The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MyLink Klinik, 2024-03-23 10:13:17

FLIP CHART PSI SABAH 2024

FLIP CHART PSI SABAH 2024

IMBAS SAYA RISALAH PSI SABAH Penyusuan Susu Ibu PilihanTerbaikUntukBayi DanAnda Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Edisi 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Edisi 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Edisi 2024 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Edisi 2024


Berikut adalah kebaikan susu ibu kepada bayi berdasarkan turutan seperti dalam infografik : Susu ibu mengandungi zat makanan atau nutrien yang lengkap dan merupakan sumber makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu mempunyai kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang mencukupi untuk keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Lemak yang terdapat dalam susu ibu mengandungi asid lemak Omega-3 dan kolesterol yang paling sesuai untuk tumbesaran otak bayi dan kandungan lemak dalam susu ibu juga berubah setiap kali penyusuan. Ia rendah pada permulaan penyusuan (dikenali susu permulaan atau foremilk) dan tinggi di akhir penyusuan (dikenali sebagai susu akhir atau hindmilk). Penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan kerana susu ibu mengandungi antibodi, Lactoferrin dan Lactadherin yang merupakan sebahagian daripada sistem imun badan. Faktor bifidus atau probiotik adalah bahan semulajadi didalam susu ibu yang boleh meningkatkan kadar pertumbuhan bakteria baik di dalam usus bayi. Ia akan bertindak menyelaputi usus bayi, seterusnya melindungi bayi daripada jangkitan kuman. Tambahan itu, susu ibu mengurangkan risiko alahan. Hal ini sebaliknya dengan susu formula kerana kandungan protein yang diubahsuai boleh menyebabkan tindakbalas alahan kepada bayi. Sebagai contoh, tanda-tanda alahan adalah seperti ruam dan cirit-birit. Susu ibu juga mengurangkan risiko cirit-birit berbanding susu formula. Susu formula boleh meningkatkan risiko cirit-birit disebabkan faktor-faktor seperti : i) Botol dan puting tidak dicuci dengan bersih ii) Air bancuhan tidak bersih dan tercemar iii) Pengendalian dan penyimpanan susu formula yang tidak selamat dan bersih Susu ibu membantu dalam perkembangan daya intelek yang lebih baik dimana melalui kajian, bayi yang menyusu susu ibu lebih 6 bulan menunjukkan perkembangan kognitif dan motor yang lebih baik berbanding bayi yang menyusu dalam tempoh hanya 4 bulan. Manakala bayi yang menyusu melebihi 7 hingga 9 bulan menunjukkan tahap kecerdasan minda yang tinggi. Hal ini disokong dengan kehadiran asid lemak rantai panjang atau Docosahexaenoic Acid (DHA) yang penting untuk pertumbuhan otak dan mata. Selain itu, susu ibu turut mengandungi asid amino cysteine dan asid amino taurine yang tinggi dan membantu untuk pertumbuhan otak. Susu ibu dapat mengurangkan risiko masalah gigi dan ortodontik. Penyusuan susu ibu melalui payudara memberikan kesan positif terhadap pembentukan rahang dan otot muka, iaitu dengan penggunaan otot dan tulang secara sinergistik yang seterusnya menghasilkan rahang yang berkembang dengan cantik dan simetri. Apabila rahang berkembang dengan baik, gigi susu juga akan tumbuh dengan teratur dan tersusun rapi. Susu ibu dapat mengurangkan risiko bayi untuk mendapat diabetes di awal usia (juvenileonset diabetes) dan melindungi bayi daripada risiko obesiti, hiperkolesterolemia dan hipertensi apabila dewasa kelak sekaligus mengurangkan risiko kematian pada usia bayi atau awal kanak-kanak. Susu ibu mempunyai suhu yang sesuai untuk diminum oleh bayi dan sedia diminum bila - bila masa sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan. Susu ibu mudah dihadam dimana susu ibu mengandungi enzim penghadaman seperti amylase, lipase, protease yang dapat membantu penghadaman dan memudahkan tenaga serta zat-zat lain yang diperlukan dapat dibekalkan kepada bayi dengan lebih berkesan. Susu ibu mempunyai nisbah protein whey yang lebih tinggi iaitu 60% berbanding 40% untuk susu formula. Nisbah protein whey yang tinggi dalam susu ibu ini adalah yang paling sesuai untuk sistem penghadaman bayi. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.0 KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI


1 2 Pemakanan yang unggul, mengandungi zat makanan yang lengkap dan makanan terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi Melindungi bayi daripada jangkitan penyakit 3 Mengurangkan risiko alahan kepada bayi 4 Mengelakkan masalah cirit-birit Perkembangan daya intelek lebih tinggi Mengurangkan risiko masalah gigi dan ortodontik Suhu yang sesuai untuk bayi dan sedia diminum pada bila-bila masa Mudah dihadam Mengurangkan risiko juvenile - onset diabetes, obesiti dan darah tinggi di peringkat kanakkanak 5 6 7 8 9 KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI


2.1 2.2 2.3 . 2.4 2.5 2.6 2.0 KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU Menjimatkan masadanwang serta mudahdan tidakperlupersediaan. Mengurangkanberatbadan jikadisertaidengan senaman. Nota tambahan : Sebanyak kira-kira 500 kcal akan digunakan daripada lemak yang tersimpan semasa mengandung untuk menghasilkan susu ibu. Mengeratkan kasih sayang antara ibudan anak. Nota tambahan : Apabila ibu menyusukanbayi, hormon oksitosin dirembeskan kedalam darah. Hormon oksitosin jugadipanggil “hormon kasih sayang”.Penyusuan susu ibu juga akan membolehkan ibu meluangkan lebih masadenganbayinya.Keakrabandan keselesaan yangdirasai sewaktu penyusuan mengeratkan lagi hubungandi antara ibudan anak. Membantu menjarakkan kehamilan, jika : i. Ibubelum datang haid. ii. Penyusuan kerapsecara ekslusif(siangdan malam) iii.Bayiberumur kurang6bulan. Mengurangkan risiko kanserpayudaradan ovari. Nota tambahan : Semasapenyusuan susu ibu kadarhormon estrogen berkurangan, maka itu yang mengurangkan risiko kanserpayudaradan ovari. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkanpendarahan selepas bersalin. Nota tambahan : Penyusuan ibu merangsangpembebasan hormon oksitosin. Pengecutan rahim berlaku kerana tindakan hormon oksitosin.


KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA IBU Menjimatkan masadanwang Membantu mengurangkan beratbadan Menjarakkan kehamilan Mengeratkan kasihsayang Membantu mengecutkan rahimdan mengelakkan pendarahan Mengurangkan risikokanserovari danpayudara


Kategori Susu Ibu Susu Formula Pencemaran Bakteria Tiada Ada Faktor Antibodi Ada Tiada Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) Ada Tiada Enzim Ada Tiada Protein Cukup dan mudah dihadam Sukar dihadam Lemak Cukup Tidak Cukup Zat Besi Cukup dan mudah diserap Perlu ditambah dan sukar diserap Vitamin Sedia ada dan cukup Perlu ditambah Air Cukup Tidak cukup dan perlu ditambah Berikut merupakan perbandingan antara susu ibu dan susu formula: Fungsi Enzim Jenis - Jenis Enzim Yang Terdapat Dalam Susu Ibu Biosintesis Phosphoglucomutase, Lactose Synthetase, Fatty Acid Synthetase, Lipoprotein Lipase, Thioesterase Penghadaman Amylase, Lipase, Protease Pengangkutan Xanthine Oxidase (Fe, mMlybdenum), Glutathione Peroxidase (Se), Alkaline Phosphatase (Zn, Mg) Anti - Infektif Lysozyme, Peroxidase, Lipases Faktor tumbesaran dan hormon yang terdapat dalam susu ibu: Faktor Tumbesaran (Growth Factors) Hormon Yang Terdapat Dalam Susu Ibu Epidermal Growth Factors (EGF) Insulin Like Growth Factors (IGF-I) Human Milk Growth Factors (HMGF-I, II, III) Gonadotrophin-releasing Hormone (Gn-RH) Growth Hormone Releasing Factor (GRF) Thyrotrophin-releasing Hormone (TRH) Thyroid-stimulating Hormone (TSH) Prolactin, Insulin, Somatostatin, Relaxin, Calcitonin, Neurotensin Gonadotrophins, Ovarian Hormone,Corticosteroid Cyclic Adenosine Monophosphate (cAMP) Cyclic Guanosine Monophosphate (cGMP) Enzim yang terdapat dalam susu ibu dan fungsinya : 3.0 PERBEZAAN ANTARA SUSU IBU DAN SUSU FORMULA


PERBEZAAN ANTARA SUSU IBU DAN SUSU FORMULA SUSU IBU SUSU FORMULA Pencemaran Bakteria Faktor Antibodi Faktor Pertumbuhan Enzim Protein Lemak Zat Besi Vitamin Air Mudahdihadam Sukardihadam Mencukupi Tidak cukup Mudahdiserap Sukardiserap Mencukupi Perluditambah Mencukupi Perluditambah Kadar ibu yang berjaya menyusukan bayinya adalah tinggi dalam kalangan ibu yang sudah merancang untuk memberi penyusuan susu ibu sebelum bersalin


Tisu lemak payudara memberi bentuk dan saiz payudara. Kelenjar susu terdiri daripada rangkaian alveoli yang mengandungi sel-sel kelenjar (kilang penghasilan susu). Salur Kelenjar Susu (Duktus Susu) menyalurkan susu yang terhasil dari Kelenjar Susu kepada Saluran Susu Utama (Sinus Laktiferus). Saluran Susu Utama menyalurkan susu keluar dari puting. Sel otot Payudara akan mengecut untuk memancutkan susu keluar dari Kelenjar Susu ke dalam Saluran Kelenjar Susu. Salur Kelenjar Susu dan Saluran Susu Utama terdapat di bawah puting dan areola (kawasan hitam). Jika berlaku saluran susu tersumbat, kulit bahagian puting dan tompok hitam akan meregang dan menyebabkan bayi sukar melekap. Jika berlaku bengkak payudara, ibu dinasihatkan memerah susu terlebih dahulu untuk mengurangkan bengkak payudara. Kelenjar Montgomery menghasilkan permukaan berminyak pada areola dan memberikan bau supaya bayi dapat mencari payudara ibu. Saraf yang menerima rangsangan hisapan dan akan menghantar rangsangan ke otak untuk menghasilkan hormon penyusuan (Hormon Prolaktin dan Hormon Oksitosin). 4.0 ANATOMI PAYUDARA 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9


