The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Manual Pengaplikasian Blendspace adalah sebagai rujukan alternatif kepada pengguna yang ingin mengaplikasikan Blendspace secara atas talian. Ianya direka dengan menggunakan contoh-contoh grafik bergambar agar mudah difahami secara langkah demi langkah dalam menghasilkan satu ruang kerja secara maya.

Buku manual ini adalah dalam bentuk draf. Ianya masih ada yang perlu dikemas kini pada beberapa bahagian tertentu.
Bagaimanapun ianya sudah boleh dimanfaatkan dengan tanpa sebarang halangan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by warizt, 2021-10-27 21:43:51

Manual Pengaplikasian Blendspace

Buku Manual Pengaplikasian Blendspace adalah sebagai rujukan alternatif kepada pengguna yang ingin mengaplikasikan Blendspace secara atas talian. Ianya direka dengan menggunakan contoh-contoh grafik bergambar agar mudah difahami secara langkah demi langkah dalam menghasilkan satu ruang kerja secara maya.

Buku manual ini adalah dalam bentuk draf. Ianya masih ada yang perlu dikemas kini pada beberapa bahagian tertentu.
Bagaimanapun ianya sudah boleh dimanfaatkan dengan tanpa sebarang halangan.

Keywords: manual,manual blendspace,bina blendspace,pengplikasian blendspace

INOVASI PENDIDIKAN
e-Pembelajaran:

MANUAL
PENGAPLIKASIAN

BLENDSPACE

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

`de Perfect Cadence’
MASTER TRAINER TS25 KPM

Pra Kata Pra Kata

Era pendidikan masa kini telah merentasi sempadan terutama dalam
bidang pemerolehan ilmu dan pengetahuan terkini.

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran juga telah memperlihatkan
evolusi yang mengagumkan. Pelbagai medium termasuk penggunaan
aplikasi yang inovatif bagi memenuhi keperluan manusia telah dapat
memanfaatkan ilmu pengetahuan ini.

`Blendspace’ merupakan satu aplikasi atas talian yang dilihat mempunyai
fungsi dan peranan yang berimpak tinggi bagi meningkatkan keupayaan
kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kumpulan sasaran iaitu
pelajar, khasnya selain pengurusan dan juga pentadbiran organisasi amnya.

Menurut istilah manual bermaksud yang mengandungi panduan dan
maklumat berkaitan dengan pelaksanaan terhadap sesuatu. Menurut
bahasa ialah buku yang mengandungi panduan dan maklumat dalam
melaksanakan sesuatu pengoperasian samada dilakukan atau dikendalikan
dengan tangan.

Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace ini adalah merupakan
bahan rujukan sebagai panduan bagi yang mahu membina satu sistem
pengurusan bahan-bahan maklumat bagi memudahkan urusan samada
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ataupun
bidang pengurusan profesional.

Bersandarkan pada Modul 7 Program Transformasi Sekolah oleh KPM
(TS25), aplikasi Blendspace ini telah dicadangkan supaya warga pendidikan
seluruh negara menggunakan sepenuhnya menjelang Tahun 2025. Harapan
kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, agar warga pendidik
khususnya mampu menjadikan aplikasi ini sebagai satu medium dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selanjutnya
pembudayaan akan menjadikan pengaplikasian ini satu norma baharu
dalam dunia pendidikan negara kita.

Justeru itu, sebuah pasukan telah diwujudkan oleh mereka yang terdiri
dari Rakan ELIT TS25, yang juga Master Trainer di bawah program transformasi
sekolah TS25 KPM untuk mengambil inisiatif bagi membina sebuah manual
sebagai panduan mudah dalam tatacara mengoperasi aplikasi Blendspace
ini. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu seluruh warga
pendidikan khususnya dalam membudayakan teknik dan kaedah
pengajaran berasaskan teknologi maklumat seiring dengan tuntutan era
semasa.

Ketua Editor i
Team MT Afzanian

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

Penghargaan Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia dan seluruh warganya terutama Bahagian
Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang
menjadi tunjang kepada pemerkasaan Program Transformasi
Sekolah TS2.
Sekalung ucapan terima kasih juga diucapkan kepada organisasi
seperti yang berikut;

1. Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis, Pahang

2. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
3. Pejabat Pendidikan Daerah (seluruh negeri Pahang)
4. Sekolah-sekolah TS25 (seluruh negeri Pahang)
5. Rakan ELIT TS25 Pahang
6. Guru-guru yang terlibat dengan ujian rintis projek

Teristimewa buat ahli-ahli pasukan pembina projek (MT Afzanian)
yang terdiri dari ;

1. Norshamsuri bin Shafie (Ketua Projek)
2. Dr. Zamani bin Ibrahim
3. Haji Mazdarudin bin Mat Isa
4. Dr. Hajjah Rusini binti Kamaludin
5. Hamidi bin Abdul Aziz
dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan projek pembinaan e-Pembelajaran Manual
Pengoperasian Aplikasi Blendspace ini.

Moga hasil kerja buat pasukan ini mendapat berkat dari Allah swt
dan memberi manfaat kepada komuniti dalam memenuhi
aspirasi misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia amnya.

