The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by caca.arissa, 2022-03-18 06:10:31

mesy. kurikulum 3/2021

minit mesyuarat kurikulum 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI,
06600 KUALA KEDAH,
KEDAH DARUL AMAN.

04-7627331

________________________________________________________________________________________

Ruj : SMKSP600-3/2/1( )
Tarikh : 11 November 2021
Tuan

Semua Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3 / 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu tuan diwajibkan hadir ke mesyuarat seperti yang tersebut di atas mengikut ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 16 November 2021 ( Selasa )

2.2 Masa : 3.00 petang

2.3 Mod Komunikasi : Online menggunakan aplikasi google meet

3. Agenda mesyuarat

3.1 Ucapan alu-aluan dan Perutusan Pengerusi.

3.2 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.

3.3 Perkara-perkara berbangkit.

3.4 Isu-isu Pengurusan Kurikulum / Panitia Sekolah

3.4.1 Penetapan HC sekolah / panitia

3.4.2 Program Kecemerlangan Akademik SPM

3.4.3 Status Perbelanjaan

3.4.4 Pelaksanaan LDP/CPD/PLC

3.4.5 Status pelaksanaan program KPM/JPN/PPD

3.4.6 Pelaksanaan PBS/PBD

3.4.7 Pencerapan Pdpc Guru (SKPM STD 4)

3.4.8 RPH Guru dan Jadual Waktu
3.4.9 Penggunaan Bilik-bilik Khas

3.4.10 Penggunaan Makmal / Bengkel
3.4.11 Ujian, peperiksaan dan pentaksiran

3.4.12 Penggunaan SPBT

3.4.13 Pusat Sumber Sekolah

3.4.14 Kelas Tambahan / Intervensi

3.4.15 Memelihara Masa Instruksional (MMI)

3.5 Dialog Prestasi – laporan ketua panitia

3.6 Hal-hal lain

Kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"

Saya yang menjalankan amanah,

_______________________________
(MUHAMAD ANUAR BIN HAMID)
Pengetua,
SMK Seri Pantai

sk: Fail kurikulum

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PANTAI,
06600 KUALA KEDAH,
KEDAH DARUL AMAN.

04-7627331

________________________________________________________________________________________
Rujukan : SMKSP600-3/2/1( )
Tarikh : 11 November 2021

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM 3 / 2021

Tarikh : 16 NOVEMBER 2021
Hari : Selasa
Masa : 3.00 – 4.45 Petang
Tempat : Kediaman sendiri
Mod Komunikasi : Online menggunakan aplikasi google meet
Pautan : https://meet.google.com/png-nhrv-dpc
Pengerusi : En. Mohd Sazali Bin Abdullah ( GKK)

Kehadiran:

1. En. Tan Say Kheong : PK Pentadbiran
2. Pn. Khoriyah bt. Baharum : GK Bahasa
3. Pn. Hasalina bt. Mohd Hashim : GK Sains dan Matematik
4. Cik Rusna bt. Hashim : GK Teknik dan Vokasional/ Jadual Waktu
5. Pn. Rohaidzan bt. Abd Samad : Guru Kaunseling/ SU JK Sekolah Selamat
6. Pn. Najihah bt Darus : Guru Kaunseling
7. Pn. Harison bt. Aziz : Setiausaha Kurikulum/PKB
8. Pn. Khairun Najmi bt. Amir : Setiausaha Peperiksaan SPM
9. Pn. Siti Khadijah bt. Idris : Setiausaha Peperiksaan PT3
10. Pn. Nur Syakirah bt. Shafie : Setiausaha Peperiksaan Dalaman
11. Pn. Nor Hafizoh bt. Abd Hamid : Setiausaha SAPS
12. Pn. Junita bt. Baharum : Setiausaha Headcount / Inovasi
13. Pn. Norharfiza bt. Omar : Setiausaha PBS
14. Pn. Zulika Sahira bt. Malik : Setiausaha PBD
15. Pn. Samsiah bt. Dolmat : Setiausaha LDP
16. Pn. Rafikhah bt. Othman : KP Bahasa Melayu
17. Pn. Nor Ardina bt. Abdul Rahman : KP Bahasa Inggeris
18. En. Chew Soon Yan : KP Bahasa Cina/ Penyelaras Tingkatan 1
19. En. Rodzuan b. Md Zin : KP Matematik
20. Pn. Suzaiza bt. Ayob : KP Sains
21. Pn. Zurina bt. Mahmood : KP Sejarah/ Penyelaras Tingkatan 5
22. Pn. Mazliana bt. Mokhtar : KP Geografi/ Penyelaras Tingkatan 3
23. Nur Hidyana bt. Zolhani : Penyelaras Tingkatan 4
24. Pn. Juhaida bt. Omar : KP RBT
25. Pn. Ruzia Haniz bt. Mohd Isa : KP Pendidikan Moral
26. En. Mohd Faizal b. Mohd Sharifuddin : KP MPV Pembinaan Domestik