Duktus Sinus Laktiferus Tisu sokongan dan lemak Puting (Susu berkumpul di sini) Kelenjar Montgomery Sel Otot (Hormon Oksitosin membuat sel otot mengecut ) Sel Susu (Hormon Prolaktin mencetuskan penghasilan susu) Duktus ANATOMI PAYUDARA


Bagaimana Tindakan Hormon Prolaktin Hormon ini dirembeskan oleh Kelenjar Pituitari (Kelenjar Pituitari terletak di otak). Prolaktin menyebabkan sel kelenjar di payudara menghasilkan susu. Setiap kali bayi menghisap payudara, hujung saraf yang terdapat di puting ibu akan terangsang. Impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar Pituitari merembeskan Prolaktin ke dalam darah. Prolaktin di bawa di dalam darah ke payudara dan menyebabkan susu terhasil. Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan seterusnya. Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hingga ke penghasilan susu dipanggil Refleks Prolaktin. Kelenjar Pituitari hasilkan lebih banyak Prolaktin pada waktu malam berbanding waktu siang. Maka penyusuan pada waktu malam amat penting untuk pastikan bekalan susu yang baik. Proses penghisapan sangat penting untuk hasilkan susu. Jika bayi banyak menghisap, banyak susu akan terhasil. Jika ibu mempunyai bayi kembar dan kedua-duanya menyusu, ibu tidak perlu bimbang kerana susu yang dihasilkan adalah mencukupi. Prolaktin juga melambatkan aktiviti Ovari. Oleh itu, ibu yang menyusukan bayinya akan lambat didatangi haid. 5.0 PENGHASILAN DAN PENGELUARAN SUSU IBU 5.1 Bagaimanakah Penghasilan Susu Ibu Berlaku? 1) Hormon Prolaktin (Prolactin) yang merangsang Penghasilan Susu 2) Hormon Oksitosin (Oxytocin) yang merangsang Refleks Pengeluaran Susu 5.2 Fisiologi Ringkas Penghasilan Susu Ibu Bagaimana Tindakan Hormon Oksitosin Oksitosin dirembeskan oleh Bahagian Posterior Kelenjar Pituitari. Apabila bayi menyusu, saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak. Hasilnya, Oksitosin dibebaskan ke dalam darah dan dibawa ke payudara. Oksitosin bertindak ke atas otot-otot yang mengelilingi Alveoli dan Sinus Laktiferus dan seterusnya mengeluarkan susu. Proses ini dipanggil Refleks “Let-Down" atau Reflek Oksitosin. Bayi tidak dapat susu yang cukup tanpa refleks ini. Refleks Oksitosin lebih kompleks daripada prolaktin kerana ia melibatkan perasaan dan fikiran ibu. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringatkan bayinya, Kelenjar Pituitari merembeskan Oksitosin. Ini menyebabkan susunya mengalir keluar. Perasan kasih sayang kepada bayi dan keyakinan diri ibu juga merangsang refleks ini. Jika ibu mempunyai masalah yang menyebabkan ibu risau, sakit atau malu, Oksitosin tidak dibebaskan. Oleh itu susu tidak mengalir dengan lancar. Ibu boleh mengurangkan gangguan ini dengan bertenang dan cuba elakkan diri dari tekanan perasaan. Oksitosin juga menyebabkan dinding rahim mengecut dan mengeluarkan uri dari rahim. Jika ibu menyusukan bayi sebaik sahaja selepas bersalin, pendarahan akan berhenti dengan cepat. Ibu yang baru melahirkan, akan merasai sensasi pengecutan rahim yang kuat apabila menyusukan bayinya. Ini adalah normal dan ia akan berakhir. Penerangan Ringkas Berdasarkan Gambar Apabila bayi menghisap payudara ibu, saraf di puting dan areola akan menghantar rangsangan ke Kalenjar Pituitari di otak, dan Hormon Prolaktin dirembeskan ke dalam aliran darah. Prolaktin bertindak di kelenjar susu dan merangsang penghasilan susu. Penghisapan bayi juga merangsang rembesan Hormon Oksitosin dari Kalenjar Pituitari dan merangsang refleks pengeluaran susu. Kurang rangsangan hisapan akan menambah Faktor Penghalang Prolaktin yang akan menghalang fungsi hormon prolaktin. Susu kurang dihasilkan. Sekiranya susu yang telah terhasil tidak dikeluarkan (dihisap atau diperah) kehadiran Feedback Inhibitor of Lactatiton (FIL) iaitu perencat yang menghalang kelenjar susu untuk menghasilkan susu seterusnya. Paras Hormon Prolaktin pada waktu malam adalah lebih tinggi. Penyusuan waktu malam perlu diteruskan untuk memastikan penghasilan susu yang banyak. Penghasilan Susu Penghasilan kolostrum bermula pada bulan ke 7 kehamilan. Horman Prolaktin hadir dalam darah ibu tetapi tidak dapat bertindak untuk mengeluarkan susu kerana dihalang oleh kehadiran Hormon Progesteron & Estrogen serta Human Placenta lactagen (HPL) Setelah bayi dilahirkan, paras semua hormon penghalang menurun secara mendadak, maka Prolaktin dapat bertindak untuk menghasilkan susu. Kebiasaanya semua ibu mempunyai susu walaupun tanpa hisapan bayi kerana Hormon Prolaktin telah sedia ada dan tinggi kandungannya. Peningkatan Penghasilan Susu 2-3 hari hingga 8-10 hari selepas kelahiran, susu mula dihasilkan dan keluar. Fasa ini juga dikenali sebagai “milk coming in” Ketika ini paras Hormon Progesterone dan Estrogen mula menurun dengan yang ketara. Anggapan tiada air susu selepas kelahitan adalah tidak benar. Semua ibu perlu yakin bahawa mereka mempunyai air susu kerana proses penghasilan susu telah bermula pada bulan ke 7 kehamilan. (Faktor psikologi juga boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu). Susu yang terhasil sedikit tetapi mencukupi dengan kapasiti perut bayi yang kecil (20 ml = 4 sudu teh)


Impuls sensori dari puting Terdapat DUA jenis hormon yang terlibat: Prolaktin dihasilkan lebih banyak pada sebelah malam Melambatkan ovulasi Kelenjar pituitari Kelenjar pituitari Impuls sensori dari puting PROLAKTIN Dirembeskan SELEPAS penyusuan untuk menghasilkan susu pada penyusuan berikut Hipothalamus Oksitosin dalam darah Refleks Pengeluaran Susu Hipothalamus Prolaktin dalam darah Penghasilan Susu OKSITOSIN Dirembeskan SEBELUM dan SEMASA penyusuan untuk pengaliran susu Oksitosin yang dirembeskan ke dalam darah akan bertindak mengecutkan rahim. PENGHASILAN DAN PENGELUARAN SUSU PENGHASILAN DAN PENGELUARAN SUSU


Penyusuan susu ibu akan menjarakkan kehamilan dengan syarat: 1. Bayi menyusu secara eksklusif. 2. Bayi menyusu dengan kerap. Jika air atau susu formula diberi dalam masa 6 bulan pertama, kesan kebaikan kolostrum berkurangan. Ginjal bayi yang belum cukup matang akan mengendalikan cecair yang banyak dan akan membebankan. Jika bayi banyak menghisap, banyak susu akan terhasil. Kekerapan dan teknik hisapan adalah sangat penting untuk menghasilkan susu yang cukup. *Jika semua syarat ini dipatuhi, risiko berlaku kehamilan adalah 2%. Kandungan laktosa dalam susu pra-matang lebih rendah daripada susu matang. Namun, susu pra-matang sangat tinggi dengan kandungan protein, IgA, dan laktoferin di mana sangat sesuai untuk keperluan bayi pra-matang. Perubahan Kandungan Susu Ibu Penyusuan susu ibu eksklusif bermaksud bayi diberi susu ibu sahaja. Tidak diberi makanan atau minuman lain. Oral Rehydration Salt (ORS), vitamin, mineral atau ubat-ubatan boleh diberikan atas sebab-sebab perubatan dengan nasihat anggota kesihatan. (Nota: Bayi yang diberi susu ibu yang diperah daripada ibunya sendiri atau ibu susuan juga bermaksud bayi tersebut masih menyusu secara eksklusif.) Penyusuan susu ibu perlu mengikut kehendak bayi (apabila bayi ada menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu). Penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi enam bulan pertama tanpa sebarang minuman atau makanan lain dapat membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama. Ini bermakna penyusuan susu ibu perlu diberi sehingga genap enam bulan iaitu 26 minggu atau 180 hari. Kepentingan: 1. Hanya susu ibu sahaja makanan yang paling sesuai untuk bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. 2. Penghasilan susu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap. 3. Mengelakkan bengkak payudara. 4. Menjarakkan kehamilan untuk penyusuan eksklusif pada 6 bulan pertama. 6.0 KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA ATAU SECARA EKSKLUSIF 4. Semasa penyusuan Susu awal (foremilk) lebih cair bagi menghilangkan dahaga bayi. Susu selepas beberapa ketika penyusuan (hindmilk) mengandungi lebih tinggi lemak untuk memberi rasa kenyang kepada bayi. Keunikan susu ibu: Susu setiap ibu adalah amat sesuai dengan anaknya dan akan berubah-ubah mengikut keperluan bayi. Kandungan susu ibu berbeza mengikut: 1. Individu 2. Waktu penyusuan Kandungan dan kuantiti susu pada waktu malam dan siang adalah tidak sama. Kelenjar pituitari menghasilkan lebih banyak hormon prolaktin pada waktu malam. Oleh itu, ibu akan menghasilkan lebih banyak susu pada waktu malam. 3. Peringkat kandungan Sebagai contoh, kandungan susu bulan pertama tidak sama dengan kandungan susu pada bulan ke-3. Protein Protein - 50-100% lebih tinggi pada 4-7 minggu pertama Sodium Sodium - 30-150% lebih tinggi pada 4-6 minggu pertama Klorida Klorida - 30-80% lebih tinggi pada 3-4 minggu pertama Potassium Potassium - 30-75% lebih tinggi pada 3-4 minggu pertama IgA IgA - Sangat tinggi pada 2-30 bulan pertama Asid Lemak Rantai Sederhana Asid Lemak Rantai Sederhana - 40-80% lebih tinggi pada 3 bulan pertama. Asid Lemak Politaktepu Asid Lemak Politaktepu - 40-70% lebih tinggi dalam kolostrum dan susu peralihan (transition milk) Enzim dan Faktor Tumbesaran Enzim dan Faktor Tumbesaran - Kandungannya sama dalam susu matang 3. Jarak antara penyusuan tidak boleh melebihi 6 jam. 4. Ibu masih belum haid.


