Petunjuk
Persiapan untuk pelantikan
Bil. Perkara Catatan
1. Orang yang melantik Perlu berwaran
samada Kapten sendiri atau ahli untuk
kepanduan lain yang dijemput. menentukan
kesahihan
pelantikan.
2. Leftenan berdiri di bahagian
tengah belakang padang atau
dewan yang digunakan untuk
istiadat ini. Ia memegang Jalur
gemilang dengan tangan
kanannya dan bendera
Persekutuan Pandu Puteri
Malaysia dengan tangan kirinya.
3. Pelantikan mestilah dijalankan
dalam bentuk Ladam Kuda.
4. Pastikan dua Pasukan Panji-panji
ditentukan.
5. Pastikan lencana pelantikan untuk
semua ahli baru disediakan
secukupnya dan tersusun di atas
dulang yang beralas.
Pembentukan Ladam Kuda
1.Ladam Kuda dibentuk mengikut cara kedua.
2.Selepas membentuk Ladam Kuda, Kapten memberi arahan
Kapten : Pasukan Panji-panji,keluar baris.
(Dua Pasukan panji-panji yang telah ditetapkan mengambil
satu langkah ke hadapan dan dua langkah ke belakang dan
keluar dari baris untuk menjalankan tugas dan membentuk
barisannya. Leftenan bergerak ke belakang untuk memegang
bendera Malaysia di tangan kanan dan bendera PPPM di
tangan kiri).
3.Pembawa Panji-panji memberi arahan
Pembawa : Pasukan Panji-panji, cepat jalan.
Panji-
panji
Apabila sampai ke Leftenan, arahannya
Pembawa : Berhenti! Ke kiri/ ke kanan, pusing.
Panji-
panji
(pembawa Panji-panji di sebelah kiri mengambil satu langkah
ke hadapan untuk menerima Jalur gemilang dan kembali ke
kedudukan asal.
Pembawa Panji-panji di sebelah kanan mengambil satu
langkah ke hadapan untuk menerima bendera Persatuan
Pandu Puteri Malaysia dari leftenan dan kembali ke
kedudukan asal.
4.Pembawa Panji-panji yang membawa bendera Persekutuan
Pandu Puteri Malaysia memberi arahan
Pembawa : Pasukan Panji-panji, ke belakang pusing. Cepat
Panji- jalan. (lihat rajah C)
panji
Rajah C
(Kedua-dua pasukan Panji-panji bergerak ke Ladam Kuda,
bersilang – rujuk rajah D)
Kapten : Hormat bendera, hormat!
(pasukan Panji-panji terus bergerak dan mengambil tempat di
bahagian hadapan Ladam Kuda.)
Rajah D
5.Setelah tiba di hadapan Ladam Kuda,
Pembawa Panji-panji setiap Pasukan memberi arahan
Pembawa : Berhenti! Ke dalam, pusing!
Panji-
panji
setiap
Pasukan
Setelah Pasukan Panji-panji mengambil tempat, istiadat
pelantikan dimulakan.
Istiadat Pelantikan Pandu Puteri
Leftenan berdiri di sebelah kiri Kapten, bersedia dengan
Lencana-lencana Pelantikan di atas dulang.
Kapten : Ketua kumpulan…….. (sama kumpulan)
Bawa ahli baru kehadapan untuk dilantik
(ketua kumpulan yang dipanggil mengambil satu langkah ke
hadapan pusing ke kanan/ kiri dan memberi arahan)
Ketua : Ahli baru, masuk baris.
kumpulan
(semua ahli baru dalam kumpulannya yang akan dilantik
mengambil satu langkah ke hadapan dan bergerak, terus
berdiri di belakang KK)
Ketua : Ahli baru, cepat jalan.
kumpulan
(KK membawa ahli baru kea rah Kapten dan memberi arahan
untuk berhenti tiga langkah di hadapan Kapen)
Ketua : berhenti. Ke kiri/ kanan pusing.
kumpulan
(KK mengambil satu langkah ke hadapan, memberi isyarat
Kepanduan kepada Kapten/ Pesuruhjaya dan
memperkenalkan ahli baru).
Ketua : Kapten/ Puan Pesuruhjaya, saya membawa….
kumpulan (nama atau bilangan ahli) yang telah lulus Ujian
Pra Persetiaan dan sedia dilantik sebagai seorang
Pandu Puteri
(KK memberi isyarat Kepanduan dan mengundur ke belakang
selangkah).
Kapten/ Pesuruhjaya bergerak ke kanan/ kiri berdepan ahli
baru yang akan dilantik dan berhenti. Ahli baru mengambil
satu langkah ke hadapan.
Kapten/ : Apakah kemuliaan anda sebagai seorang ahli
Pesuruhjaya Pandu Puteri?
Ahli baru : Kemuliaan saya ialah saya boleh dipercayai.
Kapten/ : bolehkah saya menaruh kepercayaan atas
Pesuruhjaya kemuliaan anda iaitu “dengan sedaya upaya
menunaikan kewajipan anda kepada Tuhan,
Raja dan Negara kita Malaysia, menolong
orang setiap masa, dan mematiuhi Undang-
undang Kepanduan”?
