Alifah Ilyana binti Ahmad Nasir Ammelia anak Bujang Angelo Ng Soon Tee Florea Clara anak Banyang Iffyvivian Agnes anak Aman KUMPULAN 1
Tutorial M2 Secara berkumpulan, anda diminta memilih seorang tokoh penerima SEA Write Award dan seorang tokoh Anugerah Sasterawan Negara dan sediakan dari segi latar belakang pelibatan dan sumbangan karya-karyanya. Anda boleh menggunakan grafik untuk memaparkan maklumat. Pilih sebuah karya tokoh tersebut dan hubungkaitkannya dengan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya yang memberdayakan kreativiti pengarang dalam penghasilan karya yang dipilih. Seterusnya, anda diminta untuk membincangkannya secara lisan dengan mengaplikasikan aspek fonetik dan fonologi semasa tutorial. Hasil kerja kumpulan harus dibuat dalam google docs /anyflip/e-book dan dimuat naik dalam Google Classroom (Tapak yang disediakan) 1. 2. 3.
Shamsudin Othman (TOKOH PENERIMA SEA WRITE AWARD) Kamaluddin Muhammad (TOKOH ANUGERAH SASTERA NEGARA)
Latar belakang tokoh penerima SEA Write Award Pendidikan Mendapat pendidikan awal di daerah kelahiran sebelum melanjutkan pelajaran di ITM, Shah Alam (1985-86) Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1987-1989) Institut Bahasa, Kuala Lumpur (1994) Universiti Malaya (Kelas Pertama – 1998) sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2011 di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Sumbangan Pernah diundang menjadi pemakalah dalam beberapa siri Dialog Pertemuan Melayu, antaranya di Batam (Kenduri Sni Melayu;2000, 2002), Pekan Baru (Forum Muda Melayu Serantau, 2002), Selat Panjang Bengkalis, Indonesia (Sayang-Sayang Selat, 2003), Festival Kesusasteraan Dialog Selatan III di Singapura (2000), Festival Seni Kementerian Pendidikan di Chiang Mai, Bangkok (2001) dan Kancanapuri (2003) di Thailand. Dalam bidang pendidikan, beliau pernah mewakili Malaysia dalam program seminar dan konvensyen yang diadakan di Indonesia, China, Vietnam, Kemboja, India, Arab Saudi dan beberapa buah negara Eropah seperti Belanda, Turki, Perancis, England, Jerman, New Zealand, Australia dan lain-lain. Pada tahun 2002, beliau turut terpilih menyertai Program Penataran Sastera (MASTERA) di Bogor, Indonesia. Dilahirkan di Tangkak, Johor pada 13 Julai 1966. Shamsudin Othman
Pencapaian Pernah memenangi lebih daripada 30 anugerah dalam pelbagai sayembara sastera peringkat kebangsaan, antarabangsa, antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Anugerah Sastera BH-ITBM, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), Anugerah Sastera Darul Ta’zim (ASD) dan lain-lain. Beliau juga sering membentangkan kertas kerja dalam bidang sastera dan pendidikan sastera di dalam dan luar negara. Pernah berkhidmat sebagai guru selama lapan tahun di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat tahun di SK Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor. Menyumbang kepakaran kepada Lembaga Peperiksan Malaysia (LPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Terlibat secara langsung salam Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) dan lain-lain. Kini bertugas sebagai seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Pada tahun 2000, lukisan beliau yang bertajuk 'Bumi Bertuah 1' telah meraih anugerah sagu hati lukisan Pahang. Pada tahun 2007, kumpulan puisinya ' Taman Percakapan' (2006) dan ' Tanah Nurani' (2010) serta 'Kudus Kasturi' (2016) telah menerima anugerah Buku Puisi Terbaik Hadiah Sastera Darul Takzim. Pada tahun 2012, beliau telah dianugerahkan Anugerah Fellowship Naib Canselor UPM kategori Seni dan Kreativiti. Pada tahun 2019, beliau telah dinobatkan sebagai penerima anugerah SEA Write Award dari Malaysia. Latar belakang tokoh penerima SEA Write Award
KARYA TOKOH PENERIMA SEA WRITE AWARD: SHAMSUDIN OTHMAN Memuatkan 110 sajak. Contoh sajak: Tahun diterbitkan: 2006 Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka a) Percakapan Kepada Seorang Kekasih b) Percakapan Kepada Rasulullah ii c) Percakapan Kepada Saiyidah Syahirah d) Percakapan Kepada Saiyidah Sumaiyah
HUBUNGKAIT KARYA SHAMSUDIN OTHMAN DENGAN KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA Sajak Percakapan Kepada Saiyidah Syahirah dan Percakapan Kepada Saiyidah Sumaiyah mengisahkan tentang harapan seorang suami dan seorang ayah terhadap isteri dan anaknya. Hal ini status sosial ayah dan suami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menasihati isteri dan anaknya agar dapat menjaga nama baik diri dan keluarga. 1) Kekeluargaan Contoh rangkap dalam sajak Percakapan Kepada Saiyidah Sumaiyah: Yang tegar melepaskan harum, Ke langit menjadi bunga segar, Ke sisi menjadi dahan merendang, Ke tanah menjadi akar menunjang, Dan aromanya mengikat gerak peribadi. Sajak Percakapan Kepada Rasulullah ii mengisahkan tentang umat Nabi Muhammad yang memperingati kelahiran Nabi Muhammad yang memperjuangkan agama Islam. Ini menggambarkan seseorang yang mempunyai kepercayaan terhadap agama akan menjadikan agama sebagai pegangan dan panduan hidup. 2) Keagamaan Contoh rangkap dalam sajak Percakapan Kepada Rasulullah ii: subuh 12 Rabiulawal dan aku adalah mimpi yang kuidamkan mencipta hijrah mencinta iman sambil mengutus terima kasih yang tak terbalas nikmatnya.