Berikan bayi penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi. POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA Penyusuan susu ibu secara eksklusif atau sepenuhnya bermaksud: Menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja (sama ada daripada ibunya atau ibu susuan, termasuk susu perahan) Tiada minuman lain termasuk air kosong Tiada makanan tambahan Oral Rehydration Salt (ORS), vitamin, mineral dan ubat-ubatan boleh diberikan atas nasihat anggota kesihatan PENYUSUAN SUSU IBU EKSKLUSIF PENYUSUAN SUSU IBU EKSKLUSIF Lahir 6 bulan Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan. 1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan 5 bulan 2 tahun PENYUSUAN SUSU IBU + MAKANAN PELENGKAP PENYUSUAN SUSU IBU + MAKANAN PELENGKAP 0 hari 30 hari 60 hari 90 hari 120 hari 150 hari 180 hari 720 hari 9 bulan 12 bulan 15 bulan 18 bulan 21 bulan 270 hari 360 hari 450 hari 540 hari 630 hari 1000 hari pertama kehidupan = 270+10 hari (usia kandungan) + 720 hari (sehingga 2 tahun) #AnakMalaysiaSihat #AnakSabahSihatSejahtera PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF


1.Mengeratkan hubungan ibu dan bayi melalui sentuhan kulit dalam tempoh masa 1 jam selepas kelahiran 2.Pemberian susu awal atau kolostrum yang kaya dengan protein dan antibodi mencegah bayi daripada infeksi 3.Rooting reflex (mencari-cari puting payudara) dan gerakbalas hisapan amat kuat dalam masa 1-2 jam pertama 4.Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu 5.Memastikan bayi mendapat semua kolostrum pada 1-3 hari pertama 6.Penyusuan yang pertama memastikan kejayaan penyusuan susu ibu yang seterusnya 7.Membantu pengecutan rahim untuk mengelakkan pendarahan selepas bersalin(tumpah darah) 8.Mengelakkan jaundis atau penyakit kuning –bayi yang segera disusukan akan mengeluarkan mekonium dengan lebih cepat. Kolostrum ialah susu awal yang dihasilkan oleh payudara pada bulan ke 7 kehamilan dan selepas kelahiran. Ia adalah makanan paling sempurna untuk bayi. Kolostrum adalah cecair pertama berwarna kekuningan dan pekat. Ia dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi. Kandungan protein, vitamin A dan E lebih tinggi dari susu matang. Imunoglobulin dan sel darah putih dalam kolostrum memberi perlindungan anti-infektif kepada bayi. Kolostrum menyaluti usus bayi, melindungi daripada kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Ia adalah imunisasi pertama terhadap bakteria dan virus. Ia juga membantu pembiakan kuman ‘baik’ di dalam usus bayi. Ia mengandungi Faktor Pertumbuhan yang membantu kematangan usus dan mencegah alahan. Ia juga bertindak sebagai laksatif yang membantu bayi membuang najis dan mencegah jaundis. 7.0 KEPENTINGAN PENYUSUAN AWAL ATAU SEBAIK SAHAJA DILAHIRKAN 7.1 Apa itu kolostrum ? 7.3 Komposisi Kolostrum Berbanding Susu Matang Kandungan Zat Dalam Susu Kolostrum (per 100ml) Susu Matang (> 30 hari) (per 100ml) Tenaga (kcal) 58 70 Laktosa (g) 5.3 7.3 Protein (g) 2.3 0.9 Antibodi IgA (mg) 364 142 Lactoferin (mg) 330 167 Lemak (g) 2.9 4.2 Kolesterol (mg) 27 16 Vitamin A (µg) 89 47 Vitamin E (µg) 1280 315 Vitamin K (µg) 0.23 0.21 Potassium (mg) 74 58 Sodium (mg) 48 15 7.2 Soalan-Soalan Lazim Mengenai Najis Bayi Perbezaan Warna Najis Bayi Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kepejalan dan warna, daripada lembut dan berwarna kuning cair kepada warna kuning dengan tompok-tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal. Apa yang akan dibuang oleh bayi yang baru lahir ? Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar ditanggalkan, mekonium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik. Selepas satu atau dua hari, apabila penyusuan menjadi kebiasaan dan semua mekonium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan. Bagaimanakah rupa najis bayi saya jika saya memberinya susu badan ? Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari "susu pertama" bertindak sebagai julap yang membantu menolak mekonium keluar daripada badan bayi. Setelah ibu mula menghasilkan susu transisi atau susu matang, iaitu selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Pada minggu-minggu terawal, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap kali menyusu, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberinya makanan pejal, apabila bayi kurang sihat, atau jika dia mula kurang menyusu. Bagaimanakah rupa najis bayi jika diberi susu formula ? Jika bayi minum susu formula, najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis bayi yang diberikan susu ibu. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat, seakanakan najis orang dewasa. Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula perlu membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa kerana najisnya lebih besar. Lebih lama najis berada dalam usus, lebih keras ia akan jadi dan lebih sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan sembelit.


berjayamendapat KOLOSTRUM 20 ml = 4 x sudu teh 200 ml = 40 x sudu teh kapasiti perut bayi baru lahir Kapasiti perut pada umur 1 tahun Anggarankapasiti perut bayi untuk sekali penyusuan Mekonium najis susu ibu Bertindak sebagai imunisasi pertamamenentang bakteria baik untuk usus bayi Kaya denganantibodi, protein, vitamina & e Bertindak sebagai paint coatingmelindungi usus bayi daripada jangkitan Membantu bayimengeluarkan mekoniumbagimencegah jaundis (penyakit kuning) Cecair pertama berwarna kekuningan dan pekat dihasilkan dalamkuantiti yang sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi apa itu kolostrum 01 Berjaya EKSLUSIF 02 Memastikankejayaan PenyusuanSusu Ibu secara EKSKLUSIF Memastikanbayimendapat KOLOSTRUMdengancepat kerana bayi baru lahir mempunyainalurihisapanyang kuat (rootingReflex) Keistimewaan kolostrum KEPENTINGAN PENYUSUAN AWAL ATAU SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN KEPENTINGAN PENYUSUAN AWAL ATAU SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN


8.0 KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN Haba dari badan ibu menstabilkan suhu badan bayi untuk mengurangkan kesejukan pada badan bayi. 1. Bayi akan menjadi lebih tenang kerana merasa dan mendengar degupan jantung ibu (seperti keadaan dalam rahim ibu). Dengan itu, bayi akan kurang menangis. 2. 3.Mengeratkan kasih sayang dan membantu memulakan penyusuan. Bakteria baik yang terdapat pada kulit ibu akan dipindahkan ke dalam usus bayi. Seterusnya, bakteria baik ini akan membentuk koloni dalam usus bayi secara semula jadi. 4. Pelukan kangaroo adalah satu teknik dakapan ibu kepada bayinya selama beberapa jam atau sekiranya perlu, berterusan selama beberapa hari. Teknik ini biasa dilakukan kepada bayi pramatang atau bayi rendah berat lahir, kurang daripada 1.5kg bertujuan untuk menstabilkan suhu badan bayi. Bayi hanya dipakai diaper dan topi, didakap ke dada ibu dan dibalut bersama badan ibu dengan kain agar haba dapat dipindahkan daripada badan ibu kepada bayi. Di Malaysia, bagi memastikan semua ibu mendapat faedah kepentingan sentuhan kulit ke kulit, kerajaan telah mewajibkan semua ibu yang bersalin di fasiliti kerajaan diberi sentuhan kulit ibu dan bayi selama 1 jam atau lebih sebaik sahaja bayi dilahirkan. Petikan daripada Langkah 4- Polisi Penyusuan Susu Berdasarkan Kriteria Baru Hospital Rakan Bayi 2009 “Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran. Bayi menerima sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Bantu ibu untuk mengenalpasti tanda-tanda bayi mahu menyusu dan berikan bantuan sekiranya perlu”. kangaroo care (pelukan kangaroo) Polisi Hospital rakan Bayi di Malaysia


(Sentuhan kulit ke kulit adalah meletakkan bayi tanpa pakaian ke atas kulit dada ibu) merangsangpengaliran dan penghasilan susu Melindungibayidaripada infeksi bakteria Mengeratkan hubungan ibudan bayiuntuk memulakan penyusuan susuibu BayiTenangdan TIDAK KEsejukAN Di Malaysia, bagi memastikan semua ibu mendapat faedah kepentingan sentuhan kulit ke kulit, kerajaan telah mewajibkan semua ibu yang bersalin di fasiliti kerajaan diberi sentuhan kulit ibu dan bayi selama 1 jam atau lebih sebaik sahaja bayi dilahirkan. KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN


