CARTA ALIR PELAKSANAAN ADMS
Mula
Pra-penerbangan: memasang bahan pembunuh
jentik-jentik pada ADMS dan memastikan ADMS
bersedia untuk misi yang hendak dijalankan.
Penerbangan misi penerbangan ADMS ke kawasan
wabak denggi menggunakan perisian Mission
Planner pada komputer riba untuk misi yang
hendak dijalankan.
Penerbangan ADMS secara autonomous ke
kawasan wabak denggi sambil merekodkan
imej ke dalam SD card.
Sebaik ADMS mendarat, imej pada SD card
dipindahkan kepada komputer riba
u3D untuk penjanaan peta.
Pengecaman kawasan berpotensi tempat
pembiakan Aedes melalui analisis peta 3D.
Koordinat x,y dan z bagi setiap tempat
dikenal pasti dan direkod.
Penerbangan ADMS ke lokasi x, y, z yang
dikenal pasti.
Perlepasan bunjut bahan pembunuh
jentik-jentik dan pemeriksaan ketepatan jatuhan
bahan pembunuh jentik-jentik.
ADMS kembali ke tempat asal dan bersedia
untuk misi seterusnya.
Selesai
49
TERENGGANU
COMBI TAMAN PERUMAHAN LEMBAH BIDONG, SETIU
KEMANGI SETERUKU
• Daun Kemangi (Ocimum basilicum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Lamiaceae yang
digunakan untuk tujuan perubatan dan penghasilan ekstrak minyak.
• Daun Kemangi mengandungi asid sitrik dan flavonoid yang berguna untuk mengganggu sistem
pernafasan dan membunuh nyamuk.
• Daun Kemangi ini juga memiliki aroma kuat yang dapat mengusir nyamuk.
• Pokok Kemangi diletakkan di depan setiap rumah di perumahan Taman Lembah Bidong.
50
Kegunaan Pokok Kemangi
Pokok Kemangi perlu digunting Daun Kemangi digumpal dan
untuk mengeluarkan bau (asid sitrik dilumurkan ke anggota badan
dan flavonoid) bagi mengganggu sebagai repelan untuk
sistem pernafasan nyamuk
mengelakkan gigitan nyamuk
• Pokok Kemangi ditanam di perkarangan setiap rumah.
• Kemangi juga boleh disapu ke seluruh badan menjadi repelan.
51
PAHANG
COMBI FELDA LURAH BILUT, BENTONG
MYMAT ® SUPERHERO
MyMAT® 1. Meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pengecaman nyamuk dewasa.
2. Memberi amaran awal kepada penduduk terdapat pembiakan nyamuk Aedes dari
MyMAT® yang positif.
3. Sebagai alat intervensi mengawal populasi nyamuk Aedes.
4. Menjalankan aktiviti gotong–royong yang berkesan melalui input data kehadiran
nyamuk Aedes dewasa pada MyMAT®.
KAEDAH PELAKSANAAN:
• 260 unit MyMAT® dipasang.
• Pemeriksaan kehadiran nyamuk dewasa yang terperangkap pada MyMAT® dijalankan secara bulanan
oleh sukarelawan COMBI & Komuniti.
• Taburan MyMAT® dibahagi kepada 5 zon bagi memudahkan pengumpulan data di mana setiap zon
mempunyai ketua.
• Berdasarkan data yang dikumpul, aktiviti cari dan musnah serta gotong-royong dijalankan di sekitar 50m
radius dari MyMAT® positif.
Hasil Penggunaan:
• Projek ini berjaya memberi impak kepada sukarelawan COMBI dan penduduk FELDA Lurah Bilut di mana
sukarelawan COMBI Felda Lurah Bilut boleh membezakan nyamuk dewasa mengikut genus.
• Data bulanan MyMAT® telah membantu sukarelawan COMBI dan komuniti dalam merancang aktiviti
gotong-royong dan pemusnahan tempat pembiakan secara berkesan sekaligus dapat menurunkan
populasi nyamuk Aedes.
MyMAT® mampu menjadi sebagai alat intervensi bagi pengesanan awal tempat pembiakan dan mengawal
populasi nyamuk Aedes sekaligus dapat mengelakkan jangkitan demam denggi dalam kalangan komuniti.
Kerjasama antara sukarelawan COMBI dan komuniti amatlah penting bagi memastikan projek ini berjaya.
52
1. Ciri - ciri Inovasi
Malaysian Mosquito Autocidal Trap (MyMAT®) merupakan peralatan untuk memerangkap dan
membunuh nyamuk dewasa yang gravid (bersedia untuk bertelur) serta mampu membunuh
larva Aedes. Komponen bagi setiap unit MyMAT® terdiri daripada:
• Bekas air 600ml
• Gelang berpelekat
• Corong bertapis
• Pelampung berjaring halus
• Sachet 30mg Bti (agen pembunuh jejentik)
• Penutup bertangkai
• Manual cara penggunaan MyMAT®
2. Cara MyMat® beroperasi
• Nyamuk Aedes akan terbang mencari air jernih yang bertakung untuk bertelur, minum atau berehat.
