The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulrusyda94, 2024-03-27 01:00:27

UCAPAN WAKIL MURID MAJLIS PERSARAAN

UCAPAN WAKIL MURID MAJLIS PERSARAAN

UCAPAN WAKIL MURID Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MUHAMAD BIN ABDULLAH, PENGETUA CEMERLANG, SABK MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, YANG DIRAIKAN, PUAN HAJAH NORLIDA BINTI ABD MAJID dan suami, YANG DIHORMATI, TUAN HAJI MOHAMAAD RADZI BIN ISMAIL, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN PUAN SUHAIZA BINTI SHUIB, PEMANGKU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID PUAN HAJAH RUSHITA BINTI OMAR, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM TUAN HAJI AHMAD SYUKRI BIN MD NOOR, PENOLONG KANAN STAM Guru-guru kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang disayangi sekalian. Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat dapat kita bersama-sama meraikan majlis LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI PUAN HAJAH NORLIDA BINTI ABD MAJID yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak majlis, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan mewakili murid-murid SABK Maahad Al-Khair Lil Banat. Hadirin yang dihormati sekalian, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru kami ini iaitu Puan Hajah Norlida binti Abdl Majid bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di MKLB. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Puan Hajah Norlida. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, beliau sentiasa melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah amat mementingkan kebajikan murid melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat kami semua. Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid MKLB merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Norlida yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Hajah Norlida serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.


Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Untuk itu,izinkan saya melafazkan beberapa rangkap pantun: Terbang serindit ke pohon meranti, Hinggap sebentar membuat sarang; Majlis indah lagi berkati, Bagi meraikan Cikgu Norlida tersayang. Tiada kata seindah bicara, Dapat dilafazkan seiring jasa; Tiba Ketika Cikgu bersara, Bakti dicurah di ingat sentiasa. Bibir merah tergigit lada, Lada bercampur bersama laksa; Walau di mana Cikgu berada, Ingatlah kami anak didik tercinta. Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan, ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Norlida kerana telah banyak menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu, tidak dapat kami balas. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segalanya. Terima kasih juga kepada Cikgu kerana tidak pernah jemu mendidik kami kearah pembentukan sahsiah yang baik, serta kecemerlangan akademik yang berterusan. Akhirnya kalam, saya mewakili murid-murid MKLB, ingin Menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan, sama ada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang telah Cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih atas segalagalanya. Terima kasih cikgu… Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version