Selepas dilahirkan, pastikan bayi tidak dipisahkan dengan ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan. Menggalakkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi. Ia juga dapat mengurangkan perasaan bimbang ibu. Ibu tidak akan berasa risau apabila terdengar bayi menangis di tempat jagaan bayi kerana boleh melihat bayinya yang sentiasa berada di sisinya. Ibu dapat meluangkan masa dengan bayi supaya ibu menjadi lebih yakin dalam penjagaan bayinya. 1. Boleh merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu. Ini dapat memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi. 2. Bayi boleh mendapat susu yang mencukupi. Penyusuan susu ibu dapat diteruskan dengan lebih berkesan dan lebih lama , seterusnya bayi akan lebih cepat mencapai peningkatan berat badan. 3. Penyusuan ibu menjadi lebih mudah apabila ibu berada dekat bersama bayi. Ibu boleh terus menyusukannya pada bila-bila masa apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ini boleh membantu pengeluaran susu yang mencukupi. 4. Untuk membantu bayi tidur lebih nyenyak dan kurang menangis. Jika dipisahkan, waktu tidur ibu dan bayi akan terganggu kerana sebelum kelahiran ibu dan bayi mempunyai persamaan waktu tidur / jaga. 5. Bayi yang sentiasa berada bersama ibunya kurang terdedah kepada jangkitan kerana dijaga oleh ibunya (di rumah / wad bayi) berbanding dengan bayi yang dijaga di tempat penjagaan bayi / wad bayi 6. Soalan-soalan Lazim daripada ibu-ibu – Kenapa anak saya kerap menangis walaupun sudah rooming-in? 9.0 KEPENTINGAN BAYI DAN IBU SENTIASA BERSAMA (ROOMING IN) Lapar – jarang menyusu, hisapan kurang efektif, penyusuan terlalu singkat. Berpisah – tidak cukup hubungan mesra antara ibu dan anak Lebih gangguan – terlalu ramai orang yang menjaga bayi, terlalu bising atau terlalu banyak cahaya lampu, pakaian terlalu ketat Tidak sihat atau sakit – sakit telinga, tumbuh gigi, gastrooesophageal reflux, kesan suntikan, alahan, dermatitis Perut kembung dan berangin – mungkin ada kaitan dengan usus. Bermula secara spontan, membuatkan bayi tidak selesa (Tidak ada kaitan dengan cara pemakanan dan akan berhenti spontan selepas bayi berusia 3 bulan). Ubat-ubatan ibu Tembakau atau kafein


4. Ibu dapat menyusukan bayi bila-bila masa mengikut kehendak bayi dan ibu 3. Bayi boleh mendapat susu yang mencukupi 5. Bayi tidur lebih nyenyak dan kurang menangis 2. Boleh merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu 1. Dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak 6. Kurang terdedah kepada risiko jangkitan penyakit KEPENTINGAN BAYI DAN IBU SENTIASA BERSAMA KEPENTINGAN BAYI DAN IBU SENTIASA BERSAMA


Membuka mulut dan mencari-cari payudara Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup atau terbuka Membuat pergerakkan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir Menghisap atau menggigit jari, tangan, selimut atau kain atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya Mengerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan (soft whimper sounds) atau mungkin menangis BREASTFEEDING JAUNDICE BREAST MILK JAUNDICE Disebabkan bayi tidak mendapat susu ibu yang cukup. Berlaku pada bayi pada hari ke 10-14 selepas bayi dilahirkan. Jumlah susu dihisap tidak cukup memberi rangsangan penuh untuk pergerakan salur penghadaman untuk mengeluarkan bilirubin dari tubuh bayi. Penyebab sebenar adalah "unknown" tetapi kemungkinan disebabkan Kompleks Steroid, 3-a, 20-ẞ pregnanediol dalam susu ibu yang merencat tindakbalas hepatic glucuronyl transferase dalam tubuh bayi. Namun begitu, tiada bukti saintifik mengesahkan keadaan ini. Berlaku apabila bayi menyusu tidak kerap atau bukan mengikut kehendak bayi atau tempoh penyusuan yang singkat. Jaundis ini mungkin berpanjangan tetapi akan hilang dengan sendiri selepas minggu ke-12 usia bayi. Breast Milk Jaundice tidak memberi kesan kerencatan pada otak bayi. Pastikan bayi disusui dengan lebih kerap dan tingkatkan tempoh masa penyusuan. Perkara penting yang perlu ditekankan kepada semua ibu adalah mereka boleh terus menyusui bayi mereka dengan Pegawai Perubatan memantau tahap Serum Bilirubin bayi mereka. 10.0 KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI 10.3 Perbezaan Breastfeeding Jaundice dan Breast Milk Jaundice 10.1 Definisi "Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi" Kekerapan dan tempoh penyusuan susu ibu ditentukan oleh keperluan serta tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi. Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi (on demand) atau dorongan bayi (baby-led feeding) kerana 10.5 Corak penyusuan yang biasa bagi bayi baru lahir cukup bulan dan sihat Ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mengikut kehendak bayi. Walaubagaimanapun, sekiranya didapati bayi kurang menyusu ibu digalakkan untuk menyusu setiap 1-3 jam pada 2 hingga 7 hari yang pertama selepas kelahiran atau 8-12 kali dalam masa 24 jam. Penyusuan pada waktu malam penting bagi memastikan penghasilan susu yang cukup serta menghalang proses ovulasi. Semasa fasa tumbesaran pantas (rapid growth), bayi akan merasa lebih lapar daripada biasa dan menyusu dengan lebih kerap. Biarkan bayi menyusu mengikut dorongannya sendiri. Ia akan memberi kepuasan dan keselesaan kepada bayi dan juga ibu (sekiranya payudara penuh). 10.4 Apakah tanda-tanda menunjukkan bayi berjaya mendapat air susu? 1. Bayi akan menerima kolostrum yang cukup. 2. Bayi akan dapat semua nutrien yang cukup untuk tumbesarannya. Risiko ibu untuk memulakan makanan tambahan atau minuman lain sebelum bayi mencapai umur 6 bulan dapat dielakkan. Ini dapat memanjangkan tempoh penyusuan susu ibu. 3. 4. Membantu mengurangkan kesan jaundis. 10.2 Tanda-tanda bayi ingin menyusu Biasanya bayi menegangkan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur tenang. i. Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur. ii.


kolostrum Bayi akan menerima kolostrum yang cukup nutrien Bayi akan memperolehi nutrien yang cukup untuk tumbesarannya kesan jaundis Membantu mengurangkan kesan jaundis memanjangkan tempoh penyusuan Ini dapat memanjangkan tempoh penyusuan susu ibu dan risiko ibu untuk memulakan makanan tambahan atau minuman lain sebelum bayi mencapai umur 6 bulan dapat dielakkan. KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU MENGIKUT KEHENDAK BAYI


Ibu memberitahu bayi kerap menangis, kelihatan tidak puas selepas menyusu, menyusu terlalu singkat/ lama, enggan hisap payudara yang kosong, mengantuk dan tidak berminat untuk menyusu. Ibu juga memberitahu payudaranya tidak berasa penuh, tidak tegang, tidak mampu memerah atau tiada air susu. Tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Yang Mencukupi Tanggapan Peningkatan berat badan kurang daripada 500g sebulan dan tidak mengikut graf tumbesaran. Berat badan bayi kurang daripada waktu lahirnya. Air kencing bayi sedikit, warna kuning, berbau dan kurang daripada 6 kali sehari. Najis sedikit, keras, kering, berwarna hijau. Bayi keletihan, mengantuk dan menangis dengan lemah. PUNCA Faktor Penyusuan Lekapan yang lemah menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu yang kurang. Masa penyusuan terlalu singkat, tidak mendapati susu akhir. Jarang menyusu, tidak mengikut kehendak bayi. Tidak menyusu di waktu malam. Penggunaan botol atau puting tiruan. Pengambilan alkohol atau kafein oleh ibu. PUNCA Faktor Bayi Sakit. Tidak cukup bulan, bayi lemah untuk menghisap secara efektif. Pertumbuhan mendadak pada umur 6 minggu dan 3 hingga 6 bulan, iaitu selera bayi bertambah. Tidak normal seperti bibir sumbing, tongue-tie. Otot lemah. Kurang keyakinan diri – ibu muda, tidak berpengalaman, pernah gagal untuk menyusukan bayi, bimbang bentuk payudara berubah, tekanan keluarga atau rakan sebaya. Tidak suka menyusu bayi, bayi enggan menyusu, pernah mendapat trauma atau penganiayaan seksual. Letih yang keterlaluan. Sedih. Faktor Psikologi SIMPTOM Tajuk ini menekankan akan kepentingan penyusuan susu ibu yang dimulakan oleh ibu. Menyusukan bayi dengan kerap adalah penting kerana : 1.Penyusuan yang kerap akan meningkatkan penghasilan susu. Mengurangkan jaundis atau penyakit kuning. (Pemecahan sel darah merah dalam darah bayi akan menghasilkan bilirubin yangmenyebabkan jaundis. Apabila bayi menyusu dengan lebih kerap, bayi akan membuang kencing 6-8 lampin basah dan najis 3-8kali sehari. Ini akan menyebabkan bilirubin akan disingkirkan dari badan menerusi kencing dan najis dan mengurangkan risiko jaundis). 2.Mengelakkan bengkak payudara kerana susu boleh dikeluarkan secara berterusan dan tidak tersimpan terlalu di lama dalampayudara. 3. Cadangan Pengendalian : Meminta ibu menyusukan bayi lebih kerap mengikut kehendak bayi Nasihatkan ibu tidur berdekatan bayi dan menyusukan bayi setiap malam apabila tahap prolaktin tinggi Perbetulkan posisi dan pelekapan Ubahsuai ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi susu Minta ibu perah susu selepas setiap kali ‘penyusuan jangka masa pendek’ sehingga bekalan susu meningkat. Elakkan penggunaan botol. Gunakan cawan untuk memberi susu perahan Nasihatkan ibu berehat dan tenang semasa menyusukan bayi 11.1 Tips untuk memastikan air susu cukup ii. Berat badan meningkat : Setiap bayi membesar mengikut lengkuk pertumbuhannya sendiri Sebagai panduan, berat badan bayi meningkat dua kali daripada berat lahir pada usia 5-6 bulan Menjelang 12 bulan, berat badan meningkat 3 kali daripada berat lahir 11.2 Tanda-tanda bayi mendapat susu yang cukup Bayi sangat mengantuk disebabkan pramatang Penyakit kuning Kesan penggunaan ubat semasa proses kelahiran Payudara ibu terlalu penuh dan ibu rasa tidak selesa Bayi tidur lebih dari 2 jam i. Lampin basah : Dalam sehari, 6-8 lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berrwarna kuning pucat Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 3 - 8 kali dalam sehari dengan najis yang lembut berbintil-bintil kekuningan dan berbau masam. Selepas sebulan, kekerapan bayi membuang air besar akan berkurangan. Salah satu sebab diberi apabila ibu berhenti menyusukan bayi ialah ‘tidak cukup susu’. Ibu membuat tanggapan bekalan susunya tidak cukup. Sama ada tanggapan ini betul atau tidak, bekalan susu yang kurang boleh dirawat. Bayi harus disusukan secepat mungkin selepas sahaja dilahirkan. Bayi harus disusukan mengikut kehendak bayi bukan mengikut sela masa jam. Ibu perlu memastikan teknik penghisapan adalah betul. Ibu yang bekerja perlu mempelajari teknik memerah susu dan cara memberi susu perahan yang betul. Perah susu di tempat kerja. Jika boleh, gunakan double pump untuk memerah susu bagi menjimatkan masa. Jangan menggunakan botol susu/ puting tiruan. Pastikan bayi tidak diberi makanan pelengkap terlalu awal bagi yang berumur kurang dari 6 bulan. Ibu perlu mengejutkan bayi untuk disusukan jika : Mulakan penyusuan sebaik sahaja payudara penuh atau bila-bila bayi perlukan. Biarkan bayi habis menyusu di payudara pertama (tidak kira kiri atau kanan) sehingga kenyang (tanda bayi kenyang iaitu bayi lepaskan sendiri, tertidur atau kelihatan puas). Jika bayi masih belum kenyang, susukan pada payudara kedua. Untuk penyusuan seterusnya, mulakan dengan payudara kedua pula. Nasihat yang perlu diberikan kepada ibu mengenai kekerapan dan tempoh masa penyusuan adalah: Bayi perlu disusukan apabila menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu atau lapar. Bayi perlu disusukan selama yang bayi mahu. Bayi perlu disusukan apabila ibu berasa payudaranya penuh. 11.0 KEPENTINGAN MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP 11.3 Tidak cukup susu


