The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KELANA SISWA TUGASAN INDIVIDU E-BOOK MAZURA BINTI MOKHTAR (D20202096683) 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazumokhtar, 2023-12-27 02:10:21

KELANA SISWA TUGASAN INDIVIDU E-BOOK MAZURA BINTI MOKHTAR (D20202096683) 1

KELANA SISWA TUGASAN INDIVIDU E-BOOK MAZURA BINTI MOKHTAR (D20202096683) 1

NAMA : MAZURA BINTI MOKHTAR MATRIK : D20202096683 KURSUS : KELANA SISWA (CUC2011) KUMPULAN A E-BOOK KELANA SISWA


ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN HALAMAN 1.0 Biodata Diri 3 2.0 Sejarah Pengakap Dunia 5 3.0 Sejarah Pengakap Malaysia 9 4.0 Persetiaan Pengakap 17 5.0 Undang-undang Pengakap 19 6.0 Pengenalan Pengakap Kelana 21 7.0 8 Lencana Pengakap Kelana 31 8.0 Ikatan Asas 46


1.0 BIODATA DIRI


BIODATA DIRI NAMA PENUH : MAZURA BINTI MOKHTAR FAKULTI : FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA AMBILAN : SEMESTER 2 SESI 2020/2021 NO. KAD PENGENALAN : 810822-08-6478 ANGKA GILIRAN : D20202096683 TARIKH LAHIR : 22 OGOS 1981 TEMPAT LAHIR : ALOR PONGSU, BAGAN SERAI PERAK. ALAMAT SURAT MENYURAT : NO.17 JALAN KP22, TAMAN KRUBONG PERDANA 75260 MELAKA. NO. TEL : 019-6309889 ALAMAT E-MAIL : [email protected] [email protected]


2.0 SEJARAH PENGAKAP DUNIA


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Robert Stephenson Smyth BadenBIODATA BP Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan: BP Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir: London, England Pendidikan Awal: Charter House, London Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia: 8 Januari 1941


Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.


Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. BadenPowell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.


3.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA


SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai “Father of Malayan Scouting”. Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut: 1913 – Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan 1915 – Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School 1915 – Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).


1922 – Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield 1926 – Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar 1926 – Melaka, oleh R. Brunstone 1926 – Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith 1926 – Selangor, oleh Ameen Akbar 1927 – Terengganu, oleh A.J. Gracle 1927 – Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong 1928 – Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar). 1931 – Perlis, oleh Bird dan Roger Smith. Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap T. Melayu, menjadi ahli dlm Persidangan Pengakap Sedunia. Tahun 1952 - pembukaan Kem Kok Keli. Tahun 1953 - Kem Kijang dibuka. Tahun 1957 - menjadi anggota penuh kepada persidangan pengakap sedunia. 1963 (penubuhan Malaysia), P’sekutuan Budak-Budak Pengakap T. Melayu ditukar kpd Persekutuan Pengakap Malaysia. Tahun 1964 - ditubuhkan Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia (T.Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak). Ogos 1965 - Singapura berpisah dari Malaysia. Tahun 1967 - Jambori pengakap pertama di P.Pinang. Tahun 1971 - Jambori pengakap kedua di Melaka.


Tahun 1975 - Jambori pengakap ketiga di Johor. 1979 - Jambori pengakap keempat di Sabah. 1982 - Jambori pengakap kelima di Kota Bahru, Kelantan. 1985 - Jambori pengakap keenam di Semambu, Kuantan, Pahang. 1992 - Jambori pengakap ketujuh di Tambunan, Sabah. 1997 - Jambori Pengakap kelapan Asia Pasifik diadakan di Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Pendftaran - Di bawah Akta Pa rlimen No.38 tahun 1968 tertakluk di bawah Akta No. 143 pindaan 1974. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung, (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak bermaksud 3 Persetiaan Pengkap, iaitu: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang setiap masa Menurut undang-undang pengakap Lingkaran tali bermaksud perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan pengakap sedunia. Lambang bintang pecah lima (bewarna hijau) melambangkan sepuluh undang-undang pengakap. Bintang pecah 14 melambangkan kesemua negeri dalam Malaysia. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan „Persaudaraan Pengakap‟ Bulan sabit melambangkan agama rasmi Negara iaitu Islam


