The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB1_BMMB1104_KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU_IFFYVIVIAN AGNES ANAK AMAN_PISMP BM1622_IPGKTAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IFFYVIVIAN AGNES PISMP BM1822, 2023-03-02 07:05:18

PB1_BMMB1104_KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU_IFFYVIVIAN AGNES ANAK AMAN_PISMP BM1622_IPGKTAR

PB1_BMMB1104_KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU_IFFYVIVIAN AGNES ANAK AMAN_PISMP BM1622_IPGKTAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2 TAHUN 1 BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK


Maklumat Pelajar Nama Pelajar: IFFYVIVIAN AGNES ANAK AMAN Angka Giliran: 2022312310023 No. Kad Pengenalan: 030921130094 Kumpulan/Unit: BM1622 Kod Kursus: BMMB1104 Nama Kursus: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama Pensyarah: DR. PATI ANAK ALAP Tarikh Hantar: 1 MAC 2023


Senarai Kandungan Bil. Perkara Halaman Senarai Kandungan 3 1.0 Pendahuluan 4 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 5 3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 11 4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional 16 5.0 Penutup 21 6.0 Rujukan 22


1.0 Pendahuluan Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu (Dr. Azman et. al., 2022). Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya tersebut mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sesebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa-apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat. Oleh itu, melalui penghasilan produk ini, konsep dan fungsi kesusasteraan serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional dapat dijelaskan dengan tepat.


2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa (Dr. Azman et. al., 2022). Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat (Dr. Azman et.al, 2022). 2.1 Takrif Kesusasteraan Melayu


Prosa Tradisional Prosa Moden Puisi Tradisional Puisi Moden 2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 2.2 Jenis, Bentuk dan Ciri


Ciri-ciri: Penyebaran secara lisan. Perkembangan statik, perlahan-lahan dan terbatas kepada kelompok tertentu. Bersifat tradisional. Bersifat dongeng dan khayalan. Pengarang biasanya tidak diketahui. 1. 2. 3. 4. 5. Prosa Tradisional Merupakan hasil karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Terbahagi kepada dua genre: 1. Sastera Rakyat (Lisan) a) Naratif i) Mitos ii) Legenda iii) Cerita rakyat b) Bukan naratif i) Puisi rakyat 2. Sastera Istana (Tulisan) a) Sastera Hikayat b) Sastera Undang-Undang c) Sastera Epik d) Sastera Panji e) Sastera Agama


Prosa Moden Merupakan karya sastera yang telah dipengaruhi budaya dan kesusasteraan Barat. Jenis prosa moden: 1. Cerpen - Berkisar mengenai sesuatu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama. 2. Novel - Prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada kehidupan. 3. Drama -Karya sastera yang membolehkan penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui lakonan serta dialog. Ciri-ciri: Bentuk bertulis. Pengarangnya diketahui. Bersifat moden. Bersifat dinamis. Bersifat rasional. 1. 2. 3. 4. 5.


Puisi Tradisional Genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Ciri-ciri: Bentuk tertentu. Penggunaan bahasa yang baik. Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi oleh muzik. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu. Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Digunakan untuk memberi pengajaran, hiburan dan keagamaan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Jenis prosa tradisional: 1. Pantun -Pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang dan maksud. 2. Gurindam - Isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta 3. Syair -Suatu pernyataan yang berlarutan untuk mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. 4. Seloka - Merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.


Ciri-ciri: Disebarkan melalui tulisan. Berbentuk bebas. Penggunaan bahasa yang baik. Tidak mengikut pola tertentu. Digunakan dalam kehidupan seharian. Bertujuan bagi menyampaikan sesuatu dan melahirkan perasaan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Genre puisi moden: 1. Sajak a) Pengucapan perasaan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan. b) Tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta skima rima akhir. Puisi Moden Hal karya kreatif yang mempunyai bentuk yang bebas dan tersendiri mengikut selera penulis atau penyair.


Hiburan Pendidikan Dakwah Kritikan Sosial 3.0 Fungsi Sastera Melayu


Keperluan menghiburkan mampu melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil daripada: Keindahan kata-kata yang diungkapkan. Irama atau rentak yang indah dan tersusun. Kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar. Unsur kelucuan. Contoh karya sastera hiburan: 1. 2. 3. 4. a) Cerita penglipurlara b) Pantun c) Cerita jenaka - Cerita Pak Kaduk d) Novel - Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad (1966) FUNGSI SASTERA MELAYU SEBAGAI HIBURAN


Kebaikan karya sastera sebagai alat mendidik masyarakat: Memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Membina insaniah dalam kehidupan manusia. Memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat agar dapat mengubah pemikiran ke arah yang lebih baik. Contoh karya sastera yang menjadi alat mendidik masyarakat sekali gus memberi nilai, unsur moral dan pengajaran kepada masyarakat: 1. 2. 3. a) Si Tanggang Anak Derhaka b) Cerita Sang Kancil dan Buaya FUNGSI SASTERA MELAYU SEBAGAI PENDIDIKAN


FUNGSI SASTERA MELAYU SEBAGAI DAKWAH Dakwah merupakan proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia agar patuh kepada ajaran agama Islam dengan lebih sempurna melalui medium atau saranan yang difahami iaitu bahasa. Contoh karya sastera Islam yang digunakan untuk menyampaikan dakwah yang mengandungi pengajaran, bimbingan dan panduan kepada manusia: 1.Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pingai dan Syair Fakir karya Hamzah Fansuri: - Berbentuk puisi kerohanian. -Menekankan tentang kematian dan seksaan Allah SWT di hari akhirat. 2. Sajak ''Peringatan kepada Manusia'' karya Suhaimi Haji Muhammad (1955): - Berunsur keagamaan.