Bayi perlu disusukan dengan kerap mengikut kehendak bayi, termasuk penyusuan di waktu malam bagi memastikan bayi mendapat susu yang cukup. Antara tips nya adalah..... Susukan bayi secepat mungkin selepas di lahirkan. Pastikan teknik penghisapan yang betul bagi mengelakkan puting luka. Jika ibu bekerja, perah susu di tempat kerja supaya payudara tidak bengkak. Payudara yang kerap bengkak, berisiko menjadi punca air susu berkurangan. Tidak menggunakan botol susu/puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan menyebabkan bayi tidak mahu menyusu di payudara. Susukan bayi dengan kerap selama mana bayi mahu atau apabila payudara ibu terasa penuh, walaupun ketika itu bayi tidak mahu memulakannya. Perah susu ibu selepas menyusukan bayi, jika payudara masih penuh. Perah susu ibu sekiranya perlu berpisah dengan bayi agar bekalan susu ibu sentiasa ada. Jangan mulakan makanan pelengkap sebelum bayi berumur 6 bulan. Bayi akan tidur lebih lena dan nampak sihat serta cergas semasa bangun dari tidur. Bayi yang disusukan dengan cukup akan berasa puas selama 1 hingga 2 jam diantara waktu menyusu. KEPENTINGAN MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP KEPENTINGAN MENYUSUKAN BAYI DENGAN KERAP


Ada banyak cara untuk memegang bayi semasa menyusu contohnya duduk, berbaring, berdiri dan berjalan. Jika Ibu duduk untuk menyusu, ibu perlu pastikan: Selesa dengan belakang badan bersandar. Kaki hendaklah selesa dan tidak tergantung. Sekiranya perlu, letak sesuatu agar tapak kaki diampu. Pastikan ibu jari berada di pinggir areola atau lebih kurang 1 sendi ibu jari dari puting ibu. Jari-jari yang lain mengampu payudara. Cara ini dipangggil pegangan “C”. 12.0 KEPENTINGAN POSISI YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN 12.1 Posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu adalah amat penting kerana: Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi. Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting. Memastikan proses penghasilan susu ibu adalah berterusan. Posisi Ibu: Kepala, bahu dan tubuh bayi selari menghadap ibu. Muka bayi menghadap payudara dan hidung bayi bertentangan dengan puting. Badan bayi rapat ke badan ibu. Perut bayi bertemu perut ibu. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu. Posisi bayi: Empat perkara penting memposisikan bayi untuk penyusuan: Memposisikan bayi dengan betul adalah penting bagi memastikan pelekapan mulut bayi ke payudara ibu menjadi lebih mudah dan betul. Bayi boleh dipegang dengan pelbagai cara pegangan seperti: i) Cradle hold (Cara Pengangan Buaian). Cara pangkuan yang paling kerap dipraktiskan. ii) Cross Cradle Hold (Cara Pegangan Silang). iii) Football Hold (Cara Pengangan bola sepak). Sesuai untuk ibu caesarean kerana badan bayi tidak menimpa perut ibu. Tajuk ini perlu diterangkan berserta demonstrasi Cradle Hold Cross Cradle Hold Football Hold 12.2 Kepentingan posisi bayi yang betul


Posisibayi yangbetul: Ada 4 perkara utama yang penting perlu dipatuhi bagi memastikan posisi atau pegangan bayi adalah betul: 1.Kepala, bahu dan tubuh bayi selari menghadap ibu. Muka bayi menghadap payudara dan hidung bayi bertentangan dengan puting. 2. Badan bayi rapat ke badan ibu. Perut bayi bertemu perut ibu. 3. 4.Kepala, bahu dan punggung bayi diampu. Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu. Posisi ibu yangbetul: KEPENTINGAN POSISI YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN KEPENTINGAN POSISI YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN


1. Sentuh bibir bayi dengan puting ibu hingga mulut bayi terbuka luas. 2. Bila mulut bayi terbuka luas, masukkan areola secara lembut dengan cepat ke dalam mulut bayi. 3. Ibu perlu perhatikan semasa penyusuan ini: i) Dagu bayi menyentuh payudara ibu ii) Sebahagian besar areola ibu berada di dalam mulut bayi. iii) Bibir bayi melangkup keluar v) Pipi bayi kelihatan penuh atau gelembung 13.0 KEPENTINGAN PELEKAPAN MULUT BAYI KE PAYUDARA IBU DENGAN BETUL • Mulut bayi tidak terbuka luas. • Bibir bawah tertarik ke dalam. • Dagu bayi jauh daripada payudara. • Bayi menghisap di bahagian puting. 13.1 Cara pelekapan bayi ke payudara ibu: Tajuk ini perlu diterangkan berserta demonstrasi 13.2 Tanda-Tanda Pelekapan Yang Salah:


Pastikan dagu bayi menyentuh payudara ibu. Bibir bayi kelihatan melangkup keluar apabila menghisap areola. Masukkan keseluruhan atau sebahagian besar tompok gelap (areola) ke dalam mulut bayi. Sentuh bibir bayi dengan puting hingga mulut bayi terbuka luas. PELEKAPAN YANG BETUL PELEKAPAN YANG BETUL


1. Pipi bayi kelihatan penuh atau gelembung dan sebahagian besar areola ibu berada di dalam mulut bayi. 2. Apabila bayi telah mendapat air susu, bayi akan menyusu secara beritma dengan tenang iaitu bayi: i) Menghisap perlahan dan mendalam ii) Menelan (ibu mendengar bunyi bayi menelan) iii) Bernafas 3. Setelah bayi selesai menyusu, bayi akan melepaskan payudara dengan sendiri dan kelihatan puas. 13.3 PENGHISAPAN BAYI YANG BETUL • Penghisapan yang pantas. • Kedengaran bunyi berdecap atau ber“klik”. • Pipi bayi mencengkung ke dalam. Bayi gelisah dan tidak tetap pada payudara, menghisap dan melepaskannya dengan kerap. • Bayi kelihatan tidak puas di akhir penyusuan. 13.3.1 Tanda-tanda penghisapan bayi yang betul Tajuk ini perlu diterangkan berserta demonstrasi 13.3.2 Tanda-Tanda Bayi Menghisap Dengan Tidak Berkesan:


Pipi bayi kelihatan penuh dan cembung semasa menyusu. Bayi akan menghisap dengan perlahan, mendalam dan kedengaran bunyi menelan dengan ritma penghisapan seperti hisap‐ telan‐bernafas dengan tenang. Jika bayi melekap pada payudara dengan betul, puting susu dan kebanyakkan bahagian areola sepatutnya berada di dalam mulut bayi. PENGHISAPAN YANG BETUL PENGHISAPAN YANG BETUL


