BMMB3193 Pengantar Kesusasteraan Melayu Alifah Ilyana binti Ahmad Nasir Ammelia anak Bujang Angelo Ng Soon Tee Florea Clara anak Banyang Iffyvivian Agnes anak Aman KUMPULAN SHAHNON AHMAD
Tutorial M6 Pilih SYAIR mahupun GURINDAM yang terdiri daripada 10 atau lebih rangkapnya. Rumuskan pemikiran dalam puisi yang dipilih dengan menggunakan alat berfikir PMI dan huraikan nilai dalam puisi tersebut. Kaitkan pemikiran yang dirumus dengan TBI (Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya pemberdayaan kreativiti). Gurindam Jiwa karya Hamzah Hussien 1. 2. 3.
Gurindam Jiwa karya Hamzah Hussein Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Di dalam hati tidak ku lupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman, Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga.
Pemikiran dalam Gurindam Jiwa dengan menggunakan alat berfikir PMI Pemikiran Sosiobudaya (Masyarakat yang bekerja keras) [Kekuatan] Pemikiran Kemasyarakatan (Masyarakat yang setia dengan pasangan) [Kekuatan] Pemikiran Kerohanian (Masyarakat yang menerima qada dan qadar (takdir Tuhan)) [Menarik] Pemikiran Kemanusiaan (Masyarakat yang tidak berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan) [Kekurangan]
Pemikiran sosiobudaya merupakan pemikiran yang menekankan tentang perhubungan manusia dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan sebagainya. Pemikiran sosiobudaya menunjukkan kelebihan dalam gurindam ini kerana penulis gurindam menjelaskan sikap masyarakat yang bekerja keras untuk mendapatkan bekalan makanan. Buktinya, penulis gurindam berjaya menekankan latar belakang masyarakat yang bekerja keras pada rangkap pertama (baris 1 dan 2) iaitu: Baris di atas ini menunjukkan perbuatan masyarakat yang berusaha menuai padi dan tidak bersikap malas untuk mendapatkan hasil tuaian padi untuk bekalan makanan. Sikap masyarakat yang bekerja keras seperti ini haruslah dijadikan contoh dalam diri masyarakat kerana sikap bekerja keras ini merupakan teladan yang baik dan patut ditekankan dalam penulisan sastera. tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, Pemikiran Sosiobudaya (Masyarakat yang bekerja keras) Kekuatan (Plus)
Pemikiran kemasyarakatan merupakan pemikiran yang menerangkan sebilangan manusia yang tinggal bersama-sama dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Pemikiran kemasyarakatan menunjukkan kelebihan dalam seloka ini kerana pengarang menerangkan dengan teliti berkenaan dengan sebuah masyarakat yang setia dengan pasangannya. Kesetiaan antara suami isteri dibuktikan dengan kemesraan dan kegembiraan mereka bersamasama serta lafaz setia yang dituturkan melalui gurindam. Bukti kesetiaan antara pasangan tersebut adalah pada rangkap tiga baris ketiga dan keempat iaitu, Jadi, baris tersebut menunjukkan kesetiaan yang ada pada suami dan isteri tersebut sehingga lafaz ‘bercerai kasih bertalak tiada’ menjadi ikrar bahawa mereka akan sentiasa berkasih-sayang dan tidak akan berpisah walau hubungan mereka dilanda ujian kerana dugaan dalam sesebuah perkahwinan itu merupakan perkara biasa untuk menguji kesetiaan dan perjuangan untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan. Baris ‘seribu tahun kembali juga’ menunjukkan bahawa walaupun masa dan umur akan memisahkan mereka, mereka tetap akan bersama juga. Hal ini dapat dikaitkan dengan kematian yang akan memisahkan mereka juga satu hari nanti kerana manusia tidak dapat lari daripada maut. Namun, mereka tetap akan bersua lagi pada alam akhirat. Kesetiaan kepada pasangan juga dizahirkan pada rangkap kelima gurindam Jiwa ini pada baris ketiga dan baris keempat. Baris di atas menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi oleh pasangan tersebut sehingga mati pun hanya memisahkan jasad mereka sementara di dunia sebelum kedua-duanya bertemu kembali ke alam akhirat iaitu Syurga. Dalam agama, Syurga merupakan tempat pulang dan tempat istirehat orang beriman yang mempunyai pelbagai nikmat dan kekal selama-lamanya. Jadi, istilah Syurga digunakan oleh pasangan tersebut yang menunjukkan bahawa percintaan mereka bukan sekadar di dunia yang sementara sahaja, namun kekal untuk selama-lamanya. Jadi, pengarang berjaya menonjolkan masyarakat yang setia melalui gurindam ini yang dapat dijadikan sebagai nilai murni kepada pembaca. Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu Syurga. Pemikiran Kemasyarakatan (Masyarakat yang setia dengan pasangan) Kekuatan (Plus)
