The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUTORIAL M9 BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN NEGARA - KUMPULAN SHAHNON AHMAD, PISMP BM1622, IPGKTAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IFFYVIVIAN AGNES PISMP BM1822, 2023-10-15 02:06:48

TUTORIAL M9 BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN NEGARA - KUMPULAN SHAHNON AHMAD, PISMP BM1622, IPGKTAR

TUTORIAL M9 BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN NEGARA - KUMPULAN SHAHNON AHMAD, PISMP BM1622, IPGKTAR

BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU Alifah Ilyana binti Ahmad Nasir Ammelia anak Bujang Angelo Ng Soon Tee Florea Clara anak Banyang Iffyvivian Agnes anak Aman KUMPULAN SHAHNON AHMAD


TUTORIAL M9 Pilih sebuah cerita mitos atau legenda. Rumuskan pemikiran dalam cerita mitos/legenda yang dipilih dengan menggunakan alat berfikir PMI. Kaitkan pemikiran yang dirumus dengan TBI (Keanekaragaman komunikasi sosiobudaya pemberdayaan kreativiti). Rumuskan fungsi cerita mitos / cerita lagenda berdasarkan cerita yang dipilih. Cerita Legenda - Peminangan Puteri Gunung Ledang 1. 2. 3. 4.


Cerita Legenda - Peminangan Puteri Gunung Ledang SETELAH berapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud, bonda Raja Ahmad itu pun mangkatlah. Maka Sultan Mahmud amat bercinta. Maka baginda memberi titah pada Bendahara dan segala orang besar-besar. "Apa bicara orang kaya sekalian kerana negeri Melaka sekarang tiada beraja perempuan?" Maka sembah segala orang besar-besar, "Anak raja mana yang hendak tuanku pinang supaya patik sekalian kerjakan?" Maka titah Sultan Mahmud, "Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja lain pun demikian juga; yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain, itulah hendak kita peristeri. Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang; Laksamana dan Sang Setia kita titahkan." Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, "Baiklah, tuanku.” Maka Tun Mamat dititahkan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan, kerana Tun Mamat penghulu orang Inderagiri. Maka Laksmana dan Sang Setia pun pergilah sama-sama dengan Tun Mamat. Hatta, beberapa lamanya di jalan, maka sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat dengan segala orang sertanya naiklah ke Gunung Ledang merentang atap membawa jalan. Akan jalan itu pun terlalu sukar, angin pun bertiup terlalu keras. Baharu kira- kira bertengah gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka. Maka kata Tun Mamat pada Laksamana dan Sang Setia, "Berhentilah orang kaya semuanya di sini, biarlah beta naik." Maka kata Laksamana dan Sang Setia, "Baiklah."


Cerita Legenda - Peminangan Puteri Gunung Ledang Maka Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun hairan mendengar dia. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah perbuatan taman itu. Maka Tun Mamat pun masuk ke dalam taman itu. Maka dilihat oleh Tun Mamat serba bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dalam taman itu sekaliannya dengan jambangannya, pelbagai rupa jambangan. Setelah dilihat oleh Tun Mamat, segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam. Limau mengkar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima tersenyum, bunga air mawar berpantun katanya; Sana sini gigi menimang, Hendak makan ikan dalam telaga; Lagi lemak telur berlinang, Sisiknya lekat kepada dada.


Cerita Legenda - Peminangan Puteri Gunung Ledang Maka disahut oleh bunga tanjung biru, katanya; Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan?, Burung terbang dipipiskan lada. Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut. Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyampai kain pendukung. Empat orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat, katanya, "Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?" Maka kata Tun Mamat, "Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini: tiada boleh naik; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?" Maka sahut perempuan itu. "Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri."