HUBUNGKAIT KARYA SHAMSUDIN OTHMAN DENGAN KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA Sajak Percakapan Kepada Seorang Kekasih mengisahkan tentang luahan perasaan seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang membuatnya jatuh cinta. Hal ini dikatakan demikian kerana lumrah kehidupan manusia bahawa lelaki dan perempuan mempunyai perasaan untuk menyukai antara satu sama lain dan ini jelas menunjukkan ragam manusia yang mudah dibuai perasaan jatuh cinta. 3) Percintaan Contoh rangkap dalam sajak Percakapan Kepada Seorang Kekasih: kau perempuan lahir dari pelabuhan rindu datang khabarkan nyanyian sejambak mawar kepadaku; lelaki dari pergunungan atma cinta.
KREATIVITI PENGARANG (SHAMSUDIN OTHMAN) DALAM KARYANYA: TAMAN PERCAKAPAN 01 02 03 Shamsudin Othman mengambil inisiatif untuk menulis dalam bentuk dakwah atau menulis untuk menyalurkan kebaikan dan kebenaran kepada para pembaca berdasarkan hukum Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Shamsudin Othman melibatkan pengalaman yang didewasakan oleh gelodak duniawi dan pencarian abadi bagi menghasilkan karyakarya puisinya. Shamsudin Othman mampu mencipta ungkapan yang indah dan memberi inspirasi serta mampu merangsang pemikiran pembaca seperti hiperbola.
Kamaluddin Muhammad ialah seorang Sasterawan Negara Malaysia pada tahun 1981. Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas dan merupakan wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan dan pengkritik. Dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922. Meninggal dunia di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada 9 Mac 1992. Latar belakang tokoh Anugerah Sasterawan Negara Kamaluddin Muhammad
. Antara hasil karya Keris Mas ialah antologi cerpen 'Mekar dan Segar' (1959). 'Dua Zaman' (1963), 'Patah Tumbuh' (1963), dan 'Pertentangan' (1968). Antara hasil novel penghasilan Keris Mas ialah 'Pahlawan Rimba Malaya' (1946), 'Korban Kesuciannya' (1949), 'Anak Titiwangsa' (1967), 'Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur' (1983), dan 'Rimba Harapan' (1985). Novel 'Rimba Harapan' telah diterjemahkan oleh Adibah Amin kepada 'Jungle of Hope' dan diangkat sebagai teks kajian komponen sastera bahasa Inggeris SPM. Sumbangan karya Kamaluddin Muhammad
KARYA TOKOH ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA: KERIS MAS Tahun diterbitkan: Terbitan pertama diterbitkan pada tahun 1967. Melalui novel Anak Titiwangsa, Keris Mas atau Kamaludin Muhamad membawa pembaca untuk menghayati kisah perjalanan hidup seorang anak remaja yang sedang giat tumbuh membesar dalam mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Sinopsis: Sudin dan karim merupakan dua orang budak kampung yang nakal. Kedua-duanya gagal dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Akibat kegagalan ini, Sudin dibawa oleh pak ciknya ke Kuala Lumpur dan diasuh dengan displin yang ketat. Manakala Karim pula terus membesar di kampung tetapi kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Sudin akhirnya berjaya dalam kehidupannya dan kejayaan inilah yang patut anda ketahui. Apa pula yang terjadi kepada Karim yang semakin liar itu. Bacalah novel Anak Titiwangsa ini untuk mengetahui jawapannya.
