SEJARAH MALAYSIA 1
TUGASAN INDIVIDU : FLIPBOOK
TEMA 3 TAJUK :
Sistem Sosial dan Ekonomi Kesenian Dalam
Kerajaan Melayu Zaman Masyarakat Melayu
Tradisional Tradisional
SADN 1123SEJARAH MALAYSIA 1 SEMESTER PERTAMA 2021/2022 (A211)
Disediakan untuk : Fashion Catalog 002
Dr. Haslinda binti Hasan
kata-kata aluan . .
Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam, tuhan yang maha pemurah lagi
maha pengasih. Syukur alhamdulillah saya dapat
melaksanakan tugasan individu Sejarah Malaysia 1 SADN
1123 dalam tempoh yang telah ditetapkan, saya ucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya Dr.Haslinda
kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan
tugasan ini, tidak lupa juga kepada rakan-rakn
seperjuangan yang sudi memberi tunjuk ajar sepanjang
proses melakukan tugasan flipbook ini
Norshima binti Sali
285938
SEJARAH MALAYSIA 1
PENGENALAN 1
OBJEKTIF KAJIAN
METODOLOGI KAJIAN 2
3
with Heidi Stone
Seni alam Melayu Scotland, Iceland and Ireland
DAPATAN KAJIAN 4
Seni Pertahanan Diri 5
Seni Ukiran 18
Seni Tarian 24
Sean Fraser
Kesimpulan 28
BibliograbfyiNixon Bentley 29
ISI KANDUNGAN
Sejarah Malaysia 1
Pengenalan . .
Masyarakat di alam Melayu lazimnya memiliki banyak
persamaan. Menurut Prof Emeritus Dato’ Dr Nik Hassan,
dunia Melayu merupakan kawasan yang merangkumi
Vietnam, Kemboja, Selatan Myanmar, Segenting Kra,
Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Filipina. Kawasan-
kawasan yang merupakan penduduk asal melayu ini
berkongsi banyak persamaan sama ada dari aspek bahasa,
budaya, makanan, cara hidup dan sebagainya. Dari aspek
budaya, masyarakat melayu di tanah Melayu berkongsi
persamaan yang sama dengan kerajaan lain di alam melayu
termasuklah dengan negara Indonesia dan brunei. Salah
satu aspek kebudayaan masyarakat adalah dari segi
kesenian. Bangsa melayu tidak dapat dipisahkan daripada
keseniannya yang unik yang juga merupakan identiti
melayu itu sendiri. Kesenia-kesenian ini termasuklah seni
pertahanan diri, seni tarian, seni ukiran dan sebagainya.
Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji akan mengupas lebih
lanjut berkenaan keseniaan yang terdapat dalam
masyarakat Melayu Tradisional
Objektif Kajian
Objektif kajian amat penting kerana
ia menentukan hala tuju kajian. Oleh
itu, objektif kajian ini dijalankan
adalah untuk:
a. Mengenal pasti seni pertahanan
diri yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu tradisional dan jenis-jenis
senjata yang digunakan
b. Mengenal pasti kemunculan seni
tarian zapin pada zaman kesultanan
melaka
c. Mengkaji seni ukiran yang
dihasilkan oleh masyarakat Melayu
Tradisional
Metodologi
a) Rujukan
Kajian melalui rujukan ini adalah berkaitan dengan
pencarian maklumat yang umum seperti mencari
sesuatu definisi melalui Kamus Dewan Bahasa bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
tajuk pengajian, Pengkaji membuat carian
maklumat di laman sesawang yang tertentu bagi
mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan
dengan tajuk kajian.
b) Kepustakaan Dalam kajian ini, pengkaji perlu mencari bahan-bahan rujukan
yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan tajuk kajian,
penyelidikan ini memerlukan kepada bahan-bahan rujukan dari
pelbagai bidang seperti asas seni silat, seni ukir dan juga sejarah
berkaitan tarian zapin Selain itu, kajian-kajian lepas juga perlu
diteliti oleh pengkaji bagi menyokong tajuk kajian dan
menjadikannya sebagai sumber rujukan. Kajian-kajian lepas itu
penting bagi menunjukkan bahawa kajian ini tidak mengulangi
kajian-kajian lepas. Ia juga bertujuan untuk menghargai penulisan
ilmiah para cendekiawan dalam bidang yang sama dengan kajian
ini.
c) Koleksi Peribadi
Pengkaji juga menggunakan metode kajian
daripada menganalisis koleksi peribadi
pengkaji seperti seni halus pada ukiran,
senjata tradisional masyrarakat Melayu
dan lain-lain.
