The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Husna Sahira<br>Tugasan Pentaksiran Berterusan 2 bagi Kursus BMMB1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1064-9-husna, 2023-03-07 10:49:22

PUISI TRADISIONAL

Nur Husna Sahira<br>Tugasan Pentaksiran Berterusan 2 bagi Kursus BMMB1104

NAMA NUR HUSNA SAHIRA BINTI MOHD RULAM ANGKA GILIRAN 2022192310135 KUMPULAN PPISMP B6 KOD DAN NAMA KURSUS BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH AKADEMIK DR. WAN NORLIDZA BINTI WAN MOHD ZAIN TARIKH HANTAR 02 MAC 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2) KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104) DISEDIAKAN OLEH:


BIODATA DIRI Nama : Nur Husna Sahira Binti Mohd Rulam Nama Panggilan : Husna Sahira Negeri Asal : Pahang, Darul Makmur Sekolah Terakhir : Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan


@reallygreatsite 1.0 PENGENALAN 2.0 PANTUN 2.1 Konsep 2.2 Fungsi 2.3 Pantun Bertemakan Pendidikan 2.4 Maksud dan Pemikiran Pantun 3.0 SYAIR 3.1 Konsep 3.2 Fungsi 3.3 Syair Bertemakan Pengalaman Hidup 3.4 Maksud dan Pemikiran Syair 4.0 GURINDAM 4.1 Konsep 4.2 Fungsi 4.3 Gurindam Bertemakan Ilmu 4.4 Maksud dan Pemikiran Gurindam 5.0 RUMUSAN KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN Secara amnya, puisi merupakan bentuk sastera yang paling awal wujud di dunia dengan meliputi semua bangsa. Misalnya, penggunaan puisi oleh masyarakat Hindu sebagai permulaan untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Selain itu, menurut sejarah kesusasteraan awal bagi bangsa Arab ditulis dalam bentuk puisi. Manakala, menurut Siti Hajar Abdul Aziz, (2011) puisi terdiri daripada beberapa frasa yang disusun dalam bentuk baris dan bukannya daripada ayat yang lengkap. Puisi terbahagi kepada dua, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Puisi tradisional meupakan puisi yang telah lama wujud sejak berzaman lamanya dan sering digunakan terutamanya dalam kalangan masyrakat Melayu. Pada ketika itu puisi-puisi tradisional disampaikan dalam bentuk lisan sehingga wujudnya sistem tulisan yang membolehkan puisi-puisi tersebut disimpan dan diedarkan. Puisi-puisi tersebut telah memaparkan perkembangan serta cabaran atau liku-liku hidup yang dialami oleh masyarakat terdahulu. Hal ini demikian kerana puisi tradisional merupakan refleksi atau gambaran kehidupan masyarakat terdahulu. Tambahan pula, puisi ini telah digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan, sama ada bentuk hiburan, pendidikan, kritikan atau sebagainya. Menurut Harun Mat Piah (seperti yang dinyatakan dalam Azman Rahmat, et al., 2022), puisi tradisional terbahagi kepada beberapa genre atau jenis. Antaranya, pantun, syair, gurindam, seloka, mantera, talibun dan sebagainya. Dalam konteks ini, puisi tradisinal yang dijelaskan ialah pantun, syair dan gurindam.


