The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarif04-317, 2021-09-01 03:14:25

SJHK 3063 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 3

SJHK 3063

MUHAMMAD ZARIF BIN MOHD BASIR

SLIDESMANIA.COM

Tugasan 3: Penulisan (30 markah - wajaran
30%)
Big Idea:

Kolaboratif Berkesan

Soalan pencetus idea:

Bagaimanakah kemahiran pembelajaran koperatif
meningkatkan pengurusan kurikulum Sejarah
sekolah rendah dan keberkesanan guru Sejarah?
Berdasarkan Big Idea dan soalan pencetus idea di
atas :

Tulis esei yang membincangkan kaedah yang

digunakan oleh guru Sejarah sekolah rendah

dalam menerapkan elemen-elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik yang terdapat

dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi

mata pelajaran Sejarah untuk mengukuhkan jati

diri dan kewarganegaraan generasi masa kini serta

membincangkan pengurusan kurikulum dan ciri-ciri

guru Sejarah yang berkesan.

SLIDESMANIA.COM Hasilan penulisan adalah dalam bentuk produk
ebook atau flipbook.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini amat penting kerana tugasan
ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus SJHK 3063
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah yang saya telah pelajari.

Sekalung penghargaan kepada, “Encik Abdul Jaleel Bin
Abdul Hakeem dan Dr Muhammad Raini Bin Mat Rahim” selaku
pensyarah kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk
ajar kepada saya. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa
saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya
sepanjang tugasan ini disiapkan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih
juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan
memberikan tunjuk ajar kepada saya. Bantuan kalian amat saya
hargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan.

SLIDESMANIA.COM

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA

SURAT

1 Soalan Tugasan i

2 Penghargaan ii

3 Pengenalan 1

4 Kaedah yang Digunakan oleh Guru Sejarah Dalam Menerapkan 1
Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik 3

5 Pengurusan Kurikulum

6 Ciri-Ciri Guru Sejarah Berkesan 4

7 Penutup 5

8 Rujukan 6

9 Lampiran 8

SLIDESMANIA.COM

1.0 PENGENALAN

Menurut Juwairiah Osman, Jamilah Bebe Mohamad,
Anis Nabilla Ahmad, dan Jamal Rizal Razali (2018), strategi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan kaedah dan
teknik pendidik bagi memastikan murid-murid memahami input
pembelajaran di samping mengaplikasikannya dalam kehidupan.
Mata pelajaran Sejarah sangat mementingkan kaedah pengajaran
yang digunakan oleh seseorang guru Sejarah dalam
menyampaikan sesi PdP yang berkesan. Hal ini dikatakan
demikian kerana penggunaan kaedah yang betul dan tepat dapat
menjamin penerimaan pelajar terhadap elemen-elemen serta nilai
penting yang ingin di tanam dalam diri setiap pelajar. Jadi, esei ini
akan membincangkan tentang kaedah yang digunakan oleh guru
Sejarah dalam menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai
sivik, pengurusan kurikulum serta ciri-ciri guru Sejarah berkesan.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM 2.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH GURU SEJARAH DALAM
MENERAPKAN ELEMEN KEWARGANEGARAAN DAN NILAI SIVIK

Menurut Brown (1980), menguasai kurikulum Sejarah bukanlah
perkara sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara
penyampaiannya. Antara kaedah yang digunakan oleh guru Sejarah
dalam menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik ialah kaedah
pembelajaran luar bilik darjah (PLBD). Menurut Cooper dan Mclntyre
(1996), murid-murid lebih gemar kepada kaedah perbahasan,
perbincangan, kerja kumpulan, pengajaran menggunakan video dan kerja
lapangan. Hal ini demikian kerana pembelajaran luar bilik darjah
memerlukan murid untuk keluar meneroka ke tempat-tempat yang
bersejarah serta menarik. Perkara ini akan memberi pendedahan awal
kepada murid tentang sejarah dan pada masa sama semangat
berpasukan serta elemen kewarganegaraan seperti perasaan kekitaan
dapat ditingkatkan dalam diri murid-murid. Sebagai contohnya, guru
Sejarah melaksanakan PLBD di Muzium Negara dan memberi tugasan
kumpulan kepada murid untuk mencari maklumat-maklumat sejarah.
Tugasan kumpulan seperti ini bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan
baru sejarah kepada murid-murid tetapi tugasan ini juga lebih
menyeronokkan. Roselan (2006) berpandangan bahawa pengajaran
bukan sahaja melihat pelaksanaan yang sistematik dan berkesan namun
penekanan juga perlu diberikan kepada keselasaan dan keseronokkan
murid.