Pemikiran Kerohanian Masyarakat yang menerima qada dan qadar (takdir Tuhan) Pemikiran kerohanian merupakan pemikiran yang menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan. Pemikiran kerohanian menunjukkan hubungan manusia dengan Tuhan yang dapat dilihat melalui tanggungjawab, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang Maha Esa. Pemikiran kerohanian memperlihatkan aspek menarik dalam gurindam ini kerana pengarang mampu menzahirkan unsur keagamaan iaitu ‘menerima takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan’. Hal ini kerana sebagai seorang hamba, kita perlulah redha dengan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita dan kita perlulah yakin bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Namun, sebagai seorang hamba juga kita diberi pilihan untuk memilih jalan baik atau buruk. Tambahan pula, agama atau kepercayaan merupakan rukun negara pertama dan merupakan asas sesebuah masyarakat. Contoh rangkap yang memperlihatkan pemikiran kerohanian adalah, Rangkap tersebut menunjukkan perbuatan masyarakat yang redha dengan takdir Tuhan. Malah, masyarakat tersebut tidak memberontak sama sekali. Hal ini kerana mati merupakan takdir yang tidak dapat diubah. Kematian akan sampai kepada seseorang tidak cepat dan tidak lambat. Jadi, baris ‘Kalau tuan mati dahulu’ menunjukkan sisi masyarakat yang redha terhadap takdir Tuhan jika salah seorang mereka dijemput terlebih dahulu. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat tersebut merupakan masyarakat yang tidak melanggar mana-mana perintah-Nya dengan sentiasa memperhambakan diri kepada Tuhan dan tidak mempersoalkan takdir Tuhan. Jadi, terbuktilah pemikiran ini memperlihatkan aspek menarik kerana pengarang telah menyentuh perkara yang abstrak iaitu ‘takdir’ dan juga menyentuh perkara yang berkaitan dengan keimanan yang tidak dapat dilihat namun perlu diyakini. Malah, pengarang menunjukkan kekreatifan kerana mampu mencetuskan idea untuk menjadikan gurindam ini sebagai medium menyampaikan nasihat yang dapat membentuk akhlak masyarakat mulia. Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga. Menarik (Interesting)
Pemikiran Kemanusiaan (Masyarakat yang tidak berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan) Pemikiran kemanusiaan merupakan pemikiran yang menonjolkan tentang sifat dan sikap sesebuah masyarakat. Pemikiran kemanusiaan memperlihatkan aspek kekurangan dalam gurindam ini kerana pengarang menyatakan sikap masyarakat yang mengambil tindakan secara melulu tanpa memikirkan impak yang akan menimpa. Di sini, pengarang menonjolkan sikap seorang isteri yang tidak dapat menahan rindu terhadap suaminya yang mencari nafkah di tempat yang jauh. Hal ini kerana padi yang disimpan tidak cukup menampung keperluan mereka bersama sehinggakan sang suami perlu meninggalkan isterinya di rumah bagi mencari rezeki. Contoh rangkap yang memperlihatkan situasi tersebut adalah, Rangkap ini menyatakan sikap masyarakat dalam membuat keputusan melulu iaitu masyarakat yang sanggup mengembara mencari pasangannya hanya kerana tidak mampu menahan rindu. Sikap masyarakat sebegini amatlah tidak rasional, malah masyarakat tersebut tidak mempunyai nilai kesabaran dalam dirinya. Jadi, pengarang sepatutnya memperlihatkan seorang isteri yang sentiasa sabar menunggu kepulangan suaminya mencari nafkah supaya nilai kesabaran tersebut selari dengan nilai kesetiaan yang digambarkan oleh kedua-duanya. Hal ini kerana jika seseorang itu setia dan percaya akan pasangannnya, sudah pasti mereka akan sentiasa sabar dengan apa pun kesusahan yang menimpa mereka walaupun terpaksa berjauhan buat seketika. Hakikatnya yang menyatukan dua buah jiwa bukanlah kedekatan jasad semata-mata, namun kepercayaan dan kesabaran yang tinggi dalam menjalinkan perhubungan. Perkara ini dapat menonjolkan sikap rasional dalam diri masyarakat tersebut kerana memikirkan impak dalam setiap keputusan yang diambil. Rumusannya, pengarang perlulah menekankan nilai kesabaran dalam diri pasangan tersebut supaya dapat dijadikan sebagai nilai murni kepada pembaca untuk sentiasa berfikir secara rasional. Perkara ini dapat memberi kesan yang positif terhadap sudut pandang pembaca terhadap cinta yang sepatutnya membawa seribu kebaikan dan bukannya membutakan hati sehingga sanggup mengorbankan segalagalanya yang tidak sepatutnya. Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman, Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. Kekurangan (Minus)