2.0 PANTUN Pantun merupakan puisi tradisional bagi masyarakat Melayu yang telah wujud sejak berzaman lamanya. Menurut sejarah, pantun merupakan sebuah bentuk puisi yang telah wujud sebelum masyarakat Melayu pandai membaca dan menulis lagi. Tambahan pula, pada ketika itu pantun merupakan sastera lisan yang diciptakan dan disampaikan secara spontan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pantun didefiniskan sebagai sebuah puisi lama yang kebiasaannya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap. Dua daripada empat baris tersebut dikenali sebagai pembayang, manakala baki dua baris lagi ialah maksud. Beberapa orang tokoh turut menyatakan pandangan mereka terhadap pantun. Antaranya, menurut Za'ba dalam penulisannya yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, beliau berpendapat bahawa pantun merupakan puisi tertua serta merupakan milik asal masayarakat Melayu. Selain itu, menurut Mohd. Taib Osman pula, beliau mengertikan pantun sebagai satu artifak bukan benda yang mempunyai pelbagai makna dan fungsi serta sering digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Pantun tradisional mempunyai ciri-ciri yang tersendiri bagi menyempurnakan makna setiap rangkapnya. Antaranya, bagi pantun empat kerat, dua baris pertama ialah pembayang, manakala dua baris seterusnya ialah maksud. Selain itu, rima akhir dihujung baris dalam pantun adalah sejajar. Bagi pantun empat kerat, rima akhir yang digunakan ialah rima akhir (a,b). Akhir sekali, setiap baris dalam pantun hendaklah mempunyai empat hingga lima patah perkataan serta lapan hingga 12 suku kata.


2.1 FUNGSI PANTUN Secara amnya, penciptaan pantun ini adalah bertujuan sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyuarakan perasaan atau fikiran seseorang individu mengenai sesuatu perkara. Tambahan pula, pantun sering juga digunakan dalam aktiviti seharian masyarakat. Misalanya, aktiviti kesenian, keagamaan dan adat istiadat. Antara fungsi khusus bagi penciptaan pantun adalah sebagai satu medium komunikasi bagi masyarakat untuk menyampaikan isi hati atau hajat seperti sanjungan, ucapan selamat atau semasa pengucapan dalam majlis-majlis rasmi. Selain itu, pantun juga berfungsi alat hiburan atau bahan jenaka bagi menghiburkan hati masyarakat. Akhir sekali, pantun berfungsi sebagai alat pendidikan. Aspek pendidikan yang dimaksudkan turut meliputi pengajaran dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara sindiran, kiasan atau berterusterang.


PANTUN BERTEMAKAN PENDIDIKAN


Bersimpuh Juwita di atas tangga, Menjamu manggis manis terasa; Sekolah terbina cantik tak terduga, Tempat berkumpul pendidik bangsa. Pandan dilipat membentuk acuan, Bau yang harum penuhi udara; Tujuan mendidik sebagai panduan, Lahir generasi membangun negara. Harum melati dipetik nyonya, Dibawa pulang ke kampung halaman; Insan berilmu indah tuturnya, Menjadi sanjungan sepanjang zaman. Langit malam luas terbentang, Ditaburi bintang indah bercahaya; Bukan percuma ilmu yang datang, Harus ditatang sepenuh upaya. Burung berkicau mengalun irama, Enak didengar di pagi hari; Ilmu yang ada dikongsi bersama, Elak sombong, takbur dan iri.


2.2 MAKSUD DAN PEMIKIRAN PANTUN RANGKAP 1 : Rangkap pertama menceritakan bahawa bangunan-bangunan sekolah yang dibina adalah tempat di mana guru-guru daripada pelbagai latar belakang dihimpun untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. RANGKAP 3 : Rangkap ketiga meceritakan tentang ilmu yang dicurahkan oleh guru di sekolah itu bukanlah mudah dan percuma bagi murid-murid untuk perolehinya. Justeru, murid-murid seharusnya menghargai dan mmenggunakan ilmu yang diperolehi di sekolah itu sebaiknya agar tidak mensia-siakan ilmu tersebut. RANGKAP 2 : Rangkap kedua mengaitkan daun pandan yang dilipat sebagai acuan kuih khususnya dengan tujuan guru hadir ke sekolah sebagai panduan mereka untuk mendidik. Selain itu, penulis mengandaikan bahawa tujuan yang sama di antara setiap pendidik akan membantu mereka dalam urusan pengajaran di sekolah.


