BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU Alifah Ilyana binti Ahmad Nasir Ammelia anak Bujang Angelo Ng Soon Tee Florea Clara anak Banyang Iffyvivian Agnes anak Aman KUMPULAN SHAHNON AHMAD 1. 2. 3. 4. 5.
E-PEMBELAJARAN M13 Penulis/pengkaji Penerbitan jurnal Teori yang digunakan-kaedah/prinsip/gagasan/pendekatan/konsep Dapatan kajian Pendekatan Pengurusan Buat penerokaan terhadap kajian berdasarkan Teori sastera tempatan, seterusnya buat ulasan. 1. 2. 3. 4.
JURNAL YANG DIPILIH Mohamad Hassan. (2022). Sejarah, definisi, konsep dan prinsip pendekatan pengurusan. PENDETA, 13(1), 1–10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol13.1.fa. 1.2022
PENGENALAN Kumpulan kami telah memilih jurnal yang bertajuk Sejarah, Definisi, Konsep dan Prinsip Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Hassan pada tahun 2022. Penulisan jurnal ini bertujuan untuk mengemukakan sejarah kemunculan pendekatan pengurusan iaitu definisi, konsep dan prinsipprinsip pendekatan pengurusan serta penerapan terhadap karya-karya sastera. Beliau mengemukakan bahawa terdapat 5 prinsip pendekatan pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penstafan atau tenaga kerja dan kawalan. Tambahan itu, penulisan jurnal ini juga mengetengahkan penerapan pendekatan pengurusan terhadap cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said dan penerbitan buku Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera.
PRINSIP TEORI PERANCANGAN Sebelum mencapai sesuatu matlamat, kita perlu menjalankan aktiviti-aktiviti asas secara fizikal dan mental melalui perancangan yang teliti sebelumnya. Menurut Gary Dessler “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.” Selanjutnyan Harold Koontz menyatakan “perancangan sebagai penentuan tentang apa yang hendak dibuat, bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan menjadi pelaksana” (Jaafar Muhamad, 1999) Dua peringkat proses perancangan adalah menetapkan matlamat dan merangka strategi. Misalnya dalam cerita Sang Kancil dan Buaya, kita dapat melihat keberhasilan Sang Kancil menyeberangi sungai kerana kejayaan perancangannya. Sang Kancil telah menetapkan matlamat untuk menyeberang sungai dengan harapan memakan buahbuahan di seberang sungai. Dengan tekadnya, Sang Kancil merangka strategi, meminta buaya berbaris, dan membuat mereka percaya bahwa Nabi Sulaiman akan mengira jumlah buaya. Dengan perancangan teliti, Sang Kancil berhasil menipu buaya-buaya, melangkah satu demi satu di antara mereka, dan akhirnya berjaya menyeberangi sungai. Kisah ini menekankan pentingnya perancangan dalam mencapai matlamat dan menekankan keberhasilan dengan perancangan yang teliti dan sistematik.
PRINSIP TEORI PERORGANISASIAN Organisasi merujuk kepada kerjasama dua orang atau lebih yang bekerja bersama untuk mencapai matlamat tertentu melalui koordinasi. Bagi mencapai pengurusan yang efektif, seorang pengurus perlu mampu mengorganisasikan sumber manusia, sumber fizikal, dan fungsi-fungsi seperti pemasaran, pengeluaran, dan kewangan dengan cara yang sesuai dan rasional. Pengorganisasian melibatkan penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan yang efektif untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah dirancang. Menurut Jaafar Muhamad (1999), pengorganisasian merupakan proses menentukan strategi mencapai matlamat dan menetapkan peranan, tugas, serta hubungan antar pekerja dan staf dalam organisasi. Misalnya, dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas terdapat episod majlis sambutan lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai. Maka dibentukkan struktur organisasi bagi acara tersebut berdasarkan kepada kebolehan, kepakaran dan kemahiran masingmasing. Dengan adanya pengorganisasian, majlis sambutan itu dapat berjalan lancar.
PRINSIP TEORI KEPIMPINAN Kepimpinan dapat didefinisikan sebagai seni atau proses mengetuai dan mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, agar mereka bersedia dan berusaha mencapai matlamat organisasi. Dalam pendekatan terbaik, manusia perlu didorong untuk menanamkan semangat, tekad, dan keyakinan dalam bekerja. Oleh itu, pemimpin haruslah tidak memaksa atau mengarahkan dari belakang namun sebaliknya, mereka harus menempatkan diri di depan, memberi dorongan, dan mengilhami anggota kelompok untuk mencapai tujuan organisasi. Menurut Jaafar Muhamad (1999), seorang pemimpin pancaragam bertanggungjawab mengkoordinasikan usaha bersama para ahli musik di orkestranya untuk menciptakan bunyi-bunyian yang selaras dan irama lagu yang tepat.