2

27. Pn. Rosadah bt. Saad : KP Ekonomi / Perniagaan
28. Pn. Siti Mahani bt. Mohamad : KP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
29. Pn. Nor Aziah binti Abd. Rahman : KP Pendidikan Seni Visual
30. Pn. Rokiah bt. Mat : KP Asas Sains Komputer
31. Pn. Noor Huwaidah bt. Balki : Penyelaras PSS
32. Pn. Siti Rahayu bt Tarubus : Penyelaras SPBT
33. Pn. Nur Syahida bt. Mohamad Shariff : Penyelaras / Guru Data
34. Pn. Nurul Jannah bt. Shafee : Penyelaras Tingkatan 1
35. Pn. Norfaizah bt Ayob : SU Kesihatan
36. Pn. Nursakina bt. Mohd Mokhtar : Penyelaras Bestari
37. Pn. Syafini bt. Sjafii : SU Kafeteria
38. Nur Afrah binti Muhamad Shukri : Wakil KP Pendidikan Islam

Tidak Hadir Bersebab : : KP Pendidikan Islam (CRK)
1. Pn. Maznah bt. Hj. Zakaria

AGENDA I UCAPAN ALU-ALUAN DAN PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 PK Pentadbiran, En. Tan Say Kheong mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Beliau memaklumkan tuan pengetua yang tidak
dapat hadir dalam mesyuarat kali ini kerana terpaksa menghantar anak ke kampus.

1.2 PK Pentadbiran mengingatkan sesi persekolahan secara bersemuka kepada semua murid tingkatan 5
telah bermula pada 11 November 2021. Bagi murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 adalah secara
penggiliran yang akan bermula pada 21 November 2021. Sehubungan itu, semua penyelaras tingkatan
1 hingga tingkatan 4 diminta menghantar senarai nama murid mengikut Kumpulan A dan Kumpulan
B untuk penggiliran PdP bersemuka nanti.

1.3 Guru-guru mata pelajaran juga diingatkan menyediakan modul kepada murid untuk digunakan
semasa PdPR bagi kelas penggiliran.

1.4 Mengucapkan terima kasih kerana guru-guru yang bekerjasama melancarkan pelaksanaan PdPR dan
pengurusan kurikulum dalam suasana pandemik Covid-19.

AGENDA II MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

2. Pn. Harison binti Aziz membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum 2 bertarikh 5 Ogos 2021, dibaca
dan seterusnya disokong sebulat suara.

3

AGENDA III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUM BALAS

3. Perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini ialah:

3.1 Perkara 4.1.4 Berkaitan perlantikan Guru Kanan Kemanusian. Pihak sekolah telah menerima
pengganti GK Kemanusian yang baharu iaitu En. Mohd Sazali Bin Abdullah. Pn. Khoriyah bt. Baharom
pula memangku tugas PK Kokorikulum . PK Pentadbiran mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah.

3.2 Perkara 4.1.7 Tindakan/ perbincangan sedang dibuat untuk menangani kekurangan guru apabila sesi
persekolahan secara bersemuka nanti. PK Pentadbiran memaklumkan sekolah kita mengalami kekurangan
guru seramai 5 orang atas sebab-sebab tertentu. Antaranya, Cikgu Mohd Anuar bin Zainal Abidin, Ustazah
Salmiyah bt. Abdullah, Cikgu Abd. Halem dan Ustaz Mohd Faizal yang sedang cuti sakit manakala Cikgu
Ku Adzman bin Ku Yaakob pula bersara.

3.3 Perkara 4.3.2 SU PBD Pn. Zulika Sahira bt. Abd. Malik memaklumkan berlaku perubahan tarikh
PBD akhir tahun. Tarikh pelaporan yang diberitahu sebelum ini adalah 31 November 2021 tetapi berlaku
perubahan iaitu akan dikumpul sebelum 10 Disember 2021.