Cerita Legenda - Peminangan Puteri Gunung Ledang Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itu pun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, "Adapun segala kata- kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, "Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu." Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia. Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua. Telah itu Tun Mamat pun turunlah dari sana, kembali pada Laksamana dan Sang Setia. Maka segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakannya pada Laksamana dan Sang Setia. Maka Laksamana dengan segala kawannya itu pun turunlah dari atas Gunung Ledang itu, berjalan kembali ke Melaka. Berapa lamanya di jalan sampailah ke Melaka. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat pun masuklah menghadap Sultan Mahmud, dan segala kata yang didengarnya itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Mahmud. Maka titah Sultan Mahmud, "Semuanya kehendaknya itu dapat kita adakan; mengeluarkan darah itu juga tiada. dapat, kerana tiada sampai hati kita, melainkan berhentilah dahulu."


PEMIKIRAN DALAM CERITA LEGENDA - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR PMI PLUS (KEKUATAN) TIADA PEMIKIRAN YANG MENONJOLKAN KEKURANGAN - RUJUK HALAMAN 10 UNTUK MELIHAT JUSTIFIKASI PEMIKIRAN KEBIJAKSANAAN INTERESTING (MENARIK) PEMIKIRAN PERJUANGAN PEMIKIRAN KEMANUSIAAN MINUS (KEKURANGAN)


PEMIKIRAN KEBERANIAN Pemikiran keberanian menunjukkan kekuatan dalam cerita legenda ini kerana pengarang berjaya menonjolkan sikap keberanian Tun Mamat, Laksamana dan Sang Setia mendaki Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang seperti yang dihasratkan oleh Sultan Mahmud walaupun mereka menghadapi halangan sepanjang pendakian. Buktinya, perjalanan ketika itu terlalu sukar dan angin pula bertiup terlalu kencang. Tambahan itu, Tun Mamat merupakan ketua orang Inderagiri dan dititahkan untuk membawa orang Inderagiri. Oleh itu, orang-orang Inderagiri yang arif akan jalan ke Gunung Ledang berjalan sambil membersihkan semak-samun sepanjang jalan ke gunung itu. Dalam pada itu, pemikiran ini terus ditonjolkan oleh watak Tun Mamat yang berani meneruskan pendakian Gunung Ledang bersama dua orang pembantunya apabila Laksamana dan Sang Setia tidak berdaya untuk meneruskan pendakian malah menunggu di pertengahan gunung. Pemikiran ini dapat dibuktikan secara sepenuhnya dalam perenggan berikut: Maka Tun Mamat dititahkan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan, kerana Tun Mamat penghulu orang Inderagiri. Maka Laksmana dan Sang Setia pun pergilah sama-sama dengan Tun Mamat. Hatta, beberapa lamanya di jalan, maka sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat dengan segala orang sertanya naiklah ke Gunung Ledang merentang atap membawa jalan. Akan jalan itu pun terlalu sukar, angin pun bertiup terlalu keras. Baharu kira- kira bertengah gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka. Maka kata Tun Mamat pada Laksamana dan Sang Setia, "Berhentilah orang kaya semuanya di sini, biarlah beta naik." Maka kata Laksamana dan Sang Setia, "Baiklah." Maka Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung Ledang. PLUS (KEKUATAN)


PEMIKIRAN KEMANUSIAAN PLUS (KEKUATAN) Pemikiran kemanusiaan menunjukkan kekuatan dalam cerita legenda ini kerana pengarang berjaya menonjolkan penjelasan tentang sifat kemanusiaan di dalam cerita ini. Pemikiran ini dapat dibuktikan secara sepenuhnya dalam perenggan berikut: Perenggan tersebut menunjukkan sikap Sultan Mahmud yang mempunyai pemikiran kemanusiaan iaitu dengan bersikap tidak sampai hati untuk mengorbankan darahnya dan darah anaknya semata-mata untuk memenuhi syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang. Hal ini terbukti apabila Puteri Gunung Ledang tersebut mengatakan “Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah raja semangkuk serta darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Oleh hal demikian, pemikiran kemanusiaan ini menunjukkan kekuatannya kerana telah ditonjolkan dengan jelas melalui watak Sultan Mahmud. Buktinya, Sultan Mahmud tidak meneruskan hasratnya untuk meminang Puteri Gunung Ledang namun baginda sebaliknya hentikan hasratnya kerana mempunyai sifat kemanusiaan dan tidak sanggup pertumpahan darah berlaku hanya untuk memenuhi hasratnya itu. Maka titah Sultan Mahmud, “Semua kehendaknya dapat kita adakan; mengeluarkan darah itu juga tiada dapat kerana tiada sampai hati kita, melainkan berhentilah dahulu.”


