MENGHURAIKAN NUR FATIN SYAFIQAH BINTI MOHD
HUBUNGAN ANTARA IMAN, SULAIMAN
ISLAM DAN IHSAN BESERTA
A06STK21F025
DENGAN CONTOH YANG NIA NASUHA BINTI HALIM
MUDAH DI FAHAMI.
A06STK21F008
AFRINA SHAHMINA BINTI MOHD
ROSTUM
A06STK21F007
AFRINA ALEEYA BINTI
ZAHRULLAIL
A06STK21F001
MAKSUD
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata
dasar salama yang membawa maksud taat dan
patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh
daripada kekurangan kekurangan zahir dan
batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam
ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah
Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn
yang bererti aman iaitu tiada rasa takut.
Pengertian iman dari segi istilah ialah
mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan
pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati
tanpa rasa syak dan ragu.
IHSAN
Tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan / kebaikan
kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak
gerinya & dia hanya mengharapkan balasan baik daripada Allah
semata-mata
IHSAN TERBAHAGI KEPADA 2
a- Ihsan kepada Allah S.W.T
b- Ihsan kepada makhluk
INTISARI HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM & IHSAN
◦ a- seseorang yg percaya & yakin dengan keesaan & kekuasaan Allah
S.W.T ( Iman ) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah & patuh
melaksanakannya ( Islam ) dengan penuh keihklasan tanpa
mengharapkan ganjaran daripada manusia ( Ihsan ).
◦ b- Gabungan antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan
melaksanakan perintah-Nya & keikhlasan yang sepenuhnya akan
melahirkan insan yang seimbang & kamil
CIRI-CIRI ORANG YANG SEMPURNA IMAN, ISLAM DAN IHSANNYA
ADALAH SEPERTI BERIKUT:
◦ Percaya dan yakin dengan kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya.
◦ Percaya dan yakin dengan kewujudan para malaikat, kitab-kitab suci Allah, para
rasul, kehadiran Hari Akhirat dan ketentuan balk dan buruk daripada Allah.
◦ Taat dan tekun melaksanakan perintah-perintah Allah seperti solat lima waktu
sehari semalam, puasa sebulan di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji di Makkah.
◦ Sentiasa ikhlas dalam semua amalan yang dilakukan dan sentiasa mengharapkan
hanya ganjaran daripada Allah semata-mata.