3.4 Perkara 4.3.4 KP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pn. Siti Mahani bt. Mohamad memaklumkan
ujian SEGAK Penggal ke-2 bagi murid Tingkatan 5 telah selesai dilaksanakan. Walaubagaimanapun,
masih terdapat 3-4 murid lagi tidak melaksanakan ujian SEGAK kerana tidak hadir ke sekolah. Pengerusi
memohon KP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menyerahkan nama murid tersebut kepada pihak
kaunseling sekolah untuk menghubungi murid tersebut.

3.5 Perkara 4.5.6 Program HIPP telah dihadiri oleh Cikgu Nurul Jannah melalui aplikasi google meet.
Perkara yang diberi penekanan adalah berkaitan perkongsian amalan baik.

3.6 Perkara 4.9.5 PK Pentadbiran memaklumkan masih ada Ketua Panitia yang tidak cakna maklumat
yang disampaikan oleh PT Kewangan pada mesyuarat yang lalu berhubung prosedur pembelian melalui
nota minta. Beliau berharap Ketua Panitia dapat berhubung dengan Pn. Norhafiza binti Abdul Aziz agar
isu ini dapat diselesaikan.
Makluman

4

AGENDA IV ISU-ISU PENGURUSAN KURIKULUM / PANITIA SEKOLAH

4.1 Penetapan Headcount Sekolah/ Panitia

4.1.1 SU Headcount Pn. Junita Binti Baharom memaklumkan headcount yang dibuat berdasarkan
Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) telah lengkap diisi. Bagi AR3 pula perlu menunggu analisis markah
keputusan Pentaksiran Percubaan SPM 2021. Apabila analisis markah percubaan telah selesai, barulah
semua ketua panitia mengisi dalam tapak HC1. Guru-guru mata pelajaran boleh rujuk semula markah
murid adakah perlu buat pindaan semula dalam HC2. Sekiranya ada perubahan, perlu diubah dalam HC2
bahagian ETR Pindaan.

Tindakan : Semua Ketua Panitia dan Guru Tingkatan 5

4.2 Program Kecemerlangan Akademik SPM

4.2.1 Pn. Hasalina bt. Hashim memaklumkan bagi mata pelajaran teras, panitia masih meneruskan
Program NCER yang dianjurkan oleh pihak UITM. Modul yang diberikan melalui pautan link telah diberi
kepada murid.
Makluman

4.2.2 KP Matematik, En Rodzuan b. Md Zin memaklumkan Program Suluh Budiman telah dilaksanakan
pada 31.10.2021 hingga 2.11.2021 yang melibatkan penggiliran murid kumpulan A. Perbincangan lanjut
dengan pihak pengetua akan dilakukan dalam masa terdekat samada untuk meneruskan program ini atau
tidak disebabkan situasi semasa sekarang.
Makluman

4.3 Status Perbelanjaan PCG
4.3.1 Pembantu Tadbir Kewangan, Pn. Norhafiza binti Abdul Aziz membentangkan baki wang kerajaan
sehingga 8 November 2021. Ketua-ketua Panitia boleh rujuk lampiran yang diberikan.

Tindakan dan makluman: Semua Ketua Panitia

5

4.3.2 Pembantu Tadbir Kewangan memohon Ketua-ketua Panitia yang berhasrat membuat pembelian agar
menghantar nota minta beserta invois dan quotation harga dengan segera. Tarikh akhir pembelian barang
bagi tahun 2021 adalah pada 25 November 2021.

Tindakan dan makluman: Semua Ketua Panitia

4.4 Pelaksanaan LDP/CPD/PLC

4.4.1 SU LDP Pn. Samsiah bt. Dolmat mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya
mencapai 42 mata kredit. Walaubagaimanapun, ada segelintir guru tidak membuat EPSA dan pembacaan
buku sebanyak tiga buah . Pelaksaan EPSA dan Pembacaan Buku adalah wajib dan memohon agar guru-
guru tersebut dapat melaksanakan secepat mungkin sebelum 31 Disember 2021.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