• Nyamuk akan terperangkap pada permukaan melekit apabila cuba mendekati permukaan air yang
terdapat di tengah-tengah gelang melekit.
• Aktiviti di dalam air juga akan menghasilkan CO2 menarik kedatangan nyamuk dewasa ke arah perangkap.
• Nyamuk akan terus melekat di situ dan mati. Nyamuk tersebut akan menarik nyamuk-nyamuk lain
untuk datang berkumpul dan terperangkap di dalam MyMAT®.
53
KELANTAN
COMBI MRSM PENGKALAN CHEPA
KAWALAN EFEKTIF ANTI VEKTOR (KEAV 19)
• Projek Inovasi Kawalan Efektif Anti Vektor (KEAV 2019) ini direka cipta daripada bahan-bahan buangan.
• Projek direka berdasarkan pemerhatian dan kajian mengikut situasi lokaliti dan masalah setempat.
• Projek ini dapat mengurangkan kadar bilangan nyamuk di lokaliti.
• Apabila bilangan nyamuk dilihat melebihi daripada 5 ekor, sukarelawan COMBI akan mengadakan aktiviti
Cari & Musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan sekitar dalam lingkungan 200 meter
radius.
Kos/ bajet projek
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN ANGGARAN KOS (RM)
Botol Plastik (1.5 liter) 2.00
Kipas Plastik 1.00
Motor DC 3.00
Wayar 1.00
Pita Pelekat 1.00
LED 1.00
Bateri (Sel Kering) 2.00
TOTAL 11.00
KEAV 19 lebih kos efektif berbandingkan dengan penggunaan aerosol/ Ridsect.
54
Cara penggunaan yang mudah dan efisien
• Alat diletakkan di tempat yang mempunyai populasi nyamuk yang tinggi contohnya bilik asrama
(di tempat yang gelap) selama lebih kurang 8 jam (11.00 malam - 7.00 pagi).
• Pencerapan dibuat untuk mendapatkan bilangan nyamuk yang mati dan terperangkap dalam alat itu.
• Proses yang sama akan dilaksana setiap hari selama seminggu untuk mendapatkan kadar
bilangan/ populasi nyamuk di tempat itu.
Gotong-royong dijalankan di lokaliti sekitar
55
NEGERI SEMBILAN
COMBI TAMAN DESA ORKID
SKUAD JUNIOR COMBI TDO
• SKUAD JUNIOR COMBI TDO dianggotai seramai 27 orang kanak-kanak yang berumur 9 hingga
15 tahun.
• Skuad ini telah dilancarkan secara rasminya pada 18 Mac 2018 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Paroi, Negeri Sembilan.
• Merupakan ejen dalam menambahbaik perkhidmatan pasukan promoter COMBI Taman Desa Orkid.
• Menaikkan imej COMBI dalam komuniti setempat.
• Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai amalan pencegahan dan bahaya demam
denggi.
• Melatih kanak-kanak lain dan menjadi pelapis kepada promoter COMBI sedia ada.
Ejen pengedaran borang kaji selidik kepada
penduduk Taman Desa Orkid untuk menilai
kefahaman penduduk dan hasilnya digunakan
sebagai langkah penambahbaikan kepada
pendekatan yang diguna pakai oleh promoter
COMBI.
Peranan
Menyampaikan mesej COMBI kepada Menjalankan rutin mingguan iaitu lawatan
komuniti kerana mesej yang disampaikan oleh ke rumah penduduk bersama-sama pasukan
Skuad Junior COMBI lebih berbentuk santai COMBI yang lain.
dan mudah difahami.
56
57
PERLIS
COMBI KAMPUNG SENTUA
LILIN LANTANA CAMARA
• Lilin Lantana Camara adalah inovasi penghalau nyamuk Aedes berasaskan bahan semula jadi iaitu pokok
Bunga Tahi Ayam.
• Komuniti dapat menggunakan sebagai gantian aerosol beracun/ kimia serta mampu menghalau nyamuk
Aedes.
HASIL INOVASI
01 Efisien kerana tidak mengandungi bahan beracun
atau kimia yang memberi kesan kepada kesihatan
pengguna. Mampu mengubah amalan komuniti
yang enggan menggunakan aerosol beracun/
kimia di dalam pasaran.
Menjimatkan masa dari segi penggunaannya yang 02
mampu bertahan untuk 2 jam 30 minit untuk satu
bekas yang dinyalakan.
03 Kos lebih murah kerana menggunakan bahan
semula jadi yang mudah didapati.
Tiada kes denggi yang berlaku selepas Lilin 04
Lantana Camara diperkenal dan digunakan
secara meluas.
58
59
60
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia 2019