Ameen.

ii

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

1 Pra Kata i

2 Penghargaan ii

3 Isi Kandungan iii
4 Pengenalan Aplikasi Blendspace 1- 2

5 Bagaimana Menjadi Pengguna Aplikasi 3-8
Blendspace

6 Memahami Peranan dan Fungsi Ikon 9 - 11
Blendspace

ISI 7 Mencipta Laman Kerja Blendspace 12 - 13
KANDUNGAN 8 Mencipta dan Menulis Dokumen 14 - 17

9 Mengimport Bahan 18 - 25

10 Menambah Ruang Kerja 26

11 Menbina Soalan Kuiz 27 - 30

12 Membina Kelas Untuk PdPc 31 - 36

13 Mengintergrasi Pengaplikasian Blendspace 37 - 38
dengan PdPc

14 Mengintergrasi Pengaplikasian Blendspace 39 - 40
dengan Tujuan Lain

15 Rujukan 41

16 Glosari 42

iii

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

4. Pengenalan Aplikasi Blendspace Pengenalan Aplikasi
Blendspace

Dasar e-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan
swasta merujuk kepada inisiatif untuk menyediakan satu kerangka
pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep 1 Malaysia dan Model
Baru Ekonomi (MBE). Dasar e-pembelajaran ini juga mendukung intipati
strategik Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10)

Dengan tumpuan tersebut, objektif pendidikan berkualiti untuk semua
dapat direalisasikan melalui penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi. Teknologi e-pembelajaran yang terkini jelas berupaya
menjadikan institusi pendidikan lebih berdaya saing dan kompetitif di
peringkat global serta berupaya menyediakan graduan, P&P dan
perkhidmatan pendidikan yang bertaraf dunia

Aplikasi e-Pembelajaran mula menjadi pilihan para pengajar bagi
memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) lebih menarik dan
efisyen.

Aplikasi e-pembelajaran yang sesuai digunakan untuk P&P antara
contohnya seperti Quizziz, Quizlet.Com, GoAnimate.Com dan Hot Potatoes.
Pembentangan topik ini meliputi penerangan cara penggunaan aplikasi
sebagaimana dinyatakan beserta contoh bergambar, kelebihan aplikasi,
fungsi secara umum dan fungsi secara khusus untuk P&P bahasa. Secara
kesimpulannya, penggunaan aplikasi seperti ini menjadikan P&P bahasa
lebih interaktif dan sangat berbeza dengan teknik P&P secara tradisional.

Sebagai guru, bahan e-pembeajaran ini pula didokong oleh satu
peranti lain sebagai aplikasi bagi membantu guru menguruskan bahan-
bahan pemelajaran dengan efisyen sewaktu berlangsungnya pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Peranti atau aplikasi tersebut ialah
Blendspace. Sudah pastinya ribuan aplikasi yang seumpama boleh didapati
dengan hanya dihujung jari, iaitu internet.

Apa itu Blendspace?

Blendspace adalah platform pembelajaran digital untuk guru
mengakses pelbagai sumber dan menempa pelajaran yang interaktif. Ini
adalah kaedah termudah untuk menggabungkan kelas dengan kandungan
digital isi pengajaran dan pemelajaran khususnya.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 1

Apa itu TES Blendspace?

TES Teach (dikenali juga sebagai Blendspace) adalah sumber dalam
talian percuma yang direka untuk membantu guru membuat pelajaran
digital yang dapat dikongsi dengan pelajar. Dengan menggunakan TES
Teach, anda dapat membuat bahan pemelajaran interaktif dengan
berasaskan sumber kandungan dari guru dan juga yang boleh didapati dari
laman web.

4. Pengenalan Aplikasi Blendspace

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 2

5. Bagaimana Mengguna Aplikasi Blendspace Bagaimana
menjadi pengguna aplikasi Blendspace ?

Aplikasi Blendspace ini merupakan satu aplikasi yang boleh didapati
dengan melayari internet.

Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Kaedah Pertama

1. Dengan menggunakan enjin pencari ( search engine) pilihan anda, sila taip
kata kunci `Blendspace’ di kotak pencarian.

2. Anda akan dipaparkan dengan beberapa `link’ yang berkaitan. Contoh
seperti di bawah.

3. Klik pada yang ditunjukkan oleh anak panah. Anda akan memperoleh
paparan berikutnya seperti ini.

4. Pada paparan ini anda, sila klik pada yang bertanda bulatan. 3

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

5. Pada paparan berikutnya, aplikasi ini akan meminta supaya anda memilih
sebagai salah seorang menurut senarai yang diberikan

5. Bagaimana Mengguna Aplikasi Blendspace 6. Sebagai seorang guru, anda disarankan supaya memilih diri sebagai
`Teacher’.

7. Bagaimanapun sekiranya anda seorang pentadbir atau pemimpin
sesebuah organisasi, sekolah contohnya anda boleh memilih dan meletak
diri anda sebagai `School Leader’

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 4

8. Setelah klik pilihan anda, teruskan dengan memilih dari setiap kekotak
`downmenu’ untuk aplikasi Tes menyimpan maklumat `siapa anda’
(personalise). Tertera di gambarajah adalah contoh `personalise’ yang ingin
ditetapkan oleh pengguna.