4.0Dapatan
Kajian
4.1 SENI
PERTAHANAN
DIRI
Kalau selalu bermain silat,
Lambat laun jadi hulubalang,
Kalaulah malu bekerja berat,
Lambat laun mati berhutang. Seni pertahanan diri
Seni pert
ahanan diri dapat ditakrifkan sebagai satu cara
individu mempertahankan diri daripada serangan musuh
sama ada dengan menggunakan senjata atau hanya dengan
tangan kosong. Setiap kaum mempunyai seni pertahanan
diri yang tersendiri begitu juga bagi kaum melayu. Silat
merupakan seni pertahanan diri yang paling terkenal dan
telah diwarisi sejak bertahun lamanya. Malah, seni bela diri
ini telah sebati dalam diri masyarakat dan menjadi budaya
serta warisan yang ditinggalkan untuk generasi akan
datang. Silat umumnya digunakan di rantau Alam Melayu
seperti di Indonesia, Brunei dan sebagainya. Asas-asas silat
kebanyakannya sama cuma memiliki nama dan buah silat
yang berbeza mengikut tempat, jenis dan guru masing-
masing.
Silat Cekak
Silat Gayong
JENIS-JENIS
SILAT
Dalam silat ini, setiap ahli gayong akan bermula dengan bengkung hitam iaitu bengkung bagi ahli
gayong yang baru. Selain itu, sebelum diterima sebagai murid, seseorang itu perlu melalui upacara
perlimau tapak terlebih dahulu. Pencapaian yang ditunjukkan akan membolehkan peringkat mereka
turut dinaikkan seperti kepada bengkung awan putih, pelangi hijau, pelangi merah, pelangi merah
tinggi, pelangi kuning. Pelangi kuning tinggi, dan harimau pelangi cula sakti. Peringkat tertinggi dalam
silat gayong adalah tahap harimau pelangi cula sakti tujuh dan hanya dikuasai oleh pengasas
persatuan silat Gayong iaitu Dato’ Meor Abdul Rahman.
Dalam silat ini, ahli silat gayong akan mempelajari semua gerakan-gerakan sama ada untuk bertahan
atau pun melawan balas. Antara teknik gerakan yang dipelajari ialah asas gerakan, dan asas elakan.
Selain berlawan dengan tangan kosong iaitu serangan harimau, ahli silat gayong juga akan diajarkan
seni persilatan yang melibatkan senjata tradisional pada peringkat seterusnya dikenali sebagai seni
gayong. Sebelum mula mempelajari seni gayong, ahli gayong perlu melalui upacara perlimau seni bagi
melayakkan mereka mempelajari seni penggunaan senjata. Para tahap ini, seni gayong yang diajarkan
ialah seni pisau, seni parang, seni cindai, seni keris, seni kerambit, seni lembing, seni rajawali dan
sebagainya.
SILAT GAYONG
SILAT CEKAK
Silat Cekak
diasaskan oleh
Panglima Ismail
atau nama
sebenarnya Wan
Ismail bin Wan
Long yang berasal
dari Kedah. Ketika
pemerintahan
Sultan Ahmad
Tajuddin II, silat ini
diguna pakai oleh
panglima-panglima
kanan kerajaan
(1854-1879).
Silat ini mementingkan pertahanan berbanding
menyerang ketika berlawan iaitu 99 peratus
bertahan dan hanya satu peratus serangan.
Tujuannya adalah bertujuan untuk
mempertahankan diri pengguna sahaja.
Sekiranya keselamatan tergugat, barulah
serangan akan dilakukan text
NO. 12 $6.99
ADAB DAN
PANTANG LARANG
P E R S A TSU A IN LS I L AA T TM A L A Y S I A
20 BEST ISLANDS VOYAGE TO WHERE TO GO
TO LIVE ON THE CARRIBEAN THIS SUMMER
Breathtaking view away Top secret hideaways Surprising retreats &
from the city | p. 14 and exotic escapes | p. 35 local favorites | p. 112
Adab Bersilat
1) Melakukan gerakan silat pembuka dan
penutup gelanggang setiap kali bersilat.