RANGKAP 5 : Rangkap kelima mempunyai perkaitan di antara bunyi merdu kicauan burung yang boleh didengari oleh setiap orang yang berada di kawasan tersebut. Hal ini adalah umpama burung tersebut berkongsi kemerduan kicauannya dengan orang lain. Begitu juga dengan ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu seharusnya dikongsi agar individu lain tidak berasa iri dengan ilmu yang kita ada. RANGKAP 4 : Rangkap keempat dikarang oleh penulis dengan tujuan untuk menunjukkan perkaitan antara keindahan tutur kata seseorang dengan haruman bunga melati. Hal ini menunujukkan persamaan di mana masyarakat akan menyukai perkara-perkara yang indah sahaja begitu juga dengan tutur kata seseorang yang menjadi perlambangan kepada identiti atau sikap mereka.


3.0 SYAIR Syair merupakan antara puisi tradisional Melayu yang hampir sama bentuknya dengan pantun dari segi penulisan yang berangkap dan juga bilangan baris bagi setiap rangkap. Syair dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu "shi'r'" yang bermaksud puisi atau sajak dalam bahasa Arab. Namun begitu, syair merupakan ciptaan asli bagi masyarakat Melayu dan bukannya puisi dari Arab atau Parsi. Menurut A. Teeuw, beliau berpendapat bahawa syair merupakan antara puisi tradisional Melayu yang sedia ada kewujudannya, namun kini namanya telah diubah kepada syair. Manakala, menurut Za'ba, beliau berpendapat bahawa asal usul syair adalah daripada perkataan "syir" yang bermaksud perasaan dan pengenalan dengan menggunakan pancaindera. Kebiasaannya, syair akan mewujudkan pebagai perasaan dan pengalaman. Antara ciri-ciri yang dipamerkan oleh syair ialah penyampaiannya yang berbentuk rangkap. Bagi setiap rangkap, biasanya mempunyai empat baris. Syair juga tidak mempunyai pembayang dan maksud berbeza seperti pantun yang mempunyai pembayang dan maksud. Selain itu, bilangan perkataan bagi setiap baris adalah empat patah perkataan, manakala lapan hinggan 12 suku kata dalam satu-satu baris. Rima akhir bagi setiap baris dalam satu rangkap adalah sama. Seterusnya, setiap baris dalam rangkap syair haruslah mempunyai pertautan atau perkaitan, begitu juga dengan satu rangkap dengan rangkap yang lain. Hal ini bertujuan untuk memastikan pembinaan sesuatu idea itu lengkap serta bersesuaian dengan tujuannya.


3.1 FUNGSI SYAIR Berdasarkan sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada syair itu sendiri, maka terdapat beberapa fungsi yang bersesuaian dengan ciri-ciri tersebut. Antaranya, syair berfungsi sebagai medium hiburan lantaran sifatnya yang merupakan puisi lagu itu mampu menambat hati pendengarnya. Sebagai contoh syair sering juga dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti pesta, aktiviti kesenian dan keramaian serta ianya turut juga diprertandingkan. Selain itu, syair juga berfungsi untuk menyampaikan pengajaranpengajaran yang boleh diambil melalui cerita dan lagu khususnya bagi hal-hal pengajaran berkaitan agama Islam. Fungsinya yang seterusnya adalah untuk mengubah persepsi atau sikap manusia. Hal ini demikian kerana keupayaan syair untuk menyentuh perasaan pendengar dan sekali gus meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendengar tersebut. Akhir sekali, syair juga sering digunakan sebagai iringan kepada sesebuah tarian tertentu. Misalnya, tarian boria dan dabus.


SYAIR BERTEMAKAN PENGALAMAN HIDUP


Gagal bererti permulaan baharu, Iktibar dijadikan sebagai guru, Bangun jalani hidup baharu, Supaya hidup tidak keliru. Usaha dicurah tanpa jemu, Mencari guru menuntut ilmu, Pelbagai aspek sudah ditemu, Diguna sehingga umur tuamu, Siang malam bersengkang mata, Hasil carian dibuat nota, Tidak dihirau gelap gelita, Asalkan dapat menggapai cita. Kaki melangkah dengan matlamat, Dengan kukuh ia tersemat, Diiringi pelbagai kata azimat, Dari keluarga sebagai penguat. Sinar baharu mula bercahaya, Menyuluh jalan menuju jaya, Usaha dikumpul tidak tersia, Impian tercapai hidup berjaya.