9. Selesai memilih anda akan dipaparkan dengan seperti yang di bawah.

10. Anda hanya perlu klik pada kotak bewarna biru yang bertulis ` Continue to
register’.

5. Bagaimana Mengguna Aplikasi Blendspace 11. Anda mungkin juga akan diminta supaya `personalise’ pengalaman diri
anda.

12. Silih pilih mengikut kesesuaian situasi anda pada ketika anda ingin
mendaftar.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 5

13. Klik pada kekotak biru bertanda `Continue to register’ sekali lagi

5. Bagaimana Mengguna Aplikasi Blendspace 14. Pada paparan ini, anda dikehendaki memasukkan emel peribadi. Emel rasmi
juga adalah diterima oleh aplikasi ini.

15. Pastikan emel yang dimasukkan ialah sedang aktif diikuti nama yang ingin
sistem paparkan.

16. Setelah itu anda juga dikehendaki mencipta kata laluan (password) serta
disahkan sekali lagi kata laluan itu.

17. Langkah terakhir untuk menyertai aplikasi atas talian ini ialah dengan
mengklik pada butang biru bertanda `register’.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 6

5. Bagaimana Mengguna Aplikasi Blendspace Kaedah Kedua
1. Dengan menggunakan injin pencari ( search engine) pilihan anda, sila taip

kata kunci `Blendspace’ di kotak pencarian.
2. Anda akan dipaparkan dengan beberapa `link’ yang berkaitan. Contoh

seperti di bawah.

3. Selain dari dalam Kaedah Pertama, kemungkinan anda akan mendapat
paparan seperti berikut

4. Papa paparan ini sistem meminta supaya anda memilih akaun mana yang
akan digunakan untuk meneruskan pendaftaran.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 7

5. Bagaimana Mengguna Aplikasi Blendspace 5. Sebagai contoh anda memilih untuk membuka akaun melalui Google, maka
paparan seterusnya adalah saperti berikut.

6. Selepas memilih akaun dan klik, anda akan di bawa kepada paparan yang
sama seperti pada no. 6 dalam Kaedah Pertama, di atas seterusnya
mengikuti langkah yang sama.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 8

6. Memahami Peranan dan Fungsi Ikon Aplikasi Blendspace Memahami Peranan dan
Fungsi Ikon Aplikasi Blendspace

Setelah anda selesai mendaftar, anda sekarang adalah sebahagian dari
pengguna yang sudah bersedia untuk mengoperasinya pada bila-bila masa.
Namun sebelum itu, anda harus mengetahui sedikit sebanyak dan memahami
fungsi dan peranan setiap ikon (butang dsb.) yang bakal dimanfaatkan bagi
memenuhi keperluan anda yang signifikan.

a. Berikut adalah paparan kerja aplikasi Blendspace.

Petak untuk Panduan Panel aplikasi
bahan-bahan memuatkan sumber, Icon
pembentangan
bahan Tray

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 9

6. Memahami Peranan dan Fungsi Ikon Aplikasi Blendspace Fungsi paparan ini –

1. Find Resources – Langkah awal ialah dengan mendapatkan sumber. dalam
hal ini, sumber didapati terus dari internet

2. Open results – Apabila pencarian sudah dibuat, hasilnya akan terpapar
sebilangan `link’ yang mempunyai perkaitan dengan kata kunci yang
digunakan untuk mencari. Apabila sudah pasti, hanya klik untuk membuka
paparan bahan berkenaan.

3. Drag & Drop – Setelah pilihan bahan ditetapkan, ia akan dipaparkan di
ruang ini. Untuk langkah selanjutnya, pilih satu fail bahan, dengan tanpa
melepaskan klik, seret bahan terus ke petak paparan kerja dan lepaskan klik.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 10

6. Memahami Peranan dan Fungsi Ikon Aplikasi Blendspace a. Paparan Ikon pada `icon tray’ pada sebelah kanan paparan kerja
terdiri dari yang seperti berikut.

Sumber dari Tes Resources
Suapan video dari You Tube
Sumber dari Injin Carian Google
Sumber imej dari carian Google
Sumber imej foto dari Flickr
Memuatkan link Webpage
Sumber dari Tes Resourcers peribadi
Memuat naik dari Google Drive
Memuat naik dari Dropbox
Memuat naik fail Media/Fail
Sumber berkaitan pembelajaran
Tetapan

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 11

Mencipta Laman Kerja Blendspace

1. Setelah anda selesai mendaftar di Blendspace, anda akan di bawa ke
paparan seperti berikut.

7. Mencipta Laman Kerja Blendspace 2. Pada paparan di atas, klik butang hijau yang bertanda `New Lesson’. Butang
ini berfungsi untuk membina set pengajaran yang baru setiap kali ianya di klik.

3. Paparan anda akan beralih kepada yang berikut.

Petak Laman Kerja Blendspace

Petak Judul

4. Pada petak judul, klik dan namakan Laman Kerja ini mengikut tema atau topik
yang akan anda ajar.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 12

5. Setelah judul di masukkan, beri perhatian pada petak pertama sebelah kiri
atas seperti yang ditunjukkan. Bagaimanapun anda boleh memilih mana-
mana petak untuk memulakan.

