The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Tulisan Khat Dan Jenis-jenis Tulisan Khat
Nur Amirah Balqis binti Bukhari
Bahasa Melayu 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 987-2-amirah, 2023-04-19 07:04:26

BMMB 1114 Tugasan 4

Sejarah Tulisan Khat Dan Jenis-jenis Tulisan Khat
Nur Amirah Balqis binti Bukhari
Bahasa Melayu 3

Sejarah Dan Jenis-jenis Tulisan Khat


Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, khat bermaksud tulisan tangan yang cantik dan dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas. Seni kaligrafi Islam atau seni khat merupakan satu seni penulisan yang indah dan halus. Tulisan khat ini menggunakan aksara Arab dan berkembang sejajar dengan perkembangan Islam. Perkembangan kaligrafi Islam ini melalui perubahan dari semasa ke semasa tetapi tidak menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Tulisan khat bukan sahaja mempunyai sejarah tersendiri malah terdapat pelbagai jenis tulisan khat.


TulisanKhat Sejarah


Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Afrika, Eropah, Hindi, China dan Asia Tenggara telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Pada mulanya, tulisan Arab dan seni khat menjadi tulisan utama bangsa Arab tetapi lama-kelamaan, tulisan dan perkataan Arab ini turut mempengaruhi masyarakat setempat selari dengan penyebaran agama Islam. Contohnya dapat dilihat daripada perkembangan Islam ke wilayah utara Afrika. Terdapat bangsa Maghribi di sini. Oleh itu, mereka telah memperkenalkan sejenis gaya khat iaitu Khat Kufi Maghribiy yang sama seperti bentuk Khat Kufi. Seterusnya, bangsa Turki, Parsi dan Hindi juga telah menggunakan aksara Arab dalam penulisan bagi bahasa masing-masing. Perkara ini telah mendorong kepada penggunaan seni Khat Parsi atau Nasta'liq. Jelaslah di sini bahawa perkembangan Islam bukan sekadar menjadi agama dalam kalangan masyarakat tetapi telah berlaku migrasi budaya melalui bahasa, adat dan penulisan.


Pada awal perkembangan seni khat, alat untuk menulis khat dihasilkan daripada sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan dakwat hitam sebelum ditulis pada kertas yang diperbuat daripada kepingan kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun papirus. Masyarakat di alam Melayu pula menggunakan batang pokok resam sebagai alat utama untuk menulis khat. Alat ini digunakan dengan cara meniruskan hujung batang dan dicelup ke dalam dakwat sebelum menulis tulisan khat pada kertas. Alatan yang digunakan untuk menulis tulisan khat ini telah mengalami perubahan selari dengan perkembangan zaman. Kini, tulisan khat boleh ditulis hanya dengan menggunakan pen atau pensel khas disediakan untuk menulis khat. Tambahan pula, tulisan khat bukan sahaja hanya terlakar dalam sekeping kertas tetapi turut dijadikan sebagai hiasan serta diukir pada mimbar masjid. Semua perubahan yang berlaku terhadap tulisan khat tetap mengekalkan konteks keislaman dalam penulisannya.


Asas seni khat yang digunakan pada awalnya ialah Khat Kufi. Terdapat pelbagai gaya khat yang telah dihasilkan bagi mengindahkan lagi seni khat (Tohir, 1939). Terdapat pelbagai tujuan dalam penggunaan seni khat. Antaranya ialah sebagai tulisan rahsia kerajaan Turki bagi menyampaikan maklumat rahsia dalam kerajaan. Perkembangan seni khat telah membawa sebuah tamadun Islam yang hebat di Nusantara. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian penggunaan tulisan khat dalam kalangan masyarakat. Tulisan khat ini bukan sahaja dijadikan sebagai seni hiasan tetapi telah berkembang sebagai medium pengdokumentasian pengajian Islam dan salasilah bagi sesebuah kesultanan (Yusri el al., 2017).