Ahli baru : Ya.
(ikrar dilafazkan secara individu. Ahli baru yang sedang
dilantik, semua ahli dan pemimpin yang telah dilantik,
memberi isyarat kkepanduan apabila ahli baru melafazkan
ikrarnya. Ahli yang belum dilantik tidak memberi Isyarat
Kepanduan).
Ahli baru : Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji
dan bersetia dengan sedaya upaya,
menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan,
Raja dan Negara saya Malaysia, menolong
orang setiap masa, dan mematuhi Undang-
undang Kepanduan.
Kapten/ : saya percaya yang anda akan memelihara
Pesuruhjaya kemuliaan anda dan akan cuba mematuhi Ikrar
Persetiaan ini, sertta akan cuba membuat
khidmat sekurang-kurangnya sekali sehari.
Kapten/ Pesuruhjaya menyematkkan Lencana Pelantikan di
skaf ahli baru yang dilantik
Kapten/ : Anda sekarang ahlu Pergerakan Kepanduan
Pesuruhjaya Sedunia.
(Kapten/ Pesuruhjaya menghulurkan tangan kirinya dan
berjabat tangan dengan ahli baru yang dilantik sambil
memberi Isyarat kepanduan. Ahli baru menghulur tangan
kirinya, berjabat tangan dengan Kapten dan memberi Isyarat
Kepanduan. Ahli yang baru dilantik kemudiannya pusing ke
kanan, menghadap bendera PPPM dan memberi hormat
kepada bendera. Seterusnya, ahli baru akan pusing ke
belakang, menghadap Jalur Gemilang dan memberi Isyarat
Kepanduan. Ahli baru seterusnya menghadap Ladam Kuda dan
memberi Isyarat Kepanduan kepada pasukan. Semua ahli
pasukan yang telah dilantik membalas dengan Isyarat
kepanduan juga.
Sekiranya satu kumpulan mempunyai ahli baru untuk dilantik,
Ikrar dilafazkan secara individu, diikuti dengan berjabat
tangan dengan Kapten/ Pesururhjaya. Hanya apabila kesemua
ahli baru dalam satu kumpulan telah dilantik secara individu,
kesemua ahli baru yang dilantik sama-sama memberi hormat
secara serentak kepada kedua-dua Bendera dan Pasukan).
KK : Ahli baru, ke kanan pusing.
(menghadap Bendera Persatuan Pandu Puteri
Malaysia)
: Hormat bendera, hormat1
(memberi hormat kepada Bendera PPPM)
: ke belakang, pusing.
(menghadap Bendera Jalur Gemilang)
: Hormat bendera, hormat!
(memberi hormat kepada bendera Jalur
Gemilang).
(Pandu Puteri baru berpusing menghadap pasukan).
KK : Hormat pasukan, hormat!
: kumpulan ke kanan/ ke kiri pusing. Cepat
jalan!
(KK kemudiian membawa semua ahluu yang baru dilantik
balik ke kedudukan asal).
KK : berhenti! Ke kiri/ kanan pusing! Masuk baris.
Kebelakang pusing!
(ahli-ahli baru masuk kembali ke Ladam Kuda)
Setelah Selesai Istiadat Pelantikan
Kapten : pasukan Panji-panji, jalankan tugas.
(Pasukan Ppanji-panji mengambil satu langkah ke hadapan)
Ketua : pasukan Panji-panji, cepat jalan.
Pasukan
Panji-panji
(setiap
pasukan)
(Kedua-dua kumpulan bergerak ke dalam bentuk Ladam Kuda,
bersilang di tengah dan terus keluar kea rah Leftenan yang
sudah pun mengambil tempatnya di belakang).
(Leftenan telah pun beredarr, berdiri di belakang Ladam Kuda
untuk menerima balik bendera-bendera. Sementara itu, ahli-
ahli di puncak Ladam Kuda bergerak memberi ruang untuk
laluan kedua-dua Pasukan Panji-panji).
Keluar baris!
(Dua-dua pasukan Panji-panji akan melipat bendera. Setelah
selesai, pembawa Panji-panji akan berkawad kea rah Kapten
dengan memegang Bendera di tangan kirinya dan seterusnya
berhenti dan langkah di hadapan kappten.
Pembawa Panji-panji mengambil satu langkah ke hadapan,
memberi Isyarat Kepanduan dan Kapten membalas.
Bendera diserahkan kepada Kapten.
Pembawa Panji-panji mengundur satu langkah, pusing ke kiri
atau kanan dan berkawad keluar.
Pasukan Panji-panji seterusnya balik ke kedudukan asal
masing-masing di dalam Ladam Kuda.
Kapten : Pasukan akan menyanyikan Lagu Taps
Siang/Malam. Sedia, mula.
(setelah selesai menyanyi lagu Taps)
: Pasukan, bersurai !
(semua ahli mengambil satu langkah ke
hadapan, memberi Isyarat Kepanduan, pusing
ke kanan dan bersurau).