2) Memberikan pengeras kepada guru silat
sama ada berbentuk barang atau bayaran
pengeras sebagai tanda menghargai guru
silat ter
sebut.
3) Mentaati rukun islam dan rukun iman
4) Menghormati orang lain
5) Dilarang bertanya ketika guru
sedang mengajar
PANTANG LARANG BERSILAT
1) Dilarang berkelahi sesama seperguruan
2) Dilarang taksub kepada ilmu silat
3) Air mandian tertentu seperti air limau kasturi digunakan
untuk membersihkan kotoran sama ada zahir manhupun batin.
Walau bagaimanapun, pesilat tidak dibenarkan sama sekali
percaya ke atas kepercayaan tertentu seperti mandi untuk
buang sial dan sebagainya.
4) melakukan langkah-langkah tertentu yang mengandungi
bacaan dan unsur-unsur tertentu yang melibatkan unsur
ghaib.
5)menggunakan ilmu silat untuk tujuan yang menyimpang
seperti balas dendam, menganiaya orang lain, atau menunjuk-
nunjuk ilmu yang dimiliki
6) Dilarang merendah-rendah golongan yang bukan dari
gelanggang silat
7) Dilarang mengabdikan diri kepada kuasa-kuasa yang
dipercayai mampu mendatangkan kebaikan mahupun
keburukan seperti keris, dewa, makhluk ghaib dan sebagainya.
8)Dilarang menggunakan tangkal yang memiliki tulisan atau
gambar-gambar yang tidak difahami atau menjadikannya
azimat
9) Dilarang mempraktikkan ayat-ayat tertentu yang maksudnya
tidak difahami kerana berkemungkinan mengandungi kata-
kata pemujaan kepada iblis, berhala, serta bercampur dengan
ayat al-quran
KERIS
Jika silat adalah seni pertahanan diri melayu yang
paling terkenal, senjata yang turut mengukir
identitinya sendiri turut tidak ketinggalan. Keris
menjadi salah satu senjata yang dibawa oleh
lelaki melayu kemana sahaja. Kebiasaannya, keris
disisipkan di pinggang.
Apa guna kepok di ladang,
Jika tidak berisi padi,
Apa guna keris di pinggang,
Jika tidak berani mati
Selain bertujuan untuk mempertahankan diri,
keris juga menjadi simbol kejantanan atau
kelelakian seseorang. seperti pantun yang
dinyatakan, keris memiliki nilai yang amat tinggi
dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ia
merupakan simbol kelelakian dan maruah
seseorang. Sekiranya seseorang tidak membawa
kerisnya bersama, individu itu seolah-olah tidak
bermaruah. Malah, sekiranya keris mereka
tertinggal di rumah, mereka sanggup berpatah
balik demi mengambilnya. Bukti keris sebagai
simbol maruah dapat dilihat di dalam pantun
berikut:
Proses pembuatan keris juga amat dititikberat.
Bermula dari pemilihan bahan sehinggalah pada
pemilihan hari menempa. Keris biasanya ditempa
pada hari-hari yang baik menurut islam seperti
hari isnin, jumaat dan khamis. Hal ini menambah
keberkatan dan kekeramatan pada keris tersebut.
Selain itu, Keris dapat dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti keris tajung, keris pandai
sarah, keris tok chu, keris melela, keris bugis
semenanjung, keris Debek dan sebagainya.
K
E
R
A
M
B
I
T
Kerambit juga merupakan antara senjata tradisional yang digunakan oleh
orang melayu tradisional. Senjata yang melengkung ini juga memiliki nama
lain seperti kurambiak, dan karambiak. Walaupun kecil, senjata ini amat
tajam. Bahagian hujung kerambit yang runcing dan melengkung
menyebabkan pengguna kerambit mampu membenamkan mata kerambit
dengan mudah pada pihak lawan. Senjata ini akan mengakibatkan
kecederaan dalaman yang parah akibat robekan berpunca dari bentuknya
yang melengkung.Senjata ini adalah khusus bagi perlawanan jarak dekat di
mana penggunanya akan memasukkan ibu jari di bahagian lubang kerambit
dan digenggam di tapak tangan. Bagi pengguna yang mahir, senjata ini
mampu membunuh dalam sekelip mata tanpa disedari oleh pihak lawan.