4.4.2 Penyelaras PLC, Pn. Khoriyah bt. Baharum memaklumkan kebanyakan panitia telah melaksanakan
sekurang-kurangnya sekali PLC dan telah mendaftar dalam SPLKPM. Pn. Khoriyah bt. Baharum
memohon Kertas Laporan Program yang telah disahkan oleh pengetua perlu diserahkan kepada Penyelaras
PLC dan SU LDP untuk direkod dan difailkan.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

4.5 Status pelaksanaan program KPM/JPN/PPD

4.5.1 PK Pentadbiran, En. Tan Say Kheong mengingatkan semua guru cakna tentang Pelaksanaan
Catch-up Plan ( CUP) KPMPerkasaKU. Antara kandungannya adalah berkaitan penilaian akhir TP
murid dalam catch-up plan KPMPerkasaKU yang akan dilaksanakan oleh guru pada Disember 2021.
Penilaian akhir akan berlaku setelah murid selesai melalui semua proses PdP/PdPR pada tahun 2021
dan semua Tahap Penguasaan Keseluruhan mata pelajaran telah direkod dan dilaporkan oleh guru
mata pelajaran dan guru kelas. Guru mata pelajaran akan menilai TP akhir murid melalui pelaporan
akhir PBD bagi menentukan kategori murid yang akan menyambung aktiviti PdP/PdPR pada bulan
Januari dan Febuari 2022. Terdapat dua laluan aktiviti yang akan diikuti oleh murid dalam sesi
PdP/PdPR pada bulan Januari dan Febuari 2022:

Program Intevensi: Sekiranya murid belum menguasai TP1 hingga TP2, pihak sekolah hendaklah
merancang program intevensi yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid. Contohnya, bagi

6

murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) guru perlu
merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian menerusi program intevensi yang dirancang oleh
pihak sekolah bagi memastikan kemahiran asas 3M dapat dikuasai oleh murid sebagai persediaan
untuk menghadapi sesi persekolahan 2022 yang bermula pada bulan Mac 2022.

Program Khas Kecemerlangan: Bagi murid yang telah menguasai TP3 hingga TP6, guru perlu
merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang bersesuaian dengan keupayaan murid, guru dan
sekolah sama ada dalam bilik darjah ataupun melalui program khas kecemerlangan yang dirancang
oleh pihak sekolah. Guru juga boleh merancang aktiviti yang boleh mengembangkan potensi murid
bagi memastikan murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan 2022 yang bermula pada
Mac 2022.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

4.5.2 PK Pentadbiran memaklumkan tiada arahan menghentikan Program HIPP dibawah KPM . Oleh itu,
guru-guru diingatkan menggalakkan murid cuba bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam PdPc atau PdPR.
Penglibatan Program HIPP bukan khusus untuk guru Bahasa Inggeris sahaja tetapi melibatkan semua guru
dan murid .
Makluman

4.5.3 Pn. Khoriyah bt. Baharum memaklumkan pada tahun ini negeri Kedah telah menjadi tuan rumah
Pesta Pantun Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Secara Dalam Talian Tahun
2021 bermula 15 November 2021 hingga 18 November 2021 bertempat di Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan dan Hotel Seri Malaysia anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. SMK Seri Pantai
telah terpilih menjadi AJK Hadiah Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan yang melibatkan empat orang guru
iaitu Pn. Khoriyah bt. Baharum, Pn. Harison bt. Aziz, Pn Nursakina bt Mohd Mokhtar dan Pn. Zulika
Sahira bt. Abd. Malik.
Makluman

4.5.4 PK Pentadbiran memaklumkan pelaporan guru dalam SPDPR perlu dilakukan oleh semua guru. Bagi
guru tingkatan 5 yang melaksanakan PdPc secara bersemuka tidak perlu lagi mengisi pelaporan dalam
SPDPR mata pelajaran yang diajar di sekolah. Walau bagaimanapun, bagi mata pelajaran yang dilakukan
secara PdPR, guru tersebut perlu juga membuat pelaporan dalam SPDPR.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

7

4.5.5 Pn. Noor Huwaidah bt Balki memaklumkan berkaitan Program SUMUR yang sedang
dijalankan sekarang iaitu penghasilan video/youtube Calon Tokoh Sumur 2021. Calon yang terlibat
ialah Nur Aqilah Amni bt. Abdul Halim dari 5 Imtiyaz dan Muhammad Hasbullah b. Mohd Bahdrul
Hizam dari kelas 5 Iltizam. Oleh itu, marilah sama-sama doakan kejayaan murid kita semoga terpilih
sebagai Tokoh Sumur 2021.
Makluman

