The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GPMK1012 Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi - Komunikasi dalam Era Digital
Tugasan Epembelajaran M12
Kumpulan A. Samad Said
PPISMP BM1622 IPGKTAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IFFYVIVIAN AGNES PISMP BM1822, 2022-10-25 12:02:09

GPMK1012 Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi - Komunikasi dalam Era Digital (Tugasan Epembelajaran M12, Kumpulan A. Samad Said)

GPMK1012 Pengantar Bahasa Melayu Komunikasi - Komunikasi dalam Era Digital
Tugasan Epembelajaran M12
Kumpulan A. Samad Said
PPISMP BM1622 IPGKTAR

Kumpulan A. Samad Said

Tugasan Epembelajaran M12

GPMK1012 Pengantar

Bahasa Melayu Komunikasi
Fixly anak Muhamad
Iffyvivian Agnes anak Aman
Cecilia Amy anak Joseph Lijas
Christin Helen anak Michael Dosi
Clyrence anak Peter

Berdasarkan sumber digital, anda dikehendaki untuk:
1.Membincangkan Jenis-jenis Komunikasi Era Digital
dalam Revolusi Perindustrian ke-4 (IR 4.0).
2.Halangan dan Masalah Komunikasi dalam Era Digital.

Seterusnya, anda diminta untuk memindahkan hasil kerja
kumpulan anda dalam bentuk media digital.

1. Membincangkan Jenis-jenis Komunikasi Era
Digital dalam Revolusi Perindustrian ke-4
(IR 4.0).

Tahun penemuan Fungsi Contoh

Digunakan Meningkatkan integriti Google
secara Scholar
berleluasa dalam penyampaian Aplikasi Gmail
seawal tahun
1990-an. maklumat dan arahan.

Merekodkan maklumat

penting sepeti mesej yang

disampaikan, tarikh dan

masa maklumat dihantar,

siapa pengirimnya dan

penerimanya.

Tahun penemuan Fungsi Contoh

Digunakan Meningkatkan komunikasi CD,
secara dua hala iaitu memberi DVD
berleluasa arahan dan melakukan Pemacu kilat
pada Disember tindak balas. Pita
1995 oleh Cip memori
Philips dan padat
Sony.

Telefon yang pertama telah menggunakkan komunikasi
digital iaitu telefon 2G.
Kemudian seiring dengan perkembangan teknologi,
teknologi telefon digital telah berkembang pesat dan
wujudnya telefon 3G iaitu pada tahun 2001.
Teknologi 3 G telah menyebabkan penghantaran
maklumat menjadi lebih cepat dan komunikasi lebar
jalur menjadi lebih praktikal dan banyak media yang
dihasilkan seperti internet, GPS dan suara.
Pada dekad itu, telefon 4G muncul dan komunikasi
digital telah menjadi 10 kali lebih cepat dan pantas dari
yang sebelumnya.

Tahun penemuan

Televisyen definisi tinggi diperkenalkan pada tahun 1969 yang
awalnya dimajukan oleh Nippon Hoso Kyokai.

Fungsi

Televisyen definisi tinggi menawarkan mutu gambar yang jauh lebih
baik di mana gerakan lebih lancar, warna imej yang jelas dan
kebolehan membenarkan pelbagai perkakas input unutk
bekerjasama berbanding televisyen biasa.
Dapat mengakses Internet seperti dapat menonton video yang ada
di Internet iaitu di aplikasi Youtube.

Komunikasi elektronik dapat didefinisikan sebagai, komunikasi yang

menggunakan media elektronik untuk mengirimkan maklumat atau pesan

menggunakan komputer, e-mel, telefon, panggilan video, mesin faks, dan lain-

lain.
Penggunaan komunikasi elektronik ini dapat memudahkan pengguna untuk

berkomunikasi dengan dunia. CONTOH

2. Masalah dan Halangan Komunikasi dalam Era
Digital.

Penyebaran Berita Palsu

Jenis-jenis maklumat yang melibatkan berita palsu:
Menjatuhkan maruah dan imej individu, reputasi organisasi dan
negara.
Menanam kebencian terhadap kerajaan pemerintah dan
pemimpin.
Berkaitan infrastruktur maklumat kritikal negara.
Fahaman ajaran ekstrem.
Menyentuh sensitiviti keagamaan dan perkauman.
Mengandungi unsur-unsur pornografi, perjudian dan penipuan.