Senjata yang berasal dari Minangkabau ini juga mempunyai nilai yang tinggi
bagi para pendekar. malah, mereka yang tidak menguasai seni kerambit
dikatakan ibarat harimau tanpa kuku, ayam tanpa tajinya, gajah tanpa
gadingnya dan kerbau tanpa tanduknya.
SUMMER 2019 PARANG ISSUE 3 | $ 12.00
Parang juga merupakan salah satu senjata
yang digunakan oleh masyarakat melayu
tradisional. Parang dapat dibahagikan
kepada dua kategori iaitu parang panjang
dan parang pendek. mata parang juga
lebih lebar dan runcing di hujung. Parang
juga disebut golok oleh masyarakat
melayu di utara tanah air. Selain
digunakan sebagai senjata, parang juga
digunakan ketika berkebun untuk
menebas semak samun dan menjaga diri
dari haiwan buas. Antara parang yang
digunakan dalam persilatan Melayu
antaranya ialah Parang Lading. Parang ini
digunakan oleh ahli silat cekakyang juga
dikhaskan untuk tujuan pertahanan diri.
Parang ini akan dipegang dengan kaedah
pegangan tahiyat iaitu jari menekan
bahagian pangkal hulu parang lading.
Tangan kedua pula akan membantu
menekan parang lading bagi
menambahkan kekuatan pertahanan. Ia
digunakan untuk untuk melindungi diri
terutamanya kawasan tumpuan musuh
iaitu sendi, dan urat
PANAH LEMBING
Panah merupakan antara senjata yang digunakan oleh senjata lain masyarakat melayu
masyarakat Melayu di Tanah Melayu. bukan itu sahaja, ia tradisional ialah lembing. Lembing
juga merupakan antara senjata yang terawal. Malah, merupakan senjata yang memiliki
setiap bangsa dan kebanyakan tamadun mesti mata yang tajam dan tirus
mempunyai panah sbagai senjata mereka dan senjata ini diletakkan di hujung sebatang kayu.
kebanyakannya hanya berbeza dari segi corak dan Senjata ini digunakan untuk
penggunaan. Catatan penggunaan panah di alam melayu pertahanan diri dan selalunya
terbukti melalui catatan Tun Sri Lanang. Dalam perang digunakan oleh pengawal istana. Ia
Gangga Negara, raja kerajaan tersebut menggunakan juga digunakan untuk manghalau
panah untuk berperang dengan Raja Suran dari India. haiwan buas dan berguna untuk
Hal ini membuktikan bahawa panah telah digunakan pertempuran jarak jauh di mana
sebagai senjata perang sebelum kedatangan Islam ke pengguna tidak perlu mendekati
alam Melayu lagi.Panah juga tediri daripada beberapa lawan seperti ketika mnggunakan
jenis seperti panah panjang, busur melengkung, dan badik
busur silang. Menurut catatan E.G. Eredia, panah yang
dimiliki oleh orang Melayu jauh lebih besar berbanding
panah yang dimiliki oleh orang Parsi.
Bahan yang digunakan untuk membuat busur panah
pula adalah dari kayu, rotan, dan buluh. Bahan-bahan
ini digunakan kerana mudah dilenturkan dan ringan
untuk dipegang. Tali busur pula diperbuat daripada
rotan dan kulit pokok yang kebiasaannya digunakan oleh
orang melayu untuk membuat tali. Mata panah pula
diperbuat daripada besi, kayu, gigi haiwan, gigi ikan, dan
pokok Nibong. Pokok Nibong digunakan untuk membuat
mata panah kerana kayunya yang keras. Selain itu, orang
Melayu juga merupakan pemanah yang mahir. Buktinya,
penulisan Tun Sri Lanang dalam Sejarah Melayu
mengatakan bahawa Hang Nadim mahir sangat mahir
memanah sehingga mampu menggerunkan pihak
musuh.
PEDANG
Pedang juga merupakan senjata yang digunakan sejak berabad lamanya.