Judul yang sudah di namakan

7. Mencipta Laman Kerja Blendspace Kawasan untuk klik dan seret bahan

Ikon untuk penulisan teks

Ikon untuk membina Kuiz

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 13

Mencipta dan Menulis Dokumen

Sebelum berkembangnya teknologi maklumat dalam komunikasi, penulisan
dalam bentuk dokumen adalah menjadi keutamaan dalam pemindahan
maklumat berkenaan. Tidak dinafikan maklumat dalam bentuk penulisan
sentiasa releven sepanjang zaman.

Dalam aplikasi Blendspace turut disediakan kemudahan untuk pengguna
menyampaikan maklumat melalui penulisan dalam bentuk dokumen.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk berbuat demikian.

1. Pada paparan kerja Blendspace, terdapat Petak Laman Kerja Blendspace
yang dijadikan platform untuk meletakkan bahan pembentangan. Lihat
gambarajah di bawah.

8. Mencipta dan Menulis Dokumen c b
a

Petak Laman Kerja Blendspace

a. `Add Text Tile’ – khusus untuk menulis dokumen pada aplikasi ini.
b. `Add Quiz’ – khusus untuk membina soalan-soalan berbentuk kuiz.
c. `Drop your measure’ – info yang menyatakan anda boleh meletakkan sumber

di sini.

2. Langkah untuk mencipta dokumen dimulakan dengan mengklik `a’ (rujuk
gambarajah di atas).

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 14

3. Satu paparan dokumen kosong akan timbul setelah selesai mengklik.

4. Mulakan menulis mengikut seperti apa yang anda rancangkan. Apabila
selesai ia akan kelihatan seperti berikut.

5. Seperti juga aplikasi penulisan dokumen yang lain-lain, anda juga boleh
mengubahsuai atau mengedit hasil penulisan mengikut kesesuaian.

8. Mencipta dan Menulis Dokumen Tukar font Tukar saiz font

Tukar warna font Tukar warna latar
belakang font

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 15

6. Selain itu anda juga boleh memasukkan link yang boleh diakses secara
terus melalui aplikasi ini.

Link/alamat url

7. Setelah anda selesai dengan pengeditan, klik pada butang `Done’ agar
ia dapat di simpan (save).

8. Mencipta dan Menulis Dokumen

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 16

8. Setelah selesai membina soalan, klik pada ` Done’. Seterusnya anda boleh
mengedit `Label’ berkenaan.

9. Dengan mengklik pada petak Kuiz berkenaan, pelajar anda akan boleh
menjawab dan pastikan butang `Submit’ di tekan. Anda boleh klik pada
butang `View Result’ pula untuk melihat keseluruhan pencapaian mereka
untuk kuiz ini.

8. Mencipta dan Menulis Dokumen

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 17

Mengimport
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran murid-murid dalam bilik darjah akan lebih seronok sekiranya
guru dapat mempelbagaikan bahan-bahan pengajarannya. Gambar-
gambar dan video dapat membantu murid-murid agar lebih memahami
objektif isi kandungan subjek yang sedang diajar oleh guru mereka.
Bagaimanakah caranya anda ingin berbuat demikian ?

1. Pada paparan petak untuk letak bahan, anda akan dapat lihat sebaris
ikon-ikon yang mempunyai fungsi masing-masing. Setiap ikon ini
mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri sila rujuk pada nota yang
terdahulu.

Untuk mendapatkan video berkaitan, anda cuma perlu klik pada ikon
You Tube yang terletak dalam panel ikon aplikasi ini.

9. Mengimport Bahan

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 18

2. Melalui ikon Google Search, ia akan kelihatan seperti berikut.

2. Taip sumber dan klik `search’

1. Klik ikon Google Search

3. Senarai sumber yang
diperolehi

4. Klik dan Seret ke petak

Selepas Langkah 4 di atas, anda akan dapat melihat bahan sumber atau
artikel akan berpindah ke petak laman kerja Blendspace.
3. Anda juga boleh mendapatkan bahan dari sumber secara langsung dari
alamat url atau `link’ sekiranya diketahui secara khusus sumber
berkenaan.

Alamat URL

9. Mengimport Bahan Ikon `Link’
Fail (dari alamat URL)

Fail yang di pindahkan ke
petak dengan kaedah klik

dan seret

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 19

9. Mengimport Bahan 4. Sekiranya anda mempunyai koleksi bahan yang disimpan di dalam
Google Drive, anda boleh saja menyalinnya secara terus dengan
menekan butang Google Drive pada panel ikon.

a. Langkah 2, klik butang ini
untuk membuka akaun
Google Drive anda

b. Langkah 1, klik pada ikon
Google Drive

5. Pengoperasian yang sama seperti langkah 4 di atas untuk mendapatkan
sumber dari Dropbox.

Ikon Dropbox

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 20

6. Untuk mengimpot gambar pula, anda boleh mendapatinya dengan
mengklik ikon berikut. Setelah itu taipkan katakunci bahan yang
diperlukan.

a.Taip kata kunci di sini

b. Ikon Google Images

9. Mengimport Bahan c. Seterusnya klik dan seret gambar pilihan ke petak laman kerja
aplikasi Blendspace.

7. Gambar atau foto boleh juga diimpot dari saluran internet yang lain
menggunakan aplikasi Blendspace in. Cuba lihat panel ikon secara
lebih dekat.