Kita seharusnya memiliki perasaan kasih sayang dengan menunjukkan kesetiaan dengan pasangan yang tidak berbelah bahagi agar dapat mengekalkan kebahagiaan bersama. Contohnya pada rangkap kelima, baris ketiga dan keempat dimana pengarang berjaya menonjolkan masyarakat yang setia dengan pasangan dengan membuktikan bahawa percintaan mereka berkekalan di dunia dan akhirat. Nilai kasih sayang Nilai yang terdapat dalam Gurindam Jiwa Kita sewajarnya berfikir secara rasional dalam membuat segala keputusan supaya tidak membebankan diri dan mampu bertindak mengikut kemampuan kudrat diri sendiri. Contohnya pada rangkap keempat dimana pengarang menggambarkan pasangan tersebut tiada kesabaran dan tidak berfikir panjang sehingga sanggup menggembara untuk mencari pasangan yang jauh di mata demi melepaskan rindu yang amat mendalam. Nilai rasional Kita mestilah sentiasa rajin berusaha dengan bekerja keras dalam melakukan sesuatu pekerjaan agar dapat membuahkan hasil yang setimpal dengan yang diinginkan. Contohnya pada rangkap pertama pengarang menggambarkan masyarakat yang bekerja keras dalam menuai padi untuk mendapatkan bekalan makanan. Nilai kerajinan Kita perlulah sedar dalam sentiasa menerima takdir ketentuan Tuhan Yang Maha Esa supaya dalam menjalani kehidupan selaras dengan prinsip kepercayaan agama masing-masing. Contohnya, pada rangkap kelima pengarang menunjukkan bahawa pentingnya untuk redha dengan takdir Tuhan dalam ketentuan ajal setiap orang yang semestinya sampai suatu masa kelak. Nilai kesedaran
Perkaitan pemikiran Gurindam Jiwa dengan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya dan kreatviti pengarang
Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya masyarakat yang bekerja keras Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya dapat dilihat melalui gurindam ini dengan pengarang menjelaskan masyarakat yang bekerja keras. Buktinya, penulis gurindam berjaya menekankan latar belakang masyarakat yang bekerja keras pada rangkap pertama (baris 1 dan 2) iaitu: Baris di atas ini menunjukkan bahawa keanekaragaman komunikasi sosiobudaya yang terdapat dalam kalangan masyarakat agar berusaha menuai padi dan tidak bersikap malas untuk mendapatkan hasil tuaian padi sebagai bekalan makanan. Ini menunjukkan kreativiti pengarang yang memberi kesedaran kepada pembaca mahupun pendengar bahawa sikap masyarakat yang bekerja keras seperti ini haruslah dijadikan contoh dalam diri masyarakat. tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan,
Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya masyarakat yang percaya kepada ketentuan Tuhan Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya dapat dilihat melalui gurindam ini dengan pengarang menjelaskan masyarakat percaya kepada ketentuan Tuhan. Hal ini dikatakan demkian kerana penulis mampu menzahirkan unsur keagamaan iaitu ‘menerima takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan”. Dalam pada itu, hubungan manusia dengan Tuhan yang dapat dilihat melalui tanggungjawab, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang Maha Esa. Tambahan pula, agama atau kepercayaan dapat membentuk kerukunan dan merupakan asas sesebuah masyarakat. Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga. Rangkap ke-5 dalam gurindam tersebut menunjukkan perbuatan masyarakat yang redha dengan takdir Tuhan. Malah, masyarakat tersebut tidak memberontak sama sekali. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat tidak melanggar mana-mana perintah-Nya. Malah, pengarang menunjukkan kekreatifan kerana mampu mencetuskan idea untuk menjadikan gurindam ini sebagai medium menyampaikan nasihat yang dapat membentuk akhlak masyarakat mulia.
Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya masyarakat yang mempunyai nilai kesetiaan yang tinggi kepada pasangan Pemikiran kemasyarakatan memperlihatkan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya iaitu masyarakat yang mempunyai nilai kesetiaan yang tinggi kepada pasangan. Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya ditonjolkan pengarang pada pasangan suami isteri dalam sebuah perkahwinan. Dalam gurindam tersebut, kesetiaan sebuah pasangan dapat dibuktikan pada rangkap ketiga yang mana mereka menyatakan bahawa perkahwinan mereka akan sentiasa disulami kasih sayang dan mereka langsung tidak terfikir untuk berpisah. Rangkap yang menunjukkan perkara tersebut adalah, Jadi, rangkap ‘bercerai kasih talak tiada’ menunjukkan bahawa pasangan tersebut akan setia mempertahankan rumah tangga mereka walaupun diuji dengan pelbagai dugaan kerana setiap perhubungan pasti akan diuji bagi membuktikan tahap kesetiaan antara satu sama lain. Malah, kesetiaan mereka juga ditonjolkan pada rangkap kelima gurindam yang menyatakan bahawa mereka akan bersama selama-lamanya. Rangkap tertsebut adalah, Baris ‘Kalau tuan mati dahulu’ menunjukkan bahawa kematian itu merupakan perkara yang pasti berlaku pada setiap insan yang hidup dan ‘Nantikan saya di pintu Syurga’ menunjukkan bahawa walaupun mereka dipisah oleh kematian, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus bersama kerana mereka percaya akan kewujudan alam selepas mati iatu alam akhirat. Menurut kepercayaan agama, Syurga merupakan destinasi terakhir orang yang beriman dan merupakan nikmat yang kekal selama-lamanya. Jadi, kesetiaan mereka terzahir lagi apabila pasangan tersebut ingin bersama-sama menikmati nikmat Syurga yang kekal abadi. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu Syurga.
Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya masyarakat yang tidak berfikir secara rasional Pemikiran kemanusiaan memperlihatkan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya iaitu masyarakat yang tidak berfikir secara rasional. Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya ditonjolkan oleh pengarang pada sebuah pasangan yang hidup bersama-sama id kampung. Didapati bahawa seorang suami perlu berjauhan dengan isterinya kerana perlu mencari rezeki lebih ke tempat yang jauh. Hal ini disebabkan padi yang ditanam sering layu dan tidak cukup dijadikan sebagai bekalan. Masyarakat yang tidak berfikir secara rasional dapat dibuktikan pada rangkap keempat. Baris ‘burung merpati terbang seribu’ ini merupakan perlambangan seorang suami yang terpaksa meninggalkan kampung demi mencari rezeki. Baris ‘hendak mati di hujung kuku’ dan ‘Hendak berkubur di tapak tangan’ menunjukkan kesengsaraan seorang isteri menahan rindu terhadap suaminya yang jauh sehingga dia sanggup keluar menemui suaminya bagi melunaskan kerinduan di hati. Perkara ini menunjukkan sikap masyarakat yang tidak berfikir secara rasional kerana dia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Masyarakat tersebut tidak berfikir malapetaka dan bahaya yang akan menimpa sepanjang perjalanannya dalam mencari suami. Hal ini sudah tentulah akan mengundang kerisauan kepada suami jika suami tersebut balik ke rumah dengan ketiadaan isterinya. Secara tidak langsung, isteri tersebut akan menyusahkan ramai pihak. Jadi, pengarang telah memperlihatkan masyarakat yang tidak berikir secara rasional dalam membuat tindakan. Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman, Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.
Sekian, terima kasih.