TulisanKhat Jenis-jenis


1 Khat Nasakh Khat Nasakh diasaskan oleh Ali bin Muqlah. Beliau lebih dikenali sebagai Ibnu Muqlah dan merupakan seorang menteri dari kerajaan Abbasiah. Beliau telah memperhaluskan kaedah penulisan ini bersama saudaranya Abdullah. Khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan alQuran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi.


Terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa punca khat ini dinamakan Khat Nasakh adalah disebabkan peranannya menasakhkan iaitu menghapuskan atau menggantikan penggunaan Khat Kufi dalam penulisan al-Quran. Khat Nasakh juga dikatakan berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Perkembangan ini bermula dari Khat Arami dan Khat Nabati yang kemudiannya dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum melalui beberapa proses penambahbaikan untuk menghasilkan Khat Nasakh. Khat Nasakh merupakan khat yang paling asas untuk diajarkan di sekolah kerana lebih mudah ditulis dan dibaca. Ciri-ciri bagi Khat Nasakh ialah ditulis dengan saiz yang kecil iaitu kebiasaannya 1 mm, mempunyai baris tanpa hiasan yang rumit dan mudah dibaca.


2 Khat Thuluth Thuluth bermaksud satu pertiga. Khat ini dinamakan sebagai Khat Thuluth disebabkan cara penulisannya. Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang mempunyai lebar berukuran satu pertiga. Bentuk Thuluth yang menggunakan mata pena dengan kelebaran melebihi 6mm dikenali sebagai Thuluth Jali manakala yang melebihi 2mm dikenali sebagai Thuluth Aadi. Kaedah penulisan ini telah diperkenalkan oleh Ibrahim al-Sajzi.


Khat ini juga dikenali sebagai 'Raja Khat' dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana menggunakan pelbagai kaedah dan agak rumit seta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Khat ini dikenali dengan tulisan yang cantik kerana tidak ditulis secepat Khat Nasakh. Penulisan ini biasanya digunakan untuk tujuan seni yang khusus seperti seni hiasan dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Keistimewaan Khat Thuluth adalah disebabkan strukturnya yang cantik dan pelbagai seperti bulat, segi empat, bujur dan sebagainya. Ciri-ciri bagi Khat Thuluth ialah mempunyai banyak hiasan yang padat, cara penulisan bagi huruf Alif, Lam dan Kaf mempunyai kepala iaitu tarwis dan hurufnya lebih besar dari Nasakh.


3 Khat Diwani Khat Diwani telah diasaskan oleh Ibrahim Munif. Khat ini dinamakan Diwani disebabkan penggunaannya di dewan sultan. Khat Diwani terbahagi kepada dua iaitu Diwani Jali dan Diwani Himayuni. Khat Diwani Jali telah diperkenalkan semasa zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Tujuan penggunannya adalah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.


Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Seterusnya, Khat Diwani Jali pula terbahagi kepada 3 jenis iaitu Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni dan Diwani Jali Zauraq. Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan hiasan dengan teratur manakala Khat Diwani Jali Hamayuni pula digunakan untuk menulis titah sultan. Yang terakhir ialah Khat Diwani Jali Zauraq yang dipengaruhi oleh seni lukis dengan menulis ayat sehingga menghasilkan bentuk seakan-akan perahu. Ciri-ciri bagi Khat Diwani ialah mempunyai huruf condong dan membulat, tidak mempunyai baris dan hiasan. Tulisan khat ini agak susah dibaca iaitu bersesuaian dengan tujuan penciptaannya sebagai tulisan maklumat rahsia.


4 Khat Kufi Khat Kufi merupakan antara khat yang popular disebabkan khat ini merupakan khat yang terawal diperkenalkan. Nama khat ini berasal daripada nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang juga merupakan tempat khat ini dimasyhurkan. Terdapat empat jenis Khat Kufi iaitu Kufi Kuno, Kufi Fatimi, Kufi Empat Segi (Murabba) dan Kufi Moden. Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab dan pada mulanya dijadikan sebagai tulisan dalam al-Quran.