Ikon ini membolehkan anda mengimpot gambarfoto secara langsung
dari internet.

Setelah and klik pada ikon `Flicker’, anda hanya perlu menaip kata kunci
bahan sumber yang ingin anda buat pencarian.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 21

Ikon Flicker

9. Mengimport Bahan

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 22

8. Memuat naik bahan sumber dari pelbagai media juga boleh dilakukan
dengan mengklik ikon `Media’
Ikon Media

9. Paparan berikut akan kelihatan di sebelah atas panel ikon. Langkah
seterusnya klik pada `Choose File’.

10. Apabila selesai di klik, ianya akan membawa kepada laluan ke fail
simpanan anda diakses. Paparan berikut menunjukkan fail yang
tersimpan di dalam pemacu keras komputer, diakses.

9. Mengimport Bahan

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 23

11. Selesai anda memilih fail yang dihajati dan klik `Open’, serta merta fail
tersebut akan disalin dan dipindahkan ke dalam aplikasi ini.

12. Langkah akhir, anda hanya perlu klik dan seret ke petak laman kerja
aplikasi Blendspace dan sedia untuk digunakan sebagai bahan
pengajaran.

9. Mengimport Bahan

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 24

Menambah Ruang Kerja

Secara `default’nya aplikasi Blendspace ini menawarkan enam petak
laman kerja untuk diletakkan bahan-bahan sumber. Namun sekiranya perlu,
ia juga menyediakan kemudahan menambah petak ruang kerja mengikut
yang dikehendaki penggunanya.

Terdapat dua kaedah untuk menambah petak ruang kerja. Lihat
gambarajah di bawah

i. Dengan menggerakkan penunjuk (cursor) dalam kawasan salah

satu petak, akan timbul ikon yang bertanda + . Di ikuti perkataan

`Insert’ bersebelahannya.

i

ii

10. Menambah Ruang Kerja Dengan mengklik simbol ini, satu petak ruang akan di tempatkan di
sebelah kanannya.

ii. Untuk kaedah yang kedua, anda cuma perlu klik pada ikon butang
yang bertanda `Add row’. Sebaik sahaja selesai mengklik, akan
timbul 3 petak ruang kerja sebaris di bawah petak-petak sedia ada.
Dengan kata lain, kaedah ini sangat sesuai digunakan sekiranya
anda ingin menambah 3 petak sekaligus.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 26

Membina Soalan Kuiz

1. Langkah berikutnya adalah untuk membina soalan dalam bentuk kuiz.

Ikon untuk bina Kuiz

11. Membina Soalan Kuiz 2. Pada petak paparan di laman kerja yang kosong, klik pada yang tertera
perkataan `Add Quiz’. Paparan berikut akan terhasil.

a
c
b
d

3. Soalan dibina dalam bentuk aneka pilihan. Anda boleh terus menulis dan
membina soalan pada ruang yang ditentukan (a).

4. Dengan meletak penunjuk (cursor) pada ruang yang bertanda `Enter an
answer here..’(b), bermaksud penulisan anda adalah jawapan-jawapan
pilihan kepada soalan yang diberikan.

5. Mana-mana jawapan yang betul akan ditunjukkan oleh butang `radio
button’(c) yang berwarna biru di sebelah nya. Hanya perlu klik butang ini
untuk menandakan jawapan yang betul.

6. Dengan mengklik butang yang bertanda `Add Answer’ (d). 27

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

7. Langkah seterusnya anda boleh klik pada butang bertanda `Add
Question’(e) untuk menambah soalan.
e

8. Dengan mengklik butang `Done’, menandakan soalan kuiz anda siap
untuk disimpan.

9. Apabila petak sumber Kuiz di klik, ianya akan kelihatan begini.

11. Membina Soalan Kuiz g
f
28
e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

10. Antara kelebihan dalam aplikasi ini ialah
sebagai guru kita boleh melihat keputusan murid-murid setelah mereka
menjawabnya. Anda boleh klik pada butang `View Result’( f ) untuk
tujuan berkenaan.

11. Dalam paparan pengendali, apabila butang bertanda `f’ di klik,
paparan berikut akan muncul.

12. Ini adalah gambaran pada senarai nama kelas yang dikendalikan.
Dengan memilih dan klik kelas yang telah didaftarkan dengan kuiz
berkenaan, anda akan di bawa ke paparan berikut.

a
b

a. Melalui paparan ini mengandungi tab berikut ;

11. Membina Soalan Kuiz Overview mengesan dan mengetahui perkembangan
Likes and hasil paparan kuiz

dislikes dipaparkan dengan angka menunjukkan
Comments bilangan yang klik `likes’ atau `dislikes’

Quizzes Komen-komen yang diberikan pada setiap
soalan, sekiranya ada, akan dipaparkan

Kuiz-kuiz yang di bina oleh pengendali akan di
paparkan untuk rujukan.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 29

b. Paparan Menu

Turun (Down Menu) ini adalah untuk

memudahkan pengguna /

pengendali memilih dan menukar

untuk melihat ke semua kelas di

bawah kendaliannya.