Cara Pengendalian: Bina keyakinan bahawa ibu mampu menyusukan bayi seawal dari kelahiran. Diagnosa atau rawatan semasa mengandung tidak diperlukan. Pastikan bayi menghisap payudara, bukan puting dengan memasukkan sebanyak mungkin tisu payudara ke dalam mulut bayi. Tidak disyorkan menggunakan breast shells atau senaman tertentu semasa mengandung Keregangan puting lebih penting dari saiz puting. Keregangan akan bertambah baik semasa mengandung dan seminggu selepas kelahiran. Cara Pengendalian: Bina keyakinan bahawa ibu mampu menyusukan bayi seawal dari kelahiran. Dapatkan bantuan praktikal semasa di dalam bilik bersalin seperti sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi mencari sendiri payudara ibu dan bantu bayi melekap dengan posisi yang betul. Pastikan bayi memasukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulutnya dan menghisap areola bukan puting. Hisapan bayi akan menarik puting ibu keluar. Lakukan lebih banyak sentuhan kulit (skin to skin) agar bayi dapat belajar mengenal payudara dan melekap dengan sendirinya. Pastikan anda menyusu bayi dengan posisi yang betul seperti mencuba posisi tertentu iaitu posisi mendakap (bawah ketiak) untuk memudahkan bayi melekap. Keluarkan puting ibu dengan picagari atau urutan selama beberapa minit sebelum menyusukan bayi untuk membantu bayi menghisap dengan lebih baik. Cara Pengendalian: Puting yang panjang atau besar akan menyebabkan kesukaran untuk bayi melekap dengan sempurna. Dapatkan bantuan dalam posisi dan pelekapan yang berkesan iaitu bayi melekap pada saluran susu (areola) bukan hanya menghisap puting. Sekiranya bayi masih gagal menghisap dengan cara yang berkesan, ibu perlu memerah susu dan berikan menggunakan cawan sehingga bayi mampu menyusu di payudara ibu. Payudara Penuh Terasa panas Berat Keras Susu mengalir Tiada demam Payudara Bengkak Sakit Bengkak Tegang terutama di bahagian puting Berkilat dan tampak merah Susu tidak mengalir Kemungkinan demam selama tempoh 24 jam 14.1 Kaedah pengendalian keadaan puting bagi menjayakan penyusuan susu ibu: 14.0 MASALAH-MASALAH PUTING TIP Perbezaan Payudara Yang Penuh Susu dan Payudara yang Bengkak Puting tenggelam Puting leper Puting panjang


MASALAH- MASALAH PUTING MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU Puting tenggelam Puting leper Puting panjang


14.2 Masalah - Masalah Penyusuan Susu Ibu Tanda- tanda Payudara bengkak, berkilat, tegang dan keras Payudara rasa panas, sakit dan berdenyut Susu tidak mengalir Cara Pengendalian Lakukan urutan perlahan. Tuam payudara menggunakan tuala suam untuk melancarkan aliran susu/ mandi air panas. Perah susu sedikit untuk mengurangkan ketegangan sebelum menyusukan bayi. Pastikan teknik penyusuan berkesan untuk mengelakkan payudara bengkak semula. Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Bengkak payudara adalah disebabkan peningkatan susu, cecair tisu dan darah yang mengganggu pengaliran susu. Penyebab Lambat memulakan penyusuan. Teknik penyusuan tidak berkesan. Susu tidak dikeluarkan secara efektif. Bayi kurang menyusu. Bayi menyusu mengikut jadual. Bayi diberi susu gantian. Tanda- tanda Terdapat ketulan pada payudara dan berasa sakit. Ibu selalunya berasa sihat dan tidak demam. Cara Pengendalian Tuam payudara dengan tuala suam. Urut perlahan di kawasan yang tersumbat ke arah puting sebelum dan semasa bayi menyusu. Posisikan bayi agar dagunya mencecah bahagian yang tersumbat Elak pakaian ketat terutama coli ibu. Jika ada liang pada puting (bleb/blister) tuam dengan air suam atau minyak sayuran seperti (minyak zaitun, minyak kelapa, minyak sawit dsb. Ini akan melembutkan kawasan tersebut dan liang terbuka semula. Keadaan di mana susu tidak dapat dikeluarkan daripada mana-mana bahagian payudara. Penyebab Keadaan bengkak susu yang tidak dirawat. Kecederaan pada tisu payudara. Tekanan pada bahagian payudara (tekanan jari, posisi penyusuan atau pakaian yang tidak sesuai). Bukaan liang pada puting yang tersumbat kerana susu kering, kulit nipis atau kuping luka. Tanda- tanda Payudara berasa sakit dan panas. Kulit payudara merah pada bahagian bengkak sahaja. Ibu mengalami demam, menggigil dan kesakitan. Cara Pengendalian Nasihatkan ibu untuk berjumpa dengan pengamal perubatan dengan segera. Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Lakukan urutan ringan sebelum atau semasa menyusu. Teruskan menyusu dengan teknik penyusuan yang berkesan. Rehat dan minum air secukupnya. Jika bayi tidak mahu menyusu di payudara, perah susu untuk diberikan kepada bayi. Mastitis selalunya berlaku pada sebahagian payudara dan berpunca daripada bengkak payudara yang tidak dirawat. Sekiranya berlarutan, breast abcess (payudara dipenuhi cecair nanah akan terbentuk) Penyebab Keadaan bengkak susu atau saluran tersumbat yang tidak dirawat. Jangkitan kuman dari puting luka dan merekah yang tidak dirawat. Kecederaan tisu payudara. Pernah menghidap radang payudara sebelum ini. Tanda- tanda Ibu merasa sakit dan tidak selesa ketika menyusu. Puting ibu merasa pedih. Ibu masih merasa sakit yang berterusan walaupun pelekapan sudah dibetulkan. Cara Pengendalian Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan sakit. Pastikan pelekapan betul dan menggunakan teknik penyusuan berkesan. Mulakan menyusu di kawasan yang tidak sakit dahulu. Selepas menyusu, alihkan bayi dengan memasukkan jari kelingking ibu dicelah mulut bayi. Perahkan sedikit susu ibu di kawasan luka selepas menyusu. Rujuk kepada pengamal perubatan /kaunselor laktasi sekiranya tidak pulih. Puting merekah atau sakit puting terjadi disebabkan posisi pelekapan dan hisapan yang salah. Penyebab Pelekapan yang cetek. Tongue-tie. Bayi menarik atau menggigit puting. Penggunaan alat pemerah susu yang tidak sesuai. Jangkitan seriawan (candida). Cara Pengendalian Dapatkan rawatan daripada doktor/jururawat kesihatan untuk keduadua ibu dan bayi. Ibu perlu berhenti menggunakan puting kosong, puting tiruan atau pelindung puting. Jika digunakan juga, pastikan alatan tersebut direbus selama 20 minit dan ditukar setiap minggu. Jangkitan Candida atau seriawan membuatkan kulit menjadi sakit, berkilat, kemerahan dan gatal dan sering terjadi selepas penggunaan antibiotik untuk merawat mastitis. Tanda-Tanda Ibu berasa sakit yang menusuk (rasa tajam) pada payudara terutama selepas menyusu. Kulit kemerahan, berkilat dan merekah. Warna gelap pada puting dan areola berkurangan dan kadangkala puting kelihatan normal. Terdapat tompok-tompok putih di dalam mulut bayi. Bayi mungkin menghadapi jangkitan ruam lampin. Cara Pengendalian Bina keyakinan ibu dengan memberi maklumat berkaitan konsep permintaan dan penghasilan susu. Galakkan ibu menyusui bayi dengan kerap mengikut kehendak bayi. Minta ibu menyusukan bayi pada sebelah payudara sehingga selesai dan teruskan menyusu di payudara sebelah sekiranya bayi masih mahu menyusu. Teruskan menyusu dengan teknik penyusuan berkesan. Ibu perlu tahu tanda bayi dapat cukup susu. Penyebab Bayi tidak kerap menyusu. Pelekapan cetek. Penghisapan bayi kurang berkesan. Bayi hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja. Bayi diberi susu gantian. Tanda-Tanda Berat bayi tidak mengikut lengkuk pertumbuhan normal. Warna najis tidak berwarna kuning selepas hari ke lima (5) dan kurang buang air kecil Payudara bengkak Saluran susu tersumbat Radang payudara (Mastitis) Puting luka/ merekah Jangkitan candida Tidak cukup susu


Saluran susu tersumbat Payudara bengkak ADAKAH ANDA MENGALAMI MASALAH INI? MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU Mastitis Jangkitan candida Puting luka/ merekah Tidak cukup susu


15.0 KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU *Tajuk ini perlu diterangkan berserta demonstrasi Sekiranya ibu perlu berpisah dengan bayi, ibu perlulah memerah susu untuk memastikan bayi kekal mendapat penyusuan susu ibu yang eksklusif. Ibu digalakkan untuk meneruskan penyusuan susu ibu selepas 6 bulan disamping pemberian makanan pelengkap kerana : Memastikan penghasilan air susu berterusan. Ibu perlu memberikan penyusuan pada payudara sebelum memberikan makanan pelengkap. Mengeratkan lagi kasih sayang bayi dan ibu melalui sentuhan yang berterusan sehingga bayi berumur 2 tahun. Bayi akan terus mendapat antibodi, faktor pertumbuhan dan enzim penghadaman yang terdapat dalam susu ibu. Bayi mendapat perlindungan daripada penyakit secara berterusan dan melalui penyusuan boleh memberi kelegaan kepada bayi yang sakit atau menangis. Penyusuan perlu diteruskan kerana ianya masih membekalkan 30%‐50% daripada keperluan kalori bayi berumur 12 bulan. 15.1 TEKNIK MEMERAH SUSU Basuh tangan dengan bersih. Ibu perlu selesakan diri kerana air susu akan mengalir dengan baik jika ibu dalam keadaan tenang. 1. Letakkan ibu jari di sempadan sebelah atas tompok gelap (areola) dan jari telunjuk pada kedudukan bertentangan dengannya pada bahagian yang dirasai seperti berbiji (saluran susu). Jari‐jari yang lain mengampu sebelah bawah payudara. 2. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke belakang ke arah dada (tekan pada saluran susu bagi membantu pengaliran air susu) dan lepas. 3. Ulang pergerakan “tekan serentak dan lepas” sehingga susu habis dikeluarkan di tempat tersebut. 4. Ulang langkah perahan mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu di semua saluran susu pada payudara. 5. *Pilihan lain: Boleh menggunakan pam pemerah susu. (Jika ingin, boleh gunakan Double Pump kerana ia menjimatkan masa) Nota : Reflek ‘Let-Down’ atau dikenali juga sebagi Reflek Oksitosin. Ia adalah reflek yang merangsang pengaliran susu. Pengaliran susu bertambah secara automatis jika ibu merindui bayinya. Reflek ‘LetDown’ juga boleh dihasilkan jika ibu memerah susu secara tenang atau melakukan tuam panas payudara atau melakukan sedikit urutan pada payudara sebelum memerah susu 1. 5-10 minit setiap 1-2 jam untuk mendapatkan kolostrum jika bayi tidak dapat melekap. 2. 20 minit setiap 2 jam (sekurang-kurangnya 6 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam. 3. 3-4 kali untuk melembutkan areola. 4. Urut sehingga bahagian yang berketul hilang untuk mengosongkan duktus tersumbat. 5. 15 - 30 minit untuk setiap sesi bagi ibu bekerja. 15.2 TEMPOH MEMERAH SUSU?