BENDERA MALAYSIA ( JALUR GEMILANG) BENDERA PENGAKAP


LAGU PENGAKAP LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


4.0 PERSETIAAN PENGAKAP


PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan TaatKepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap KEDUDUKAN JARI KEDUDUKAN TANGAN KETIKA MELAFAZ PERSETIAAN


5.0 UNDANG-UNDANG PENGAKAP


UNDANG-UNDANG PENGAKAP Seorang Pengakap itu adalah: 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakapa adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9. Pegakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataanya dan perbuatannya.


6.0 PENGENALAN PENGAKAP KELANA


SEJARAH PENGAKAP KELANA • 31 Julai 9 Ogos 1907 perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea, England. • Tahun 1908, penerbitan buku "Scouting for Boys" • Kerana kesungguhan bekas ahli Pengakap lama, tahun 1917, "Pengakap Dewasa" dilancarkan di United Kingdom. • Tahun 1918 "Pengakap Dewasa" ditukar nama kepada Pengakap Kelana. • Buku bertajuk "Rovering to Success" diterbitkan pada tahun 1922 • Perkhemahan Pengakap Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Disertai oleh 3000 orang ahli Pengakap Kelana. • Pada tahun 1975, Pengakap Kelana dibuka kepada wanita muda di Malaysia.


PRINSIP PENGAKAP KELANA • Sebuah badan sukarela; • Non-Government Organisation (NGO); • Non-Profit Organisation (NPO); • Terbuka kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa atau kepercayaan; • Pengakap Kelana bukan sahaja satu program yang meluas untuk belia, tetapi ia adalah jalan kehidupan yang lebih sihat.


MATLAMAT PENGAKAP KELANA • Memperkenalkan rakyat yang aktif; • Memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan negara; • Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri; • Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih meluas dan berfaedah; • Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan ilmu dan pergerakan Pengakap.


TUJUAN PENGAKAP KELANA • Membentuk warganegara yang taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; • Meninggikan persaudaraan antara ahli Pengakap Sedunia; • Persaudaraan aktiviti-aktiviti luar; • Perkhidmatan masyarakat; • Fikiran progresif antara belia; • Berdikari; • Perlindungan alam semulajadi.


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN LELAKI


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PEREMPUAN


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP LELAKI


Skirt atau seluar panjang (warna biru tua) PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PEREMPUAN


CARA PEMAKAIAN LENCANA


SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA LENCANA WAJIB • KEMAHIRAN PENGAKAP • PERKHIDMATAN PENGAKAP • PENGEMBARAAN LENCANA PILIHAN (PILIH 1 SAHAJA) • LENCANA KEPIMPINAN • LENCANA ICT • LENCANA EKSTREM • LENCANA PENYELAMAT NYAWA • LENCANA KEUSAHAWANAN ANUGERAH B.P LENCANA KEAHLIAN


LENCANA KEAHLIAN Anugerah kepada ahli kelana, sebagai mengakui bahawa dia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia • Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam beberapa perkara, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.


1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-Undang Pengakap. 2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana. 3.Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pengerakan Pengakap Antarabangsa. 4.Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam 5.Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:- a. Buku Sila (Reef Knot) b. Bunga Geti (Sheet Bend) c. Simpul Manuk (Clove Hitch) d. Tindih Kasih (Bowline) e. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch) f. Lilit Pemati Biasa (Comman Whipping) g. Ikatan Seraya (Square Lashing) h. Ikatan Serong (Diagonal Lashing) 6.Mengamalkan ajaran agama masing-masing.