4.5.6 Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pn. Rohaidzan bt. Abd Samad memaklumkan Pelaksanan
Ujian Psikometrik bagi Inventori Kematangan Kerjaya(IKK) untuk murid Tingkatan 5 akan
dimulakan. Kaedah pelaksanan adalah menggunakan google form.
Makluman

4.5.7 KP PJPK, Pn. Siti Mahani memaklumkan sekolah akan menerima Kunjung Bantu dari JPN berkaitan
pelaksanaan ujian SEGAK. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru tingkatan 5 yang memberi
laluan kepadanya untuk melaksanakan Ujian SEGAK. Untuk makluman, Ujian SEGAK penggal ke-2 .
telah selesai dilaksanakan oleh semua guru PJK tingkatan 5 dan dalam proses memasukkan markah.
Makluman

4.6 Pelaksanaan PBS/PBD
4.6.1 SU PBS, Pn. Nor Harfiza bt. Omar menyampaikan kandungan dalam surat tentang pelaksanaan
pelaporan PBD Akhir Tahun 2021. Pelaporan PBD perlu dilaporkan kepada ibubapa/waris murid sebanyak
dua kali setahun berdasarkan arahan dalam buku Panduan Pelaksanaan PBD Edisi ke-2 Tahun2019 yang
melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Makluman

4.6.2 SU PBS memaklumkan pelaksaan PBD dalam proses PdP/PdPR dilaksanakann secara
berterusan. Pengumpulan data perkembangan pembelajaran murid yang dilaksanakan semasa proses
PdP/PdPR perlu direkodkan dari semasa ke semasa. Guru akan menentukan tahap penguasaan (TP)
murid berdasarkan Standard Prestasi yang terdapat dalam DSKP setiap mata pelajaran. Penilaian dan
analisis terhadap TP murid perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti KAK (Kandungan Asas
Kurikulum) yang belum dikuasai murid untuk diambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi
memastikan murid menguasai TP yang telah ditetapkan. Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu
melaporkan Tahap Penguasaan Keseluruhan murid bagi setiap mata pelajaran berdasarkan

8

pengetahuan, pengalaman, pertimbangan profesional dan input murid serta perbincangan dengan rakan
sejawat dalam mata pelajaran yang sama. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini akan digunakan oleh
guru untuk melaksanakan Penilaian Akhir Tahap Penguasaan pada Disember 2021.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

4.6.3 SU PBD, Pn. Zulika Sahira bt. Abd. Malik memaklumkan semua guru perlu bersedia dan
kemaskini dengan pelaporan PBD akhir tahun 2021. SU PBD akan menyediakan tapak secara offline
dan pengisian TP murid akan dilakukan sehingga 9 Disember 2021. Pihak sekolah diminta mengambil
tindakan melaporkan pelaporan PBD murid kepada ibubapa/ waris sebelum 17 Februari 2022 setelah
Program Intervensi (murid tidak melepasi TP3) dan Program Pengayaan (murid melepasi TP3) selesai
dilaksanakan.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

4.7 Pencerapan Pdpc Guru (SKPM STD 4)
4.7.1 GK Bahasa memaklumkan pencerapan PDPR bagi fasa 1 telah selesai dilaksanakan. Pencerapan fasa
ke-2 akan dilaksanakan apabila semua guru kembali ke sekolah bermula 21.11.2021 nanti.
Makluman

4.7.2 PK Pentadbiran meminta guru-guru meneliti item-item yang perlu dipertimbangkan dalam
pencerapan terutama perkara yang perlu berlaku setiap hari iaitu Pdpc Abad Ke-21.

a) Guru sebagai perancang PdPc iaitu apa yang dirancang perlu selaras dengan kehendak tuntutan
SKPM.
b) Guru sebagai pengelola pembelajaran perlu mengetahui cara mengelola kelas dengan baik.
c) Guru sebagai pendorong minda, pembantu untuk menyelesai masalah, sumbang saran, simulasi dan

sebagainya.
d) Guru sebagai pelaksana penilaian. Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
Makluman