11. Membina Soalan Kuiz 13. Sebaliknya sekiranya anda belum mendaftarkan pengguna, anda akan
menerima paparan saperti di bawah.

h

14. Pada paparan ini anda hanya perlu klik pada butang ( h ), untuk
mendaftar nama mereka.

15. Sementara kepada pengguna-pengguna yang ingin menyertai dan
menjawab soalan kuiz, boleh mengklik butang `Submit’ (g )untuk
menghantar jawapan.

16. Setiap jawapan yang dihantar, akan boleh dilihat penyertaannya
seperti langkah no. 11 di atas.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 30

Membina Kelas Untuk
Pengajaran dan Pembelajaran

Seorang guru yang sudah bersedia untuk mengajar tetapi tanpa murid
untuk diajar adalah tidak memberi makna. Begitu juga dengan terbinanya
sebuah platform yang lengkap seperti Blendspace bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran pun jua tidak bermakna jika tiada kumpulan murid yang
didaftarkan di dalamnya.

Bagi seseorang guru boleh menggunakan aplikasi Blendspace untuk
melaksanakan PdPc di dalam kelas secara bersemuka di bilik darjah
sebenar. Namun kalau secara atas talian memerlukan murid di atas talian
juga.

Bagi membina kelas untuk sesebuah kumpulan sasaran, anda boleh ikuti
langkah-langkah berikut.

1. Kembali kepada paparan asal di peringkat awal selepas mendaftar
sebagai pengguna di aplikasi Blendspace

12. Membina Kelas untuk PdPc a
b
c

a. Pada ruang ini masukkan nama kelas saperti yang dihajati. Anda
boleh menulis nama kelas sebagai nama kelas yang diajar, nama
kumpulan projek, nama mata pelajaran/subjek dan sebagainya.

b. Pada ruang ini, disediakan pilihan dalam bentuk `Grade’. Sekiranya
tiada yang berkenaan, anda boleh memilih `Other’.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 31

c. Klik pada butang `Create Class’ ini, sebaik sahaja yang di atas selesai
dilakukan.

2. Berikut adalah paparan dashboard yang sudah mengandungi
beberapa kelas pengajaran.

12. Membina Kelas untuk PdPc cde
a fb

a. Senarai topik pembentangan yang telah dicipta dan dibina

b. Senarai kelas yang telah dibina.

i. memaparkan semua nama dan
bilangan kelas

ii. setiap kelas disertai kod untuk murid
mengakses kelas mereka

iii. `Joined Classes’ menunjukkan kelas-
kelas yang disertai oleh pengguna,
sebagai guru atau peserta biasa.

c. Rekod bilangan jumlah setiap kelas ini diakses dan dilihat.
Bagaimanapun rekod ini tidak bermakna bilangan yang melihat itu
mengambil bahagian setelah mengaksesnya.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 32

12. Membina Kelas untuk PdPc d. Data menunjukkan rekod kali terakhir kelas berkenaan diedit oleh
pengguna (pemilik akaun)

e. Ikon `share’ yang membolehkan pengguna berkongsi dengan
kumpulan sasaran pembentangan (kelas)untuk topik berkaitan

Boleh dikongsi bahan
dengan memilih kelas-kelas

yang dihajati

Alamat url yang akan
dimasukkan dalam aplikasi
atau laman web tersenarai

di bawah

Klik pada pilihan satu dari
yang berikut untuk dikongsi

f. Ikon ini membolehkan kita mempunyai 3 pilihan arahan.

i. Track – untuk kesan kelas yang telah

dikongsikan dengan topik berkaitan

ii. Delete – untuk memadam topik.

iii. Copy – kemudahan menyalin topik dan

jadikan template untuk tukar tajuk dan lain-
lain.

3. Bagaimanakah pula untuk turut serta dalam kelas ? Cuba langkah ini.

a. Kembali semula ke `dashboard’ Blendspace. Klik butang `Join Class’ (warna
biru) untuk menyertai kelas.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 33

b. Sebaik selesai butang berkenaan di klik, akan muncul paparan berikut yang
meminta anda memasukkan nombor `class code’ sebelum anda
dibenarkan menyertai.

Kod kelas

i. Kod ini boleh didapati dengan merujuk pada bahagian My Classes yang
terletak sebelah kanan dashboard. Di sana tertera nombor kod kelas
pada setiap kelas yang telah anda bina.

ii. Pilih kelas yang dihajati dan masukkan kod nya sebelum klik `Join Class’.

iii. Kod kelas ini biasanya dihantar sebagai mesej kepada murid, pelajar
atau mereka yang menjadi kumpulan sasar anda. Pelajar lah yang akan
memasukkan kod ini dan seterusnya menyertai kelas yang anda
telahpun set kan waktunya.

iv. Dipaparan akaun Blendspace guru, anda boleh menyemak murid yang
sudah menyertai kelas anda atau tidak. Paparan berkenaan adalah
dengan mengklik butang `Manage class’.