Penyebaran Berita Palsu

Impak penyebaran berita palsu:
Menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat serta
menjejaskan sensitiviti, privasi dan reputasi individu, organisasi serta negara.
Mewujudkan ketidakpercayaan terhadap kerajaan pemerintah.
Menimbulkan kegusaran dan ketidakharmonian masyarakat dan merencatkan
pembangunan sesuatu industri atau sektor.
Memesongkan akidah dan menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat
Islam.
Mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara dan menggugat
perpaduan nasional serta keharmonian kaum.
Menyumbang kepada gejala sosial, keruntuhan moral dan akhlak serta
mendorong kepada kegiatan jenayah.

Penyebaran Berita Palsu

Langkah semak berita palsu:
1. SEMAK

Semak sebelum sebar. 'Tak Pasti, Jangan Kongsi'
Kongsi sesuatu berita jika tertera sumber yang sahih daripada pihak berautoriti dan akhbar
utama tempatan.

2. MANFAAT SESUATU BERITA
Ambil masa dan berfikir sekitar lalu menilai sejauh mana sesuatu berita yang diterima memberi
manfaat atau tidak.
Jika tidak sahih dan tidak bermanfaat, batalkan saja hasrat untuk berkongsi kepada orang lain.



3. UNSUR SENSASI DAN EMOSI
Untuk menampakkan sesuatu berita palsu kononnya lebih nyata dan benar, berita palsu
tersebut akan dimanipulasi penceritaan berbaur sensasi dan beremosi.

Fitnah dan Gosip
Fitnah adalah sesuatu perbuatan tuduhan, khabar, kisah

dan seumpamanya yang direka-reka atau diada-adakan

untuk menjejaskan imej, maruah dan kredibiliti individu

dan pihak tertentu.

Gosip pula adalah perbuatan mengumpat tentang hal

peribadi seseorang secara terbuka sehingga

menjatuhkan maruah individu tersebut.

Fitnah dan Gosip

Fitnah dan gosip boleh tersebar meluas melalui media sosial seperti Whatsapp,
Twitter, Instagram dan Twitter.

Contoh fitnah:
Fitnah berkenaan dengan kerajaan yang dilakukan oleh pihak-pihak
antikerajaan boleh mempengaruhi minda masyarakat.

Contoh gosip:
Gosip berkenaan artis-artis dalam dan luar negara berkenaan hal-hal
peribadi mereka.

Scammer

Scammer ialah individu yang melakukan
jenayah penipuan secara dalam talian.
Scammer akan memperkenalkan diri
mereka sebagai Pegawai Polis, Pegawai
Mahkamah dan Pegawai Bank.
Scammer akan meminta maklumat
kewangan seperti nombor akaun bank, PIN
dan TAC daripada mangsa.

Scammer

Tips keselamatan cegah scammer:
Hanya muat turun aplikasi dari sumber
yang sah seperti Google Play dan Apple
Store.
Jangan teruskan jika frasa/gambar
keselamatan rahsia anda tidak muncul
ketika melayari laman web perbankan.
Jangan benarkan (Allow) jika aplikasi tidak
sah yang anda muat turun meminta
kebenaran mengakses tetapan dalaman
telefon anda. Ini akan menyebabkan data
SMS, OTP dan TAC akan dicuri Scammer.

Scammer

Tips keselamatan cegah scammer:

Kerap menukar kata laluan

akaun perbankan.

Jangan mudah percaya jika

berurusan dengan peniaga

melalui talian peribadi seperti

Whatsapp dan Telegram.

Pasang antivirus/pengesan

Malware pada peranti/telefon

anda.

Pengendapan (Cyber Stalker)

1.Dilakukan oleh pembuli siber.
2.Lebih terarah atas dasar seks kepada

kanak-kanak dan orang dewasa.

Taktik yang digunakan oleh pengendap siber:
Merosakkan enjin carian atau
ensiklopedia.
Mengancam pendapatan, pekerjaan,
reputasi atau keselamatan mangsa.

Pencemaran Bahasa

Pencemaran bahasa akibat ledakan teknologi
dalam era digital pada masa kini telah
menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di Malaysia.



Punca:
Penggunaan bahasa rojak dan bahasa pasar
dalam penggunaan SMS dan pelbagai aplikasi
terbaharu seperti Whatsapps, Wechat, Twitter,
Instagram dan Facebook.
-Perkataan asal bahasa Melayu yang panjang
diubah menjadi lebih pendek dan ringkas.