Pedang digunakan untuk mempertahankan diri, alat kebesaran diraja dan
sebagainya. Walaupun masyarakat melayu lebih sinonim dengan keris,
pedang juga turut digunakan dalam masyarakat. Pedang juga merupakan
salah satu alat kebesaran diraja dan digunakan untuk memberikan tauliah
kepada para pembesar.
Tekpi turut mempunyai nama lain seperti TEKPI
tchabang dan sai. Keunikan senjata ini dapat
dilihat dari segi reka bentuknya. Tidak
seperti senjata lain, tekpi bukanlah senjata
yang tajam sebaliknya hanya besi semata-
mata. Namun, tiga cabang tekpi ini mampu
berfungsi sebagai penangkis dan
memerangkap senjata lain sehingga
diberikan gelaran raja senjata. Terdapat juga
seni silat yang menjadikan tekpi sebagai
senjata utama seperti silat warisan tekpi
endau, silat kundau tekpi dan sebagainya.
BADIK
Badik merupakan senjata
melayu tradisional yang
seakan-akan kerambit.
Koleksi Peribadi
4.2seni
Ukiran
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik
dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat,
kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah
sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang
berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di
dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
PENGENALAN Penggunaan kayu yang berkualiti
SENI UKIRAN tinggi bagi menghasilkan ukiran ini
menyebabkan ukiran zaman dahulu
Sejarah awal berkaitan seni ukiran kayu boleh diketahui dapat bertahan beratus-ratus tahun.
setelah kita membaca dan meneliti buku Sejarah Melayu Salah satu kayu-kayu yang tahan
atau Sulalatus Salatin. Buku yang ditulis oleh Tun Sri lama ialah, kayu kempas, kayu penak,
Lanang itu telah dicatat sejak abad ke-17 lagi. Melalui kayu bacang hutan, kayu cengal, kayu
catatan Tun Sri Lanang, dikatakan terdapat keindahan merbau dan kayu-kayu baik yang lain.
dan juga keagungan seni bina pemerintah Melaka tahun Ukiran-ukiran kayu juga biasanya
1459 sehingga tahun 1477 iaitu Sultan Mansur Syah. untuk mencantikkan cucuran atap,
“Istana Hawa Nafsu” merupakan gelaran yang diberikan pintu, tingkap, tiang seri dan beberapa
oleh rakyak terhadap istana indah itu. Seni ukiran bahagian lain yang terdapat dalam
sememangnya telah lama wujud iaitu lebih awal daripada rumah. Perabot juga akan diukir untuk
tulisan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan memperlihatkan kemewahn dan juga
mengenainya . Selain itu, terdapat juga catatan silam keindahan sesuatu barangan. Oleh
berkaitan seni bina iaitu Hikayat Misa Melayu. Dalam itu, terdapat beberapa pola hias dalam
hikayat tersebut, telah digambarkan mengenai seni ukir di karya seni ukiran kayu yang mana
istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, iaitu sebuah tidak dapat diasingkan disebabkan
tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan perkara seperti pemilihan motif dan
semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun juga cara penyusunan.
1756-1780).
Pola Bujang JENIS POLA
Pola Pemidang UKIRAN
Pola Lengkap Mod ini juga dikenali sebagai mod putu. Motif adalah bebas, iaitu, ia boleh wujud
secara bebas atau boleh dihubungkan antara satu sama lain tanpa sekatan.
Lazimnya, corak bujang mendapat unsurnya daripada kuntum bunga, bulan,
bintang, buah-buahan dan juga makhluk lain. Pilihan bunga atau tumbuhan Ia
sering berlaku berdasarkan hubungan rapat antara pengukir dan persekitaran
Atas faktor mudah didapati di sekitar kediaman para pengukir,corak tumbuhan
juga dipilih sebabagai salah satu corak dalam ukiran atau tumbuhan-tumbuhan
tersebut mempunyai keistiewaan yang tertentu, contohnya digunakan untuk
menghasilkan ubat atau sebagai bahan makanan seperti ulam-ulaman.
Contohnya, motif tampuk manggis, bunga cengkih, bunga lawang, melati dan lain-
lain. Termasuklah unsur kosmos atau makhluk hidup pula yang sering kali dipilih
adalah seperti bulan, ayam, itik, dan juga lebah. Contohnya, rumah tradisional
kedah yang terdapat di Pulau Langkawi telah menggunakan pola bujang.