MINUS (KEKURANGAN) Dalam cerita legenda Peminangan Puteri Gunung Ledang ini, tiadanya pemikiran yang kurang ditonjolkan oleh pengarang menyebabkan tiadanya pemikiran yang memiliki kelemahan. Hal ini dikatakan demikian kerana cerita lagenda ini telah mampu menonjolkan banyak pemikiran kekuatan yang kukuh untuk dijadikan pengajaran dan nilai kepada masyarakat iaitu pemikiran kemanusiaan, pemikiran perjuangan dan pemikiran kebijaksanaan. Ketiga-tiga pemikiran ini telah menunjukkan kekuatan dan keistimewaan dalam cerita legenda ini.


PEMIKIRAN KEBIJAKSANAAN INTERESTING (MENARIK) Pengarang berjaya menunjukkan pemikiran kebijaksanaan sebagai satu pemikiran yang menarik dalam cerita legenda ini kerana pengarang berjaya menonjolkan watak Puteri Gunung Ledang yang bijak menyamar menjadi seorang perempuan tua dan mengenakan syarat peminangan yang luar biasa terhadap Sultan Mahmud yang ingin memperisterikannya kerana dia merasakan bahawa Sultan Mahmud tidak mampu memenuhi kehendaknya dan dia enggan berkahwin dengan Sultan Mahmud. Buktinya, Puteri Gunung Ledang meminta sebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak yang dibina menghubungkan Melaka dengan Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, 1 tempayan air mata, 1 tempayan air pinang muda, 1 mangkuk darah raja dan 1 mangkuk darah anak raja daripada Sultan Mahmud sekiranya ingin menjadikannya isteri kepada Sultan Mahmud. Pemikiran ini juga jelas ditonjolkan oleh watak Sultan Mahmud yang mengambil keputusan yang bijak untuk menangguhkan/menghentikan/melupakan hasratnya untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang kerana tidak sanggup menunaikan syarat peminangan Puteri Ledang yang luar biasa itu. Sultan tidak sanggup mengorbankan darahnya dan anaknya, Raja Ahmad. Buktinya, Sultan Mahmud sanggup mengadakan semua permintaan Puteri Gunung Ledang kecuali permintaan Puteri Gunung Ledang untuk semangkuk darah raja dan darah Raja Ahmad. Pemikiran ini dapat dibuktikan secara sepenuhnya dalam perenggan berikut: Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, "Adapun segala kata- kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, "Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu." Maka titah Sultan Mahmud, "Semuanya kehendaknya itu dapat kita adakan; mengeluarkan darah itu juga tiada. dapat, kerana tiada sampai hati kita, melainkan berhentilah dahulu."


PERKAITAN PEMIKIRAN DALAM CERITA LEGENDA - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG DENGAN TBI (KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA PEMBERDAYAAN KREATIVITI PENGARANG )


Pemikiran ini amatlah berkait rapat dengan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya yang memfokuskan gambaran masyarakat yang berani dan sanggup mengambil risiko walaupun adanya rintangan yang menimpa. Contohnya, Tun Mamat, Laksamana dan Sang Setia menonjolkan keberanian dalam mendaki gunung untuk meminang Puteri Gunung Ledang . Oleh itu, pengarang dapat menjadikan sikap berani sebagai satu pengajaran untuk sentiasa berani melakukan sesuatu dengan sedaya upaya dengan sanggup mengambil rintangan dalam melakukan perjuangan sehingga berjaya. Kreativiti pengarang dapat dilihat apabila pengarang boleh memberi ciriciri unik kepada watak-watak utama seperti Puteri Gunung Ledang untuk menjadikan cerita lebih menarik. Contohnya, Puteri Gunung Ledang boleh menyamar menjadi seorang perempuan tua. PEMIKIRAN PERJUANGAN PERKAITAN PEMIKIRAN DALAM CERITA LEGENDA - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG DENGAN TBI (KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA PEMERDAYAAN KREATIVITI PENGARANG ) KREATIVITI PENGARANG MASYARAKAT YANG BERANI DALAM MELAKUKAN SESUATU TANPA MENGIRA HALANGAN YANG MENIMPA.


