Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi
Disediakan oleh :
Muhammad Hafizuddin Haziq Bin Azrul
Nama : Muhammad Hafizzuddin
Haziq Bin Azrul
Umur : 11 Tahun
Tarikh Lahir : 27 April 2011
Alamat : Rs 11, Jalan Dato’ Haji
Hassan, 84000 Muar.
Johor.
Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi
Alamat Sekolah :
889, Jalan Temenggong Ahmad,
84000, Muar,
Johor
Kod Sekolah : JBA5032
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, besyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmatnya serta nikmat masa , nyawa tenaga yang dianugerahkan
kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada cikgu tercinta saya, Cikgu Rasyidi Bin Alias
dan Cikgu Adura Binti Paimin kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya sokongan
untuk menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan
– rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya
telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya utarakan kepada meraka.
Akhir madah , saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
pembikinan kerja krusus ini.Terima kasih.
1 BIODATA PESERTA
2 PENGHARGAAN
3 SENARAI KANDUNGAN
4 PENDAHULUAN
5 BIODATA TOKOH
6 KELEBIHAN TOKOH
7 KERJAYA TOKOH DALAM POLITIK
8 JASA DAN SUMBANGAN
9 PENUTUP DAN RUJUKAN
PENDAHULUAN
“KITA SEMUA ADALAH RAKYAT MALAYSIA DAN
KEMERDEKAAN INILAH YANG MENYATUKAN KITA.
INGATKAN BAHAWA TOLERANSI ADALAH KEKUATAN
KITA SEBAGAI RAKYAT DAN BANGSA.”
Saya memilih tokoh ini kerana beliau merupakan seorang tokoh
sejarah yang menjadi pemangkin dan pencetus yang telah membawa
Malaysia kepada sebuah negara yang berdaulat di bawah naungan
kibaran Jalur Gemilang. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, suatu
nama yang tidak asing lagi bagi semua rakyat Malaysia. Namun begitu,
dengan hanya mengenali nama insan hebat ini sahaja tidak mencukupi
untuk melahirkan rasa cina akan negara yang utuh.
Oleh itu, saya dengan penuh rasa hormat ingin menyampaikan
kisah tentang beliau agar kita semua dapat menelusuri dengan lebih
mendalam tentang tokoh yang amat hebat ini. Kissah dan personality
beliau amatlah menarik dan wajar dicontohi oleh generasi muda
supaya kita dapat melahirkan masyarakat yang lebih maju dan berjaya
di persada dunia.
BIODATA TOKOH
Maklumat diri Keluarga
Nama penuh : Tunku Abdul Rahman ➢ Mempunyai 7 orang anak (4
Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan orang anak kandung dan 3 orang
Abdul Hamid Shah anak angkat)
Tarikh lahir : 8 Februari 1903 Maklumat diri
Nama penuh : Tunku Abdul Rahman
Tempat lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan
Setar, Kedah. Abdul Hamid Shah
Tarikh lahir : 8 Februari 1903
Meninggal dunia : 6 Desember 1990 Tempat lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor
Setar, Kedah.
Fakta menarik
➢ Beliau fasih berbahasa siam
➢ Beliau pernah berkahwin
sebanyak 4 kali
➢ Anak ke 10 Sultan Kedah
Latar belakang pendidikan
➢ 1909 -SR Melayu di Jalan Bahru, Alor Setar.
➢ 1913 – Sekolah debsurin
➢ 1915 – Peneng Free School
➢ 1918 – Kolej St Catharine di university Cambridge
➢ 1927 – Universiti Cambridge
➢ 1930 – kolej Inner Tample
KELEBIHAN TOKOH
BERANI MENEGAKKAN
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di
Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima
pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika
itu, Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid
('kulit berwarna') masih diamalkan. Beliau sedar bahawa dasar tersebut bersifat
diskriminasi perkauman yang amat zalim. Sewajarnya, kita tidak boleh menilai
dan memperlakukan individu yang berlainan warna kulit,bangsa, jantina
mahupun agama dengan perihal yang sedemikian. Oleh itu, beliau mengambil
keputusan untuk membantah kepada William Peel iaitu Penasihat British Negeri
Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksameminta maaf atas kesalahannya.