Pola ini juga dikenli sebagai pola bingkai iaitu sejenis ukiran yang
mengaplikasikan unsur-unsur yang mudah. Pergerakan bagi pola
ini adalah melingkar dan tidak berbelit-belit. Pola ini lebih terkenal
kerana keunikan iaitu dihasilkan dengan lingkungan bingkai.
Ukiran ini banyak ditemui di Negeri Sembilan iaitu menggunakan
motif seperti badak mudik, itik pulang petang, dan setampuk
manggis.
Pola pemidang ini juga diukir pada alatan rumah seperti tapak
sirih, dulang dan alamari pada zaman Melayu tradisional bagi
menambahkan keunikn dan keindahan barangan tersebut. Pada
bahagian bangunan pula, terdapat pada bahagian kekisi, paha
tangga, bendul dan juga cucuran atap.
Mod ini juga dipanggil mod induk. Nama corak ini dihasilkan dengan
menggabungkan semua elemen ke dalam bentuk arca yang lengkap.
Corak ini selalunya menggunakan corak tumbuhan kerana ianya lembut
dan senang diatur. Corak ini termasuk pokok lengkap atau mana-mana
tumbuhan yang anda pilih untuk diukir, bermula dari akar dan batang,
dan terus ke dahan, daun, dan lain-lain.
Bentuk penyusunannya adalah bergulung, melingkar-lingkar, dan juga
berawan larat. Penyusunan yang dilakukan adalah terpulang kepada
kreativiti pengukir. Antara motif yang sering kali digunakan oleh
masyarakat Melayu adalah daun sireh, bunga raya, bunga matahari dan
sebagainya.
Istana ini menggunakan pola bujanbg Istana Tapas Kuala Kangsar
sebagai ukiran
Istana Lama Seri
Menanti
1932
Pola ukiran yang digunakan dalam pembinaan Istana
Lama Seri Menanti adalah menggunakan pola
pemidang
ISTANA BANDAR
MELAKA
UKIRAN KAYU DI DALAM ISTANA BANDAR
MELAKA ADALAH MENGGUNAKAN POLA
UKIRAN POLA LENGKAP
NAIRAT INES 3.4
SENI TARIAN ZAPIN
Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, terdapat banyak jenis tarian
yang telah dipersembahkan pada zaman tersebut antaranya ialah
tarian zapjn, Tarian Mak Inang dan sebagainya
DISEMBER 2021
PAGE 15 SEJARAH MALAYSIA 1 ARTIKEL
KEMUNCULAN TARIAN ZAPIN
PADA ZAMAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA
TOPIK SENI TARIAN AKAN MEMBINCANGKAN TENTANG
SEJARAH TARIAN ZAPIN, BUSANA DAN KELENGKAPAN
MUZIK
Seni tarian dapat didefinisikan sebagai gerakan Seni tarian zapin ini pada mulanya hanya disertai oleh
badan serta tangan dan kaki berirama mengikut golongan lelaki sahaja, akan tetapi kini tarian zapin telah
rentak muzik, manakala mempunyai pendapat yang dimodenkan dengan membenarkan golongan
berbeza mengenai konsep seni tarian iaitu mereka perempuanmenyertai tarian ini. Setiap tarian perlulah diiringi
mendefinisikan seni tarian sebagai gerakan yang dengan muzik agar keserasian dalam tarian terserlah dan
berirama. Seni tarian ini bukan sahaja suatu merancakkan lagi persembahan suatu tarian.Tarian zapin
pergerakan tubuh badan mengikut rentak muzik, biasanya diiringi dengan beberapa jenis alat muzik seperti
namun ia juga melambangkan kebudayaan sesuatu gambus,marwas,marakas,gendang,rebab dan rebana. Dalam
masyarakat dan gerakan yang dilakukan seni tarian zapin juga tidak mengehadkan bilangan ahli yang
menggambarkan perasaan jiwa manusia. Mengikuti menyertainya. Tetapi, kebiasaannya tarian zapin
sejarah perkembangan seni tarian, sebuah seni dipersembahkan dalam keadaan setiap ahli mempunyai
tarian pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu pasangan bagi menunjukkan keserasian dan setiap pasangan
seni tarian zapin merupakan salah satu seni tarian perlu menunjukkan interaksi yang baik dalam tarian.
