The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amrnyelias, 2021-11-08 01:47:15

Esei kerja kursus gwcp baru (Autosaved)

Esei kerja kursus gwcp baru (Autosaved)

Sebagai seorang manusia, pastinya kita tidak akan dapat lari dari proses
pembelajaran yang berlaku setiap masa sepanjang hayat. Menurut Robert M Gagne (1970)
pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi
tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran dilihatkan
melalui perubahan tingkah laku dengan membandingkan tingkah laku seseorang sebelum
didedahkan dengan situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan
dengan situasi pembelajaran. Selain itu, sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal
akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalankan ialah
proses pembelajaran menurut takrifan yang telah dibuat oleh Morgan dan King (1975). Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pembelajaran amat berkait rapat dengan pembentukkan dan
perkembangan tingkah laku seseorang. Walaupun dunia semakin maju namun konsep
pembelajaran masih kekal sama. Namun perbezaannya disini ialah proses pembelajaran
yang dijalankan terpaksa disesuaikan mengikut keadaan semasa. Sebagai contoh, proses
pembelajaran dijalankan secara atas talian disebabkan wabak pandemik yang sedang
membadai dunia ketika ini. Rathakrisnan (2020) berkata pandemik Covid-19 telah memberi
kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau berbentuk
fizikal secara langsung sebelum ini kepada pembelajaran maya secara teradun atau
menggunakan web. Senario ini menyebabkan para pelajar mengalami kesulitan kerana tidak
dapat berinteraksi secara bersemuka dengan pensyarah. Komunikasi antara pelajar dengan
pensyarah menjadi terbatas. Sudah tentunya pelajar Intitusi Pendidikan Guru (IPG) tidak lari
daripada mengalami perubahan-perubahan yang berlaku. Hal ini secara tidak langsung
memberi kesan sedikit sebanyak kepada proses pembelajaran dan diri pelajar itu sendiri. Oleh
itu, apakah cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif untuk pelajar terutamanya di
Institusi Pendidikan Guru supaya masalah ini dapat diatasi ?

Antara pendekatan yang dilihat amat membantu bagi pelajar Institusi Pendidikan Guru
untuk memastikan proses pembelajaran dalam talian menjadi lebih efektif ialah dengan
adanya sistem pengurusan masa yang baik. Kooper (2006) menyatakan bahawa pengurusan
masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan teknik dan cara seseorang mengurus,
membahagi dan mengatur masa sehariannya supaya digunakan dengan sebaik mungkin.
Disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara atas talian dari
rumah, pengurusan masa menjadi lebih sukar dek kerana terdapat halangan-halangan yang
lebih banyak. Timbunan kerja sudah menjadi kebiasaan buat pelajar-pelajar di IPG. Menurut
kajian Faeiz Pauzi et al (2020) teknik Pomodoro merupakan salah satu kaedah yang sangat
sesuai diguna pakai oleh pelajar untuk memastikan tugasan dapat disiapkan pada waktu yang
ditetapkan. Teknik Pomodoro ini diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada lewat 1980an.

Faiez Pauzi et al (2020) menerangkan lagi bahawa teknik Pomodoro mempunyai enam
langkah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.

Menetapkan 25 minit Laksanakan Berhenti Sambung
tugasan ditetapkan tugasan rehat 5 minit semula
yang ingin sebagai kitaran
setelah
diselesaikan masa masa
pomodoros tamat 25 pomodoros
minit jika tugasan

tersebut
belum

selesai lagi

Pomodoro dilihat bersifat lebih praktikal dan mudah untuk diguna pakai. Kaedah ini
memaksimumkan penggunaan masa, meminimumkan penundaan, dan dapat menyelesaikan
tugasan mengikut garis masa (Faiez Pauzi et al 2020). Teknik ini bukan sahaja mengajar
pelajar untuk menguruskan masa malahan turut mengajar pelajar berdisplin mematuhi masa
promodoro yang ditetapkan. Pomodoro ini lebih fleksibel kerana masa promodoro boleh
diubah mengikut keselesaan pelajar. Oleh itu pelajar tidak rasa terbeban untuk terus belajar
pada jangka masa yang lama tanpa rehat. Pelajar dapat menghasilkan hasil kerja yang lebih
berkualiti dan terbaik. Perkara ini tidak akan dicapai tanpa adanya pengurusan masa yang
baik. Bukan itu sahaja, Sulaiman (1996) berkata selain daripada menjadi lebih produktif
faedah yang diperolehi ialah dapat meningkatkan prestasi akademik, menyumbang kepada
pengurusan kerja yang baik, memberi tumpuan terhadap kerja yang dilakukan, merasa
gembira untuk melakukan tugasan, merancang kerja yang dilakukan dan mengelakkan
bekerja lebih masa. Bukan itu sahaja, pengurusan masa juga memberi pelajar masa yang
lebih untuk berehat dan mengawal diri dari tekanan dalam diri pelajar. Sekiranya para pelajar
Institusi Pendidikan Guru mengamalkan sistem pengurusan masa yang baik nescaya
kesemua faedah ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar agar proses pembelajaran secara atas
talian mereka menjadi lebih efisien dan efektif.