12. Membina Kelas untuk PdPc v. Anda akan di bawa kepaparan berikut yang akan mempamirkan semua

murid@peserta kelas anda yang tersenarai nama mereka di sini.

c. Untuk berkongsi fail

bahan sumber pengajaran dengan murid atau pelajar. 34

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

i. Pada paparan berikut, sila klik pada yang bertanda (*), `Share a lesson
with this class’.

*

ii. Memilih fail bahan sumber dan seterusnya klik pada `Ok’.

12. Membina Kelas untuk PdPc 4. Untuk mengetahui kelas atau kelas-kelas yang telah anda sertai.

a. Anda boleh sahaja menyertai 35
kelas-kelas selain dari yang
anda bina. Ini termasuklah kelas
yang anda telah di pelawa
(`invite’) oleh orang lain.

b. Kembali semula pada paparan
`dashboard’ anda.

c. Pada sudut yang bertanda
`Joined Classes’, tertera senarai
kelas-kelas yang telah anda
sertainya, samada yang anda
bina atau atas pelawaan orang lain.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace

d. Berikut adalah contoh paparan fail yang telah dikongsi oleh akaun
pengguna lain ke dalam kelas yang kita telah menerima pelawaan
berkenaan.

e.
5.

12. Membina Kelas untuk PdPc

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 36

Mengintergrasi Aplikasi Blendspace Dengan
Pengajaran dan Pembelajaran

13. Mengintergrasi Blendspace Dengan PdPc Syabas dan tahniah kerana anda sudah melepasi sehingga langkah
yang terakhir. Anda kini sudah boleh membina dan mengendalikan bahan-
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
akaun Blendspace anda, dengan kata lain anda sudah mampu
mengaplikasi dengan baik.

Pada kali ini anda akan diberi beberapa kaedah atau tips untuk
menjadikan pengurusan pengajaran lebih berkesan dan memberikan impak
yang tinggi terutamanya kepada kumpulan sasaran anda, khususnya murid-
murid atau pelajar-pelajar.

#1 Bagi memudahkan pengendalian Blendspace, anda disarankan
supaya membina laman kerja Blendspace yang berbeza untuk setiap
bidang atau subjek yang anda mengajar. Sebagai contoh, adalah
lebih efisyen sekiranya setiap subjek atau mata pelajaran seperti
Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, malahan
Kemahiran Reka Bentuk & Teknologi dan Pendidikan Muzik juga
mempunyai laman kerja tersendiri.

#2 Menempatkan seberapa banyak sumber yang pelbagai yang
mempunyai kaitan langsung dengan isi pengajaran yang berdasarkan
dokumen standard kurikulum, pada setiap laman kerja. Sumber-sumber
selain dari nota-nota (aplikasi words, pdf dll.), video dan audio, anda
boleh juga menempatkan pautan alamat `url’ yang mempunyai kaitan
terhadap isi pemelajaran.

#3 Elakkan memuat naik bahan yang bersaiz besar kerana ia
berkemungkinan menjadi berat menyebabkan ia akan menjadi
perlahan disaat ianya diarahkan untuk paparan.

#4 Susun sumber dan bahan anda mengikut kronologi seperti dalam
Rancangan Pengajaran Harian anda. Dengan cara ini, anda dapat
memilih bahan untuk paparan dengan lebih teratur dan sistematik
tanpa perlu tercari-cari petak mana ianya berada.

#5 Selepas tamat satu-satu bahan paparan digunakan, anda dengan
mudah boleh menutupnya dan tidak perlu bimbang akan kehilangan
bahan tersebut. Sekali anda simpan, ia akan terus tersimpan di dalam
akaun Blendspace anda atau storan maya anda.

#6 Sebagai langkah keselamatan, anda juga boleh menyimpannya
sebagai salinan di storan-storan lain sebagai `back-up’ apabila berlaku
`crash’ atau `hang’ yang dibimbangi memadam semua bahan-bahan
yang telah ditempatkan pada petak laman kerja Blendspace anda.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 37

#7 Anda boleh melakukan improvisasi penambahbaikan, penambahan
atau pengurangan bahan sumber pada bila-bila masa mengikut
keperluan anda. Sebagai contoh; anda berhasrat untuk mengedit
slaid anda. Atau memuat naik dan menambah bahan baharu ke
dalam aplikasi Blendspace tersebut.

#8 Manfaatkan penggunaan kuiz bagi memberi pengukuhan terhadap
pemahaman murid pada satu-satu isi kandungan yang anda
sampaikan pada sesi pengajaran. Jangan lupa bahawa setiap kuiz
yang dibina, anda sebagai guru boleh melihat pencapaian mereka
dalam menjawab semua soalan diberi. Kaedah ini boleh memberikan
anda peluang untuk melihat kelemahan murid malah ia juga sebagai
refleksi terhadap guru sendiri.

13. Mengintergrasi Blendspace Dengan PdPc

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 38

14. Mengintergrasi Blendspace Dengan Tujuan Lain Mengintergrasi Aplikasi Blendspace
Dengan Tujuan Lain

Selain dari manfaat untuk mengendalikan sebuah sesi
pengajaran dan pembelajaran atau pengajaran dan
pemudahcaraan dalam bilik darjah, aplikasi ini boleh juga
dimanfaatkan untuk mereka yang berada dalam bidang
pentadbiran, pengurusan dan sebagaiya.