1. Basuh tangan dengan bersih. Ibu perlu selesakan diri kerana air susu akan mengalir dengan baik jika ibu dalam keadaan tenang. 2. Letakkan ibu jari di sempadan sebelah atas tompok gelap (areola) dan jari telunjuk pada kedudukan bertentangan dengannya pada bahagian yang dirasai seperti berbiji (saluran susu). Jari‐jari yang lain mengampu sebelah bawah payudara. 3. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke belakang ke arah dada (tekan pada saluran susu bagi membantu pengaliran air susu) dan lepas. 4. Ulang pergerakan “tekan serentak dan lepas” sehingga susu habis dikeluarkan di tempat tersebut. 5. Ulang langkah perahan mengikut pusingan di sekeliling areola untuk mengeluarkan susu di semua saluran susu pada payudara. Pilihan lain: Boleh menggunakan pam pemerah susu. (Jika ingin, boleh gunakan Double Pump kerana ia menjimatkan masa) BERAPA LAMA PERLU MEMERAH SUSU? 5-10 minit setiap 1-2 jam untuk mendapatkan kolostrum jika bayi tidak dapat melekap. 1. 20 minit setiap 2 jam (sekurangkurangnya 6 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam. 2. 3. 3-4 kali untuk melembutkan areola. Urut sehingga bahagian yang berketul hilang untuk mengosongkan duktus tersumbat. 4. 15 - 30 minit untuk setiap sesi bagi ibu bekerja. 5. (TEKNIK MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN) KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPENTINGAN MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU


16.0 PENYIMPANAN SUSU IBU PERAHAN 16.1 Penyimpanan Susu Perahan TEMPAT BAYI NORMAL BAYI PRAMATANG/SAKIT Suhu bilik (25°C-37°C) 4 jam Guna serta-merta Bilik penghawa dingin (15°C-25°C) 8 jam - Peti sejuk (Ruangan am) (2°C-4°C) <8 hari 2 hari Peti sejuk (1 pintu) Bahagian beku 2 minggu Tidak disyorkan Peti sejuk (2 pintu) Bahagian beku (-2°C) 3 bulan 3 bulan Susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk (rak atas yang bersuhu 2°C-4°C) 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibeku semula) 12 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibeku semula) Pembeku @ deep freezer (-20°C) 6 bulan 3 bulan Contoh Melabel Susu Ibu Perahan 16.2 Teknik penyimpanan 1.Pastikan susu disimpan dalam bekas yang cukup untuk sekali penyusuan sahaja. 2.Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup. 3.Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan 4.Simpan di dalam peti sejuk. 5.Jika susu ingin dibekukan, pastikan simpanan susu tidak terlalu penuh. Cara penyimpanan Tempoh Simpanan Contoh Label Susu perahan segar (Fresh EBM) Peti Sejuk (2°C - 4°C) < 8 hari 1 - 7 Feb 2024 (10 pagi) Susu perahan beku (Frozen EBM) Ruang sejuk beku dalam peti sejuk (1 pintu) 2 minggu 1-14 Feb 2024 (10 pagi) Ruang sejuk beku dalam peti sejuk (2 pintu) 3 bulan 1 Feb - 1 Mei 2024 (10 pagi) Pembeku (Separate deep freezer) 6 bulan 1 Feb - 1 Ogos 2024 (10 pagi) Dicairkan dalam peti sejuk 24 jam (tidak boleh dibekukan semula) 1-2 Feb 2024 (10 pagi) CARA MELABEL SUSU IBU PERAHAN Jika seorang ibu kepada bayi sihat memerah susu ibu pada tarikh 1 Februari 2024 (jam 10.00 pagi), cara melabel susu ibu perahan adalah seperti di atas.


TEMPAT GAMBAR BAYI NORMAL BAYI PRAMATANG/ SAKIT Cara penyimpanan Tempoh Simpanan Contoh Label Susu perahan segar (Fresh EBM) Peti Sejuk (2°C - 4°C) < 8 hari 1 - 7 Feb 2024 (10 pagi) Susu perahan beku (Frozen EBM) Ruang sejuk beku dalam peti sejuk (1 pintu) 2 minggu 1-14 Feb 2024 (10 pagi) Ruang sejuk beku dalam peti sejuk (2 pintu) 3 bulan 1 Feb - 1 Mei 2024 (10 pagi) Pembeku (Separate deep freezer) 6 bulan 1 Feb - 1 Ogos 2024 (10 pagi) Dicairkan dalam peti sejuk 24 jam (tidak boleh dibekukan semula) 1-2 Feb 2024 (10 pagi) Labelkan susu ibu perahan untuk disimpan: Jika seorang ibu kepada bayi sihat memerah susu ibu pada tarikh 1 Februari 2024 (jam 10.00 pagi), cara melabel susu ibu perahan adalah seperti berikut: Labelkan susu ibu perahan untuk disimpan: Jika seorang ibu kepada bayi sihat memerah susu ibu pada tarikh 1 Februari 2024 (jam 10.00 pagi), cara melabel susu ibu perahan adalah seperti berikut: CARA MELABEL SUSU PERAHAN 1-14 Feb 2024 (10 pagi) PENYIMPANAN SUSU IBU PERAHAN Suhu bilik (25°C-37°C) 4 JAM Guna serta-merta Bilik penghawa dingin (15°C-25°C) 8 JAM _ Peti sejuk (Ruangan am) (2°C-4°C) < 8 HARI 2 HARI Susu ibu perahan Peti sejuk (1 pintu) Bahagian beku 2 MINGGU TIDAK DISYORKAN Peti sejuk (2 pintu) Bahagian beku (-2°C) 3 BULAN 3 BULAN Pembeku @ deep freezer (-20°C) 6 BULAN 3 BULAN Susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk (rak atas yang bersuhu 2°C4°C) 24 JAM (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) 12 JAM (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)


17.0 CARA MENCAIRKAN SUSU IBU PERAHAN YANG DIBEKUKAN Gunakan simpanan susu perahan yang paling awal diperah terlebih dahulu. Amalkan FIFO = First In, First Out dengan mendahulukan tarikh dan masa yang terawal. Pindahkan susu perahan yang telah disejukbekukan ke ruangan dingin (chiller) peti sejuk semalaman. Susu perahan yang telah dicairkan semalaman tersebut perlu digunakan dalam tempoh 24 jam. Sekiranya susu tersebut tidak habis, ianya tidak boleh disejukbekukan semula. Untuk memanaskan susu perahan, ibu perlu merendamkan bekas berisi susu tersebut ke dalam bekas berisi air suam. Jangan panaskan susu di dalam ketuhar atau di atas dapur gas kerana ini akan memusnahkan zat-zat dan mineral di dalam susu perahan tersebut. Susu yang telah dipanaskan hendaklah digunakan dalam masa satu jam. Lebihan susu tidak boleh disimpan semula ke dalam peti sejuk. Susu yang dibekukan akan membentuk dua lapisan. Elakkan menggoncang bekas. Hanya perlu gerakkan dengan perlahan-lahan (dalam arah membulat) untuk menggabungkan lapisan yang terpisah itu. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kenapa tidak boleh digoncang? Ia akan menguraikan protein. Lapisan lebih lemak akan melekat di dinding bekas susu.


7. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Gerakkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan terpisah itu. CARA MENCAIRKAN SUSU IBU PERAHAN YANG DIBEKUKAN CARA MENCAIRKAN SUSU IBU PERAHAN YANG DIBEKUKAN Gunakan susu yang paling awal diperah. 1. 2. Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk (suhu 2°-4°C) semalaman. 3. Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam dan tidak boleh disimpan semula di bahagian sejuk beku. 4. Rendamkan bekas berisi susu perahan di dalam air suam. 5. Jangan panaskan susu perahan di dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur gas. 6. Susu perahan yang telah dipanaskan hendaklah digunakan dalam tempoh 1 jam sahaja dan tidak boleh disimpan semula.


Masa Hari 1 - 3 Hari 4 - 6 Hari 7 - 9 Hari 10 - 13 Sarapan 7.30 - 9.00 pagi Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Minum pagi 10.00 pagi Susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Makan tengahari Susu ibu Susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Minum petang Susu ibu Susu ibu Susu ibu Perahan susu ibu 18.0 CARA MEMBERI SUSU IBU PERAHAN KEPADA BAYI 1.Berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan bayi keliru puting. 2.Pangku atas paha dan pegang bayi rapat ke badan ibu dalam kedudukan 45°. 3.Sokong kepala, leher dan badan bayi menggunakan tangan atau lengan. 4.Pegang cawan dan sentuhkan ke bibir bayi 5.Dongakkan cawan perlahan-lahan sehingga menyentuh bibir bayi. Bayi akan menggunakan bibir atau lidahnya untuk menjilat atau menghirup perlahan susu perahan tersebut. ELAKKAN menuang terus ke dalam mulut bayi. 6. 7.Benarkan bayi berehat seketika selepas menelan susu, tetapi jangan alihkan cawan daripada bibir bayi. 8.Apabila kenyang, ia akan berhenti sendiri. 9.Sendawakan bayi. T ps! Ibu mesti mempunyai azam untuk menyusukan bayi secara eksklusif atau sepenuhnya susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama dan meneruskannya sehingga bayi berumur dua tahun. 1. 2.Semasa cuti bersalin, susukan bayi dengan susu ibu sahaja. Ibu harus berlatih memerah susu seawal dua minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, ibu boleh berlatih melakukan perahan susu ibu pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. 3. Jadikan susu perahan sebagai stok dan ini akan memudahkan ibu sekiranya ibu telah kembali semula bekerja. 4. Dua minggu sebelum kembali bekerja, ibu perlu berlatih menggunakan jadual untuk memberikan susu perahan kepada bayi. 5. 18.1 Penyusuan susu ibu bekerja Dua minggu sebelum bekerja, ibu perlu berlatih dengan jadual untuk memberi susu perahan. Latih dan lakukan bersama penjaga/ pengasuh bayi cara untuk memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil. Ini kerana bayi yang biasa dengan bau ibunya akan menolak susu perahan yang diberikan oleh orang lain. Berikan susu ibu sepenuhnya apabila ibu balik dari bekerja.