Di samping itu, inisiatif yang boleh diambil oleh pelajar di Institusi Pendidikan Guru
supaya pembelajaran dalam talian terus efektif ialah mengaplikasikan kemahiran mengambil
dan membuat nota. Menurut Norlia Mat Esa (2019) kemahiran mengambil dan membuat nota
merupakan kemahiran penting dalam proses pembelajaran. Nota yang lengkap dan tersusun
dapat mempermudahkan proses pembelajaran serta menguasai ilmu yang dikaji dengan lebih
jelas, tepat dan mengekalkannya dalam jangka masa yang panjang. Kemahiran mengambil
dan membuat nota dilihat sebagai pemudahcara bagi pelajar untuk memudahkan proses
mengulang kaji pelajaran. Disebabkan pembelajaran dijalankan secara atas talian maka
pelbagai pendekatan telah diambil oleh pensyarah untuk mempelbagaikan proses
pembelajaran contohnya, pembelajaran secara kuliah atas talian, rakaman audio dan

tontonan video. Pelajar perlulah bijak untuk mengeluarkan isi-isi penting daripada media yang
diberikan dan membezakan antara fakta yang penting dengan kurang penting. Jika pelajar
mempraktikkan kemahiran mengambil dan membuat nota, proses ini akan menjadi lebih
mudah. Hal ini menunjukkan akan peri pentingnya seorang pelajar itu menguasai kemahiran
membuat nota supaya pembelajaran atas talian menjadi lebih efektif. Wong Kiet Wah (2019a)
ada menyebut bahawa proses membuat nota dapat membantu pelajar meransang minda
untuk membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan perkara yang dipelajari demi
mencapai kefahaman baru. Antara alat berfikir yang boleh membantu pelajar untuk membuat
nota ialah pengurusan grafik, peta pemetaan (i-Think) dan peta minda. Menurut Hyerle dan
Yeager (2007), peta pemikiran dapat memudahkan murid memahami konsep, menganalisis
masalah dan mecari penyelesaian kerana penekanannya adalah kepada aktiviti yang
berpusatkan murid dan menggalakkan mereka bekerja secara kolaboratif. Peta pemikiran
misalnya peta bulatan, peta buih, peta dakap dan peta alir amat sesuai digunakan oleh pelajar
IPG kerana setiap peta mempunyai fungsi atau proses pemikiran tertentu. Jelaslah disini
bahawa, pengaplikasian kemahiran mengambil dan membuat nota adalah antara wadah
supaya pembelajaran atas talian menjadi lebih efektif untuk pelajar IPG.

Kesimpulannya, walaupun pembelajaran atas talian yang dijalankan mengundang
pelbagai cabaran kepada pelajar untuk mengadaptasi norma pembelajaran yang baru namun
setiap cabaran pasti boleh diatasi. Proses pembelajaran atas talian boleh menjadi efisien
seperti pembelajaran yang dijalankan secara bersemuka sekiranya cara-cara pembelajaran
yang efektif ini dipraktikkan oleh pelajar. Clarke (1983) ada menegaskan bahawa teknologi
hanya merupakan alat penyampain yang membantu proses pembelajaran. Bagi beliau
kaedah pembelajaranlah yang akan mempengaruhi pencapaian pelajaran. Jadi sekiranya
pelajar dapat mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan norma pembelajaran yang baru
maka pelajar juga boleh cemerlang seperti mana ketika pembelajaran dijalankan secara
bersemuka. Para pelajar harus menetapkan matlamat diri dan akademik supaya dengan
adanya kedua-dua matlamat ini, mereka akan menjadi mahasiswa yang fokus kepada
pembelajaran (Wong Kiet Wah 2019b). Oleh itu, para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
perlulah sentiasa optimis dalam mendepani cabaran pembelajaran dunia kini.

Rujukan :

1. Yusup, H. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran yang Berkesan (Doctoral dissertation, Asia e University).

2. Kopper. 2002. Ko-kaunselor Pemimpin Pelajar. Yayasan Nurul Yakin: Portal
Pendidikan Utusan. (http:// www.tutor.com.my/tutor/kopper/index.asp?i=7)

3. Robert M Gagne. (1970) The Conditions Of Leaving (New York, Holt, Rinehart and
Winston)

4. Zul Azhar Zahid Jamal. (2004) Perangkap Masa-Bagaimana Menguruskannya
Dengan Berkesan. Diskusi Pagi.

5. Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md. Yunus, Ramlah Hamzah, Rosini Abu, Rohani
Ahmad Tarmizi, Sharifah Md. Nor, Kamariah Abu Bakar & Habsah Ismail (2008)
Kemahiran Pengurusan Masa Pelajar Universiti Tempatan 1(1) 2-3.

6. Morgan, C. T., Rosen, J. W., Morgan, C. T., & King, R. A. (1975). Study guide for
Morgan and King Introduction to psychology: Fifth edition. New York: McGraw-
Hill.

7. Rathakrishnan, M. (2020). COVID-19 Ubah Pengajaran Dan Pembelajaran Dari
Rumah. Berita Harian Online.
(https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/710464/covid-19-ubah-
pengajaran-dan-pembelajaran-dari-rumah)

8. Mohd Faeiz Pauzi, Siti Norazlina Juhari, Salman Amiruddin, Nurulhuda Mat
Hassan. Covid-19: Pengajaran Dan Pembelajaran Sewaktu Krisis Pandemik.
Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid III, 2020. 98

9. Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof (2019)
Kemahiran Belajar Ed-3 (Selangor, Oxford Fajar Sdn Bhd)


Click to View FlipBook Version