MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK PEMBENTANGAN :
RUKUN NEGARA
PENSYARAH :
NURUL AIN BINTI MUDREH
Carta Gantt Tugasan
Muka Carta Biodata Penghargaan Objektif Pendahuluan Pembentukan Kesimpulan Rujukan
Depan & Gantt Rukun Negara
Tugasan
Isi
kandungan
AHMAD ALIF IZZAT Kepercayaan
BIN BAKRI kepada tuhan
RENNOEL NIELLVIN Kesetian
ROGER kepada Raja
dan Negara
MUHAMMAD SAFI
BIN MOHD ALI Keluhuran
Perlembagaan
MUHAMMAD ZHAI Kedaulatan
IZWAN BIN Undang –
MUHAMMAD ARAFA Undang
CHESTER ERICO KORY Kesopanan dan
Kesusilaan
Bil. KANDUNGAN MUKA
SURAT
ISI I. Biodata
KANDUNGAN 1
II. Ucapan alu aluan/penghargaan 2
3
III. Pendahuluan 4
IV. Objektif 5-20
V. Pembentukan rukun negara 21
Kepercayaan kepada tuhan 22
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
VI. Kesimpulan
VII. Rujukan
BIODATA KUMPULAN
07DAT21F1034 07DAT21F1014 07DAT21F1004
AHMAD ALIF IZZAT BIN BAKRI CHESTER ERICO KORY MUHAMMAD ZHAI IZWAN BIN
MUHAMMAD ARAFA
07DAT21F1018 07DAT21F1016
MUHAMMAD SAFI BIN MOHD ALI RENNOEL NIELLVIN ROGER
1
UCAPAN ALUAN
Kami bersyukur terhadap Tuhan yang maha Esa ke atas limpah dan kurnianNya kerana
kami dapat menghasilkan e-majalah dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami Madam Nurul Ain Binti Mudreh selaku pensyarah bagi subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang baik kepada
kami sejak dari awal tugasan ini diberikan sehingga terjadinya e-majalah ini.
Kami memberikan sekalung penghargaan terhadap pensyarah sepanjang kami
menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan saya
Muhamad Safi Bin Mohd Ali, Chester Erico Kory, Rennoel Niellvin Roger, Muhammad Zhai
Izwan Bin Muhammad Arafa dan Ahmad Alif Izzat Bin Bakri yang sama – sama
menyiapkan e-majalah ini.
Akhir sekali, segala maklumat dan isi kandungan yang terdapat dalam e-
majalah ini adalah dari sumber rujukan yang betul dan benar. Kami berharap agar majalah
ini sedikit sebanyak memberikan ilmu pengetahun kepada pembaca yang membacanya.
2
PENDAHULUAN
Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,kebudayaan serta mengamalkan cara
hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalahmatlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan
sama adadalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedahkepada pelbagai ancaman
dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini bolehmengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru-hara,
rusuhan pergaduhankaum dan sebagainya.
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan
hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan
yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru,
bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan
(patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.
Justeru, kepentingan penghayataan rukun negara ialah dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh
pada undang-undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada
Tuhan dan kedaulatan undang-undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak manusia
melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri
daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang
patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan
dalam semua perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa
penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh undang-undang.
3
OBJEKTIF
• Objektif utama e-majalah ini ialah memberi pengetahuan kepada
pembaca yang membacanya
• Mengetahui maksud dan konsep Rukun Negara dengan lebih terperinci
• Mempraktikkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat
• Membina sebuah masyarakat yang lebih bertanggungjawab untuk
memastikan negara dalam keadaan aman dan harmoni
• Membentuk satu sikap di mana, Malaysia mempunyai pelbagai kaum
yang patut dihormati dan bertoleransi
• Rukun Negara merupakan satu Rukun di mana setiap individu yang
berstatus warganegara mahupun bukan warganegara
bertanggungjawab melaksanakannya.
4
PEMBENTUKAN RUKUN
NEGARA
5
KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN
6
● Kepercayaan kepada tuhan merupakan salah satu dari lima prinsip rukun negara.
● Kepercayaan itu bermaksud pengakuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Kebiasannya,
seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan
pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.
● Dalam konteks agama pula kepercayaan itu merujuk kepada Akidah dan Iman seseorang individu
tersebut. Kepercayaan juga sebagai batu asas dalam pembentukan moral terhadap diri seseorang
individu tersebut.
Masjid Alor Setar, Kedah Tokong Kuching, Sarawak Kuil Batu Caves,
Selangor
7
● Definisi kepercayaan kepada tuhan ialah yakin wujudnya tuhan sebagai pencipta alam
dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing – masing.
● Dalam erti kata yang lain ialah di negara Malaysia tidak terikat pada satu
agama sahaja malahan mereka bebas mengamalkan kepercayaan atau anutan
terhadap agama masing-masing.
