BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SOALAN TUGASAN Tugasan 1: Penghasilan Produk (30%) - HPP1 Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka merupakan ciptaan asli masyarakat Melayu tradisi. Pada peringkat awalnya puisi-puisi ini disampaikan secara lisan. Namun perubahan masa menyebabkan puisi-puisi ini semakin dipinggirkan. Bagi melestarikan karya sastera tradisional, anda dikehendaki menjelaskan pengertian dan fungsi puisi tradisional dalam mencitrakan manifestasi akal budi masyarakat Melayu secara infografik anyflip melalui penghasilan produk.
ISI KANDUNGAN PUISI TRADISIONAL PANTUN SYAIR GURINDAM SELOKA Maksud Puisi Melayu Tradisional Definisi Jenis Ciri / Bentuk Fungsi Contoh Definisi Jenis Ciri Fungsi Contoh Definisi Jenis Ciri Fungsi Contoh Definisi Jenis Ciri Fungsi Contoh
Puisi merupakan suatu bentuk karya seni yang menggunakan bahasa secara kreatif untuk menyampaikan perasaan, pemikiran, atau pengalaman. Puisi sering kali mengutamakan penggunaan gaya bahasa yang kreatif, permainan kata, serta struktur yang berirama dan bermelodi. Puisi boleh berbentuk bebas atau terikat, dengan ciri-ciri seperti rima, sajak untuk memberikan kesan estetik kepada pembacanya. Menurut Zaaba, (1965) mendefinisikan puisi untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. MAKSUD PUISI Puisi terbahagi kepada dua jenis Puisi Tradisional Puisi Moden
PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi ini dikatakan cerminan masyarakat Melayu lama kerana menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang statik dan terikat pada adat, peraturan, dan undang-undang yang mesti dipatuhi. Menurut Harun Mat Piah, (1989) memahami puisi melayu tradisional ini seakan mengenali hati budi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat itu. Puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan yang dapat memenuhi ciri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang mempunyai nilai-nilai seni bahasa sebagai media.
PUISI TRADISIONAL Pantun Gurindam Syair Seloka
PANTUN
DEFINISI PANTUN Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zamanberzaman lagi. Menurut Nurul Ain (2011), pantun ialah sebuah satera rakyat yang digunakan dalam masyarakat Melayu dengan pelbagai tujuan. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian JENIS PANTUN BENTUK PANTUN CIRI PANTUN Pantun nasihat Pantun agama Pantun kepahlawanan Pantun jenaka Pantun nasib Pantun kiasan Pantun peribahasa. Pantun perkenalan Pantun persahabatan Berbentuk terikat Pantun dua kerat Pantun empat kerat Pantun enam kerat Pantun lapan kerat Pantun dua belas kerat Mempunyai rangkap 4 baris serangkap 4 hingga 5 patah perkataan sebaris 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris Rima akhir a-b-a-b Setiap rangkap pantun memilki kesantunan fikiran yang lengkap dan sempurna.
FUNGSI PANTUN Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan. Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu.
CONTOH PANTUN PANTUN DUA KERAT Daun senduduk dau semalu, Marilah duduk jangan malu PANTUN EMPAT KERAT Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah
PANTUN ENAM KERAT Jalan kaki berbatu-batu, Pergi mencari si anak kuda, Lepas lari terus hilang, Ingatlah pesanan cikgu, Tuntut ilmu selagi muda, Bila tua barulah senang.
SYAIR
DEFINISI SYAIR Syair ialah sejenis puisi berlagu. Disadur daripada puisi Arab. Menurut Za’ba ,syair berasal daripada perkataan ‘Syir’ ; perasaaan dan pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman dalam bahasa yang indah. Syair juga berasal dari Persia dan dibawa masuk ke Nusantara bersama agama Islam (Nurul Laily, 2021)
JENIS SYAIR Syair Panji- syair panji merupakan syair pelipur lara. Syair ini biasanya bertema kisah pengembaraan dan peperangan serta terdapat unsur kisah percintaan Syair Romantis-syair romantis berisi tentang percintaan yang biasanya terdapat pada cerita pelipur lara hikayat maupun cerita rakyat. Syair Kiasan- syair kiasan atau disebut syair binatang dan bunga-bungaan menyampaikan pesan dalam bentuk kiasan. Isinya merupakan sindiran atau kiasan terhadap suatu peristiwa. Syair Sejarah-berdasarkan peristiwa sejarah. Sebagian besar syair sejarah berisi tentang peperangan. Syair Agama- merupakan syair terpenting serta dibagi menjadi empat iaitu syair sufi, syair tentang sejarah Islam, syair riwayat cerita nabi dan syair nasihat.
BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun). Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah. Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris. Syair dilafazkan secara berlagu, seperti lagu rakis, Siti Zubaidah, bangsawan/purbawara, ulik mayang dil. Keseluruhan rangkap merupakan kesatuan maksud, isi, kisah, cerita atau peristiwa. Isi syair berunsur nasihat, pengajaran, pesanan, Ilmu, pendidikan, keagamaan, dakwah, sejarah, peristiwa dll. Isi syair bersifat objektif atau kebenaran. Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.