4.8 RPH Guru dan Jadual Waktu

4.8.1 PK Pentadbiran memaklumkan semua guru perlu menulis RPH sama ada PdPc secara bersemuka
ataupun PdPR. Semua guru perlu menghantar RPH kepada penyemak masing-masing bermula sesi
penggal persekolahan yang akan dibuka pada 21.11.2021 nanti. RPH guru hendaklah dihantar pada setiap
hari Khamis minggu tersebut. Jadual semakan baru akan dikeluarkan dan guru boleh merujuk jadual
tersebut.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

9

4.8.2 Jawatankuasa Jadual Waktu, GK Teknik dan Vokasional memaklumkan jadual waktu masih kekal
dan tiada rombakan dilakukan. Bagi guru-guru yang terlibat seperti Ustaz Mohd Faizal b. Ismail, Ustazah
Salmiyah bt. Abdullah, Cikgu Mohd Anuar b. Zainal Abidin, Cikgu Abd. Halem dan Cikgu Ku Adzman
b. Ku Yaakob tiada penggantian guru diberikan. Oleh itu, jadual waktu guru-guru tersebut terpaksa
direliefkan kerana jadual waktu tidak dapat dijana semula. Untuk makluman, semua waktu bagi guru-guru
sedia ada telah mencapai jumlah maksimum iaitu 50 jam jumlah seluruhan masa mengajar . Sehubungan
itu, unit jadual waktu telah mengadakan perbincangan dengan PK Pentadbiran dan memutuskan untuk
membuat relief sahaja kepada guru-guru tersebut.
Makluman

4.9 Penggunaan Bilik-bilik Khas

4.9.1 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa guru-guru boleh menggunakan bilik khas yang disediakan
untuk tujuan PdPc. Walau bagaimanapun diingatkan para guru agar tidak sesekali meninggalkan murid di
bilik-bilik khas ini tanpa pengawasan guru.
Makluman

4.10 Penggunaan Makmal / Bengkel

4.10.1 KP RBT memaklumkan kerja pembersihan bengkel RBT telah dilakukan dengan bantuan pekerja
pembersihan sekolah. Guru-guru RBT telah bersedia untuk menerima murid menengah rendah pada sesi
persekolahan yang bermula 21 November 2021 nanti.
Makluman

4.10.2 Pengerusi memaklumkan kerja-kerja keceriaan sedang dilakukan oleh KP Pendidikan Seni Visual
yang baharu iaitu Pn. Nor Aziah bt. Abd. Rahman. Peralatan seperti meja dan kerusi akan diganti dan
disusun atur dengan yang baru bersesuaian dengan bilik PSV.
Makluman

4.10.3 KP Sains , Pn. Suzaiza bt. Ayob memaklumkan makmal boleh digunakan dan bersedia menerima
kehadiran murid bagi sesi penggal baru ini. Walau bagaimanapun, bagi makmal sains di Blok D masih

10

mempunyai masalah iaitu kipas angin tidak berfungsi dengan laju menyebabkan guru dan murid tidak
selesa untuk menjalankankan PdPc.
Makluman

4.11 Ujian, peperiksaan dan pentaksiran

4.11.1 PK Pentadbiran mengingatkan semua guru berkaitan Taklimat Pentaksiran Setara Standard kepada
Sekolah-sekolah Daerah Kota Setar tahun 2021 pada 14 November 2012. Taklimat tersebut berkaitan sesi
libat urus bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah berkaitan cadangan untuk melihat Tahap Penguasaan
murid Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021. Oleh itu,
semua sekolah diminta mengadakan Pentaksiran Setara Standard iaitu pentaksiran sumatif dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
setara standardnya dalam semua mata pelajaran setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah serta persekolahan secara penggiliran pada tahun 2021. Hal ini adalah untuk pihak sekolah
merancang catch-up plan yang sesuai untuk murid apabila mereka kembali ke sekolah pada Januari 2022
sebelum melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang seterusnya.