Nilai persahabatan terzahir dalam diri Sudin apabila dia mengorbankan masa dan tenaganya untuk mencari Karim yang lari dari rumah. Sepanjang pencarian Sudin, dia telah menempuhi dan mempelajari keragaman kehidupan orang-orang yang ditemuinya. Sudin tidak berputus asa dalam mencari Karim yang merupakan kawan karibnya sejak dari kecil lagi. Pada akhirnya, Sudin berjaya membawa Karim ke pangkal jalan dan menjadikannya seorang manusia yang berguna. 1) Persahabatan Dalam novel tersebut, Keris Mas menyampaikan kepentingan menuntut ilmu kepada golongan muda. Kata kunci, rangkai kata dan wacana yang memperlihatkan kepentingan menuntut ilmu adalah seperti 'belajar tinggi-tinggi' , 'tengking herdik guru Al-Quran' , 'pukul' , 'rotan' , 'biasiswa' , 'belajar kuat-kuat' , 'memaksa' dan 'menyuruh'. Dorongan ini untuk menyuntik semangat bagi golongan muda dalam menuntut ilmu. Begitu juga perkataan seperti 'buta kayu' , 'tidak lulus' dan 'tidak berpelajaran' yang merupakan antara perkara yang akan terjadi sekiranya proses menuntut ilmu itu tidak berlaku. 2) Kepentingan Ilmu kepada Masyarakat Menurut A. Rahim Abdullah (1995) dalam Artikel Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Keris Mas, novel Anak Tititwangsa mendedahkan kepincangan masyarakat Melayu dalam menghadapi fenomena moden. Hal ini dapat dikaitkan dengan watak Karim yang sudah jauh tersasar dengan segala kejahatan yang dilakukan di Kuala Lumpur. Perkara ini dikukuhkan lagi sebuah dialog oleh YB Ah Kaw yang berbunyi “Budak-budak Melayu mahu cari kerja senang-senang dan mahu suka-suka tengok wayang, main, joget dan minum.” Perkara ini adalah untuk menegur dan menyindir segelintir masyarakat yang belum matang dan mensia-siakan masa depan mereka. 3) Bangsa HUBUNGKAIT NOVEL ANAK TITIWANGSA DENGAN KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA
KREATIVITI PENGARANG (KERIS MAS) DALAM KARYANYA: ANAK TITIWANGSA Secara keseluruhan, karya Keris Mas dalam novel Anak Titiwangsa ini menunjukkan satu konsep kesatuan idea yang bermutu dengan mengambil kira faktor, masa dan keadaan. Penulis menimbulkan persoalan bagi faktor dalam cerita tersebut yang berkenaan dengan 'apakah faktor Karim lari dari kampung?' dan 'apakah faktor Sudin bertungkus-lumus mencari Karim?'. Dari segi keadaan pula, novel ini menunjukkan keadaan kedua-dua orang sahaabt iaitu Sudin dan Karim yang menjalani lorong bangsa kehidupan berbeza Idea yang dibangunkan oleh beliau dilihat sejalur dalam memantapkan jati diri masyarakat bangsanya. 1) PENGABUNGAN KONSEP IDEA YANG PELBAGAI Keris Mas juga menggunakan kata-kata yang berada dalam lingkungan dirinya untuk menyatakan konsepsinya terhadap sesuatu hal, isu, perkara objek dan sebagainya. Sebagai contoh, konsep miskin jika kata konkrit, pengarang mungkin akan menggunakan kata-kata seperti ‘melarat’ , ‘menderita’ , ‘sengsara’. dan ‘terhimpit’. Manakala kata-kata abstrak pula, pengarang mungkin akan menggunakan kata seperti ‘anjing kurap’ dan ‘lorong ‘sempit’ dan ‘sampah’. 2) PEMILIHAN KATA (DIKSI)
Mohd Daud Ibrahim & Rohaidah Kamruddin. 2015. Mesej Pengarang: Satu Penelitian Terhadap Novel Anak Titiwangsa Karya Sasterawan Negara Keris Mas. International Journal of the Malay World and Civilisation, 3(2), 17-25. https://core.ac.uk/download/pdf/33344499.pdf n. a. 2017. Resume. https://educ.upm.edu.my/upload/dokumen/20171010082 204CV_SHamsuddin_Othman_2017.pdf Shamsudin bin Abu Bakar, Azman bin Rahmat & Arfah binti Ahamad. 2022. Pengantar Kesusasteraan Melayu. Pustaka El-Ehsan. RUJUKAN