daerah Larut Matang Selama. Orangnya sentiasa segak bergaya. Beliau lulusan ____________________________________________________ dari Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Beliau berkhidmat sebagai Guru Agama Dakwah Taiping. Beliau sudah berpunya dan mempunyai dua orang cahaya mata. Dengan itu, majlis mempersilakan YANG MULIA RAJA MOHAMAD NUR ISLAHUL KHAIR BIN RAJA ASPAN untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada YANG MULIA RAJA MOHAMAD NUR ISLAHUL KHAIR BIN RAJA ASPAN di atas kesudian menyampaikan ceramah yang sangat padat dengan ilmu itu tadi. Penyerahan cenderamata Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Bagi menzahirkan rasa terima kasih dari pihak sekolah kepada Penceramah Jemputan kita pada hari ini,majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Muhammad bin Abdullah diiringi Tuan Haji Mohamaad Radzi bin Ismail bagi menyampaikan cenderamata kepada YANG MULIA RAJA MOHAMAD NUR ISLAHUL KHAIR BIN RAJA ASPAN. Terima kasih diucapkan. Penutup Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Pihak sekolah telah merancang pelbagai program sepanjang bulan ramadan ini. Antaranya, Kuiz Ramadan, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Kad Raya, Ceramah Nuzul Quran, tadarus Al-Quran, Iftar Jamie dan Majlis Khatam Quran. Semoga semua program yang telah dirancang berjalan dengan sebaiknya dan mendapat sambutan dari semua pihak. Hadirin sekalian, Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadan kita kali ini penuh dengan keberkatan dan Rahmat Ilahi. Setitis embun di pagi hari, Jatuh di atas bunga Melati, Inilah waktunya perbaiki diri, Di bulan ramadan yang suci ini. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Lain masa bersua lagi. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.