The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ALIS AISYA BINTI MD HUSIN IPG-Pelajar, 2024-03-25 21:21:22

MALANG SI BELANG

BUKU CERITA KANAK-KANAK

Keywords: Kanak-kanak

MALANG SI BELANG MALANG SI BELANG MUHAMMAD HIZAMIE HAZIM BIN ZAIDOL


Pada zaman dahulu, terdapat sebuah hutan yang sangat besar. Di dalam hutan itu, terdapat banyak binatang seperti kancil, gajah, monyet, ular, beruang dan yang lain. 1


Namun, terdapat juga seekor harimau penguasa rimba yang bernama Si Belang. Si Belang sangat ditakuti oleh semua binatang dengan ngaumannya. Kehadiran Si Belang amat digeruni oleh binatang lain menyebabkan kehidupan di hutan menjadi kacau bilau. 2


Pada suatu hari, ketika Si Belang sedang berburu di hutan, Si Belang terperangkap di dalam sebuah lubang yang sangat dalam dan curam. Si Belang berusaha untuk keluar dari lubang tersebut tetapi usahanya sia-sia. Si Belang menangis kerana ketakutan dan berharap ada yang membantunya. 3


Seekor kancil yang bernama Si Cilik mendengar suara tangisan. Si Cilik mencari suara tangisan tersebut. “Oh, kau rupanya Belang!” kata Cilik kepada Belang. “Kenapa kamu terjatuh di dalam lubang ini?” tanya Cilik. “Aku terjatuh ketika hendak memburu” jawab Si Belang. 4


Si Belang meminta pertolongan Si Cilik untuk membantunya keluar dari lubang itu. Si Cilik berfikir sama ada dia hendak menolong Si Belang atau tidak kerana Si Belang selalu mengganggu binatangbinatang yang ada dalam hutan. 5


“Aku tidak akan menolong kau Belang kerana kamu selalu mengganggu binatang-binatang di dalam hutan ini.” tegas Si Cilik. “Aku berjanji, aku tidak akan mengganggu binatang-binatang dalam hutan ini lagi.” kata Si Belang kepada Si Cilik. 6


Si Cilik berasa kasihan akan nasib Si Belang. Akhirnya, Si Cilik membantu Si Belang. Si Cilik memanggil kesemua binatang di dalam hutan. Mereka mencari tali untuk menarik Si Belang keluar dari lubang. 7


Si Cilik dan rakan-rakan binatang yang lain melemparkan tali ke dalam lubang untuk menarik Si Belang keluar. Mereka bekerjasama menarik Si Belang keluar dari lubang tersebut. 8


Setelah mereka bersatu padu dan bekerjasama, Si Belang berjaya dikeluarkan dengan bantuan binatang lain. Si Belang berterima kasih dan berjanji tidak akan mengganggu mereka lagi. Akhirnya, kesemua penghuni rimba menjadi sahabat. Hutan yang penuh kacau bilau ini menjadi aman dan harmoni. 9


Click to View FlipBook Version