LENCANA WAJIB LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP LENCANA PERKHIDMATAN PENGAKAP LENCANA PENGEMBARAAN


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana , sebagai mengakui berbagai kemahiran ,kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah. LENCANA KEMAHIRAN Diuji dari segi: • Berkhemah • Projek Perintis • Kawad • Orienteering • Ikhtiar Hidup • Penganggaran


LENCANA PERKHIDMATAN Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan. 1. Mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah 2. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan 3. Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat


Lencana ini dianugerahkan sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut. LENCANA PENGEMBARAAN 1.Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan · Berjalan kaki sejauh 60km · Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km · Berbasikal sejauh 100km · Bermotosikal sejauh 500km · Berkereta sejauh 800km · Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km masa bermalam: minima 2 malam 2.Laporan Pengembaraan


LENCANA PILIHAN / LENCANA KEPANDAIAN (PILIH 1 SAHAJA) LENCANA KEPIMPINAN LENCANA ICT LENCANA EKSTREM LENCANA PENYELAMAT NYAWA LENCANA KEUSAHAWANAN


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar,Bengkel, Campfire Night. LENCANA KEPIMPINAN Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut : A. Kursus Kepimpinan Manikayu B. Pengurusan Acara C. Kursus Pemantapan D. Komunikasi dan Pengucapan Awam E. Pentadbiran F. Anugerah Kepimpinan


LENCANA ICT Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan. Menjalankan salah satu aktiviti berikut: A.Teknologi Maklumat B. Komunikasi dan Perhubungan C. Perhubungan Antarabangsa


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut. LENCANA AKTIVITI EKSTREM Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem dibawah: •Mendaki Gunung. •Menyelam Skuba (Scuba Diving). •Berakit di Air Deras (White Water Rafting) •Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking) •Eksplorasi gua (Caving) •Wall / Rock Climbing •Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain •Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan Ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam Melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa,khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup. LENCANA PENYELAMAT NYAWA Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia di dalam memberikan perkhidmatan; •Outdoor Survival. •Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance) •Bronze Cross •Risk Management Course


LENCANA KEUSAHAWANAN Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan. Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama seminima enam bulan dan menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan disahkan •Penternakan •Perikanan •Pertanian / Perladangan •Perniagaan


• 1. SETELAH SESEORANG PENGAKAP KELANA ITU TELAH MEMENUHI DAN MENCAPAI SYARAT-SYARAT LENCANA-LENCANA PENGAKAP KELANA IAITU LENCANA (WAJIB) DAN LENCANA (PILIHAN), PENGAKAP KELANA ITU AKAN DIANUGERAHKAN ANUGERAH B-P. • 2. UNTUK MENDAPATKAN ANUGERAH B-P INI, PENGAKAP KELANA TERSEBUT HENDAKLAH BERUMUR DI ANTARA 18 HINGGA 25 TAHUN SAHAJA. • 3. BORANG PENCALONAN ANUGERAH B-P AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA. • 4. SIJIL DAN ANUGERAH B-P INI, AKAN DIKELUARKAN OLEH IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA. Rambu Pengakap Kelana ANUGERAH B.P


8.0 IKATAN DAN SIMPULAN ASAS


1. Simpul Mati 2. Simpul Mati Bertanjul 3. Ikatan Buku Sila 4. Ikatan Bunga Geti 5. Ikatan Bunga Geti Berganda 6. Simpul Manuk 7. Ikatan Balak 8. Ikatan Tindih Kasih 9. Satu Lingkaran & 2 ½ belit 10. Simpul Kerusi JENIS IKATAN DAN SIMPULAN ASAS


1. Simpul Mati Kegunaan sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah. untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal (Pulley Block)


2. Simpul Mati Bertanjul Kegunaan untuk menyangkut tanjul di pancang. Tanjul


3. Ikatan Buku Sila untuk menyambung dua tali yang sama saiz terutama tali kering. Kegunaan untuk mengikat Kain Segi Tiga. mudah / cepat dilucut.


Click to View FlipBook Version