yang terkenal dan masih dipersembahkan sehingga Tarian zapin ini telah diterima pakai dalam masyarakat di
hari ini. Menurut ahli sejarah, Tarian ini Malaysia sebagai sebuah seni tarian yang mempunyai unsur-
diperkenalkan oleh pedagang luar dari Arab dan unsur keagamaan dan berfungsi sebagai seni hiburan yang
Parsi. Pada awalnya, tarian zapin yang diiringi muzik dipersembahkan dalam pelbagai acara seperti majlis
ini hanya sebagai hiburan kepada murid-murid perkahwinan atau hari-hari kebesaran. Walaupun tarian ini
setelah usai mengaji agama di pondok . Namun, diwujudkan oleh golongan pedagang dari Arab, namun
tarian ini berkembang sehingga ke dalam istana keunikan tarian zapin Johor mampu menghadirkan nilai
kemudian budaya ini dipelihara untuk dijadikan persaudaraan dengan interaksi setiap pasangan dan mampu
sebagai warisan kerana tarian zapin mempunyai untuk melahirkan sebuah nilai iaitu kerjasama sebuah
gerakan yang luhur dan santun. kumpulan dalam menjayakan sebuah persembahan kerana
usaha dalam menjayakan tarian ini bukanlah usaha secara
individu akan tetapi usaha secara berkumpulan.
BUSANA
TARIAN
ZAPIN
Walaupun tarian zapin ini diasaskan oleh
para pedagang luar dari Arab, namun para
penari zapin tetap mengenakan pakaian
Melayu selengkapnya. Kebiasaannya penari
lelaki dan perempuan akan memakai pakaian
yang mempunyai warna yang sama bagi
menunjukkan keserasian, akan tetapi ia
bergantung kepada pengurus penari untuk
mengenakan jenis warna pada pakaian yang
digunakan oleh para penari. Bagi penari
zapin lelaki, mereka akan memakai sepasang
baju melayu yang lengkap dan memakai
samping yang diikat dengan gaya ikatan
dagang dan memakai songkok atau tanjak.
Bagi penari zapin perempuan pula, mereka
akan mengenakan pakaian set baju kurung
56 teluk belanga yang bercorak kosong
kemudian dipadankan dengan kain songket
yang mempunyai corak. Selain itu, para
penari akan menggunakan aksesori
tambahan seperti rantai,subang,cucuk
sanggul bagi penari perempuan serta bunga-
bunga kecil untuk menghiasi rambut penari
perempuan.
Pergerakan merupakan asas
respon kepada muzik, oleh itu
muzik merupakan elemen yang
penting dalam tarian kerana ia
menentukan rentak dalam
sesebuah tarian. seni muzik dan
gurindam Arab telah menyebar
ke Johor melalui kawasan pesisir
pantai barat Johor dan ke
pedalaman melalui sungai
sungai bersama sama
penempatan Arab di kampung
kampung Melayu. Tarian Zapin
dipersembahkan menerusi
iringan petikan gambus serta
taksim di samping telangkah
gendang marwas yang memberi
tenaga kepada muzik yang
didendangkan. Nyanyian pada
tarian itu begitu murni dengan ia
dipenuhi gurindam lama
bersama puji-pujian kepada
Rasul dan Tuhan serta pesanan
dan nasihat orang tua. Zapin
Melayu yang terkenal dengan
kehalusan gerak tarinya kini
menjadi identiti warisan
kesenian budaya Melayu dan
martabatnya yang dipandang
tinggi. Negeri Johor yang
merupakan negeri utama yang
mengangkat kebudayaan itu
telah menghimpunkan lebih
20,000 pengamal zapin yang
terdiri dari kalangan warga tua,
dewasa, remaja dan kanak-
kanak.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ketamadunan dan kemasyhuran
sesebuah negara lahir daripada manifestasi seni dan
budaya. Mengambil contoh tamadun Islam dan
Eropah seperti Yunani dan Rom adalah antara
tamadun besar yang mengecapi kegemilangan dalam
konteks kesenian dan kebudayaan.Sejarah telah
membuktikan perihal ini. Bahkan seni dan budaya
tradisi mempunyai peranan yang cukup besar dalam
menyumbang kepada pembangunan sesebuah
masyarakat terutama dalam membentuk sesebuah
negara bangsa yang beridentiti.
