PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN DISEDIAKAN OLEH: NUR SAPINAH BINTI ISMAIL NOR SHAFINAWATI BINTI ASMAR NORMAIZA BINTI MOHAMAD
APA ITU KECACATAN PENGLIHATAN?
KECACATAN PENGLIHATAN MENURUT WHO: Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila: Penglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan sebagainya.
Apakah JENIS KECACATAN PENGLIHATAN?
JENIS jenis 1. Katarak 2. Albinisme 3. Iplopia 4. Strabismus (juling) 5. Glukoma 6. Ambiplia (mata malas rabun 1. Rabun warna 2. Rabun jauh (Myopia) 3. Rabun dekat (Hyperopia) 4. Rabun silau (Astigmatism)
Apakah penyebab kepada kecacatan penglihatan?
Bayi & awal penyebab kanak-kanak 1. Kecacatan ‘congenital’/ semulajadi 2. Masalah semasa hamil 3. Penyebab perinatal 4. Jangkitan kuman pada mata Lewat kanakkanak 1. Rabun disebabkan ‘Refractive Error’ 2. Ambliopia/mata malas 3. Juling 4. Parut pada lapisan kornea 5. Keturunan dewasa 1. Rabun akibat Refractive Error. 2. Katarak. 3. Retinopati diabetik. 4. Glaukoma. 5. Degenerasi Makular akibat penuaan
Apakah ciri-ciri kecacatan penglihatan?
Ciri-ciri / tanda / gejala Rupa wajah Mata yang melilau (tidak fokus), Juling atau anak mata kelihatan putih. Tingkahlaku Sering menggosok mata, kepala yang senget, mengecil/ menyepetkan mata, berkedip-kedip, sering terlanggar objek, keliru dengan perkatan yang tertulis, menonton TV dan membaca pada jarak terlalu dekat. aduan Sering mengadu sakit kepala dan kadangkala muntah, kabur atau nampak dua imej dan sensitif pada cahaya yang keterlaluan.
Bagaimanakah kecacatan penglihatan boleh dikesan?
Bagaimana di kesan? ➢ Pemerhatian terhadap rupa paras, tingkahlaku dan aduan seseorang seperti yang diterangkan di atas. ➢ Ujian penglihatan dengan menggunakkan Carta Snellen yang boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di seluruh negara. ➢ Bagi kanak-kanak, ujian penglihatan boleh dilakukan dengan menggerakkan alat mainan yang berwarna terang seperti merah dan perhatikan pergerakan matanya samada ia mengikut pergerakan alat mainan tersebut. ➢ Ujian lain adalah seperti ujian medan penglihatan secara ‘confrontation atau perimetry’, yang dilakukan oleh pegawai yang terlatih
Apakah masalah yang dihadapi oleh orang cacat penglihatan?
1. Perkembangan bahasa ➢ Pada peringkat awal, penggunaan bahasa dihadkan kepada pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik. ➢ Kecacatan tidak menjejas mereka memahami dan menggunakan bahasa ➢ Mengguna auditory sebagai deria pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak normal)
2. Perkembangan fizikal ➢ Tidak mempunyai postur yang betul, kelihatan kaku dan terlalu lurus apabila berdiri atau berjalan. ➢ Mungkin mengalami kegemukan kerana kurang melakukan aktiviti fizikal. ➢ Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek. ➢ Pergerakan (bergerak dlm persekitaran) merupakan satu keupayaan yang penting bagi kejayaan dlm kemahiran penyesuaian.
3. Perkembangan sosial ➢ Masalah personaliti: bukan masalah yang semula jadi, tetapi disebabkan oleh reaksi masyarakat yang tidak sesuai terhadap golongan ini kerana ketidakbiasaan mereka dengan orang buta. ➢ Kemahiran sosial agak sukar dicapai oleh orang buta. (contoh: senyum)
4. Keupayaan intelek (iq) ➢ IQ seperti kanak-kanak normal sekiranya tiada mengalami kecacatan kognitif. ➢ IQ boleh diuji dgn menggunakan ujian IQ nonverbal: i. Blind Learning Aptitude Test ii. Intelligence Test for Visually Impaired Children
5. Keupayaan konseptual ➢ Berbeza dgn kanak-kanak normal dari segi cara membuat persepsi yang berpunca daripada perbezaan dalam pengalaman belajar (orang cacat penglihatan bergantung kepada pengalaman tactual dan pengalaman audio untuk mempelajari sesuatu). ➢ Orang cacat penglihatan belajar melalui jari dan lebih berhati-hati dalam menerima maklumat daripada persekitaran. ➢ Oleh itu cacat penglihatan perlu lebih berusaha dan keupayaan belajar bergantung kepada strategi yang pelbagai. ➢ Mengalami masalah pembelajaran sebab tidak dapat melihat rangsangan yang digunakan untuk pembelajaran konsep.