3.2 MAKSUD DAN PEMIKIRAN SYAIR Berdasarkan syair yang telah dicipta, ia mengisahkan tentang pengalaman hidup pengarang yang bangkit menempuh pelbagai cabaran setelah mengalami kegagalan. Dalam rangkap yang pertama, kegagalan merupakan pembuka kepada lembaran hidup yang baharu, di mana setiap kesalah yang dilakukan dapat dijadikan iktibar dan petunjuk untuk mencipta kehidupan yang baharu. Bagi rangkap yang kedua pula pengarang menceritakan susah payahnya dalam mencari guru dalam memperoleh ilmu bagi sesuatu bidang yang ingin dipelajari. Pengarang juga ada menyelitkan pendapatnya di mana ilmu yang diperoleh boleh digunakan sampai bila-bila walaupun diri itu sudah dimamah usia. Rangkap ketiga juga turut berkisar tentang pengorbanan pengarang dalam menuntut ilmu. Dalam rangkap tersebut juga pengarang menceritakan bahawa usahanya dalam menuntut ilmu agar dapat menggapai cita-citanya, walaupun terpaksa mengorbankan waktu tidur. Seterusnya, dalam rangkap keempat pengarang menceritakan bahawa matlamatnya untuk berjaya adalah diiringi dengan kata-kata semangat dan doa daripada keluarga yang tercinta. Dan ini juga telah menjadi penguat kepada pengarang untuk terus berusaha mencapai matlamatnya. Akhir sekali, rangkap terakhir menceritakan bahawa usaha yang selama ini dilakukan oleh pengarang adalah amat berbaloi. Hal ini demikian kerana ianya sedikit sebanyak telah menampakkan sinar cahaya yang terang dan seterusnya melakarkan kejayaannya.


4.0 GURINDAM Menurut Za'ba dalam karyanya yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, (1962), asal usul perkataan gurindam itu adalah daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil, iaitu 'kirindam'. Maksud perkataan 'kirindam' ialah perumpamaan. Manakala, menurut pandangan Ismail Hamid, gurindam berasal daripada istilah yang diambil daripada bahasa Sanskrit, iaitu pepatah berangkap yang menjadi sebutan orang ramai. Secara mudahnya, gurindam merupakan salah satu puisi tradisional Melayu yang berbentuk bebas dan tidak terikat. Gurindam juga dikatakan mempunyai pengaruh sastera Hindu. Antara ciri-ciri gurindam ialah bentuknya yang bebas dan tidak terikat seperti pantun. Selain itu, setiap rangkap pantun biasanya terdiri daripada dua baris atau beberapa baris. Baris pertama dalam rangkap gurindam dikenali sebagai syarat, manakala baris keduanya pula dikenali sebagai jawab. Baris pertama atau 'syarat' merupakan baris yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan sesuatu peristiwa atau fikiran. Manakala baris kedua atau 'jawab' adalah berfungsi sebagai keterangan atau penjelasan bagi baris pertama atau 'syarat' itu tadi. Bilangan perkataan dan suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap. Di samping itu rima akhir bagi gurindam juga adalah tidak tetap. Menurut Za'ba, (1962), bahasa yang digunakan untuk melagukan gurindam hendaklah seperti bernyanyi. Menurut beliau lagi, perasaan yang digambarkan dalam kebanyakan gurindam adalah perasaan suka atau adakalanya jenaka atau perasaan bermain-main. Isi bagi gurindam amat berbeza berbanding pantun, lantaran maksudnya yang secara tersurat atau terusmenerus.