Pencemaran Bahasa

Punca:
Penggunaan bahasa yang tidak sopan
seperti suka membangga diri, memaki
hamun, melontarkan kata-kata kesat dan
kasar, memfitnah, memprovokasi,
mengejek serta merendahkan orang lain
dalam media sosial.
Penggunaan perkataan singkatan dalam
media sosial.
-'Tipon' bermaksud telefon.
-'Kang' bermaksud nanti.

Antisosial

Antisosial bermaksud tidak suka bergaul dengan orang lain (Kamus
Dewan Edisi Keempat).
Berlaku akibat ketagihan terhadap penggunaan internet dan media
sosial seperti ketagihan maklumat, ketagihan permainan Internet,
ketagihan rakan baru (Cyber Relations) dan ketagihan seks siber
(Cyber Sexual).

Antisosial

Contoh:
Menggunakan telefon pintar sepanjang masa mahupun ketika
berkumpul bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Kesan:
Hubungan kekeluargaan dan persahabatan menjadi renggang.
Berlaku penurunan fungsional aktiviti terhadap seseorang individu
kerana banyak menghabiskan masa hanya dengan bersosial dengan
media sosial tetapi tidak bersosial dengan masyarakat di dunia nyata.
Suka menyendiri sehingga mengalami kemurungan dan tekanan jiwa.

Ancaman privasi

Ancaman privasi merupakan satu keadaan di mana privasi seseorang berisiko terdedah kepada
umum. Privasi yang dimaksudkan ialah seperti data peribadi seseorang individu. Kebiasaanya,
dalam proses pendaftaran pengguna baharu sesuatu aplikasi mudah alih, pengguna perlu
mengisi maklumat peribadi mereka sebagai syarat untuk menggunakan aplikasi mudah alih
tersebut. Secara tidak langsung, maklumat peribadi mereka mula terdedah. Namun, apa yang
lebih berbahaya ialah sekiranya data peribadi mereka dijual oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab atau akaun pengguna mereka digodam. Maka, privasi mereka telah
terancam. Dalam usaha mengatasi masalah ini, pengguna harus bijak dalam memilih untuk
menggunakan aplikasi mudah alih yang selamat dan mempunyai tahap keselamatan yang
tinggi. Selain itu, mereka harus menetapkan kata laluan akaun yang sukar untuk dijangka oleh
orang lain agar orang lain tidak mampu mengakses akaun pengguna. Akhir sekali, pengguna
aplikasi mudah alih tidak sepatutnya sentiasa mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti
alamat rumah dan tempat kerja mereka di media sosial.

Ancaman keselamatan

Ancaman keselamatan yang berlaku dalam era digital bermaksud kehidupan seseorang
pengguna media elektronik tidak lagi selamat. Hal ini boleh berlaku apabila semua maklumat
peribadinya sudah terdedah kepada umum. Perbuatan pengguna itu sendiri boleh
mendatangkan ancaman terhadap keselamatannya. Misalnya, seseorang pengguna media
elektronik memuat naik semua aktiviti hariannya sehingga mampu menarik perhatian
penjenayah. Kesannya, rumahnya berisiko dirompak atau dia berisiko dibunuh dan dicederakan
sekiranya penjenayah tersebut mempunyai dendam terhadapnya. Hal ini dapat dibuktikan
apabila pada Oktober 2016, selebriti terkenal iaitu Kim Kardashian dirompak oleh sekumpulan
perompak yang mengakibatkan kerugian sebanyak 41 juta USD. Bukan itu sahaja, beliau juga
hampir ditembak menggunakan pistol. Perkara ini berlaku kerana terdapat rancangan
televisyen yang bertajuk "Keeping Up with the Kardashians" di mana rancangan televisyen
tersebut menayangkan kemewahan kehidupan Kim Kardashian sekeluarga yang menarik
perhatian perompak.

Penyebaran virus

Penyebaran virus komputer merupakan kegiatan menyerang sistem komputer sehingga
melumpuhkan keupayaanya untuk berfungsi dengan sempurna. Penyebaran virus boleh berlaku
melalui penghantaran pautan internet atau e-mel. Apabila pengguna membuka pautan internet
tersebut, secara serta merta virus komputer akan mampu mengakses sistem komputer
pengguna tersebut. Kesannya, tahap keselamatan sistem komputer akan menurun kerana
sudah diserang oleh virus komputer. Pencerobohan akaun bank juga boleh berlaku akibat
penyebaran virus ini.