4. Simpan semua susu perahan sebagai stok apabila telah kembali bekerja. 5. Dua minggu sebelum kembali bekerja, ibu perlu berlatih dengan jadual untuk memberikan susu perahan kepada bayi. 6. Latihan memberi susu perahan kepada bayi hendaklah dilakukan bersama pengasuh bayi. 7. Selepas waktu bekerja, ibu boleh menyusui bayi mereka bila-bila masa mengikut kehendak bayi. 2. Semasa cuti bersalin, susukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. 3. Ibu dinasihatkan berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, ibu boleh berlatih lakukan perahan susu pada bila-bila masa atau secepat mungkin mengikut kesesuaian.) Ibu mesti berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif. 1. Masa Hari 1 - 3 Hari 4 - 6 Hari 7 - 9 Hari 10 - 13 Sarapan 7.30 - 9.00 pagi Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Minum pagi 10.00 pagi Susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Makan tengahari Susu ibu Susu ibu Perahan susu ibu Perahan susu ibu Minum petang Susu ibu Susu ibu Susu ibu Perahan susu ibu Berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan bayi keliru puting. 1. 2.Pangku atas paha dan pegang bayi rapat ke badan ibu dalam kedudukan 45°. 3.Sokong kepala, leher dan badan bayi menggunakan tangan atau lengan. 4.Pegang cawan dan sentuhkan ke bibir bayi. 5.Dongakkan cawan perlahan-lahan sehingga menyentuh bibir bayi. Bayi akan menggunakan bibir atau lidahnya untuk menjilat atau menghirup perlahan susu perahan tersebut. ELAKKAN menuang terus ke dalam mulut bayi. 6. Benarkan bayi berehat seketika selepas menelan susu, tetapi jangan alihkan cawan daripada bibir bayi. 7. 8.Apabila kenyang, ia akan berhenti sendiri. 9.Sendawakan bayi. CARA MEMBERIKAN SUSU IBU PERAHAN KEPADA BAYI CARA MEMBERIKAN SUSU IBU PERAHAN KEPADA BAYI Tips!


19.0 PENJAGAAN MESRA IBU (MOTHER-FRIENDLY CARE) : Ibu digalakkan untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu kelahiran. Semasa proses kelahiran, hanya bagi ibu yang berisiko rendah, jika ibu mahu, ibu dibenarkan mengambil minuman atau makanan yang ringan (contoh: air kosong, biskut marie, biskut manis hanya dalam kuantiti yang sedikit). Ibu digalakkan untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan seperti urutan badan atau tuam dengan air suam. Ibu digalakkan berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika ibu mahu dan digalakkan untuk melahirkan mengikut posisi pilihan (kecuali jika terdapat masalah kesihatan yang boleh mengakibatkan komplikasi terhadap kandungan dan masalah ini telah diterangkan dengan jelas kepada ibu. Sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, ubat perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labor) atau pembedahan caesarean tidak digunakan melainkan keadaan memerlukan kerana adanya komplikasi semasa bersalin serta telah diterangkan dengan jelas kepada ibu. PENEKANAN Prosedur berikut tidak boleh dilakukan secara rutin. Ianya hanya boleh dilakukan jika ada komplikasi, risiko komplikasi atau atas permintaan ibu (bagi prosedur seperti Caesarean): Use of intravenous (IV) fluids Induction or augmentation of labour Continuous electronic foetal monitoring Use of analgesic or anaesthetic drugs during labour Rupture of the membranes Episiotomies Instrumental deliveries Caesarean sections Mouth, throat and nasal suctioning of the newborn Immediate weighing, evamination and prophylaxis which would interrupt continuous skin-to skin contact between mother and baby 1. 2. 3. 4. 5. NOTA TAMBAHAN : Berjalan dan membuat pergerakan ringan semasa sakit bersalin akan menyebabkan: Rasa sakit berkurangan. Kurang bergantung atau memerlukan ubat penahan sakit seperti epidural. Memendekkan tempoh bersalin (shorter labors). Kurang kejadian pembedahan caesarean. 1. 2. 3. 4.


PENJAGAAN MESRA IBU (MOTHER FRIENDLY CARE) PENJAGAAN MESRA IBU (MOTHER FRIENDLY CARE) Sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, ubat perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labor) atau pembedahan caesarean tidak digunakan melainkan adanya komplikasi semasa bersalin. Sebarang prosedur invasif seperti memecahkan selaput ketuban, episiotomy, ubat perangsang mempercepatkan kelahiran (induction of labor) atau pembedahan caesarean tidak digunakan melainkan adanya komplikasi semasa bersalin. 5. Forceps-assited birth Vacuum-assited birth Semasa proses kelahiran, hanya bagi ibu yang berisiko rendah, jika ibu mahu, ibu dibenarkan mengambil minuman atau makanan yang ringan. 2. Ibu digalakkan untuk memilih kaedah penahan sakit yang bukan ubatan seperti urutan badan atau tuam dengan air suam. Berjalan dan membuat pergerakan ringan semasa sakit bersalin akan membantu: i) Mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Mengurangkan kebarangkalian penggunaan ubat penahan sakit. (Epidural diletak hanya pada panduan kakitangan kesihatan.) ii) iii) Memendekkan tempoh bersalin (shorter labors). iv) Mengurangkan kejadian bersalin secara pembedahan caesarean. 4. Ibu digalakkan berjalan dan bergerak sebelum melahirkan, jika ibu mahu. Ibu digalakkan untuk mempunyai teman yang boleh bersama sepanjang proses kelahiran untuk memberi sokongan emosi dan fizikal sewaktu kelahiran. 1. 3.


20.0 KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU 1. Menghadirkan diri ke kelas Pendidikan Penyusuan Susu Ibu 2. Memberi sokongan emosi semasa dalam Dewan Bersalin 3. Membantu isteri untuk memulakan penyusuan susu ibu 4. Melakukan kerja-kerja rumah bagi mengurangkan tekanan emosi dan fizikal isteri 1. Memberi sokongan emosi dan berkongsi maklumat mengenai penyusuan susu ibu 2. Mengingatkan ibu untuk mendapat nasihat anggota kesihatan sebelum ibu memulakan amalan-amalan yang mengganggu penyusuan susu ibu seperti : Amalan tradisional Pemberian susu formula 1. Memberi cuti bersalin mengikut kelayakan pekeliling perkhidmatan jabatan/syarikat. 2. Menyediakan Bilik Penyusuan dan kemudahan menyimpan susu perahan 3. Memberi jadual waktu kerja yang lebih fleksibel untuk ibu memerah susu ibu Semua ibu yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam (kakitangan kerajaan), Kemudahan Cuti Bersalin adalah merujuk kepada Pekeliling perkhidmatan Bilangan 14 tahun 2010. Kemudahan Cuti Menjaga Anak pula menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil 15 Tahun 2007. Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran; dan Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walaubagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak oleh Ketua Jabatannya sehingga 1825 hari (5 tahun) sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan syarat-syarat tertentu. (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 15 Tahun 2007) Kemudahan Cuti Bersalin berpandukan International Labor Standards adalah : a) Tidak kurang daripada 14 minggu b) Cuti bersalin boleh diambil dengan gabungan Cuti Pre-natal dan Pos-natal. c) Cuti Pos-natal adalah wajib diambil selama 6 minggu d) Cuti tambahan boleh diambil jika ibu alami komplikasi atau risiko komplikasi e) Ibu berhak mendapat pekerjaan yang sama atau upah bayaran yang sama sekembalinya dari cuti tersebut. 20.1 Peranan Suami : 20.2 Peranan Keluarga dan Masyarakat 20.3 Peranan Majikan : 20.4 Kemudahan Cuti Bersalin Petikan daripada Pekeliling Kemudahan Cuti Bersalin (Perkara 6) Petikan daripada Pekeliling Kemudahan Cuti Menjaga Anak (Perkara 3)


Peranan Suami: 1. 2. 3. 4. Hadir ke kelas pendidikan penyusuan susu ibu. Beri sokongan emosi dalam bilik bersalin. Bantu isteri memulakan penyusuan susu ibu. Lakukan kerja-kerja rumah untuk kurangkan tekanan emosi dan fizikal isteri. Peranan Keluarga Dan Masyarakat: 1. 2. Beri sokongan emosi dan berkongsi maklumat mengenai penyusuan susu ibu. Ingatkan ibu untuk dapatkan nasihat anggota kesihatan sebelum memulakan: Amalan tradisional Pemberian susu formula Peranan Majikan: 1. 2. 3. 4. Beri cuti bersalin mengikut kelayakan ibu bersalin di Malaysia. Sediakan Bilik Penyusuan dan kemudahan menyimpan susu perahan. Beri jadual waktu kerja yang lebih fleksibel untuk ibu memerah susu ibu. Sediakan kemudahan taska. Jika menghadapi sebarang masalah penyusuan susu ibu, sila hubungi Klinik kerajaan atau Hospital berhampiran. Tampalkan senarai nama dan nombor telefon kumpulan sokongan anda di sini. Tips kejayaan penyusuan susu ibu adalah apabila seorang ibu mendapat sokongan daripada suami, keluarga dan masyarakat. KUMPULAN SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU


Click to View FlipBook Version