Bentuk Khat Kufi telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan yang menjalar. Tambahan pula, huruf-huruf tunggal Khat Kufi daripada alif sehingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks. Seterusnya, ciri-ciri Khat Kufi ialah hurufnya berbentuk keras dan lurus, tidak berbaris dan lebar serta ditulis dengan perkiraan matematik. Bentuknya yang berunsur geometri ini amat sesuai untuk diukir pada mozek, jubin dan batu sebagai hiasan pada bangunan seperti masjid. Akhir sekali, kaedah penulisan khat ini perlu menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis.


5 Khat Farisi Khat Farisi dikenali juga dengan nama Nasta'liq iaitu merupakan gabungan daripada Naskh dan Ta'liq. Kaedah penulisan ini bermula daripada masyarakat Iran yang menggunakan khat Bahlawi. Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi, tulisan Bahlawi telah ditukar kepada tulisan Arab dan dinamakan sebagai khat Ta'liq. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa kaedah tulisan ini berasal daripada khat al-Tahrir, khat Riq'ah dan khat Thuluth.


Khat Farisi telah diasaskan oleh Mir Al Tabrizi. Khat ini telah digunakan secara meluas di Iran, India dan Pakistan untuk penulisan al-Quran, buku, tajuk dan tanda nama jalan. Ciri-ciri bagi Khat Farisi ialah khat ini ditulis secara condong ke kanan, titiknya pula hanya separuh segi dan tiada tanda baca serta hiasan. Oleh itu, ciri keindahan bagi Khat Farisi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan memanjang. Antara penulis khat yang terkenal dalam menghasilakan khat menggunakan kaedah ini ialah Imaduddin al-Syirazi dan Muhammad As'ad al-Yasari.


Riq'ah bermaksud cebisan kertas. Khat Riq'ah merupakan kaedah penulisan yang berkembang daripada khat Nasakh dan khat Thuluth. Khat ini diasaskan oleh Mumtaz Bik semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada mulanya, Khat Riq'ah digunakan bertujuan untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Kini kaedah penulisan ini juga digunakan untuk menulis nota dan buku. 6 Khat Riq'ah


Ciri-ciri bagi Khat Riq'ah ialah berbentuk ringkas, kecil, lurus dan pendek. Titiknya pula hanya separuh segi, tiada tanda bacaan dan jelas serta mudah dibaca. Khat ini juga ditulis secara menegak yang menyebabkannya tulisannya lebih jelas dan mudah dibaca. Kaedah penulisan ini telah disempurnakan oleh Syiekh Hamdullah al-Amasi. Antara tokoh yang terlibat dengan kaedah Khat Riq'ah ialah Syiekh Muhammad Badawi Darani dan Abu Raqim Hasyim bin Muhammad al-Qaisi al-Baghdadi.


Rujukan Noresah Baharom (2021). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Yusri Musa, Ilham Zakaria, Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2017). Sejarah Perkembangan Seni Khat dan Pengaruhnya Terhadap Tulisan Jawi di Nusantara. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 18(1). 30-42. DQue. (2012, Jun 28). Seni Khat [PowerPoint slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/Sliderz09/seni-khat Firdaus Mahadi. (2008, Julai 11). Khat Thuluth. Callidesign. https://callidesign.blogspot.com/2008/07/khatthuluth.html Seni Khat Dan Kaligrafi [@SeniKhat&Kaligrafi]. (2015, Mac 21). Pengenalan Khat Nasakh [Facebook]. Facebook. https://www.facebook.com/681739281935291/posts/p engenalan-khat-nasakhkhat-nasakh-merupakan-satukaedah-penulisan-khat-yang-pali/692241687551717/


Sekian, terimakasih.


Click to View FlipBook Version