4.1 FUNGSI GURINDAM Gurindam merupakan salah satu puisi tradisional yang mempunyai peranan atau fungsinya yang tersendiri terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Misalnya, fungsi gurindam adalah sebagai salah satu bentuk didikan, di mana terdapat beberapa nilai yang boleh dicontohi serta pengajaran yang boleh diambil. Kebiasaannya, unsur-unsur pendidikan yang diterapkan ialah iman dan moral yang baik. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai suatu bentuk hiburan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu. Hal ini disebabkan oleh irama yang terdengar apabila guridam dilagukan. Antara jenis irama yang digunakan untuk melagukan gurindam ialah irama versi bangsawan dan irama versi Melaka. Gurindam juga sering digunakan dengan tujuan untuk memberikan gambaran tentang masyarakat Melayu terdahulu kepada pembaca atau pendengar. Hal ini termasuklah gaya hidup atau pengalaman mereka. Tambahan pula, gurindam juga adakalanya digunakan dalam majlis-majlis formal.


GURINDAM BERTEMAKAN ILMU


Ilmu dicari tiada henti, Kelak hidup membawa erti. Ilmu dituntut harus berguru, Menjadi petunjuk saat keliru. Ilmu di dada harus diamalkan, Agar kelak tidak dilupakan. Ilmu sedikit jangan dibangga, Takut dicemuh oleh tetangga. Ilmu umpama seluas lautan, Takkan habis dijadikan coretan.


4.2 MAKSUD DAN PEMIKIRAN GURINDAM Berdasarkan gurindam yang telah dicipta, pengarang ingin menyamaikan tentang ilmu dengan memfokuskan kepada kepentingan ilmu itu sendiri. Merujuk kepada maksud bagi rangkap yang pertama, pengarang menyatakan bahawa ilmu mestilah sentiasa dicari agar dapat digunakan pada masa akan datang. Pengarang juga ada menyelitkan bahawa ilmu yang diperoleh itu akan memberi makna yang besar terhadap kehidupan kita. Bagi rangkap yang kedua pula, pengarang menyatakan bahawa pencarian ilmu itu haruslah berguru. Ha ini demikian kerana ilmu yang dicari itu berkemungkinan mempunyai pelbagai sumber dan adakalanya sumber tersebut adalah palsu. Jadi, guru yang dirujuk itu boleh menjadi petunjuk kepada kita. Seterusnya, rangkap ketiga menunjukkan ilmu yang telah diperoleh haruslah diamalkan agar tidak mudah dilupakan. Hal ini bagi mengelakkan usaha pencarian dan pemerolehan ilmu tersebut menjadi sia-sia. Hal ini sekali gus akan merugikan penuntut ilmu itu sendiri. Dalam rangkap keempat, pengarang ada berpesan agar tidak mudah untuk berbangga diri dengan ilmu yang ada kerana masih ada insan yang memiliki lebih banyak ilmu daripada kita. Pengarang turut berpesan kepada kita bagi mengelakkan kita dicemuh oleh masyarakat akibat sikap sombong dan bangga diri yang ada pada diri kita. Akhir sekali, pengarang mengumpamakan ilmu itu adalah seluas lautan. Hal ini demikian kerana semakin banyak ilmu yang dipelajari dan diketahui, semakin banyak ilmu yang kita tidak tahu. Begitu juga dengan penggunaan ilmu yang kita ada, di mana ianya tidak akan habis digunakan malah akan menyebakan ilmu sedia ada itu semakin berkembang.


5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, walaupun bentuk dan ciri yang ada pada pantun, syair dan gurindam adalah berbeza, namun setiap puisi tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama. Puisi-puisi tradisional yang dikarang menumpukan kepada fungsi pendidikan di mana setiap perkataan yang dipilih itu membentuk ayat yang dapat mengajarkan sesuatu perkara kepada pembaca. Pemekiran yang dicoretkan berdasakan puisi-puisi tersebut turut membantu dalam menyampaikan maksudnya dengan lebih mendalam. Lantaran itu, dapat dilihat bahawa puisi-puisi tradisional ini adalah amat berguna kepada masyarakat. Justeru setiap individu haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memartabatkan budaya kesusasteraan Melayu aagar tidak hilang ditelan zaman.


S E KI A N, T E R I M A KA S IH


Click to View FlipBook Version