Sastera adalah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza. Ini dapat mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Contoh karya novel yang mengetengahkan konsep perjuangan yang berbeza: a) Harga Sebuah Maruah karya Azizi Abdullah - Konsep perjuangan berasaskan pertimbangan akal. b) Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy - Konsep perjuangan untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan darah. FUNGSI SASTERA MELAYU SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL


P a n t u n S y air S elo k a G u rin d a m 4.0 M a nif e s t a si Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional


4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional: Gurindam Anak Pelajar Jika diri bergelar pelajar, Maka rajin-rajinlah belajar. Jika tekad menuntut ilmu, Maka janganlah berasa jemu. Hasil nukilan, Iffyvivian Agnes, 1 Mac 2023. Akal budi pada Gurindam Anak Pelajar yang dihasilkan oleh saya ini bertujuan untuk memupuk semangat kerajinan dalam diri seorang pelajar (baris 1). Gurindam ini juga bertujuan untuk menasihati pelajar agar sentiasa bersemangat apabila sudah berazam untuk belajar dengan rajin (baris 2).


4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional: Gurindam Anak Pelajar Jika ingin mencapai impian, Maka usaha gigih menjadi pegangan. Jika ilmu ingin digenggam, Maka janganlah banyak ragam. Hasil nukilan, Iffyvivian Agnes, 1 Mac 2023. Akal budi pada Gurindam Anak Pelajar ini ialah pengarang menjelaskan bahawa seorang pelajar haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh ketika belajar agar dapat mencapai citacita yang diimpikan (baris 3). Gurindam ini juga mendidik pelajar agar sentiasa menjaga tingkah laku sebagai pelajar agar ilmu yang diperolehi sentiasa diberkati (baris 4).


MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN Sumber: Laman Instagram Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. https://www.instagram.com/p/CojIYfJ5sV/?igshid=YmMyMTA2M2Y= Akal budi dalam pantun ini ialah mendidik masyarakat supaya jangan tamak sekiranya mempunyai harta kerana harta tidak boleh dibawa mati. Pantun ini juga bertemakan keagamaan yang berkaitan dengan mati dan akhirat.


MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR Syair Perahu - Hamzah Fansuri Rangkap 1 Inilah gerangan suatu madah, Mengarangkan syair terlalu indah, Membetulkan jalan tempat berpindah, Di sanalah I'tikaf di perbetul sesudah. Sumber: Dr.Azman, R., Dr. Mohd Nazri, Z., Shamsudin, A. Bakar., Haji Abdul Rani, H., & Dr. Hasnah, Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al- Ehsan. Halaman 63. Akal budi dalam syair ini bertujuan untuk membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu, penyair menganjurkan agar kita sentiasa berfikir demi membetulkan iman. Hal ini dikatakan demikian kerana kita mampu berjaya di dunia dan di akhirat hanya melalui iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul.


MANIFESTASI AKAL BUDI SELOKA Seloka Pandai Pak Pandir Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak Pandir juga menanggung. Sumber: Dr.Azman, R., Dr. Mohd Nazri, Z., Shamsudin, A. Bakar., Haji Abdul Rani, H., & Dr. Hasnah, Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al- Ehsan. Halaman 68. Akal budi manifestasi masyarakat Melayu dalam seloka ini ialah menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat seperti sikap yang boros berbelanja (baris 3), sikap yang tidak sedar akan kelemahan diri (baris 5) serta sikap individu yang terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh (baris 6 & 7).


MANIFESTASI AKAL BUDI GURINDAM Gurindam Dua Belas Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilang nama. Barang siapa mengenal yang empat. maka ia itulah orang yang ma'rifat. (Fasal 1) Sumber: Dr.Azman, R., Dr. Mohd Nazri, Z., Shamsudin, A. Bakar., Haji Abdul Rani, H., & Dr. Hasnah, Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al- Ehsan. Halaman 72. Akal budi pada gurindam fasal satu ini ialah pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak mengenal agama yakni Tuhan, maka hidupnya sia-sia tanpa tujuan. Kesannya, seseorang itu sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Rangkap 2 menjelaskan bahawa "mengenal yang empat" berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syari'at, ma'rifat, tarikat dan hakikat. Ini bermaksud seseorang yang telah "mengenal yang empat" ini maka kehidupannya akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa was-was.


5.0 Penutup Secara keseluruhannya, melalui penghasilan produk ini, konsep dan fungsi kesusasteraan serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional telah dijelaskan secara terperinci dan mendalam. Kita tidak dapat menafikan bahawa kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu telah lama wujud bersama-sama bangsa Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu itu juga memperlihatkan segala-segalanya itu digambarkan secara menarik. Namun begitu, perkembangan masyarakat yang pesat pada hari ini telah mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Sastera yang dahulunya menjadi hak milik bersama kini telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta. Oleh itu, peranan semua pihak penting bagi mengekalkan keaslian kesusasteraan Melayu sebagai identiti negara.


Dr.Azman, R., Dr. Mohd Nazri, Z., Shamsudin, A. Bakar., Haji Abdul Rani, H., & Dr. Hasnah, Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al- Ehsan. Laman Instagram Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka. https://www.instagram.com/p/Coj-IYfJ5sV/?igshid=YmMyMTA2M2Y= Siti Hajar, A. A. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Suhaimi, H. M. (2000). At-Tariq - Kumpulan Puisi Mistik dan Kerohanian. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal, A. B. (2018). Kumpulan Pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 6.0 Rujukan


Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version