Tindakan dan makluman: Semua Guru Tingkatan 1- Tingkatan 4

4.11.2 Pengerusi menyampaikan pesanan dari tuan pengetua berkaitan Pentaksiran Setara Standard
seperti berikut:

• Guru yang menyediakan kertas soalan mestilah mengikut aras kesukaran iaitu 5:3:2
• JSU mesti disertakan sekali bersama kertas soalan semasa disemak oleh Guru Kanan.
• Kertas soalan yang disediakan mesti disemak oleh Guru Kanan
• JSU akan dikumpulkan oleh Guru Kanan untuk diserah kepada Pengetua.
• Penggubal soalan hendaklah sediakan dua salinan JSU

Tindakan: Semua Guru Penggubal Soalan

4.11.3 SU Peperiksaan Dalaman memaklumkan semua guru mata pelajaran perlu menyerahkan markah
kepada penyelaras tingkatan masing-masing. Markah peperiksaan akan dianalisis dan dijana oleh unit
peperiksaan.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

11

4.11.4 SU Peperiksaan Dalaman , Pn. Nur Syakirah bt. Shafie memaklumkan senarai penggubal soalan
pentaksiran setara sebagai rujukan Ketua Panitia telah disediakan seperti berikut:

BIL SUBJEK TINGKATAN 1 TI NGKATAN 2 TINGKATAN 3
Peperiksaan Setara Peperiksaan Peperiksaan
1 Bahasa Melayu
Standard Setara Standard Setara Standard
2 Matematik Ruzia Haniz bt. Mohd Abd Rahman b. Samsiah bt.
Isa Ahmad Dolmat
3 Sejarah Nor Harfiza bt. Omar Chia Nyok Yoon Nur Syakirah bt
Shafie
4 Geografi Mazliana bt Mokhtar Fathiiyah bt. Yusriyyah bt.
Hassan Ismail
5 Bahasa Inggeris Rosadah bt Saad Mazliana bt. Samsiah bt
Mokhtar Dolmat
6 Pend. Seni Nor Ardina bt. Abd. Raja Nur Hayati bt. Nur Hidyana bt.
Visual Rahman Raja Abdullah Zolhani
Muhamad Anuar b. Siti Rahayu bt. Mohamad Zamri
7 Sains Hamid Tarabus b. Mohd Shariff
Hafidzoh bt. Abd. Suzaiza bt. Ayob Siti Khadijah bt
8 PJK Hamid Idris
Ruzia Haniz bt. Mohd Nur Syahida bt. Baharuddin b.
9 Pendidikan Isa Mohamad Shariff Bakar
Islam Mohd Faizal b. Ismail Abd Manaf b. Noor Huwaidah
Khodip bt. Balki
10 ASK Nur Sakina bt. Mohd Nur Sakina bt. Rokiah bt. Mat
Mokhtar Mohd Mokhtar
11 RBT Ismail b. Ibrahim Shamsul Saliza bt. Mohamad Zamri
Azizan b. Mohd Shariff
12 Pendidikan Nor Faizah bt. Ayob Ruzia Haniz bt. Ruzia Haniz bt.
Moral Mohd Isa Mohd Isa
Chew Soon Yan Chew Soon Yan Chew Soon Yan
13 Bahasa Cina

Tindakan: Ketua Panitia dan Semua Guru Penggubal Soalan

12

4.12 Penggunaan SPBT

4.12.1 Penyelaras SPBT, Pn. Siti Rahayu Bt. Tarabus memaklumkan pihak sekolah akan menerima
Kunjung Bantu Pengurusan Bilik BOSS yang dijadualkan akan bermula pada 10 November hingga 9
Disember 2021. Oleh itu, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan dan dibantu oleh pekerja pembersihan
sekolah.
Makluman

4.12.2 Pn. Siti Rahayu Bt. Tarabus memaklumkan unit SPBT sedang menerima buku-buku teks untuk
kegunaan murid pada tahun 2022 mengikut jumlah pesanan yang telah dilakukan sebelum ini. Buku-buku
teks tersebut sudah mula diproses dan dikemaskini.
Makluman

4.12.3 Pn. Siti Rahayu Bt. Tarabus memaklumkan jadual kutipan buku teks tahun 2021 dan agihan semula
buku teks tahun 2022 akan dilakukan nanti sebelum berakhir sesi persekolahan penggal ketiga. Semua
murid akan dimaklumkan melalui guru tingkatan dan jadual akan dimaklumkan kelak.