● Masyarakat di Malaysia turut dikenali sebagai masyarakat majmuk yang membawa
maksud masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India,
Serani, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Masyarakat ini
juga mempunyai kepercayaan atau pegangan agama masing-masing.
Sembahyang orang Masyarakat yang berbilang
islam di Masjid bangsa dan kepercayaan
Negara tersendiri
8
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
9
• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
• Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai
Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan
di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak beraja.
• Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri
adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.
• Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara bermaksud , bahawa
setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.
• Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan
taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat
mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
keapada Yang di-Pertuan Agong.
10
Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup
berkorban untuk negara demi kemajuan dan keamanan. Pegangan yang teguh kepada
prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut:
● Menghormati harta awam.
● Menghormati simbol-simbol kedaulatan negara.
● Mematuhi undang-undang.
● Produktif.
● Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti social, ekonomi dan politik
yang diceburinya.
● Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan
negara.
● Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh
kuasa luar.
● Bersifat altruistic.
● Mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan
perkauman.
11
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
12
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
➢ Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun
Negara Malaysia yang ketiga.
➢ Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan
atau ketertinggian undang-undang.
➢ Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara.
➢ Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan
yang tertinggi.
➢ Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara.
13
➢ Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.
➢ Melalui konsep ini, tiada institusi yang dapat mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus
menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
Tujuan Perlembagaan :
❑ Mewujudkan Pemerintahan Yang Adil.
❑ Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan tolak
ansur dan permuafakatan kaum
❑ Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut
memelihara hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera
Sabah dan Sarawak.
❑ Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu dan setia
kepada negara.
14
KEDAULATAN
UNDANG -
UNDANG
15
• Kedaulatan Undang-Undang merupakan salah satu
prinsip Rukun Negara daripada lima Rukun Negara. Ia
Prinsip Rukun Negara yang ke empat.
• Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap
warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang,
tanpa sebarang diskriminasi berdasarkan kaum, jantina
atau status. Undang-undang adalah lambang kedaulatan
negara, juteru ia perlu diutamakan.
• Dengan mematuhi peraturan dan tatacara yang tertera
dalam undang-undang, ia dapat memastikan negara
sentiasa terpelihara daripada ancaman dalaman dan
luaran.
16
• Kedaulatan undang-undang adalah faktor penting untuk
memastikan kelancaran undang-undang. Tanpa undang-
undang, kehidupan masyarakat dan negara tidak akan
selamat dan stabil. Malaysia adalah sebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum, agama, budaya dan gaya hidup.
• Oleh itu, setiap negara khususnya Malaysia memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
masyarakat yang aman, stabil dan makmur, serta memupuk
warganegara yang berdisiplin dan hidup aman dan harmoni.
• Kewujudan undang-undang itu akan memastikan kehidupan
masyarakat berbilang kaum di negara ini dapat mengalir
dengan bebas, akan merasa selamat jika ingin pergi
kemana sahaja yang mereka inginkan, tanpa sebarang
huru-hara, dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama.
17
KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
18
❖ Kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara
yang kelima ataupun terakhir dalam kelima-lima prinsip
rukun negara.
❖ Prinsip ini mengutamakan perkembangan personaliti dan
tingkah laku seseorang rakyat.
❖ Tujuannya adalah untuk memupuk rakyat yang bersopan
santun dan mempunyai nilai murni dalam diri masing-
masing.
❖ Sifat seseorang yang bersopan santun dan bersusila amat
penting dalam konteks perhubungan satu sama lain dalam
masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia.
❖ Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisipln serta bermoral tinggi yang akan membantu
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
19
❖ Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atau sesuatu golongan.
❖ Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua - dua kehidupan
bernegara.
❖ Prinsip ini menjadi panduan supaya perlaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai - nilai murni.
Contoh kesopanan dan kesusilaan, ialah:
1. Setiap orang dalam masyarakat dikehendaki bertindak dan
berkelakuan secara sopan dan Susila
2. Kita harus mempunyai moral yang tinggi, menghormati
orang lain dan menghidarkan diri daripada membangkitkan
persoalan - persoalan yang sensitif.
20
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Rukun Negara merupakan tonggak perpaduan
kaum dengan tujuan, setiap rakyat di negara ini menyedari,
menerima dan memahami hakikat bahawa kepelbagaian kaum,
agama serta budaya di negara ni adalah satu rahmat yang
perlu dimanfaat bersama. Sebagai satu keluarga dalam satu
rumah, bernama Malaysia, maka kita mestilah ikhlas antara
satu sama lain. Bak kata pepatah “Bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh”.
21
Rujukan
● https://www.scribd.com/doc/114002847/Kepercayaan-kepada-tuhan
● https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
● https://www.scribd.com/document/381330449/KEDAULATAN-UNDANG-UNDANG
● https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/53148/memahami-konsep-kedaulatan-
undang-undang
● https://www.malaysiancoin.com/2014/07/sejarah-dan-maksud-rukun-negara-
malaysia.html
● https://www.malaysiakini.com/news/534392
● http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-rukun-negara.html
22