Bagaimanakah kecacatan penglihatan boleh dirawat?
rawatan ➢ Refractive error dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap. ➢ Katarak melalui pembedahan ➢ Glaukoma dengan menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan ➢ Penyakit kornea melalui pembedahan pemindahan kornea ➢ Retinopati Diabetik melalui pemeriksaan berkala dan rawatan laser.
Bagaimana mencegah kecacatan penglihatan?
Langkah pencegahan ➢ Amalkan cara hidup yang sihat ➢ Elakkan kemalangan dan kecederaan pada mata ➢ Dapatkan suntikan perlalian: • Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan perlalian untuk ‘rubella’ , ‘tetanus’ • Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan jadual suntikan perlalian yang terkini. ➢ Rancang kehamilan anda. Dapatkan nasihat dari doktor/petugas penjagaan kesihatan berkenaan menjarakkan kehamilan, pembekalan ‘folic acid’ dan diet yang seimbang
Apakah masalah yang dihadapi oleh seseorang yang cacat penglihatan?
Masalah yang dihadapi Cacat penglihatan sejak kecil: ➢ 80% daripada kanak-kanak belajar dengan secara melihat. Oleh itu, kanak-kanak yang cacat penglihatan akan mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan kesukaran dalam menjalani aktiviti harian seperti makan , mandi dan penjagaan diri. ➢ Mereka memerlukan pencegahan awal dan latihan yang khusus. Cacat penglihatan ketika dewasa: ➢ Mereka perlu belajar memahirkan diri dengan kekurangan penglihatan serta memerlukan rehabilitasi serta alat bantuan seperti penggunaan tongkat putih.
Apa yang perlu dibuat bila kecacatan penglihatan telah dikenal pasti?
Langkah pemulihan 1. Apa yang perlu penjaga lakukan? ➢ Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm • Borang pendaftaran ada disediakan di Jabatan Kebajikan Masyarakat/klinik kesihatan dan hospital-hospital. • Borang disahkan oleh doktor bertauliah • Menerima kad pengenalan khas yang membolehkan mereka mendapat faedah-faedah di sebabkan oleh kecacatan mereka.
Langkah pemulihan 2. Mendapatkan khidmat pemulihan ➢ Perubatan: • Pemulihan anggota • Pemulihan carakerja • Pemulihan pertuturan • Kaunseling ➢ Latihan Vokasional: • Disediakan oleh JKM dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan jenis kecacatan tertentu.
Langkah pemulihan 3. rehabilitasi ➢ Rehabilitasi Sosial: Malaysian Association for the Blind -- www.mab.org.my untuk: • Membolehkan orang kurang upaya belajar bergaul dengan orang lain. • Program Intervensi Awal • Pusat Pemulihan ➢ Rehabilitasi Pendidikan: • Belajar Braille • Mendapatkan alat bantu Low vision seperti kanta pembesar (magnifying glass) jika perlu.
Apakah peralatan yang boleh digunakan untuk membantu orang cacat penglihatan?
peralatan 1. Mesin Braille ➢ Dicipta oleh louis Braille di Perancis pada abad ke-19 ➢ Menggantikan ‘raised-line letters’ ➢ 2 cara tulis Braille: i. Perkins Brailler ii. Slate & Stylus ➢ Penting bagi pelajar buta utk hidup berdikari
➢ Dicipta oleh seorang saintis daripada Universiti Pittburg. ➢ Menggunakan teori yang sama seperti koklea implant. ➢ Kamera mengambil gambar persekitaran dan maklumat tersebut akan diproses oleh cip. Cip tersebut berperanan untuk menukarkan maklumat yang diterima kepada rangsangan elektrik. Rangsangan elektrik yang dihasilkan akan dihantar ke otak melalui lidah. Otak manusia mampu mentafsir rangsangan ini dalam bentu visual seterusnya dan akan diarahkan ke visual kortex untuk membolehkan individu tersebut melihat. ➢ Walau bagaimanapun, imej yang dihasilkan tidak sama seperti yang dihasilkan oleh mata sebenar. Imej yang dihasilkan adalah berbentuk pixel dan polygon. peralatan 2. BRAINPORT
➢ Sebastian Ritzler, ialah pelajar reka bentuk di Jerman yang telah mencipta tongkat putih beroda yang dipanggil Mygo. ➢ Mygo menggunakan “ sensor-kamera untuk mengukur permukaan lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. ➢ Roda yang berada di bahagian bawah tongkat berfungsi sebagai enjin stereng yang membantu pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui gengaman. peralatan 3. Tongkat Mygo
➢ Alat elektronik berfungsi sebagai alat pembesar imej. ➢ Digunakan untuk memudahkan pembancaan teks mengikut saiz tulisan masing-masing. peralatan 4. Kanta Pembesar Elektronik
➢Kegunaannya untuk membesarkan saiz tulisan dan imej bagi memudahkan orang yang penglihatan rabun membaca. peralatan 5. Kanta Pembesar (Stand Magnifier)
tamat