Pemikiran ini amatlah berkait rapat dengan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya kerana setiap manusia perlunya ada sifat perikemanusiaan dalam mengorbankan sesuatu dan tidak terlalu bergantung dengan syaratsyarat semata-mata. Contohnya, Sultan Mahmud menunjukkan sikap tidak sampai untuk mengorbankan darahnya dan juga anakandanya semata-mata untuk memenuhi syarat-syarat peminangan Puteri Gung Ledang. Oleh itu, pengarang dapat menjadikan sikap perikemanusiaan ini pada watak Sultan Mahmud dengan tidak menerukan hasratnya juga tidak sanggup untuk melakukan pertumpahan darah hanya untuk memenuhi hasrat Puteri Gunung Ledang tersebut. Kreativiti pengarang dapat dilihat apabila pengarang boleh memberi gambaran latar tempat yang pelbagai bagi menghidupkan lagi penceritaan keseluruhan cerita legenda. Contoh latar tempat yang digunakan adalah Gunung Ledang dan istana Selain itu, pengarang juga mampu menerapkan nilai murni dalam penceritaan legenda ini yang boleh dijadikan contoh dan pedoman. Contohnya, nilai bijaksana yang ditonjolkan oleh Sultan Mahmud dalam membuat keputusan yang bijak menangguhkan peminangan Puteri Gunung Ledang tersebut kerana syarat-syarat puteri amat luar biasa. PEMIKIRAN KEMANUSIAAN PERKAITAN PEMIKIRAN DALAM CERITA LEGENDA - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG DENGAN TBI (KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA PEMERDAYAAN KREATIVITI PENGARANG ) KREATIVITI PENGARANG MASYARAKAT YANG BERPERIKEMANUSIAAN DENGAN BERFIKIR SEJENAK TANPA BERLAKUNYA PERTUMPAHAN DARAH


MASYARAKAT YANG BIJAK DALAM MENGATUR STRATEGI KREATIVITI PENGARANG Pemikiran Kebijaksanaan Kreativiti pengarang dapat dikaitkan apabila pengarang dapat mencipta gambar-gambar mental yang kuat melalui penerangan, dialog, prolog dan epilog. Perkara ini dapat membantu pembaca untuk membayangkan setiap adegan dengan jelas. Contoh dialog : Akan titah tuan puteri, "Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu." Dialog tersebut dapat membantu pembaca membayangkan peristiwa yang terjadi . Pemikiran ini berkait rapat dengan keanekaragaman komunikasi sosiobudaya yang berfokus kepada masyarakat yang sentiasa bersikap rasional dalam merancang strategi. Misalnya, sikap rasional seseorang masyarakat ini dapat dilihat apabila dia bijak dalam memikirkan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Namun, dalam cerita legenda ini kebijaksanaan seseorang itu dapat dilihat apabila seorang wanita mampu menggunakan pelbagai cara agar memperolehi calon suami yang baik. Contohnya, Puteri Gunung Ledang menyamar menjadi seorang perempuan tua dan mengenakan syarat peminangan yang luar biasa terhadap Sultan Mahmud yang ingin memperisterikannya kerana dia merasakan bahawa Sultan Mahmud tidak mampu memenuhi kehendaknya dan dia enggan berkahwin dengan Sultan Mahmud. PERKAITAN PEMIKIRAN DALAM CERITA LEGENDA - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG DENGAN TBI (KEANEKARAGAMAN KOMUNIKASI SOSIOBUDAYA PEMERDAYAAN KREATIVITI PENGARANG )