FUNGSI SYAIR Dapat mempersembahkan kepada pembaca tentang tokoh-tokoh bangsawan yang banyak berjasa ketika beliau hidup. Pembaca mampu dalam memberi gambaran kepada unsur alam seperti haiwan dan tumbuh- tumbuhan. Dapat mendidik pembaca dalam menerima nasihat dengan hati terbuka. Sebagai hiburan, ia sering digunakan dalam majlis tertentu seperti pesta atau dalam upacara-upacara adat. Syair juga digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu.
CONTOH SYAIR SYAIR NASIHAT DENGAR SAHABAT SYAIRKU INI, Syair nasihat seikhlas hati, Ceritanya tentang hidup kita ini, Banyak cabaran harus hadapi. Selama hidup hendaklah setia, Supaya orang sentiasa percaya, Buat baik sesama manusia, Jahat durhaka jauhkan saja. Bila berkawan jangan bergaduh, Tiada guna bermusuh-musuh, Jauhi sekali bersikap angkuh, Tersisih hidup semakin keruh. Walaupun kaya jangan menghina, Kaya dan miskin sama sahaja, Yang hina jangan ditambah hina, Kerana hidup seperti roda.
SYAIR PENDIDIKAN Dengarlah wahai anak-anakku Rajinlah belajar hingga sepanjang masa Ilmu tidak akan pernah habis dieja sebagai bekal untuk sepanjang usia Dengan ilmu engkau akan terjaga Dari suramnya waktu dan juga masa Cemerlang akan senantiasa hadir Menerangi dirimu di masa dewasa
GURINDAM
DEFINISI GURINDAM Gurindam mengandungi makna yang pelbagai dengan mengikut pandangan tokoh masing-masing (Rozaidi Yusof, 2013). Gurindam adalah bentuk puisi Melayu yang tradisional, biasanya terdiri dari dua bait atau baris dalam setiap bait Setiap bait biasanya mengandung nasihat moral, petuah bijak, atau pelajaran hidup. Gurindam sering kali digunakan sebagai sarana untuk menyampaikan nilainilai etika, norma, dan kearifan lokal dalam budaya Melayu. Puisi gurindam biasanya ditulis dalam bentuk pantun atau syair, dengan irama yang khas Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandung sukatan yang tetap. Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap.
JENIS GURINDAM Gurindam berkait Gurindam yang memiliki teks berkait antara baris satu dan dua. Begitupun dengan baru selanjutnya terus berkaitan. Gurindam berangkai Gurindam ini memiliki kata yang sama pada setiap dua baris. Jadi selain bunyi konsonan sama, kata awal juga memiliki kesamaan. BENTUK GURINDAM Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap. Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang sama iaitu dua baris serangkap. Gurindam ini ialah puisi terikat atau tidak bebas. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
FUNGSI GURINDAM Puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta dayaintelektual masyarakat Melayu. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal Gurindam berfungsi menyampaikan dakwah dengan tujuan agar manusia melakukan kebaikan dan senantiasa menghindari keburukan.
CONTOH GURINDAM Siapa tak ingin sesat dunia akhirat. Maka cepatlah taubat sebelum terlambat. Tapi siapa yang lekas bertaubat sebelum kiamat. Maka didapatlah itu yang namanya selamat. Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, Maka ia itulah orang yang ma'rifat
SELOKA
DEFINISI SELOKA Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka ialah perkataan yang berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dikenali semasa perkembangan agama Hindu di Asia. Seloka ialah satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama Seloka lebih merupakan kepada pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mempunyai unsur jenaka, gurauan, ejekan dan sindiran.
JENIS SELOKA Seloka sindiran. Seloka mengejek. Seloka menempelak. Seloka nasihat. Seloka pengajaran. Seloka khayal. Seloka gurau senda. BENTUK SELOKA Terdiri daripada lima rangkap Bilangan katanya dua hingga enam patah kata Terdiri daripada 7-14 suku kata Berbentuk bebas Rangkap pertama ada 5 baris, kedua 7 baris, ketiga 5 baris, keempat 4 baris dan kelima 2 baris.
FUNGSI SELOKA Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat. Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial. Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.
CONTOH SELOKA Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk Seloka Pak Kaduk :
KESIMPULAN Tuntasnya, puisi Melayu tradisional ini memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kita perlulah memartabatkan puisi Melayu tradisional agar tidak ketinggalan zaman. Puisi Melayu tradisional juga merupakan satu warisan seni budaya oleh orang Melayu yang sangat bernilai.
RUJUKAN Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Ain. (2011, Ogos 22). Definisi Pantun. Scribd. https://www.scribd.com/doc/62830826/DEFINISI-PANTUN Rozaidi Yusof. (2013, Mac 3). Makna Gurindam. Slideshare https://www.slideshare.net/rozaidiyusof3/makna-gurindam Nurul Laily. (2021, Desember 10). Pengertian Syair. Katadata. https://katadata.co.id/safrezi/berita/61b2e9b33d9a1/pengertiansyair-ciri-ciri-jenis-dan-contohnya