The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amrnyelias, 2021-11-08 01:45:32

kerja kursus gwcp

kerja kursus gwcp

Sebagai seorang manusia, pastinya kita tidak akan dapat lari dari proses
pembelajaran yang berlaku setiap masa sepanjang hayat. Berdasarkan kata-kata dari Robert
M Gagne (1970) pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat
dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil
pembelajaran dilihatkan melalui perubahan tingkah laku dengan membandingkan tingkah laku
seseorang sebelum didedahkan dengan situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya
selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran. Selain itu, sebarang perubahan tingkah
laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan
yang dijalankan ialah proses pembelajaran menurut takrifan yang telah dibuat oleh Morgan
dan King (1975). Hal ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran amat berkait rapat dengan
pembentukkan dan perkembangan tingkah laku seseorang. Walaupun dunia semakin maju
namun konsep pembelajaran masih kekal sama. Namun perbezaannya disini ialah proses
pembelajaran yang dijalankan terpaksa disesuaikan mengikut keadaan semasa. Sebagai
contoh, proses pembelajaran dijalankan secara atas talian disebabkan wabak pandemik yang
sedang membadai dunia ketika ini. Rathakrisnan (2020) berkata pandemik Covid-19 telah
memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran secara
bersemuka atau berbentuk fizikal secara langsung sebelum ini kepada pembelajaran maya
secara teradun atau menggunakan web. Senario ini menyebabkan berlakunya perubahan
paradigma amalan yang sukar dilalui. Sudah tentunya pelajar Intitusi Pendidikan Guru (IPG)
tidak lari daripada mengalami perubahan-perubahan yang berlaku. Pelajar perlu
menyesuaikan teknik pembelajaran dengan situasi yang dilalui. Persoalannya disini sekarang,
apakah cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif untuk pelajar di Institusi Pendidikan
Guru ?

Pengurusan masa yang baik merupakan antara pendekatan pembelajaran dalam
talian yang dilihat sangat efektif untuk membantu pelajar Institusi Pendidikan Guru. Kooper
(2006) menyatakan pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan teknik dan cara
seseorang mengurus, membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya digunakan
dengan sebaik mungkin. Pelajar Institusi Pendidikan Guru pastinya telah terbiasa dengan
timbunan tugasan dan sentiasa terkejar-kejar tarikh akhir penghantaran tugasan. Menurut
kajian Faeiz Pauzi (2020) teknik Pomodoro merupakan salah satu kaedah yang sangat sesuai
diguna pakai oleh pelajar untuk memastikan tugasan dapat disiapkan pada waktu yang
ditetapkan. Teknik Pomodoro ini diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada lewat 1980an.
Faiez Pauzi (2020) menerangkan lagi bahawa teknik Pomodoro mempunyai enam langkah
iaitu menetapkan tugasan yang ingin diselesaikan lalu tempoh 25 minit ditetapkan sebagai
masa pomodoros, Kemudian mula laksanakan tugasan dan berhenti setelah tamat 25 minit.
Pelajar kemudiannya berehat selama 5 minit supaya minda dapat direhatkan sebentar dan

sambung semula kitaran masa pomodoros jika ingin melakukan tugasan lain atau tugasan
tersebut belum selesai lagi. Kaedah ini memaksimumkan penggunaan masa, meminimumkan
penundaan, dan dapat menyelesaikan tugasan mengikut garis masa (Francessco Cirillo
2020). Dengan mengaplikasikan teknik Pomodoro ini, pelajar menjadi seorang yang lebih
produktif dan hasil kerja adalah lebih berkualiti. Penghasilan kerja yang berkualiti jelas
memaparkan kematangan pelajar bukan sahaja dari segi kefahaman terhadap tugasan
malahan turut mencerminkan disiplin pelajar untuk terus kekal fokus semasa menyiapkan
tugasan. Perkara ini tidak akan dicapai tanpa adanya pengurusan masa yang baik. Bukan itu
sahaja, Sulaiman (1996) berkata, selain daripada menjadi lebih produktif faedah yang
diperolehi ialah dapat meningkatkan prestasi akademik, menyumbang kepada pengurusan
kerja yang baik, memberi tumpuan terhadap kerja yang dilakukan, merasa gembira untuk
melakukan tugasan, merancang kerja yang dilakukan, mengelakkan bekerja lebih masa .
Bukan itu sahaja, pengurusan masa juga memberi pelajar masa yang lebih untuk berehat dan
mengawal diri dari tekanan dalam diri pelajar. Sekiranya para pelajar Institusi Pendidikan Guru
mengamalkan sistem pengurusan masa yang baik maka nescaya kesemua faedah ini dapat
dimanfaatkan oleh pelajar agar proses pembelajaran secara atas talian mereka menjadi lebih
efisien dan efektif..

Di samping itu, inisiatif yang boleh diambil oleh pelajar di Institusi Pendidikan Guru
supaya pembelajaran dalam talian menjadi lebih efektif ialah mewujudkan persekitaran yang
selesa dan kondusif untuk belajar. Kebiasaannya


Click to View FlipBook Version