Saperti mana kegunaan untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran, aplikasi yang sama boleh digantikan dengan tujuan
yang berbeza bidang, khususnya pentadbiran sekolah, jurulatih kursus,
pembentang projek dan lain-lain untuk kumpulan sasaran yang
berlainan.

Anda boleh cuba ikut tips-tips berikut.

#1 Langkah awal anda boleh memilih mana-mana laman kerja
Blendspace yang sedia ada untuk dijadikan sebagai `template’
bagi menyediakan laman kerja pengurusan anda.

#2 Seterusnya dengan menyimpan semula (save) dengan
menggunakan nama fail yang baru.

#3 Kini anda boleh mengubah tajuk laman kerja kepada yang
berkaitan dengan tugas anda seterusnya. Sebagai contoh ;
`Mesyuarat Pengurusan Sekolah’ atau `Peranan dan Tugas
Pemimpin Pertengahan’ atau `LADAP : Pengajaran Koperatif
Dalam Bilik Darjah’ dan sebagainya.

#4 Langkah seterusnya, dengan menggunakan kaedah yang sama,
anda sudah boleh memuat naik bahan-bahan sumber yang
berkaitan ke laman kerja Blendspace yang baru.

#5 Setelah semua sumber yang diperlukan telah ditempatkan
dalam petak-petak laman kerja Blendspace itu, anda sekarang
sudah bersedia untuk melaksanakan pembentangan di
hadapan mereka yang menjadi ahli kumpulan sasaran.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 39

14. Mengintergrasi Blendspace Dengan Tujuan Lain Disamping tips-tips yang telah diberikan di atas dan
sebelumnya, ada pelbagai fungsi yang anda boleh manipulasi semua
fetur (features) yang ada pada aplikasi Blendspace ini.

Sebagai tambahan anda boleh :

#1 Laman kerja Blendspace ini boleh juga dijadikan storan khas
untuk menyimpan fail-fail mengikut kategori tertentu seperti bank
soalan kuiz, DSKP mengikut mata pelajaran dan sebagainya.

#2 Anda boleh memberi respon terhadap ahli kumpulan sasaran
melalui aplikasi Blendspace.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 40

Rujukan

Modul 3 (2020). Submodul 3.3 Eksplorasi Alatan Dalam Talian. Program TS25 KPM.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015.

Modul 7 (2020). Submodul 7.6 Mengaplikasi Pedagogi Untuk Pembelajaran Bermakna.
Program TS25 KPM. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2020.

Richard Rule (2020). Blendspace Tutorial – Lessons.
https://www.blendspace.com/lessons/auLck__nmylgmg/blendspace-tutorial.

15. Rujukan e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 41

Glosari

1. Memperibadi Personalise memasukkan, mendaftar, mengisi maklumat
2. Petak, Kekotak Box diri
3. Laman Kerja Work Space
4. Link Link ruang kerja yang membolehkan bahan sumber
5. Petak Judul Topic Box di masukkan
6. Klik Dan Seret Clik & Drag
paparan yang mengandungi banak petak /
7. Ikon Icon kekotak
8. Hantar Submit
9. Lihat Keputusan View Result url atau alamat dalam internet yang dari mana
sumber diperoleh
10. Fetur Feature
11. Bina Kelas Create Class di sini tajuk untuk keseluruhan bahan sumber,
12. Sertai Kelas Join Class boleh juga dianggapkan sebagai nama tema

13. Kelas Yang Disertai Joined Kelas mengklik objek tanpa melepaskannya dan
menyeret ke tempat yang ingin diletakkan
14. Sandaran Back Up bahan
simbol mewakili satu punca mendapatkan
16. Glosari 15. Sangkut Hang sumber
16. Rosak Crash
untuk mengesahkan hasil kerja yang telah
dibina

untuk melihat, menyemak keputusan terhadap
jawapan yang dibuat oleh peserta yang telah
di tugaskan

ciri-ciri yang diwakili ikon-ikon dan simbol-simbol
tertentu yang mempunyai fungsi khas

membina / membentuk kelas secara maya
melalui aplikasi Blendspace

langkah pertama untuk menyertai kelas yang
samada di undang/pelawa atau arahan terus
oleh guru

kelas atau kelas-kelas yang telah disertai oleh
peserta atau murid samada melalui undangan
atau pun arahan terus

istilah untuk menyimpan bahan-bahan
softcopy di storan tempat lain sebagai langkah
keselamatan sekiranya berlaku `kehilangan’
data bahan

situasi di mana gangguan kelancaran dalam
menerima data yang mungkin disebabkan
isyarat internet yang lemah dan lain-lain.

fail yang tidak boleh dibuka atau paparan
yang terdapat ciri-ciri hardware yang tidak
berfungsi seperti sepatutnya. Biasanya ianya
sukar untuk di`pulih’kan dan di papar kembali.

e-Pembelajaran : Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace 42


Click to View FlipBook Version