FUNGSI CERITA LEGENDA - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG


Cerita Peminangan Puteri Gunung Ledang wujud dalam karya Sulalatus Salatin yang merupakan karya sejarah Melayu. Dalam Sulalatus Salatin, Puteri Gunung Ledang dipinang oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda menghatar dua orang utusan untuk meminang beliau. Jadi, karya ini memperkembangkan pemahaman budaya dan sejarah yang luas yang mana karya ini mencerminkan budaya dan sejarah Melayu. Contoh budaya dalam cerita Puteri Gunung Ledang adalah proses peminangan yang dilakukan oleh Sultan terhadap puteri. Hal ini kerana upacara pernikahan adlaah perkara yang terpenting dalam cerita ini. Upacara pernikahan dalam budaya Melayu sangat dihormati, dan proses peminangan yang dilakukan oleh Sultan terlebih dahulu menggambarkan perkahwinan merupakan perkara yang tidak boleh diambil remeh yang mana pihak lelaki perlu melalui proses-proses tertentu sebleum menjadikan seorang wanita sebagai isteri. Malah, pihak Sultan juga meminang dengan cara yang baik yang mana mereka meminta persetujuan dari pihak Puteri Gunung Ledang. Jelaslah bahawa acara peminangan dalam cerita ini berfungis untuk menunjukkan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga sekarang yang sarat dengan adat istiadat dan protokol tersendiri. 1) Berfungsi sebagai penguat dan pengukuh pengetahuan sejarah dan budaya Melayu


Fungsi ini boleh diteliti berdasarkan tragedi yang berlaku terhadap pengakhiran cerita ini. Puteri Gunung Ledang menyatakan tujuh syarat untuk mengahwini beliau iaitu Sultan hendahlah membuat sebuah jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka, sebuah jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan satu mangkuk darah Sultan Ahmad yang merupakan anak nya sendiri. Jadii, Sultan telah berjaya menunaikan enam kehendak Puteri Gunung Ledang kecuali kehendak yang ketujuh yang merupakan semangkuk darah anaknya. Pada akhirnya, Sultan membatalkan hasratnya untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Jadi, cerita ini berfungsi untuk menyerlahkan niilai kasih sayang Sultan terhadap anaknya yang mana dia sangggup mengorbankan kehendaknya untuk menikahi Puteri Gunung Ledang daripada mengorbankan anaknya sendiri. Peristiwa ini menjadi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat agar berfikir secara rasional dan tidak terlalu mengikut keinginan diri sehingga mengorbankan orang lain. 2) Berfungsi sebagai media pendidikan bagi masyarakat Melayu tradisional


Jika dilihat syarat-syarat yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Syah, syarat-syarat tersebut menggambarkan ketidaklogikan untuk ditunaikan. Akan tetapi, dalam masa yang sama, karya sejarah menyatakan bahawa Sultan Mahmud Syah telah berjaya menunaikan enam permintaan Puteri Gunung Ledang kecuali permintaan semangkuk darah anaknya. Perkara aneh disini adalah sampai sekarang jambatan emas dan jambatan perak yang dibina Sultan Mahmud Syah masih gagal ditemui sehingga sekarang sekaligus menimbulkan kesangsian masyarakat berkenaan dengan kesahihan cerita itu. Selain itu, jambatan emas tersebut dianggarkan sepanjang empat puluh kilometer. Anehnya adalah bagaimanakah Sultan Mahmud Syah memperolehi emas sebanyak itu dan apakah teknologi yang digunakan untuk membina jambatan tersebut sehingga jambatan itu disiapkan dalam beberapa tahun sahaja. Namun, bukti bertulis pada karya Sulalatus Salatin yang merupakan sejarah Melayu menyebabkan cerita ini dipercayai kewujudannya walaupun mengundang perkara yang aneh kerana peristiwa ini penting untuk mengetahui alur kehidupan Sultan Mahmud Syah yang merupakan Sultan Johoor ketika itu. 3) Berfungsi untuk mengingati serta mengenang peristiwaperistiwa penting dan aneh yang berlaku dalam sejarah Johor


Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Peminangan Puteri Gunung Ledang. In Kementerian Pendidikan Malaysia, (5th ed.), Anak laut: antologi kesusasteraan komponen bahasa Melayu (pp. 30-33). Dewan Bahasa dan Pustaka.


T SEKIAN, ERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version