DISAYANGI RAKYAT
Tengku Razaleigh pernah berkata bahawa gaya kepemimpinan Tunku
sentiasa mendahulukan rakyat, contohnya, beliau tidak suka kepada peperangan
dan menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan, antaranya ialah rundingan
dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng di Baling, Kedah
pada 1955, sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. “Walaupun rundingan
antara Tunku dan Chin Peng itu gagal, Tunku berjaya memenangi hati rakyat
seterusnya mendapat sokongan kuat daripada rakyat yang mendorongnya
melakukan rundingan dengan pihak British untuk kemerdekaan Malaysia,”
katanya.
FASIH DALAM BAHASA SIAM
Bondanya Cik Menyelara, merupakan seorang isteri kepada Sultan Abdul
Hamid. Ibundanya yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang
Naraborirak (Kleb), iaitu seorang pegawai daerah Thailand. Disebabkan beliau
dibesarkan bersama ibu yang tercinta di istana, maka beliau fasih dalam
berbahasa siam. Beliau selalu bertutur dengan ibunya dalam bahasa Siam
semasa berada di kediamannya.
KERJAYA POLITIK
1949 : Dilantik sebagai Pengawai 1951 : Dilantik menjadi Presiden
Undang – Undang Alor Setar, UMNO setelah Dato Onn Jaafar
kemudian beliau menjadi Timbalan meletak jawatan.
Pendakwaraya dan seterusnya
1955 : Menjadi Ketua Menteri
menjadi Yang Dipertua Mahkamah Tanah Melayu yang pertama
aseksyen
1953: Berperanan penting dalam
pembentukan Parti Perikatan
(UMNO -MCA) yang
bermatlamatkan kemerdekaan
Tanah Melayu.
1956 : Berjaya mempengaruhi 1957 : Mengistiharkan
Kerajaan British untuk Kemerdekaan Tanah Melayu pada
memerdekakan Tanah Melayu. 31 ogos
1963 : Berperanan penting dalam
membentuk Malaysia iaitu
gabungan Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Borneo
Utara (Sabah)
JASA DAN SUMBANGAN
KEMERDEKAAN ➢ Menjadi Ketua Parti Perikatan dan Berjaya membuktikan kepada
Kerajaan British yang Tanah Melayu boleh bekerjasama dan hidup
harmoni walaupun berbilang kaum
➢ Berjaya dalam rundingan memerdekakan Tanah Melayu dan seterusnya
turut membantu Singapura, Sarawak dan sabah mencapai kemerdekaan
dan seterusnyamembentuk Malaysia.
AGAMA ➢ Menjadi agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
➢ Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan
untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru
sebagai seorang Muslim.
➢ Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama
SUKAN ➢ Berpendapat yang sukan boleh membentuk perpaduan social di
NEGARA
kalangan kaum.
➢ Menjadi Presinden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan memperkenalkan
Pertandingan bawah 18tahun seperti Piala FAM dan Piala Rahman
PENUTUP
Tunku ialah seorang yang istimewa dilahirkan untuk memimpin
manusia dalam keadaan yang mencabar seperti di Malaysia. Pemimpin-
pemimpin yang luas pengetahuan akademiknya ataupun petah
bercakap belum tentu dapat mengemudikan negara ini di celah liku-
liku perkauman yang mengkehendaki kebijaksanaan dan kesabaran
yang tinggi .Tunku tidak ada ilmu yang banyak, tetapi peribadinya
memupuk satu rasa keyakinan pada orang-orang yang
mendampinginya. Tunku telah banyak berkorban untuk negara.
Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya
diatasi dengan cekal dan tabah. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah
membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang
berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai
perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar
ditandingi.
Saya berharap agar beliau menjadi modal insan bagi semua
lapisan masyarakat kerana sikap beliau yang amat murni ini sebenarnya
merupakan kunci kepada kejayaan. Saya juga turut berdoa supaya
perjuangan beliau untuk memberikan kebebasan kepada Malaysia tidak
dipersia-siakan.
RUJUKAN
1. Buku Teks Sejarah Tahun 5 2.https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
2. https://umno-online.my/presiden/tunku/ 3.Buku Rujukan Sasbadi Sejarah Tahun 5