Selain itu, pembelajaran secara kontekstual juga
merupakan kaedah yang digunakan oleh guru Sejarah dalam
menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Kaedah ini
merupakan pendekatan yang memerlukan guru Sejarah
mengaitkan tajuk yang dipelajari dengan situasi sebenar. Menurut
Anuar et al. (2009) kemahiran mengajar guru Sejarah ialah aspek
yang paling banyak menyumbang kepada pencapaian murid bagi
mata pelajaran Sejarah berbanding kebolehan guru, cara
pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar dan
perhatian guru Sejarah terhadap kerja pelajar. Hal ini demikian
membuktikan bahawa kemahiran mengajar guru yang baik dalam
kaedah pembelajaran secara kontekstual ini dapat membantu
memotivasikan murid dalam menghubungkan pengetahuan
dengan aplikasinya dalam kehidupan harian. Sebagai contohnya,
guru mengajar tajuk Hang Tuah Laksamana Terbilang yang
menunjukkan nilai kesetiaan yang hebat dipamerkan oleh Hang
Tuah kepada sultan menyebabkan guru dan murid dapat
mengaitkan tentang kehidupan harian yang memerlukan taat
kepada raja dan negara yang terdapat dalam rukun negara serta
taat kepada ibu bapa. Melalui perkaitan antara tajuk yang
dipelajari dengan kehidupan harian murid ini menyebabkan
elemen kewarganegaraan seperti kesetiaan dapat diterapkan
dalam diri murid.

SLIDESMANIA.COM

Seterusnya, kaedah yang digunakan oleh guru Sejarah
dalam menerapkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
ialah kaedah pembelajaran teknologi maklumat dan
komunikasi. Penggunaan kaedah ini mengikut kepada
keperluan pembelajaran serta bertujuan dalam
meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran Sejarah.
Menurut Tan dan Carol (2013), kemahiran guru dalam
mengaplikasikan teknologi seperti video YouTube sebagai
alat bantu mengajar berjaya meningkatkan kefahaman dan
daya ingatan pelajar. Kebanyakkan video YouTube
mempunyai animasi yang menarik. Ani Omar (2017)
berpandangan bahawa aplikasi animasi didapati mampu
menarik minat murid untuk terus mengikuti aktiviti PdP.
Melalui penggunaan kaedah pembelajaran teknologi
maklumat dan komunikasi ini, elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik dapat dipupuk daripada aspek perkongsian
sejarah. Menerusi tayangan video YouTube tersebut
perkongsian sejarah kepada murid dapat dilaksanakan.
Tambahan lagi, maklumat yang diperoleh murid daripada
video tersebut akan dikongsikan kepada rakan-rakan lain
serta ahli keluarga mereka.

SLIDESMANIA.COM

3.0 PENGURUSAN KURIKULUM

Di samping itu, pengurusan kurikulum Sejarah sekolah
rendah juga memainkan peranan penting dalam memastikan
mata pelajaran Sejarah sekolah rendah tersusun serta dirancang
dengan baik dan sistematik. Ketua Panitia Sejarah merupakan
individu yang menjalankan peranan besar dalam menguruskan
kurikulum Sejarah sekolah rendah. Guru Besar akan melantik
seorang Ketua Panitia Sejarah berdasarkan kekanaan dan Ketua
Panitia perlu memimpin guru mata pelajaran Sejarah yang berada
di bawahnya. Tugas-tugas yang boleh dijalankan oleh Ketua
Panitia Sejarah dalam memastikan panitia berfungsi dengan baik
ialah merancang serta mengadakan mesyuarat dari semasa ke
semasa bagi mengkaji pelaksanaan kurikulum, menyelaras
penyediaan penilaian dan pentaksiran serta menganalisis
keputusan untuk tujuan penambahbaikan dan lain-lain lagi.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Lantaran itu, pengurusan mesyuarat panitia juga
mestilah dijalankan secara formal seperti yang ditetapkan oleh
JKS. Mesyuarat panitia ini akan dilangsungkan secara berkala
iaitu sekurang-kurangnya dua kali setahun dan minit mesyuarat
juga perlu disediakan. Hal ini demikian bagi merancang dan
melaksanakan perkara-perkara asas seperti aktiviti tahunan,
perkembangan staf, strategi dan kaedah PdP serta pengurusan
kewangan. Malahan, mesyuarat ini juga bertujuan untuk
menganalisis keputusan peperiksaan awam dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perancangan
merupakan tindakan atau usaha sebelum melakukan sesuatu
perkara. Perancangan panitia berfungsi sebagai penyediaan
Rancangan Pengajaran Tahunan bagi mata pelajaran Sejarah
yang berpandukan takwim persekolahan. Hal ini demikian bagi
memudahkan proses PdP Sejarah serta meningkatkan kualiti
kurikulum Sejarah dan murid.

Fail rasmi juga perlu diwujudkan oleh Panitia Sejarah
bagi menyimpan maklumat-maklumat penting tentang mata
pelajaran Sejarah. Fail ini hendaklah diuruskan dengan sistematik
dan sentiasa di kemas kini supaya tidak berlaku keciciran
maklumat. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) juga dapat digunakan bagi memudahkan penyimpanan
data serta maklumat sejarah.