Warisan kesenian yang ditinggalkan oleh nenek
moyang kita haruslah dipelihara sebaiknya kerana
terdapat pelbagai kepentingan yang mampu
diperoleh oleh masyarakat dan negara. Sebagai
contoh, warisan negara banyak kepentingannya
terhadap industri pelancongan negara. Hal ini kerana,
warisan ini dapat menarik perhatian para
pengunjung yang melancong ke negara kita. Bukan
itu sahaja, para pengunjung tempatan mahupun
pengunjung luar mendapat ilmu pengetahuan
tentang segala peristiwa-peristiwa yang berlaku di
Malaysia. Oleh itu, pengetahuan mengenai peristiwa
ini akan dapat meningkatkan nilai patriotisme dalam
diri pengunjung.
SEJARAH MALAYSIA 1
BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad (1985) Sulalatus Salatin. Dewan Bahasa Milamin,(Mar 14 2015), Tarian Zapin, Scribd.
dan Pustaka:Kuala Lumpur ,https://www.scribd.com/document/258704129/Tarian-Zapin
Ah Lan, (Sept 07 2017), Asal Usul Tarian Nila Inangda Manyam Keumala Daud, Ezrin Arbi dan Mohammad
Inang,Scribd,https://www.scribd.com/document/35823115 Faisal. (2012). Pengaplikasian Ukiran Kayu Melayu Dalam Seni Bina
8/Asal-Usul-Tarian-Inang-docx di Malaysia. (diakses pada 10.11.2021) daripada Google Scholar
Alat Muzik Tarian Zapin, https://rintansari-
zhafirahjabbal.blogspot.com/2021/10/alat-muzik-tarian- Peter Bedwood (1985) pre-history of indo-malaysian Archipelago.
joget-warisan-tarian.html?m=1 ANU. Press
Amirul.M,(Apr 26 2014) ZAPIN,slideshare, Persilatan. (2021, Nov 12). Retrieved from Laman Web Rasmi
https://www.slideshare.net/amirulazmi92/zapin-33986883 Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia:
Drager, D. F. (2000). Weapon and Fighting Arts of http://www.gayong.com.my/index.php/majlis-perlimau
Indonesia. Berkeley Book Pte. Ltd.
Fariza Norizan, N. A. (2017). Teknologi Tradisional dalam Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara, pertahanan diri,
Warisan: Laporan Mengenai Senjata Kerambit. https://www.heritage.gov.my/index.php?
Garis Panduan Silat Menurut Islam. (1996). Muzakarah option=com_content&view=article&id=136&Itemid=593&lang=ms
Jawatankuasa Fatwa MKI ke-40, 4-5.
Senjata-Senjata Tradisional Melayu. (2021, Nov 14). Retrieved from
Institut Alam dan Tamadun Melayu. (Director). (2018). Siri Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah: https://www.memori-
wacana ATMA: Persenjataan Alam Melayu. Sejarah, kedah.com/page_pengenalan.php?
Warisan dan Budaya. pageNum_Recordset1=1&totalRows_Recordset1=31&p=2&idstopic=9
&idskandungan=67&mtopic=1
Kenali Silat Cekak Malaysia. (2021, Nov 12). Retrieved from
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia: Sitoresmi, A. R. (2021, May 17). Pengertian Seni Tarian Beserta
https://www.silatcekak.org.my/ jenis,unsur-unsur dan contohnya. Liputan6. Retrieved December
25, 2021, from
Khazanah Pantun Melayu Riau. (2016). Dewan Bahasa dan https://m.liputan6.com/hot/read/4559341/pengertian-seni-tari-
Pustaka. beserta-jenis-unsur-unsur-dan-contohnya
Temubual dengan Yahaya bin Abdullah (14 November 2021) di
Kampung Ulu Mahang, Kedah
Temubual dengan Salleh bin Abdullah (14 November 2021)di
Kampung Ulu Mahang Kedah
Terima Kasih..
Tanah luas tak ada tuannya
Tombak tajam ditancapkan
Atas perhatian dan bantuannya
Terima kasih saya ucapkan.