PRINSIP PENSTAFAN (TENAGA KERJA) & KAWALAN Penstafan atau tenaga kerja merujuk kepada aktiviti mengisi, menjaga, dan memastikan jawatan dalam struktur organisasi sentiasa terisi. Proses ini melibatkan mengenal pasti keperluan tenaga kerja, membuat inventori individu yang boleh didapati, mengambil, memilih, menempatkan, menaikkan pangkat, menilai prestasi, merancang kerjaya, memberikan pampasan, serta melatih atau memajukan baik calon mahupun pekerja sedia ada. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan tugas mereka. Kawalan, mengikut Harold Koontz dan Heinz Weihrich, merujuk kepada pengukuran dan pembetulan prestasi untuk memastikan objektif dan rancangan perusahaan tercapai dengan baik. Jaafar Muhamad pula mentakrifkan kawalan sebagai proses untuk memastikan kegiatan organisasi bergerak ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, kawalan melibatkan penentuan atau jaminan bahawa aktiviti organisasi berfokus pada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Jika terdapat isyarat bahawa matlamat tidak mungkin dicapai, langkah pembetulan atau pemulihan perlu diambil. PENSTAFAN (TENAGA KERJA) KAWALAN
PENERAPAN PENDEKATAN PENGURUSAN TERHADAP CERPEN “DI SEBALIK SIRAT MAKNA” KARYA ABANG MEDIAN ABANG SAID Dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Media Abang Said, beliau menggunakan pendekatan pengurusan dalam menganalisis novel ini. Perkara ini dapat dilihat pada watak Cikgu Michael Teo yang gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan disiplin pelajar-pelajar di sekolah. Bahkan,ahli organisasi sekolah tersebut tidak bekerjasama antara satu sama lain. Buktinya, konflik bermula apabila Cikgu Micheal Teo melantik Cikgu Ibau sebagai ketua warden Asrama Sarjana manakala Cikgu Naszkir sebagai warden dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Konflik semakin tercetus apabila Cikgu Naszkir telah mengambil kembali seorang pelajar yang dibuang asrama oleh Cikgu Ibau selaku ketua warden kerana didapati melanggar disiplin sekolah. “Saya nak tahu, kenapa saya tak dimaklumkan tentang hal ini? Kenapa saya tak dibawa berbincang sama? Saya masih bertanggungjawab terhadap tugas saya. Saya bukan patung! Kayu!” Cikgu Ibau mengepal tinju, menggumpalkan kemarahannya di situ hingga menampakkan kemarahannya di situ hingga menampakkan uratnya yang berkematu.” (Permata Sastera Melayu, 2012: 181)
PENERAPAN PENDEKATAN PENGURUSAN TERHADAP CERPEN “DI SEBALIK SIRAT MAKNA” KARYA ABANG MEDIAN ABANG SAID Dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Media Abang Said, beliau menggunakan pendekatan pengurusan dalam menganalisis novel ini. Perkara ini dapat dilihat pada watak Cikgu Michael Teo yang gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan disiplin pelajar-pelajar di sekolah. Tambahan pula, konflik dalam cerpen ini semakin memuncak apabila Cikgu Ibau merasakan dirinya disisih oleh Cikgu Naszkir, sedangkan dia merupakan ketua warden asrama. " Kemarahan cikgu Ibau semakin runcing dan tirus hingga mendamprak-lukakan hatinya. Dia seperti ditikam dari belakang. Kemarahannya berada pada tahap klimaks." (Permata Sastera Melayu, 2012: 181)
PENERBITAN BUKU PENDEKATAN PENGURUSAN: PENERAPAN TERHADAP KARYA SASTERA Berdasarkan jurnal, penulis juga telah menerbitkan buku yang bertajuk Pendekatan Pengurusan : Penerapan Terhadap Karya Sastera yang diterbitkan MK e-Solutions Sdn. Bhd. dengan kerjasama Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Dalam buku tersebut, penulis telah memperkenalkan pendekatan pengurusan yang boleh digunakan dalam menganalisis dan menilai sesebuah karya sastera.
PENERBITAN BUKU PENDEKATAN PENGURUSAN: PENERAPAN TERHADAP KARYA SASTERA Buku ini mengandungi 5 bab. Dalam Bab 1, penulis mengemukakan definisi dan konsep pengurusan dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam pendekatan pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan,penstafan (tenaga kerja) dan kawalan. Dalam Bab 2, penulis menerapkan pendekatan pengurusan terhadap cerita binatang yang bertajuk “Gergasi Berperang dengan Gajah” dan Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa). Dalam Bab 3, penulis menerapkan pendekatan pengurusan terhadap karya cerpen yang bertajuk “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said dan cerpen yang bertajuk “Sebuah Khemah Didirikan” karya Usman Awang. Dalam Bab 4, penulis menerapkan pendekatan pengurusan terhadap karya novel yang bertajuk Hari-hari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin dan novel yang bertajuk Bukit Kepong karya Ismail Johari. Bab 5 merupakan bab analisis perbandingan.
PENERBITAN BUKU PENDEKATAN PENGURUSAN: PENERAPAN TERHADAP KARYA SASTERA Berdasarkan penerangan yang diperolehi, hasil kajian penulis mendapati bahawa kedua-dua organisasi dalam cerita binatang yang bertajuk “Gergasi Berperang dengan Gajah” dan Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa) mencapai matlamat manakala kajian penulis organisasi dalam cerpen “Di Sebalik Sirat Makna” karya Abang Median Abang Said dan “Sebuah Khemah Didirikan” tersebut gagal dalam mencapai matlamat. Selanjutnya, penulis juga mengkaji organisasi yang terdapat dalam novel Harihari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin dan organisasi dalam novel Bukit Kepong karya Ismail Johari. Hasil kajian penulis telah mendapati bahawa kedua-dua organisasi ini gagal mencapai matlamat. Kegagalan mencapai matlamat bererti kegagalan kedua-dua organisasi dalam pengurusan.
SEKIAN, TERIMA KASIH.