Panitia Sejarah perlulah merancang pengurusan
kewangan dengan baik bagi mencapai peruntukan perbelanjaan
yang diperlukan. Hal ini demikian bagi memudahkan dalam
melakukan perbelanjaan untuk kegunaan mata pelajaran Sejarah.
Perbelanjaan yang dimaksudkan adalah seperti pembelian buku
rujukan bagi tujuan PdP Sejarah, keceriaan Bilik Sejarah, program
yang berunsurkan Sejarah dan sebagainya.

Perancangan aktiviti yang berkaitan Sejarah amat
diperlukan dalam meningkatkan pengurusan kurikulum Sejarah.
Pelan Aktiviti Tahunan mestilah dirancang dengan baik oleh
Panitia Sejarah supaya ilmu tentang Sejarah dapat di terima
dengan baik oleh murid-murid.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM 4.0 CIRI-CIRI GURU SEJARAH

Menurut Lezah @ Lejah Kiamsin dan Rosy Talin (2018), seseorang
guru perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran. Pengetahuan yang
luas dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang Sejarah akan
menunjukkan ciri-ciri guru Sejarah yang berkesan. Hal ini dikatakan
demikian kerana guru Sejarah yang berpengetahuan akan sentiasa
bersedia dalam menerima soalan. DSKP Sejarah sekolah rendah mestilah
dikuasai oleh guru dengan sebaiknya agar guru lebih memahami tentang
kurikulum Sejarah. Malahan guru Sejarah juga perlulah melengkapkan
dirinya dengan ilmu tambahan tentang Sejarah supaya proses
penyampaian ilmu menjadi lebih mudah. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd
(2005) menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran amat bergantung
pada kualiti seseorang guru.

Selanjutnya, pengaplikasian kepelbagaian kaedah semasa sesi
PdP Sejarah juga merupakan ciri-ciri guru berkesan. Menurut Muhammad
Faizal et al. (2014), keberkesanan pengajaran mendapati bahawa
wujudnya perkaitan antara kualiti pengajaran dengan pembelajaran murid.
Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah pengajaran yang pelbagai perlu
dititikberatkan oleh guru semasa sesi PdP Sejarah kerana setiap murid
mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Azizi et al. (2011) menyatakan
bahawa sesebuah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif
jika guru mengenal pasti gaya pembelajaran murid.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang besar dan
penting dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai bagi
menerapkan elemen kewarganegaraan dan sivik. Malahan, Panitia
Sejarah juga mestilah sentiasa bersedia dalam menguruskan kurikulum
Sejarah ke arah yang lebih baik supaya prestasi murid dalam mata
pelajaran Sejarah dapat ditingkaktkan. Tambahan lagi, guru juga
hendaklah mempunyai ciri-ciri guru Sejarah yang berkesan agar
penyampaian ilmu Sejarah kepada murid juga menjadi lebih efektif.

(1191 patah perkataan)

SLIDESMANIA.COM

6.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anuar Ahmad, Siti Haisah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap
keupayaan guru sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di
sekolah berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1): 53-66.

Ani Omar. (2017). Integrasi Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kesusasteraan Melayu Mempertingkatkan Keyakinan dan Keberhasilan Guru
Semasa Latihan Mengajar. Diakses pada 25 Ogos 2021 daripada:
file:///C:/Users/User/Downloads/2465-Article%20Text-4834-1-10-20190715.pdf

Azizi Yahaya & Nurfaizah Abdul Majid. (2011). Hubungan antara budaya formal
sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar
sekolah menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2: 78-
112

SLIDESMANIA.COM

Brown TC. (2003). The effect of verbal self-guidance training on collective efficacy and
team performance. Personnel Psychology, 56(4): 935–64.

Cooper P. & Mclntyre D. (1996). Effective teaching and learning: Teachers
perspectives. Buckingham. Open University Press.

Juwairiah Osman, Jamilah Bebe Mohamad, Anis Nabilla Ahmad & Jamal Rizal Razali.
(2018). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar
Antarabangsa di Universiti Malaysia Pahang. PENDETA Journal Malay Language, Education and
Literature. 9, 61-79. Diperoleh pada 25 Ogos 2021 daripada:
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1256

Lezah @ Lejah Kiamsin & Rosy Talin. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang
Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Diakses pada 25 Ogos 2021 daripada:
file:///C:/Users/User/Desktop/92-Article%20Text-260-2-10-20200512.pdf

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr & Husaina Banu
Kenayatullah. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar:
Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1): 7-40

Roselan Baki. (2006). Kualiti Pengajaran: Menggantikan Pendekatan Serius dengan
Pendekatan Santai. Seminar dan Bengkel Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. 25 Ogos 2021.
Hotel Marriortt Putrajaya.

Tan Choon Keong & Carol Abu. (2013). Pengaplikasian video youtube: Bahan bantu
mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Universiti
Malaysia Sabah.

SLIDESMANIA.COM

7.0 LAMPIRAN

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM

TERIMA KASIH!

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version