TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN RAYA MKLB 2024/2025 AGENDA TEKS KETIBAAN TETAMU MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BEHORMAT ADUN, TUAN PENGETUA DAN TETAMU JEMPUTAN KE TEMPAT DUDUK UTAMA UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM YANG BERHORMAT, USTAZ MOHD FAKHRUDDIN BIN ABD. AZIZ AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DUN KAMUNTING, YANG BERUSAHA TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH PENGETUA CEMERLANG SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, YANG BERUSAHA ENCIK LOKMAN BIN IBRAHIM, PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM TUAN HAJI FADZILAN BIN HAJI RASDI PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM YANG DIHORMATI, TUAN HAJI MAT ZIN BIN HJ AHMAD PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH YANG DIHORMATI, TUAN HAJI SALEHUDDIN BIN KHALIF
YANG DIPERTUA PIBG SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, TUAN HAJI MOHAMAAD RADZI BIN ISMAIL PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PUAN SUHAIZA BINTI SHUIB PEMANGKU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN HAJAH RUSHITA BINTI OMAR PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TUAN HAJI AHMAD SYUKRI BIN MD NOOR PENOLONG KANAN STAM Wakil PIBG, Tetamu Jemputan, Guru-guru kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. ASSALAMUALAIKUM dan selamat datang diucapkan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SABK Maahad Al-Khair Lil Banat tahun 2024. Bersongkok bersampin segak berseri, Berbaju kurung Anggun jelita, Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Bersamalah kita meraikannya. Takbir bergema di subuh hari, Tanda Syawal menjelma kini, Sambutan Aidilfitri sama dirai, Saling bermaafan sucikan diri.
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita diberi kesempatan untuk menikmati indahnya Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Syukur juga dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2024. Untuk pengetahuan semua, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua Warga MKLB. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dan guru selain menyambut kemeriahan berpakaian baju raya. Pada hari ini, beberapa pertandingan akan dipertandingkan antara rumah sukan. Antaranya adalah pertandingan persembahan rumah sukan dan pertandingan ‘booth’ makanan paling kreatif. UCAPAN WAKIL MURID Hadirin yang disayangi sekalian, Mercun roket mercun papan, Kala bermain harus waspada, Mari saudari hadir ke hadapan, Wakil murid mula bicara. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil murid. Dengan itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput Saudari ______________________________________________________ untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. UCAPAN PENGETUA Hadirin yang dikasihi sekalian, Ketupat dihidang enak rasanya, Dihidang pula bersama rendang, Bingkisan kata bingkisan raya, Madah pengetua harap didendang.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Haji Muhamad bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SABK Maahad Al-Khair Lil Banat bagi menyampaikan ucapan beliau. Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi. BACAAN DOA Hadirin yang dihormati sekalian, Nasi beriyani sudah dihidang, Ayam merah sedang menanti, Sebelum makan ketupat rendang, Jangan lupa, doa tak baca lagi. Oleh itu, tanpa membuang masa, majlis menjemput Saudari __________________________________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan doa sebentar tadi. JAMUAN MAKAN Di pagi raya pergi ke pekan, Pergi ke pekan bersama Pak Atan, Tibalah masa yang kita nantikan, Untuk bersama nikmati jamuan. Ingin laksa singgah ke Azzahra, Kempunan biskut ziarah Adawiyah, Lemang Nasi impit ada di Asma, Hilangkan dahaga bersama Sumayyah. Pelbagai hidangan terhidang sudah, Ketupat rendang jangan dilupa, Ucapan sudah berdoa pun sudah,
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera. Tanpa membuang masa, majlis menjemput semua hadirin untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Tamat sudah tugas saya pada pagi ini. Segala salah dan silap harap dimaafi. Sekian daripada saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.