The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bagi memenuhi tugasan BMMB3152: Inovasi Digital dalam PdP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AZMINA BINTI MORSHIDI IPG-Pelajar, 2023-11-16 00:55:14

INOVASI E-PENJOBI

Bagi memenuhi tugasan BMMB3152: Inovasi Digital dalam PdP

Keywords: penjodoh bilangan,tahun 3,inovasi digital

Selamat datang ke E-PENJOBI! Mari belajar sambil bermain! Nama saya Hafiz! Hi kawan-kawan! Nama Saya Hana!


Tolong!!! saya telah tersesat, bantu saya selesaikan misi bagi mencari adik lelaki saya.


Kawan-kawan, semasa kami meneroka hutan tadi, saya telah terpisah dengan kakak saya, jadi tolong bantu saya mencari kakak saya.


Kawan-kawan! Lihat, ada satu peta. Mari kita lihat bersamasama kandungan peta ini. Mungkin peta ini dapat membantu saya agar berjumpa kembali bersama adik saya.


Nampaknya peta ini menunjukkan laluan untuk pengembaraan harta karun!


Arahan peta yang pertama, saya dikehendaki untuk jalan sepanjang 1KM kemudian menjumpai anak sungai Mari kita mulakan! LURUS KANAN KIRI


“Yeay, sampai pun! Penatnya berjalan” “Apa yang saya perlu lakukan di Eh, ada kotak sini?” misteri lah!


Nampaknya ada misi yang perlu diselesaikan! KANDUNGAN KOTAK MISTERI: Arahan: 1. Anda dikehendaki untuk membaca nota ringkas ini. 2. Fahami nota ringkas tersebut.


Penjodoh bilangan: kata yang digunakan bersamasama kata bilangan. Beberapa contoh penjodoh bilangan ialah buah, biji, batang, dan sebagainya. Penjodoh bilangan mesti diletakkan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutnya. Contohnya: • dua biji batu • beberapa ekor burung


Penjodoh bilangan? Apa itu penjodoh bilangan? Eh! Ada lagulah mari kita dengar bersama-sama.


Lagu Penjodoh Bilangan Guna irama lagu Chan Mali Chan *Marilah kita masuk ke dalam hutan, Bawa sebilah pisau dan segulung tali, Di dalam hutan ada sebatang sungai, Boleh pergi mandi dan lihat seekor monyet. Chan Mali Chan Hoi Hoi (x2) Chan Mali Chan Ketipung Payung Di dalam hutan, ada seekor tupai, Sedang bermain di atas sebatang pokok, Hana membawa sebilah pisau, Lalu memotong ranting-ranting kecil. Chan Mali Chan Hoi Hoi (x2) Chan Mali Chan Ketipung Payung Ulang * sehingga habis


Wah, seronoknya bernyanyi! Hmm, namun saya masih tak faham apa itu penjodoh bilangan. Eh! ada tugasan seterusnya. Mari kita lihat bersama-sama.


Buah Kegunaan: untuk benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan.


Batang Kegunaan: untuk benda yang panjang seperti pokok, kayu, sungai, pen dan sebagainya.


Biji Kegunaan: untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan dan sebagainya.


Ekor Kegunaan: untuk haiwan seperti kucing, monyet, lembu dan sebagainya.


Pasang Kegunaan: untuk benda-benda yang berpasangan seperti stokin, anting-anting, kasut dan sebagainya.


Utas Kegunaan: untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya.


Das Kegunaan: untuk bunyi tembakan senapang atau meriam.


Kawan-kawan, bantu saya selesaikan soalan-soalan berikut untuk membantu saya mencari kakak saya.


Soalan Uji Minda! 1. Ibu menghadiahkan kakak se__________ baju yang berwarna merah jambu. pasang helai


Soalan Uji Minda! 2. Kakak membeli 5 __________ telur di kedai runcit. biji das


Soalan Uji Minda! 3. Adik membela dua ________ kucing. batang ekor


Soalan Uji Minda! 4. Terdapat se________ sungai yang indah di hujung sana. biji batang


Soalan Uji Minda! 5. Bapa membeli se______ rumah baharu. buah biji


Yeay! Anda memang hebat. Sekarang mari kita selesaikan soalan yang seterusnya.


Manual Pengguna: 1. Anda diminta untuk mengakses QR code di bawah. 2. Jawab kesemua soalan yang diberikan. 3. Setelah selesai, tunjukkan kepada guru. Nota kaki: Tugasan ini boleh dilaksanakan secara berpasangan/kumpulan kecil di dalam kelas


Ohh, itu rupanya penjodoh bilangan. Baru saya faham. Kawan-kawan mari bantu saya jawab soalan ini. Kita hampir selesai!


Tahniah! Anda berjaya menamatkan pengembaraan! Berjumpa lagi di lain waktu! Kembara tamat! Akhirnya kami dua beradik berjaya bertemu kembali dan pulang dengan selamat! Anda hebat!


TAHNIAH, JAWAPAN ANDA BETUL!


MAAF, SILA CUBA LAGI!


TAHNIAH, JAWAPAN ANDA BETUL!


MAAF, SILA CUBA LAGI!


TAHNIAH, JAWAPAN ANDA BETUL!


MAAF, SILA CUBA LAGI!


TAHNIAH, JAWAPAN ANDA BETUL!


MAAF, SILA CUBA LAGI!


TAHNIAH, JAWAPAN ANDA BETUL!


MAAF, SILA CUBA LAGI!


Click to View FlipBook Version