SELOKA
NAMA KURSUS: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
KOD KURSUS: BMMB 1104
JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
Definisi seloka
Perkataan seloka berasal daripada perkataan Sanskrit 'shloka' bermaksud
berseloroh , berjenaka atau menyindir.
Seloka dipercayai datang ke alam Melayu semasa kedatangan agama Hindu
di Asia Tenggara.
Menurut Harun Mat Piah (1989), teks Mahabharata (100,000 rangkap)
dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang ditulis
dalam bentuk seloka.
Seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran yang
memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca.
Seloka juga merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai
bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, dan sama ada mempunyai
irama ataupun tidak.
Contoh Anak dipijak dagang dijinjing
seloka: Kucing dibunuh tikus dibela
Seloka Harta habis badan tergadai
Pandai Pak Mendengar gelagak dagang
Pandir
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Maksud seloka
Pandai Pak Pandir
BARIS 1 & 2
Pak Pandir lebih mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan
tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membuat kerja yang sia-sia
dengan membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela.
Baris 3, 4 & 5
Pak Pandir terlalu mempercayai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya
yang miskin. Akibatnya, semua harta Pak Pandir tergadai dan dia akhirnya
tidak memiliki apa-apa lagi.
Baris 6 & 7
Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti
sehingga semua benda yang dimilikinya disia-siakan.
Baris 8, 9, 10 & 11
Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat
jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya
yang akhirnya merugikan Pak Pandir
Baris 12-17
Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan hasil apa-apa,
sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi ataumenerima
akibatnya
TEMA SELOKA Tema seloka ini ialah sindiran
PANDAI PAK terhadap manusia yang
PANDIR mengutamakan orang lain atau
melakukan sesuatu yang akan
merugikan diri sendiri.
PERSOALAN SELOKA PANDAI PAK PANDIR
1.Kebodohan merugikan diri sendiri.
orang yang bodoh mudah ditipu dan menjadi permainan orang yang
mengambil kesempatan daripada kebodohan orang lain.
2.Berfikir -fikir sebelum melakukan sesuatu kerja.
kerja yang dibuat tanpa memikirkn hasil dan kesannya akan
memudaratkan diri sendri.
3.Sikap tamak membawa rugi.
Ketamakan seseorang menyebabkan dirinya sendiri akan
menanggung akibat.
BENTUK Terdiri daripada satu rangkap seloka yang
DAN CIRI- mempunyai 17 baris.
CIRI SELOKA 1 baris terdiri daripada 3 hingga 5 patah
PANDAI PAK perkataan.
PANDIR 1 baris mempunyai 7 hingga 10 suku kata.
Rima akhir seloka ini bebas / tidak terikat.
Seluruh baris merupakan kesatuan idea (berkait ).
Seloka ini mempunyai jeda.
Seloka ini bernada sinis,iaitu nada menyindir,
menempelak ataupun mengejek.
Gaya bahasa seloka Pandai Pak Pandir
1.Ansonansi iaitu pengulangan huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat.
Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela.
2. Aliterasi iaitu pengulangan huruf konsonan dalam ayat.
Contohnya: mendengar gelagak dagang.
3. Sinkof iaitu singkatan perkataan dalam ayat.
Contohnya: Kilat memancar hujan tak jadi.
4. Paradox iaitu pertentangan ayat.
Contohnya: Anak dipijak dagang dijinjing.
5. Anafora iaitu pengulangan perkataan di awal ayat.
Contohnya: Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Rasional. Contohnya , berfikiran rasional
sebelum melakukan sesuatu tindakan
nilai SELOKA
PANDAI PAK PANDIR
Berhati-hati. Contohnya, berhati-hati
sebelum membuat sebarang keputusan.
ASPEK PEMIKIRAN MASYARAKAT
1.Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya.
Pak Pandir yang tamak dan ingin cepat kaya sehingga kehilangan semua
harta bendanya.
2.Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain.
Contohnya: Pak Pandir yang lebih suka memberi pertolongan kepada
orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu malah disisihkan.
3. Masyarakat yang mudah terpedaya.
Contohnya: Pak Pandir leka mendengar kata-kata pedagang sehingga
dirinya di tipu.
PENGAJARAN
1.Kita hendaklah sentiaasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.
2.Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
3.Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu kerana kesilapan akan
merugikan diri sendiri.
4.Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang
manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu, lazimnya tersembunyi niat yang
jahat.
5.Kita hendaklah teliti dalam menghadapi karenah manusia kerana sesetengah
manusia hanya berpura-pura baikdi hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat
serong atau jahat.
KESIMPULAN
Keseluruhan isi seloka Pandai Pak Pandir menyindir dengan
sinis tentang sikap sebahagian masyarakat Mleayu yang
bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam
kehidupan seharian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah
seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang
perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.
TAMAT