Aktiviti negatif

Pelbagai aktiviti negatif boleh berlaku melalui media elektronik dalam era digital. Antaranya,
penyebaran bahan pornografi. Ungkapan "maklumat di hujung jari" seakan memberi bayangan
bahawa bahan pornografi sangat mudah diperolehi pada era digital. Kesannya, ketagihan seks
siber akan berlaku dalam kalangan masyarakat. Secara tidak langsung, masyarakat
terutamanya golongan belia akan terpengaruh sehingga cuba mengadaptasikannya dalam
kehidupan sebenar. Kerana itulah gejala sosial seperti merogol, seks bebas, hamil luar nikah dan
pedofilia semakin kerap berlaku. Selain itu, aktiviti negatif seperti perjudian atas talian. Terdapat
pelbagai pilihan perjudian atas talian. Misalnya, perjudian SCR888. Kegiatan judi melalui aplikasi
ini boleh berlaku apabila pengguna sudah mendirikan akaun pengguna mereka dan
memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun mereka. Seterusnya, mereka hanya perlu bertaruh
dan memperoleh keuntungan besar sekiranya mereka bernasib baik dan kerugian jika nasib
tidak menyebelahi mereka. Sudah jelas aktiviti perjudian atas talian ini hanya menggalakkan
pembaziran wang kerana tiada kepastian bahawa kita akan menang besar.

Ancaman kesihatan

Ancaman kesihatan yang berpunca daripada penggunaan media elektronik pada era digital
ialah seperti masalah rabun, obesiti dan masalah mental. Ketagihan penggunaan media
elektronik seperti telefon pintar dan komputer mengakibatkan masalah rabun yang tinggi dalam
kalangan masyarakat. Hal ini kerana skrin telefon pintar dan komputer memancarkan sinar UV.
Penggunaan media elektronik dalam jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan
kekeringan mata. Selain itu, masalah obesiti. Ketagihan penggunaan media elektronik
mengakibatkan penggunanya menjadi kurang aktif kerana mereka hanya duduk menghadap
alat elektronik setiap masa. Perkara inilah yang membuatkan lemak terkumpul dalam badan
mereka sehingga menjadi obesiti. Akhir sekali, masalah mental. Masalah mental seperti
kemurungan dan cemas boleh berlaku apabila pengguna media elektronik berasa sedih akibat
cemuhan dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen kepada mereka. Kemurungan yang
berpanjangan boleh menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Misalnya, aktres yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sulli membunuh diri pada tahun 2019
kerana kemurungan berpanjangan akibat pelbagai masalah termasuk kritikan netizen.

Pendedahan

Penggunaan alat elektronik menyebabkan semua golongan masyarakat tanpa mengira umur
mengalami pendedahan terhadap pelbagai maklumat secara meluas. Maklumat tersebut
tersangatlah luas sehingga maklumat yang tidak sesuai diakses oleh sesetengah kumpulan
umur pun boleh diperolehi. Misalnya, bahan pornografi yang tidak sesuai untuk diakses oleh
kumpulan umur 18 dan ke bawah tetapi sudah boleh diakses oleh semua peringkat umur pada
era digital. Selain itu, pengaruh LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender). Kebanyakan
masyarakat timur menentang keras kegiatan LGBT. Tetapi kerana kemajuan teknologi pada era
digital, semua maklumat berkaitan LGBT mudah diperolehi termasuk oleh masyarakat Timur.
Akhir sekali, pendedahan terhadap cara penghasilan bahan berbahaya seperti bom dan senjata
api. Terdapat pelbagai video yang boleh diperolehi berkaitan dengan cara menghasilkan bahan-
bahan berbahaya. Sekiranya semua masyarakat berupaya menghasilkan senjata api mereka
sendiri dan bom, maka keadaan di bumi akan huru-hara kerana peperangan yang boleh berlaku.

Kos tinggi

Kos penyelenggaraan internet atau jalur lebar yang tinggi diperlukan terutamanya
di kawasan luar bandar yang berpendapatan rendah. Halangan ini mampu
membantutkan Revolusi Industri 4.0 kerana tidak semua masyarakat menikmati
kemajuan teknologi. Misalnya, penduduk di kawasan pedalaman tidak
memanfaatkan kemajuan teknologi seperti mencari maklumat menggunakan telefon
pintar. Hal ini kerana di kawasan mereka, tiada jaringan internet yang mungkin
disebabkan oleh keadaan geografi yang berbukit bukau. Selain itu, mereka juga
mungkin tidak mampu membeli alat elektronik kerana memerlukan kos yang tinggi.


Click to View FlipBook Version