Tindakan dan makluman: Semua Guru Tingkatan

4.13 Pusat Sumber Sekolah

4.13.1 Penyelaras Pusat Sumber Sekolah, Pn. Noor Huwaidah bt. Balki memaklumkan Bilik Media akan
di ubahsuai menjadi Bilik Studio dengan peruntukan dari PSS. Bilik Studio ini dihasilkan bagi memberi
peluang kepada guru dan murid untuk meneroka penggunaan alat rakaman dan dokumentasi dalam
medium baru yang lebih berkesan. Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan dan Bilik Studio tersebut
dijangka dapat beroperasi pada 2 Januari 2022.
Makluman

4.13.2 Pn. Noor Huwaidah bt. Balki memaklumkan pengoperasian PSS kepada semua murid pada 21
November 2021 akan bermula. Namun diingatkan guru dan murid yang menggunakan PSS hendaklah
mengikut peraturan penggunaan dan bersama -sama menjaga kebersihan. Guru mata pelajaran perlu
memantau dan bersama murid sepanjang penggunaan PSS.

Tindakan dan makluman: Semua Guru

13

4.14 Kelas Tambahan / Intervensi

4.14.1 PK Pentadbiran memaklumkan agar Ketua-ketua Panitia menyampaikan pesanan kepada guru-
guru tingkatan 5 yang ingin mengadakan kelas tambahan kepada murid sama ada selepas PdPc atau waktu
cuti sekolah. Guru-guru perlu memaklumkan kepada pihak sekolah dan mengisi borang maklumat seperti
yang telah dilakukan sebelum ini. Ini bagi tujuan rekod sekolah dan makluman sekiranya waris bertanya
kelak.

Tindakan dan makluman: Semua Ketua Panitia dan Guru-guru Tingkatan 5

4.15 Memelihara Masa Instruksional (MMI)
4.15.1 Guru-guru diingatkan agar memelihara masa instruksional samada dalam waktu BDR/PDPR /PdPc.
Masa terluang yang ada juga perlu diisi dengan perkara-perkara yang berkaitan seperti memeriksa buku
latihan murid, membuat persediaan mengajar dan lain-lain. Guru juga perlu menepati masa ke kelas
supaya murid tidak mengambil peluang keluar kelas dan mengganggu murid lain.
Makluman

AGENDA V HAL-HAL LAIN

5 .1 PK Pentadbiran memaklumkan berkaitan guru praktikum iaitu Cikgu Mohamad Firdaus b. Jahaya
yang akan tamat tempoh latihan di sekolah kita. Jadual waktu bagi mata pelajaran Geografi dan PJK
yang diambil alih oleh Cikgu Mohamad Firdaus b. Jahaya nanti akan direliefkan kerana tiada guru
pengganti.
Makluman

5.2 Pengerusi menyampaikan amanat pengetua berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah pada
21.11.2021. Semua guru tingkatan 1 hingga 4 perlu menyenaraikan dan menyerahkan nama murid kepada
penyelaras tingkatan masing-masing mengikut penggiliran seperti yang diarahkan oleh KPM. Diminta
semua guru tingkatan bersedia dengan SOP dan menyampaikan pesanan kepada murid dalam group
whatsapp kelas masing-masing jadual penggiliran tersebut supaya waris/ibubapa dapat menghantar dan
membawa pulang anak masing-masing mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Tindakan dan makluman: Semua Guru Tingkatan 1- Tingkatan 4

14

5.3 Guru-guru perlu memantau dan peka tahap kesihatan murid di dalam kelas. Guru perlu mengingatkan
murid untuk membuat saringan kendiri Covid-19 menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 sekiranya
terdapat murid yang bergejala.
Makluman

5.4 Pengerusi memaklumkan data berkaitan PAJSK murid akan diperoleh melalui SU Kokorikulum dan
perbincangan lanjut akan dilakukan oleh PK Pentadbiran.
Makluman

5.5 Ustazah Nur Afrah binti Muhamad Shukri memaklumkan satu taklimat ringkas akan diberikan kepada
murid tingkatan 5 berkaitan pelaksanaan Ujian UTQH. Mohon murid diberi pelepasan pada waktu pertama
pada hari tersebut.
Makluman

5.6 Pengerusi melahirkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh guru- guru.

Membuat ucapan penangguhan dengan mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan perhatian semua
ahli dalam mesyuarat ini. Semoga guru-guru dapat berusaha dengan lebih baik demi kebaikan dan
kecemerlangan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 04.45 petang dan akan dibawa ke tarikh yang akan dimaklumkan
kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________ _________________
(HARISON BINTI AZIZ) ( SAZALI BIN ABDULLAH )
Setiausaha Unit Kurikulum
Guru Kanan Kemanusiaan
SMK Seri Pantai. SMK Seri Pantai.

sk. Fail Kurikulum

15

16

17


Click to View FlipBook Version